Isnin, 1 April 2013

PERTAHANKANLAH AKIDAH SERTA HUKUM ALLAH HABIS2AN ITU YANG DIANJUR DALAM ISLAM...AGARKAN SELAMAT DIDUNIA DAN DIAKHIRAT

Ahmad Maslan: BN pertahan Johor habis-habisan

Barisan Nasional (BN) menjanjikan tentangan hebat kepada pembangkang yang ingin menawan Johor dalam pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
  
"Sebagai Ketua Penerangan Umno, saya tidak akan biarkannya dan akan menentang cubaan mereka habis-habisan.
  
"Kita akan mempertahankan Johor dengan kesungguhan yang amat tinggi," katanya kepada pemberita selepas program Himpunan Barisan 1Malaysia yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
  
Ahmad diminta mengulas rancangan pembangkang yang ingin menawan kubu kuat Umno itu.
  
Beliau berkata hasrat pembangkang itu juga menunjukkan mereka sebenarnya tidak faham dengan politik di Johor.
  
"Johor sebati dengan Umno dan BN. Perpaduan Melayu di sana sangat utuh. Jika mereka kata hanya kerana ramai pengundi India dan Cina (di Johor), mereka boleh tawan Johor, mereka tidak faham politik di Johor sebenarnya," katanya
  
Mengambil contoh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang pada 2011, Ahmad berkata calon BN Mohd Azahar Ibrahim mampu mempertahan kerusi itu walaupun komposisi pengundi di kawasan berkenaan ialah 53 peratus bukan Melayu dan 47 peratus Melayu.
  
- Bernama

PKR: Dakwaan cetus huru-hara hanya fitnah Umno
2:06PM Mac 31 2013
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli menafikan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat akan mencetuskan huru-hara semasa pilihan raya untuk menakut-nakutkan para pengundi.

Laporan Sinar Harian menyebut, Rafizi menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah dalam perang psikologi Umno ke atas PKR.

"Mereka ada dua cara untuk serang PKR, dengan menyebarkan gambar-gambar lucah pemimpin PKR dan kononnya akan ada huru-hara untuk menakutkan rakyat.

"Saya rasa lawak dan nak gelak apabila ada cerita ini, macam permainan budak-budak," kata Rafizi.

Dakwaan mengenai kekacauan itu antara lainnya dibangkitkan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, yang mendakwa  mendakwa menemui risalah yang didakwa menyatakan strategi Pakatan untuk mencetuskan huru-hara semasa pilihan raya.

Yang dipertua pertubuhan itu, Datuk Adiwijaya Abdullah dalam laporan Mingguan Malaysia mendakwa risalah yang tertera lambang parti pembangkang menggariskan dua peringkat tindakan untuk mencetuskan kekecohan.

Peringkat pertama adalah kekecohan di tempat mengundi dan peringkat kedua melibatkan kekecohan pasukan media dalam talian yang akan menggunakan Twitter untuk menimbulkan kekecohan, lapor akhbar itu.

Dalam laporan muka hadapannya pula, akhbar milik Umno itu memetik dakwaan blog tanpa nama pengendali, The Unspinner, mengenai rancangan untuk mencetuskan huru-hara itu.

Laporan itu mendakwa, huru-hara itu dijangka diadakan seminggu sebelum pilihan raya.

"The Unspinners mendakwa pembangkang yang berselindung di sebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu akan masuk ke  taman perumahan atau kampung untuk 'mengajar' kaum ibu tentang kaedah mencalit dakwat di jari.
"Bila tiba hari mengundi, golongan ini akan dihalang daripada membuang undi kerana sudah ada kesan dakwat.

"Kalau dibenarkan juga, pembangkang akan membuat kecoh di pusat pembuangan undi. Jika mereka kalah, pembangkang akan gunakannya sebagai alasan untuk memberontak dan mempertikaikan keputusan pilihan raya," lapor itu dipetik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini turut mendakwa menemui risalah rancangan membuat kekacauan semasa pilihan raya.

Namun, semua pihak yang membuat dakwaan tersebut sehingga kini masih belum mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan mereka.
Muhyiddin jangka p'raya dalam beberapa minggu

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau berpendapat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan menunggu sehingga parlimen dibubarkan secara automatik untuk mengadakan pilihan raya.

"Saya tidak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin ketika berucap dalam satu perhimpunan Barisan 1Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam ucapannya petang ini, Muhyiddin turut membidas Pakatan Rakyat yang menjalankan kempen agar rakyat menolak Umno kerana terlalu lama berkuasa.
Menurutnya, Umno sebagai sebuah kerajaan yang lama mentadbir negara mempunyai kelebihan kerana lebih memahami kehendak rakyat.

"Kerajaan ini makin tua makin bertenaga tuan-tuan, lagi tua lagi ada stail, betul tak tuan-tuan?" kata Muhyiddin kepada kira-kira 3,000 hadirin di majlis tersebut.
Pilihan raya ke-12 diadakan pada tanggal 3 Mac 2008 dan parlimen pula mula bersidang pada 28 April tahun yang sama.

Oleh yang demikian, parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 28 April depan.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskan bahawa Parlimen akan terbubar secara automatik pada 29 April tahun ini kerana 28 April jatuh pada hari Ahad.

3 siswa ditahan, didakwa cetus masalah di depan kediaman PM

Polis menahan tiga mahasiswa berusia 20-an di depan kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya semalam kerana didakwa didapati sengaja menimbulkan masalah dan mengganggu ketenteraman awam.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintenden Mak Pak Chuai berkata mahasiswa berkenaan, yang mengetuai kira-kira 100 pelajar lain, cuba menghantar memorandum berhubung isu pendidikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
"Mereka semua datang kira-kira jam 6 petang, kononnya untuk menghantar memorandum kepada perdana menteri mengenai isu pendidikan.
"Kita beri peluang mahasiswa terbabit berucap selama 10 minit tanpa menggunakan mikrofon, tetapi mereka berdegil dan tetap meneruskan ucapan menggunakan mikrofon.
  
"Suasana itu mengganggu ketenteraman awam menyebabkan kita terpaksa mengambil tindakan menahan tiga mahasiswa berkenaan kira-kira sejam kemudian bagi tujuan soal siasat," katanya sambil menambah kumpulan pelajar itu bersurai pada kira-kira 7.30 malam selepas diarah polis.
  
Beliau berkata kumpulan itu juga melaung pelbagai tuntutan, termasuk menghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma.
Mak berkata ia tidak seharusnya berlaku terutama pada cuti hujung minggu kerana semua memorandum boleh dihantar terus ke pejabat Perdana Menteri pada hari bekerja.
  
- Bernama

Nor Mohamed kata sepanduk tak jadi isu padanya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin Barisan Nasional (BN) mampu menguasai semula beberapa negeri termasuk Pulau Pinang yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan tindak balas positif rakyat terhadap kesemua program transformasi negara selain mereka mula menyedari kesungguhan kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat.   

"Kita harap pengundi di Pulau Pinang sudah tahu tentang keikhlasan kerajaan pusat. Kita masih meneruskan pelbagai projek pembangunan di negeri ini sungguhpun diperintah pembangkang.

"Kita tidak anaktirikan negeri ini. Kita yakin sebahagian dari penduduk Pulau Pinang mula sedar tentang kelebihan kita mempunyai kerajaan yang sama di peringkat pusat dan negeri...sebab penyelarasan semakin berkesan, lebih mudah melaksanakan dasar-dasar yang baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Karnival Belia 2013 di Georgetown hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang mengulangi keyakinannya bahawa pembangkang dapat menawan antara tujuh dan lapan negeri termasuk Negeri Sembilan, Perlis dan Johor pada pilihan raya umum kali ini.

Mengulas kenyataan itu, Nor Mohamed berkata: "Kita tak boleh halang orang yang ada cita-cita. Tapi dari segi politik yang realistik saya yakin kita (BN) dapat menang, bukan saja Putrajaya malah dapat balik negeri-negeri yang kita kalah pada 2008."

Sementara itu, mengulas mengenai sepanduk yang tidak mahu beliau bertanding di Parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata perkara itu tidak memberi kesan kepadanya dan ia tidak seharusnya menjadi isu.  

"Mereka ni nak keluarkan sepanduk tak apa la. Kita tak rasa apa-apa. Kita pun tahu mereka dan mereka juga tahu yang kita tahu. Tak jadi isu langsung, pihak yang buat tu pun tak ada pengaruh...(perkara itu) cuma 'mosquito bite' (seperti gigitan nyamuk) saja la," katanya.

Beliau berkata tindakan itu jelas menunjukkan satu amalan yang tidak sihat dan ia juga menggambarkan sikap tidak hormat kepada Perdana Menteri.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding di Parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed berkata: "Bagi saya siapa yang akan bertanding itu akan ditetapkan oleh perdana menteri. Mungkin bukan saya, mungkin orang lain. Saya terima keputusan perdana menteri dan jika beliau pilih siapa pun saya akan sokong 100 peratus."

- Bernama
PKR, NGO kecewa tiada tindakan ke atas Zul Noordin

Lapan kumpulan terdiri dari pemimpin PKR dan wakil NGO berhimpun hari ini bagi menyatakan kekecewaan mereka ke atas tindakan polis ke atas MP Kulim-Bandar Baru Zulkifli Nordin yang didakwa menghina penganut Hindu.
Menurut kumpulan berkenaan, beberapa laporan pois sudah dibuat ke atas MP tersebut di seluruh negara sejak dua hari lalu dan mereka turut mengancam untuk mengadakan perhimpunan lebih besar sekiranya masih tiada tindakan dijalankan ke atas Zulkifli.

Timbalan ketua setiausaha NGO Tamilar Action Force Kanna Ramasamy berpendapat individu yang menghina agama Islam akan ditahan mengikut Akta Hasutan dalam tempoh 48 jam.

"Tapi mengapa (kementerian dalam negeri dan polis) memilih kasih apabila melibatkan agama lain?," soalnya.

Kumpulan seramai kira-kira 25 orang yang hadir dalam perhimpunan di Brickfields, Kuala Lumpur itu menuntut beberapa bentuk tindakan ke atas Zulkifli.

Setiausaha agung Malaysian Indians Progressive Association S Barathidasan mahu Zulkifli meminta maaf manakala ADUN Port Dickson M Ravi mahu beliau dikenakan hukuman.

 “Jadikan dia satu tauladan kepada orang yang menghina kaum lain," kata Ravi.

 Peguam Cun Jadi Calun Pakatan Rakyat.
Posted on Sunday, March 31 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"

Telah diumumkan Calon Parlimen Paya Besar, Kuantan Pahang Cik Murni Hidayah (Lawyer) dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat sebentar tadi...

Undilah Cik Murni!

Nukilan Abu Luqman.. lagi Cerita Cik Murni Klik SINI Ye"


 Mungkinkah Samseng Upahan Umno Akan Bertaubat Macam Mamat Ni
Posted on Monday, April 01 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: bantingjavi

"Elwin Wilson, seorang bekas anggota Perkasa Amerika (Ku Klux Clan) yang telah memohon maaf secara terbuka (dan di siarkan pelbagai media di seluruh negara USA) kerana perlakuan jenayah ganas perkauman terhadap golongan kulit hitam amerika untuk sekian lama termasuk tindakan ganas memukul seorang ahli kumpulan Freedom Rider berkulit hitam (yang akhirnya telah menjadi Ahli Kongres berkulit hitam di negeri Georgia) telah meninggal dunia pada umur 76 tahun.

Di antara kata kata yang menyentuh hati dan mendapat perhatian banyak pihak adalah seperti berikut;

"He said he had it on his heart for a long time," Judy Wilson said. "He said he wished he could find the ones he mistreated and apologize to them all.

"All I can say is that it has bothered me for years, all the bad stuff I've done," he said. "And I found out there is no way I could be saved and get to heaven and still not like blacks.

Mungkinkah ada di antara anggota kumpulan rasis teroris perkasa Malaysia (juga pekida, Jati, JMM dan lain-lain budak suruhan umno) termasuk penaung, presiden dan anggotanya yang berani memohon maaf di atas keganasan politik yang mereka lakukan terhadap rakyat Malaysia seperti Elwin Wilson?

Mungkin ada - sekiranya umno/bn yang rasis, teroris, korup dan kriminal kalah di dalam PRU13 nanti.

Baca kisah Elwin Wilson selanjunya di sini http://news.yahoo.com"


 Orang Yang Paling Dikehendaki Polis Kerana Membantu Teroris Sulu Menceroboh Laha
Posted on Monday, April 01 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Omak Kau!!!

KANTOI terburai terbarai!!!!!... orang yang paling dikehendaki polis kerana membantu teroris sulu menceroboh lahad datu, pernah kelihatan bersama dengan najib razak!!!!!!

JENG...JENG...JENGGGGGGG.....Rupa-rupanya orang yang paling dikehendaki polis kini kerana dipercayai terlibat dengan gerakan teroris Sulu yang menceroboh Lahad Datu dikatakan pernah kelihatan bersama-sama dengan Najib Razak dalam satu program berkaitan dengan Palestine.

Tidak mau berburuk sangka tetapi sekadar mengajak rakyat mencuit minda dan tanya akal logik saja.













Ops Daulat: Polis cari lelaki bergelar 'Datuk Seri'

Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.

Omak Kau!!!: TUDUH DSAI SEBAGAI DALANG.... TETAPI DALANG SEBENAR YANG DIBURU DAN DIKEHENDAKI POLIS JUGA KELIHATAN BERSAMA DENGAN NAJIB RAZAK.

Sumber: omakkau.blogspot.com


  Ini Baru Betul Apa Itu UMNO/BN!!!!!!!
Posted on Monday, April 01 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber FB Pakatan



Akhirnya ada juga para penyokong UMNO yang jujur dan berhati suci murni apabila mengambarkan perangai dan gelagat UMNO/BN yang sebenar.

UMNO jenis buaya tembaga baham semau harta rakyat tanpa kira waktu dan ada rasa belas kasihan.

Apa jua yang boleh memberi kekayaan dia akan baham ngap!!!!

Tahniah!!!!.. Kejujuran mu akan sentiasa rakyat ingat dan sanjung!!!!

Sumber: FB Pakatan Rakyat Elections News

Tiada ulasan: