Ahad, 14 April 2013

ORANG2 YANG TAKWA...KUAT PEGANGAN AGAMA...IBADAH DITERIMA ALLAH...TAHU HUKUM FITNAH SERTA BERPELAJARAN TAK AKAN BUAT KERJA2 FITNAH....ORANG MACAM MEMANG NAK MENEMPAH NERAKA

Politik fitnah makin berleluasa

Nasrudin Hassan, 14 Apr 2013


1. Politik negara kita kian cemar dan rosak apabila fitnah menjadi senjata utama untuk membunuh karektor dan potensi pemimpin lawan politik.

2. Lebih sadis apabila fitnah itu berlegar dengan modus operandi yang sama berteraskan skrip dan skrin lucah pula memangsakan tokoh-tokoh politik lawan mereka.

3. Tamadun negara dan peradaban manusia kian runtuh dengan style politik gila yang rakus tanpa peduli sempadan neraka yang dirempuh membabi buta.

4. Ternyata sejak fitnah seks ke atas Aisyah Ummul Mukminin Rha, dunia ini tidak pernah aman dari fitnah angkara bejad manusia munafik.

5. Hanya kita wahai ummah! Hanya kita wahai anak muda! Untuk kita corak skil politik baru. Bukan politik fitnah, bukan politik lucah dan bukan politik mafia. Politik kita ialah politik hujjah dan politik kasih sayang.

Ayuh saudara! Kita gerakkan gelombang perubahan! Persetan pada fitnah!

21 hari saja lagi, bantu rakyat cukup maklumat

Harakahdaily, 14 Apr 2013

TEMERLOH: Hanya 21 hari sahaja lagi sebelum hari mengundi pada 5 Mei nanti.

Justeru itu, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru agar warga internet membantu menjayakan misi ‘Biar rakyat mengundi dalam keadaan cukup maklumat.’

Menulis di Facebooknya, Tuan Ibrahim menyeru setiap posting yang di’Like’ haruslah disharekan kepada rakan-rakan yang lain.

Ini adalah mesej beliau:

“Assalamualaikum.

Mohon kerjasama untuk 21 hari akan datang, setiap posting yang kita 'Like' - kita 'Share' kan juga kepada rakan-rakan kita yang lain.

Biar rakyat mengundi dalam keadaan cukup maklumat.

"Senyum,” tulis beliau.

Ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi, Tuan Ibrahim juga menyeru anak-anak muda menjadi agen perubahan dan agen membawa maklumat balik ke kampung masing-masing.

“Jadilah jurucakap dan memberi penjelasan mengenai sesuatu isu dari dimensi lain selain apa yang diceritakan kepada masyarakat kampung melalui media tradisional. Balik mengundi dan pastikan maklumat mengenai penyelewengan negara yang ditutup di media massa sampai ke tangan ahli-ahli keluarga sebelum mengundi,” tegasnya lagi.

Tuan Ibrahim berkata membuat rakyat bermaklumat adalah satu proses pen-demokrasian yang penting dalam pilihanraya kali ini.

“12 pilihanraya yang lalu, masih terdapat sebahagian besar rakyat tidak mendapat cukup maklumat sebelum mengundi. Di PRU13, diharap dengan tenaga-tenaga anak-anak muda dan warga yang celik internet, kita berharap sungguh majoriti rakyat kali ini dapat mengundi dalam keadaan cukup maklumat, demi keadilan keseluruhannya,” katanya lagi.

Rahsia Muhyiddin akhirnya terbongkar, terhangat

Harakahdaily, 14 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Artikel blog http://addin77.blogspot.com bertajuk “Rahsia Muhyiddin Yassin akhirnya terbongkar” menjadi artikel paling diminati para pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily untuk minggu ke 14, 2013.
Di tangga kedua ialah artikel blog http://jalanpulang1978.blogspot.com yang menceritakan mengenai pembongkaran calon Umno yang bakal digugurkan padai PRU13.

Artikel “Cara membuat video palsu” yang menceritakan tentang teknologi terkini untuk membuat video menyamar dan bertukar orang menjadi artikel ketiga paling diminati pembaca Harakahdaily.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 7 hingga 13 April.

1

Rahsia Muhyiddin Yassin akhirnya terbongkar
2

Kantoi! Senarai calon Umno yang gugur bocor?
3

Cara membuat video palsu
4

Pimpinan BN bantah manifesto dilancar Najib malam tadi
5

Baru sehari kena serang dah menyerah kalah?
6

Sidek Baba yang saya kenal: Mangsa ISA
7

Terkini! Baju untuk solat Jumaat menggerunkan Umno sudah siap
8

Nak pilih BN? Tengok ni dulu!
9

Siapa di belakang Blok B4
10

Saya tidak mahu jawab, serah kepada peguam - Mustafa

Alkisah gadis yang kena tipu selalu…

Tuan Ibrahim Tuan Man, 14 Apr 2013

Di kampung Meliya, hanya terdapat sebuah kedai runcit untuk para penduduk untuk mendapatkan bahan-bahan keperluan selama ini.

Pengangkutan yang serba susah ke bandar-bandar lain dengan keadaan kampung Meliya agak terpinggir menyebabkan para penduduk hanya boleh bergantung kepada kedai pakcik Isajimad.

Huda, seorang gadis manis membesar di kampung Meliya sering membeli barang di kedai runcit Isajimad.
Pada usia 4, Huda pergi membeli aiskrim di kedai Isajimad.

“Pakcik, nak aiskrim termurah tapi paling sedap,” kata Huda dengan manja.

“Ini dia. 30 sen. Kedai pakcik sentiasa jual termurah,” kata Isajimad.

Pada usia itu juga, Huda ada berkesempatan ke bandar berdekatan dengan ayahnya. Dia terjumpa aiskrim yang sama tapi dijual pada 15 sen sahaja. Huda tidak berkata apa-apa.

“Apa masalahnya? Pakcik Isajimad tak tipu saya. Mengapa sini lebih murah?” bisiknya di hati.

Pada usia 10, Huda mula ditugaskan untuk membeli barangan seperti sayur, gula, garam dan minyak dari kedai pakcik Isajimad.

“Usah bimbang. Kedai pakcik termurah,” kata Isajimad lagi ketika Huda membeli barang.

Peristiwa yang sama berulang. Usia tersebut, Huda sempat mengikuti program anak angkat di bandar berdekatan. Mak angkat juga memberikan tugas yang sama kepada Huda. Dan Huda dapat membeli barangan yang sama – sayur, gula, garam dan minyak pada harga yang murah.

“Pakcik Isajimad tak tipu saya. Apa masalahnya sini saya guna lebih sedikit duit daripada di kampung?” tanya Huda lagi.

Pada usia 15, Huda kini seorang budak remaja. Kedai runcit Isajimad pula sudah menjadi pasaraya. Rumah pakcik Isajimad sudah seperti istana di Kampung Meliya. Isteri pakcik Isajimad mula menggunakan beg-beg mahal.

Tapi internet masih tiada di kampung Meliya.

Seperti biasa, Huda masih mengunjungi pasaraya Isajimad.

Kali ini ada peristiwa menarik.

“Abang. Bil air di rumah RM300 sebulan. Bil letrik RM1,000 sebulan. Ayang nak beli beg mahal. Abang kena jual mahal sikit barang-barang. Orang-orang kampung ini mana tahu harga tinggi ke rendah. Ini sahaja pasaraya yang ada. Siapa nak buka kedai baru dua tiga tahun kebelakangan ini, kita pun dah hantar gangster halau mereka. Usah bimbang,” Huda terdengar kata-kata dari belakang pasaraya ketika cuba mencari pakcik Isajimad.

Huda tak berapa faham apa yang diceritakan secara mendalam.

“Huda dah sampai. Nak beli apa. Suruh Kak Amin (pekerja) untuk ambilkan,” kata pakcik Isajimad.

Huda pun membayar. Kali ini, Huda bertanya.

“Pakcik, harga ini macam mahal sikit. Berpatutan ke?” tanya Huda.

“Pakcik tak pernah jual mahal. Pakcik jual termurah. Harga pakcik naik sedikit. Kos pengangkutan dah naik. Jadi pakcik kena naik sedikit, tapi masih termurah. Tak percaya Huda bandinglah dengan kedai lain di sini,” jawab pakcik Isajimad.

“Oh begitu. Ok. Bye pakcik,” kata Huda.

Usia itu, selepas PMR, Huda dihantar ke sekolah asrama penuh di bandar. Huda mendapati barangan di luar masih lebih murah daripada apa yang dijual pakcik Isajimad di kampung.

Usia 21, Huda kembali ke kampung bercuti. Sudah ada bas ke bandar lain. Dan ada satu pasaraya baru di Kampung Meliya yang melawan kedai pakcik Isajimad.

“Huda, jangan pergi kedai baru itu. Mahal dan diuruskan oleh bukan orang kampung kita. Buat apa bagi duit kat orang kampung lain. Belilah barangan dari pakcik. Kita sekampung, pakcik jual termurah. Ada untung, pakcik derma keluar. Orang luar, dia datang jual mahal, dia ambil duit kampung ke kampung sebelah,” kata pakcik Isajimad.

“Pakcik. Pada usia 4, pakcik kata aiskrim pakcik paling murah 30 sen. Huda pergi bandar, orang jual 15 sen. Usia 10, Huda beli sayur, garam, minyak, gula dari pakcik – pergi bandar orang jual lebih murah. Usia 15, Huda ke asrama penuh baru tahu pakcik jual 40% lebih mahal dari harga pasaran. Sekarang Huda dah besar. Tak payahlah pakcik nak tipu Huda lagi. Cukuplah selama ini pakcik mangsakan orang kampung sendiri untuk tampung makcik yang belanja besar… Saya akan cuba membeli di pasaraya baru kali ini. Tak kisah apa pakcik kata. Bye,” kata Huda.

Di pasaraya baru, Huda terjumpa ramai kawan lama. “Sini murahlah daripada kedai pakcik Isajimad itu. Dia asyik kata duit kita akan dimakan oleh orang kampung lain walhal selama dia samun duit kita,” kata kawan Huda.

Huda hanya tersenyum. Dia gembira kini bukan saja dia yang sedar, tapi anak-anak muda yang membesar di kampung Meliya sedar, kedai pakcik Isajimad itu penyamun.

Senyum.

Tuan Ibrahim Tuan Man
www.facebook.com/ustaztitm

Kabinet bawa masuk pekerja rumah urut?

Harakahdaily, 13 Apr 2013

KUALA LUMPUR: Kebanjiran pelacur asing ke Malaysia yang berselindung di sebalik pekerja hotel, spa dan rumah urut refleksologi adalah atas keizinan kerajaan BN.

(Mereka berselindung di sebalik pusat urut refleksologi tetapi banyak melakukan kegiatan tidak bermoral)


Menurut minit mesyuarat Jawatankuasa Kabinet yang diketuai Ng Yen Yen sebagaimana didedahkan oleh blogger King of Goblok, kabinet memang bersetuju dengan kemasukan mereka.

Melalui mesyuarat itu, pekerja asing yang diperlukan oleh industri pelancungan negara bagi sektor Perkhidmatan Pelancongan (Spa, Hotel, Refleksologi dan Kedi) sehingga 2016 adalah dianggarkan seramai 20,000 orang mengikut pecahan berikut:


i) Hotel: 10,000 orang
ii) Spa Refleksologi: 7,500 orang
iii) Golf (Kedi): 2,500 orang

Kementerian Pelancungan Malaysia pula menjadi agensi kawal selia bagi subsektor berkenaan.

Ia diluluskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tampa Izin (JKKPA-PATI) kali ke - 8 pada 9 Ogos 2012.

Perkara ini berlaku ketika kerajaan negeri Selangor diserang kononnya memberikan kebenaran kepada pembukaan rumah-rumah urut di negeri itu.

Padahal menurut kerajaan negeri, sejak 2008 lagi, tidak ada satu pun lesen di keluarkan untuk rumah urut di negeri itu.



Klik untuk melihat laporan penuh oleh blog ini.

Jangan tertipu permainan politik Umno BN

Harakahdaily, 13 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli dan penyokong parti itu agar tidak lagi tertipu dengan permainan Umno BN.

Beliau berkata, menjelang Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) ini, semakin banyak blog pro Umno yang menyebarkan fitnah terhadap pemimpin PAS.

Beliau berkata demikian sebagai megulas tindakan blogger Umno yang menyebarkan berita kononnya Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali meletakkan jawatan.

"Semalam blog-blog Umno menyebarkan Cikgu Pa (Datuk Mustafa) dah meletak jawatan. Berapa kali kita nak kena tipu dengan permainan Umno.Dah berapa kali Umno ditangkap menipu?

"Ingatkah kita bagaimana anak Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) difitnah mencabul kehormatan seorang gadis? Akhirnya terbongkar gadis aadalah seorang pemain catur terkenal antarabangsa.

"Orang berkata ditipu sekali ok, kali kedua silap, tapi blog-blog Umno dah ditangkap menipu berapa kali dah?" katanya dalam satu kenyataan.

Tuan Ibrahim juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang sanggup menyebarkan video dan gambar lucah yang kononnya milik pemimpin PAS di laman sosial facebook tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat.

"Apa perasaan ibu bapa melihat ruang-ruang santai di FB yang anak-anaknya masih kecil bermain games dan mengeratkan hubungan sesama sahabat menjadi medan mereka terjebak dengan bahan-bahan lucah?

Ini perlu dihentikan. Undilah dengan bijak," ujarnya.

Tambahnya lagi, fitnah dan amalan politik lucah akan timbul apabila Umno BN cuba menutup masalah dalaman di kalangan parti komponen mereka.

Namun ujarnya, rakyat sudah bijak menilai lebih-lebih lagi dalam kecanggihan teknologi masa kini.

"Bila Umno nak tutup isu dalaman - masalah calon, perbalahan Umno-MCA, mereka akan mula buat benda gila-gila dan fitnah merata untuk mengalih perhatian rakyat.

"Taktik ini selalu diulang. Zaman sekarang dengan kemudahan internet, rakyat mula celik dengan keadaan ini dan takkan mudah terpengaruh dengan taktik lapuk ini," katanya.

PAS tawar selesai masalah perumahan di Putrajaya

Mohd Rashidi Hassan, 13 Apr 2013
PUTRAJAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang juga calon PAS bagi Parlimen Putrajaya hari ini, mencadangkan beberapa tawaran kepada kakitangan awam, bagi membantu menyelesaikan masalah perumahan yang berlarutan sekian lama di kawasan pusat pusat pentadbiran kerajaan itu.

Antara tawaran yang dicadangkan ialah, untuk menukar status sewa bulanan mereka kepada sewa beli.

“Sewa beli ini dikira dari mula mereka bayar sewa rumah tersebut dan akhirnya mereka akan dapat memiliki rumah yang mereka diami untuk sekian lama itu. Ini adalah salah satu langkah yang saya akan tangani segera,” ujar beliau dalam sidang akhbarnya di Kelab Tasik Precint 8, di sini.

Tegas Husam, untuk tujuan itu beliau akan menulis surat, untuk mendapatkan temujanji dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Mohd Ali Hamsa bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah perumahan yang semakin menekan kakitangan awam.

Beliau membuat cadangan itu selepas menjelajah beberapa kawasan perumahan di Putrajaya dan bersuai kenal serta berdialog dengan penduduk setempat.

Dalam beberapa siri lawatan yang dilakukan, calon PAS Putrajaya itu berkata, beliau telah mengenal pasti beberapa masalah kritikal yang dihadapi kakitangan awam di Putrajaya, khususnya berkaitan soal perumahan.

“Saiz rumah yang disediakan adalah tidak sesuai untuk sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak yang ramai. Kebanyakan rumah tersebut bersaiz 750 kaki persegi hingga 800 kaki persegi,” ujarnya.

Apa yang penting bagi beliau, kerajaan gagal menyediakan kemudahan perumahan kepada kakitangan awam, kerana hanya mampu menyediakan 1/3 daripada jumlah 16,000 pemohon.

Berdasarkan tinjauan, untuk membeli rumah di Putrajaya, ianya merupakan suatu perkara yang mustahil bagi penjawat awam, yang bukan sahaja dari kakitangan sokongan, malah sehingga ke peringkat atasan, ianya menjadi kesukaran.

Ini disebabkan harga sebuah pangsapuri atau apartment mencecah di antara RM120,000 hingga RM150,000.

Harga untuk rumah teres dua tingkatyang ditawarkan kerajaan BN di Putrajaya ialah antara RM500,000 hingga RM 750,000, manakala harga untuk sebuah semi D pula antara RM900,000 hingga RM1.8 juta.

“Harga ini semangnya membebankan kakitangan awam, apatah lagi jika kakitangan atasan hendak membeli banglo, harganya mencecah RM2.5 juta ke atas.

“Jadi pada saya harga-harga tersebut tidak memungkinkan kakitangan awam untuk memiliki rumah di Putra jaya walaupun mereka bekerja di sini,” ujarnya.

Tiada ulasan: