Khamis, 18 April 2013

FIKIR2 DAN RENUNG2LAH

PAPAGOMO cuba selamatkan skandal.....dasat tuan puan
Posted on Wednesday, April 17 @ 21:21:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: DUKUNPASIR

"Papagomo suka fitnah orang...dia juga dikenali sebagai pengumpul bahan bahan lucah YANG BERJAYA SETAKAT INI...Tapi apabila ada skandal melibatkan beliau ,keluarga beliau dan parti yang beliau sanjung......dia beri amaran!!


Inilah amaran yang diberikan oleh PAPAGOMO untuk menutup skandal yang dibawa oleh penyokong pakatan. Dasat.........tuan puan! 

Inilah yang didakwa SKANDAL yang cuba diselamatkan oleh PAPAGOMO





Ini pula bukti yang ditunjukkan PapaGOMO untuk menutup skandal diatas.

Apa yang cuba dikongsi ialah.......letaklah seribu buktipun pihak Pakatan tidak akan percaya KERANA IANYA SUDAH DIAJAR OLEH PAPAGOMO SENDIRI UNTUK MENYOKONG DAKWAAN FITNAH FITNAH BELIAU SEBELUM INI.....kita boleh dakwa surat ni palsu,suaminya diugut,suaminya dibayar.....semua ni ASALNYA idea dari mereka sendiri kan kan kan kan kan.......

Ini pula beberapa bukti dari pihak Pakatan untuk menguatkan kisah skandal ini....



Amacam?? Dah terkena batang hidung baru tersedar?? Silapnya.....Papagomo sendiri YANG MENDEDAHKAN KEBURUKAN pemimpin mereka tanpa disedari.....


 BN akan kalah di Selangor oleh kerana Zul Noordin, kata Vell Paari
Posted on Wednesday, April 17 @ 23:54:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Clara Chooi

Barisan Nasional (BN) akan kalah di Selangor pada 5 Mei ini jika gabungan tersebut bertegas untuk meletakkan Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam, kata S Vell Paari dari MIC hari ini dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada presiden parti Datuk Seri G Palanivel.
Menurut pemimpin MIC itu, dengan meletakkan Zulkifli, BN berisiko untuk kehilangan undi India, yang beliau katakan akan menjadi faktor penentu di negeri seperti Selangor - kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR).

Menurut SMS yang dihantar ke The Malaysian Insider dari sumber dalaman parti itu malam ini, Vell (gambar) mendesak Palanivel untuk menyampaikan kebimbangannya kepada Datuk Seri Najib Razak dan meminta tindakan dari pengerusi BN itu, memberi amaran "keadaan buruk" jika tiada tindakan diambil.

"Kepada Datuk Seri G Palanival, Zulkifli Noordin sebagai calon di Shah Alam adalah penghinaan kepada orang Hindu di Malaysia. Di mana-mana orang emosi mengenai perkara ini," katanya dalam SMS tersebut yang turut dihantar kepada ahli jawatankuasa pusat MIC.

Anak kepada bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu terdapat 15,000 pengundi India di Shah Alam, 31,000 di Kota Raja, 21,000 di Kapar dan 17,000 di Subang, kebanyakkannya menurut beliau marah dengan pemilihan Zulkifli oleh Najib.

"Kira boleh kehilangan hampir 50 peratus hingga 70 peratus undi India yang akan menyebabkan kekalahan calon MIC terutamanya di Selangor dan dengan pengundi India menjadi faktor penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal untuk merampas Selangor," katanya dan memberi amaran sentimen tersebut turut merebak ke negeri lain.

"Dato Seri kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan semua orang terlepas dengan memohon kemaafan selepas menghina agama dan komuniti.

"Pemimpin kita di bawah terutamanya di Shah Alam telah didera secara lisan," katanya.

Vell mengakhiri SMSnya dengan mengatakan beliau hanya memerhatikan secara tertib dengan memohon tindakan tentang pencalonan Zulkifli melalui rayuan kepada presiden parti.

"Ini nasihat strategik saya sebagai seorang pengarah strategi," katanya.

Vell kemudiannya mengesahkan kepada The Malaysian Insider beliau telah menghantar SMS tersebut.

Apabila ditanya apakah beliau menerima cabaran DAP untuk meletakkan jawatan parti jika Zulkifli tidak digugurkan sebagai calon BN, pemimpin tersebut tidak memberikan jawapan "ya".

"Saya juga boleh tanya soalan sama kepada DAP. Hari ini PSM mempunyai masalah dengan PR berhubung isu kerusi dan logo. PSM menyatakan ‘PKR menggunakan faktor kaum untuk menafikan kerusi kami'.

"Jadi apakah DAP akan keluar PR kerana penggunaan faktor kaum untuk menafikan kerusi kepada PSM oleh PR? katanya dalam satu SMS.

Najib mengesahkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam semasa mengumumkan senarai calon BN Selangor semalam, membenarkan penyandang kerusi Kulim Bandar Baharu untuk bertanding secara langsung di bawah tiket BN.

Keputusan tersebut menyebabkan perdana menteri kerajaan sementara itu dikritik hebat, sebahagian besarnya disebabkan reputasi Zulkifli sebagai seorang Muslim berhaluan kanan, jawatannya sebagai naib presiden Perkasa dan kontroversi terbarunya mengenai penghinaan terhadap penganut Hindu.

Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan "Keling", yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu.

Zulkifli pernah menjadi salah seorang panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan kesuciaan Sungai Ganges yang turut dikenali sebagai Ganga di India, dianggap suci oleh penganut Hindu.

Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN selepas dipecat daripada PKR pada 6 Mac, 2010 disebabkan laporan polis yang dibuatnya kepada penyandang kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Calon Umno, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin kalah kepada Khalid pada 2008 dengan majoriti 9,314 undi. Pada 2004, beliau mengalahkan Khalid dengan majoriti 13,410 undi. 

 
Surat Terbuka Presiden Pas Kepada “Khadam Politik”
Posted on Wednesday, April 17 @ 23:31:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Presiden PAS

Di zaman Rasulullah SAW berdakwah dan berjihad, Islam bukan sahaja menghadapi musuh di kalangan ahli kitab, tetapi juga dari kalangan mereka yang berilmu berkenaan Islam dan kenabian Muhammad SAW. Mereka ini juga ikut serta menentang Islam secara terbuka, atau bersembunyi di belakang kalangan munafiqin (yang berpura-pura Islam) atau mempengaruhi orang-orang Islam yang lemah imannya.

Kumpulan ini sanggup menentang Islam kerana terlalu terpengaruh dengan harta dan pangkat yang mudah dicapai. Mereka ini bersedia melakukan apa sahaja yang terdekat dan cepat tanpa memikirkan akibatnya. Walau pun mereka percaya benarnya Islam dan mulianya Rasulullah SAW  dengan sifat yang terpuji dan akhlak yang luhur, tetapi kemenangan Islam dianggap payah dan mungkin mustahil . Apatah lagi mereka memikirkan bahawa akhirat terlalu jauh, lalu memilih jalan yang mudah, dekat dan tidak mencabar. 

3.    Kalaulah seorang tokoh seperti Rasulullah SAW pun menghadapi jenis manusia yang begitu rupa, maka di zaman umat yang menyambung perjuangannya tentulah lebih banyak lagi, mungkin dengan cara dan sifat yang berlainan.
4.    Di zaman penjajah pula digunakan para ulama yang mencari kebendaan dan pangkat untuk menentang jamaah Islam yang menentangnya. Penjajah ini mengambil langkah menghapuskan ulama yang berpolitik, dan membiarkan dan menyokong ulama yang tidak berpolitik. Maka kalangan umat Islam yang jahil dan lemah imannya menjadi keliru, kerana ada ulama yang menyokong penjajah dengan membaca ayat-ayat Al Quran dan Hadith juga. Sehingga ada kalangan tokoh ulama pewaris Rasul menjadi mangsa di bunuh, di buang negeri, di penjara dan sebagainya.
5.    Di zaman ini penjajah asing sudah keluar. Negara sudah merdeka, namun umat Islam dan rakyat bukan Islam yang lemah bersamanya masih dibelenggu dengan penjajah tempatan yang meneruskan kemungkaran dan kezaliman yang membelenggu rakyat keseluruhannya.
6.    Pada waktu ini pula di bawah pemerintahan Kerajaan BN selama puluhan tahun, taktik kerajaan yang bermasalah ini turut sama menggunakan khadam untuk mempertahankan takhta politiknya. Di antaranya menggunakan kumpulan yang berjenama Islam bagi mempertahankan kebatilan yang masih berkuasa dengan zalim dan fasik, serta memerintah dengan segala tipu dayanya.
PAS bersama Pakatan Rakyat
7.    Dalam menghadapi PRU-13 ini, PAS memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan dengan makna yang menyeluruh. Bukannya “Negara Kebajikan” mengikut istilah barat, tetapi “Negara Berkebajikan” bersama pemimpin yang beriman dan budiman dan adil terhadap semua.
8.    Konsep ini diterapkan dalam Buku Jingga dan ditafsirkan dalam Manisfesto di peringkat pusat dan kerajaan negeri masing-masing, berasaskan sistem Federalisma yang membahagikan bidang kuasa dan memberikan ruang yang lebih berkesan mengikut realiti negeri dan masyarakat yang berbeza. Konsep ini dapat diterapkan melalui konsep Islam itu Rahmat dan adil terhadap semua. Ini mampu dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat walau pun berbeza ideologi dan agama, tanpa perlu berganjak dari dasar Islam dan tanpa paksaan terhadap pihak yang berbeza.
9.    Penyokong PAS mengundi DAP di atas konsep Tahaluf (persefahaman) dan bersama menolak BN kerana kemungkarannya yang besar, parah  dan nyata. Atas kesediaan DAP dan PKR menerima konsep bersama menentang kemungkaran yang besar, maka  penyokong DAP dan PKR bukan Islam mengundi PAS dan menolak MCA, MIC dan lain-lain parti komponan BN dan bukan sahaja menolak UMNO. Tembok perkauman yang menjadi tiupan UMNO melalui Biro Tata Negara (BTN) milikan Kerajaan ini berjaya dipecahkan !.
10. Sebaliknya penyokong UMNO (Melayu Islam) pula tidak mengundi PAS, tetapi mengundi MCA, Gerakan dan lain-lain di kalangan bukan Islam dalam keadaan slogan Umno  hidup melayu dan mempertahankan Islamnya dengan solekan godaan politik wang (rasuah).  MAKA KETIKA INI MUNCULLAH KHADAM YANG DIGUNAKAN DENGAN BERBAGAI PENDEKATAN.
Kemunculan Khadam – untuk selamatkan UMNO
11. Ada kalangan media melayu Islam mengambil pendekatan menakutkan orang bukan Islam dengan undang-undang syariat seperti hudud dan lain – lain tanpa penjelasan hikmat, proses kehakiman dan caranya yang adil. Ada juga yang mengambil pendekatan semangat perkauman dan agama untuk memecahkan Pakatan Rakyat dengan sikap sangat bersimpati terhadap PAS, pada hal merekalah tangan yang menzalimi penyokong PAS selama ini.
12. Dalam masa ini, wujud satu lagi golongan yang mendakwa ingin menarik undi Melayu Islam di atas nama Islam, tetapi tujuannya nyata untuk memenangkan BN bukannya memenangkan Islam. Mereka hanyalah sekadar khadam kepada BN Umno atau askar upahan dan sebagainya. Hakikatnya mereka hanya bertanding di sejumlah kecil kerusi sahaja, dan kawasannyanya hanya sekangkang kera yang tidak boleh bertanam dan membina rumah.
13. UMNO yang sangat gelabah dengan perkembangan mutakhir, mereka mula secara tidak langsung sedang menggunakan khadam daripada NGO yang berjenama Islam seperti ISMA dan lain-lain, bertanding di atas nama Islam, dengan tujuan untuk menarik undi Melayu Islam di kawasan bukan Islam. Tindakan pendek politik ini hanya berjaya untuk memenangkan MCA, MIC, Gerakan atau UMNO yang sedang  bergelumang dengan kemungkarannya.
14. Sekiranya kita memahami demografi pengundi dan politiknya, dicampurkan dengan faktor jumlah kerusi yang sangat kecil ini, maka mereka ini perlu faham bahawa tindakan bertanding ini tidak akan membolehkan mereka untuk menegakkan negara atau menjadi pembangkang. Tindakan mereka ini hanya berjaya menjadi khadam menyelamat kemungkaran yang sedang berakar umbi. Caranya bertepatan dengan apa yang dinyatakan :
كلمة حق أريد بها باطل
Ucapan yang benar, tetapi dikehendaki tujuannya yang salah.
15. Mereka bertanding bukan bertujuan untuk menang dan mendokong suara Islam dengan berani dan tegas, tetapi untuk memberi kemenangan kepada kebatilan yang telah berlalu lebih daripada lima puluh tahun, bermakna sejak belum mereka dilahirkan ke dunia.
16. Kalau kail hanya sejengkal, jangan memancing di lautan yang dalam. Politik dalam Islam adalah amanah besar,  perlu dipelajari dan difahami kalau mahu berpolitik berlandaskan Islam dan matlamatnya. Ketahuilah bahawa politik Islam itu ada  hukum dan feqahnya, seperti juga feqah sembahyang, haji dan zakat. Rasulullah SAW mengajar Islam semuanya secara  Feqah dan Akhlak (Tasawuf) yang berlandaskan aqidah (Iman) mematuhi perintah Allah. Firman Allah :
$ygr'¯»t úïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=äz÷$# Îû ÉOù=Åb¡9$# Zp©ù!$2 wur (#qãèÎ6®Ks? ÅVºuqäÜäz Ç`»sÜø¤±9$# 4 ¼çm¯RÎ) öNà6s9 Arßtã ×ûüÎ7B ÇËÉÑÈ
Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Al Baqarah 208
Marilah kita sama-sama bandingkan dengan amanat Tun Mahathir : “Lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada berkawan dengan malaikat yang kita tidak kenali”.
17. Bolehkah berkawan dengan parti yang politiknya dipisahkan daripada Islam ? Ada juga yang mencari nasihat bomoh yang bersahabat dengan syaitan bagi menentukan tarikh pilihan raya, dan menggoda rakyat dengan wang dan sebagainya untuk menang walaupun banyak salah lakunya. Allah SWT melarang kita mendekati syaitan dan jin ini kerana godaannya sangat menarik.
18. Adapun orang yang bukan Islam pula, terdapat juga di kalangan mereka yang diizinkan oleh Allah untuk kita bekerjasama dengan mereka, di atas sifat dakwah dan kemanusiaan sejagat yang diwajibkan ke atas masyarakat madani dengan syarat-syarat yang dinyatakan oleh Allah dan Rasulnya SAW bagi menegakkan adil terhadap semua.
19. Fahamilah feqah politik Rasulullah SAW sebelum tegaknya negara bersama dengan sahabatnya yang setia dan ikhlas bersama Islam, dan bersama bukan Islam seperti Abu Tholib, Mut’im bin ‘Adi dan lain-lain yang belum Islam dan tidak bermusuh atau tidak keras kerana masih ada sifat–sifat kemanusiaan. Rasulullah SAW mengizinkan Abu Bakar RA menggunakan khidmat seorang bukan Islam ketika berhijrah yang sangat memerlukan ciri keselamatan, seterusnya bertahaluf dengan kalangan bukan Islam ketika menegakkan negara di Madinah.
20. Tahaluf ini juga dilaksanakan oleh kerajaan Islam di zaman Al Khulafa’ Ar Rasyidin dan selepasnya bersama masyarakat majmuk berbagai agama, termasuk agama yang tidak ada di negeri arab, berkongsepkan sabda Rasulullah SAW :
وَالْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ إِلَّا شَرْطًا حَرَّمَ حَلَالًا أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
سنن الترمذي - (ج 5 / ص 199(
Dan orang-orang Islam itu wajib berada di atas segala syarat yang mereka janjikan, kecuali syarat mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.
21. Rasulullah SAW. menyerang Makkah walau pun pemimpinnya daripada kalangan bangsanya dan keluarga terdekat, apabila kabilah Khuza’ah yang bertahaluf denganya telah diceroboh oleh kalangan yang bertahaluf dengan pemimpin Makkah yang zalim.
22. Fahamilah, bahawa kerjasama PAS bersama Pakatan Rakyat adalah tahaluf yang diajar oleh Islam, sangat berbeza dengan kerjasama UMNO  (melayu Islam)  bersama BN.
23. Syarat-syarat hukum Islam tidak ada dalam parti kebangsaan seperti Umno, walau pun melayunya Islam. Jawatankuasa Biro agamanya tidak berhak membuat dasar dan mengatur strategi, kerana UMNO tertakluk dengan konsep BN yang tidak terikat  dengan konsep politik mengatasi agama atau berkonsepkan politik dipisahkan daripada agama.
24. Selepas melakukan penipuan dan rasuah, ianya seolah-olah boleh diselesaikan dengan haji dan umrah subsidi. Sehinggakan kalangan agamawan dalam UMNO hanya sekadar menjadi makmum yang tidak boleh membuat kenyataan mendahului imam walau pun imamnya sudah batal wuduk dan solatnya.
25. Sembahyang tanpa feqahnya menjadikan seorang yang jahil feqahnya mendahului imam ketika berjamaah dan boleh berbual, ketawa  bersantai ketika bersembahyang. Puasa tanpa feqahnya hanya sekadar mogok  lapar tanpa ibadat. Haji tanpa feqahnya umpama melontar batu besar dan sepatu merejam kawan bukannya merejam syaitan. Maka begitulah juga politik tanpa feqahnya hanya sekadar mejadi khadam kepada musuh Islam atau khadam kepada mereka yang berlarutan zalimnya.
Ya Allah!, lindungilah kami daripada syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.  

PRESIDEN PAS
17 April 2013

 Ibrahim Ali 'dibunuh'..tragis sangat!
Posted on Wednesday, April 17 @ 21:29:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: modayu

"Kejadian ini berlaku baru2 ini dikelantan. Kejadian yang amat tragis ini menggemparkan negara khususnya buat penyokong-penyokong perkasa. Tidak sangka saudara ibrahim ali (IA) yang ramai kawan dan lawan ini dibunuh sebegitu rupa sehinggakan jasadnya terbiar sebegitu tanpa sebarang pembelaan terutama oleh pengikut-pengikutnya dari perkasa.

Seminggu sebelum kejadian IA 'dibunuh' secara terang dan nyata oleh sahabatnya itu, beliau telah 'dicalonkan' oleh DR M sebagai pahlawan di pasir mas. Ketika IA bangga dengan pencalonan tidak rasmi oleh Dr , beliau terus yakin bahawa apa yang direkomen oleh Dr M pasti menjadi kenyataan..Banyak sungguh kenangan bersama beliau ketika bersama perkasa dahulu. Kejadian bagaimana IA dibunuh itu sudah diketahui umum dan 'pembunuhnya' sudah diketahui.. Begini agaknya bagaimana pembunuhan itu dilakukan..rasanyalah kot.
Ketika Najib mengumumkan pada isnin 15.4.2013 akan diberi surat tauliah perlantikkan ADUN dan MP, maka IA sudah berkira2 akan namanya naik nanti. Maka tiket kapal terbang menuju kekelantan lalu ditempahnya. Ini kerana pada hari selasa akan diumumkan nama2 yang berjaya untuk mewakili BN di kelantan oleh pengerusi BN negeri.
'Pasti aku akan berjuang demi UMNO dipasir mas bermati-matian'. Bisik hati IA ketika menaiki pesawat kekelantan.
Dalam perjalanan menuju kekelantan, hatinya berasa amat girang kerana dapat berbakti kepada rakyat pasir mas sekali lagi dan kali ini menggunakan bendera dacing pula.Beliau akan tunjukkan bagaimana pasir mas boleh dibangunkan dengan jayanya.Ini janji dia utpasir mas.
Ketika tiba di kota bahru, ramai orang2nya menyambut ketibaan beliau dilapangan terbang. Tiada musuh yang menunggu untuk menembaknya disitu, dan musuh2 beliau tidak berminat untuk membunuh beliau secara tidak gentlemen begitu.
Setelah bermesra dengan penyokong2nya di lapangan terbang, maka beliau pun pulang kekediamannya di pasir mas untuk berehat. Dan malam pula ramai penyokong2 beliau bercerita  akan peluang BN dipasir mas pasti cerah jika IA dapat berkhidmat semula disitu. Mereka juga bercerita bahawa keesokkan hari ketika pengerusi BN negeri mengumumkan calon2 yang layak, pasti nama IA ada terselit sekali. Girang IA mendengar namanya akan disebut esok nanti.
'Taulah korang orang PAS,aku pastikan korang berkubur disini'. cetus hatinya sebelum tidur dikamar beradunya.
"IA dibunuh pagi ini!!!" bisik penyokong IA setelah pengerusi BN negeri mengumumkan nama2 calon keesokkanya.
"siapa yang bunuh IA?". tanya kawan sebelahnya.
"Najib telah bunuh IA dengan kejam, IA tu banyak bantu sokong najib, tapi najib tetap bunuh IA". jawab sorang lagi disitu.
IA dibunuh dengan menggunakan pistol sahaja tanpa memerlukan mesin gun yang canggih. Modus operandi pembunuhannya amat jelas, Najib tidak memerlukan orang seperti itu diBN kelantan dan stopa juga tidak suka dgn IA dikelantan.
Kawan rapat IA di selangor sudah mendapat habuannya di shah alam. Beliau selamat dari dibunuh oleh sahabat2nya. Zulkifli Nordin kini mendapat tempatnya di SHAh Alam.
'Padan muka ko IA, aku bakal jadi MP pasni ni..hehe!'. seronok zulkifli Nordin
 Begitu tragis 'pembunuhan' IA dipasir mas dan sehingga kehari ini pengikut2nya meratapi kehilangan beliau yang amat sangat.
-Laporan dari HMnews-
Semoga 'pemergian' IA itu mendapat manfaat yang besar kepada penduduk2 pasir mas  khususnya dan Malaysia amnya.
 ##untuk akhirnya marilah kita dengar pesanan Loqmanul Haqim yang dipesan beribu tahun yang dulu semoga ianya menjadi panduan kepada kita dalam menguruskan kehidupan kita dengan lebih elok dan mulia.

 


semoga bermanfaat.
wallahuaklam
md daud yusri alhutan melintangi
Perlukan walkie talkie utk PRU13? dapatkannya disini @ www.dadiydoo.com



 





Doc...anda dah jadi penyapu buruk...
Posted on Wednesday, April 17 @ 21:03:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

" Buat sekiannya kali, Dr Mahathir terduduk dan terkedu apabila Team Najib-Rosmah(NR) tidak melayan permintaannya bahkan menghinanya pula.

Walaupun cuba memuji dam mengampu Rosmah dengan mensyorkan agar buku biografi Rosmah dibaca oleh budak-budak sekolah malangnya Rosmah melihat mengikut sisinya sendiri.

Barangkali bagi Rosmah, Mahathir menyindirnya.

Nah! Rasakan ! Terimalah pukulan "maut" dari team Najib-Rosmah ke atas team Mahathir-Muhyiddin (MM).

Bayangkan pertarungan dan peperangan kedua puak ini sudah lama berlaku. Hanya orang celik politik dapat bayangkan betapa dahsyatnya "peperangan". ini.

Cuba lihat bagaimana team MMn cuba provokasikan tentang huru hara PRU 13. PMNajib membalasnya dengan memberi jaminan keamanan untuk peralihan kuasa.

Kemuncaknya, dikala Mahathir beriya-iya mahu Si Katak Ibrahim Ali bertanding di Pasir Mas, team NR dengan selambanya mengangkat Zul 1/10 sebagai calon di Shah Alam.

Bahkan team NR menghantar anak Mahathir ke"jirat" untuk bertanding di kubu kuat PAS Ayer Hitam, Musuh ketat Mahathir seperti Khairy dan Johari Baharom masih kekal untuk pertahankan kerusi di Rembau dan Kubang Pasu.

Cumanya satu sahaja berita gembira buat Mahathir diambang sore usianya iaitu Pak Lah tidak di calonkan dalam PRU 13.

Ya Allah panjangkan usia Mahathir agar dia dihina sehina-hinanya sepertimana dia menghina insan lain seperti ulamak PAS,Anwar,tahanan ISA dan orang Cina.

Dunia sedang menanti saat Mahathir dipapah naik tangga mahkamah di Putrajaya! 


Doc...anda dah jadi penyapu buruk...
 
 

Tiada ulasan: