PRU13: Manifesto BN sekadar mengemis undi
| Harakahdaily, | 08 Apr 2013 |

KUALA LUMPUR: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) berpandangan manifesto BN hanyalah sekadar do or die, lebih terserlah sebagai membeli maruah pengundi dengan wang dan janji manis demi mengekalkan kuasa semata-mata.
“Inilah satu-satunya manifesto ‘akujanji’ dalam sejarah pentadbiran BN yang terburuk pernah dilakukan,” kata Presiden KMPP, Rahmad Isahak.
Katanya, pengundi Melayu harus menolak ‘akujanji’ berkenaan kerana intipatinya telah dengan nyata memperdagangkan maruah mereka.
“Secara logik dan rasional, apakah hanya manifesto BN sahaja yang dapat menjaga kepentingan rakyat sedangkan manifesto Pakatan Rakyat dianggap sebagai menipu rakyat?
“Di manakah prinsip integriti BN terhadap rakyat selain menaburkan insentif tunai dalam jangka masa pendek semata-mata kerana berhasrat untuk mengekalkan kuasa?” tanya beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Justeru, ujar beliau, bagi KMPP secara terang-terangan tanpa bahawa pemimpin BN telah dengan sengaja meletakkan maruah pengundi di tahap terendah.
Ini, katanya menggambarkan dengan jelas bahawa pada pandangan pihak BN rakyat Malaysia adalah sesuai digelar sebagai bangsa subsidi sahaja.
Secara teori, ujar beliau pengundi sudah dapat menilai bahawa manifesto BN hanyalah mengikut jejak langkah kerajaan negeri di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat dalam memulakan pemberian ehsan secara tunai kepada rakyat.
Tambahnya, tanpa sumbangan kerajaan Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang, maka pemimpin BN tiada masa dan belas ehsan untuk melakukan kerja-kerja kebajikan berkenaan.
“Di saat-saat kritikal sekarang ini dan diambang PRU13, rakyat seharusnya memberikan kredit kepada kepimpinan Pakatan Rakyat kerana telah berjaya mengubah sudut pentadbiran yang lebih prihatin serta kondusif terhadap rakyat dalam menjaga kebajikan mereka,” katanya lagi.
Katanya lagi, walaupun kerajaan PR negeri itu dikritik hebat oleh BN dalam tempoh 5 tahun ini, namun akhirnya dalam situasi segan dan silu pihak BN dalam diam telah mencedok idea pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.
PapaGomo bakal bergelar Ahli Parlimen laa .... !!!
Posted on Monday, April 08 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: setisab
"
Penulis blog haramjadah yang juga pesalah rasuah, Papagomoyang
digugurkan daripada perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)
atas kesalahan rasuah mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas
menentang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi parlimen
Permatang Pauh.Bekas prebet polis, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dilaporkan mengumumkan perkara itu melalui seorang pengikutnya, Mohamad Rafi Awang Kechik dalam satu sidang media di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Wilayah Persekutuan.
Mohamad Rafi dalam laporan The Star Online hari ini menyebut, mereka juga berhasrat untukmenamatkan kerjaya politik Anwar.
PDRM pada akhir bulan lalu menjelaskan bahawa Wan Muhammad Azri dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012.
Nota ringkas buat macai dan calon pru-13 PKR
Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri pada mulanya ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005.
“Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September 2012.
Kenyataan Rasmi PDRM: Wan Muhammad Azri ...
PapaGomo adalah pesalah rasuah
PapaGomo jadi PapaKedana. Mati la kau Gomo"
TGH Hadi tolak ‘tawaran’ jadi PM
Posted on Tuesday, April 09 @ 00:38:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Jamilah Kamarudin
SHAH ALAM:
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak ‘pelawaan’ Barisan
Nasional (BN) supaya menjadi Perdana Menteri jika mendapat mandat rakyat
pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.Abdul Hadi berkata, beliau lebih bersedia jadi khadam (orang suruhan) rakyat berbanding jawatan Perdana Menteri sekiranya itu yang dimahukan oleh majoriti rakyat.
“Saya tak boleh mendahului rakyat…rakyat perlu menangkan calon (Pakatan Rakyat) terlebih dahulu baru boleh tahu siapa PM.
“Apa yang penting Perdana Menteri itu mestilah orang Islam yang diterima semua rakyat dan tiada masalah dengan orang kerajaan, Raja serta Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media selepas memberikan ucapan dalam wacana ‘Bicara Minda’ di Kompleks Karangkraf di sini tadi.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak semasa pelancaran manifesto pada Sabtu lalu melontarkan soalan cepu mas kepada rakyat tiga calon yang boleh dipercayai untuk menjadi Perdana Menteri – sama ada Hadi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dirinya sendiri.
Ditanya mengenai kerusi, Abdul Hadi berkata PAS serius dengan hasrat untuk meletakkan calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan bertanding atas lambang PAS.
“Masalah kita calon bukan Islam ini sudah jadi calon DAP dan PKR.
“PAS perlu cari kawasan yang munasabah untuk mereka,” katanya.
Katanya, pihaknya masih berusaha meletakkan calon bukan Islam di setiap negeri sebelum tarikh penamaan calon diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kita sedang berusaha supaya DHPP yang terdiri daripada pelbagai bangsa akan ada. InsyaAllah calon India, calon Cina, calon Iban akan ada,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan memberitahu jumlah kerusi yang akan diberikan kepada DHPP.
Konsep Negara Islam
Beliau turut menolak dakwaan PAS menukar konsep Negara Islam kepada Negara Berkebajikan kerana sukar melaksanakan hukum syariah dalam negara yang berbilang kaum.
Katanya, persepsi ‘Negara Berkebajikan’ itu lebih mudah difahami dan diterima semua masyarakat majmuk di Malaysia tanpa mengenepikan hukum Islam.
“Tiada percanggahan (Negara Islam) dengan Negara Berkebajikan.
“Itu perkataan seerti dimana pertukaran konsep semata-mata untuk memudahkan orang faham dan akhirnya semua dapat terima konsep Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya.
Sumber
Al-Quran jelaskan; Celakanya golongan penyokong kezaliman
| Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, | 08 Apr 2013 |
"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim." (Ali Imran:57)
"Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keterangan-Nya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya." (Surah al-Ana'am : ayat 21)
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim." (Surah al-Maidah : ayat 51)
"Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka." (surah al-Kahfi : ayat 59)
"Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim; sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya)." (Surah an-Naml : ayat 52)
Al-Quran – lebih jauh – telah melarang orang Muslim menjadi orang yang zalim. Begitu juga al-Quran melarangnya daripada menjadi pembantu kepada orang yang zalim, atau cenderung kepada orang yang zalim, kerana dia akan ikut serta dalam dosa dan balasan kezaliman tersebut. Firman Allah Taala tentang Fir’aun:
"Dengan sebab itu, Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim." (surah al-Qasas : ayat 40)
Lihatlah bagaimana Allah sertakan bala tentera bersama Fir’aun dan menganggap kesemua mereka adalah manusia zalim. Firman Allah lagi:
"Dan janganlah kamu cenderung menyokong orang-orang yang zalim kelak (kalau kamu berbuat demikian), api neraka akan membakar kamu. Pada hal tiada seorang penolong pun untuk kamu selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat apa-apa pertolongan." (Surah Hud : ayat 113)
Perkataan “Ar-Rukuun” dalam ayat ini bererti cenderung, maka dengan cenderung sahaja pun kepada kezaliman sudah diharamkan oleh al-Quran dan diikatkan dengan cucuhan api neraka, di samping kehilangan pertolongan Allah kepada mereka.
http://www.tarbawi.my
Kesian Najib...
| Orang Pekan, |
Yang ingin saya sampaikan di sini ialah ketika DS Najib hampir tewas pada 1999. Beliau menyatakan bahawa perasaan cemasnya semasa menunggu satu demi satu jumlah undi dikira. Pada ketika itu, sudah ada desus desas bahawa beliau akan tewas. Namun, akhirnya beliau berjaya menang tipis – dan dalam ulasan pendeknya beliau menegur sikap pegawai-pegawai bawahannya yang sentiasa berkata “ok, datuk... ok datuk” maksudnya sokongan rakyat semuanya dalam keadaan yang baik. Hakikatnya, rakyat hampir sahaja menghumban beliau daripada kerusi pekan.
Berdasarkan hal itu, tidak mustahil sekali lagi DS Najib akan melalui situasi yang sama dalam PRU13 kali ini. Maklumlah, tugasnya sebagai Perdana Menteri tentunya sibuk dan kebanyakan masalah rakyat diterima daripada pegawainya sama ada menteri, ahli Umno dan pegawai kerajaan.
Saya simpati bukan kerana beliau mungkin tewas atau terus kekal. Simpati kerana kelalaian beliau mendapat maklumat sebenar kesusahan dan masalah rakyat. Harapkan pegar, pegar makan padi, harapkan sokong, sokong bawa rebah. Para pegawai yang sepatutnya membantu beliau, tetapi tidak melakukan tugas yang sepatutnya. Rakyat yang memang sudah tidak senang dengan dasar-dasar yang ada, makin bertambah marah dengan sikap pegawainya yang menjadi lintah darat. Kemarahan itu tidak mustahil diluahkan melalui kertas undi dalam PRU nanti.
Telah banyak kerajaan, maharaja dan tamadun runtuh kerana perkara ini dan tidak mustahil DS Najib menjadi pemerintan yang terakhir daripada dinasti Umno-BN.
Banner palsu, fitnah PR dikesan di seluruh Selangor
| Muhammad Faizal, | 08 Apr 2013 |

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman mengingatkan rakyat seluruh Selangor berwaspada dengan kain rentang palsu yang dikesan sedang giat dipasang oleh pihak tidak bertanggungjawab di seluruh negeri ini.
Beliau berkata pihak petugas PAS mendapat maklumat lebih 240 lokasi telah ditetapkan untuk pemasangan kain rentang itu dengan tujuan mengelirukan penduduk setempat.
"Kain rentang tersebut mengambar seolah-olah ia dipasang oleh PAS dan juga DAP, sedangan kita tidak mengetahui langsung kewujudan kain rentang itu," kata beliau.
"Kesemua kain rentang itu berbentuk fitnah yang ditujukan kepada PAS yang mengatakan jika PAS memerintah hukum Islam dilaksanakan," katanya sambil menambah ianya bertujuan menakut-nakutkan pengundi bukan Islam.
Bercakap pada sidang media di pejabat PAS di sini, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad pula berkata pihaknya telah mengarahkan agar setiap ahli PAS segera menanggalkan kain rentang tersebut jika ada melihatnya dipasang.
"Kita mengarahkan agar kain rentang tersebut ditanggalkan segera jika ia didapati dipasang.
"Kita turut berharap agar rakyat tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilakukan pada kain rentang itu," katanya.
Menurutnya lagi, tindakan menggunakan perkataan "Biro Penerangan PAS Pusat" pada kain rentang itu menunjukkan kain rentang tersebut didalangi Umno.
"Kita dalam PAS tidak menggunakan perkataan biro, PAS hanya menggunakan perkataan lajnah untuk setiap bahagian dalam pentadbiran PAS. Ini menunjukkan kain rentang itu milik Umno, mereka dah kantoi," katanya lagi.
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan kain rentang dan risalah fitnah itu mula dikesan sejak minggu lepas, malah petugas PAS juga berjaya menangkap sekumpulan empat pemuda memasang dan mengedarkan risalah di Semenyih.
"Kita berjaya menahan empat individu yang sedang memasang kain rentang tersebut pada 7 April kira-kira jam 630 petang.
"Malah laporan polis juga telah kita lakukan, ketika penahan tersebut terdapat banyak kain rentang berada dalam kenderaan mereka begitu juga senarai lokasi-lokasi yang perlu kain rentang itu dipasang," kata beliau.
PAS Selangor ujarnya akan membuat pemantauan terhadap lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan kepada kain rentang itu dipasang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan