Jumaat, 19 April 2013

TOLAK ANSUR ITU PENTING...YANG PENTING KEJAYAAN PARTI BUKAN BERTELAGAH SAMA SENDIRI....DAN JANGAN RASA DIRI HEBAT SANGAT....ALLAH AKAN TANYA KEPIMPINAN KITA....TAK TAKUT KE

Muka baru, lama wakili pembangkang di Selangor, 2 exco gugur

19 April 2013
PRU13
SHAH ALAM - Pakatan pembangkang Selangor malam ini mengumum sekali gus memperkenal calonnya untuk Pilihan Raya umum ke-13 (PRU13) yang menggandingkan muka lama dan muka baru.
Sementara itu, dua anggota Exco Kerajaan Selangor digugur daripada senarai calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.
Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok, yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri, tidak mempertahan kerusi Dun Kinrara manakala Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu juga tidak bertanding di Dun Pandamaran pada PRU13.
Kerusi Kok diambil alih Ng Sze Han manakala Pandamaran oleh Tan Pok Shyong, kedua-duanya muka baharu dari DAP.
Pada kali ini, DAP banyak memperkenal muka baharu di peringkat Dun iaitu Tiew Way Keng di Teratai, R. Rajiv di Bukit Gasing, Ng Tien Chee di Balakong, Yeo Bee Yin di Damansara Utama, V.Ganabatirau di Kota Alam Shah dan Loh Chee Heng di Teluk Datuk.
PKR pula memperkenal calon baru di peringkat Dun seperti Borhan Aman Shah (Dengkil), Lee Chin Cheh (Kajang), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Hamidi A Hassan (Semenyih), Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (Kuang), K.Ramachandran (Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Ijok).
Sementara itu, Pas mengekalkan calonnya, Dr Halimah Ali di Selat Klang, Iskandar Abdul Samad di Chempaka, Saari Sungib di Hulu Klang, Khasim Abdul Aziz di Lembah Jaya, Dr Ahmad Yunus Hairi di Sijangkang dan Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abd Rani Osman di Meru.
Kerusi Gombak Setia yang dimenangi Dr Hasan Mohamed Ali, yang dipecat parti itu, pula diganti oleh Hasbullah Mohd Ridzwan.
Di peringkat Parlimen, muka baharu ialah Dr Ong Kian Ming (DAP) di Serdang, Pengarah Strategik PKR Mohd Rafizi Ramli di Pandan, G. Manivanam (PKR) di Kapar, Dr Abdul Aziz Bari (PKR) di Sabak Bernam, Mohamad Rashdi Deraman (Pas) di Tanjung Karang, Mohamed Salleh M.Husin (Pas) di Sungai Besar dan Khalid Jaafar (PKR) di Hulu Selangor. - Bernama
Muhammad Ridhwan umum tanding
Wartawan Sinar Harian
19 April 2013
Muhammad Ridhwan
Muhammad Ridhwan
GEORGETOWN - Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman mengumumkan hasratnya untuk bertanding di atas tiket Bebas di Dun Perai, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.
Beliau meluahkan hasrat itu, sebaik tiba di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Lepas, jam 8 malam semalam, selepas dibebaskan daripada siasatan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), selama 17 hari.
“Memang dari awal saya berhasrat untuk bertanding Dun Perai disebabkan kawasan itu tiada sebarang kemajuan dan perkembangan sejak lima tahun kebelakangan ini, di bawah kepimpinan kerajaan negeri yang sedia ada. Cuma yang ada dua pusat membeli belah. Tiada peniagaan yang memberangsangkan.
“Sebagai seorang pengundi di Dun yang sama, saya melihat penyandang kerusi Perai, yang juga Timbalan Ketua Menteri 2, P Ramasany  gagal menjalankan tugas sebenarnya iaitu menjadi wakil rakyat di kawasan terbabit,” katanya yang kecewa dengan apa yang berlaku.

“Sudahlah dua kompleks beli-belah di kawasan terbabit tidak mempunyai perniagaan yang memberangsangkan, manakala Dun Perai seperti ketinggalan 10 tahun dari aspek pembangunan dan melihat keadaan yang sedih itu, saya sebagai rakyat  berhak untuk bertanding,” katanya.
Muhammad Ridhwan yang ditahan mengikut Sosma, pada 11 April lalu  memfailkan permohonan habeas corpus supaya dibebaskan segera.
Muhammad Ridhwan, yang diwakili isterinya, Nur Rina Abdullah, 39, memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui firma guaman Tetuan Praba & Associates.

Muhammad Ridhwan, yang berusia 50-an, selaku pemohon menamakan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Dalam notis usul itu, Muhammad Ridhwan antara lain memohon perintah bahawa penahanannya oleh responden adalah tidak sah dan terbatal.
Ia adalah susulan 1 April lalu, selepas beliau menyerah diri di Balai Polis Daerah Ampang Jaya selepas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menamakannya sebagai orang yang dicari untuk membantu siasatan berhubung kes berkaitan Op
Daulat.

Ditanya mengenai penahanannya atas isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah, Muhammad Ridhwan berkata, beliau tidak bersangkut paut dengan penceroboh yang menyerang Sabah malah sepanjang ditahan, kerjasama yang erat diberikan.

Menurutnya, semua bukti sudah diserahkan kepada polis dan dirinya hanya mempunyai kaitan dengan Sultan Muedzul-Lail Tan Kiram, anak kandung Sultan Kiram II, Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf Kerajaan Filipina.

“Semua transaksi yang saya buat bagi membantu rakyat Sultan Muedzul-Lail dibuat secara sah dan semuanya mempunyai bukti yang jelas bagi menafikan saya terbabit dengan pencerobohan,” katanya.
Dayangku Intan 'lawan' Azalina di Pengerang
Wartawan Sinar Harian
19 April 2013
Dayangku Intan
Dayangku Intan
PENGERANG - Bukan di Pontian, tetapi penyanyi popular era 80-an Dayangku Intan, disahkan menjadi calon di Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang PKR Pengerang, Mat Daud sekaligus, penyanyi dengan nama sebenarnya Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid bakal bertemu dengan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurutnya, Dayangku Intan yang sudah mula menetap di Pengerang menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi Parlimen Pengerang di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah melakukan kempen bersama-sama Dayangku Intan bagi memperkenalkan calon Parlimen itu kepada penduduk di sekitar Sungai Rengit.

“Dalam tempoh seminggu ini kita sudah giat bergerak mengedarkan risalah, dalam masa sama kita berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk sekitar sini.

“Setakat ini penduduk sama ada Melayu ataupun Cina menerima baik kehadiran beliau, malah kita juga menerima respons yang positif daripada masyarakat setempat.

“Malah bagi memperkenalkan lagi beliau kepada penduduk, kita juga telah menggunakan poster gambar beliau yang ditampal pada kenderaan bagi berkempen,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan Dayangku Intan juga telah mula menetap di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu.

Ketika mengulas mengenai calon bagi kerusi Dun Tanjung Surat, Mat Daud berkata, hingga kini masih belum ada nama rasmi yang dipilih oleh pihak kepimpinan.

Bagaimanapun katanya, Ketua Ranting PKR Sungai Rengit, Hasnul Ahmad adalah antara nama yang dikhabarkan akan bertanding bagi kerusi tersebut.

“Kita berharap pada kali ini kita dapat mengubah kepada sebuah kerajaan yang baru,” katanya.
Dr Juanda tidak tercalon
Mohammad Khalil Adzhari
19 April 2013
Dr Juanda tidak tercalon
Mohamad Faisol (tengah) pada sidang media, semalam.
KANGAR - Spekulasi Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya bertanding sebagai calon PKR di Parlimen Kangar meleset apabila namanya tidak berada dalam senarai akhir diumum Pengerusi PKR Perlis, Mohamad Faisol Abdul Rahman, semalam.
Ketiadaan Juanda memberi tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat yang mengimpikan merampas Perlis dari Barisan Nasional (BN).
Faisol mengesahkan PKR bertanding enam kerusi Dun setelah dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR).

Mereka dicalonkan adalah Timbalan Ketua Wanita PKR Perlis, Tuan Marja Tuan Mat (Sena), Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis, Azhar Amier (Tambun Tulang) dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis, Ammar Ghazali (Mata Ayer).

Turut disenarai Setiausaha PKR Padang Besar, Wan Mohamad Fishaal Wan Daud (Chuping), Anggota Majlis Kepimpinan PKR Perlis, Chai Ming Khai (Indera Kayangan) dan Exco Majlis Kepimpinan PKR Perlis, Noor Amin Ahmad (Kuala Perlis).

Mohamad Faisol berkata, semua calon itu adalah yang terbaik bagi menggalas harapan rakyat negeri ini.

“Mereka dipilih memiliki kredibiliti, bijak, mempunyai tahap kesihatan baik selain layak mentadbir negeri jika dipilih menjadi Exco,” katanya.

Ditanya sama ada akan berlaku pertandingan tiga penjuru antara PKR, DAP dan BN di Dun Indera Kayangan selepas PKR menamakan Chai Ming Khai, Mohamad Faisol yakin ia tidak akan berlaku.

“Meskipun DAP letak Wong Boon Beng di Indera Kayangan, atas semangat setiakawan, kita tidak bertanding sesama sendiri,” katanya.
Protes calon boleh bawa bala!
muhamad mat yakim
19 April 2013
PRU13
PRU13
KITA ke Padang Terap. Pada 2008, keputusan 2-1. BN dapat dua kerusi Dun, Pas dapat kerusi Parlimen. Walaupun kerusi hanya satu, tetapi Pas dilihat hebat kerana pegang kerusi Parlimen.
Bagi mereka yang menganalisa, ini agak luar biasa. Mengapa pengundi yang sama, beri undi berbeza untuk kerusi Dun dan kerusi Parlimen.

Protes calon? Mungkin.
Calon Parlimen BN pada 2008, Ghazali Ibrahim, penyandang dan orang lama dalam politik. Sebelum Mahdzir Khalid balik, Tok Li orang kuat  Padang Terap. Pernah jadi Adun, Exco, Timbalan Speaker dan Ahli Parlimen.
Tetapi entah mengapa, pada pilihan raya 2008 , Tok Li  tewas di tangan anak Padang Terap yang sudah lama merantau dan hanya balik untuk bertanding pilihan raya. Nasir Zakaria menang di padang permainan Tok Li walaupun tak ramai yang kenali dia.
Kali ini, laluan Nasir tidak semudah 2008. Menantinya, Mahdzir sendiri!

Tidak manis untuk kita meramal keputusan tetapi BN ada harapan untuk menang kerusi Parlimen. Yang agak malap, kedua-dua kerusi Dun.

Sebabnya, calon BN Kuala Nerang, Badrul Hisham dikatakan tidak cukup 'weight' atau bukan 'winnable candidate'.

Kebanyakan pemerhati berpendapat, 'winnable candidate' yang sebenar ialah penyandang, Syed Sobri. Tetapi Syed Sobri perlu digugurkan kerana banyak  masalah. Siapa boleh lupa dengan cerita nak lompat parti, diisytihar bankrap dan sebagainya.

Namun kali ini, dengarnya dia melobi tetapi tidak lut untuk menembusi tembok Putrajaya. Terus meletak Syed Sobri sebagai calon, mungkin boleh menang kerusi tetapi boleh bikin orang atasan parti tidak lena tidur malam!

Selain itu, Hisham pula dikatakan lebih kuat di Pedu berbanding Kuala Nerang. Namun di Pedu, Kama Noriah,  adik Tok Li pula yang diletakkan.
Walaupun Kama Noriah orangnya 'ok' namun bagi sesetengah orang dalam Umno, mereka bimbang kalau bebanan protes terhadap Tok Li pada 2008, melekat pula kepada adiknya!

Ustaz Fadzil oh Ustaz Fadzil

Di Alor Setar, ramai terkejut apabila BN letak Sharifah Maznah untuk berdepan dengan Ahmad Yahya, Ketua Pemuda Pas Kedah.

Ini kawasan Pas. Semasa masih bernama Tanjung Seri,  Ustaz Fadzil Hanafi menang untuk BN. Kali ini, ada ura-ura Fadzil akan masuk berlawan dengan Pas. Ustaz lawan ustaz!  Ahmad Yahya juga pernah dilapor kata, kalau Ustaz Fadzil masuk, bukan mudah untuk dia sendiri menang!

Tetapi entah bagaimana, BN sebaliknya melihat Sharifah Maznah sebagai calon boleh menang di kawasan itu. Kita tunggu tengok sajalah!
Jangan buat silap
Memang sukar untuk menentukan siapa yang akan berkuasa di Kedah selepas PRU13.

Meramal keputusan parti mana yang akan naik sebagai kerajaan negeri, lebih sukar berbanding meramal siapa yang akan naik sebagai menteri besar jika sesuatu parti itu menang.

Ini kerana masing-masing parti ada konflik dalaman yang boleh mendorong perbuatan 'cah keting' yang jadi punca kekalahan BN di Kedah pada 2008.
Kini, masalah itu juga telah merebak dalam PR. Pas sesama Pas ada masalah. PKR dengan DAP pula berkelahi berebut kerusi.
Ini bukan cerita baru PKR dengan DAP.  2008 sudah pernah jadi di Derga. Ingatkan semakin reda rupanya  tambah ketara.
Kali ini,  DAP mahu kerusi Parlimen Alor Setar yang sudah diisytihar jadi hak PKR. DAP juga minta Bakar Bata, dan sudah tentu  yang tidak mahu dilepas, kerusi Derga.
Jadi untuk meramal parti mana yang akan berkuasa di Kedah selepas pilihan raya ini, tak semudah untuk kita jawab dua atau tiga tahun dulu. Dulu lebih mudah, sekarang sudah payah!
Dalam keadaan ini, siapa bersungguh-sungguh mengurangkan kesilapan, atau kalau boleh elak terus buat silap, mereka  ada harapan untuk menang, dan naik sebagai kerajaan.
Pesanan ini bukan kepada calon  YB  atau YAB saja, tetapi juga kepada pegawai-pegawai di kiri kanan calon. Kalau tidak, boleh bungkus lagi!
Senarai calon PR di Selangor

19 April 2013
PRU13
SHAH ALAM - Berikut ialah senarai penuh calon pakatan pembangkang Selangor yang akan bertanding di 22 kerusi Parlimen dan 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13, yang diumumkan di sini malam tadi.

Kerusi Dun Kota Damansara yang ditandingi Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada PRU12, masih belum dimuktamadkan statusnya. 

PARLIMEN


    1.  Selayang      : William Leong Jee Keen (PKR)
    2.  Pandan       : Mohd Rafizi Ramli (PKR)
    3.  Serdang      : Dr Ong Kian Ming (DAP)
    4.  Kelana Jaya: Wong Chen (PKR)
    5.  Petaling Jaya Selatan : Hee Loy Sian (PKR)
    6.  Petaling Jaya Utara : Tony Pua (DAP)
    7.  Klang  : Charles Santiago (DAP)
    8.  Hulu Selangor :  Khalid Jaafar (PKR)
    9.  Kuala Selangor : Dr Dzulkefly Ahmad (Pas)
    10. Gombak  : Mohamed Azmin Ali (PKR)
    11. Ampang  : Zuraida Kamarudin (PKR)
    12. Hulu Langat : Che Rosli Che Mat (Pas) 
    13. Puchong : Gobind Singh Deo (DAP)
    14. Subang  : R.Sivarasa (PKR)
    15. Shah Alam : Khalid Abdul Samad (Pas)
    16. Kapar   : G.Manivanan (PKR)
    17. Kota Raja:Siti Mariah Mahmud (Pas)
    18. Kuala Langat: Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)
    19. Sabak Bernam : Dr Abdul Aziz Bari (PKR)
    20. Tanjong Karang : Mohamad Rashdi Deraman (Pas)
    21. Sepang : Mohamed Hanipa Maidin (Pas)
    22. Sungai Besar : Mohamed Salleh M.Husin(Pas)



    DEWAN UNDANGAN NEGERI


    1.  Teratai :   Tiew Way Keng (DAP)
    2.  Bukit Gasing : R. Rajiv  (DAP)
    3.  Bukit Lanjan : Elizabeth Wong (PKR)
    4.  Kinrara :  Ng Sze Han (DAP)
    5.  Gombak Setia : Hasbullah Mohd Ridzwan (Pas)
    6.  Kota Anggerik : Dr Yaakop Sapari (PKR)
    7.  Batu Tiga : Rodziah Ismail (PKR)
    8.  Seri Andalas : Dr Xavier Jayakumar (PKR)
    9.  Selat Klang : Dr Halimah Ali (Pas)
    10. Chempaka : Iskandar Abdul Samad (Pas)
    11. Pandamaran : Tan Pok Shyong (DAP )
    12. Seri Kembangan : Ean Yong Hian Wah (DAP)
    13. Sungai Pinang : Datuk Teng Chang Khim (DAP)
    14. Taman Medan : Haniza Mohamed Talha (PKR)
    15. Sekinchan : Ng Suee Lim (DAP)
    16. Bukit Melawati : S.Manikavasagam (PKR)
    17. Rawang: Gan Pei Nei (PKR)
    18. Batu Caves: Amirudin Shari (PKR)
    19. Hulu Klang: Saari Sungib (Pas)
    20. Bukit Antarabangsa: Mohamed Azmin Ali (PKR)
    21. Lembah Jaya: Khasim Abdul Aziz (Pas)
    22. Kajang: Lee Chin Cheh (PKR)
    23. Bangi: Mohd Shafie Ngah (Pas)
    24. Balakong: Ng Tien Chee (DAP)
    25. Subang Jaya: Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP)
    26. Seri Setia: Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
    27. Kampung Tunku: Lau Weng Sang (DAP)
    28. Damansara Utama: Yeo Bee Yin (DAP)
    29. Meru: Dr Abd Rani Osman (Pas)
    30. Pelabuhan Klang: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR)
    31. Kota Alam Shah: V.Ganabatirau (DAP)
    32. Sri Muda: Shuhaimi Shafiei (PKR)
    33. Sijangkang: Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas)
    34. Teluk Datuk: Loh Chee Heng (DAP)
    35. Sungai Panjang: Mohd Fadzlin Taslimin (Pas)
    36. Sungai Air Tawar: Wahid Rais (Pas)
    37. Sabak: Sallehen Mukhyi (Pas)
    38. Hulu Bernam: Muhamad Idris Ahmad (Pas)
    39. Kuala Kubu Bharu: Lee Kee Hiong (DAP)
    40. Batang Kali: K.Ramachandran (PKR)
    41. Sungai Burong:  Mohamad Judi Sarjo (Pas)
    42. Permatang: Mohd Yahya Mat Sahri (PKR)
    43. Jeram:  Muhmmad Rashid Muhmmad Kassim (Pas)
    44. Kuang:  Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (PKR)
    45. Taman Templer: Zaidy Abdul Talib (Pas)
    46. Dusun Tua:  Razaly Hassan (Pas)
    47. Semenyih: Hamidi A Hassan (PKR)
    48. Sri Serdang: Noor Hanim Ismail (Pas)
    49. Paya Jaras: Mohd Khairuddin Othman (Pas)
    50. Sementa:  Dr Daroyah Alwi (PKR)
    51. Morib:  Hasnul Baharadin (Pas)
    52. Tanjung Sepat: Mohd Haslin Hassan (Pas)
    53. Dengkil: Borhan Aman Shah (PKR)
    54. Sungai Pelek: Lai Nyok Lan (DAP)
    55. Ijok: Dr Idris Ahmad (PKR)

- Bernama

Tiada ulasan: