Jumaat, 5 April 2013

ALLAH SAJA BOLEH MEMBALAS ORANG MACAM NI...SETIMPAL DENGAN SIFAT2 YANG ADA PADANYA....KITA TUNGGU SAJA

Bubar Dun: Sidang Media MB Pakatan Rakyat
Posted on Thursday, April 04 @ 19:04:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever


Sumber TvPAS HD 



"Besok (Jumaat) Adalah Hari Terbaik Untuk Kami (PR) Membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerana Besok (Jumaat) Adalah Penghulu Segala Hari & Moga Ia Membawa Rahmat, " Kata Lim Guan Eng Ketika Berucap Di Sidang Media MB Pakatan Rakyat Sebentar Tadi... 


 Dah mula!.. hu hu hu... Jangan merajuk jika tak dicalonkan...
Posted on Thursday, April 04 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Manjongmari

Apa lagi nak kata,,, bukannya di era tahun 2008,  tak perlu nak merayu, sebab dia sorangnya menantu lelaki terpilih...

Sekarang kepada siapa dia nak meminta, selagi mahafiraun memegang kuasa... ha ha ha..

Saya akur dgn Pengerusi BN he he,, pandai dia mengayat..  pengerusi pun dah semput tak sempat nak layan... pi la jumpa Rosmah, cium tangannya tu, nak lagi,, itu saja peluang yang ada... wa ka ka ka...



Kalau ketua pemuda dah rupa ini,, apa cerita ni umno wei,, tengok KP PAS, awal-awal lagi Presiden dah umum,, bertanding di Temerloh,,, baru bersemangat pemuda nak buat kerja...

Ni ketua pemuda sendiri kata jangan merajuk,, dan dia nak membuktikan setianya,,, he he he,, boleh percayaka...

Sumber: manjongmari.blogspot.com


  Nota ringkas buat macai dan calon pru-13 PKR
Posted on Thursday, April 04 @ 17:48:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: setisab

"

Dua tiga hari ini, ada yang saya melihat, ada yang saya bertemu dan ramai yang dapat saya perhatikan gelagat pemimpin sedia ada dan bakal calon Parti KeADILan Rakyat (PKR) untuk PRU-13, saya naik meluat. ! Sembang, bicara dan gaya mereka bukan seperti pejuang yang ingin 'memerdekakan negara', tetapi seolah mereka sudah jadi taukey di Putrajaya!


Mereka lupa, mereka bukan hanya dikelilingi pengundi, tetapi mereka diperhatikan oleh penganalisa yang menulis dan pendengar yang menebar-luas cerita..

Dalam isu yang sama, beberapa petugas setengah masak di ibu pejabat PKR, Tropicana, nampaknya sudah mula perasan seakan mereka bertugas di Perdana Putra, Putrajaya! Hadoi, berat kes malaun-maluan macai PKR ni, lagak mereka mengalahkan pimpinan parti.. !

Kerajaan Rakyat amat berharap Pak Ibrahim Yaakob (calon PKR, Parlimen Setiawangsa PRU-13) selaku Ketua Staf pejabat Keadilan dapat melihat dan beri perhatian kepada perkara seumpama ini yang boleh menjejaskan nama baik parti dan kakitangan lain!

Kepada Sdra. Anwar Ibrahim, ana cukup simpati; jaring ante kerap bolos, lolos.
Apapun urutannya, doa ana tetap tulus buat ante, in sha Allah."


 DAP alu-alukan Samy Vellu bertanding di Ipoh Barat
Posted on Thursday, April 04 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Roketkini

IPOH, 4 APRIL: Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kulasegaran mengalu-alukan kesediaan bekas Presiden MIC, Datuk Seri Utama S Samy Vellu untuk bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Barat yang diwakilinya.

Kenyataan ini dibuat berikutan sepanduk yang dinaikkan di sekitar bandar Ipoh dengan perkataan “Kami mahu Datuk Seri Utama S Samy Vellu sebagai calon BN di P.65 Ipoh Barat”.

“Saya rasa sangat gembira jika beliau mahu bertanding di Ipoh Barat malah saya juga sanggup membawa beliau melawat kawasan itu,” kata Kula dalam satu kenyataan.

Menurutnya, terdapat banyak isu dan masalah yang timbul sekitar kawasan yang diwakilinya dan dengan kehadiran Samy Vellu, beliau mungkin boleh turut membantu menyelesaikan perkara itu.

“Masalah utama di situ membabitkan isu rumah setinggan, isu pemilikan tanah, pembinaan sekolah Cina di Bercham, masalah keperluan rumah murah bagi kumpulan berpendapatan rendah, menaik taraf pangsapuri Sungai Pari dan pangsapuri Waller Courts, ini termasuk peningkatan kadar jenayah,” jelas beliau.

Dalam pada itu Kulasegaran juga tidak menolak kemungkinan sepanduk yang dinaikkan itu untuk menghalangnya bertanding di luar dari Ipoh Barat.

“Mungkin boleh jadi sepanduk itu dinaikkan penyokong Menteri Sumber Manusia, Datuk Subramaniam sebab sebelum ini saya sudah katakan bahawa saya sedia bertanding di mana-mana saja,” ujarnya.

Menurut Kulasegaran, beberapa hari lalu, beliau bersama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang melawat Parlimen Segamat yang diwakili Subramaniam.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Samy Vellu ditewaskan Dr Jeyakumar Devaraj daripada PKR dengan majoriti 1,821 undi di Parlimen Sungai Siput, Perak manakala Subramaniam mendapat majoriti 2,991 undi di Parlimen Segamat, Johor menewaskan calon DAP, Pang Hok Leong.

Di Parlimen Ipoh Barat pula, Kulasegaran menang dengan majoriti besar 15,535 undi menewaskan calon MCA, Yik Phooi Hong.

Sumber: Roketkini.com


  Najib takut umum senarai calon Umno BN
Posted on Thursday, April 04 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: Aliff Fikri

KUALA LUMPUR 4 Apr: Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak takut untuk mengumumkan senarai calon Barisan Nasional lebih awal kerana masalah dalaman yang buruk dalam parti itu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurutnya, ketakutan sebenar Najib adalah isu sabotaj di kalangan mereka yang tidak terpilih sebagai calon dan kecewa kerana diketepikan.

Keresahan itu, katanya, terpapar jelas ketika presiden Umno itu mengumumkan pembubaran parlimen semalam, malah hingga tersasul menyebut tentang tarikh pembubaran.

"Saya percaya keresahan itu membuktikan wujud pelbagai masalah dan konflik dalam Umno BN.  Konflik dalaman parti itu akan bertambah parah jika beliau mengumumkan senarai calon lebih awal," kata Shamsul.

Najib sebelum ini mengumumkan hanya calon boleh menang (winnable candidate) yang akan diberi kepercayaan bagi mewakili 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN seluruh negara.

Berdasarkan laman web Barisan Nasional, ia memaklumkan senarai  tersebut hanya akan diumumkan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon.

Antara negeri yang dilaporkan telah menyerahkan senarai tersebut kepada Najib ialah Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat, gabungan parti itu sudah menetapkan tarikh pengumuman bagi senarai calon secara berperingkat mulai malam ini.

Manakala sebahagian calon telah diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.

“Kepimpinan Pakatan Rakyat ternyata lebih berkeyakinan dan bersedia untuk menghadapi PRU dengan mengumumkan calon terlebih dahulu secara berperingkat dan senarai penuh calon-calon akan disiapkan sepenuhnya dalam beberapa hari lagi," kata Shamsul.

“Saya memohon rakyat supaya membuat penilaian yang tepat pada PRU nanti dengan memberi mandat kepada parti yang lebih yakin dan bersedia untuk mengangkat martabat rakyat dan memacu negara ke arah lebih baik," katanya.

Sumber: keadilandaily.com



Zulkifli Nordin Minta Maaf Hina Penganut Hindu, Salahkan PAS.
Posted on Thursday, April 04 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog AmenoWorld

Dia minta maaf. 

Dia minta maaf secara terbuka. Tapi dalam pada dia meminta maaf itu dia tak lupa menyelitkan unsur2 untuk menyalahkan pakatan rakyat, khususnya pas dalam isu tersebut.

Minta maaf oke la.

Tetapi mengheret PR tue kurang tepat kot. Sebab dia sendiri cakap benda tue 10 tahun lepas punya citer. PR formed selepas PRU 2008. Ketika 2008 mereka bertanding atas tiket masing2 tetapi berkempen dan berceramah sekali di atas pentas yang sama sebab mereka mempunyai misi dan tujuan yang sama, iaitu kalahkan BN.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Malaysia Datuk Zulkifli Noordin sekali lagi menegaskan permohonan maafnya secara terbuka kepada masyarakat beragama Hindu berikutan klip video ucapannya yang tersebar sejak minggu lalu.

“Kepada rakan-rakan penganut agama Hindu, dengan menyusun sepuluh jari saya mohon maaf atas sekiranya saya mengguris hati mereka kerana saya tak berniat nak menghina agama Hindu.

“Semoga tuan-tuan memaafkan saya,” kata beliau yang juga ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru di sini hari ini.

Beliau sebaliknya menyalahkan parti dalam Pakatan Rakyat yang mengamalkan politik sempit dan suka mencaci pihak lawan sehingga mempengaruhinya bertindak sedemikian.

Beliau turut mempertahankan kenyataannya itu dibuat dalam satu ceramah di markas PAS kira-kira 10 tahun lalu semasa beliau masih lagi memegang jawatan Yang di Pertua PAS kawasan Bandar Tun Razak dan Ahli Jawatankuasa PAS Wilayah Persekutuan.

Malah, ucapan itu dibuat dalam program PAS dihadapan penyokong parti sendiri semasa beliau masih menjadi peguam mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. -FMT-
Sekarang tahun 2013.

Tolak 10 tahun bermaksud tahun 2003.

Jadi tahun 2003 tue, Anwar bukan saja belum keluar dari penjara bahkan PR masih belum wujud lagi. Jadi kenapa nak salahkan PR tak pasal2 dalam isu neh?

Tak dinafikan bahawa PAS patut alert dengan tindakan dan kata2 pemimpin2 mereka ketika itu. Bukan tunggu 10 tahun baru blast isu tersebut.

Kalau tunggu 10 tahun baru blast nampak sangatla main politik je lebih dalam isu neh.

Ini adalah pengajaran untuk PAS secara tidak langsung. Cuba la menapis sikit mereka2 yang mahu di angkat sebagai pimpinan dan penceramah, tak kira PAS mahupun PR itself. Memang terdapatnya beberapa pemimpin2 dalam PR tak kira la PAS ke, PKR ke, DAP ke suka cakap melalut. Bahkan yang racist pun ada. Antara kantoi dengan tak kantoi jek.

Dan kepada pemimpin2 tersebut, sementara belum kantoi neh, ubahla sikap. Bila dah kantoi nanti, jangan menyesal sudah la.

KAH KAH KAH

Sumber: amenoworld.blogspot.com


  TV3 edit kenyataan Najib yang salah sebut tarikh itu..
Posted on Thursday, April 04 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: AnakSgDerhaka

"Semalam kecoh 1Malaysia bilamana Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke enam Datuk Seri Najib Tun Razak telah tersalah menyebut tahun bagi pembubaran Parlimen.

Apa yang disebut oleh Najib ialah “Pada pagi ini, saya telah pun menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenaan supaya parlimen ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu, 3 April 2012”.

Beliau menyebut tahun ini sebagai 2012 bukannya 2013 dan ada pihak yang mendakwa skrip yang dibaca oleh Najib itu telah disediakan sejak dari April 2012 lagi..

Tetapi oleh kerana terlalu banyak isu melibatkan pentadbiran beliau dan beliau sendiri yang didedahkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR.. Najib terpaksa menangguhkan pembubaran hingga kesaat-saat akhir.

Pengumuman pembubaran oleh Najib itu telah disiarkan oleh boleh dikatakan seluruh media elektronik, ianya telah ditonton dan didengar oleh jutaan rakyat Malaysia dan ramai individu telah merakam dan memuat naik kedalam laman YouTube..

Namun begitu ramai juga yang tidak menyedari akan kesilapan tahun yang disebut oleh Najib itu dan ramai yang mula menyedarinya bilamana perkara ini dimainkan oleh kebanyakkan Blog Pro Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun pihak TV3 yang menyiarkan rakaman tersebut masih cuba untuk menyelamatkan Najib dan dalam masa yang sama cuba memperbodohkan rakyat yang sumber maklumatnya hanyalah Utusan dan TV3 sahaja..

Untuk tujuan itu TV3 telah memotong tahun yang disebut oleh Najib ketika mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen..

Video sila lihat di SINI"


 Khutbah: Pertembungan Dengan Syaitan
Posted on Thursday, April 04 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: ustaznik

"Syaitan-Musuh-NyataSinopsis: Syaitan adalah musuh nyata bagi manusia. Semenjak Nabi Adam as, musuh ini telah memulakan tipudayanya kepada manusia.

Pelbagai tipudaya dibuat bagi menggelincirkan manusia dari jalan sebenar. Bermacam bisikan dibuat bagi memesongkan manusia. Pelbagai perancangan jahat dicipta bagi menyesatkan manusia.

Justeru, manusia mesti berhati-hati dengan segala tipu-daya syaitan ini yang tidak akan berhenti dari usaha jahatnya itu.

DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai pertembungan dengan syaitan ini pada 17 JamadilAwwal 1434H (29 Mac 2013) :

Pertembungan Dengan Syaitan"


 Semboyan jihad pilihan raya sudah ditiup
Posted on Thursday, April 04 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: kamal_hasan

" kuala LUMPUR: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengajak para pendukung perjuangan Islam supaya berjuang bagi memenangkan Islam.

Ini semboyan jihad pilihan raya sudah ditiup ekoran Parlimen telah dibubarkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi.

Marilah kita melakukan ‘Ribat Mujahidin dalam Pilihanraya’ untuk memenangkan Islam di persada kuasa dengan mewakafkan semaksimum masa, tenaga dan harta yang ada,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, beliau meminta para penyokong PAS bermula pada saat ini supaya melakukan beberapa perkara dalam menghadapi PRU13 nanti:

Beliau menasihatkan mereka agar jangan meninggalkan solat malam walaupun 2 rakaat, begitu juga dengan solat dhuha walaupun 2 rakaat serta melazimi solat berjamaah.

Di samping itu, beliau turut mengingatkan mereka supaya membaca al-Quran minimum 1 muka sehari, memperbanyakkan bersedekah dengan minima RM10 setiap hari.
Selain itu, katanya pendudung perjuangan Islam agar berdoa untuk kemenangan Islam setiap kali selepas solat 5 waktu dan sentiasa dalam keadaan berwuduk.

Harakahdaily.net

silverheritage"


 Buat Wan Azizah, kecil tapak tangan, nyiru Selangor tadahkan
Posted on Thursday, April 04 @ 12:20:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: setisab

"Wan Azizah mahu tanding di Selangor, tambah kegerunan Umno. Tindakan Umno terutamanya Datuk Seri Noh Omar melalak apabila mengetahui Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu menawarkan diri untuk bertanding di Selangor memang sudah dijangka.

Begitupun, saya tidak menyangka kerisauan Noh telah menjadikan beliau mengeluarkan pandangan bercanggah dan mengelirukan. Sekejap beliau berkata Wan Azizah ditolak negeri sendiri, selepas itu pula berkata KEADILAN Selangor terpaksa menggunakan kekuatan Wan Azizah untuk hadapi PRU-13.




Nampaknya secara tidak langsung Noh mengakui nama Wan Azizah digeruni Umno Selangor.

Noh sepatutnya lebih risau akan kedudukan dirinya daripada sibuk dengan calon-calon Pakatan Rakyat. Noh sepatutnya lebih risau tentang kedudukan beliau sama ada akan tersenarai sebagai calon mahupun tidak. Meskipun beliau Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor namun beliau tidak dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya BN tetapi Datuk Seri Najib Razak melantik Datuk Seri Md Zin Mohamed sebagai Timbalannya.


Angin kuat menyatakan Noh akan tersingkir kali ini kerana banyaknya onar yang dilakukan hingga keluhan para petani miskin sukar untuk disembunyikan lagi. Bagi menutup semua kelemahan diri, Noh menumpukan serangan kepada Wan Azizah, satu perbuatan bacul yang dilakukan seorang Menteri.

Malah Najib juga terpaksa mengambil keputusan untuk menjadi Pengerusi Umno/ BN Selangor dan melantik dirinya sebagai Pengarah Pilihan Raya Selangor. Ini membuktikan krisis kepimpinan Umno Selangor antara Noh atau Mohd Zin dan Dr Khir Toyo tidak menemui jalan penyelesaian.

Dengan krisis yang semakin menonjol ini nampaknyaNajib juga semakin tidak yakin dengan kemampuan pemimpin UMNO Selangor menghadapi PRU13. Tambahan pula dengan ketandusan pemimpin di Selangor hasil dari sikap cantas mencantas yang begitu ketara di dalam Umno. Kini, kehadiran Wan Azizah di dalam arena politik Selangor telah menambah celaru kepimpinan Umno Selangor.

Kenyataan Noh bahawa kononnya Wan Azizah lari kerana tidak mendapat kepercayaan di negeri sendiri adalah kenyataan panik, hentam keromo tanpa usul periksa. Malang sekali ianya dikeluarkan oleh seorang Menteri dan Timbalan Pengerusi BN Selangor.

Wan Azizah memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti 13,398 undi pada 2008. Wan Azizah mengambil keputusan meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Anwar telah memenangi kerusi Permatang Pauh tersebut dengan bergaya apabila memperolehi majoriti 15,671 undi. Jelas mereka bukan ditolak oleh penduduk sendiri seperti kenyataan bodoh Noh Omar.

Berpindah kawasan adalah perkara biasa dan merupakan strategi politik bagi setiap parti. Ia melambangkan keberanian seseorang pemimpin untuk keluar dari zon selamat dengan tujuan mengembangkan pengaruh parti. Tidak seperti pemimpin berjiwa kecil seperti Noh yang memilih zon selamat seperti Tanjung Karang, pengundi majoriti Melayu dan tidak berani bertanding di kawasan bandar dengan porla penduduk bercampur.

Harus diingat bagaimana PRU12 telah ditetapkan hanya beberapa bulan sebelum Anwar layak bertanding. Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia sengaja mahu menghalang Anwar dari bertanding kerana halangan perundangan. Maka Wan Azizah telah mengosongkan kerusi Permatang Pauh yang dimenanginya pada PRU12 bagi memberi ruang kepada Anwar.

Akibatnya Wan Azizah terhalang dari bertanding kerusi Parlimen pada PRU-13 ini dan hanya boleh bertanding di kerusi DUN.

Tekanan politik yang dilakukan Umno serba sedikit telah mempengaruhi corak organisasi dalam Keadilan. Ramai teman-teman saya mengeluh dengan keputusan Wan Azizah ini, namun saya memujuk mereka dan diri saya sendiri, apa yang dilakukan ini adalah yang terbaik untuk perjuangan dan hanya Wan Azizah yang mampu melakukannya. Hanya manusia yang mempunyai kekuatan dalaman yang kuat akan mampu melakukan seperti yang dilakukan Wan Azizah.

Tekanan tidak berhenti di situ. Kini wujud pula tuduhan kononnya politik Keadilan adalah politik keluarga ataupun sebuah dinasti. Noh Omar nampaknya tidak melihat sejarah dengan hati terbuka. Wan Azizah lahir ke dunia politik secara rela-paksa dengan penentuan keadaan bagi membela suami dan keluarga yang teraniaya. Manakala Nurul Izzah yang ketika itu berusia 18 tahun terpaksa mengorbankan usia remaja dan mudanya membela ayah dan ibu yang tersiksa kerana politik kotor dan jijik Umno.

Kemasukan mereka ke dalam politik bukan kerana merebutkan kedudukan di dalam parti mahu pun kerajaan. Keadaan mereka tidak sama dengan kedudukan di antara Tun Abdul Razak dengan Najib. Bukan juga seperti Tun Hussien dan Datuk Seri Hishamuddin malah jauh sekali dengan kedudukan antara Tun Dr Mahathir Mohamed dengan Mokhzani serta Mukhriz.

Noh Omar dan mana-mana orang Umno hatta orang-orang Keadilan sekalipun jangan sekali-kali menyamakan kedudukan politik tiga beranak ini dengan politik anak beranak yang wujud di dalam Umno mahupun di dalam BN. Politik Keadilan adalah politik perjuangan yang telah memaksa tiga beranak ini tampil memimpin rakyat dengan segala daya dan kemampuan mereka.

Keadilan pada ketika itu tidak memberi sebarang pilihan kepada mereka. Tidak seperti politik Umno yang telah memerintah selama 55 tahun. Meletakkan anak beranak di dalam kedudukan parti adalah bertujuan menyerahkan tampuk pemerintahan sebagai warisan.

Umno melalak walaupun Anwar dan Wan Azizah belum menyatakan dengan jelas untuk bertanding di Selangor. Melihat telatah mereka yang terus melatah ini, memberi keyakinan yang mendalam bahawa sebenarnya mereka tidak yakin untuk menang di Selangor walaupun Najib mengetuai jentera Pilihan Raya BN Selangor. Telatah mereka juga menguatkan kepercayaan kita bahawa Wan Azizah bakal memberi saingan hebat di Selangor.

Buat Wan Azizah, kecil tapak tangan, nyiru Selangor tadahkan..

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR

Dari Faekah Husin untuk Mahathir Mohamad
Najib buat Faekah Husin rasa geli
Faekah kata Noh Omar harapkan nafsu je kuat "


 GAMBAR dan SENARAI CALON PARLIMEN PAKATAN yang telah disahkan
Posted on Thursday, April 04 @ 12:50:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: setisab

"PAKATAN HARAPAN RAKYAT 

 


SENARAI CALON PKR - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 3 April 2013)
# Klik pada nama untuk melihat gambar calon
1. Gombak - Azmin Ali (penyandang)
2. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar
3. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman
4. Batu - Tian Chua (penyandang)
5. Sembrong - Onn Abu Bakar
6. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
7. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan)
8. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
9. Kuala Kedah – Dr Azman Ismail
10. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
11. Padang Serai - N Surendran
12 .Bagan Serai - Dr Mohd Nor Manutty
13. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayup
14. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang)
15. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
16. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
17. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang)
18. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
19. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
20. Pandan - Rafizi Ramli
21. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
22. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
23. Saratok - Ali Biju
24. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
25. Baram - Roland Engan
26. Limbang - Baru Bian
27. Nibong Tebal – Dr Mansor Othman
28. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
29. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
30. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
31. Batu Pahat – Datuk Idris Jauzi
32. Alor Setar – Gooi Hsio Leung
33. Bandar Tun Razak – Tan Sri Khalid Ibrahim (penyandang)
34. Tebrau – Steven Chong Siow
35. Muar – Mohd Hizwan Ahmad
Buat Wan Azizah, kecil tapak tangan, nyiru Selangor tadahkan


SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 3 April 2013)

1. Gelang Patah - Lim Kit Siang
2. Bukit Gelugor - Karpal Singh
3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang)
4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang)
5. Kluang - Liew Chin Tong
6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)
9. Bentong - Wong Tuck
10. Seputeh - Teresa Kok (penyandang)
11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang)
12. Raub – Datuk Ariff Sabri (Sakmongkol)
13. Cheras – Tan Kok Wai (penyandang)
14. Bukit Bintang – Fong Kui Lun (penyandang)
15. Segambut – Lim Lip Eng (penyandang)
16. Kepong – Dr Tan Seng Giaw (penyandang)
17. Bukit Mertajam – Chong Eng (penyandang)
18. Batu Kawan – Dr P. Ramasamy (peyandang)

SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 3 April 2013)

1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
2. Arau - Tuan Guru Haron Din
3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang)
4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)
5. Pulai - Salahuddin Ayub
6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan)
7. Pendang - Mohamad Sabu (belum disah dan diumumkan)
8. Kuala Nerus - Ust Dr Khairuddin At-takiri (belum diumumkan)
9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang)
10. Tumpat - Dato’ Haji Kamarudin Jaffar (penyandang)
11. Kuala Krai - Dr Haji Mohd Hatta Ramli (penyandang)
12. Parit Buntar – Datuk Ustaz Hj Mujahid Hj Yusof Rawa (penyandang)
13. Baling – Brig Jen (B) Dato Najmi Ahmad
14. Titiwangsa – Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi
15. Temerloh – Ust Nasrudin Hassan Tantawi
16. Kuala Selangor – Dr Dzulkly Ahmad (penyandang)

(Pas Dijangka Bertanding 76 Dewan Rakyat Dan 237 Dewan Negeri)
Sumber 

Tiada ulasan: