Posted on Sunday, March 10 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber Utusankini
Ketua Polis Negara, Ismail Omar pada petang 5 Mac lalu mengakui misi menentang puak bersenjata Sulu yang menawan Kampung Tanduo, Lahad Datu, masih belum berakhir meskipun pasukan keselamatan, membabitkan angkatan tentera dan pihak polis, telah melancarkan serangan udara, bermula jam 7 pagi, Selasa lalu, menggunakan jet pejuang F-18 dan Hawks.
Sambil memberikan sokongan sepenuhnya ke atas sebarang langkah mempertahankan kedaulatan negara, terdetik kebimbangan di hati saya, apakah tindakan ofensif melibatkan tujuh batalion tentera itu mampu menyelesaikan kes yang sememangnya tidak ditangani secara profesional dan berkesan di peringkat mulanya?
Ataupun tragedi berdarah itu baru di peringkat permulaan, dan Sabah bakal menyaksikan lebih banyak adegan tragis berpanjangan, khususnya berdepan perang gerila. Namun begitu, lebih penting daripada segalanya adalah mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.
Walaupun Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada bukti bahawa Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) - yang dikatakan masih mempunyai simpanan senjata yang banyak di Sabah - akan menyertai tuntutan Kesultanan Sulu, namun kegusaran itu telah merebak.
Ketika maklumat cuba "diselaraskan" pihak berkuasa, masyarakat yang dahagakan informasi terkini lebih memilih media baru yang menyalurkan perkembangan langsung dari Filipina. Terbukti daripada beberapa insiden sebelum ini, banyak berita mengejutkan yang dihebohkan dalam internet dan cepat dinafikan pihak berkuasa, tetapi beberapa hari selepas itu terpaksa diakui benar dan sahih.
Rupanya kerisauan saya itu dikongsi oleh lebih ramai rakan-rakan, terutama apabila menyedari punca masalah ini bukan hanya berakar di seberang sempadan, malah turut difaktorkan oleh isu-isu tempatan, dan antara lain "Projek IC" yang ditimbulkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) juga dibangkitkan. Bagaimana mudahnya warga jiran memperoleh kerakyatan hanya untuk "menyelesaikan" kemelut politik ketika itu.
"Apakah mungkin ada antara penceroboh itu yang sudah menjadi warga Malaysia, atau sekurang-kurangnya terdapat ramai anggota keluarga atau kerabat mereka yang sudah menetap lama di Sabah? Saya kira isu ini tidak mudah ditamatkan begitu saja, banyak implikasi yang terpaksa kita tanggung nanti," kata seorang rakan yang pernah bekerja di Kota Kinabalu.
Seorang wartawan veteran pula menyimpulkan: "Saya tidak suka menyalahkan pasukan keselamatan walaupun nampak ada masalah besar dalam perisikan kita. Kes ini jelas membuktikan kegagalan pimpinan politik untuk bertindak pantas, khususnya Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri."
Saya terpaksa akur dengan rumusan sahabat baik saya itu walaupun menyedari isu keselamatan - apatah lagi melibatkan kehilangan nyawa agak besar di pihak polis - tidak wajar dilihat dalam konteks politik yang sempit. Dalam saat-saat sukar ini seluruh negara harus bersatu serta memberi dokongan, manakala sentimen kepartian perlu dielakkan.
Namun begitu, bahang panas PRU13 tidak dapat menghalang orang ramai mengulas kes di Lahad Datu, Kunak dan Semporna itu menurut persepsi masing-masing, apatah lagi yang dilihat memulakan "polemik politik" ini ialah Najib Razak dan media Umno sendiri.
Ironinya, dalam suasana berkabung susulan kehilangan lapan wira negara, Perdana Menteri masih meneruskan Jelajah Janji Ditepati, di Perlis, pada 3 Mac. Ia sebenarnya merupakan kempen politik Umno-BN yang terancang dan menggunakan dana awam, dengan mood "pesta-pestaan" dan sarat dengan acara hiburan.
Lebih buruk apabila Najib, yang sepatutnya meletakkan dirinya pada kedudukan seorang negarawan, telah menggunakan pentas meraih populariti itu untuk menyerang pembangkang dengan mengekspolitasi kes di Sabah.
Saya bersetuju dengan pandangan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Perlis, Anuar Tahir: "PM sepatutnya menangguhkan segera program beliau dan turun sendiri meninjau keadaan di Sabah. Kalau di negara lain, pemimpin tertinggi negara akan memberikan tumpuan kepada isu keselamatan terlebih dahulu dan membatalkan program lain, sedangkan Najib lebih menumpukan program politik."
Tidak cukup dengan itu, di majlis perhimpunan perdana ulama-umara bersama Asnaf, pada 5 Mac, sekali lagi Najib turut mengulangi "kebebalannya", termasuk mengecam usaha pihak tertentu mahu "menukar regim" seumpama Arab Spring.
Beliau ternyata mahu bermain emosi apabila menghubungkan dakwaan sandiwara dengan situasi sedih-pilu balu dan anak-anak anggota keselamatan yang terkorban. Cuma, saya tidak pasti apakah istilah "tidak ada isi perut" yang diulang Najib di Arau dan Stadium Putra Bukit Jalil bermaksud "tidak ada hati perut"!
Apa pun, liputan TV3, bagi saya, cukup buruk dan sarat dengan motof jahat politik. Bayangkan, masih di tanah perkuburan, selesai upacara pemakaman, seorang anak pegawai polis yang terkorban telah ditanya perasaannya terhadap dakwaan sandiwara.
Melampau sekali kaedah pemberitaan seumpama itu. Di kala anggota keluarga masih terkejut dirundung kepedihan amat sangat, mereka diajukan persoalan yang boleh membangkitkan kemarahan, iaitu mengaitkan kematian orang tersayang dengan "sandiwara", sedangkan maksud Naib Presiden KeADILan, Tian Chua tiada kaitan langsung dengan pembunuhan perajurit negara itu.
Sejak awal banyak pihak mengesan siri kepelikan dan keanehan yang berlaku. Bagaimana pihak penceroboh, dengan jumlah yang ramai, lebih 200 orang, lengkap bersenjata, boleh dengan mudah membolosi perairan negara tanpa dapat dikesan.
Mulanya, media menggambarkan kumpulan penceroboh begitu daif, hampir kebuluran, bertelingkah sesama sendiri dan terpaksa makan umbut kelapa. Akhirnya ia bertukar menjadi ancaman yang begitu besar, yang perlu dimusnahkan melalui ketumbukan tujuh batalion tentera!
Kita pula dilihat terlalu bertolak ansur, namun sukar dipastikan apakah tuntutan sebenar kumpulan penceroboh sehingga bermacam-macam cerita tersebar, termasuk mengaitkan janji-janji Najib.
Misteri kes Lahad Datu ini belum tersingkap sepenuhnya. Dalam sehari dua ini saya kira banyak lagi kisah memeranjatkan mungkin terbongkar. Ia bagai menyimpan bom peledak. Semoga tiada lagi korban ditagih.
Dalam pada itu, saya cadangkan buku Almarhum Dr Nik Anuar Nik Mahmud, Tuntutan Filipina Ke Atas Borneo Utara (Penerbit UKM, 2009) elok dijadikan rujukan kerana karya ilmiah penuh berfakta oleh bekas profesor sejarah ini memaparkan dengan jelas tuntutan kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Takziah buat keluarga anggota keselamatan yang terkorban. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Sumber: utusankini.com
Polis nak panggil bapa Saiful berhubung kenyataan minta maaf kepada Anwar...
Posted on Sunday, March 10 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog tumpang sekole...
Wah laju sungguh Timbalan IGP kita nak bertindak dalam isu ini kerana isu ini telah memanaskan bontot Najib dan kuncu2nya...
Walhal mereka sendiri kata kenyataan bapa Saifool tu tidak bernilai dan tidak boleh digunapakai...
Persoalan yang bangkit sekarang bukan soal bernilai atau tidak tapi persoalannya kini bapak Saifool sendiri dah tak percaya dengan dakwaan anaknya kena liwat, malah bapa Saifool sedar bahawa ianya merupakan satu konspirasi yang dirancang dari pejabat Najib sendiri..
Memanglah ini tak menjejaskan apa-apa pun. Lagipun Makhamah dah pun buat keputusannya...
Yang peliknya Deepak dan Bala sampai berbuih2 mulut dok sabitkan Najib,Rosmah,adiknya dan kroni2nya dengan kes Altantuya, polis kita buat 'dont know saja.
Bila lagi Polis dan SPRM nak bertindak ke atas kenyataan Deepak dan Bala? Kami dok tunggu dan tak sabar menanti....
Sumber: alditta.blogspot.com
Liwat II: Haron Din - Insaf Fitnah Anwar, Bapa Saiful Laksana Kewajiban
Posted on Sunday, March 10 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Nazli Ibrahim
SHAH ALAM, 9 MAC : Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.
Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.
Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini.
“Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.
“Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan,” kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk ‘Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?’ malam tadi.
Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.
Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.
“Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.
“Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah,” ujar Dr Haron.
Dalam perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya.
Sumber: Selangorku.com
Liwat II: TG Nik Aziz syukur kebenaran semakin terserlah
Posted on Sunday, March 10 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Rizal Tahir
KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur apabila kebenaran terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini difitnah sebagai ‘peliwat’ semakin jelas kebenarannya.
Malah dia turut berkata, sebarang pendustaan tidak akan kekal lama, tiba waktu kebenarannya akan terdedah dengan sendiri.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung ayah Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, yang mendakwa anaknya itu diperalat oleh pihak tertentu semalam.
Azlan pada sidang medianya berkata anaknya itu diperalatkan oleh pihak terbabit dan konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.
Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui pada majlis Himpunan Vateran 2013 di Perkarangan Infra Quest, Jalan Datuk Lundang, dekat sini.
Sambil melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga, Tuan Guru berkata walau selicik mana sekalipun sesaorang merangka plan tertentu, namun kebenarannya pasti akan terbongkar suatu hari nanti.
Beliau juga turut menolak dan tidak percaya dakwaan yang mengatakan Anwar membayar kepada ayah Shaiful, sesuatu yang tidak mungkin.
“Dia (Anwar) mana ada duit, sebanyak-banyak duit Anwar Ibrahimpun, banyak lagi duit menteri atau Perdana Menteri,”ujarnya.
Dengan pendedahan itu, katanya diharapkan nama baik Ketua Umum PKR itu semakin baik dan rakyat juga semakin sedar tentang pembohongan yang dibuat pihak tertentu sebelum ini.
“Semoga dengan fitnah yang menimpa dirinya (Anwar) sebagai penghapus dosa dirinya yang pernah bersekongkol dengan Umno dan BN sebelum ini,”ujarnya.
Terdahulu beliau beramah mesra dengan 500 orang veteran PAS dalam Parlimen Kota Bharu.
Sumber: Harakahdaily
Tolak yang melindungi samseng
Posted on Sunday, March 10 @ 07:00:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Aspan Alias
UMNO tidak berupaya mempersiapkan diri mereka untuk menjadi parti yang mempunyai ‘attribute’ sebagai parti pemerintah lagi. Apa yang dilakukan oleh penyokong UMNO ke atas program Pakatan Rakyat di Bukit Katil Melaka semalam amat menjijikkan. Jika UMNO benar-benar hendak menjadi parti pembangkang, parti itu dengan penyokongnya mestilah bersabar. Tidak akan lari gunung dikejar. UMNO akan tetap menjadi pembangkang.
Banyak tuduhan buruk yang dilemparkan ke atas Pakatan Rakyat tetapi UMNO itu sendiri sudah menjadi parti yang tidak siuman kerana berkelakuan seperti gangster zaman batu dahulu. Orang hendak berdemokrasi, UMNO pun hendak berdemokrasi, tetapi tidak faham apa itu demokrasi.
Kalau di Sabah rakyat Kesultanan Sulu telah menyerang pasukan keselamatan kita, dan di Bukit Katil, Melaka pula penjenayah dan penceroboh UMNO masuk di majlis anjuran Pakatan Rakyat dan ‘mengganas’ terhadap mereka yang hadir dalam ceramah itu. Sekarang ini di mana ada pencerobohan di situ ada UMNO. Kalau dahulu saya selalu memberikan pandangan saya UMNO itu rasuah dan rasuah itu UMNO, sekarang kita lihat pula dan hampir menjadi bidalan, di mana ada keganasan di situ ada UMNO dan di mana UMNO ada di situlah ada kekerasan dan kemusnahan.
Bukit Katil adalah kawasan yang hampir pasti di ambil-alih oleh Pakatan Rakyat dan sepatutnya UMNO mesti rela dengan keadaan itu. Parti itu mesti mengakui yang cara untuk kembali mendapat sokongan ialah dengan berbuat baik dan berbudaya tinggi dan bukannya dengan menjadi samseng jalanan. UMNO sepatutnya menumpukan di kawasan yang mereka boleh menang, kerana bagi UMNO untuk menumpukan tenaga dan waktu di Bukit Katil itu adalah tindakan yang ‘membuang peluru’ sahaja.
Pada hakikatnya Bukit Katil itu adalah kawasan yang sudah pun di ambil-alih oleh Pakatan Rakyat. Pengundi di Bukit Katil itu hanya menunggu untuk menyokong PR sebagai usaha untuk melangsungkan niat untuk berkuasa di Putrajaya. Bukit Katil sememangnya menjadi salah satu dari banyak kerusi Parlimen UMNO yang akan berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya nanti.
Tidak baik melakukan jenayah seperti itu kerana ia hanya akan memalukan kerajaan negara kita di mata dunia kerana tidak berdaya melangsungkan demokrasi, yang sepatutnya diamalkan dengan sikap ‘gentleman’. Tindakan penyokong UMNO merosakkan bas Parti Keadilan Rakyat itu akan hanya membuatkan UMNO dipandang rendah oleh rakyat yang sedang dalam pencarian ini. Perangai buruk penyokong-penyokong UMNO ini lah yang membuatkan rakyat mempunyai persepsi yang UMNO akan bertindak liar jika kalah dalam Pilihanraya yang akan datang ini. UMNO tidak mungkin berubah kerana budaya samseng ini nampaknya sudah menjadi budaya UMNO yang baru terbentuk.
Apa yang di menghairankan, kenapa kah pimpinan UMNO di Melaka tidak mendidik ahli-ahli serta penyokongnya untuk berkelakuan yang baik sedikit kerana dengan tindakan penyokong ini ia membabitkan imej pimpinan UMNO yang kini sudah tersedia dengan masalah-masalah yang tidak dapat di perbaiki lagi.
Maka rakyat perlu bersatu dan mengenepikan UMNO kali ini untuk menghilangkan budaya buruk ini terus-menerus subur dalam masyarakat yang inginkan kehidupan harmonis dan muhibbah di antara kita yang berbilang kaum dan cara hidup ini.
Kita tidak boleh menerima seruan UMNO bagi rakyat bersatu di bawahnya kerana kita akan lebih selamat jika kita bersatu di luar UMNO dan BN itu. UMNO boleh meneruskan budaya samseng itu, tetapi UMNO mesti duduk di luar kerajaan. Kita amat takut jika kita di tadbir oleh kerajaan yang menggalakkan budaya samseng menyubur di negara ini.
Hilangnya UMNO bermakna akan hilanglah budaya samseng itu, insyaallah. Budaya samseng sekarang berkembang kerana samseng ini dilindungi oleh kerajaan dan penguatkuasa undang-undng di negara ini.
Pendeknya kita mesti tolak pendinding dan pelindung kepada samseng-samseng ini, iaitu UMNO.
Sumber: aspanaliasnet.blogspot.com
Top100 Ranking Blog PR 1 Mac 2013 - CartaDaunKari
Posted on Sunday, March 10 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Cenangau DaunKari
Mula-mula sekali aku nak minta maaf pasai lambat buat posting ranking untuk 1 Mac ni. Rasa malas sangat nak update blog, tah pasai apa aku pun taktau, mungkin pasai Anwar Ibrahim jugak kut...
Walaupun aku lambat buat posting tapi data yang aku gunakan tetap data untuk 1 Mac yang aku generate sebelum pukul 12mlm 1 Mac lepas.
Untuk ranking Top50 kali ni pun nampaknya naik sikit, cuma 2,611 mata kepada 92,423 dengan blog Penburuk paling meningkat dengan 2,000 mata.
Untuk ranking Top100 aku masukkan blog member aku, TheCyberSniper. Aku pun tak pasti pasai apa aku terlepas pandang blog member ni yang duduk di tangga ke 61.
Macam biasa, aku malas nak ulas panjang-panjang, layan ja la...
TopBlog PR Pilihan Cenangau | Malaysia 1/03/13 | Topblog 1/03/13 | Malaysia 16/02/13 | Topblog 16/02/13 | Turun Naik |
AmenoWorld | 246 | 1 | 255 | 1 | 0 |
Anak Sungai Derhaka | 257 | 2 | 265 | 2 | 0 |
Kelab Greenboc | 355 | 3 | 369 | 3 | 0 |
Addin | 463 | 4 | 465 | 5 | 1 |
Tukar Tiub | 484 | 5 | 503 | 6 | 1 |
Salehudin | 667 | 6 | 716 | 8 | 2 |
Omak Kau | 751 | 7 | 658 | 7 | 0 |
Milosuam | 790 | 8 | 427 | 4 | -4 |
Manjongmari | 900 | 9 | 1008 | 11 | 2 |
Cenangau | 936 | 10 | 889 | 10 | 0 |
Era Pasca | 960 | 11 | 1241 | 16 | 5 |
Mohd Sayuti Omar | 972 | 12 | 1010 | 12 | 0 |
Gendang Perang | 1073 | 13 | 1053 | 13 | 0 |
MediaPerak.net | 1219 | 14 | 1095 | 14 | 0 |
ek-eleh | 1381 | 15 | 766 | 9 | -6 |
Kedah.kini | 1440 | 16 | 1703 | 21 | 5 |
Kachip Emas | 1458 | 17 | 1767 | 23 | 6 |
Bloglist Malaysia | 1462 | 18 | 1198 | 15 | -3 |
Kedahlanie.info | 1533 | 19 | 1618 | 20 | 1 |
Biaqpila | 1551 | 20 | 1721 | 22 | 2 |
Pahang Daily | 1573 | 21 | 3063 | 42 | 21 |
Dunia Cacamerba | 1707 | 22 | 2547 | 32 | 10 |
IdaMan | 1714 | 23 | 1389 | 17 | -6 |
Kerajaan Rakyat | 1756 | 24 | 1491 | 19 | -5 |
Warta Maya | 1790 | 25 | 1447 | 18 | -7 |
Batu vs kayu | 1813 | 26 | 1922 | 25 | -1 |
Al-Husseyn | 1840 | 27 | 2397 | 31 | 4 |
Muslimeen United | 1851 | 28 | 2316 | 30 | 2 |
Kerengga | 1973 | 29 | 2272 | 28 | -1 |
Ibnu Hasyim | 2104 | 30 | 2631 | 35 | 5 |
Cipan Tapir Tenuk | 2261 | 31 | 2158 | 27 | -4 |
Pencacai Semalaysia | 2391 | 32 | 2593 | 34 | 2 |
Sakmongkol | 2422 | 33 | 2039 | 26 | -7 |
Ikutsukaaku ISA | 2544 | 34 | 2299 | 29 | -5 |
Yong suka kuning | 2550 | 35 | 2970 | 40 | 5 |
Kerabu Bersuara | 2553 | 36 | 1833 | 24 | -12 |
Penburuk | 2636 | 37 | 4638 | 54 | 17 |
Zakri Ali | 2692 | 38 | 2737 | 36 | -2 |
PASPB | 2828 | 39 | 2946 | 39 | 0 |
Sisi Bukit | 2845 | 40 | 3720 | 48 | 8 |
Idah Salam | 2877 | 41 | 2768 | 37 | -4 |
Mountdweller | 2945 | 42 | 3157 | 43 | 1 |
Jalan Pulang | 3165 | 43 | 3159 | 44 | 1 |
Orang Ni | 3396 | 44 | 3528 | 47 | 3 |
Aspan Alias | 3407 | 45 | 2997 | 41 | -4 |
Sedaka Sejahtera | 3435 | 46 | 3430 | 46 | 0 |
Mutaligat | 3439 | 47 | 3828 | 49 | 2 |
Haluan Kiri | 3462 | 48 | 2571 | 33 | -15 |
Mimpi Senja | 3565 | 49 | 4029 | 50 | 1 |
Cananglahnie | 3990 | 50 | 3180 | 45 | -5 |
Nizar Coretanku | 3997 | 51 | 2928 | 38 | -13 |
Mat Indera Sipejuang | 4533 | 52 | 4410 | 52 | 0 |
AnakMudaMalaysia | 4810 | 53 | 7971 | 64 | 11 |
Paklong Online | 4903 | 54 | 6645 | 60 | 6 |
Blog Hangit | 4915 | 55 | 6326 | 59 | 4 |
Sharpshooter | 5127 | 56 | 4615 | 53 | -3 |
Warta Subhi | 5501 | 57 | 4153 | 51 | -6 |
Siyasahsyariah | 5503 | 58 | 5664 | 57 | -1 |
sabahdaily | 5839 | 59 | 9011 | 70 | 11 |
Malaysiaberih | 5954 | 60 | 4777 | 55 | -5 |
The Cyber Sniper | 6507 | 61 | Baru | Baru | Baru |
Perakite Daily | 6718 | 62 | 6666 | 61 | -1 |
Aiyang | 6824 | 63 | 5325 | 56 | -7 |
Naimnikmat | 7548 | 64 | 6761 | 62 | -2 |
Paapaada | 7617 | 65 | 7249 | 63 | -2 |
Tempayan Retak | 7635 | 66 | 8082 | 66 | 0 |
Al-Brangi | 7938 | 67 | 8024 | 65 | -2 |
Sokong PR | 8262 | 68 | 8980 | 69 | 1 |
Bicara Abu Nawas | 8380 | 69 | 6217 | 58 | -11 |
Pulakdah | 9096 | 70 | 8870 | 67 | -3 |
M3M | 9655 | 71 | 11889 | 78 | 7 |
Dango Mamamat | 9833 | 72 | 14650 | 84 | 12 |
Ajijoi | 9890 | 73 | 17087 | 86 | 13 |
AgenDSAI | 9988 | 74 | 14195 | 81 | 7 |
Laksamana Bkt Bintang | 10234 | 75 | 14503 | 83 | 8 |
Kedah-Online | 10722 | 76 | 10899 | 76 | 0 |
Al-Banjari Online | 11211 | 77 | 20907 | 101 | 24 |
Wfauzdin | 11279 | 78 | 11091 | 77 | -1 |
Telok Bakong | 11380 | 79 | 12945 | 80 | 1 |
Utusankini | 11439 | 80 | 9512 | 73 | -7 |
Aduka Taruna | 11994 | 81 | 14498 | 82 | 1 |
Gaya Peneroka | 12281 | 82 | 17662 | 91 | 9 |
Nusajayakini | 12435 | 83 | 17461 | 89 | 6 |
Karat Hijau | 12702 | 84 | 8930 | 68 | -16 |
Libang Libu | 12788 | 85 | 9445 | 71 | -14 |
Fendi Tazkirah | 12881 | 86 | 19114 | 96 | 10 |
Penyokong PAS | 13116 | 87 | 10121 | 75 | -12 |
Jasin Daily | 13243 | 88 | 12624 | 79 | -9 |
Hanief | 13716 | 89 | 17423 | 88 | -1 |
Dialog Rakyat | 13796 | 90 | 10092 | 74 | -16 |
Batu Gajah Mari | 13814 | 91 | 19596 | 98 | 7 |
Pas Caw Bkt Sentosa2 | 14357 | 92 | 25179 | 104 | 12 |
Lagi Berita | 15420 | 93 | 17503 | 90 | -3 |
Sanggah Tok Sago | 16924 | 94 | 17975 | 92 | -2 |
Marhaen | 17438 | 95 | 15022 | 85 | -10 |
Pakat-pakat kalih | 17493 | 96 | 19102 | 95 | -1 |
Ini-yang-aku-rasa | 18893 | 97 | 28105 | 108 | 11 |
Otai Manjung | 18928 | 98 | 18339 | 93 | -5 |
Ada Aku Kesah | 19887 | 99 | 20431 | 100 | 1 |
Al-Bakistani | 20153 | 100 | no data | 132 | 32 |
*Data pada 1 Mac 2013 11.35pm.
Kalau nak tengok carta yang sebelum-sebelum ni, boleh klik di sini.
Akhirnya, macam biasa, kalau ada yang patut masuk carta ni tapi tak masuk, jangan segan-segan bagitau. Kalau segan nak tulis suruh masukkan blog sendiri kat ruang komen, email terus kat aku pun takpa. Aku takdak masalah, "tanpa prejudis." Pun begitu, aku akan screen dulu untuk pastikan "bukan blog part-time prono/hiburan sensasi melampau"
Cumanya, nak tambah sikit, kalau boleh tu, 'paparkan' la blog aku dalam bloglist hangpa sebagai tanda sokongan.
Kat bawah ni macam biasa jugak, aku sediakan 'borang' khas Alexa. Kalau nak semak ranking masukkan alamat blog lepas tu terus tekan "enter" (jangan sibuk nak cari "button enter", memang tak nampak.) Lepas tu ruang tu akan paparkan keputusan terkini kedudukan ranking blog tu.
Sumber: cenangau.blogspot.com
Musykil: Kenapalah BN Tiru Pembangkang Guna Lori
Posted on Sunday, March 10 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Pahang Daily
Ramai pihak kini keliru dan musykil dengan tindakan BN meniru idea Pakatan Rakyat terutamanya PKR yang menggunakan "lori" untuk berceramah dan menjelajah seluruh negara bagi menyampaikan agenda mereka kepada rakyat.
Umum mengetahui PKR mula menggunakn lori untuk siri jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan Jelajah Merdeka Rakyat (JMR). Dalam program tersebut Anwar dilihat menaiki bas dan kemudiannya berceramah di atas lori berkenaan. Idea itu kemudian ditiru oleh DAP dan terbaru satu lagi parti dalam PR iaitu PAS.
Namun, jika yang meniru itu parti dalam PR mungkin ia tidak menimbulkan kemusykilan. Apa yang dipertikaikan rakyat ialah BN juga sudah mula meniru idea tersebut sekarang. Cuma, bezanya mereka hanya menggunakan lori dua tan atau tiga tan dan bukannya traler seperti yang dilakukan oleh PR.
Persoalannya disini ialah, kenapa BN perlu berbuat demikian?. Sedangkan umum mengetahui mereka ada segalanya untuk menyebarkan maklumat termasuk akhbar dan TV (media arus perdana). Bahkan mereka juga boleh gunakan dewan, balairaya, dewan sekolah, serta lain-lain kemudahan yang ada.
Namun, anehnya BN cuba meniru idea PR sedangkan mereka punya ruang secukupnya untuk memberi peluang kepada rakyat mendengar segala kenyataan yang disampaikan. Melihat kepada senario ini, nampak benar BN semakin ketandusan idea sebenarnya. Jika dalam program PR, ribuan rakyat hadir ke acara tersebut namun lori-lori BN hanya dikerumuni oleh beberapa orang penyokong sahaja.
Apapun, ini mungkin satu strategi baru BN yang bertujuan untuk mendekati rakyat itu gamaknya.
Sumber: pahangdaily.blogspot.com
Ruang Untuk Najib Memimpin Kemenangan BN Makin Terhimpit
Posted on Sunday, March 10 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Shahbudin Husin
Semalam apabila bapa Saiful Bukhari tampil memohon maaf kepada Anwar dan menyifatkan kes liwat yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang itu adalah suatu konspirasi jahat semata-mata, ramai rakan-rakan dalam UMNO merasakan ianya merupakan "pukulan maut" kepada karier politik Najib. Najib pasti akan kalah pilihanraya nanti dan Anwar akan menjadi Perdana Menteri, kata mereka.
Beberapa pemimpin UMNO yang sempat saya hubungi dan berbual-bual juga mempunyai pandangan yang sama. Kata mereka, Najib sudah tidak ada harapan lagi untuk menghasilkan kejayaan buat BN berikutan semua isu akhirnya masuk ke gol sendiri.
Sebelum ini Anwar sudah dibebaskan dalam kes itu oleh hakim Mahkamah Tinggi dan kesnya akan menjalani proses rayuan Julai ini, kemudian ketua pendakwaraya, Yusof Zainal Abidin pula meletak jawatan dan kini bersama-sama dengan Anwar, kemunculan bapa Saiful turut memihak kepada Anwar tentunya mewujudkan persepsi malang lagi bagi Najib.
Rakyat dan pengundi setidak-tidaknya mula percaya bahawa isu liwat kedua itu adalah konspirasi politik sebagaimana yang sering didakwa oleh Anwar sendiri selama ini. Ruang Najib mencipta kemenangan lantas menjadi semakin sempit manakala laluan untuk Anwar memburu Putrajaya kelihatan semakin terbuka luas.
Tetapi apabila tidak lama kemudian, Saiful segera bingkas menafikan hujah bapanya itu, keadaan menjadi reda semula. Namun ia tidak pula menjadikan peluang Najib menjadi bertambah baik.
Ini kerana walaupun Saiful menyatakan bahawa bapanya telah menjadi mangsa kerakusan politik Anwar dan menegaskan beliau tetap istiqamah dengan pendiriannya, setidak-tidaknya dengan kemunculan bapa Saiful ini telah menyebabkan kepercayaan rakyat menjadi berbelah bagi terhadap Najib. Lebih-lebih lagi perancang yang didakwa bapa Saiful dalam isu liwat itu adalah merupakan salah seorang pegawai khas Najib dan beliau masih berdiam diri sehingga ini.
Sebab itu, tidak memeranjatkan apabila Anwar dengan berani menyatakan bahawa PR mempunyai keyakinan untuk memenangi pilihanraya akan datang dengan kelebihan sekurang-kurangnya 10 kerusi. Hujah Anwar itu sebenarnya bukan saja dikongsi oleh kebanyakan orang, malah beberapa pemimpin UMNO juga mengakui hakikat yang sama.
Sebelum munculnya bapa Saiful, Najib dan BN sebenarnya sudah pun terhenyak dengan kemunculan Deepak dan P Bala yang mendedahkan pelbagai perkara dan membuat pelbagai dakwaan terhadap Najib, daripada terlibat dalam isu Altantuya dan menerima wang sehinggalah kepada mengubah akuan bersumpah yang memihak kepadanya.
Jika dalam isu Deepak, Najib hanya menyatakan peniaga karpet itu tidak boleh dipercayai tetapi dalam kes P Bala, sehingga ini belum terdengar lagi apa-apa jawapan balas daripada Najib mahupun mana-mana ahli keluarganya, meskipun nama mereka disebut dengan jelas oleh penyiasat persendirian itu.
P Bala pula sudah memulakan siri jelajahnya untuk memastikan PR memenangi pilihanraya umum akan datang. Deepak pula sudah mengemukakan saman fitnah terhadap Najib, tetapi ini tidak bermakna beliau hanya mahu berdiam diri. Beliau mungkin sedang menunggu masa yang sama sesuai untuk membuat dakwaan baru sama ada terhadap Najib mahukan bekas kakak angkatnya, Rosmah Mansor.
Dengan P Bala yang berjanji akan pusing keliling Malaysia dan Deepak terus bersuara, ruang untuk Najib dalam pilihanraya akan datang ini sebenarnya semakin sempit dan terhimpit. Imejnya sudah musnah di mata umum. Beliau mungkin menghabiskan banyak masa menjelajah ke sana dan ke sini tetapi hakikatnya keadaan di bawah tidak banyak berubah. Persepsi yang sudah terbentuk sukar dihapuskan, lebih-lebih lagi apabila ianya tidak dijawab mahukan dinafikan.
Muncul pula insiden serangan terhadap pemberontak Sulu di Lahad Datu dan Semporna yang kini sudah pun mengorbankan 53 nyawa orang Sulu, menambahkan lagi kesukaran Najib sebenarnya. Walaupun perjuangan mempertahankan kedaulatan negara adalah suatu kewajipan dan pengorbanan pasukan keselamatan sentiasa disanjung tinggi, isu yang tidak dapat dielakkan ialah kemungkinan kematian 53 pemberontak itu menatijahkan ramai orang Sulu yang tidak puas hati dan kecewa terhadap kerajaan.
Kaum keluarga, sanak saudara, rakan-rakan, kenalan, jiran, isteri dan pelbagai hubungan lain dengan 53 pemberontak yang terbunuh itu tidak mustahil boleh membentuk jumlah penolakan yang besar akhirnya, lebih-lebih lagi jika perang di Lahad Datu dan Semporna itu terus berlanjutan untuk suatu tempoh yang lama lagi.
Mereka yang tidak berpuas hati ini tentunya menyalahkan kerajaan sehingga menyebabkan berlakunya perang yang mengorbankan banyak jiwa itu dan kenapa tidak diambil pendekatan lain yang tidak sampai menyebabkan kehilangan begitu banyak nyawa. Dalam hal ini kelemahan pimpinan dalam menangani krisis menjadi persoalan utama. Kelemahan pemimpin bermakna kelemahan kerajaan dan kelemahan kerajaan bermakna ia perlu ditukar. Itulah persepsi yang akan terjadi nanti.
Melalui 53 kematian orang Sulu setakat ini dan tidak tahu bila perang ini akan berakhir, kedudukan BN di Sabah nyata dalam bahaya. Lagi lama perang, lagi banyak BN akan kehilangan undi, khususnya daripada kalangan orang Sulu, baik yang memang asalnya menetap di Sabah mahupun daripada kalangan yang diberi kerakyatan dalam Projek IC dahulu.
Dengan pelbagai isu yang muncul mutakhir ini, Deepak, P Bala, perang di Lahad Datu dan kemunculan bapa Saiful, secara realitinya nyawa BN makin berada di hujung tanduk. Dan jika dicampur dengan pelbagai isu lainnya sejak Najib menghuni Seri Perdana, sudah terang lagi bersuluh kedudukan BN dan kerajaan yang ada sekarang di mata rakyat sebenarnya.
Itu belum dikira lagi kesan daripada perbuatan sabotaj dan kemungkinan beberapa pihak dalam UMNO dan BN sendiri yang akan "pusing" dalam pilihanraya nanti kerana kecewa tidak terpilih atau digugurkan sebagai calon.
Lebih malang bagi Najib ialah lagi beliau melengah masa untuk mengadakan pilihanraya, lagi gelap laluan di hadapannya. (SH 09/03/2013)
Sumber: shahbudindotcom.blogspot.com
PERANG TWITTER ZED ZAIDI .....Siapa BENGAP?
Posted on Sunday, March 10 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: Dukunpasir
"Presiden Seniman yang terkini ni rupanya lebih kurang juga hebatnya dalam berpolitik......gara gara dia melabelkan Abby Abadi ustazah jadian...Zed terus diserang tapi YANG BESTNYA ZED ZAIDI juga MELAWAN......
Nak tengok?? Ini antara paparan life dari twitter Zed Zaidi yang sempat dirakam dengan teknik salin dan tekap miahahahaha
LAGI GAMBAR KLIK SINI"
Pasar Kedai Payang bukan harta warisan sejarah perlu dirobohkan
Posted on Sunday, March 10 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: mohdnoorawang
"Pasar Kedai Payang atau pasar yang paling besar di bandar Kuala Terengganu. Ianya menjadi mercu tanda dan tumpuan orang ramai dan pelancung .Namun bangunan yang sedia ada tidak mengambarkan bangunan warisanSekadar hanya nama Pasar Kedai Payang.
Ianya diambil dari sebuah perahu nelayan yang cukup popular waktu itu. Tapi genarasi sekarang bermulaera tujuhpuluhan perahu yang perahu payang hillang ditelang zaman. Tiada usaha kerajaan Terengganu untuk menyelamat pembuat, bentu dan kayu cengal untuk sesebuah perahu payang. Disini kita boleh meletakkan keselhan dan kebodohan kerajaan Terengganu yang akalnya pendik.
Hanya tingal nama pasar KEDAI PAYANG sempurna sebuah perahu dari kayu cengal bermutu tinggi...PERAHU PAYANG.
Pasar yang ada sekarang perlu diroboh dan dibangunkan semula dengan satu konsep perahu payang yang ada nilai estika sejarah perahu payang dan bangsa melayu TERENGGANU YANG ASLI DAN DIREKEBENTUK BERSAMA DENAN BANGUNAN MODERN DAN HEBAT.
Kami tidak setuju apa yang dibantah oleh ngos dan PAS dalam isu bantahan yang diadakan hari sabtu yang lalu. Malah bangunan yang ada sekarang langsung tidak nilai sebuag bangunan seni melayu. dan usang serta tidak menepati sesebuah bandaraya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan