Dalang ‘projek IC’ buka pintu negara diceroboh
Harakahdaily, | 06 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR:
Memang benar bahawa mereka yang menjayakan projek pengeluaran kad
pengenalan kepada warga asing adalah dalang sebenar kepada keganasan dan
ancaman keselamatan di Sabah yang berlaku sekarang.
“Sebenarnya, mereka ini jugalah yang membuka pintu negara untuk diceroboh, ditawan dan diserang oleh mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan,” ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.
Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.
Krisis pencerobohan di Lahad Datu memberi pengajaran berharga bahawa aspek keselamatan negara terutama di sempadan dan perairan negara perlu dipertingkatkan.
Tidak ada mana-mana pihak yang boleh bersikap sambil lewa dengan membiarkan pengganas sewenang-wenanganya menjajah negara ini tanpa sekatan.
Persoalan utama yang sedang berlegar di kalangan rakyat negara ini adalah sejauh manakah tahap keselamatan negara khususnya di sempadan atau perairan negara?
Bagaimana pengganas tersebut dengan mudah meloloskan diri dari kawalan keselamatan negara sehingga mampu mendarat dan berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah?
Dalam keadaan nyawa dan keselamatan rakyat terutama warga Sabah sedang terancam dengan beberapa deretan peristiwa pembunuhan, perkara yang lebih menggemparkan adalah dengan pendedahan mengenai projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing di negeri Sabah.
Ia didedahkan oleh beberapa indiviu yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta beberapa agensi kerajaan lain kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai projek tersebut.
Skandal ini melibatkan berpuluh ribu kad pengenalan yang dihasilkan sekitar tahun 1980-an dahulu dan lebih menggemparkan adalah penglibatan beberapa pemimpin tertinggi negara.
Projek ini telah berlalu beberapa tahun yang lampau dan mereka yang mendapat kad pengenalan tersebut telah bertebaran di merata tempat di negara ini.
Kegusaran rakyat semakin bertambah apabila memikirkan andainya ada di antara pengganas tersebut memiliki kad pengenalan yang sah dan bila-bila masa mereka boleh keluar masuk negara ini tanpa ditahan oleh penguasa.
Justeru, memang benar bahawa mereka yang menjayakan projek pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing adalah dalang sebenar kepada keganasan dan ancaman keselamatan di Sabah yang berlaku sekarang.
Sebenarnya, mereka ini jugalah yang membuka pintu negara untuk diceroboh, ditawan dan diserang oleh mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan.
Kerajaan melalui Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) perlu meneruskan siasatan terhadap projek tersebut sehingga selesai.
Kemuncaknya, kerajaan perlu bersikap tegas dengan hukuman setimpal terhadap mereka yang terlibat termasuk terhadap bekas pemimpin-pemimpin negara.
Dalam soal keselamatan negara, tidak ada kompromi terhadap mereka yang sanggup menjual kedaulatan negara ini.
KUALA LUMPUR: Jika kesemua pendatang Filipina yang
berada di Sabah yang dikhabarkan seramai 800,000 orang itu dikumpulkan
setempat, mereka memenuhi kawasan seluas negeri Kedah.
Ini kerana keluasan negeri Kedah ialah 9,500 km persegi, lebih sedikit sahaja dari 9,302.33 persegi.
Demikian ulasan blogger Oh! Rakyat, berikutnya seperti di bawah.
Berdasarkan census penduduk Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Satistik pada tahun 2010, jumlah penduduk ialah 28.3 juta. Peratus bukan warga negara ialah 8.2%, iaitu 2.3206 juta. Dikhabarkan terdapat seramai 800,000 orang pendatang Filipina di Sabah.
Kepadatan penduduk Malaysia ialah 86 orang bagi satu kilometer persegi. Keluasan ini termasuk sungai, tasik, hutan, bukit gunung dan lain-lain yang diperlukan untuk kehidupan manusia. Malaysia memiliki banyak kelebihan tersebut. Sudah tentu di kawasan maju kepadatan jauh lebih tinggi. Misalnya kepadatan penduduk Jepun ialah 349.66/km persegi.
Okay, kita gunakan kepadatan penduduk Malaysia sahaja untuk mengetahui berapa keluasan kawasan yang akan dipenuhi oleh pendatang (bukan warga negara) seramai 2.3206 juta itu.
Pengiraannya begini:
86 orang menduduki 1 km persegi.
800,000 orang menduduki = (1/86) x 800,000 = 9302.33 km persegi.
2,320,600 orang menduduki = (1/86) x 2,320,600 = 26983.72 km persegi.
Hasil pengiraan berdasarkan kepadatan penduduk Malaysia, inferen yang didapati adalah seperti berikut:
Jika kesemua pendatang Filipina itu dikumpulkan setempat, mereka memenuhi kawasan seluas negeri Kedah. Ini kerana keluasan negeri Kedah ialah 9,500 km persegi, lebih sedikit sahaja dari 9,302.33 persegi.
Jika kesemua pendatang di Malaysia dikumpulkan setempat, mereka memenuhi kawasan hampir seluas Negeri Sembilan (6686 km persegi) + Perak (21035 km persegi) = 27721 km persegi, lebih sedikit dari 26,983.72 km persegi.
Walau bagaimanapun jika semua pendatang itu ditempatkan di bandar, yang kepadatan penduduknya lebih tinggi, mereka boleh memenuhi seluruh Kuala Lumpur, termasuk Gombak. Ini kerana jumlah penduduk bagi kedua kawasan tersebut adalah:
Kuala Lumpur (1,674,621) + Gombak (682,226) = 2,356,847 - Lebih sedikit sahaja dari bilangan pendatang, iaitu 2,320,600 orang.
Bagi yang tidak berapa faham statistik, fikir begini sahajalah:
Bilangan pendatang di Malaysia sama dengan bilangan penduduk Kuala Lumpur dan Gombak. Ini tidak termasuk PATI.
Pada mulanya pendatang ini dialu-alukan bagi memenuhi permintaan buruh di sektor perladangan, binaan dan sebagai pembantu rumah. Tetapi kini pendatang juga giat sebagai jurujual, tukang urut, peniaga dan apa-apa sahaja di bawah bulan dan matahari!
Kini kita menghadapai implikasi kehadiran pendatang yang tidak terkawal itu.
Kalau dulu implikasinya dari sosial, kesihatan dan jenayah terhadap individu (samseng), tetapi kini telah berubah kepada jenayah terhadap negara (pengganas).
Mungkin ada yang cuba mempertahankan dasar mengambilan warga asing sebagai sumber manusia bagi memenuhi permintaan sektor swasta. Ini kerana kononnya penduduk Malaysia enggan bekerja berat. Ini adalah alasan yang dangkal.
Sudah tentu skim pulangan yang rendah nilainya tidak dapat diterima oleh warga tempatan yang perlu memenuhi kos sara hidup yang tinggi. Berbeza dengan pendatang yang menghantar upah mereka ke negara asal yang kos sara hidup rendah, pekerja tempatan harus menanggung kehidupan keluarga mereka di sini, dengan mahal.
Ternyata kita memerlukan satu dasar baru mengenai sumber manusia yang menyeluruh, yang memastikan kedatangan pendatang tanpa diundang dan tanpa izin dapat dibendung dengan berkesan; dan sekaligus menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat dan kedaulatan Malaysia.
Ternyata penggubal dasar/undang-undang (law-makers) yang sedang memegang tampuk kerajaan sekarang gagal, bukan hanya dalam menangani masalah pendatang tanpa izin; pemegang kuasa juga gagal dalam dalam perancangan asas sumber manusianya.
Ingat! Kita belum bercakap lagi tentang Modal Insan.
Jangan keliru tentang sumber manusia (human resource) dan modal insan (human capital).
Konsep Modal Insan Pak Lah sudah lama tamat sejak Pak Lah tidak lagi menjadi PM. Sejak itu kita hanya ada entropi - keadaan yang sukar dijangka dan menjurus ke arah kemusnahan.
#UmnoBN pengkhianat negara yang sebenar!!!

Jika pendatang di Sabah dikumpul, memenuhi Kedah
Harakahdaily, | 06 Mac 2013 |
Ini kerana keluasan negeri Kedah ialah 9,500 km persegi, lebih sedikit sahaja dari 9,302.33 persegi.
Demikian ulasan blogger Oh! Rakyat, berikutnya seperti di bawah.
JIKA SEMUA PENDATANG FILIPINA DI SABAH ITU DIKUMPULKAN SETEMPAT, MEREKA BOLEH MEMENUHI KELUASAN NEGERI KEDAH

Selesai isu pencerobohan di meja rundingan
Harakahdaily, | 06 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR:
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berpandangan bahawa penyelesaian
sebenar kepada konflik yang sedang melanda Sabah dan membimbangkan
seluruh negara ini hanya akan dapat dicapai melalui meja rundingan.
Justeru Presidennya, Amidi Abdul Manan menggesa agar semua saluran diplomatik dan perundingan yang konklusif harus dibuka dan dimulakan dengan segera.
Katanya, Abim mengikuti dengan dekat perkembangan yang berlaku dan memandang serius isu pencerobohan dan konflik di Lahad Datu, Sabah yang telah memakan masa lebih dua minggu.
Abim, ujarnya menganggap tindakan tegas yang diambil oleh pihak keselamatan negara semalam untuk menyerang kumpulan penceroboh bersenjata yang dikaitkan dengan Jamalul Kiram sangat wajar melihat kepada korban yang telah dialami oleh pasukan keselamatan negara dan ketakutan yang dihadapi oleh penduduk di sekitar kawasan terbabit khususnya dan di Sabah keseluruhannya.
“Sesungguhnya keberanian dan kesediaan pasukan keselamatan negara mempertahankan kedaulatan dan maruah negara amat disanjung tinggi oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, penyelesaian bersenjata dilihat sebagai jalan yang terpaksa untuk menyelesaikan konflk berdarah ini untuk jangka masa pendek dan pada kadar yang segera.
Katanya lagi, kerumitan isu tuntutan pewaris Kesultanan Sulu terhadap Sabah melibatkan faktor sejarah yang panjang, pertikaian undang-undang antarabangsa serta latar sosio-ekonomi dan kebudayaan yang mendasar sentiasa berpotensi sebagai 'bom jangka' terhadap hubungan diplomatik antara Malaysia- Filipina serta isu keselamatan di kepulauan Borneo.
Demi keselamatan dan keamanan yang berpanjangan untuk rakyat Malaysia, ujarnya Abim juga menuntut Kerajaan Malaysia menggunakan peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Undang-undang Antarabangsa yang secara jelas memperakui kedaulatan negara kita untuk membatalkan secara muktamad mana-mana tuntutan negara dan unsur asing terhadap Sabah.
“Abim yakin tindakan ini akan mengesahkan status Sabah sebagai negeri yang berdaulat di bawah Persekutuan Malaysia dan tidak boleh diceroboh atau dituntut oleh mana-mana pihak selepas ini,” katanya lagi.
(Lawatan ke tapak surau di Padang Kota)
GEORGETOWN: Surau pertama di Padang Kota Lama bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan jadi kenyataan pada bulan Julai 2013 akan datang apabila kerja- kerja pembinaan akan dimulai dalam masa terdekat.
Demikian kata, Ahli Majlis MPPP, Haji Yusof Mohd Noor.
Beliau berkata demikian selepas majlis lawatan tapak dan taklimat ringkas oleh Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Datuk Malik Kasim bersama Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Saleh Man pagi tadi.
"Apa yang disuarakan kepada MPPP dah jadi kenyataan. Tidak lama lagi masyarakat Islam yang datang bersiar-siar di tepi pantai bersama keluarga atau ingin menghirup udara senja tidak lagi tergesa-gesa mencari surau bila sampai waktu solat," tegasnya.
Surau yang asalnya tempat letak kereta akan dibina oleh Maznoora Enterprise dibuat secara tender terbuka berkeluasan 160 meter persegi bernilai RM175,200 hasil wang caruman surau.
Ia bakal boleh menempatkan 70 jemaah sekali gus iaitu 40 jemaah lelaki dan 30 perempuan.
Pembinaan tersebut melibatkan kerja-kerja membina tandas lelaki, perempuan serta tandas Orang Kurang Upaya (OKU) yang masing-masing berkeluasan 29.28 meterpersegi.
"Ini adalah kejayaan PAS yang bersuara melalui MPPP. Setelah 50 tahun baru sekarang ianya jadi kenyataan.
"Di waktu Umno berkuasa dulu mereka tidak berfikir untuk melaksanakanya maklumlah parti itu lebih condong pada hiburan mana ada masa lontarkan ideal ke arah martabatkan Islam," ujarnya.
LAHAD DATU:
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang lagi anggota
tentera kesultanan Sulu dipercayai terbunuh pagi ini dalam satu
pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Ia berlaku sehari selepas tentera melancarkan serangan besar-besaran ke atas kampung itu termasuk menggunakan jet pejuang.
Katanya, pasukannnya terpaksa melepaskan tembakan apabila ditembak dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu.
“Saya difahamkan seorang musuh ditembak... Kami percaya dia terbunuh,” katanya Ismail dalam sidang media pagi ini bersama pemimpin angkatan tentera Malaysia.
Bagaimanapun pasukan keselamatan tidak mengeluarkan mayat tersebut atas sebab keselamatan, lapor Malaysiakini.
Ismail juga mengesahkan kumpulan penceroboh kini menyamar dengan berpakaian preman untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan.
Beliau menambah, pasukan tentera dan polis tidak mengalami kemalangan jiwa atau kecederaan dalam operasi bersama itu, sehingga hari ini.
Pasukan keselamatan bertindak ke atas militan Filipina di Kampung Tanduo tersebut dengan serangan udara selepas pertentangan lebih tiga minggu.
Ismail enggan mengesahkan jumlah musuh yang terbunuh dalam operasi berkenaan walaupun media hari ini melaporkan angka sehingga 30 orang.
Dengan
lapan anggota polis sudah terkorban dan berpuluh-puluh tentera
Kesultanan Sulu yang dikatakan telah terbunuh, ke mana titik akhirnya
krisis Lahad Datu dan Sabah secara keseluruhannya ini?
Walaupun polis sudah berkata, pencerobohan itu sudah selesai dengan serangan besar-besaran termasuk menggunakan jet pejuang, berdasarkan laporan dari media Filipina, nampaknya ia belum selesai.
Ini kerana, berpuluh-puluh tentera kesultanan Sulu dan juga mereka yang simpati dengan mereka sedang menyusup masuk ke negara ini.
Ia menambahkan lagi ribuan rakyat mereka yang sememangnya sudah didaftarkan menjadi rakyat negara ini melalui skandal kad pengenalan untuk undi sebelum ini.
Moro National Liberation Front (MNLF) sudah mengisytiharkan akan membela saudara mereka yang terkorban selepas memberi amaran sebelum ini agar ia diselesaikan menggunakan 'kepala dingin' bukannya perang.
"Saya berharap mereka tidak dicederakan. Mereka (penyokong Kesultanan Sulu) adalah saudara kita. Jika setitik darah mereka gugur, kita mungkin terpaksa membela mereka," Nur Misuari, pengerusi pengasas MNLF memberi amaran pada 21 Februari lalu.
Manila Buletin melaporkan, pasukan keselamatan Malaysia akan berdepan dengan pasukan yang mereka latih sendiri sebelum ini iaitu dari MNLF, yang mengetahui Sabah umpama dalam telapak tangan mereka.
Di samping mereka, beribu -ribu lagi rakyat Filipina kini sudah berada di Sabah dan memiliki kad pengenalan biru Malaysia tanda kerakyatan mereka.
Hadji Acmad Bayam, ketua propaganda MNLF memberitahu Manila Bulletin, mereka memiliki peralatan yang cukup untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, menjawab perkara ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tentera Malaysia pernah melatih mereka.
Namun sebelum ini, beliau mengaku ribuan penduduk Filipina diberikan kad pengenalan dalam skandal IC yang didedahkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang kini masih berjalan.
Bagi bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Tamrin Ghafar, inilah bayaran yang terpaksa dibayar oleh negara apabila Tun Dr Mahathir memberikan kerakyatan untuk kepentingan politik sebelum ini.
Beliau tidak nampak krisis ini akan selesai dengan cepat kerana beribu-ribu lagi orang Sulu ini berada di Sabah.
Mereka pula sudah dianggap rakyat negara ini kerana sudah mempunyai kad pengenalan biru.
Dengan tarikh akhir Parlimen yang adalah 24 April 2013, tidak nampak isu ini akan selesai dengan segera untuk membolehkan parlimen dibubarkan sebelum tarikh itu.
Ia pula berlaku ketika laporan demi laporan sampai bahawa BN tidak akan berjaya mempertahankan kerajaan yang ada sekarang dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
Apakah ini satu taktik dan strategi untuk kepentingan pilihan raya? Ia sukar untuk ditentukan kerana ramai tidak yakin Najib sanggup untuk memperjudikan nasib rakyatnya sendiri demi kepentingan politik.
Ini kerana, dengan lapan sudah terkorban, ia bermakna harga yang terlalu mahal dibayar untuknya.
Atau, ia sememangnya perancangan tetapi apa yang berlaku diluar jangkaan.
Ini juga boleh jadi tetapi susah untuk disahkan. Ini kerana ramai sedia maklum, mereka yang terlibat dalam gerakan tuntutan kesulatan Sulu ini adalah ahli Umno.
Isu Lahad Datu boleh menjadi senjata makan tuan untuk BN berikutan pendedahan hubungan pemimpin Umno dengan gerakan Sulu ini.
Pendek kata semua option terbuka kini.
Justeru Presidennya, Amidi Abdul Manan menggesa agar semua saluran diplomatik dan perundingan yang konklusif harus dibuka dan dimulakan dengan segera.
Katanya, Abim mengikuti dengan dekat perkembangan yang berlaku dan memandang serius isu pencerobohan dan konflik di Lahad Datu, Sabah yang telah memakan masa lebih dua minggu.
Abim, ujarnya menganggap tindakan tegas yang diambil oleh pihak keselamatan negara semalam untuk menyerang kumpulan penceroboh bersenjata yang dikaitkan dengan Jamalul Kiram sangat wajar melihat kepada korban yang telah dialami oleh pasukan keselamatan negara dan ketakutan yang dihadapi oleh penduduk di sekitar kawasan terbabit khususnya dan di Sabah keseluruhannya.
“Sesungguhnya keberanian dan kesediaan pasukan keselamatan negara mempertahankan kedaulatan dan maruah negara amat disanjung tinggi oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, penyelesaian bersenjata dilihat sebagai jalan yang terpaksa untuk menyelesaikan konflk berdarah ini untuk jangka masa pendek dan pada kadar yang segera.
Katanya lagi, kerumitan isu tuntutan pewaris Kesultanan Sulu terhadap Sabah melibatkan faktor sejarah yang panjang, pertikaian undang-undang antarabangsa serta latar sosio-ekonomi dan kebudayaan yang mendasar sentiasa berpotensi sebagai 'bom jangka' terhadap hubungan diplomatik antara Malaysia- Filipina serta isu keselamatan di kepulauan Borneo.
Demi keselamatan dan keamanan yang berpanjangan untuk rakyat Malaysia, ujarnya Abim juga menuntut Kerajaan Malaysia menggunakan peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Undang-undang Antarabangsa yang secara jelas memperakui kedaulatan negara kita untuk membatalkan secara muktamad mana-mana tuntutan negara dan unsur asing terhadap Sabah.
“Abim yakin tindakan ini akan mengesahkan status Sabah sebagai negeri yang berdaulat di bawah Persekutuan Malaysia dan tidak boleh diceroboh atau dituntut oleh mana-mana pihak selepas ini,” katanya lagi.
Surau pertama akan dibina di Padang Kota
Mohd Sabri Said, | 06 Mac 2013 |
(Lawatan ke tapak surau di Padang Kota)
GEORGETOWN: Surau pertama di Padang Kota Lama bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan jadi kenyataan pada bulan Julai 2013 akan datang apabila kerja- kerja pembinaan akan dimulai dalam masa terdekat.
Demikian kata, Ahli Majlis MPPP, Haji Yusof Mohd Noor.
Beliau berkata demikian selepas majlis lawatan tapak dan taklimat ringkas oleh Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Datuk Malik Kasim bersama Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Saleh Man pagi tadi.
"Apa yang disuarakan kepada MPPP dah jadi kenyataan. Tidak lama lagi masyarakat Islam yang datang bersiar-siar di tepi pantai bersama keluarga atau ingin menghirup udara senja tidak lagi tergesa-gesa mencari surau bila sampai waktu solat," tegasnya.
Surau yang asalnya tempat letak kereta akan dibina oleh Maznoora Enterprise dibuat secara tender terbuka berkeluasan 160 meter persegi bernilai RM175,200 hasil wang caruman surau.
Ia bakal boleh menempatkan 70 jemaah sekali gus iaitu 40 jemaah lelaki dan 30 perempuan.
Pembinaan tersebut melibatkan kerja-kerja membina tandas lelaki, perempuan serta tandas Orang Kurang Upaya (OKU) yang masing-masing berkeluasan 29.28 meterpersegi.
"Ini adalah kejayaan PAS yang bersuara melalui MPPP. Setelah 50 tahun baru sekarang ianya jadi kenyataan.
"Di waktu Umno berkuasa dulu mereka tidak berfikir untuk melaksanakanya maklumlah parti itu lebih condong pada hiburan mana ada masa lontarkan ideal ke arah martabatkan Islam," ujarnya.
Bayaran fail suratcara di mahkamah naik 100%
Anis Nazri, | 06 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Setelah kenaikan pelbagai jenis kos,
sama ada kos sara hidup, insurans kereta dan sebagainya, kini kos
melibatkan urusan mahkamah turut dinaikkan.
Harakahdaily difahamkan, bermula 1 Mac lalu, bayaran pemfailan suratcara mahkamah sudah dinaikkan sebanyak 100 peratus.
Menurut sumber, mana-mana pihak yang mengemukakan notis rayuan contohnya, ke Mahkamah Rayuan dikenakan sebanyak RM600, yang sebelumnya RM300.
Selain itu, notis rayuan (selepas perbicaraan) juga dikenakan kos sebanyak RM600, berbanding RM300 sebelum ini, begitu juga dengan notis rayuan (selain keputusan yang dibuat).
Manakala, bagi notis bayaran pengeluaran geran (kod 31 dan 32) telah dinaikkan kepada RM440, berbanding RM220, writ saman sebanyak RM400 (RM200), bon jaminan sebanyak RM16 (RM8) serta lain-lain urusan.
Dengan peningkatan kos bayaran itu, ramai pihak yang terkejut apabila diberitahu mengenainya ketika berurusan di mahkamah.
Harakahdaily dimaklumkan, biarpun terdapat beberapa kos bayaran pemfailan yang masih rendah nilainya, namun peningkatan sebanyak 100 peratus itu dilihat begitu tinggi.

Seorang lagi penceroboh terbunuh
Harakahdaily, | 06 Mac 2013 |
Ia berlaku sehari selepas tentera melancarkan serangan besar-besaran ke atas kampung itu termasuk menggunakan jet pejuang.
Katanya, pasukannnya terpaksa melepaskan tembakan apabila ditembak dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu.
“Saya difahamkan seorang musuh ditembak... Kami percaya dia terbunuh,” katanya Ismail dalam sidang media pagi ini bersama pemimpin angkatan tentera Malaysia.
Bagaimanapun pasukan keselamatan tidak mengeluarkan mayat tersebut atas sebab keselamatan, lapor Malaysiakini.
Ismail juga mengesahkan kumpulan penceroboh kini menyamar dengan berpakaian preman untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan.
Beliau menambah, pasukan tentera dan polis tidak mengalami kemalangan jiwa atau kecederaan dalam operasi bersama itu, sehingga hari ini.
Pasukan keselamatan bertindak ke atas militan Filipina di Kampung Tanduo tersebut dengan serangan udara selepas pertentangan lebih tiga minggu.
Ismail enggan mengesahkan jumlah musuh yang terbunuh dalam operasi berkenaan walaupun media hari ini melaporkan angka sehingga 30 orang.
Ke mana titik akhir tragedi Lahad Datu?
Penganalisis Harakahdaily, | 06 Mac 2013 |
Walaupun polis sudah berkata, pencerobohan itu sudah selesai dengan serangan besar-besaran termasuk menggunakan jet pejuang, berdasarkan laporan dari media Filipina, nampaknya ia belum selesai.
Ini kerana, berpuluh-puluh tentera kesultanan Sulu dan juga mereka yang simpati dengan mereka sedang menyusup masuk ke negara ini.
Ia menambahkan lagi ribuan rakyat mereka yang sememangnya sudah didaftarkan menjadi rakyat negara ini melalui skandal kad pengenalan untuk undi sebelum ini.
Moro National Liberation Front (MNLF) sudah mengisytiharkan akan membela saudara mereka yang terkorban selepas memberi amaran sebelum ini agar ia diselesaikan menggunakan 'kepala dingin' bukannya perang.
"Saya berharap mereka tidak dicederakan. Mereka (penyokong Kesultanan Sulu) adalah saudara kita. Jika setitik darah mereka gugur, kita mungkin terpaksa membela mereka," Nur Misuari, pengerusi pengasas MNLF memberi amaran pada 21 Februari lalu.
Manila Buletin melaporkan, pasukan keselamatan Malaysia akan berdepan dengan pasukan yang mereka latih sendiri sebelum ini iaitu dari MNLF, yang mengetahui Sabah umpama dalam telapak tangan mereka.
Di samping mereka, beribu -ribu lagi rakyat Filipina kini sudah berada di Sabah dan memiliki kad pengenalan biru Malaysia tanda kerakyatan mereka.
Hadji Acmad Bayam, ketua propaganda MNLF memberitahu Manila Bulletin, mereka memiliki peralatan yang cukup untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, menjawab perkara ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tentera Malaysia pernah melatih mereka.
Namun sebelum ini, beliau mengaku ribuan penduduk Filipina diberikan kad pengenalan dalam skandal IC yang didedahkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang kini masih berjalan.
Bagi bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Tamrin Ghafar, inilah bayaran yang terpaksa dibayar oleh negara apabila Tun Dr Mahathir memberikan kerakyatan untuk kepentingan politik sebelum ini.
Beliau tidak nampak krisis ini akan selesai dengan cepat kerana beribu-ribu lagi orang Sulu ini berada di Sabah.
Mereka pula sudah dianggap rakyat negara ini kerana sudah mempunyai kad pengenalan biru.
Dengan tarikh akhir Parlimen yang adalah 24 April 2013, tidak nampak isu ini akan selesai dengan segera untuk membolehkan parlimen dibubarkan sebelum tarikh itu.
Ia pula berlaku ketika laporan demi laporan sampai bahawa BN tidak akan berjaya mempertahankan kerajaan yang ada sekarang dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
Apakah ini satu taktik dan strategi untuk kepentingan pilihan raya? Ia sukar untuk ditentukan kerana ramai tidak yakin Najib sanggup untuk memperjudikan nasib rakyatnya sendiri demi kepentingan politik.
Ini kerana, dengan lapan sudah terkorban, ia bermakna harga yang terlalu mahal dibayar untuknya.
Atau, ia sememangnya perancangan tetapi apa yang berlaku diluar jangkaan.
Ini juga boleh jadi tetapi susah untuk disahkan. Ini kerana ramai sedia maklum, mereka yang terlibat dalam gerakan tuntutan kesulatan Sulu ini adalah ahli Umno.
Isu Lahad Datu boleh menjadi senjata makan tuan untuk BN berikutan pendedahan hubungan pemimpin Umno dengan gerakan Sulu ini.
Pendek kata semua option terbuka kini.
Bafia & LTAT: Bongkar banyak lagi penyelewengan Umno
Harakahdaily, | 06 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR:
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli percaya, lebih banyak penyelewengan
pemimpin Umno akan terbongkar dalam perbicaraan mahkamah melibatkan dua
tuduhan ke atasnya.
Beliau diheret ke mahkamah berikutan pendedahan penyelewengan dana Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Kedua-dua kes itu dibicarakan serentak hari ini, masing-masing di Mahkamah Sesyen, Shah Alam dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, lapor KeadilanDaily.
Bagaimanapun, Rafizi hadir pada sesi sebutan kes NFC di bawah tuduhan Akta Perbankan dan Institutsi Kewangan (Bafia) 1989.
Beliau ditemani peguam, Eric Paulsen.
Rafizi berhadapan pertuduhan di bawah Seksyen 97 (1) kerana mendedahkan empat akaun profil pelanggan NFC – National Meat and Livestock Sdn Bhd, Agroscience and Industries Sdn Bhd dan pengerusi NFC kepada dua individu.
Di bawah Seksyen 103(1)(a) akta yang sama, Rafizi boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM3 juta dan dipenjara sehingga tiga tahun jika didapati bersalah.
Sementara itu, kes saman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkaitan pendedahan Rafizi mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad.
Rafizi menyatakan kesediaannya berhadapan perbicaraan selepas mendapat akses maklumat perjanjian dalam Boustead selepas membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 seunit.
Ini membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan mendapat dokumen LTAT.
Peguam Latheefa Koya mewakili Rafizi hadir di Mahkamah Jalan Duta, pagi ini untuk penetapan kes tersebut.
Mengikut twitter Rafizi, perbicaraan bagi kes Bafia ditetapkan pada 18 dan 19 Mac, manakala saman Zahid pada 12 dan 13 Jun.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan