Khamis, 7 Mac 2013

MILOSUAM BERBICARA

Ratusan kerusi-kerusi kosong tekun dengar ceramah Najib di Pekan?

SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM menghantar beberapa keping gambar yang didakwa diambil dalam program yang dianjur dan dihadiri oleh Najib Razak minggu lalu di Pekan Pahang.

Menurut pengirim, program tersebut kurang mendapat sambutan daripada penduduk tempatan, menyaksikan ratusan kerusi-kerusi kosong yang tidak dipenuhi menghiasi majlis yang kelihatan hambar.



Menurut pengirim lagi, kebanyakkan hadirin yang datang hanyalah orang luar yang diangkut menggunakan beberapa buah bas. Program tersebut bolehlah dianggap tidak berjaya kerana tiada sambutan daripada penduduk tempatan.



Lihat gambar di bawah, hanya ratusan kerusi-kerusi kosong sahaja yang masih tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Najib Razak yang disiarkan secara langsung daripada sebuah skrin besar.



Jelas kita lihat di sini bahawa, penduduk tempatan di Parlimen Pekan pun sebenarnya tidak menyokong Najib Razak sebagai ahli Parlimen kawasan itu. Najib hanya mengharapkan undi tentera untuk menang kerusi tersebut.

Tidak hairanlah pada 1999, Najib hanya memenangi majoriti 246 undi bagi mengekalkan kedudukannya di Parlimen Pekan. Selepas memenangi majoriti memalukan itu, serta merta undi kem askar dimasukkan ke kawasan parlimen beliau.

Kalau nak harap pengundi tempatan, sudah lama Presiden Umno ini bungkus. Lihatlah harapkan kerusi sahaja yang masih setia mendengar ceramah beliau.

ReJaM© "Kalau kerusi boleh jalan, kerusi pun dah lama blah... "

Rakyat Sabah ditimpa musibah, BN anjur program berjoget sakan


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/03/ratusan-kerusi-kerusi-kosong-tekun.html#ixzz2MnMgZwuV
 KETIKA rakyat Sabah ditimpa musibah, dalam ketakutan menghadapi krisis pencerobohan tentera Sultan Sulu yang telah meragut lebih 6 nyawa anggota keselamatan, BN Pulau Pinang rupanya sedang bersuka ria dan berjoget sakan.

Program Hari Wanita Sedunia anjuran Barisan Nasional di Hotel Equatorial, Pulau Pinang menyaksikan wanita pelbagai bangsa menari sakan atau lebih tepat terkinja-kinja dengan alunan muzik rancak yang didendangkan.



Ramai pengguna facebook di halaman rasmi Barisan Nasional Pulau Pinang mengecam program berbentuk hiburan yang dianjurkan oleh BN ini yang disifatkan tidak sensitif dengan situasi genting yang dihadapi penduduk Sabah.

Berikut sebahagian rakaman bagaimana wanita-wanita ini terkinja-kinja menari sambil terjerit-jerit mengikut alunan muzik rancak.




ReJaM© "Sekali imbas serupa macam beruk... "

Sumber: Facebook

Media Filipina dedah Najib janji penempatan untuk tentera Sulu di Sabah

SEBELUM ini heboh kononnya Anwar Ibrahim dikatakan sebagai dalang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah di Lahad Datu Sabah.

Media arus perdana kawalan Umno menyebut laporan media Filipina kononnya memetik sumber risikan mendapati ada pihak tertentu yang dikatakan rapat dengan Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Nur Misuari.

Kali ini, portal berita Filipina mb.com.ph memetik kenyataan secara terbuka oleh Nur Misuari sendiri yang mendakwa Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ada menjanjikan tanah atau penempatan di Sabah kepada tentera Sultan Sulu mb.com.ph.



Nampaknya pendedahan ini menjelaskan mengapa tentera Kesultanan Sulu sebelum ini dibiarkan sahaja melepasi sempadan Sabah meskipun lengkap dengan senjata yang merbahaya dan boleh mengancam nyawa.

Malah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien sendiri mengistiharkan mereka bukan pengganas. Bawa senjata merbahaya dan menceroboh sempadan dan kedaulatan negara, tapi dikatakan sebagai bukan pengganas? Rupa-rupanya ada perjanjian syaitan yang disembunyikan.



Hasil risikan kata Menteri, mendapati penceroboh yang lengkap dengan senjata merbahaya ini bukanlah pengganas, maka mereka dibiarkan sahaja masuk ke Sabah.

Oleh kerana mempercayai sumber risikan inilah akhirnya ramai anggota keselamatan kita terkorban. Risikan jenis apakah ini? Hishamuddin Tun Hussien mesti letak jawatan kerana mengabaikan keselamatan negara, membiarkan tentera musuh masuk ke Negeri Sabah.

Malah mengistiharkan tentera musuh sebagai bukan pengganas dan menggambarkan mereka tidak merbahaya. Akibatnya ramai anggota keselamatan kita sudah terkorban!

ReJaM© "Letak jawatan sebelum lebih ramai rakyat kita terkorban! "

Krisis Lahad Datu: Misi Najib pertahan Putrajaya dengan darah bermula?

KITA digemparkan dengan berita berlakunya pertumpahan darah di Lahad Datu, Sabah apabila tentera yang dikatakan dari Kesultanan Sulu menceroboh Negeri Sabah dan berlaku pertempuran sehingga mengorbankan nyawa beberapa anggota pihak berkuasa.

Mesej penting dalam krisis pertumpahan darah di Sabah ini ialah, jika Negeri Sabah bergolak, pertumpahan darah berlaku, maka darurat akan diistiharkan. Pilihanraya Umum ke 13 tidak akan dapat dilaksanakan di negeri itu.

Masih ingat seruan Najib Razak dalam Himpunan Agung Umno 2010 yang lalu? Lihat baik-baik, Najib telah menghantar mesej yang sangat jelas menyeru pelbagai pihak yang menyokongnya untuk mempertahankan putrajaya (kuasa) dengan darah.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" - Najib Razak, Perhimpunan Umno, 24 Oktober 2010Utusan



Baru-baru ini dalam satu ucapannya di malam menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112, Datuk Lajim Ukin yang menyertai KEADILAN berjanji bahawa Negeri Sabah akan menyumbangkan 18 buah kerusi parlimen untuk membantu kemenangan Pakatan Rakyat menawan putrajaya.

Ini merupakan mesej jelas kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, bahawa kuasanya akan berkubur dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Jawatannya sebagai Perdana Menteri akan hanya tinggal sejarah.

Kerana kuasa, jangan kata nyawa anggota keselamatan, nyawa ibu sendiri pun sanggup dikorbankan. Lihat sejarah yang belaku dalam dunia, demi kuasa dan kedudukan, manusia sanggup buat apa saja. Adakah Barisan Nasional akan melepaskan kuasa dengan mudah selepas memerintah Malaysia lebih 50 tahun? Jawapannya TIDAK!

Lihat baik-baik, rentak blogger-blogger Umno termasuk media arus perdana kawalan mereka, belum apa-apa, belum ada sebarang siasatan, mereka telah menuduh Anwar Ibrahim sebagai dalang pertumpahan darah di Sabah.

Namun, siapa sebenarnya yang menyeru penyokongnya agar mempertahankan kuasa dengan darah dan nyawa kalau bukan Najib Razak sendiri?

ReJaM© "Kerana kuasa, nyawa anggota keselamatan dikorbankan... "

Kerajaan bertanggung jawab, jangan gadai kedaulatan wilayah negara

SETINGGI-TINGGI ucapan penghargaan dan tahniah buat seluruh pasukan keselamatan yang berani dan penuh dedikasi mempertahankan negara. Salut buat mereka!
 
Manakala itu, dua anggota keselamatan negara telah disahkan terkorban akibat pertempuran di Lahad Datu. Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando gugur tatkala mempertahankan wilayah negara yang telah hampir dua minggu dicerobohi sekumpulan bersenjata berasal dari Sulu di Selatan Filipina.
 
Saya berhasrat merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat dan Allahyarham Sarjan Sabaruddin. Moga ruh pahlawan negara tersebut dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang soleh.
 
Walaubagaimanapun, insiden ini memunculkan persoalan besar berkaitan keselamatan wilayah negara. Sementara keyakinan kita dengan kebolehan serta kecekapan anggota keselamatan negara tidak pernah goyah sama sekali, adalah amat dikesali, pencerobohan yang berlaku lebih dua minggu ini seolah-olah tidak dipandang serius oleh Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan dan YAB Perdana Menteri.
 
Adalah tidak masuk akal pencerobohan wilayah di Lahad Datu oleh sekumpulan bersenjata ini berlarutan selama hampir dua minggu. Kenapa YAB Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri tidak mengambil tindakan tegas mempertahankan kedaulatan negara ?
 
Justeru kita menggesa YAB Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan bertanggungjawab dan memberi penjelasan yang terperinci kepada rakyat Malaysia tentang bagaimana wilayah negara boleh sewenang-wenangnya dicerobohi serta kenapa hampir dua minggu penceroboh bertapak di Lahad Datu. Pimpinan negara perlu sedar kedaulatan wilayah negara tidak boleh sama sekali dikompromi.
 
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat



Jingga 13 desak Polis siasat akuan bersumpah pertama Balasubramaniam

KEPULANGAN Penyiasat Persendirian P.Balasubaramaniam semalam 24 Februari 2013 setelah sekian lama berada di luar negara sangat dialu-alukan dan merupakan saat terbaik sebelum rakyat berdepan dengan PRU 13 yang sehingga sekarang masih belum diumumkan.

Sewaktu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , P.balasubaramaniam telah membuat penegasan sambil menjunjung kitab Hindu Bhagavad Gita dan menegaskan bahawa Akuan Bersumpah Pertama bertarikh Julai 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu adalah pengakuan sebenar dan menafikan Akuan Sumpah Ke 2.

Pada 7 Julai 2008 , saya ( Fariz Musa ) sewaktu itu sebagai Timbalan Ketua AMK Malaysia dan merangkap Ketua AMK Negeri Terengganu telah membuat laporan polis di IPD Kuala Terengganu agar satu tindakan serius diambil membuat siasatan terhadap Akuan Bersumpah Pertama Penyiasat Persendirian P.Balasubramaniam . Malah Tan Sri Ismail Omar ketika itu selaku Timbalan Ketua Polis Negara mengatakan polis akan menjalankan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh P.Balasubramaniam. Tetapi sehingga kini di manakah hasil siasatan yang telah dibuat oleh pihak polis?

Pengakuan P.balasubramaniam semalam yang menyatakan Akuan Bersumpah Pertama adalah benar serta menafikan Akuan Bersumpah Ke 2 perlu dipandang serius oleh pihak polis serta satu tindakan siasatan dan pendakwaan perlu dilakukan terhadap Datuk Seri Najib Razak yang terlibat dalam skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu yang turut melibatkan Bekas Penganalisis Politik Razak Baginda serta turut mengheret penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor.

JINGGA 13 mengesa agar pihak polis tidak bersikap dewi standard dan mengambil tindakan secara serius bagi mengheret penjenayah sebenar ke muka pengadilan.Kepulangan P.Balasubramaniam sudah pasti akan membantu siasatan skandal pembunuhan tersebut .

Muafakat*Prihatian*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Tiada ulasan: