Kita penat mereka tenat
Nasrudin bin Hassan, | 26 Feb 2013 |
2. Meninggalkan sempadan Kuantan, kami berlabuh seketika di pantai Terengganu. Sejurus selesai perasmian Majlis Xpresi Profesional Muda 2.0 di Qurrata Inn Riverside Resort Kuala Terengganu, saya terus berkejar ke Peringat Kota Bharu untuk Kuliah Perdana di Masjid Syuhada Kampung Bechah Mulong sebelum menyampai ceramah isu semasa di Lundang.
3. Merentas tiga negeri Pantai Timur dalam tempoh sehari dengan jadual program yang padat telah menjadi rutin. Segalanya dilaku untuk mencari mardhatillah dalam perjuangan suci ini. Tambahan pula amanah yang digalas sangat berat dan besar. Ia terpaksa ditunai biarpun bertatih dan bertongkat paruh.
4. Rakan-rakan pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia jua mengalami situasi serupa. Cadang saya semalam, boleh bersapa rindu pada sahabat seperjuangan yang juga Timbalan saya dalam DPPM biar hanya baru tiga hari berpisah. Malangnya beliau telah bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu program di sana sebelum memimpin delegasi DPPM ke konvensyen Pakatan Rakyat pada Isnin ini.
5. Kelihatan maklumat yang di kemas kini dalam kumpulan whatsapp DPPM petang kelmarin, sahabat saya, Naib Ketua DPPM yang baru sahaja sihat setelah seminggu lebih terlantar dipembaringan, kini telah berlepas ke Sabah untuk melangsaikan tanggungjawab perjuangan. Masing-masing dalam orbit tersendiri guna melunaskan amanah perjuangan sekaligus menepati roadmap DPPM membantu jemaah memenangi PRU 13 kelak.
6. Sambil memaksa mata lelap, jari jemari ini terus merekodkan memori bersulam emosi mengharungi karenah perjuangan ini. 1001 rasa terbit dari sebuah kepenatan dalam mengharungi pancaroba hidup sebagai seorang pemegang amanah perjuangan.
7. Terubat segala duka, terasa tenang dan lapang apabila menyaksikan betapa musuh-musuh Islam juga terkial-kial mencari rentak bagi menyaingi usaha gigih para pejuang Islam yang tidak pernah bosan dan jemu menjulang agamanya. Ternyata musuh Islam juga jauh lebih penat menghabiskan tenaga dan keringat untuk menyekat perkembangan Islam yang kian menyinar di bumi bertuah ini. Malah kepenatan mereka bertambah tenat apabila setiap usaha mereka untuk memadam cahaya hidayah hanya berdepan kemurkaan Allah SWT saban ketika.
8. Bukan sahaja tenaga, bahkan musuh Islam terpaksa menghabiskan jutaan harta mereka bagi "membeli" hati manusia dengan penuh yakin pada "kuasa" harta yang mereka miliki. Mereka lupa bahawa Allah SWT adalah pemilik mutlak hati manusia. Akhirnya mereka terpaksa akur dengan segala kepedihan bahawa harta mereka habis namun gagal untuk menyekat kesedaran dan kebangkitan khasnya dari generasi muda. Semakin tenat apabila mereka menyedari bahawa "umpan" mereka serba tidak menjadi kerana ummah kini sedar bahawa sandiwara tahap "drama bersiri" itu, telah diketahui plot dan kesudahannya.
9. Mengenang realiti ini, ia bagaikan terapi yang menghilangkan tekanan emosi dan meregangkan urat saraf yang kepenatan mengharungi kepadatan jadual rutin seharian. Sebagaimana sukar dan payah kita redah "sahara" perjuangan demi mencari sebuah kemenangan buat Islam, begitulah tidak mudah dan senang bagi musuh menafikan gelombang perubahan yang sedang melanda negara.
10. Kedudukan mereka semakin hari semakin tenat. Apalagi yang mereka tidak buat untuk sekat kebangkitan ummah bersama angin perubahan yang kian marak? Harta telah ditabur, janji telah dihambur, projek telah dihulur, KPop sudah dianjur, Gangnam Style sudah diatur. Apalagi yang belum disusur? Kecuali hanya mereka kini bagaikan buah yang menanti gugur.
Binatangkan rakyat satu Malaysia
Subky Latif, | 28 Feb 2013 |
Ketika berduyun-duyun menerimanya, saya tidak mengisi borang itu. Ada yang berkata saya bodoh, tolak rezeki.
Tetapi saya terasa malu untuk menerimanya walaupun adalah dalam lingkungan orang yang boleh mendapatnya. Saya rasa boleh dihina. Tetapi saya tidak terasa hina dimasukkan dalam katogari orang yang boleh menerima skim kifalah RM1,000 apabila mati nanti.
Saya tidak kata apa-apa tentang pemberian sekali sekala di ambang PRU itu kerana ramai orang berpeluang berolah pemberian yang lebih baik daripada duit zakat fitrah setahun sekali itu. Ada sebab disyariatkan pemberian zakat fitrah kepada fakir miskin, tetapi apa sebab BRIM itu diberi di premis umno/BN dan menerima sedikit syarahan dari pemimpin UMNO yang menyampaikannya.
Tidak seronok dengannya. Naluri jadi begitu.
Sekarang saya dapat jawapan dari kenyataan Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan bahawa pemberian itu dikira Binatangkan Rakyat 1Malaysia.
Orang yang diberi dan menerimanya itu bukan binatang. Masing-masing adalah orang. Tetapi cara memberinya itu seolah-olah menjadikannya seperti haiwan dan begitulah haiwan diperlakukan.
Pepatah Inggeris kata, orang yang perlukan lauk jangan dibagi ikan tetapi bagilah kail. Yang memberi BRIM itu masing-masing keluaran sekolah Inggeris dan PM sendiri belajar di England. Tetapi tidak mengambil ajaran pepatah Inggeris itu.
Kata Tok Guru, belajar dari didikan Rasulullah SAW, tidak beri benda kepada jahiliyah di Makkah dan Madinah tetapi beri ilmu.
Beri benda sampai bila? Tapi beri ilmu, orang yang dapat ilmu boleh cari hidup dan rezeki sendiri.
Memberi BRIM itu diibaratkannya seperti memberi hampas, melukut atau sekam kepada haiwan. Tiap-tiap kali tiba waktu makannya taburlah hampas atau sekam atau padi. Kata Mahfuz Omar dalam ceramah, orang yang hendak menyembeli ayam, teriakkan, ‘Kuuuurrrrr!’ Meluruhlah ayam datang. Sebelah tangan orang melaung ‘kuuuurrrr’ itu ada pisau untuk menyembellihnya.
Kerana PRU13 ditunda, penerima BRIM 1.0 itu mula tidak ingat pemberian itu dulu, maka diadakan pula BRIM 2.0 dan disampaikan dalam masa demam pilihan raya sudah mulai rancak.
Maka nyatalah tiada lain BRIM itu adalah demi menyembelih penerimanya menjelang pilihan raya itu. Umno tidak bising dan tidak menamakannya rasuah politik kerana ia dibuat untuk memastikan BN kembali berkuasa.
Tetapi kalau calon Majlis Tertinggi menabur apa-apa saja yang boleh meraih sokongan perwakilan, maka ia bising kerana ia adalah rasuah politik, membeli perwakilan. Dr Mahathir keluar umno kerana perwakilan mesyuarat Umno Kubang Pasu mendapat habuan supaya tidak menjadikan Dr Mahathir seorang daripada perwakilan ke Perhimpunan Agung.
UMNO mentribunal pemimpinnya yang terbabit dan Tan Sri Isa Samad disabitkan, digugurkan jawatan Naib Presiden yang dimenangi dan digantung keahliannya.
Dulu-dulu pengundi diumpan dengan kain batik dan kain pelekat. Zaman 1Malaysia di bawah Najib ini tidak perlu tunggu hari mengundi bersembunyi-sembunyi. Berterang-terang disiarkan di TV memberi BRIM yang boleh dikira binatang rakyat 1Malaysia.
Orang kata Tok Guru menghina rakyat tetapi Tok Guru kata, pemberian benda yang begitu rupa menyamakan manusia yang mula dengan haiwan.
Ia satu kata-kata mantik yang kuat.

Panas !!! Bala Ziarah Tuan Guru Nik Aziz , Di Kelantan
Posted on Saturday, March 02 @ 23:45:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: abuluqman
"
YAB. Tuan Guru menerima kunjungan saudara Bala di Pulau Melaka kediamannya pada pagi tadi dan sempat bersarapan bersama di Rumah tuan Guru Nik Aziz..
Dapatkan Berita Terkini Di.. SINI
Tetapi kalau calon Majlis Tertinggi menabur apa-apa saja yang boleh meraih sokongan perwakilan, maka ia bising kerana ia adalah rasuah politik, membeli perwakilan. Dr Mahathir keluar umno kerana perwakilan mesyuarat Umno Kubang Pasu mendapat habuan supaya tidak menjadikan Dr Mahathir seorang daripada perwakilan ke Perhimpunan Agung.
UMNO mentribunal pemimpinnya yang terbabit dan Tan Sri Isa Samad disabitkan, digugurkan jawatan Naib Presiden yang dimenangi dan digantung keahliannya.
Dulu-dulu pengundi diumpan dengan kain batik dan kain pelekat. Zaman 1Malaysia di bawah Najib ini tidak perlu tunggu hari mengundi bersembunyi-sembunyi. Berterang-terang disiarkan di TV memberi BRIM yang boleh dikira binatang rakyat 1Malaysia.
Orang kata Tok Guru menghina rakyat tetapi Tok Guru kata, pemberian benda yang begitu rupa menyamakan manusia yang mula dengan haiwan.
Ia satu kata-kata mantik yang kuat.
Mashitah ajar TG Nik Aziz tentang sifat munafik
Posted on Sunday, March 03 @ 00:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: laniismaa
"Mashitah nampaknya nak mengajar TG Nik Aziz tentang sifat munafik dalam tulisan terkini beliau di Sinar Harian. Dari segi realiti, ucapan yang bersifat kemunafikan bukanlah teladan yang diwarisi daripada Rasulullah SAW. Bahkan sepanjang menyampaikan dakwahnya, Rasulullah SAW sangat menekankan kesantunan berbahasa dan memberi nasihat menggunakan hujah yang jelas (Surah al-Nahl:125). – SinarHarian
Mashitah menyokong penuh tuduhan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ke atas TG Nik Aziz berkaitan ‘haiwan’. Tuduhan Harussani “lebih teruk dari kafir” seperti tajuk Berita Harian. Sangat bertepatan dan munasabah, tulis Mashitah pula.
Sahlah Harusani dan Mashitah tak lulus BM kerana tak memahami bidalan TG Nik Aziz. Mereka juga ingin menabur fitnah tanpa meneliti terlebih dahulu video ucapan tersebut. Mungkin mereka memahaminya dan melihat video tersebut tetapi kerana mereka boleh sesuka hati menjual agama kerana ingin mengambil hati tuannya sempena PRU-13.
Maka Mashitah turut serta membuat fitnah. Lagi malang bagi UMno yang mempunyai tokoh yang bukannya membetulkan apa yang tak betul tetapi turut sama menjadi tak betul. Turut sama menjadi macai.
Upahnya, bolehlah Mashitah menjadi calon UMno Parlimen Baling. Menjadi wakil Parlimen Baling belum tentu kerana ramai orang juga benci kepada pemfitnah!! - LAGI.MY
RM500 cukup makan setahun?
Posted on Sunday, March 03 @ 00:31:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
GUKUP TAK CUKUPOleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan kepada rakyat Bantuan Rak-yat 1Malaysia (BR1M) seba-nyak RM500 cukup untuk satu tahun makan.
Katanya, kerajaan BN telah kira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan. Menurut Perdana Menteri lagi dengan duit RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.
“Bantuan Rakyat 1 Malaysia RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kerajaan telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo, minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi.
“Maknanya, kalau rakyat hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, 23 Februari lalu.
Bahkan, katanya bantuan BR1M 2.0 juga adalah lebih baik daripada BR1M 1.0 kerana ia turut diagihkan kepada orang bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM2,000 ke bawah.
Beliau turut mengambil terjemahan al-Quran yang menyebut tentang pendustaan terhadap agama, menghina anak yatim serta tidak memberi makan orang miskin.
“Tahukah kamu orang yang mendustakan agama, orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan, memberi makan orang miskin.” Ini firman Allah dalam al-Quran. Maknanya, kalau kita tidak tolong orang miskin dosa besar. Kalau kita sebagai sebuah kerajaan tidak bantu rakyat dosa besar.
“Nabi Muhammad s.a.w. dalam sabdanya, ‘Kalau kita bantu orang-orang miskin seumpama perjuangan fisabilillah, seumpama kita solat malam tidak henti-henti dan berpuasa secara berterusan’. Itu Rasulullah kata. Maknanya, apa?...maknanya BR1M lah.
“Saya hendak beritahu tuan-tuan, BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 diagih kepada 4.3 juta isi keluarga dapat faedah seluruh negara.
“BR1M 2.0 lebih baik daripada BR1M 1.0 sebab kita tambah orang bujang. Orang bujang umur 21 tahun ke atas, pendapatan RM2,000 ke bawah dapat juga separuh BR1M iaitu RM250,” jelasnya di hadapan 5,000 hadirin.
Namun, pada sebelah pe-tangnya, sekumpulan lebih 300 orang dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Terengganu berkumpul secara aman di jalan masuk ke Ri-Yaz Heritage Pulau Duyong tempat pertemuan tertutup Perdana Menteri dan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said.
Kumpulan mahasiswa berkenaan berdemonstrasi bagi menuntut keprihatinan Perdana Menteri terhadap isu bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh serta tuntutan hak royalti negeri Terengganu dikembalikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan