Ahad, 3 Mac 2013

JANGAN TIPU2LA PRU13 ...MENANG MACAM RASA PENYAMUN TARBUS

Perak juga dilimpahi pengundi 'lain2 kaum'

Harakahdaily, 02 Mac 2013


(Dua Pakistan yang mempunyai IC biru dan pengesahan tempat mengundi)

IPOH: Selain Selangor, Perak juga nampaknya menjadi sasaran limpahan pengundi 'lain-lain kaum' di negara ini.

Menurut laporan, lima penjual aiskrim berbangsa Pakistan yang tinggal dalam sebuah rumah dikesan sebagai pengundi di Bagan Datok.

Seorang Pakistan yang ada kad pengenalan dan berdaftar sebagai pengundi yang sah juga di kesan di Taman Hutan Melintang, dalam kawasan Parlimen Bagan Datok.

Mungkin inilah kesan limpahan Projek IC yang bermula di Sabah. Mereka kini sudah bersepah ke seluruh negara.

Banyak kawasan parlimen di Perak dilaporkan mencatatkan pertambahan mendadak pengundi 'lain-lain kaum' ini.



Bekas ISA



Mungkinkah pengundi 'lain-lain kaum' ini sebenarnya adalah warga-warga ekspres yang dibuat khas untuk mengundi BN?

Dalam sidang media di Pejabat PKR baru-baru ini bekas ahli Umno Siti Aminah Mahmud, 63, (gambar) berkata beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.

Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.

“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat PKR 28 Februari lepas.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.

Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno Sabah.

Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang.

“Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.

“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi.

Lewatkan PRU untungkan Pakatan - Merdeka Center

Harakah, 02 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tarikh pembubaran parlimen sebenarnya akan menguntungkan Pakatan Rakyat, tegas Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian (gambar).

Beliau berkata, terdapat ruang untuk berkempen lebih lama bagi menerangkan kepada umum kandungan Manifesto Rakyat yang dilancarkan 25 Februari lalu termasuk bergerak mendekati pengundi atas pagar dan pemilih di luar bandar serta di Sabah dan Sarawak.

“Sekarang, budaya politik kita lebih sihat tidak lagi tumpu isu sensasi dan peribadi kerana manifesto tersebut jadi topik perbualan harian rakyat.

"Walaupun, ada tidak puas hati tetapi paling penting rakyat bagi respons sekali gus maklumat tentang tawaran Pakatan Rakyat itu tersebar,” katanya.


Laporan penuh dapatkan Harakah esok

TG Nik Aziz rakam takziah, gesa siasatan menyeluruh

Harakahdaily, 02 Mac 2013
KUALA LUMPUR: PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang telah terkorban ketika mempertahankan negara berdepan penceroboh di Lahad Datu semalam.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, jasa kedua-dua mereka sangat besar kepada negara ini.

"Saya merakamkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu semalam.

"Semoga jasa dan pengorbanan yang dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan negara diberikan ganjaran yang baik di sisi Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan selain kedua-dua mereka, 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan polis semalam.

Akibat insiden itu juga, tiga anggota polis dilaporkan cedera.

Mengulas lanjut Tuan Guru berkata, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi merungkai persoalan kenapa perairan negara begitu mudah ditembusi sehingga terjadinya apa yang berlaku di Laha Datu sekarang ini.

"Saya juga mengharapkan satu siasatan yang serius dilakukan ekoran insiden yang tidak diingini ini khususnya dalam isu kawalan sempadan darat dan perairan negara yang nampaknya agak longgar sehingga berjaya ditembusi begitu mudah," katanya.

Sementara itu, isteri kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, Nor Aziah Nor, 28, pengsan selepas memaklumkan kepada keluarganya suami beliau terkorban.

(Isteri Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, Nor Aziah terpaksa dipapah keluarga selepas mendengar berita sedih itu. Gambar kecil anak-anak Allahyarham.)


Beliau terpaksa dipimpin oleh sanak saudara selepas mengetahui berita kematian suaminya, semalam.


Dewan Pemuda PAS pula telah menubuhkan tabung khas bagi membantu mangsa kejadian ini khasnya untuk membantu keluarga yang mereka tinggalkan.

Pengumuman ini dibuat oleh ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan semalam.

Mahasiswa protes Najib di Pekan sedikit kecoh

Harakahdaily, 02 Mac 2013


KUALA LUMPUR: Sempena dengan kehadiran Perdana Menteri di Kuala Pahang, Pekan bagi melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), semalam seramai 60 orang aktivis mahasiswa daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Negeri Pahang berkumpul untuk menyatakan protes terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang telah terbukti gagal mengurus tadbir negara dengan baik dan menjadi keperluan mendesak bagi menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi Gamis Pahang, Ahmad Fatihi Makhtar berkata, dalam protes tersebut, mahasiswa mendesak supaya Najib mengambil perhatian serius terhadap masalah bekalan air bersih di Negeri Pahang khususnya di sekitar parlimen beliau sendiri iaitu Pekan yang tidak berkesudahan sehingga sekarang.

Katanya, reaksi penduduk sekitar Kuala Pahang terhadap Protes Aman Mahasiswa menggambarkan Parlimen Pekan bukannya kubu kuat Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, dalam sejarah PRU ke-10 pada 1999, Najib Razak yang ditentang oleh Ustaz Ramli Mohamed daripada PAS, Najib hanya menang tipis dengan majoriti 241 undi.

“Terbukti bahawa sepanjang protes aman berlangsung, ramai penduduk sekitar menunjukkan sokongan terhadap protes ini,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, mahasiswa turut menyatakan hasrat agar PRU akan datang dijalankan dengan adil, telus dan demokratik serta menuntut agar pihak kerajaan menghentikan budaya politik rasuah, politik perkauman, politik janji, politik samseng, politik ugut dan politik fitnah yang semakin subur di negara kita pada hari ini.

Selain daripada itu, ujarnya mahasiswa turut menuntut capaian media yang adil, telus & saksama semasa tempoh berkempen dijalankan.

“Menariknya, protes aman itu turut mendapat respons positif daripada pegawai-pegawai kerajaan yang melalui jalan tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, terbukti mereka yang hadir hanya kerana arahan dan kerahan tetapi mereka sedar akan kepincangan negara yang berlaku di bawah pemerintahan Najib.

Walau bagaimanapun, jelasnya kekecohan dan ketegangan protes aman berlaku apabila sekumpulan ‘ahli Umno tegar’ hadir dan cuba menghalau aktivis mahasiswa yang sedang berhimpun.

Menurutnya, mereka terus menerus mengatakan bahawa anak muda pada hari ini tidak bersyukur dan tidak berterima kasih pada kerajaan yang memberi banyak kemudahan kepada pelajar.

“Apabila ditanya tentang masalah air di sekitar Pekan yang telah berlaku sekian lama, mereka mengakui dan mereka mengatakan masalah tersebut perlu berbincang dengan penghulu kampung,” katanya.

Katanya lagi, kekecohan selamat 10 minit ditenteramkan oleh beberapa anggota polis.

Selepas rundingan dibuat dengan pihak polis, ujar beliau mahasiswa bersetuju untuk menghentikan protes aman dengan mengambil pertimbangan faktor keselamatan yang tidak selamat walaupun di kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri.

Baginya, PRU13 adalah landasan terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menghentikan kezaliman Kerajaan BN yang tercatat secara fakta dan sejarah, selama 56 tahun BN memerintah Malaysia, terlalu banyak kes-kes penipuan pimpinan tertinggi negara, kronisme, nepotisme, menyekat hak royalti, menggadai hak orang melayu, meruntuhkan insitusi sultan dan sebagainya.

“Gamis akan menggerakkan seluruh jentera di seluruh negara untuk memastikan hasrat dan impian untuk menamatkan pemerintahan BN dalam PRU13 tercapai,” ujarnya.



PERINGATAN: Komentar yang diutara

Tiada ulasan: