PAS Sabah tuntut Najib jelas janji kepada Kesultanan Sulu
Harakah, | 08 Mac 2013 |
SANDAKAN: PAS Sabah memandang serius kenyataan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari mengenai kedatangan 180 orang tentera Kesultanan Sulu dari Filipina ke Sabah pada 9 Februari lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Berdasarkan kenyataan Nur Misuari, kedatangan tentera Kesultanan Sulu itu lebih kepada untuk menuntut janji daripada Perdana Menteri untuk diberikan tanah atau penempatan kepada mereka khususnya di Sabah.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah (gambar) berkata, namun di sebalik janji itu telah tercetus tragedi berdarah di Lahad Datu sehingga lapan orang anggota keselamatan negara kita maut pada 1 dan 2 Mac lalu.
"Perdana Menteri perlu jelaskan perkara ini kepada seluruh rakyat Sabah khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya kerana tindakan yang dilakukan itu amat tidak disenangi oleh rakyat sebab amat membahayakan negara,” ujarnya.
Laporan penuh dalam Harakah Ahad ini.
Thailand bantu Kelantan pindah teknologi makrob
Harakah, | 08 Mac 2013 |
(TG Nik Aziz melihat peralatan pertanian baru yang dipamirkan)
KOTA BHARU: Kelantan menjalin usaha sama dengan kerajaan Thailand bagi pemindahan teknologi makrob pertanian sebagai usaha memperkasakan sektor berkenaan di negeri ini.
Selain itu perjanjian persefahaman (MoU) juga ditandatangani bagi pemindahan teknologi pengurusan sisa pepejal.
Laporan penuh Harakah Ahad ini.
TG Nik Aziz ilham teater Sahabat Nabi
Mohamad Rashidi Hassan Foto Nasir Sudin, | 08 Mac 2013 |
(Tg Nik Aziz berbincang dengan Abby yang bakal melakonkan watak utama teater ini)
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan bakal menerbitkan suatu drama pentas (teater) pengkisahan mengenai kisah sahabat Nabi, Abul ‘Asy bin Rabi’, yang juga menantu kepercayaan Rasulullah s.a.w.
Teater pengkisahan kehidupan keluarga Rasulullah s.a.w adalah cetusan murni idea Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Cetusan itu terjelma ketika Tok Guru merancang untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul s.a.w, bulan Rabiulawal yang lalu. Proses pembikinan teater dimaklumkan sendiri Tok Guru kepada penulis semasa bertemu di Rumah Kelantan tidak lama dahulu.
Ikuti laporan penuh tentang teater ini dalam Harakah Ahad ini.
Di mana tahap iman anda?
Dr Juanda Jaya, | 08 Mac 2013 |
“Dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk supaya mereka kembali (bertaubat).” (Surah al-A’raf : ayat 168)
Di kala tahun berganti tahun, azam yang lalu pun tidak sempat lagi dikotakan menjadi bukti. Hanya rahsia-rahsia kekejian dalam peribadi kita tetap dipelihara dengan rapi, Namun kuasa Allah Taala menggariskan setiap nasib anak Adam menurut qadak dan qadar-Nya yang mengandungi hikmah supaya kita sedar dan faham bahawa hidup ini tidaklah indah jika tiada matlamat yang menuju kepada Allah semata-mata. Dari mana kita datang dan hendak ke mana kita menuju? Kita berjalan tertatih-tatih membawa dosa umpama seorang pengemis yang membusuk oleh nanah dan darah di seluruh badannya. Bayangkanlah bagaimana seorang insan menghadap Tuhan dengan aib dan cela pada jasadnya. Kehinaan apakah yang paling dahsyat ditimpakan kepada diri kita selain menghadap Allah SWT sambil membawa dosa-dosa?
Kita hendaklah membawa kualiti kemuliaan dan kesempurnaan ketika hidup dan apabila pulang kepada Allah nanti. Pada hakikatnya manusia seperti sebuah kereta, ada enjin, stering, tayar, lampu, kerusi yang nyaman, penghawa dingin, besi badan yang kuat, warna cat yang cantik dan radio yang menyenangkan telinga. Begitulah kualiti manusia, ada yang berilmu tetapi tidak beramal seperti kereta yang mempunyai enjin tetapi tidak ada tayar. Ada pula yang suka menderma tetapi tidak sembahyang, mungkin dia hanya sebuah kereta yang cantik tanpa brek. Yang beriman dan ahli ibadat tetapi kedekut dan tamak pada harta orang lain seperti kereta yang remuk dan tak sejuk. Yang berjaya dalam hidupnya tetapi melupakan orang tua yang banyak berjasa umpama kereta hilang steringnya. Begitulah keadaan manusia yang tidak sempurna, segala puji hanya milik Allah Taala.
Betapa ramai mereka yang memburu kecemerlangan dunia dan akhirat tetapi sayang ada yang sempurna pada satu bahagian tetapi rosak pada bahagian yang lain. Rasulullah SAW menggambarkan kesempurnaan kualiti iman seseorang melalui sabdanya yang bermaksud:
“Iman mempunyai 60 atau 70 lebih cabang, yang tertinggi ialah kalimah Lailahaillallah dan terendah ialah menyingkirkan sesuatu gangguan dari jalan, dan sifat malu merupakan cabang iman.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bolehkah kita sampai kepada tahap iman yang 70 lebih cabangnya? Sempurna zahir dan batin, baik dalam hati dan amal perbuatan? Semua kesempurnaan memerlukan proses yang panjang untuk dicapai, jalan-jalan bagi mendapatkan kualiti iman terbaik telah diajarkan oleh baginda SAW kepada umatnya melalui petunjuk al-Quran dan Hadis. Ada yang mengambil petunjuk itu untuk bekalan hidupnya dan ada pula yang meninggalkannya. Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba Kami, di antara mereka ada yang menganiaya diri sendiri, ada pula yang pertengahan dan ada yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah.” (Surah al-Fathir : ayat 32)
Tiga peringkat iman pada diri seseorang telah dijelaskan dalam ayat tersebut, yang menganiaya diri sendiri, yang pertengahan dan yang paling terkedepan dalam berbuat kebaikan. Kita tinggal memilih di mana diri ini harus diletakkan. Jalannya telah pun jelas dan terang, hanya hamba yang mendapat pertolongan Allah SWT saja yang menduduki peringkat teratas dalam carta iman tersebut.
Dahulu, para sahabat amat suka bertanya tentang sesuatu amalan yang paling utama. Hadis-hadis yang menceritakan tentang apa-apa yang utama atau yang paling dikasihi Allah, atau yang paling baik dan dekat kepada Allah Taala menjadi pertanyaan yang paling ditunggu-tunggu oleh para sahabat sebagai tips iman yang boleh mereka ambil setiap kali beramal. Rasulullah SAW melihat keadaan orang yang bertanya dan memberi jawapan yang sesuai dengan keadaan orang tersebut. Jika yang datang bertanya seorang yang tua dan lemah badannya, baginda memberi tips terbaik untuk meningkatkan iman dengan banyak berzikir. Berlainan dengan seorang yang gagah, maka Nabi SAW menyuruhnya untuk berjihad meninggikan kalimah Allah SWT dengan kekuatannya.
Sebenarnya kita juga boleh merasa apakah kekurangan yang belum kita perbaiki dalam amalan kita sehari-hari. Hanya diri sendiri yang boleh menjawab setiap persoalan yang ditanya oleh hati kita. Mengapa orang membenci kita? Mungkin ada aib-aib yang perlu dihapuskan dalam pergaulan dengan orang lain. Atau mengapa hati berasa risau, sedih dan tidak tenang? Kerana hati tidak mendapat suplemen yang diperlukannya untuk hidup dengan sihat. Rupanya telah lama kita tinggalkan zikrullah, tidak seronok ketika solat, al-Quran pun tak tersentuh oleh kedua tangan apatah lagi hati kita. Lupa bersyukur dan banyak komplen dengan ketentuan Allah Taala ke atas diri kita. Malas dan tidak berperancangan dalam menguruskan harta dan kehidupan keluarga. Keras dan menakutkan bagi anak-anak kita yang memerlukan sentuhan kasih sayang. meninggalkan majlis-majlis ilmu dan membiarkan diri bangga dengan amalan yang sedikit dan riak yang banyak. Semua itu perlu diperbaiki dan menjadi azam terpenting dalam kehidupan seorang mukmin.
http://drjuanda.com/
Moral politik: Najib PM Sementara mulai hari ini
Harakahdaily, | 08 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: ”Adakah
Najib menerima konsep dan kebiasaan sebuah kerajaan sementara untuk
pentadbiran harian kerajaan yang telah luput tempoh parlimennya, paling
ketara di antara pembubaran parlimen dan pembentukan kerajaan baru
selepas pilihan raya umum?” tanya Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit
Siang.
Katanya dalam satu kenyataan semalam, soalan itu amat penting dalam kes Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri tidak diundi paling lama dalam percubaan tanpa mandatnya sendiri daripada pengundi untuk hampir empat tahun penuh.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu turut bertanya apakah Najib bersedia untuk menghormati dan mematuhi Konvensyen Kerajaan Sementara dan amalan terbaik di negara lain yang mempunyai demokrasi berparlimen yang berfungsi, termasuklah:
Justeru, katanya mereka tidak sepatutnya membuat sebarang keputusan substantif sama ada berkenaan dasar, perlantikan, kewajipan berkontrak atau penyalahgunaan perkhidmatan awam, sama ada pegawai, hasil dan dana awam tanpa berunding dengan Oposisi.
“Biar Najib secara terbuka menyatakan sama ada beliau bersedia untuk menerima konsep dan kebiasaan sebagai Kerajaan Sementara apabila Parlimen ke-12 secara rasminya terbubar; dan tambahan lagi, sama ada beliau bersedia untuk menerima moraliti politik bahawa secara moralnya, beliau hanyalah Perdana Menteri Sementara bermula 8 Mac 2013, ulang tahun terakhir ‘tsunami politik 308,” ujarnya.
KUALA LUMPUR:
“Adalah dimaklumkan bahawa semua anggota HKL adalah dilarang menampal
apa-apa bentuk pelekat (sticker) atau logo pihak parti pembangkang
samada di kenderaan masing-masing atau mana-mana bahagian di dalam
premis HKL. Larangan ini berkuatkuasa serta-merta.”
Itulah yang tertera di dalam sepucuk surat Hospital Kuala Lumpur bertarikh 4 Mac 2013 dan tersebar luas di laman sosial Facebook yang ditandatangani Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Binti Mohd Zain.
Menurut TV Selangor, perkara itu disahkan oleh pejabat Timbalan Pengarah HKL dan Pembantunya, Nur Hazlin Mohd Yunus.
Yang menariknya tidak ada sebarang sebab diberikan oleh surat pekeliling itu samada ia membahayakan kesihatan atau punca kemalangan.
Surat itu juga mengandungi arahan kepada Ketua Jabatan/Ketua Bahagian/Ketua Unit untuk menasihatkan anggota di bawah Jabatan/seliaan masing-masing supaya mematuhi arahan sepenuhnya dan memastikan bahawa tiada anggota di bawah seliaan mereka yang melanggar perintah tersebut.
“Tindakan sewajarnya termasuk tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mereka yang ingkar terhadap peraturan ini,” tambah surat itu lagi.
Katanya dalam satu kenyataan semalam, soalan itu amat penting dalam kes Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri tidak diundi paling lama dalam percubaan tanpa mandatnya sendiri daripada pengundi untuk hampir empat tahun penuh.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu turut bertanya apakah Najib bersedia untuk menghormati dan mematuhi Konvensyen Kerajaan Sementara dan amalan terbaik di negara lain yang mempunyai demokrasi berparlimen yang berfungsi, termasuklah:
- Tiada keputusan dasar yang utama boleh dibuat oleh Kerajaan Sementara melainkan dalam hal-hal mendesak dan selepas rundingan rasmi dengan Oposisi.
- Tiada perlantikan signifikan pegawai awam utama, melainkan sebagai pemangku atau tempoh masa pendek.
- Tiada kontrak atau akujanji sepanjang tempoh menjadi kerajaan sementara. Jika tidak mungkin untuk menangguhkan komitmen sehingga selepas tempoh pentadbiran sementara, untuk tujuan perundangan, komersil dan lain-lain sebab, akan terdapat rundingan dengan Oposisi untuk memastikan bahawa kontrak turut menyediakan fasal bagi menamatkannya jika kerajaan yang baru tidak mahu meneruskan. Syarat yang sama termasuk di dalam memberikan tender.
- Tiada rundingan dan lawatan antarabangsa.
- Tiada penglibatan penjawat awam di dalam aktiviti pilihan raya dengan penjawat awam mengambil pendirian neutral sementara terus menasihati Kerajaan.
Justeru, katanya mereka tidak sepatutnya membuat sebarang keputusan substantif sama ada berkenaan dasar, perlantikan, kewajipan berkontrak atau penyalahgunaan perkhidmatan awam, sama ada pegawai, hasil dan dana awam tanpa berunding dengan Oposisi.
“Biar Najib secara terbuka menyatakan sama ada beliau bersedia untuk menerima konsep dan kebiasaan sebagai Kerajaan Sementara apabila Parlimen ke-12 secara rasminya terbubar; dan tambahan lagi, sama ada beliau bersedia untuk menerima moraliti politik bahawa secara moralnya, beliau hanyalah Perdana Menteri Sementara bermula 8 Mac 2013, ulang tahun terakhir ‘tsunami politik 308,” ujarnya.
Makin kalut, HKL takut pelekat kereta?
Harakahdaily, | 08 Mac 2013 |
Itulah yang tertera di dalam sepucuk surat Hospital Kuala Lumpur bertarikh 4 Mac 2013 dan tersebar luas di laman sosial Facebook yang ditandatangani Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Binti Mohd Zain.
Menurut TV Selangor, perkara itu disahkan oleh pejabat Timbalan Pengarah HKL dan Pembantunya, Nur Hazlin Mohd Yunus.
Yang menariknya tidak ada sebarang sebab diberikan oleh surat pekeliling itu samada ia membahayakan kesihatan atau punca kemalangan.
Surat itu juga mengandungi arahan kepada Ketua Jabatan/Ketua Bahagian/Ketua Unit untuk menasihatkan anggota di bawah Jabatan/seliaan masing-masing supaya mematuhi arahan sepenuhnya dan memastikan bahawa tiada anggota di bawah seliaan mereka yang melanggar perintah tersebut.
“Tindakan sewajarnya termasuk tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mereka yang ingkar terhadap peraturan ini,” tambah surat itu lagi.
Najib masih Perdana Menteri tidak dipilih rakyat
Harakahdaily, | 08 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Kita tidak nampak kenapa pilihanraya masih tidak nampak bayangnya akan tiba, tulis Aspan Alias.
Baginya, kalau ada pun bayangnya ialah dengan melihat BN melakukan serangan terhadap pimpinan pembangkang dengan tidak beretika dengan sumpah seranah yang dibawa oleh media perdana setiap malam.
“Najib yang bercakap besar itu tetap dan masih seorang Perdana Menteri yang tidak dipilih rakyat,” tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/. Tulisan penuh seperti di bawah.
Pilihanraya umum tidak juga sampai sedangkan waktu tamatnya penggal ke-12 ini sudah hampir ke penghujungnya. Isu pencerobohan di Lahat Datu dan Semporna mungkin dijadikan sebagai isu yang menghalang pilihanraya tidak diadakan sampai ke penghujung penggal. Kita tidak nampak kenapa pilihanraya masih tidak nampak bayangnya akan tiba.
Kalau ada pun bayangnya ialah dengan melihat BN melakukan serangan terhadap pimpinan pembangkang dengan tidak beretika dengan sumpah seranah yang dibawa oleh media perdana setiap malam. Najib yang bercakap besar itu tetap dan masih seorang Perdana Menteri yang tidak dipilih rakyat.
Dalam isu Lahat Datu dan Semporna ini apa yang perlu dilakukan ialah untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada pasukan keselamatan, sama ada Polis mahu pun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau pihak-pihak keselamatan yang lain. Kalaulah isu mempertahankan kawasan dan persempadanan kita diberikan pihak keselamatan untuk menyelesaikannya mengikut tata-cara yang sedia ada saya yakin isu ini telah selesai dengan lebih mudah lagi.
Jika masalah di Sabah itu berlarutan pasukan keselamatan tetap akan menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negara walaupun siapa yang memerintah negara kita selepas pilihanraya nanti. Angkatan Tentera, Polis dan yang lain-lain itu adalah penjawat awam yang ‘professional’ dan tugasnya ialah untuk memberikan khidmat kepada ‘government of the day’ tidak kira Pakatan Rakyat atau BN yang memerintah.
Tetapi oleh kerana ada pertimbangan-pertimbangan politik dan mungkin pertimbangan kewangan maka ‘professionalism’ yang ada kepada pasukan keselamatan kita mungkin telah terganggu dan membawa ‘stand off’ itu berlarutan sehingga hampir tiga minggu lamanya. Apa yang dirundingkan oleh kerajaan dengan penceroboh itu Tuhan sahaja yang tahu. Bagi UMNO dan BN pilihanraya mesti diadakan secepat yang mungkin kerana yang patut berlalu itu biarkan ianya berlalu dan yang mendatang tetap kita laksanakan mengikut kehendak sebuah negara demokrasi yang sudah sepatutnya masuk ke zaman dewasanya.
Kita mesti faham yang kemerdekaan selama lebih dari lima dekad itu sudah sepatutnya melepasi tahap yang tinggi etikanya dan tidak seperti apa yang kita lihat pada hari ini. Hari ini demokrasi itu membolehkan sesiapa yang berkuasa melakukan apa yang mereka suka tanpa mengambil kira perasaan dan kemahuan rakyat. Jika benar yang rakyat mahukan perubahan pimpinan adalah berwajib bagi kerajaan memberikan apa yang dikehendaki oleh rakyat sekarang, iaitu kesempatan membuang undi bagi melepaskan manifestasi mereka melalui peti undi secara demokrasi sebenarnya.
UMNO mungkin mengalihkan pandangan rakyat buat sementara waktu dengan menggunakan isu Lahat Datu sebagai alasan untuk penangguhan pilihanraya itu. Penangguhan itu tidak memungkinkan UMNO boleh melekakan rakyat dengan isu itu kerana apabila sampai waktunya keputusannya tetap sama. Dalam situasi sekarang ini, semangat rakyat yang sedang dalam penantian untuk perubahan itu sudah tidak dapat disorokkan lagi.
Isu Lahat Datu itu biarkan pasukan keselamatan kita mengendalikannya. Kita mesti ingat yang negara kita adalah satu-satunya negara yang telah berjaya memerangi peperangan gerila dan tidak dialami oleh negara lain termasuk Amerika Syarikat. Kuasa besar AS telah terpaksa mengundurkan tenteranya dari Vietnam kerana kekalahan dalam peperangan gerila itu di sana.
Sebaliknya Malaysia merupakan satu-satunya negara yang telah berjaya menumpaskan kumpulan gerila semasa zaman negara kita diancam oleh pengganas komunis yang menggunakan taktik peperangan gerila terhadap kerajaan kita dahulu. Bagi saya, kita tidak perlu merasa curiga dengan kemampuan pasukan keselamatan kita dalam menghadapi taktik gerila yang dilakukan oleh pengganas Sulu ini terhadap kita. Tetapi hanya satu persoalan yang menjadi tanda-tanya kita, iaitu kenapa di negara kita terutamanya ATM tidak ada lagi wujudnya pasukan yang mahir dalam peperangan gerila ini?
Berlakunya insiden di Sabah ini memungkinkan UMNO itu bertambah hilang keyakinan rakyat terhadapnya, tetapi waktu pilihanraya sampai ia mesti dilaksanakan. Kita tidak ada masa lagi untuk bermain-main dengan perasaan dan kehendak rakyat ini. Jika pilihanraya diadakan dua tahun dahulu seperti yang diwar-warkan oleh pihak BN kejadian di Sabah ini tentunya berlaku jauh lebih lama selepas pilihanraya itu.
Tetapi dengan penangguhan ini UMNO tidak dapat memberikan alasan lain selain dari takut kepada kekalahan. UMNO menangguhkan pilihanraya ini untuk mencari jalan dapat membetulkan persepsi rakyat sementara penggal parlimen itu masih ada. Tetapi hasilnya sudah terbalik. Lebih lama ditangguhkan lebih besar masalah yang datang menimpa parti pemerintah kita.
UMNO mesti menerima hakikat kemungkinan parti menghadapi kekalahan kali ini adalah besar tetapi ia tidak boleh mencari alasan yang munasabah lagi untuk menangguhkan pilihanraya ini.
Apa pun keputusannya UMNO perlu redha menerimanya. Jika sampai waktu berehat di petak pembangkang, berehatlah sampai rakyat kembali memberikan keyakinan terhadap mereka. Sementara itu biarlah rakyat memilih pihak yang lebih meyakinkan dahulu.
Rakyat sudah tidak sabar untuk keluar mengundi sekarang ini. Sekarang ini rakyat sudah memahami yang kuasa itu adalah kuasa mereka bukannya kuasa UMNO untuk memilih sesiapa, kerana UMNO itu sendiri adalah parti yang bersama-sama menawarkan diri untuk dipilih semula jika mereka (UMNO) masih laku di pandangan mata rakyat.
Kalau benar UMNO itu sudah kembali kuat seperti yang dikatakan oleh Najib dan seluruh kepimpinan UMNO itu, tidak ada sebab penangguhan ini berlarutan tanpa penghujungnya. Bubarkan sahaja Parlimen dan semua Dewan Legislatif negeri-negeri, rakyat tahulah untuk memilih siapa untuk dimandatkan memerintah penggal ini.
Baik buruknya biar rakyat menjadi penentu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan