Jumaat, 8 Mac 2013

DAH MULA TERBUKA TEMBELANG

PR khuatir PRU13 tangguh
Posted on Friday, March 08 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin

MUAR – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub  menyuarakan kebimbangan Pakatan Rakyat (PR) berkaitan konflik di Lahad Datu dan Semporna, Sabah sebagai penyebab kerajaan melewat-lewatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan pembubaran Parlimen.

“Kita (PR) dah tunggu lepas sambutan Cap Goh Meh tapi tidak bubar juga, hendak tunggu bila lagi.

"Dun Johor bubar 21 haribulan (Mac) ni, takkan nak biar Dun Johor terbubar macam itu saja?

“Saya rasa apa yang berlaku hari ini membuktikan Barisan Nasional (BN) benar-benar takut berdepan dengan PR dan sebab itu mereka melengah-lengahkan pembubaran Parlimen,” katanya.

Salahudin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  membubarkan Parlimen dan jangan jadikan Sabah sebagai alasan perlembagaan digantung dengan  mengisytiharkan darurat supaya PRU13 ditangguhkan.

Darurat: Pru-13 sebahagian Sabah boleh ditangguhkan - SPR
Posted on Friday, March 08 @ 09:41:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: setisab

"PUTRAJAYA: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di kawasan yang terbabit dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu boleh ditangguhkan sekiranya kawasan itu diisytiharkan darurat, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.


(Perkara ini mungkin telah dirancang oleh Umno BN memandangkan sokongan rakyat Sabah kepada Umno dan Barisan Nasional terlalu merosot. Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak sedar jika pilihan raya umum ke 13 diteruskan juga di Sabah, besar kemungkinan mereka akan tewas. Kekalahan Umno BN di sabah akan memberi impak yang amat besar kepada Umno BN kerna selama ini Sabah dan Sarawak lah yang telah memberi laluan mudah kepada parti itu menerajui pemerintah negara.
Kebanjiran pendatang tanpa izin, PATI, di Sabah yang telah diberikan IC melalui "Projek IC Mahathir" dan kemunculan "Pengundi Hantu" lantaran penipuan yang dilakukan oleh Umno BN dengan kerjasama Suruhan Pilihan Raya sejak berpuluh tahun dahulu adalah kaedah penipuan yang membolehkan Umno BN menang dalam semua pilihan raya umum sebelum ini. -Kerajaan Rakyat).
Beliau berkata dari segi undang-undang terdapat peruntukan tertentu untuk membolehkan PRU di bahagian berkenaan ditangguhkan.

"Di bawah undang-undang jika keadaan darurat berlaku, maka SPR akan mengambil pertimbangan sebelum membuat keputusan muktamad tentang pilihan raya umum di kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Terdahulu beliau mengadakan pertemuan dengan para pemimpin daripada 30 parti politik yang antara lain untuk memperjelas perkara-perkara baharu yang pertama kali akan dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang.

Abdul Aziz berkata SPR akan meneliti butiran yang terdapat dalam perintah darurat dan kemudian akan dibawa ke perjumpaan khas sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.

"Tetapi sekarang ini yang terjejas hanya di Lahad Datu dan Semporna, kita yakin masalah itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. Apa pun SPR susah bersedia untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata setakat pagi tadi sebanyak 4,669 permohonan undi pos luar negara telah diterima SPR dan daripada jumlah itu sebanyak 3,995 yang layak, sementara 674 permohonan lagi telah ditolak.

"Kebanyakan pemohonan yang ditolak kerana tidak mendaftar sebagai pengundi kerana syarat utama untuk menjadi pengundi pos ialah mesti mendaftar terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata permohonan tertinggi ialah untuk kawasan parlimen Kelana Jaya (195), diikuti dengan kawasan parlimen Petaling Jaya Utara (192), Segambut (156), Subang (123), Gombak (106), Shah Alam (98) dan Serdang (86).

Mengulas pertemuan dengan pemimpin parti politik itu, Abdul Aziz berkata rata-rata yang hadir berpuas hati dengan penjelasan diberikan serta penambahbaikan yang dilakukan SPR.

Beliau berkata antara tumpuan utama dalam pertemuan itu ialah berhubung penggunaan dakwat kekal, tiada khemah khas disediakan pada hari penamaan calon, pemansuhan bantahan terhadap kertas penamaan calon, pengundian awal dan larangan menarik balik pencalonan.

Selain itu, Abdul Aziz turut menerangkan bahawa kertas undi mempunyai nombor siri kerana untuk memastikan tiada kertas undi lain dimasukkan ke dalam peti undi.

"Ia juga bagi memudahkan SPR menjalankan semakan sekiranya berlaku sebarang bantahan. Ini kerana terdapat parti-parti politik tertentu yang menasihatkan pengikut mereka supaya tidak menggunakan kertas undi yang diberikan pegawai SPR sebaliknya minta kertas undi lain," katanya. BERNAMA"

Menurutnya,  PR  sedia bersama memikirkan cara terbaik menjaga keselamatan negara daripada pencerobohan.

Katanya, sikap tidak menjelaskan peristiwa sebenar di Lahad  Datu juga antara punca timbul pelbagai spekulasi.

“Majlis Tertinggi PR adakan  mesyuarat tiga hari lalu dan desak keluarkan kenyataan supaya orang tahu, kita tak nak tuduh siapa salah.

“Perdana Menteri bertanggungjawab untuk menjawabnya di Parlimen tetapi beliau  tak buat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


 Bapa Saiful ngaku kes LIWAT II adalah KONSPIRASI POLITIK
Posted on Friday, March 08 @ 13:18:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Sumber KeadilanDaily 
Liwat II adalah konspirasi politik – Bapa Saiful Bukhari 
KUALA LUMPUR 8 MAC: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri. 


“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
(Berita lanjut menyusul)

http://www.keadilandaily.com/liwat-ii-adalah-konspirasi-politik-bapa-saiful-bukhari/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter


  Ayah saya bersama YDP Agong , tentera kita yang kudung kaki
Posted on Friday, March 08 @ 13:07:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: rozmal

"

Sultan Kedah adalah merupakan Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD). Sekitar tahun 1976-1977 ayah saya sebagai CO 16 RAMD, semasa itu terlibat dalam beberapa operasi menggempur pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thailand. Antara operasi yang dilakukan ialah OPS Cahaya Bena.


 
Untuk memberi suntikan semangat kepada anggota tentera serta isteri dan keluarga anggota tentera pada ketika itu Baginda Sultan Kedah telah melakukan lawatan rasmi bersama Permaisuri ke Kem Pengkalan Chepa.
Pada ketika itu ramai anggota tentera kita yang menjadi sasaran jerangkap samar pihak musuh. Ada yang buta, ada yang kudung tangan, ada yang kudung kaki. Dalam album arwah ayah saya tersimpan gambar-gambar anggota tentera tersebut ketika sedang mendapat rawatan di hospital. Ada antara mereka pada masa itu baru lepas tamat rekrut, umur baru 18 tahun, ada yang sudah kudung kaki.
Masa tu , tak ada internet, tak ada facebook, tak ada twitter. Kalau adalah semua ini pada masa tersebut, pasti banyak operasi akan terganggu terutama oleh pihak media yang inginkan berita panas.
Gambar-gambar arwah ayah saya bersama Baginda Sultan Kedah pada ketika itu sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu DiRaja, gambar-gambar pahlawan kita yang kudung kaki terkena jerangkap samar di http://rozmal.blogspot.com/2013/03/ayah-saya-bersama-ydp-agong-tentera.html

  Saya hormati jasa & pengorbanan pasukan keselamatan tapi BN lempar fitnah: T
Posted on Friday, March 08 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Keadilandaily

Sejak tanggal 1 Mac, pemimpin-pemimpin BN dan kerajaan telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap saya. Blog dan cybertrroper pro-BN juga meyebarkan numbor telefon saya dan menghasut penyokong BN hantar mesej ancaman kepada saya.

Pada tanggal 4 Mac, Parti Umno telah hantar surat tuntutan kepada saya bahawa saya harus memohon maaf kepada Umno. Di sini saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan yang menghina mana-mana pihak. Saya akan serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya.

tianTuduhan bahawa saya telah menghina Pasukan Keselamatan adalah fitnah dan pembohongan jahat oleh pemimpin-pemimpin BN. Saya ingin ulangi pendirian saya bahawa saya menghormati perana Pasukan Keselamatan dan jasa mereka dalam tugasan mempertahankan negara.

Saya juga bersimpati dengan anggota-anggota keselamatan yang berkorban atau menjalankan tanggungjawab dalam keadaan yang sangat mencabar.

Di sini saya ingin buat kali terakhir untuk menjelaskan kenyataan yang telah diwara-warakan oleh pemimpin-pemimpin BN dari perdana menteri ke bekas Ketua Polis Negara yang mendakwa saya menghina anggota keselamatan.

Saya ingin terangkan kontek kenyataan saya dalam KeadilanDaily:

Saya dihubungi wartawan untuk komen tentang pecerobohan di Lahad Datu pada pagi 1 Mac ketika ada berita antarabangsa melaporkan ada tembakan berlaku. Saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan dan ada media balak-out di Malaysia.

Peranggan yang kemudian, sesiapa pembaca celik sudah tentu faham ia dinyatakan dalam kontek ada usaha setengah-tengah pemimpin BN dan blogger cuba kiatkan pihak pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu. Ia mesti dibaca bersama banyak artikel-artikel sebelum ini yang mendakwa saya dikirim oleh DS Anwar ke Manila untuk berunding dengan MNLF.

Juga ada dakwaan Anwar mendalangi peristiwa Lahad Datu. Segala ini telah disifatkan sebagai sandiwara oleh ramai pemimpin-pemimpin yang lain.

Perkara ini dirumitkan lagi bila ada blogger Umno termasuk Papagomo dan lain-lain rekakan berita bahawa saya berucap di Puchong menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan dengan ayat “Komando Mati Katak”.

Ini fitnah yang keterlaluan dan telah membawa ancaman terhadap keselamatan peribadi saya. Saya menasihatkan semua blogger yang menyiarkan berita palsu ini untuk berhenti dalam 24 jam, dan saya akan hantar surat saman kepada sesiapa yang meneruskan sebaran berita palsu ini.

Saya amat kesal terhadap pemimpin-pemimpin BN dan juga media yang dikuasai mereka memular-belitkan kenyataan saya sehingga menghasut kebencian orang ramai yang tidak ketahui kebenaran. Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bermotif politik.

Dalam keadaan negara kita menghadap ancaman anasir-anasir ganas, keseluruhan rakyat Malaysia sepatutnya berdiri teguh memberi sokong penuh kepada Pasukan Keselamatan kita. Malangnya, kerajaan tidak terhenti-henti menyerang politik lawan.

Sepatutnya ahli-ahli politik harus menunjukkan rasional dan kematangan untuk membina kesepakatan menghadapi krisis negara.

Saya harap episod tuduh-menuduh ini boleh dihentikan serta-merta. Kepada anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa dan kesejahteraan diri, saya sampaikan penghormatan tertinggi dan harap adu-domba politik di antara kerajaan dan pembangkang tidak melemahkan semangat. Teruskan perjuangan, rakyat Malaysia menyanjungi kamu semua.

YB Tian Chua
Naib Presiden KEADILAN

Sumber: keadilandaily.com

  UMNO Mengganas Di Melaka: 2 Cedera, Cermin Dan Badan Bas Jelajah Kemerdekaan Ber
Posted on Friday, March 08 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Mutaligat

Melaka : Umno mengganas lagi malam ini. Dua orang penyokong PR tercedera terkena batu yang dibaling oleh penyokong BN. Manakala cermin tepi bas Jelajah Kemerdekaan Rakyat dan badannya berlubang dirosakkan oleh penyokong BN.

Ceramah anjuran PR yang diadakan di hadapan Dewan Tun Ali di Kg Bukit Katil diganggu oleh Umno yang turut mengadakan ceramahnya kira-kira 100 meter jaraknya.

Penyokong-penyokong Umno sejak dari awal ceramah lagi melancarkan provokasi kepada penyokong PR. Mereka membaling botol, batu dan objek-objek keras lain ke arah penyokong PR.

Salah seorang mangsa yang tercedera, Abdul Ghani Buang, 44 dari Bukit Lintang berkata kepalanya berdarah teruk selepas terkena batu yang datang dari arah yang tidak diketahui.

"Saya nampak botol-botol dibaling tetapi saya dapat elak, tetapi batu saya tidak nampak itu sebab kena kepala saya".

Ghani kesal dengan sikap ganas penyokong BN yang dibiarkan sahaja oleh pihak Polis.

"Mereka baling batu di depan Polis, tapi Polis biarkan sahaja" ujar Ghani.

Rata-rata orang ramai yang hadir marah dan kesal dengan sikap pimpinan Umno yang sengaja mengganggu ceramah PR dengan mengadakan ceramah pada jarak kurang yang sangat dekat jaraknya.

Polis langsung tidak bertindak menghalang Umno dari mengganggu ceramah PR walaupun mereka tahu ianya akan menimbulkan masalah kerana sikap Umno yang membiarkan penyokong mereka mengganas.

Bas Jelajah Kemerdekaan Rakyat telah dibaling di hadapan Klinik Amal Bukit Katil tidak jauh dari sekatan jalanraya Polis. Apa yang menghairankan macamana Polis boleh melihat sahaja keganasan penyokong Umno tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan.

Ceramah PR dihadiri kira-kira 8,000 orang manakala di pihak BN kira-kira 500 orang. Ceramah tersebut terpaksa dihentikan lebih awal iaitu kira-kira 11.15 malam kerana keadaan sudah tidak dapat dikawal.

Dato Seri Anwar dalam ceramahnya kesal dengan sikap Polis yang tidak professional dan berat sebelah. Sepatutnya dari awal lagi Polis menghalang Umno dari mengadakan ceramah dalam jarak yang sangat dekat.

Selain Anwar turut berceramah malam ini ialah Ahli Parlimen Rasah, YB Anthony Loke, Ketua AMK, Shamsul Iskandar dan beberapa pimpinan PR yang lain.

Umi Hafilda dan Penasihat Sultan Sulu, Lokman Noor Adam menjadi tukang maki Umno malam ini.

Sumber: mutaligat.blogspot.com

  Mahasiswa Memimpin Bukan Dipimpin!
Posted on Friday, March 08 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh YB Dr Shafie Abu Bakar

Antara tujuan dan harapan menyambung ke pengajian tinggi hingga ke universiti ialah mendalami ilmu bagi panduan hidup dunia-akhirat. Mahasiswa didorong membina syakhsiah dan peribadi positif - berdikari di dalam kepimpinan, inovasi dan kreatif di dalam kehidupan. Sebagai mahasiswa sulung/peneroka UKM kami belum ada contoh untuk dituruti dan tiada pembimbing untuk diikuti. Untuk makluman juga pada peringkat awal penubuhan UKM belum ada bahagian Perhubungan Pelajar dan tiada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar. Segala-galanya diurus oleh pihak pendaftar.

Suasana sebagaimana di atas benar-benar menjadikan kami berdikari. Dorongan untuk berpersatuan dan mengadakan kegiatan kemahasiswaan datang dari kami sendiri. Pada peringkat awal mendahului penubuhan PMUKM, ialah penubuhan Ahli Jawatankuasa Kolej Pertama UKM (Hanya ada satu kolej sahaja pada peringkat permulaan). Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Dewan Rendah Kolej I, UKM dipengerusikan oleh saudara Che Uda Che Nik (Ahli Parlimen Sik Kedah) dan Setiausaha Cik Rahimah Aziz. Penulis tidak terlibat sebagai AJK Kolej kerana terlibat di dalam AJK PMUKM. Namun aktif sebagai redaksi Majalah Tahunan Kolej misalnya menjadi anggota Redaksi Majalah Tahunan Kolej I, UKM 1971/72 yang dinamakan SEMESTA dan bagi keluaran kedua (1972/73) Penulis menjadi Ketua Pengarang dan Pengurus Umum. Sebagai Pengarang dan Ketua Pengarang Penulis turut menulis di dalam kedua-dua penerbitan. Kami juga berdikari di dalam mengadakan majlis-majlis kemahasiswaan, berdiskusi puisi (Ada Kelab Puisi), Sukan dan sebagainya. Perlu diingat pada masa itu belum ada lagi Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU).

Ironinya makin UKM berkembang, maka bagi keperluan pentadbiran wujudnya Bahagian Perhubungan Pelajar, bahkan wujudnya Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, tetapi nampaknya pelajar makin tersekat dan diikat. Dulu mahasiswa di bawah PMUKM lebih bebas menjalankan kegiatan kemahasiswaan, tetapi peranan mereka yang lebih bebas mau `diperkecilkan`. Mereka seolah-olah dikontrol di bawah Majlis Perwakilan Pelajar yang dikawal oleh Bahagian Perhubungan Pelajar. Contoh nyata ialah apa yang dialami oleh PMUKM sekarang. Sewajarnya pada tahap mahasiswa pelajar digalak berdikari di dalam pentadbiran dan menjalankan kegiatan-kegiatan. Mereka harus lebih bebas membuat pilihan. Pihak pentadbiran seharusnya bersifat pembantu menyediakan kemudahan bagi kegiatan mahasiswa. Mereka tidak harus campurtangan jika pemilihan mahasiswa tidak selari dengan kehendak pentadbiran dan pemerintah. Mereka seharusnya bersifat jujur, mengamalkan demokrasi dan bersifat telus.

Penulis melihat sindrom pengawalan dan tidak bersifat berdikari ini juga melarat kepada bahagian Alumni UKM. Al-maklum bahagian Alumni terletak di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang mempunyai seorang Timbalan Naib Canselor khusus bagi bahagian ini. Penulis menyangka dan seharusnya berlaku bahawa bahagian Alumni ini benar-benar dipimpin oleh seorang Ketua dan AJK dari Alumni yang bebas dalam memberi pandangan dan keputusan kepada universiti. Ketua ini seharusnya menjadi Ahli Majlis UKM yang mewakili pendapat alumni. AJK Alumni ini seharusnya dipilih dalam Mesyuarat Agung Alumni secara dwi-tahunan. AJK yang terpilih ini seharusnya menjalankan polisi dan kegiatan Alumni yang diputuskan di dalam Mesyuarat Agung dwi-tahunan.

Malang dan rasa keciwa setelah beberapa kali menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh UKM atas nama Alumni UKM, sebenarnya bukan Alumni yang anjur, manakala yang hadir beberapa kerat yang dijemput yang ada hubungan dengan majlis yang diadakan. Yang hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pengarah bahagian Alumni dan kakitangan pejabat Alumni serta mahasiswa-mahasiswa bagi mengisi ruang jangan kekosongan.

Mutakhir Majlis Syarahan Jemputan Alumni UKM yang Penulis berpeluang hadir ialah pada 1 Mac 2013 yang lepas bertempat di Bilik Senet UKM. Dua tokoh dijemput.

Iaitu Mr. Anthony Philip Alumni UKM lulusan bidang Microbiology yang sekarang merupakan Training Consultant di Kawasan Asia Pacific berhubung dengan Problems Solving yang menurutnya telah berjaya melatih 5,000 trainers. Pada pagi ini dia membicarakan tiga aspek: iaitu Happiness inside job, the law of attraction dan tentang habit.

Manakala Mr. Scott Friedman adalah Penceramah Jemputan yang bukan alumni. Beliau membicarakan sifat positif dan ceria dalam pekerjaan dengan menggunakan element Celebrate dan menggunakan Humor For A Change. Beliau bercakap berdasarkan dua buah buku yang dijual di majlis dan Penulis turut membeli kedua-dua buah buku berkenaan.

Kita tidak bertujuan untuk menilai syarahan kedua-dua tokoh berkenaan yang memang baik.

Tetapi majlis ilmu yang seumpama ini nampaknya tidak berbeza dengan majlis-majlis ilmu yang dianjur seperti oleh sebuah fakulti, jabatan atau institute. Apa yang nak ditekankan imej Alumni yang menganjurkan majlis tidak menonjol dan identik. Ia sebenarnya majlis yang dianjur universiti. Persatuan Alumni sebenarnya bagaikan tiada. Bilakah sebenarnya akan lahir Alumni yang benar-benar berfungsi sebagai Persatuan Alumni yang memberi khidmat dan sama mengangkat nama UKM ke persada antarabangsa ?

Silapnya selama ini, ialah kerana universiti ada bersifat menekan dan tidak memberi ruang kepimpinan secara berdikari kepada mahasiswa/i, lantaran itu UKM kering dari kepimpinan sebenar berdikari pada peringkat mahasiswa dan alumni.

Sekian.

Sumber: drshafie.blogspot.com
 

Kisah lucu ketika petugas PAS edar risalah manifesto
Posted on Friday, March 08 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Baru-baru ini dalam siri jelajah rumah ke rumah mengedar risalah manifesto Pakatan Rakyat oleh petugas PAS di DUN Kota dalam Parlimen Rembau terdapat kisah yang pada mulanya membimbangkan akhirnya menjadi lucu.

Tn Hj Harun AJK PAS DUN Kota berkata ketika mereka mengedar risalah di sebuah taman perumahan dalam DUN Kota, dari jauh kelihatan seorang lelaki India yang cuba mengelak petugas.

Kemudian apabila menghampiri lelaki India berkenaan, lelaki India berkata ; “Saya tak mahu, saya tak mahu, saya tak mahu ini”. 

Para petugas PAS dah mula gusar, ingatkan akan berlaku kekecohan. Kemudian lelaki India itu berkata perlahan ; “Saya tak mahu ini risalah, saya mahu bendera PAS”.

Terkejut petugas PAS yang mendengarkan permintaan lelaki India berkenaan lalu diberikan kepada lelaki India berkenaan bendera PAS.

Kalau orang India di kampung-kampung pun kini boleh berubah, boleh menerima PAS dan Pakatan Rakyat, takkanlah orang Melayu di kampung-kampung di Negeri Sembilan ini tidak boleh berubah?

Kepada mereka yang berada di DUN Kota dalam Parlimen Rembau yang inginkan bendera PAS untuk diletakkan di halaman rumah mereka sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086 atau Tn Hj Roni 012-2268230.

Dapatkan maklumat semasa aktiviti Pakatan Rakyat dalam Parlimen Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com"
 



  Batu Yang DiBaling Untuk Mencederakan DSAI Terkena Kepala Seorang Penyokong Yang
Posted on Friday, March 08 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Omak Kau


Seorang pendengar di Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Bukit Katil, Melaka telah cedera dikepala kerana dibaling dengan objek keras dipercayai batu oleh para samseng upahan UMNO sebentar tadi.

Balingan batu itu sebenarnya bertujuan untuk mencederah parahkan DSAI yang sedang berucap.

Penyokong Pakatan Rakyat telah mendapat luka parah dibahagian kepala dan kini sedang dibawa ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan. Dipercayai menerima beberapa jahitan dikepala.

Inilah UMNO parti paling bacul dan brengsek dalam sejarah dunia moden.

Budaya samseng sudah sebati abadi sampai ke tulang sonsom.

Belum pernah kedengaran Najib Razak maupun mana-mana pemimpin UMNO mengutuk politik samseng lagi.. BELUM PERNAH!!!!!

SIAP KAU UMNO!!!!!..... RAKYAT AKAN AJAR KAMU PADA PRU 13 NANTI...KEBIADAPAN KAMU SUDAH AMAT MELAMPAU!!!!

BERITA TERBARU PANAS MENDIDIH!!!!...CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT, BUKIT KATIL, MELAKA.... BATU YANG DIBALING TUJUAN UNTUK MENCEDERAKAN DSAI TERKENA KEPALA SEORANG PENYOKONG YANG HADIR!!!!

Tiada ulasan: