PRU13: Pengundi muda beri peluang kepada Pakatan
Muhammad Faizal, | 05 Mac 2013 |
JASIN: Ketua
Pemuda PAS Negeri Melaka, Yuhaizad Abdullah tidak menolak pertambahan
pengundi muda akan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS
di Dun Merlimau pada PRU13 nanti.
Katanya, sokongan anak muda sekarang cukup ketara dan yakin kalau berterusan akan memberi peluang kepada PAS untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan itu.
Malah katanya lagi, 42 peratus pengundi di Merlimau merupakan golongan anak muda.
"Saya yakin penentu kemenangan PAS khususnya Pakatan Rakyat adalah pengundi muda.
"Ini dapat dilihat dari sokongan yang mereka berikan kepada kita terutama dalam program yang kita laksanakan sepanjang tahun," kata beliau kepada Harakahdaily yang ditemui pada program jelajah Negara Berkebajikan.
Tambah beliau lagi, pendekatan yang diambil bagi mendekati anak-anak muda sebelum ini adalah melalui konvoi jelajah, konsert dan sukan seperti futsal dan takraw.
Yuhaizad juga tidak menolak pengundi bukan Melayu memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kemenangan kepada Pakatan Rakyat.
"Penerimaan yang ditunjukkan oleh masyarakat bukan Melayu cukup baik, dan pertemuan saya dengan mereka sebelum ini menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat," sambungnya lagi.
IPrisma melahirkan rasa terkilan dengan pembatalan forum bertajuk
"PRU13: Harapan Rakyat" oleh pihak pentadbiran UIAM yang sepatutnya
diadakan pada 4 Mac lepas.
Tindakan meluluh dan gelojoh ini tentunya sekali lagi menimbulkan tanda tanya di kalangan golongan akademik dan mahasiswa kerana sebelum ini UIAM juga pernah membatalkan penganjuran Seminar K-Fiqh di saat-saat akhir.
Tindakan membatalkan program walaupun setelah diluluskan dilihat sebagai satu langkah terdesak seolah-olah ada 'tangan-tangan ghaib' yang mengawal kebebasan akademik di kampus yang terkenal dengan panggilan 'Taman Ilmu dan Budi' ini.
IPrisma menganggap bahawa tindakan tersebut bukan sahaja menyusahkan pihak penganjur dan tetamu yang dijemput, tetapi ia telah menghampakan golongan mahasiswa yang dahagakan diskusi secara terbuka seperti itu.
Dikhabarkan pihak penganjur terpaksa menukar ke tarikh baru iaitu 10 Mac depan dan terpaksa bertungkus lumus untuk mendapatkan tempat yang baru yang sesuai dengan keadaan program forum tersebut.
Sampai bila pentadbiran universiti dalam negara kita perlu mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu dalam menentukan budaya dan persekitaran akademik di universiti masing-masing.
Adakah program-program seperti ini tidak mempunyai elemen pembinaan idealisme dan jatidiri mahasiswa yang bakal mewarisi kepimpinan negara hari ini?
Atau ia amat ditakuti kerana dapat mencabar status quo pihak yang berkepentingan.
Tambahan lagi, tindakan yang dilakukan ini telah menjatuhkan professionalisma pihak Universiti dalam menjalankan tanggungjawab sebagai institusi yang melahirkan pemimpin masa hadapan.
IPrisma mengucapkan tahniah kepada Student Representative Council (SRC) di atas usaha penganjuran forum berkenaan walaupun ia telah dibatalkan disaat akhir.
Namun, harapan kami yang rata-ratanya sebagai graduan UIAM supaya mahasiswa diberikan kebebasan untuk memilih corak pendirian dan watak pemikiran masing-masing selagi ia tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah.
Penulis ialah Presiden IPrisma, graduan UIAM.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Sabah bersedia menjadi sukarelawan bagi menghulurkan bantuan kepada pasukan keselamatan negara jika diperlukan.
Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata perkara tersebut diputuskan melalui mesyuarat tergempar parti itu, yang diadakan malam tadi.
Biarpun tidak meletakkan jumlah sukarelawan tersebut, Aminuddin berkata Pemuda PAS Sabah bersedia sekiranya negara memerlukan lebih ramai sukarelawan.
Selain itu, mesyuarat itu turut mencadangkan agar satu sidang khas Dun Sabah diadakan bagi tujuan memperincikan krisis di Lahad Datu itu agar lebih difahami rakyat, khususnya di Sabah.
"Sidang khas itu perlu bagi mendapatkan perincian mengeni krisis ini. Pandangan dan pendapat yang pelbagai mungkin membantu ke arah menyelesaikan krisis ini," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Dalam pada itu, Aminuddin juga berkata satu mesyuarat tergempar melibatkan Pakatan Rakyat Sabah turut akan diadakan pada tempoh yang terdekat.
Malah, pihaknya juga memutuskan untuk menemui Majlis Keselamatan Negeri Sabah dan Ketua Polis Sabah bagi mendapatkan maklumat sebenar kerana maklumat sebelum ini masih tidak memberikan keyakinan kepada rakyat.
Aminuddin juga sekali lagi mengulangi saranan Dewan Ulama PAS Pusat dan jabatan-jabatan agama, khususnya Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEINS) untuk mengarahkan masjid-masjid dan surau-surau untuk melakukan solat hajat.
PAS Sabah sendiri, tambah beliau akan mengadakan solat hajat perdana di setiap kawasan pada 7 Mac ini.
Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan turut mengumumkan kesediaan Pemuda PAS Malaysia untuk bersama-sama membantu pasukan keselamatan negara di Sabah sekiranya diperlukan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap kepada anggota rombongan Majlis Agama Islam Narathiwat.
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan rakyat di negara ini khususnya Sabah supaya tidak membantu pihak luar menceroboh negara sendiri.
Katanya, bukan sahaja penceroboh Filipina, sebaliknya rakyat juga wajib mempertahankan diri agar tidak menjadi ‘agen’ pencerobohan undang-undang di negara sendiri.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap kes pencerobohan itu dapat diselesaikan dengan cara baik antara Filiphina dengan Malaysia.
Dari segi politik katanya, sekiranya benar rakyat Malaysia sendiri yang membantu orang luar untuk menceroboh negara sendiri memang tidak boleh.
“Kerajaan yang ada sekarang ini telah menceroboh hak rakyat, iaitu dengan memberikan kad pengenalan kepada orang luar.
“Menceroboh negara sendiri apa lagi pihak luar merupakan jenayah yang amat besar,” ujarnya kepada media selepas meraikan rombongan 35 orang rombongan dari Majlis Agama Islam Narathiwat di kediaman rasmi, JKR 10.
Beliau turut mempersoalkan siapa yang telah mengajar memberikan kad pengenalan kepada mereka yang tidak berhak.
“Bekas perdana menteri sendiri mengakui sebelum ini, tak nak mengakui macam mana sebab ianya memang kenyataan,” ujarnya.
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim yang dipetik Bernama berkata, kerajaan nageri akan
memberi peruntukan dana khas RM10 juta kepada angota polis yang
terkorban ketika mempertahankan negara di Sabah.
Katanya, dana tersebut bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan anggota-anggota tersebut yang telah mempertahan kedaulatan negara dengan nyawa mereka.
"Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu," katanya kepada agensi berita itu.
Bagaimanapun katanya, perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan dibawa ke mesyuarat exco esok.
Beliau berkata melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggotakeluarga terdekat wira-wira negara ini.
"Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka perludiberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan kedaulatan negara kita," katanya.
Setakat ini lapan anggota polis telah terkorban dalam dua pertempuran berasingan masing-masing di Lahad Datu dan Semporna.
Mereka yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu adalah Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari unit 69 Komando.
Manakala mereka dalam pertempuran di Semporna pula adalah Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman), ASP Michael, (KCKD Semporna), Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna), Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna), Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah), Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau).
JELI: Memandu dari Simpang Tiga Kampung Berdang melintasi kawasan hutan tanpa pengguna jalan raya lain cukup menyeronokkan. Namun awas jalan seumpama lebuh raya itu mati di puncak bukit.
Malang seribu kali malang jalan yang cantik itu tidak ada orang yang melaluinya. Mengapa. Rupa-rupanya jalan raya tersebut berakhir di puncak sebuah bukit.
Di hujung jalannya didirikan papan kenyataan “Awas Jalan Mati”. Di belakang papan peringatan itu gaung yang menjunam ke bawah.
Paling bawah kelihatan air sungai Pergau yang jernih mengalir di celah-celah batu. Ada juga kelihatan bangsal kecil seperti rumah penduduk Orang Asal.
Kata Penyelia parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad gaung itu menjunam ke bawah hampir 100 meter.
Panoramanya cukup indah dengan bukit bukau yang sayup mata memandang.
Apandi berkata, jalan raya itu cadangan asal mahu dibina ke penempatan Orang Asal di Sungai Rual, namun pembinaannya terhenti di puncak bukit.
Di sepanjang laluan itu tidak ada rumah penduduk. Tidak ada orang yang menggunakannya biar pun laluannya cukup selesa.
“Tahun lepas seorang pemuda bersama motosikal hampir terjatuh ke dalam gaung. Nasib baik dia tidak terhumbang ke bawah gaung yang dalam.
“Budak itu menyertai perlumbaan motosikal sesama mereka. Kalau jatuh ke bawah tidak tahulah kita apa yang akan terjadi,” kata penghulu Mukim Berdang, Mohd Dunia Mat Isa.
(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Jika peristiwa keganasan di Lahad Datu berlaku 10 tahun yang lalu sudah
pasti pemimpin Pakatan Rakyat dicincang lumat oleh media ortodok Umno di
negara ini. Nasib menyebelahi PR kerana sekarang ada media baru, maka
penjelasan boleh dibuat secepat kilat. Dengan ini perancangan mereka
untuk mengaitkan peristiwa ini gagal.
Cuba bayangkan sewaktu langit terbuka ini pun media Umno masih menyebarkan fitnah kononnya ia ada kaitan dengan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pelik bin ajaib, di Semenanjung mereka menuduh Pakatan Rakyat hendak buang Raja, manakala di Sabah Pakatan Rakyat hendak melantik Raja.
Kenapa pemimpin Umno BN masih berfikiran primitif walau pun berada di zaman maklumat di hujung jari. Di dalam suasana gawat sehingga terkorban anggota keselamatan, media yang menjadi tali barut Umno tidak pernah bertaubat dan insaf untuk menghentikan kerja jahat mereka demi memuaskan nafsu serakah ketuanya.
Penjelasan pantas melalui media alternatif seperti kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia.
Media Umno cuba menggelap berita bagaimana Saudara Lokman Adam Exco Pemuda Umno mengaku menjadi penasihat Sultan Sulu.
Jika Lokman ini pemimpin PR, maka gegak gempita dunia dengan mengatakan bahawa PR menjadi penasihat kumpulan pengganas Sultan Sulu sehingga mengorbankan anggota keselamatan negara.
Katanya, sokongan anak muda sekarang cukup ketara dan yakin kalau berterusan akan memberi peluang kepada PAS untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan itu.
Malah katanya lagi, 42 peratus pengundi di Merlimau merupakan golongan anak muda.
"Saya yakin penentu kemenangan PAS khususnya Pakatan Rakyat adalah pengundi muda.
"Ini dapat dilihat dari sokongan yang mereka berikan kepada kita terutama dalam program yang kita laksanakan sepanjang tahun," kata beliau kepada Harakahdaily yang ditemui pada program jelajah Negara Berkebajikan.
Tambah beliau lagi, pendekatan yang diambil bagi mendekati anak-anak muda sebelum ini adalah melalui konvoi jelajah, konsert dan sukan seperti futsal dan takraw.
Yuhaizad juga tidak menolak pengundi bukan Melayu memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kemenangan kepada Pakatan Rakyat.
"Penerimaan yang ditunjukkan oleh masyarakat bukan Melayu cukup baik, dan pertemuan saya dengan mereka sebelum ini menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat," sambungnya lagi.
Dukacita UIAM batal Forum PRU13: Harapan Rakyat
Muhammad Ali Rajaie Jamaludin, |
Tindakan meluluh dan gelojoh ini tentunya sekali lagi menimbulkan tanda tanya di kalangan golongan akademik dan mahasiswa kerana sebelum ini UIAM juga pernah membatalkan penganjuran Seminar K-Fiqh di saat-saat akhir.
Tindakan membatalkan program walaupun setelah diluluskan dilihat sebagai satu langkah terdesak seolah-olah ada 'tangan-tangan ghaib' yang mengawal kebebasan akademik di kampus yang terkenal dengan panggilan 'Taman Ilmu dan Budi' ini.
IPrisma menganggap bahawa tindakan tersebut bukan sahaja menyusahkan pihak penganjur dan tetamu yang dijemput, tetapi ia telah menghampakan golongan mahasiswa yang dahagakan diskusi secara terbuka seperti itu.
Dikhabarkan pihak penganjur terpaksa menukar ke tarikh baru iaitu 10 Mac depan dan terpaksa bertungkus lumus untuk mendapatkan tempat yang baru yang sesuai dengan keadaan program forum tersebut.
Sampai bila pentadbiran universiti dalam negara kita perlu mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu dalam menentukan budaya dan persekitaran akademik di universiti masing-masing.
Adakah program-program seperti ini tidak mempunyai elemen pembinaan idealisme dan jatidiri mahasiswa yang bakal mewarisi kepimpinan negara hari ini?
Atau ia amat ditakuti kerana dapat mencabar status quo pihak yang berkepentingan.
Tambahan lagi, tindakan yang dilakukan ini telah menjatuhkan professionalisma pihak Universiti dalam menjalankan tanggungjawab sebagai institusi yang melahirkan pemimpin masa hadapan.
IPrisma mengucapkan tahniah kepada Student Representative Council (SRC) di atas usaha penganjuran forum berkenaan walaupun ia telah dibatalkan disaat akhir.
Namun, harapan kami yang rata-ratanya sebagai graduan UIAM supaya mahasiswa diberikan kebebasan untuk memilih corak pendirian dan watak pemikiran masing-masing selagi ia tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah.
Penulis ialah Presiden IPrisma, graduan UIAM.
Pemuda PAS Sabah sedia jadi sukarelawan
Anis Nazri, | 05 Mac 2013 |
Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata perkara tersebut diputuskan melalui mesyuarat tergempar parti itu, yang diadakan malam tadi.
Biarpun tidak meletakkan jumlah sukarelawan tersebut, Aminuddin berkata Pemuda PAS Sabah bersedia sekiranya negara memerlukan lebih ramai sukarelawan.
Selain itu, mesyuarat itu turut mencadangkan agar satu sidang khas Dun Sabah diadakan bagi tujuan memperincikan krisis di Lahad Datu itu agar lebih difahami rakyat, khususnya di Sabah.
"Sidang khas itu perlu bagi mendapatkan perincian mengeni krisis ini. Pandangan dan pendapat yang pelbagai mungkin membantu ke arah menyelesaikan krisis ini," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Dalam pada itu, Aminuddin juga berkata satu mesyuarat tergempar melibatkan Pakatan Rakyat Sabah turut akan diadakan pada tempoh yang terdekat.
Malah, pihaknya juga memutuskan untuk menemui Majlis Keselamatan Negeri Sabah dan Ketua Polis Sabah bagi mendapatkan maklumat sebenar kerana maklumat sebelum ini masih tidak memberikan keyakinan kepada rakyat.
Aminuddin juga sekali lagi mengulangi saranan Dewan Ulama PAS Pusat dan jabatan-jabatan agama, khususnya Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEINS) untuk mengarahkan masjid-masjid dan surau-surau untuk melakukan solat hajat.
PAS Sabah sendiri, tambah beliau akan mengadakan solat hajat perdana di setiap kawasan pada 7 Mac ini.
Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan turut mengumumkan kesediaan Pemuda PAS Malaysia untuk bersama-sama membantu pasukan keselamatan negara di Sabah sekiranya diperlukan.
Jangan bantu pihak luar ceroboh negara
Rizal Tahir, | 05 Mac 2013 |
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap kepada anggota rombongan Majlis Agama Islam Narathiwat.
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan rakyat di negara ini khususnya Sabah supaya tidak membantu pihak luar menceroboh negara sendiri.
Katanya, bukan sahaja penceroboh Filipina, sebaliknya rakyat juga wajib mempertahankan diri agar tidak menjadi ‘agen’ pencerobohan undang-undang di negara sendiri.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap kes pencerobohan itu dapat diselesaikan dengan cara baik antara Filiphina dengan Malaysia.
Dari segi politik katanya, sekiranya benar rakyat Malaysia sendiri yang membantu orang luar untuk menceroboh negara sendiri memang tidak boleh.
“Kerajaan yang ada sekarang ini telah menceroboh hak rakyat, iaitu dengan memberikan kad pengenalan kepada orang luar.
“Menceroboh negara sendiri apa lagi pihak luar merupakan jenayah yang amat besar,” ujarnya kepada media selepas meraikan rombongan 35 orang rombongan dari Majlis Agama Islam Narathiwat di kediaman rasmi, JKR 10.
Beliau turut mempersoalkan siapa yang telah mengajar memberikan kad pengenalan kepada mereka yang tidak berhak.
“Bekas perdana menteri sendiri mengakui sebelum ini, tak nak mengakui macam mana sebab ianya memang kenyataan,” ujarnya.
S'gor peruntuk RM10 juta buat wira yang gugur
Harakahdaily, | 05 Mac 2013 |
Katanya, dana tersebut bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan anggota-anggota tersebut yang telah mempertahan kedaulatan negara dengan nyawa mereka.
"Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu," katanya kepada agensi berita itu.
Bagaimanapun katanya, perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan dibawa ke mesyuarat exco esok.
Beliau berkata melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggotakeluarga terdekat wira-wira negara ini.
"Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka perludiberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan kedaulatan negara kita," katanya.
Setakat ini lapan anggota polis telah terkorban dalam dua pertempuran berasingan masing-masing di Lahad Datu dan Semporna.
Mereka yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu adalah Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari unit 69 Komando.
Manakala mereka dalam pertempuran di Semporna pula adalah Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman), ASP Michael, (KCKD Semporna), Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna), Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna), Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah), Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau).
“Awas Jalan Mati” di puncak bukit di Jeli
Aslani M | Foto Yusri Amin, | 05 Mac 2013 |
JELI: Memandu dari Simpang Tiga Kampung Berdang melintasi kawasan hutan tanpa pengguna jalan raya lain cukup menyeronokkan. Namun awas jalan seumpama lebuh raya itu mati di puncak bukit.
Malang seribu kali malang jalan yang cantik itu tidak ada orang yang melaluinya. Mengapa. Rupa-rupanya jalan raya tersebut berakhir di puncak sebuah bukit.
Di hujung jalannya didirikan papan kenyataan “Awas Jalan Mati”. Di belakang papan peringatan itu gaung yang menjunam ke bawah.
Paling bawah kelihatan air sungai Pergau yang jernih mengalir di celah-celah batu. Ada juga kelihatan bangsal kecil seperti rumah penduduk Orang Asal.
Kata Penyelia parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad gaung itu menjunam ke bawah hampir 100 meter.
Panoramanya cukup indah dengan bukit bukau yang sayup mata memandang.
Apandi berkata, jalan raya itu cadangan asal mahu dibina ke penempatan Orang Asal di Sungai Rual, namun pembinaannya terhenti di puncak bukit.
Di sepanjang laluan itu tidak ada rumah penduduk. Tidak ada orang yang menggunakannya biar pun laluannya cukup selesa.
“Tahun lepas seorang pemuda bersama motosikal hampir terjatuh ke dalam gaung. Nasib baik dia tidak terhumbang ke bawah gaung yang dalam.
“Budak itu menyertai perlumbaan motosikal sesama mereka. Kalau jatuh ke bawah tidak tahulah kita apa yang akan terjadi,” kata penghulu Mukim Berdang, Mohd Dunia Mat Isa.
(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Lahad Datu: Nasib baik ada media baru
Idris Ahmad, | 05 Mac 2013 |
Cuba bayangkan sewaktu langit terbuka ini pun media Umno masih menyebarkan fitnah kononnya ia ada kaitan dengan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pelik bin ajaib, di Semenanjung mereka menuduh Pakatan Rakyat hendak buang Raja, manakala di Sabah Pakatan Rakyat hendak melantik Raja.
Kenapa pemimpin Umno BN masih berfikiran primitif walau pun berada di zaman maklumat di hujung jari. Di dalam suasana gawat sehingga terkorban anggota keselamatan, media yang menjadi tali barut Umno tidak pernah bertaubat dan insaf untuk menghentikan kerja jahat mereka demi memuaskan nafsu serakah ketuanya.
Penjelasan pantas melalui media alternatif seperti kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia.
Media Umno cuba menggelap berita bagaimana Saudara Lokman Adam Exco Pemuda Umno mengaku menjadi penasihat Sultan Sulu.
Jika Lokman ini pemimpin PR, maka gegak gempita dunia dengan mengatakan bahawa PR menjadi penasihat kumpulan pengganas Sultan Sulu sehingga mengorbankan anggota keselamatan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan