Selasa, 5 Mac 2013

AKAN TAHU JUGA SAPE DALANG SEBENARNYA

Ya Allah tenangkan Lahad Datu

Ahmad Baei Jaafar, 05 Mac 2013
Berapa ramai rakyat Sabah yang mengetahui sejarah Sultan Sulu? Berapa ramai penduduk Lahad Datu yang tahu sejarah bumi mereka? Berapa ramai rakyat Malaysia yang tahu sejarah hubungan kesultanan Sulu dengan Sabah? Ya, ramai yang tidak tahu, namun saya pasti orang politik terutama Umno tahu kisah di sebalik Lahad Datu. Sebenarnya Sabah sebelum menjadi milik Malaysia adalah hak milik kesultanan Sulu. Tetapi, kerajaan Sulu ketika itu memandang remeh kepada Sabah kerana negeri tersebut tidak membawa hasil kepada kerajaan Sulu. Oleh sebab itu, sultan menyerahkan bumi bertuah itu kepada British pada tahun 1878. Atas pemberian itu British berjanji untuk membayar sewa tahunan kepada pewaris tahta Kesultanan Sulu.

Semasa Sabah dimasukkan ke dalam Malaysia dan kemudiannya menjadi merdeka pada tahun 1963, sewa Sabah itu dialihkan daripada pemerintah Inggeris ke Malaysia. Maka sejak itu disepakati, Kuala Lumpur perlu membayar sewa tahunan sebesar 5,300 ringgit atau setara 69.700 peso kepada pewaris tahta Kesultanan Sulu.

Pada 16 April 2003 terdapat satu pembayaran senilai 73,040.77 peso yang diserahkan kepada Kiram sebagai pembayaran sewa pada pewaris Kesultanan Sulu untuk tahun 2002. Sebenarnya Kesultanan Sulu sejak itu telah beberapa kali mohon ditambah jumlah sewaan itu. Pemintaan itu ditolak tetapi bagi menutup isu ini kerajaan bersetuju menempatkan mereka di Lahad Datu. Felda di Lahad Datu itu hakikatnya adalah hak milik mereka.

Kini tahun 2013, jumlah sewaannya masih sama. Oleh sebab keadaan itu masih belum stabil, Kesultanan Sulu sekali lagi menuntut bayaran sewa itu ditambah sesuai dengan perkembangan zaman ini. Namun kerajaan Malaysia tetap tidak menerima tuntutan itu kerana pada pandangan Malaysia pembayaran itu bukan sewaan tetapi disebut ‘cession money‘.

Logiknya oleh sebab waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun sehingga ke hari ini, ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Atas keengganan itu, Kesultanan Sulu menuntut Sabah dikembalikan kepada mereka. Di sinilah punca ketegangan lalu tercetusnya perperangan antara tentera kesultanan Sulu dengan polis dan tentera Malaysia. Di manakah kebijaksaan Malaysia dalam berunding sehingga tercetusnya keadaan yang tidak diingini? Bukankah Malaysia terkenal dalam soal rundingan perdamaian.

Sebagai rakyat Malaysia kita bersimpati kepada anggota polis yang terkorban dan takziah kita ucapkan kepada keluarga mereka, namun kita juga rasa simpati kepada Kesultanan Sulu kerana mendapat sumbangan yang tidak berbaloi dengan zaman ini. Apakah kita miskin harta sehingga tidak mampu mempertimbangkan kenaikannya, atau adakah kita miskin jiwa sehingga tidak bersimpati kepada anggota kita dan tentera Sulu yang terkorban?

Demi keamanan negara, apa salahnya kita mendengar sedikit permohonan mereka. Mengusir mereka keluar tanpa apa-apa keputusan yang menguntungkan dan melapangkan dada mereka adalah satu kezaliman. Allah berfirman, maksudnya:

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.” (Surah al-Maaidah : ayat 49).


Rasulullah bersabda, “Tidaklah seorang pemimpin mempunyai jaminan kecuali ia akan datang dengannya pada hari kiamat dengan kedudukan yang terikat, entah ia akan diselamatkan oleh keadilan, atau akan dijerumuskan oleh kezalimannya.” (Riwayat Baihaqi dari Abu Hurairah dalam kitab Al-Kabir).

Saya percaya dengan paparan ini ramai yang baru menyedari bahawa Sabah masih ada misteri di sebalik kemerdekaannya. Walaupun kita tidak menganggap bumi Sabah ini sebagai sewaan, tetapi kita harus hargai pemberian Sultan Sulu. Kerajaan tidak seharusnya menyembunyikan fakta sebenar kepada rakyat kerana rakyat perlu tahu isu yang ditimbulkan.

Rasulullah bersabda, “Jika seorang pemimpin menyebarkan keraguan dalam masyarakat, ia akan merosak mereka.” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Al-hakim).
Hari ini, kita sudah tahu kedudukan Sabah, sudah tentu kita sayangkan Sabah. Kita juga tidak sanggup menyerahkan negeri itu kepada kerajaan Sulu yang masih di bawah Filipina. Oleh sebab itu, kita perlu pertahankan Sabah di bawah kepimpinan yang boleh memberi kemajuan dan kebaikan Sabah. Anda tahu peranan anda pada pilihan raya ke 13 nanti. Selamat mengundi.

http://baei.blogspot.com/

Lahad Datu: Operasi mungkin sehingga malam ini

Harakahdaily, 05 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Serangan Ofensif oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Tentera bagi menangani kerisis pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, akan diteruskan sehingga malam ini.

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar pagi ini berkata, biarpun polis dan tentera mencapai objektif yang ditetapkan namun mereka masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara.

Tinadakan ofensif di kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi ini bermula jam 7 pagi tadi menggunakan jet pejuang.

ATM menggunakan tiga unit pesawat pejuang F-18, lima unit pesawat pejuang Hawks dalam melakukan serangan bersama dengan pihak polis di darat dan anggota tentera.

Ismail juga berkata tiada kehilangan nyawa di pihak pasukan keselamatan manakala setakat ini jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh belum dapat disahkan.

Pasukan keselamatan Malaysia kini juga katanya sedang menjalankan operasi pembersihan.

Bagaimanapun, laman The Philippine Inquirer pula menyiarkan laporan jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani memberitahu satu stesen radio bahawa bom yang dilepaskan jet Malaysia jatuh ke kawasan berkenan tetapi tidak mengenai kumpulan bersenjata Sulu.

Idjirani berkata, maklumat itu disampaikan ketua kumpulan itu Azzimudie Kiram yang menghubunginya melalui telefon.

Sementara itu, bernama melaporkan beberapa ambulan bergerak di sekitar pekan Chenderawasih yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Felda Sahabat 16, tempat kumpulan penceroboh didakwa berkampung.

Selepas serangan ofensif pada pukul 7 pagi ini, sekitar kawasan itu kini tenang dan terdapat banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan ke pekan dan menuju ke Kampung Tanduo.

Bagaimanapun, bunyi deruan helikopter masih kedengaran di ruang udara kawasan itu dan di perairan pula kelihatan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat rondaan.

Bekas Panglima yakin peralihan kuasa aman

M Faqih foto Rizal Tahir, 05 Mac 2013

(Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir ketika berucap di Ketereh)

KETEREH: Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat sekali lagi memberikan keyakinan bahawa peralihan kuasa yang dijangka berlaku pada pilihan raya umum ke-13 tidak menggugat keamanan negara.

Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berkata, pasukan polis diyakini mampu mengawal keadaan sekiranya berlaku perubahan kerajaan.

“Ini kerana difahamkan kemungkinan besar berlaku perubahan kepada politik negara nanti,” katanya pada ceramah Kebangkitan Rakyat bertema ‘Kekal Kelantan Ubah Putrajaya’ di Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam di sini, malam 26 Febuari lalu.


Ikuti laporan penuh dalam Harakah Jumaat ini.


 Sejarah Ringkas Kesultanan Sulu
Posted on Tuesday, March 05 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

"Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram

Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia)

Apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun?

Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!!
Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.

Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap dan masih membayar RM5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah.

Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi
Ulasan Datuk Seri Anwar berkaitan isu di Lahad Datu *.



Kesultanan Sulu - siapa sebenarnya sultan?
Posted on Tuesday, March 05 @ 16:32:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Kuda Ranggi

Kesultanan Sulu yang diasaskan oleh seorang pedagang/pendakwah Arab yang berhijrah ke kepulauan selatan Filipina itu dari Johor, kini menimbulkan masalah dan pertanyaan, walaupun pada hakikatnya kesultanan itu tidak wujud.

Isu tuntutan ke atas Sabah oleh apa yang didakwa sebagai waris sultan Sulu sebenarnya sudah basi dan tidak dapat diterima. Rakyat Sabah atau yang dirujuk sebagai "North Borneo" itu telahpun membuat keputusan kira-kira 50 tahun lalu untuk bersama-sama Persekutuan Malaysia. Nokhtah.


Keputusan yang dibuat oleh rakyat Sabah melalui 'pungutan suara' oleh Suruhanjaya Cobbold itu disah dan diakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan diterima oleh pentadbiran Manila ketika itu. Ia tidak lagi berbangkit.

Ada beberapa dokumen yang dengan jelas dan nyata menyokong pendirian  Malaysia walaupun kerajaan membayar 'sagu hati' kepada waris kesultanan Sulu. Pembayaran itu dibuat berdasarkan satu perjanjian kuno dan sebagai kerajaan yang bertangungjawab, Putrajaya akur. Itu yang berlaku tetapi ia tidak bermakna yang Malaysia mengiktiraf atau menerima hak kesultanan Sulu ke atas Sabah, tidak sama sekali.  

Ekoran pencerobohan  oleh "askar kesultanan Sulu" di Lahad Datu dan serpihannya di Semporna, lapan nyawa anggota polis Malaysia menjadi korban. Mereka sebenarnya pengganas dan mesti diambil tindakan sewajarnya.  

Selepas tiga minggu "bertapak" di Lahad Datu dan  beberapa kali diberi peluang untuk meletak senjata dan pulang ke Sulu tetapi mereka enggan, maka kerajaan Malaysia tiada pilihan melainkan mengambil tindakan untuk menghapuskan mereka. Rakyat Malaysia menyokong penuh tindakan yang diambil oleh kerajaan. 

Satu persoalan yang timbul ialah siapa sebenarnya "sultan" Sulu? Jikapun wujud seorang "sultan" tetapi di mana "kesultanannya"?

Yang pasti "kesultanan" Sulu sudah berkubur. Tidak wujud sama seperti kesultanan Melayu Melaka, kesultanan Mempawa di Kalimantan, kesultanan Aceh dan kesultanan lain di Palembang,  Riau dan pulau Jawa.

Orang boleh mendakwa yang dia adalah waris kesultanan-kesultanan tersebut tetapi apa gunanya ada jawatan dan gelaran tetapi tiada takhta?

Merujuk kepada "kesultanan" Sulu, kita tahu ada lima orang yang mendakwa sebagai "sultan" yang sah.  Kita ingin tahu yang mana satu  sepatutnya mewarisi "kesultanan" yang tidak wujud itu?

Adakah "Sutan" Muedzul Lail Tan Kiram? atau Jamalul Kiram III? atau Datu Mohamad Akjan Datu Ali Muhammad? atau Datu Abdul Rajak Aliuddin? atau Datuk Seri Putra Eddy T. Sulaiman?

Kelima-lima mereka mengaku sebagai "sultan" Sulu yang sah. Persoalan ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa "kesultanan" Sulu sudah menjadi "sejarah" sama seperti kesultanan lain di Nusantara Melayu ini. 

Oleh itu, usah dilayan tuntutan mereka!

2020 malaysia muflis jika umno memerintah
Posted on Tuesday, March 05 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: anaabdullah

" Rakyat sewajarnya terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) jika mahu melihat Malaysia menjadi negara maju 20202.
Demikian kata Tun Dr Mahathir Mohamad bekas perdana menteri yang dikatakan sedang mengidap takut bayang bayang sendiri dalam satu ceramah kempen mengekalkan Malaysia ditangan umno/BN.
Pada penulis, jika Malaysia kekal ditangan umno/BN PRU 13 akan jadi sebauh Negara muflis, Kerana Negara satu Malaysia dikatakan ada hutang sebanyak RM 547 bilion, sedangkan rezab Negara Cuma ada sebanyak RM 437 bilion sahaja.

Oleh itu peluang untuk menjayakan wawasan 2020 sangat tipis kerana kerajaan selama lama telah mengamalkan rasuah bak irama dan lagu.

Yang menjadi peghalangnya bukan sahaja berlaku pembaziran wang rakyat secara membabi buta setelah diberi amanah sepanjang memerintah Negara. Akan tetapi ia berpunca daripada salahgunakuasa dan penyeleweangan serta rasuah yang berlaku secara bermaharajalela.
Buktinya belanjawan Negara (bajet) setiap tahun telah disalahgunakan melalui suatu kaedah penyeleweangan yang telah dikesan secara terperinci oleh Audit Negara.
Oleh itu, peluang untuk menjayakan Wawasan 2020 adalah lebih buruk  sekiranya kerajaan yang memerintah negara hari ini dikekalkan.
Pada hemat penulis, adalah sangat selamat jika parti umno/BN diberi mandat pada PRU 13 meneruskan usaha menjayakan Wawasan 2020.
Lihat sahaja pembangunan Iskandar di Johor Bahru. Siapakah pemegang saham terbesar. Sudah tentu Singapura, Hongkong dan Korea.
Negeri Johor dikatakan sudah separuh hartatanah jatuh kepada tangan orang asing melalui dasar bebas pelaburan yang digubal kerajaan umno/BN.
Oleh itu yang dikatakan kemajuan pesat dikecapi kini tidak boleh jadi bukti Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai Wawasan 2020.Sebaliknya, jika umno diberi mandat lagi memerintah kemungkinan besar akan Malaysia jadi Negara muflis.
Lebih lebih lagi keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia yang diwar warkan mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan sejak Wawasan 2020 diperkenalkan 13 tahun lalu itu hanya diatas kertas sahaja. Tidak lebih daripada itu.

 Protes di Manila, bakar foto Najib
Posted on Tuesday, March 05 @ 17:28:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh M'kini

NONE

Aktivis Filipina mengatakan protes di hadapan Kedutaan Malaysia di Makati City, Manila, mendesak supaya ditamatkan keganasan terhadap kumpulan bersenjata yang menyokong Kesultanan Sulu di Sabah.

Menurut laporan ANS-CBN News, mereka turut membakar gambar
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

Kira-kira 100 penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan pagi ini sejurus selepas pasukan keselamatan Malaysia mula menyerang Kampung Tanduo, Lahad Datu tempat tentera Kesultanan Sulu berkubu.

Penunjuk perasaan itu terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang berbeza. Sebahagian daripada penunjuk perasaan itu jelas
menyokong Kesultanan Sulu, dengan menyifatkan tentera Sulu di Sabah sebagai "Syahid Tausug".

Manakala yang NONElainnya mendesak kerajaan Filipina memulihkan tuntutan negara itu ke atas Sabah.

Connie Bragas-Regalado, yang mengetuai kumpulan hak migran Filipina - Migrante -  memberitahu portal berita Filipina, Inquirer.net bahawa tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah "benar-benar sah".

Kumpulan itu beredar secara aman sebelum tengah hari, tetapi memberi amaran bahawa akan ada lebih banyak lagi protes.

Kedutaan ditutup pagi ini. Kira-kira 50 anggota polis memantau protes tersebut.

 Ketua Penceroboh, Azzumudie diramal terbunuh! 20 Mayat Pengganas Sulu Ditemui
Posted on Tuesday, March 05 @ 17:07:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh FP



LAHAD DATU - Ketua Polis negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie dan pimpinan lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg Tanduo pagi ini.

Manakala Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.

Operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas. 

 Balu Sultan Sulu dakwa ceroboh Sabah hanya drama
Posted on Tuesday, March 05 @ 16:19:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh SInarHarian



MANILA - Balu kepada Sultan Sulu, Mohd Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah hanya satu drama dan menegaskan ia hanya sebagai pelan permainan untuk mendapatkan kembali hak milik mereka.
Bercakap kepada pemberita semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah ditawar untuk menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu ketika dahulu.
“Saya yakin perkara ini hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka.

"Saya juga bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus berlanjutan. Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai,” ujar beliau dipetik The Philippine Star.

Maryam bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "drama" tetapi mendakwa yang media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita.

Beliau yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah menubuhkan Yayasan Diraja Kesultanan Sulu.

Maryam turut berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia.

Beliau turut yakin yang kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu menyelesaikan perkara ini secara baik.



 

Tiada ulasan: