Penjelasan saya - Tian Chua
Tian Chua, | 07 Mac 2013 |
Blog dan cybertrooper pro-BN juga meyebarkan numbor telefon saya dan menghasut penyokong BN hantar mesej ancaman kepada saya.
Pada tanggal 4 Mac, Parti Umno telah hantar surat tuntutan kepada saya bahawa saya harus memohon maaf kepada Umno.
Di sini saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan yang menghina mana-mana pihak. Saya akan serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya.
Tuduhan bahawa saya telah menghina Pasukan Keselamatan adalah fitnah dan pembohongan jahat oleh pemimpin-pemimpin BN.
Saya ingin ulangi pendirian saya bahawa saya menghormati perana Pasukan Keselamatan dan jasa mereka dalam tugasan mempertahankan negara.
Saya juga bersimpati dengan anggota-anggota keselamatan yang berkorban atau menjalankan tanggungjawab dalam keadaan yang sangat mencabar.
Di sini saya ingin buat kali terakhir untuk menjelaskan kenyataan yang telah diwara-warakan oleh pemimpin-pemimpin BN dari perdana menteri ke bekas Ketua Polis Negara yang mendakwa saya menghina anggota keselamatan.
Saya ingin terangkan kontek kenyataan saya dalam KeadilanDaily.com:
Saya dihubungi wartawan untuk komen tentang pecerobohan di Lahad Datu pada pagi 1 Mac ketika ada berita antarabangsa melaporkan ada tembakan berlaku.
Saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan dan ada media black-out di Malaysia.
Perenggan yang kemudian, sesiapa pembaca celik sudah tentu faham ia dinyatakan dalam kontek ada usaha setengah-tengah pemimpin BN dan blogger cuba kaitkan pihak pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu.
Ia mesti dibaca bersama banyak artikel-artikel sebelum ini yang mendakwa saya dikirim oleh DS Anwar ke Manila untuk berunding dengan MNLF.
Juga ada dakwaan Anwar mendalangi peristiwa Lahad Datu. Segala ini telah disifatkan sebagai sandiwara oleh ramai pemimpin-pemimpin yang lain.
Perkara ini dirumitkan lagi bila ada blogger Umno termasuk Papagomo dan lain-lain rekakan berita bahawa saya berucap di Puchong menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan dengan ayat "Komando Mati Katak".
Ini fitnah yang keterlaluan dan telah membawa ancaman terhadap keselamatan peribadi saya. Saya menasihatkan semua blogger yang menyiarkan berita palsu ini untuk berhenti dalam 24 jam, dan saya akan hantar surat saman kepada sesiapa yang meneruskan sebaran berita palsu ini.
Saya amat kesal terhadap pemimpin-pemimpin BN dan juga media yang dikuasai mereka memular-belitkan kenyataan saya sehingga menghasut kebencian orang ramai yang tidak ketahui kebenaran. Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bermotif politik.
Dalam keadaan negara kita menghadap ancaman anasir-anasir ganas, keseluruhan rakyat Malaysia sepatutnya berdiri teguh memberi sokong penuh kepada Pasukan Keselamatan kita.
Malangnya, kerajaan tidak terhenti-henti menyerang politik lawan. Sepatutnya ahli-ahli politik harus menunjukkan rasional dan kematangan untuk membina kesepakatan menghadapi krisis negara.
Saya harap episod tuduh-menuduh ini boleh dihentikan serta-merta. Kepada anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa dan kesejahteraan diri, saya sampaikan penghormatan tertinggi dan harap adu-domba politik di antara kerajaan dan pembangkang tidak melemahkan semangat. Teruskan perjuangan, rakyat Malaysia menyanjungi kamu semua.
Treler PAS suntik semangat perubahan di Johor
Muhammad Faizal, | 07 Mac 2013 |
BATU PAHAT: Kehadiran treler Jelajah Negara
Berkebajikan PAS di Johor sejak semalam memberikan suntikan semangat
khususnya kepada anak muda untuk membuat perubahan politik di negeri
itu.
Hari ini, treler tersebut singgah di di Taman Seri Sulong di Parlimen Parit Sulung yang diwakili wakil rakyat BN Datuk Noraini Ahmad.
Kehadiran jentera PAS itu sekaligus memukau masyarakat di situ yang tidak melepaskan peluang mendekatinya.
Yang Dipertua PAS Parit Sulung, Khairuddin Abd Rahim berkata, kehadiran treler PAS itu menunjukkan betapa keazaman PAS untuk mengambil penguasaan parlimen itu daripada BN.
"Saya nak beritahu Noraini, traler kebangaan PAS sudah pun menawan Parlimen Parit Sulong, ini bukti Pakatan Rakyat telah bersedia menakluki parlimen ini.
"Selain itu juga kita melihat sokongan anak-anak muda telah bersama-sama kita, apabila mereka begitu gembira bila mengetahui traler sedia singgah di kawasan ini," katanya kepada Harakahdaily.
Mengulas persiapan PRU13 pula, Khairuddin berkata, pihaknya telah siap sedia malah gendang pilihan raya sudah lama dipalu dan bendera-bendera parti sudah dipasang.
Lebih mengujakan katanya, apabila mendengar berita treler ini akan singgah di sini dan pihaknya telah melakukan persiapan menyambutnya sejak seminggu lalu.
"Saya rasa inilah salah satu cara terbaik dan terkini untuk bersama Pakatan Rakyat mengorak langkah dalam membuat perubahan besar negara kita malaysia dari kerajaan rasuah kepada kerajaan yang lebih amanah.
"Saya yakin dengan jelajah ini akan mewujudkan gelombang yang besar khususnya generasi muda utk menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihanraya nanti," katanya.

2 hari lepas tuan tanah dah halau, hari ini pasang lagi’
Ahmad Danial, | 07 Mac 2013 |
MELAKA: Umno sekali lagi didapati menceroboh tanah persendirian milik seorang penduduk Kampung Bukit Katil, Md Yassin Abdul Ghani.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab dalam tinjauan ke tapak lokasi ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mendapati Umno sudah pun mendirikan beberapa buah khemah di tanah lapang tersebut.
"Umno telah memasang beberapa khemah di atas tanah Haji Md Yassin bagi mengganggu ceramah Datuk Seri Anwar malam ini. Mereka pasang khemah di tempat yang sama seperti dua hari lepas.
"Mereka memang tak ada maruah dua hari lepas tuan tanah dah halau mereka, hari ini mereka pasang lagi, memang tak tahu malu," ujar Yusof.
Beliau berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Md Yassin tentang perkara itu dan terpulanglah kepada tuan tanah untuk mengambil tindakan.
Menurutnya, Umno memang merancang untuk mengganggu ceramah itu dan telah menaikkan kain pemidang memberitahu Umi Hafilda akan berceramah malam ini.
Yusof melahirkan kekesalan di atas sikap kebudak-budakan Umno yang langsung tidak menunjukkan kematangan berpolitik walaupun dunia sudah melangkaui era globalisasi dan dunia tanpa sempadan.
"Kita berharap pihak Polis dapat mengambil tindakan. Jangan biarkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sebagaimana dua hari lepas di mana berlaku insiden tolak menolak antara kedua-dua penyokong Umno dan PR," tambahnya.
Dalam kejadian dua hari lepas, petugas-petugas Umno mendirikan khemah di atas tanah tersebut yang terletak bersebelahan Dewan Tun Ali.
Setelah khemah itu didirikan, Md Yassin dan beberapa penduduk kampung sampai dan meminta petugas-petugas Umno supaya mengalihkan khemah tersebut kerana ia didirikan tanpa kebenaran beliau.
Pada sebelah malam pula ketika program ceramah sempena jelajah treler Negara Berkebajikan PAS di lokasi yang sama, keadaan menjadi sedikit tegang apabila provokasi demi provokasi dilakukan oleh penceramah Umno terhadap PAS.
Tiba-tiba saja negara digemparkan dengan peristiwa berdarah di Sabah di
mana mengundang seluruh perhatian baik dalam mahupun luar negara.
Pelbagai tafsiran, andaian dan petunjuk telah bermunculan di pelbagai media baik tempatan mahupun antarabangsa. Hal ini kerana peristiwa tersebut sangat mengejutkan, yang tidak pernah terfikirkanpun oleh banyak orang sebelum ini.
Peristiwa di Sabah ini secara kebetulan berlaku hampir benar dengan PRU akan datang yang dijangka sebulan dari sekarang. Iaitu segala jentera parti yang bertanding – khususnya Pakatan Rakyat – sedang bekerja keras membuat persiapan mereka.
Oleh itu, pendukung Pakatan Rakyat sewajarnya memaksimakan kera persiapan ini dan sama sekali tidak terganggung dengan peristiwa berdarah di Sabah itu.
Sementara itu, pendokong Pakatan Rakyat di Sabah sendiri, diberitakan, terus meningkatkan kerja-kera persiapan menghadapi pertarungan besar PRU akan datang itu. Tentunya dengan peristiwa yang berlaku di negeri di bawah bayu itu akan mengundang perhatian lebih besar peringkat nasional mahupun antara bangsa mengenai PRU ini.
Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling memberitahu saya di Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam dua minggu lalu bahawa, Insya-Allah, PAS Sabah akan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam PRU akan datang.
Menurutnya, petugas PAS Sabah sangat dedikasi dan sangat tinggi semangat dan komitmen mereka, dalam masa yang sama penerimaan rakyat Sabah juga sangat memberansangkan, jauh berbeza dari masa lalu.
“Kami bekerja secara berpasukan dan sedang mengumpul dana untuk melancaran gerak kerja itu. Oleh itu sumbangan orang ramai sangat dialu-alukan,” katanya.
Menurut Aminuddin Aling lagi, semua kawasan PAS di Sabah sudah beroperasi sepenuhnya dan mendapat kerjasama erat dengan petugas dari PKR dan DAP.
Walaupun menghadapi masalah pekerja asing yang begitu ramai di Sabah, PAS negeri itu tidak putus asa malah yakin pengundi di Sabah akan menyebelahi Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Setiausaha Perhubungan PAS Sabah, Awang Laiman Haji Ikin memberitahu saya bahawa sejauh ini Pakatan Rakyat menjadi harapan rakyat Sabah untuk membela nasib mereka dan menyelesaikan masalah yang berlaku.
Oleh sebab itu, katanya, PAS sebagai salah satu komponan Pakatan berusaha keras bersama anggota komponan yang lain dalam Pakatan untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi Dun dan Parlimen dalam PRU akan datang.
Setakat ini, katanya, di mana saja program PAS/Pakatan, sambutan rakyat sangat menggalakkan.
“Kami berusaha mendekati rakyat, memberikan sumbangan kepada yang kurang bernasib baik dan menolong seberapa yang terdaya. Semua petugas kawasan PAS seluruh Sabah sudah diarahkan turun padang mengambil tahu masalah rakyat,” katanya.
Seorang petugas PAS, Amin Abdullah, memberitahu: “Dengan kebanjiran begitu samai pekerja asing atau orang asing di Sabah ini, mungkin saja ada hikmah dari Allah. Tidak ada siapa yang boleh menduga kerana semuanya ini Allah saja yang mengetahui,” katanya.
Yang penting, kata beliau, PAS mesti bekerja kuat mendekati rakyat dan kerja ini walaupun sukar di Sabah, kerana perhubungan dan jalan di pedalaman sangat teruk tetapi mesti dilakukan juga.
“Pembangunan di pedalaman Sabah hanya satu mimpi walaupun Sabah kaya dengan minyak, balak dan kekayaan lain,” katanya.
Sementara itu program PAS Sabah yang berbentuk dialog antara agama baru-baru ini berjaya menyuntik minat masyarakat bukan Islam di negeri itu untuk lebih memahami perjuangan parti Islam.
PAS, yang seringkali dimomokkan oleh BN sebagai sebuah parti pelampau dan eksklusif kini ia tidak lagi menjadi bahan ketakutan masyarakat bukan Islam untuk lebih rapat serta mengenali secara mendalam mengenai PAS.
Menurut AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, PAS sentiasa membuka pintu untuk berdialog dengan semua pihak dalam menerangkan pendirian parti itu terhadap isu semasa yang berlaku.
“Dengan penjelasan yang baik dan ilmiah, ketinggian dan keadilan ajaran Islam dapat ditunjukkan kepada masyarakat bukan-muslim, katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Malaysia, dalam rangka lawatan ke Sabah, padat dengan pelbagai program yang telah diatur oleh PAS Sepanggar, Pitas dan Tuaran.
Beliau dan beberapa pimpinan daripada komponen Pakatan Rakyat turut menyampaikan ucapan bersama kaum Tionghua di Menggatal. Dalam program yang sama, beliau turut diberi peluang berdialog dalam program ‘Dialog Rakyat: Keamanan Hubungan Antara Agama’ yang dianjurkan oleh PKR Cabang Tuaran di mana telah memberi ruang kepada pemimpin PAS itu menjelaskan perjuangan PAS untuk membela rakyat dan menegakkan keadilan. Pada akhir program, Dr. Mujahid telah merasmikan pelancaran ‘Impian Malaysia’ peringkat negeri Sabah.
Ternyata walaupun Sabah dilanda krisis, namun semangat pendokong PAS/Pakatan Rakyat ternyata tetap teguh, malah semakin meningkatkan gerak keja mereka untuk menghadapi PRU akan datang. PAS/Pakatan Rakyat Sabah telah mendapatkan lonjakan imej sejak beberapa bulan lalu apabila, pemimpin Umno/BN negeri itu - Timbalan Menteri, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin serta anggota Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing meninggalkan Umno/BN dan menyertai parti dalam Pakatan Rakyat.
Selepas itu, Datuk Yahya Lampung, seorang pemimpin yang amat disegani juga menyertai PAS setelah mendengar kemurnian PAS dan kemudian bertemu sendiri dengan Tuan Guru Nik Abd Aziz di Kota Bharu.
Akhir-akhir ini pula semakin ramai pendukung BN Sabah menurut jejak pemimpin mereka menyertai Pakatan Rakyat, khususnya PAS. Semuanya ini memberikan gambaran jelas bahawa tsunami politik akan berlaku dalam PRU akan datang, bukan saja di Semenanjung, tetapi juga di Sabah dan Sarawak.
Jika Johor, Sabah dan Sarawak – kubu kuat Umno - dapat diruntuhkan, tsunami politik akan sampai ke seluruh negara dalam PRU akan datang.

PAS Sabah pertingkat kegiatan
Abd Shukur Harun, | 07 Mac 2013 |

Sultan Sulu minta gencatan senjata
Harakahdaily, | 07 Mac 2013 |
MANILA: Sultan Sulu, Jamalul Kiram III memohon diadakan genjatan senjatan berikutan kematian ramai pengikutnya di Lahad Datu.
Pengumuman ini dibuat beliau di Astanah Kiram, Kampung Maharlika, Taguig City, jam 12:26 tengahari tadi.
Di samping meminta pengikutanya mematuhi genjatan senjata itu beliau juga meminta kerajaan Malaysia juga mengisytiharkan genjatan senjata bagi mengelakkan kehilangan nyawa yang lebih besar.
Sehingga kini, sudah 10 tenteranya meninggal ekoran serangan yang dibuat oleh tentera dan polis Malaysia ke atas pengikutnya.
Jurucakapnya, Abraham Idjirani (gambar) pula berkata, kira-kira 10 lagi orang mereka kini ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Idjirani berkata, walaupun Sultan mereka mengisytiharkan genjatan senjata, pasukan berada dalam mood bertahan.
Genjatan senjata ini diisytiharkani ketika pasukan tentera dan polis Malaysia melancarkan serangan lagi pagi ini.
Jamalul juga mengalu-alukan permintaan dari Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon yang meminta agar pertumpahan darah dihentikan dan diadakan perbincangan.
Isu konflik di Sabah antara tentera kesultanan Sulu dengan pasukan
keselamatan Malaysia biarlah diselesaikan oleh kerajaan yang memerintah
hari ini. Itu tanggungjawab mereka. Tak perlu semua pihak nak bincang
strategi pertahanan dan keselamatan negara. Kecuali kalau Datuk Seri
Najib selaku Perdana Menteri rasa tidak mampu lagi untuk mengawal
kedaulatan negara, maka bolehlah beliau bercadang untuk menggunakan
khidmat Unit Amal atau kumpulan samseng pro Umno yang sangat gagah
mengawal Felda. Selagi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dalam
PRU12 lalu rasa mampu mengendalikan isu tersebut, biarkan mereka.
Jangankan pihak pembangkang, Tun Mahathir selaku bekas Perdana Menteri
pun sepatutnya diam. Tak payahlah nak mengajar Najib itu dan ini. Zaman
Tun melingkupkan negara sudah berlalu, sekarang zaman Najib.
Apa yang penulis lebih tertarik dalam konflik di Sabah ini bukannya cerita pertempuran atau ‘peperangan’ fizikal pihak terbabit (kerana itu urusan kerajaan Pusat bukan urusan rakyat biasa) tetapi ialah peperangan siber atau peperangan alam maya yang melatari peristiwa tersebut. Ia menjadi sampel terbaik bahawa; inilah bentuk peperangan penting yang akan mengubah ‘kecenderungan membuat keputusan’ rakyat dalam PRU13 ini.
Sejurus selepas kumpulan tentera Sulu dilaporkan mendarat di Lahad Datu, pelbagai kenyataan keluar dari pihak tertentu. Seperti biasa BN tidak akan membiarkan apa saja perkara sensasi berlalu tanpa mengaitkannya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Media asing, Inquirer News mendedahkan kononnya berlaku pertemuan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dengan kerabat Sultan Sulu.
Kononnya, menurut laporan perisik Filipina, pemimpin berkenaan merupakan individu yang sedang mengintai ruang untuk menjadi Ketua Menteri Sabah seandainya Pakatan mampu menawan negeri tersebut selepas PRU13 nanti.
Lalu dikaitkan kononnya, Pasukan Perisik Filipina juga mendedahkan tentang janji pemimpin Pakatan berkenaan untuk memberikan Sabah kepada kerabat Sultan Sulu jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan yang ada sekarang dan menyokong Sultan Sulu di dalam usaha untuk mengambil balik Sabah dari Malaysia.
Pelbagai lagi tuduhan yang direndangkan terhadap Anwar termasuk menyiarkan gambar eksklusif kononnya pertemuan sulit beliau dengan pemimpin MINF, Nur Misuari walaupun sebenarnya itu foto lama yang dikitar semula.
Rentetan itu berlakulah babak propaganda serangan peribadi terhadap Anwar oleh semua media utama negara, demonstratsi dan laporan polis.
Sejurus selepas itu, aktivis maya pro pakatan mendedahkan perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengupah media Amerika Syarikat untuk memburuk-burukkan reputasi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka memetik portal berita portal BuzzFeed bahawa, bayaran dibuat kepada beberapa wartawan konservatif Amerika yang bekerja di Huffington Post, San Francisco Examiner, Washington Times, Natinal Review dan Red State.
Kempen itu dikatakan bermula Mei 2008 hingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua Trevino. Trevino didakwa menerima bayaran USD389,724,70.
Mengikut portal itu, antara 10 nama yang terlibat memburuk-burukkan nama Anwar ialah Ben Domenech; Pengarah Pusat Demokrasi Amerika, Rachel Ehrenfeld; Editor majalah Commentary, Seth Mandel; Penulis Red State, Brad Jackson dan beberapa nama lagi. Maknya, projek mengaitkan Anwar dalam isu pencerobohan tentera Sulu dan lain-lain fitnah jahat adalah berbayar.
Fitnah
itu ‘berjawab’. Berikutnya media maya pro Pakatan menyiarkan pula
laporan media Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph),
pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas
mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.
Ia dikaitkan pula dengan projek pemberian kad pengenalan terhadap warga Filipina yang diakui sendiri oleh Tun Mahathir. Ia dilakukan untuk membolehkan rakyat Malaysia segera itu mengundi BN dalam PRU.
Tidak cukup dengan itu belambak koleksi foto Najib, Tun Abdullah Badawi serta lain-lain pemimpin Umno diraikan oleh Sultan Sulu Jamalul Kiram dimuatnaik ke laman maya untuk menguatkan bukti hubungan Najib dengan Sultan Sulu. Seterusnya foto delegasi yang dikatakan keturunan Sulu diraikan di Perhimpunan Agung Umno turut dipaparkan.
Pendedahan yang lebih memeritkan Umno ialah beberapa pemimpin utama kesultanan Sulu diberi kerakyatan di negara ini, malah pernah menjadi orang penting Umno dan Pekida. Semua pendedahan itu dipaparkan dengan bukti sehingga media-media utama Umno pun tidak mampu menolaknya. Seorang waris Sultan Sulu didedahkan diberi sijil kelahiran Malaysia, kad pengenalan dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Sementara itu pemegang akaun FB dan Twitter terus membelasah kerajaan BN yang gagal mengawal kedaulatan negara apabila dengan mudah saja sempadan negara dibolosi. Senjata api boleh dibawa masuk dengan begitu mudah. Apa yang Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri buat? Sibuk dengan urusan politik sajakah?
Begitulah meriahnya alam maya Malaysia. Sebutir peluru yang ditembak oleh BN, berdozen peluru dari aktivis maya Pakatan dibalas hingga BN tak terkata apa-apa.
Hakikatnya itulah gambaran peperangan untuk PRU13 ini, peperangan sengit di alam maya. Dan isu konflik berkaitan Sulu di Sabah adalah contoh terbaik di mana Pakatan Rakyat memenangi peperangan siber. Ia dapat membantu rakyat membuat keputusan di peti undi nanti. - http://kedahla.blogspot.com
Pengumuman ini dibuat beliau di Astanah Kiram, Kampung Maharlika, Taguig City, jam 12:26 tengahari tadi.
Di samping meminta pengikutanya mematuhi genjatan senjata itu beliau juga meminta kerajaan Malaysia juga mengisytiharkan genjatan senjata bagi mengelakkan kehilangan nyawa yang lebih besar.
Sehingga kini, sudah 10 tenteranya meninggal ekoran serangan yang dibuat oleh tentera dan polis Malaysia ke atas pengikutnya.
Jurucakapnya, Abraham Idjirani (gambar) pula berkata, kira-kira 10 lagi orang mereka kini ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Idjirani berkata, walaupun Sultan mereka mengisytiharkan genjatan senjata, pasukan berada dalam mood bertahan.
Genjatan senjata ini diisytiharkani ketika pasukan tentera dan polis Malaysia melancarkan serangan lagi pagi ini.
Jamalul juga mengalu-alukan permintaan dari Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon yang meminta agar pertumpahan darah dihentikan dan diadakan perbincangan.
Contoh terbaik perang siber dimenangi Pakatan
Zulkifli Yahaya, | 07 Mac 2013 |
Apa yang penulis lebih tertarik dalam konflik di Sabah ini bukannya cerita pertempuran atau ‘peperangan’ fizikal pihak terbabit (kerana itu urusan kerajaan Pusat bukan urusan rakyat biasa) tetapi ialah peperangan siber atau peperangan alam maya yang melatari peristiwa tersebut. Ia menjadi sampel terbaik bahawa; inilah bentuk peperangan penting yang akan mengubah ‘kecenderungan membuat keputusan’ rakyat dalam PRU13 ini.
Sejurus selepas kumpulan tentera Sulu dilaporkan mendarat di Lahad Datu, pelbagai kenyataan keluar dari pihak tertentu. Seperti biasa BN tidak akan membiarkan apa saja perkara sensasi berlalu tanpa mengaitkannya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Media asing, Inquirer News mendedahkan kononnya berlaku pertemuan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dengan kerabat Sultan Sulu.
Kononnya, menurut laporan perisik Filipina, pemimpin berkenaan merupakan individu yang sedang mengintai ruang untuk menjadi Ketua Menteri Sabah seandainya Pakatan mampu menawan negeri tersebut selepas PRU13 nanti.
Lalu dikaitkan kononnya, Pasukan Perisik Filipina juga mendedahkan tentang janji pemimpin Pakatan berkenaan untuk memberikan Sabah kepada kerabat Sultan Sulu jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan yang ada sekarang dan menyokong Sultan Sulu di dalam usaha untuk mengambil balik Sabah dari Malaysia.
Pelbagai lagi tuduhan yang direndangkan terhadap Anwar termasuk menyiarkan gambar eksklusif kononnya pertemuan sulit beliau dengan pemimpin MINF, Nur Misuari walaupun sebenarnya itu foto lama yang dikitar semula.
Rentetan itu berlakulah babak propaganda serangan peribadi terhadap Anwar oleh semua media utama negara, demonstratsi dan laporan polis.
Sejurus selepas itu, aktivis maya pro pakatan mendedahkan perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengupah media Amerika Syarikat untuk memburuk-burukkan reputasi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka memetik portal berita portal BuzzFeed bahawa, bayaran dibuat kepada beberapa wartawan konservatif Amerika yang bekerja di Huffington Post, San Francisco Examiner, Washington Times, Natinal Review dan Red State.
Kempen itu dikatakan bermula Mei 2008 hingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua Trevino. Trevino didakwa menerima bayaran USD389,724,70.
Mengikut portal itu, antara 10 nama yang terlibat memburuk-burukkan nama Anwar ialah Ben Domenech; Pengarah Pusat Demokrasi Amerika, Rachel Ehrenfeld; Editor majalah Commentary, Seth Mandel; Penulis Red State, Brad Jackson dan beberapa nama lagi. Maknya, projek mengaitkan Anwar dalam isu pencerobohan tentera Sulu dan lain-lain fitnah jahat adalah berbayar.
Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.
Ia dikaitkan pula dengan projek pemberian kad pengenalan terhadap warga Filipina yang diakui sendiri oleh Tun Mahathir. Ia dilakukan untuk membolehkan rakyat Malaysia segera itu mengundi BN dalam PRU.
Tidak cukup dengan itu belambak koleksi foto Najib, Tun Abdullah Badawi serta lain-lain pemimpin Umno diraikan oleh Sultan Sulu Jamalul Kiram dimuatnaik ke laman maya untuk menguatkan bukti hubungan Najib dengan Sultan Sulu. Seterusnya foto delegasi yang dikatakan keturunan Sulu diraikan di Perhimpunan Agung Umno turut dipaparkan.
Pendedahan yang lebih memeritkan Umno ialah beberapa pemimpin utama kesultanan Sulu diberi kerakyatan di negara ini, malah pernah menjadi orang penting Umno dan Pekida. Semua pendedahan itu dipaparkan dengan bukti sehingga media-media utama Umno pun tidak mampu menolaknya. Seorang waris Sultan Sulu didedahkan diberi sijil kelahiran Malaysia, kad pengenalan dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Sementara itu pemegang akaun FB dan Twitter terus membelasah kerajaan BN yang gagal mengawal kedaulatan negara apabila dengan mudah saja sempadan negara dibolosi. Senjata api boleh dibawa masuk dengan begitu mudah. Apa yang Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri buat? Sibuk dengan urusan politik sajakah?
Begitulah meriahnya alam maya Malaysia. Sebutir peluru yang ditembak oleh BN, berdozen peluru dari aktivis maya Pakatan dibalas hingga BN tak terkata apa-apa.
Hakikatnya itulah gambaran peperangan untuk PRU13 ini, peperangan sengit di alam maya. Dan isu konflik berkaitan Sulu di Sabah adalah contoh terbaik di mana Pakatan Rakyat memenangi peperangan siber. Ia dapat membantu rakyat membuat keputusan di peti undi nanti. - http://kedahla.blogspot.com
PAS harap Najib ke Sabah dapat amankan negara
Hazayani Zakaria, | 07 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS
terus mendoakan keselamatan pihak polis dan tentera yang sedang
mempertaruhkan nyawa di Sabah demi menjaga kedaulatan negara, kata Naib
Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, PAS amat berharap isu pencerobohan di Sabah oleh kumpulan yang mendakwa pengikut Sultan Sulu itu dapat ditangani dengan bijak dan bertanggungjawab.
"PAS sentiasa mendoakan keselamatan pasukan keselamatan kita dan berharap mereka sabar hadapi tugas berat ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Namun beliau bimbang kejadian tembak-tembak yang terus berlaku hari ini akan menimbulkan keresahan rakyat dan spekulasi yang boleh memburukkan lagi keadaan.
"Kita bimbang jika keadaan tembak-menembak ini berterusan ia akan menimbulkan keresahan dan spekulasi yang tak dapat dielakkan di kalangan rakyat," katanya.
Akhbar pagi tadi melaporkan, kejadian tembak-menembak kembali meletus di kawasan operasi Kampung Tanduo ketika pasukan keselamatan Malaysia meneruskan operasi mencari saki baki kumpulan penceroboh.
Justeru Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian sekali lagi mengulangi gesaan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar parlimen bagi membincangkan isu yang telah melibatkan pertumpahan darah ini.
"Saya ulangi gesaan agar Perdana Menteri mengadakan sidang khas parlimen untuk terangkan kepada Ahli Parlimen dan rakyat tahap keselamatan negara kita, apa yang sedang berlaku di sana," tegasnya.
Beliau juga berharap Najib dapat melakukan sesuatu dengan kehadirannya ke Sabah hari ini.
"Saya harap dengan kehadiran Najib ke Sabah, beliau dapat lakukan sesuatu untuk keamanan di sana," katanya.

PAS tubuh JK Bertindak Kedaulatan Negara
Harakahdaily, | 07 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR:
PAS menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Kedaulatan, Keselamatan Negara
dan Rakyat kerana menyedari betapa pentingnya isu kedaulatan negara yang
bukan sahaja menjadi tanggungjawab pasukan keselamatan, serta keperluan
rakyat Malaysia bersatu padu menumpahkan taat setia kepada negara dalam
keadaan yang genting seperti ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, penubuhan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Pusat semalam.
Jawatankuasa itu, ujarnya akan dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Timbalan Pengerusi Datuk Fauzi Shaari (mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Di Raja Malaysia, Bukit Aman) dan akan dianggotai oleh tokoh-tokoh dari kalangan bekas-bekas pegawai tinggi polis dan tentera, mantan pegawai-pegawai kerajaan dan veteran politik.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil berat dan memantau dengan serius perkembangan isu pencerobohan yang berlaku di Sabah kerana ia berkaitan dengan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Malaysia dalam negara mereka sendiri.
Kehilangan nyawa anggota keselamatan yang menjalankan tugas secara professional menjaga keselamatan negara ini pula tentulah akan dikenang dalam lipatan sejarah sebagai satu pengorbanan yang teramat tinggi nilainya.
Pada masa yang sama, pendedahan demi pendedahan terhadap wujudnya kelemahan wibawa kepimpinan negara dalam menguruskan isu tuntutan serta menyelesaikan punca masalah (root–cause) krisis ini dari mula berputik sehingga kini menjadi satu tragedi sebagaimana yang dipaparkan kepada kita melalui berbagai bentuk media, telah membuka mata kita betapa bahayanya negara ini jika kita meletakkan masa depan negara di tangan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah selama lebih 50 tahun ini.
PAS juga berpendirian dalam situasi hari ini keselamatan rakyat Malaysia sama ada dari kalangan pasukan keselamatan yang sedang bertugas dan rakyat keseluruhan perlu menjadi keutamaan, bukannya mempertikaikan kesetiaan mana-mana pihak terhadap negara.
PAS yakin seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai kaum termasuklah mereka dari keturunan Sulu yang menjadi warga negara Malaysia itu akan menumpahkan taat setia kepada Malaysia.
Dengan sebab itu, tindakan mana-mana pihak yang menggelar rakyat Malaysia yang lain sebagai pengkhianat atau musuh dalam selimut boleh mencetuskan ketegangan kaum dan akan menimbulkan satu lagi masalah baru kepada Malaysia.
Menyedari betapa pentingnya isu kedaulatan negara yang bukan sahaja menjadi tanggungjawab pasukan keselamatan, serta keperluan rakyat Malaysia bersatu padu menumpahkan taat setia kepada negara dalam keadaan yang genting seperti ini, PAS dalam Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya semalam telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Kedaulatan, Keselamatan Negara dan Rakyat.
Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Timbalan Pengerusi Datuk Fauzi Shaari (mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Di Raja Malaysia, Bukit Aman) dan akan dianggotai oleh tokoh-tokoh dari kalangan bekas-bekas pegawai tinggi polis dan tentera, mantan pegawai-pegawai kerajaan dan veteran politik.
Jawatankuasa ini berperanan utama untuk meneliti, menilai dan membuat cadangan terhadap isu-isu kedaulatan dan keselamatan negara serta rakyat setelah kita melihat kegagalan dan kelemahan ketara di pihak kerajaan pimpinan BN yang ada ini.
PAS juga mengalu-alukan langkah pro-aktif Dewan Pemuda PAS yang mewujudkan tabung khusus bagi membantu keluarga anggota keselamatan yang ditimpa musibah ini, dan saya meminta agar setiap ahli PAS di seluruh negara turut sama memberikan sumbangan sekurang-kurangnya seringgit bagi setiap orang sebagai satu amal kebajikan.
Akhir sekali, PAS menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mempertingkatkan iltizam kita untuk mempertahankan kedaulatan negara dan terus memupuk semangat perpaduan bagi mengelakkan ketegangan kaum yang boleh timbul akibat isu pencerobohan ini.
Rakyat Malaysia keseluruhannya mesti menghindari provokasi mana-mana pihak yang cuba ‘menangguk di air keruh’ untuk meraih kepentingan mereka yang sempit, dan mengutamakan solidariti rakyat Malaysia di saat-saat genting seperti ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan