Seorang lagi penceroboh ditembak mati
Satu
lagi penceroboh yang cuba untuk meloloskan diri daripada kepungan
pasukan keselamatan di Lahad Datu pagi ini telah ditembak mati, kata
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.Katanya, pada kira-kira jam 6 pagi ini, salah seorang daripada penceroboh cuba untuk melepaskan diri daripada di Tanjung Batu.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat Residence,
Ismail berkata berlaku tembak menembak dan pasukan keselamatan berjaya menembaknya (sekitar jam 8 pagi).
Dengan ini, sejumlah 34 musuh telah terbunuh sejak awal serangan habis-habisan Ops Daulat dilancarkan di zon merah pada 5 Mac.
Ini menjadi jumlah musuh yang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu ialah 53 orang.
Di samping itu, seramai 79 suspek ditangkap di seluruh Sabah berhubung pencerobohan tersebut sejak krisis itu bermula.
Kesemua mereka ditangkap di luar zon operasi kecuali tiga orang yang cuba melarikan diri daripada kepungan di Kampung Tanduo pada 2 Mac.
Ismail sekali lagi menegaskan bahawa musuh tidak menawan mana-mana anggota pasukan keselamatan sebagai tebusan dan beliau hairan berhubung tuntutan untuk bertukar tawanan.
Fokus utama operasi itu sekarang ialah di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu yang merangkumi kawasan seluas tujuh kilometer persegi.
Siri letupan bom terbaru di zon merah Op Daulat
Di
Felda Sahabat 16, Beberapa bunyi dentuman bom kedengaran datang dari
kawasan zon merah Op Daulat pada jam 1 pagi dan 7.30 pagi ini
Siri letupan letupan itu kedengaran selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan sulu yang menjadi Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, sebagai kubu mereka sejak 12 Februari lalu.
Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat.
Namun bagi penduduk Felda, Norashikin Sarbani, 33, berkata mendengar bunyi letupan itu membuatkan hatinya berdebar tetapi yakin ia bunyi letupan daripada pasukan keselamatan.
"Kami di sini rasa lebih selamat kerana kehadiran pasukan keselamatan yang ramai. Kami sudah tidak takut," katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat, Khamis lalu berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.
Gerakan Op Daulat yang memasuki hari kelima hari ini mengesahkan 52 penceroboh militan terbunuh.
Sejak pencerobohan itu juga seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.
Malahan bagi peneroka Mujhi Bakrun, 39, beliau kini tidak perlu risau kerana kesungguhan kerajaan untuk menghapuskan kumpulan penceroboh militan itu.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat di Sabah," katanya.
Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka tiba di Felda Sahabat pada 10 pagi ini untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada 1,800 penduduk kampung yang berpindah dari zon merah serta ditempatkan di Dewan Cenderawasih, Dewan Embara Budi dan Dewan Fajar Harapan dekat Lahad Datu.
- Bernama
Siri letupan letupan itu kedengaran selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan sulu yang menjadi Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, sebagai kubu mereka sejak 12 Februari lalu.
Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat.
Namun bagi penduduk Felda, Norashikin Sarbani, 33, berkata mendengar bunyi letupan itu membuatkan hatinya berdebar tetapi yakin ia bunyi letupan daripada pasukan keselamatan.
"Kami di sini rasa lebih selamat kerana kehadiran pasukan keselamatan yang ramai. Kami sudah tidak takut," katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat, Khamis lalu berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.
Gerakan Op Daulat yang memasuki hari kelima hari ini mengesahkan 52 penceroboh militan terbunuh.
Sejak pencerobohan itu juga seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.
Malahan bagi peneroka Mujhi Bakrun, 39, beliau kini tidak perlu risau kerana kesungguhan kerajaan untuk menghapuskan kumpulan penceroboh militan itu.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat di Sabah," katanya.
Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka tiba di Felda Sahabat pada 10 pagi ini untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada 1,800 penduduk kampung yang berpindah dari zon merah serta ditempatkan di Dewan Cenderawasih, Dewan Embara Budi dan Dewan Fajar Harapan dekat Lahad Datu.
- Bernama
Ribuan kata 'Ya' di majlis 308 Pakatan
Lebih
15,000 membanjiri majlis ulangtahun kelima 308 Pakatan Rakyat di
Esplanade malam tadi bagi mengingati kemenangan Pakatan merampas Pulau
Pinang dari BN pada 2008.Pada 2008, pilihan raya umum yang dikenali sebagai 'tsunami politik', telah menyaksikan lima negeri, termasuk Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan, manakala BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang tiba di padang Dewan Bandaraya selepas pukul 9 malam dengan disambut tepukan gemuruh orang ramai, gembira dengan respon hadirin, dan menganggarakan dalam tweetnya jumlah mereka ialah kira-kira 50,000.
Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih kepada penduduk Pulau Pinang yang memberi kemenangan kepada Pakatan pada 8 Mac itu.
Sebelum itu, jalan-jalan sekitar Padang Kota Lama menjadi
sesak, sehingga ramai terpaksa meletakkan kenderaan mereka kira-kira 1 km jauhnya, dan berjalan kaki untuk menghadiri majlis tersebut.
Ramai yang meletakkan kenderaan mereka di luas tempat parkir yang sah, dan disaman oleh polis. Saman-saman itu kemudiannya dikutip oleh setiausaha politik Lim, Ng Wei Aik, yang merancang untuk bertemu pihak berkuasa berhubung perkara itu.
Polis kesan saki-baki senjata penceroboh dii Kpg Simunul
Polis
hari ini menjalankan pemeriksaan di Lorong 5, Kampung Simunul, di
Semporna bagi mengesan saki-baki senjata kumpulan penceroboh militan
yang terlibat dalam kejadian serangan hendap 2 Mac lepas. Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata pemeriksaan itu melibatkan kira-kira 100 anggota polis dari komando VAT 69, Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am Batalion 14 dan Unit Forensik.
"Selain untuk mengesan senjata api, kami juga membuat lakaran lokasi kejadian termasuk lakaran laut secara spesifik," katanya ketika dihubungi di Semporna hari ini.
Tinjauan Bernama ke lokasi kejadian mendapati pemeriksaan yang bermula seawal 8 pagi dan berakhir lima jam kemudiaan mendapati rata-rata penduduk melahirkan perasaan lega apabila polis menjalankan pemeriksaan di kawasan itu.
Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata pemeriksaan seumpama itu adalah yang pertama sejak kejadian serangan hendap yang mengorbankan enam anggota polis dan menyebabkan enam musuh terbunuh.
"Ketika polis membuat pemeriksaan, penduduk yang berada di dalam rumah diarah tidak keluar rumah, manakala yang ingin masuk ke dalam rumah diarah tunggu sehingga pemeriksaan selesai," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata pemeriksaan anggota pasukan keselamatan itu menimbulkan perasaan lega penduduk yang sebelum ini hidup dalam kebimbangan berikutan kejadian pertempuran antara polis dan penceroboh militan itu.
"Penduduk kampung kini boleh menarik nafas lega dan meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya.
Ditanya mengenai jumlah penduduk yang kembali ke kampung, beliau berkata, minggu lepas jumlah penduduk yang meninggalkan kampung ini hampir 1,000 orang tetapi hari ini hanya tinggal 300 orang yang belum pulang.
- Bernama
Saiful dakwa ayah jadi mangsa politik Anwar
Saiful
Bukhari Azlan meminta ayahnya, Azlan Mohd Lazim kembali ke pangkal
jalan kerana didakwanya "telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk
bernama Anwar bin Ibrahim".Beliau membuat kenyataan itu dalam satu sidang media sebentar tadi selepas bapanya pagi tadi memohon maaf kepada Anwar dan mendakwa tuduhan liwat terhadap ketua umum PKR itu selama ini satu konspirasi politik.
"Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya," kata Saiful.
"Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan hingga akhir hayat," katanya sambil menambah beliau telah memaafkan bapanya.
Menurutnya, beliau tidak tahu sebab ayahnya membuat dakwaan itu pagi tadi.
Katanya, beliau sendiri sebelum ini langsung tiada masalah dengan ayahnya itu dan kali terakhir berbual dengan beliau menerusi telefon semalam.
Saiful yang memberitahu dia akan berkahwin dua minggu lagi, berkata, dia dan bapanya turut bercuti ke Kelantan baru-baru ini dan ada bertemu lagi dengan bapanya Isnin lalu.
Namun, cubaan untuk menghubungi bapanya tengah hari tadi gagal kerana bapanya dipercayai mematikan telefonnya, kata saiful lagi.
Menurut Saiful, beliau yakin ayahnya "menjadi mangsa politik Anwar" kerana sidang media ayahnya pagi tadi diaturkan seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat, dan dilakukan untuk "mengalih perhatian isu pengkhianat negara".
"Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat saya kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.
"Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim," katanya yang turut ditemani peguam pemerhati kesnya sebelum ini, Zamri Idrus.
Dalam sidang media pagi tadi, Azlan turut mendakwa segala kenyataan Saiful dalam perbicaraan liwatnya sebelum ini diaturkan oleh Zamri.
Menjawab soalan wartawan, Zamri menafikan perkara itu dan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Azlan berhubung dakwaan tersebut.
Konflik Sabah rumitkan keadaan untuk Najib, lapor BofAML
Konflik
di Sabah antara pengikut Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan
Malaysia boleh menjejaskan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak dan pilihan raya umum Malaysia, kata Bank of America Merrill
Lynch (BofAML).Dalam nota penyelidikan terbarunya yang bertarikh 7 Mac, BofAML berkata kajiselidik yang dijalankan pada bulan Januari hingga Februari itu menunjukkan bahawa populariti Najib merosot, didorong oleh penurunan dalam sentimen pengundi Melayu, manakala rasa "tidak puas hati" dengan BN dan kerajaan, meningkat.
"Krisis berterusan di Sabah (Lahad Datu) juga boleh merumitkan keadaan untuk PM Najib. Sabah adalah salah satu kubu kuat BN. Sabah dan Sarawak menyumbang satu pertiga daripada Kerusi parlimen BN dalam pilihan raya umum ke-12," kata bank itu.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, krisis tersebut, bagaimanapun, tidak menjejaskan persiapan untuk pilihan raya umum ke-13 kata BofAML.
Pada hari Khamis, Malaysia menolak permintaan Sultan Sulu Jamalul Kiram III untuk mengadakan gencatan senjata.
Lebih 200 pengikut Kiram belayar ke Sabah bulan lepas untuk menuntut wilayah tersebut.
Jangan bohong, kata anak mangsa kemalangan di Manjung
"Jangan
berbohong. Jangan jadi orang yang tidak jujur. Saya juga akan menuntut
keadilan untuk mak saya," kata Tan Yu Sing - anak wanita warga emas yang
maut dilanggar trak Hilux yang digunakan oleh Umno di sebuah jalan raya
di Manjung."Sebenarnya tidak ada orang bertatu pun. Dan di dalam kereta itu ada tiga orang selain pemandu.
"Selepas kemalangan, dua orang telah mencabut logo dacing dan
gambar Zambry. Selepas itu, pemandu pergi dan yang tinggal dua orang tu je di tempat kejadian," kata ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Sementara itu, menurut anak lelaki wanita berkenaan, Tan Yu Sing, meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu terbabit.
Beliau juga meminta agar pemimpin Umno tidak lepas tangan berhubung kejadian itu.
"Sebagai pemimpin Umno, anda tidak sepatutnya lepas tangan. Orang yang melanggar itu harus dihukum.
"Jangan berbohong. Jangan jadi orang yang tidak jujur. Saya juga akan menuntut keadilan untuk mak saya.
"Sebenarnya tidak ada orang bertatu pun. Dan di dalam kereta itu ada tiga orang selain pemandu. Selepas kemalangan, dua orang telah mencabut logo dacing dan gambar Zambry. Selepas itu, pemandu pergi dan yang tinggal dua orang tu je di tempat kejadian," katanya.
Tan berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan
Ketua Pemuda Umno Lumut, Mohd Shahril Yahya yang mengaku anggotanya terbabit dalam kemalangan tersebut tetapi menafikan dakwaan pemandu kenderaan itu melarikan diri.
Sebaliknya, Mohd Shahril dilaporkan berkata,pemandu itu beredar dari tempat kejadian kerana takut dengan beberapa orang bertatu yang berada di lokasi kemalangan itu.
Sementara itu, ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham ketika dihubungi
berkata, keluarga mangsa yang mengadakan sidang media di pusat khidmatnya semalam, tidak puas hati dengan kenyataan Mohd Shahril itu.
Selain itu, Ngeh juga meminta agar pemimpin serta Ketua Umno bahagian Lumut, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bertanggungjawab
serta memohon maaf kepada keluarga mangsa.
"Anak-anak wanita itu menyatakan rasa tidak puas hati dan marah dengan Pemuda Umno yang menipu itu.
"Dalam sidang media yang dihadiri empat anak wanita itu, mereka kata tiada orang bertatu. Tetapi menurut anaknya, hanya ada pasukan RELA sahaja.
"Ketua pemuda tu pula kata mereka tak cabut logo, tapi anaknya kata, ada dua penumpang yang telah turun dan cabut logo sebelum pemandu itu lari," katanya.
Ahad lalu, akhbar China Press melaporkan, wanita itu menunggang
motosikal berasingan bersama suaminya yang berusia 78 tahun dalam perjalanan pulang selepas menoreh di sebuah estet, dilanggar di sebuah jalan raya di Lekir.
Menurut Facebook cucu mangsa, Joanne Lim, datuknya menunggang motosikal kira-kira enam meter di belakang neneknya sebelum secara tiba-tiba sebuah kereta Hilux dengan logo BN dan Umno meluncur laju dan merempuh belakang motosikal neneknya.
Semalam, pihak polis berkata, mereka telah memulangkan semula trak tersebut selepas menyiasat saksi dan kenderaan terlibat dan kini masih menunggu laporan teknikal Puspakom untuk melengkapkan siasatan.
1. Kes warga emas maut: Polis pulang trak Pemuda Umno
2. Pemuda Umno: Pemandu beredar takut orang bertatu
'GLC dijual pada Syed Mokhtar tanpa tender terbuka'
PKR
mendakwa sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menguntungkan,
dijual kepada sebuah syarikat yang dimiliki ahli perniagaan, Tan Sri
Syed Mokhtar Albukhary tanpa tender terbuka.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, GLC tersebut, Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), mempunyai kontrak bernilai RM8.26 bilion untuk tempoh lima tahun akan datang.
Bagaimanapun, kepentingan 96.8 peratus dalam syarikat itu dijual kepada DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd untuk RM298.3 juta sahaja, demikian menurut satu kenyataan di Bursa Malaysia pada 19 Februari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan