Ahli parlimen Kubang kerian itu memberi amaran kepada BN bahawa beliau akan "memerangi" musuh PAS itu "sehingga menyembah bumi" sekiranya cuba memecahbelahkan parti itu.
"Tak mungkin orang macam saya di sini untuk menjahanamkan PAS. Niat jahat mereka untuk pecah belahkan (kita)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di muktamar PAS di Taman Melawar.
Salahudin berkata semua kepimpinan yang menang dan tewas adalah pilihan perwakilan adalah hasil daripada proses tarbiyah yang dibuat oleh PAS.
Walaupun menyifatkan pertandingan itu dinggap sengit tetapi barisan itu kini merupakan barisan terbaik parti itu.
"Calon naib seperti (Datuk) Nik Mohd Amar, Idris Ahmad dan (Datuk Seri Mohamad) Nizar, bukan kepalang ketokohan mereka.
"Bagi saya, jangan cuba untuk usik PAS, jangan cuba suntik racun. Kami hormat ulama dan akan tentang kamu hingga kamu kecundang," katanya sambil menyifatkan mereka sakit hati lihat perpaduan kita.
Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan perwakilan Perak Dr Muhaimin Sulam yang mengingatkan PAS agar berhati-hati tentang dikotomi ulama dan bukan ulama yang didakwa cuba ditabur fitnah oleh akhbar arus perdana.
Kerana sekeping kaset
Mengimbau sejarah hidupnya, Salahudin berkata, beliau yang tidak mengetahui apa-apa tentang Islam kerana diasuh di sekolah aliran Inggeris, berubah setelah mendengar ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Satu hari saya diberi kaset ucapan presiden (Abdul Hadi). Selepas saya dengar kaset itu terbuka pintu hati saya untuk berjuang untuk Islam, menapak sedikit demi sedikit ditarbiah PAS dan ulama,"katanya.
Sementara itu, naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan supaya seluruh kepimpinan PAS mengadakan pelan cadangan kemenangan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau menyeru semua pihak "memobilisasi semua sudut" kekuatan termasuk menyediakan "model kemenangan" termasuk model ekonomi berkebajikan untuk berdepan pilihan raya umum ke-13.
"Media arus perdana memberi satu gambaran yang negatif, dan secara tepat ia telah menepati sasaran (mengenai negara berkebajikan).
"Membangun negara berkebajikan telah terbina daripada (dengan) cara berkongsi dan mengambil berat (antara satu sama lain)," katanya sambil memberi contoh kisah Nabi Yusuf.
Menurutnya, utusan Allah itu mengamalkan cara 'berkongsi dan mengambil berat' terhadap sesuatu perkara dalam keaadaan susah atau senang sehingga berkongsi ilmunya ketika mentafsir mimpi seorang raja.
Husam berkata konsep tersebut itu juga turut menggesa perwakilan agar mengambil iktibar terhadap sejarah kisah nabi dan pahlawan terdahulu sebagai model dalam menuju kemenangan dalam pilihan raya.
Calon: Pemuda perlu yakinkan
Exco kanan kerajaan Kelantan itu turut mencabar Pemuda PAS yang menuntut 40 kerusi kepada dewan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya, Pemuda perlu menyediakan daftar pemilih pemuda yang meyakinkan sebelum tuntutan itu dipenuhi di peringkat pusat.
"Kalau berjaya kita beri calon. Kalau tidak kita beri kepada calon tua, janji tetap menang.
"Kalau mahu menghapuskan BN, kita kena menyiapkan pelan setiap segi sebelum datangnya pilihan raya,"katanya sambil beliau menggesa Pemuda "wajib" menyiapkan daftar pemilih itu dari semua peringkat.
Sebelum itu, dalam ucapan penggulungannya, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar pula berkata hasrat Pakatan untuk sampai ke Putrajaya mestilah dengan cara menguasai hati dan pemikiran rakyat.
Ini kerana katanya, hanya dengan kuasa rakyat mampu untuk PAS dan Pakatan menguasai pusat pentadbiran kerajaan dengan mengetengahkan "politik jujur" dalam masyarakat.
"Kita bercakap menguasai Putrajaya, buat seminar PAS ganti Umno. Kita tidak boleh kuasai Putrajaya dalam konteks kuasa politik (semata-mata).
"Tetapi untuk menguasai Putrajaya, kita tidak mampu selagi tidak mengetuai hati dan pemikiran rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Joriyah Ismail, 41, dari Kampung Tengah, Layang-Layang, dekat Kluang, berkata anak perempuannya, Norhalisa Umno @ Mohammad, 23, menghubunginya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira dua bulan lepas yang memaklumkan mahu pulang ke negara ini selepas mengalami hidup susah di Lombok.
"Norhalisa menghilangkan diri dari rumah sejak berumur 19 tahun. Kami puas mencarinya di serata tempat dan menghubungi kawan-kawannya, bagaimanapun, usaha itu gagal sehinggalah saya diberitahu dia (Norhalisa) berada di Lombok melalui SMS yang dikirimkannya dua bulan lepas," katanya kepada pemberita selepas memohon bantuan kepada Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhamad Khairun Aseh, di Kluang, petang semalam.
Joriyah yang ditemani suaminya, Yunus Mat Zin, 45, berkata Norhalisa memberitahu bahawa beliau berada di Lombok sejak tiga tahun lepas selepas berkahwin dengan seorang lelaki bergelar "Man" dan kini memiliki seorang anak lelaki berumur satu tahun setengah.
Menurutnya, Norhalisa menerusi beberapa SMS berikutnya memberitahu beliau bahawa anaknya itu tidak bekerja manakala "Man" pula meninggalkannya selepas mendapat pekerjaan di Brunei.
Dalam SMS itu, Norhalisa juga memberitahu hubungannya dengan ibu dan bapa mertua tidak baik dan beliau kini terpaksa menumpang di rumah seorang rakan di Gunung Mujur, Desa Bujak, Kecamatan Batukliang selepas bergaduh dengan mereka.
"Sudah beberapa kali dia minta saya bantu dia balik ke Malaysia. Walaupun saya tahu anak saya melakukan kesilapan tetapi ibu mana yang tidak risau bila anaknya menderita. Saya mohon mana-mana pihak supaya dapat membantu kerana kami orang susah," katanya yang bekerja kilang.
Sementara itu, Muhamad Khairun berkata pihaknya dan Umno Bahagian Simpang Renggam akan berusaha mencari jalan membawa pulang Norhalisa ke pangkuan keluarga.
"Oleh kerana Norhalisa masuk ke Lombok ketika berusia 19 tahun, maka dia tidak lagi boleh dianggap dilarikan ke sana dan tidak dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak. Dia melakukan kesalahan kerana memasuki Indonesia secara haram yang mana boleh dihukum penjara enam tahun atau denda 30 juta Rupiah," katanya.
Muhamad Khairun berkata pihaknya akan mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa Indonesia dan membuat rayuan supaya Norhalisa dapat dibebaskan dari penjara kelak.
--Bernama
Bercakap ketika mengumumkan petisyen berkenaan di Muktamar PAS hari ini, ahli parlimen Shah Alam itu meminta para perwakilan mengunjungi laman blog khalidsamad.com bagi menandatangani petisyen berkenaan.
“Saya minta perwakilan pergi ke blog saya dan letakkan nama, nombor kad pengenalan dan alamat.
“Ini untuk bantah konsert besar-besaran itu. Sebenarnya penduduk di Seksyen 7 tak puas hati sebab timbulkan kesesakan lalulintas, bising dan sebagainya,” katanya lagi ketika membuat pengumuman berkenaan.
Petisyen berkenan antara lainnya menuntut supaya konsert berkenaan dianjurkan di kawasan lain seperti Stadium Bukit Jalil yang dilengkapi kemudahan dan juga terasing daripada kawasan perumahan.
Petisyen itu juga menyebut, I-City tidak sesuai dijadikan tempat untuk mengadakan konsert berkenaan memandangkan ia merupakan pusat ilmu teknologi maklumat dan bukan pusat hiburan.
"Shah Alam adalah bandar raya ilmu dengan terdapatnya UniSel, UiTM, MSU dan PTPL dan kewujudan tapak konsert adalah bercanggah dengan wawasan bandar raya ini.
"Pelajar-pelajar IPT yang ramai di Shah Alam akan terdedah kepada budaya lepak dan berpesta yang tidak akan membantu kemajuan diri mereka," petisyen berkenaan dipetik.
Kontroversi berhubung penganjuran konsert menampilkan kumpulan rock 30 Seconds From Mars itu berlarutan walaupun menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa kerajaan negeri telah memberi kelulusan.
Selain itu, satu lagi petisyen yang turut dimuatkan dalam blog ahli parlimen Shah Alam itu adalah berhubung kelewatan projek pembinaan Hospital Shah Alam.
"Petisyan ini saya alamatkan kepada PM dan minta sekiranya projek ini terus terbengkalai, menteri kerja raya perlu dipecat atau letak jawatan. Mohon tandatangan petisyen itu," kata Khalid Samad lagi.
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Kerajaan BN yang ditunjangi Umno BN pasti akan jatuh suatu masa nanti bukan hanya kerana kekuatan umat Islam semata-mata, tetapi juga kerana kezalimannya sendiri sepanjang memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun lalu. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan