"Saya baca dengan teliti apa yang telah diungkapkan Presiden PAS pada Muktamar (Muktamar Tahunan PAS ke-57) yang menghentam bertubi-tubi BN dan Umno.
Dia buat kenyataan begitu dengan menidakkan segala-galanya, (beliau menuduh) segala kemungkaran yang berlaku di Malaysia ini adalah kerana kezaliman dan tidak ada sistem pendidikan Islam yang betul.
"Bagi saya ini satu kenyataan yang cukup melampau, yang tidak Islamik, yang tidak berasaskan niat dan nawaitu yang baik kerana muslihah politik lebih dari segala-galanya.
"Ini suatu kenyataan politik. Kita sebagai seorang tokoh agama, jangan (guna) politik. Ia mesti berdasarkan kepada hak, kenyataan yang benar bukan kita gunakan kesempatan itu untuk menidakkan mana yang hak, mana yang betul. Kalau betul... dia kata, barulah dia pemimpin yang berwibawa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Manhaj Bandar Pengurusan Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan di Kompleks Pusat Islam di Kuala Lumpur, hari ini.
Muhyiddin berkata konsep negara kebajikan yang kini diperjuangkan PAS sudah lama dipraktikkan oleh kerajaan BN.
"Kalau PAS mengatakan hari ini mereka nak meninggalkan perjuangan negara Islam dan mereka nak menegakkan negara kebajikan, Malaysia sudah lebih daripada apa yang disebut oleh PAS sebagai negara kebajikan.
"Kita tak mengamal konsep kebajikan Barat tetapi kita mengambil pendekatan Islam iaitu membantu masyarakat yang lemah, miskin dan papa, memberikan subsidi, memberikan didikan pelajaran yang percuma pada peringkat awal sampai ke peringkat menengah serta memberi bantuan kesihatan dan perubatan di semua hospital," katanya.
Mengenai pendirian PAS untuk tidak bekerjasama dengan Umno, Muhyiddin berkata PAS memilih pendekatan yang sempit apabila hanya bekerjasama dengan pihak yang boleh memberikan keuntungan sahaja.
"Jadi, maknanya saya tak kisah, kita akan teruskan usaha kita dengan sesiapa sahaja tak semestinya dengan pertubuhan politik dan kita tak bersandarkan kepada PAS... kalau dia dah kata begitu tak apalah," katanya.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata Umno masih membuka pintu kerjasama dengan PAS.
"Untuk kebaikan ummah, kita tak pernah tutup pintu, sama ada dia nak terima atau tak itu soal lain, kerana menyeru kepada kebaikan ini tuntutan agama. Jadi seruan kita untuk kebaikan dan kebajikan bukan untuk politik, (tetapi) untuk kepentingan ummah.
"Itu bezanya antara Umno dan PAS. Umno ambil gagasan ummah secara keseluruhan, PAS ambil kepartian... jadi kalau nak kata siapa yang lebih baik, saya fikir Umnolah yang lebih baik," katanya.
--Bernama
Utusan cuba lagakan 3 dewan PAS - Zailah
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) kesal dengan laporan Utusan Malaysia yang mengandaikan mereka tidak mengiktiraf kepimpinan Dewan Ulama. Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof sebaliknya berkata, DMPP menyanjung tinggi kepimpinan ulama yang merupakan pemantau segala dasar dan perancangan dalaman parti. Beliau berkata, Utusan Malaysia hanya berniat melaga-lagakan keakraban ketiga-tiga dewan dalam PAS. "DMPP menyanjung tinggi kepimpinan ulama dan kesal dengan laporan media yang kata muslimat tidak mengiktiraf Dewan Ulama. "Ini satu propaganda yang dibuat media untuk melaga-lagakan dalaman parti dan menampakkan tiada kesepakatan di antara dewan-dewan," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan pengangguhan di Muktamar PAS kali ke- 57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM) hari ini. Utusan Malaysia semalam melaporkan DMPP mendakwa kepimpinan ulama yang tidak agresif menjadi punca utama golongan tersebut diganti dengan barisan kepimpinan baru yang dilihat pro Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berharap persepsi tersebut diperbetul segera. Sementara itu, beliau mengemukakan gagasan untuk memartabatkan kemuliaan golongan wanita di negara ini. "DMPP kemukakan gagasan sebagai tawaran kepada wanita di negara kita iaitu gagasan untuk memartabatkan kemuliaan wanita di Malaysia. "Kita ingin lahirkan muslimat yang bukan sahaja berperanan dalam rumahtangga, dalam kerjaya tapi nak melahirkan wanita yang menjadi pemimpin yang bertakwa seharusnya berbeza dengan wanita Umno yang hanya nak memperkasa dari sudut wanita tanpa tekankan ketinggian moral," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang. Selain itu beliau turut menyeru semua ahli menjalinkan hubungan baik dengan Pakatan Rakyat di semua peringkat. "Saya menyeru semua ahli parti untuk mengadakan hubungan baik dengan Pakatan Rakyat di semua peringkat dan supaya perancangan dan strategi bersesuaian dengan lokaliti dan muafakat dalam perkara yang melibatkan kepentingan parti," katanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan