Ahad, 5 Jun 2011

MOGA APA DIRANCANG AKAN BERJAYA...INSYAALLAH...KUATKAN IBADAH...BANYAKKAN DOA SERTA MUJAHADAH.....

'Ini Hadi, bukan Erdogan'
Salhan K Ahmad
Jun 5, 11
5:59pm

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil peluang hari ini untuk menjelaskan barisan kepemimpinan barunya dan persediaan yang perlu diambil parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ada pihak yang mendakwa bahawa parti itu kini telah diambil alih oleh golongan pemimpin Erdogan, namun dakwaan itu nyata meleset.

"Ini bukan Erdogan, ini parti PAS. Ini Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz," tegasnya dalam ucapan penangguhannya di muktamar ke-57 parti itu petang ini.

Abdul Hadi juga menjelaskan bahawa parti itu berbeza daripada Parti AK yang diketuai Recep Erdogan di Turki - pemimpin yang dikaitkan dengan barisan pemimpin profesional PAS.

"Ini Parti Islam Se-Malaysia. Ini bukan Turki, ini Malaysia. Turki haramkan parti Islam. AK bukan parti Islam, mereka isytihar parti mereka bukan parti Islam.

"Mereka ikut agenda barat seperti dilaporkan laman web RAND Corporation," kata Abdul Hadi lagi yang kelihatan bertenaga ketika menyampaikan ucapan tersebut.

Ulama masih main peranan

Secara berjenaka, beliau turut menyebut mengenai barisan pemimpin baru ini tetap mempunyai lapan orang yang berkelulusan agama, termasuk dua orang doktor, dua orang jurutera dan seorang peguam.

"Di samping yang dipilih ini, pelembagaan peruntukkan boleh lantik enam orang ahli jawatankuasa pusat, empat orang lagi anggota dewan harian dan 14 orang pesuruhjaya.

"Oleh itu walau pihak luar anggap (ulama) yang tak dipilih ini tercorot, mereka tetap main peranan dalam parti," katanya lagi yang berpendapat bahawa perwakilan telah membuat pemilihan dengan "sangat bijak."

Namun, di sebalik pujiannya kepada para perwakilan itu, Abdul Hadi turut menghantar mereka pulang dengan tugas berat untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Kalau undi pemimpin tapi balik tak buat kerja, ini tak bertanggungjawab. Cawangan kena bergerak... bilik gerakan perlu dibuka dari sekarang, culaan perlu dibuat.

"Ada tak tahu (ahli) berapa banyak (dalam kawasan). Kawasan baru macam Sabah kita maafkan sebab baru, tapi negeri lama (bagaimana).

"Ada yang kalau tanya, hanya tahu culaan 2008 saja, menunjukkan tak buat kerja," katanya lagi.


Mohamad Sabu syor perkasa Majlis Syura Ulama
Abdul Rahim Sabri & Salhan K Ahmad
Jun 5, 11
4:07pm

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengesyorkan supaya Majlis Syura Ulama diperkasakan dengan 'mengaudit' kepimpinan PAS termasuk mengambil tindakan terhadap ahli yang melanggar displin parti.

"Majlis perlu diperkasakan dengan membuat audit termasuklah (mengambil berat) akhlak dan mengambil tindakan displin kepada ahli. (Peranan) majlis syura kita perkasakan.

NONE"Kita perkasakan Majlis Syura sampai mengangkat mereka buat 'audit' kepada ahli jawatankuasa yang ada," katanya.

Sewaktu menyampaikan ucapan penggulangan, Mohamad turut menanyakan meminta persetujuan atas cadangan beliau itu, yang kemudiannya disambut oleh kira-kira 700 dengan berkata: "Setuju".

Pemidato terkenal itu turut menegaskan bahawa beliau amat menghormati ulama dari dalam dan luar negara termasuk kedua-dua bekas presiden PAS Yusof Rawa dan Fadzil Mohd Noor.

Bercakap di Taman Melawar, Gombak sempena muktamar agung ke-57, beliau turut menempelak Umno dengan mendakwa parti itu kini sedang menghadapi 'kematian'.

"Saya teringat dengan pesanan Musrsyidul Am Datuk Nik Aziz yang berkata bahawa Umno ini tidak kuat. Kekuatan Umno bertongkatkan kepada MCA dan MIC. Patahkan tongkat itu.

"Sekarang mereka mulai rebah, India dan kaum Tionghua sudah semakin (meninggalkan mereka). Umno sedang menghadapi sakaratul maut," katanya.

Haron Din: Audit kerja auditor


Beliau berkata demikian bagi mengulas barisan kepimpinan baru yang dilaporkan menggusarkan Umno dan BN selepas dinobatkan sebagai timbalan presiden selepas menang dalam pertandingan tiga penjuru.

najib umno mca mic gerakan bn coalition parties 250707Dalam ucapannya juga, Mohamad turut menegurkan orang Melayu kerana "tidak ambil berat" dalam menanggapi sesuatu isu menyentuh kaum, berbanding kaum Cina dan India.

Walaupun kurang gemar bercakap soal perkauman, Mohamad Sabu memberi contoh berhubung dua kes kematian yang hampir sama - kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed - tetapi tanggapan isu berbeza mengikut kaum.

"Kaum Tiong Hua mengambil sikap, isu Teoh Beng Hock diratapi... Tetapi kejadian yang berlaku kepada (Ahmad) Sarbani ditemui mati, kita (orang Melayu) kata, apa boleh buat...

"Jadi menanggapi isu-isu ini berlainan berbanding kaum Tiong Hua atau India...Ada berita tunjuk perasaan, (ada orang Melayu) ditangkap, (kemudian) ditinggalkan. Jadi kita tidak ambil berat," katanya.

dr haron din pasSementara itu, Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menyambut baik cadangan yang dibuat oleh Mohamad berhubung keperluan memperkasakan Majlis Syura Ulama sambil juga mengharapkan cadangan dan syor daripada ahli akar umbi.

"Jarang kita dengan pengesyoran daripada ahli (akar umbi), apa lagi untuk dibuat selain selain yang baru kita dengar kita buat proses audit.

"Audit kerja auditor, (tetapi) kalau nak buat cadangan kita boleh pertimbangkan. Selain itu hanya pengharapan tapi itu (dari) suara murni yang ikhlas, dan (Majlis) Syura Ulama menerima," katanya.


Raja Petra mahu kerjasama dengan PAS
Jun 5, 11 2:23pm

Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) berharap dapat menjalinkan bekerjasama dalam PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

NONEIni ekoran keyakinan MCLM pada barisan kepimpinan baru PAS yang dilihat akan memandu parti Islam itu mencapai matlamat menentang nilai negatif dalam politik negara.

"Kami berharap dapat bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan maksud untuk memulihkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua Rakyat Malaysia," kata pergerakan itu.

Dalam kenyataan bersama pengerusinya Raja Petra Kamarudin (atas) dan Presiden Haris M Ibrahim hari ini, mereka mengucapkan tahniah kepada yang menawarkan harapan besar untuk Rakyat.

"Kami yakin saf kepimpinan baru ini akan memandu PAS mencapai matlamat yang dianjurkan dalam pesanan Presiden parti dan seterusnya memainkan peranan yang lebih besar untuk memperkuatkan gabungan Pakatan Rakyat," kata pergerakan itu.

NONEPergerakan itu menyambut baik kenyataan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya yang menegaskan komitmen terhadap Pakatan dan sedar bahawa "masyarakat majmuk adalah sebahagian daripada seruan politik dalam Islam".

MCLM juga menyambut baik penekanan PAS untuk membersihkan politik dari perkara menjijikkan seperti rasuah, politik wang, fitnah, perkauman, penipuan dan segala macam hal yang memalukan.

Bagi mereka mesej tegas Hadi itu disokong oleh perwakilan yang tergambar dalam keputusannya apabila Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden dan apabila Salahudin Ayun, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz omar menang bertanding jawatan masing-masing.

Polis conteng tubuh wanita akan disiasat
Jun 5, 11 5:05pm

Polis akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan pengawainya melakukan salah guna kuasa dengan merantai dan membuat contengan di tubuh wanita asing yang ditangkap di Pulau Pinang Khamis lepas.

penang gro raid 030611 chainHarian berbahasa Cina Sin Chew melaporkan Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob mengesahkan menerima arahan daripada Ketua Polis Negara Ismail Omar untuk menyiasat aduan terhadap perilaku pegawainya semasa serbuan.

Siasatan itu akan dilakukan segera dan sesiapa yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan, katanya.

penang gro raid 030611 chainSerbuan itu menjadi liputan utama di akhbar Cina Jumaat lalu. Ia memuatkan gambar beberapa wanita yang disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran dirantai dan beberapa tempat di tubuh mereka dipangkah, termasuk di dada dan dahi,

Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai kumpulan NGO, terutamanya pertubuhan hak wanita yang berpendapat ia tidak berperikemanusiaan.

Ayub sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa serbuan itu prosedur biasa yang lazimnya membabitkan kerjasama pasukan Bukit Aman dan polis tempatan.

Mat Sabu: Belum tentu kita menang lagi di S'gor
Hazlan Zakaria & Salhan K Ahmad
Jun 5, 11
11:44am

Di sebalik pentadbiran yang baik, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih bimbang kejayaan merampas Selangor tidak boleh dipertahankan sekiranya pilihan raya mengejut diadakan dalam masa terdekat.

NONE"Kita bawa kesejahteraan, guru KAFA gaji tinggi dan sebagainya, tetapi jika dipanggil pilihan raya umum, adakah Pakatan akan terus memerintah selangor?" tanya mohamad sabu kepada perwakilan ketika membentangkan usul menyokong perhimpunan BERSIH untuk mendesak diadakan penambahbaikan peraturan pilihan raya.

Menjawab sendiri soalannya itu, Mohamad mengejutkan perwakilan apabila memberikan jawatan yang dianggap negatif.

"Belum tentu, belum tentu kita boleh menang," katanya.

Dakwanya, ini kerana berlakunya pemindahan pengundi mesra BN ke kawasan kuat Pakatan Rakyat dan melalui taktik pemberian kad pengenalan kepada penduduk tetap.

PAS hari ini mengerahkan anggota dan pemimpinnya untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2 pada 9 Julai bagi menyampaikan tuntutan mereka untuk pilihan raya bersih dan adil.

Usul berkenaan diluluskan sebulat suara selepas dibentangkan Mohamad.

Mohamad yang aktif dalam penganjuran perhimpunan BERSIH yang pertama pada November 2007, turut menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

Usul yang diluluskan itu turut menggariskan tumpuan untuk menggerakkan semua organ parti serta semua barisan kepemimpinan PAS dan rakan komponen Pakatan Rakyat untuk meluluskan perhimpunan tersebut.


Peguam Anwar: Tangan kami terikat
Jun 5, 11 5:50pm

Peguam kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan keraguannya terhadap peluang mendapatkan pendengaran yang adil, sehari sebelum membela diri dalam perbicaraan kes liwat.

anwar ibrahim sodomy allegation saiful bukhari azlan first day in court 070808 sankara nairSankara Nair (kanan) memberitahu AFP bahawa pihak pendakwaaan hanya membenarkan pasukan peguam Anwar mewawancara lima orang sahaja daripada 25 saksi yang dijanjikan.

Mereka masih belum mewawancara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, yang bertemu pengadu Mohamad Saiful Bukhari selepas didakwa diliwat, lapor agensi berita antarabangsa itu.

"Tangan kami terikat ketika mahu memberikan Anwar pembelaan sebaiknya kerana pihak pendakwaan menolak memberikan kami semua saksi yang dijanjikan," beliau dipetik sebagai berkata.

"Bagaimana Anwar akan mendapat perbicaraan yang adik apabila kami hendak mewawancara saksi pihak pendakwaan pun tidak boleh untuk memutuskan memanggil yang mana," tambahnya.

Anwar, bapa 63 tahun dengan enam anak didakwa meliwat bekas pembantu berusian 25 tahun di sebuah pangsapuri mewah pada Jun 2008

'Jadikan pendidikan Islam syarat pensijilan'
Jun 5, 11 4:24pm

Kementerian Pelajaran disaran menjadikan subjek Pendidikan Islam sebagai syarat asas pensijilan untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelajar beragama Islam.

NONEWakil Dewan Muslimat PAS Pusat Wan Hamidah Wan Daud berkata syarat itu perlu memandangkan sistem pendidikan negara berorientasikan peperiksaan menyebabkan mata pelajaran Pendidikan Islam sekadar subjek teras untuk dipelajari dan dijawab pelajar di dewan peperiksaan semata-mata.

"Sesi pengajaran dan pembelajarannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Ia dianggap tidak penting sama sekali terutama dalam menentukan syarat pensijilan bagi setiap tahap peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

"Malah ia dianggap subjek yang tidak langsung mempunyai nilai ekonomi dan keperluan pasaran kerja," katanya ketika membentangkan usul pendidikan pada Muktamar PAS ke 57 di Taman Melewar di Kuala Lumpur hari ini.

pas muktamar 030611 audience 02Selain itu, beliau turut menyarankan agar kerajaan meneruskan mata pelajaran j-QAF yang diperkenalkan di sekolah rendah ke peringkat sekolah menengah untuk menjamin penguasaan jawi, Al-Quran dan Fardu Ain pelajar beragama Islam.

Wan Hamidah berkata bagi memastikan semua pelajar Islam menguasai dan celik Al-Quran, kerajaan juga harus mewajibkan ujian tilawah Al-Quran kepada semua pelajar Islam di peringkat UPSR dan SPM dan diberikan sijil khas.

Katanya ini berdasarkan maklumat yang diperoleh dari sebuah buku karya Dr Danial Zainal Abidin, seorang pengamal perubatan dan pakar motivasi yang bertajuk "Tips Cemerlang daripada Al-Quran".

Beliau berkata buku itu menyatakan bahawa keputusan PMR beberapa tahun lepas bagi subjek Pendidikan Islam dan Fardu Ain sangat menyedihkan apabila seramai 6,779 pelajar gagal dalam Pendidikan Islam, 616 pelajar gagal mengucap dua kalimah syahadah manakala 1,553 pelajar gagal dalam aspek Rukun Islam dan 1,901 gagal dalam Rukun Iman.

Selain itu, Wan Hamidah juga menyarankan kursus Pendidikan Islam perlu diwajibkan kepada penuntut Islam di Institut Pengajian Tinggi bagi setiap fakulti sebagai syarat graduasi.

--Bernama

Muktamar PAS kutuk 'fitnah' ke atas Anwar
Abdul Rahim Sabri
Jun 5, 11
11:18am

Muktamar PAS hari ini meluluskan usul mengutuk "fitnah" melalui video lucah yang dilemparkan ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Usul yang diluluskan sebulat suara itu turut mengutuk tindakan BN yang didakwa telah membenarkan video lucah berkenan ditayangkan di saluran televisyen dan media cetak.

Usul berkenaan juga mengutuk tindakan ulama rasmi kerajaan yang disifatkan tidak tegas dalam mengutuk tindakan yang tidak berakhlak itu.

Usul berkenaan dibentangkan oleh wakil dewan ulama Mohd Fadzil Mohd Noor.

Menyokong usul tersebut, perwakilan Ipoh Barat, Norazli Musa berkata, budaya fitnah perlu dihentikan oleh pihak berwajib.

Beliau menggesa para mufti supaya menghalang penyebaran fitnah itu.

Hias cara Islam

Dalam masa yang sama, beliau turut menempelak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan menyifatkan sebagai 'mufti poco-poco'.

"Mereka seolah-olah membisu dengan budaya kotor (itu) yang mencemar akhlak rakyat yang dikenali dengan sopan santun.

"Mereka berdiam diri dengan isu ini seolah-olah redha (tersebar) dalam budaya Melayu," katanya.

(Harussani pada 31 Mac lalu dilaporkan menafikan berdiam diri. Sebaliknya, beliau mengaku sudah bersuara bahawa rakaman video seks itu mengaibkan Anwar kerana tiada saksi.)

Norazli berharap isu fitnah video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu dihentikan dengan segera.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat PAS Hanipa Maidin pula membidas BN yang didakwanya menggunakan kaedah "matlamat menghalalkan cara" dengan tidak menghitungkan dosa dan pahala.

Beliau mendakwa BN menggunakan beberapa cara untuk membolehkan rakyat mempercayainya dengan "menghiasi" perbuatan mereka dengan "cara Islam" dengan cara sumpah.

"(Sumpah itu) disebut dengan nama Allah. Orang kampung cakap nama Allah, takkan tak percaya. Selepas itu, mereka menggunakan al-Quran dan dibuat di masjid," katanya yang turut menyokong penuh usul tersebut.



Hadi: Saya gembira dengan kabinet pilihan raya ini
Abdul Rahim Sabri
Jun 4, 11
3:21pm

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan barisan kepimpinan baru termasuk sayap-sayap parti yang dipilih dalam muktamar PAS kali ini adalah kabinet pilihan raya.

NONEKatanya, barisan kepimpinan ini dianggotai barisan pemimpin yang dipilih yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional dan pemimpin masyarakat.

"Saya bergembira dan ahli-ahli bergembira (dengan keputusan ini). Muktamar semakin hari semakin meriah. Ini menunjukkan kematangan ahli-ahli kita.

"Ahli-ahli memilih saf di hadapan untuk pilihan raya. Dengan sebab itu kabinet saya kali ini adalah kabinet pilihan raya," katanya.

Katanya, barisan yang terbaru khususnya bagi jawatan timbalan dan naib yang dianggotai daripada bukan Ulama, adalah bukan satu perkara yang baru.

Jelasnya, dalam kepimpinan baru ini dianggotai lapan tokoh yang dikategorikan sebagai ulama, dua pemimpin bertaraf doktor dan beberapa pemimpin profesional dan pemimpin masyarakat.

"Kita memimpin secara kolektif bukan secara individu," katanya.

Pelbagai latar

NONEAbdul Hadi mengulas barisan kepimpinan baru yang dianggotai dari pelbagai latar belakang bagi mengemudi parti dalam berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.

Dalam pemilihan PAS Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden baru meraih 420 undi dengan mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya Nasharudin Mat Isa.

Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok mendapat 224 Undi manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memperolehi 399 Undi.

Manakala bagi jawatan naib presiden pula ia dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu - Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Salahudin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi sementara exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 660 Undi.

Ibarat tukar perabot rumah

Bercakap dalam sidang media di muktamar PAS di Gombak hari ini, Abdul Hadi menafikan barisan kepimpinan baru parti itu dipengaruhi mana-mana individu, termasuk ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak terikat dengan individu tertentu. Kita kerja bersama-sama.... Bukan pemimpin yang membuat perubahan, perwakilan yang membuat perubahan.

"Strategi kita berubah, tetapi dasar, matlamat dan acuan kita tidak berubah," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Menjawab soalan, Abdul Hadi berkata PAS tidak bersikap diktator dalam urusan pemilihan kepimpinan parti sebaliknya PAS mengamalkan "demokrasi tulen" antaranya dalam kempen yang bersih tanpa budaya fitnah.

"Ini satu perkembangan yang baik dan matang dari perwakilan. Perubahan dalam pucuk pimpinan (parti) perkara biasa. Bila kita hadapi musim baru, maka ada perabot rumah yang kita alih.

"Bila kita alih perabut rumah, orang bunyi bising, orang kata kita bergaduh. Kita tidak bergaduh, kita usung perabot sahaja," katanya.

Ditanya sama ada bukan ulama boleh menjadi presiden parti, Abdul Hadi berkata perlembagaan parti tidak menghalangnya berbuat demikian.

"PAS adalah parti terbuka, tidak eksklusif untuk satu-satu kelompok (sahaja)," celah naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang turut hadir dalam sidang media itu.

Tiada ulasan: