Jumaat, 3 Jun 2011

KEBAJIKAN ITU PERKARA YANG MENDATANGKAN PAHALA ...PAHALA YANG DIBERI OLEH ALLAH...SEBAB BUAT BENDA KEBAJIKAN...LAWANNYA MUNGKAR IAITU DOSA...JADI TUJUANNYA SAMALAH...PERINTAH NEGARA IKUT KEHENDAK YANG ALLAH SURUHLAH.....


PAS tumpu negara kebajikan, bukan negara Islam
Salhan K Ahmad
Jun 3, 11
2:00pm

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk 'negara Islam' – isu yang menjadi duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.

NONEBagaimanpun, parti itu akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.

“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.

“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.Katanya lagi, tema negara berkebajikan – yang turut terdapat dalam agama lain – juga merupakan satu persamaan yang perlu didahulukan.

"Masalah sembahyang lain, halal haram itu lainlah. Itu hak dia... Dalam masalah beramal dengan cara hidup, itu ada perbezaan yang perlu diraikan antara satu sama lain. Ini ada dalam Islam.

Malah, golongan akar umbi PAS juga mahu supaya parti itu meneruskan kerjasama dalam Pakatan, katanya lagi selepas menyampaikan ucap tama dalam muktamarnya ke-57 hari ini.

NONE"Kita berbeza ideologi, agama tapi kita boleh bekerjasama dalam titik persamaan contohnya dalam menegakkan yang adil untuk semua bagi mengatasi masalah kemiskinan.

"Kita telah menjurus kepada polisi dan konsep yang lebih maju kita membuat resolusi dalam konvensyen di Selangor dan Pulau Pinang antaranya kita menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

"DAP terima dan semua parti terima. Dalam masa sama kita beri peluang kepada penganut-penganut lain untuk menjalani agama mererka, menerima hak istimewa orang melayu dan bumiputera, itu diterima oleh rakan rakan," katanya lagi.


Ucapan dasar sesuai keperluan rakyat kini
Ismail Hashim

GOMBAK, 3 Jun: Kekuatan ucapan dasar Presiden PAS terus diperkatakan kerana tema Membangunkan Negara Berkebajikan cukup tepat diketengahkan mutakhir ini.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ir Iskandar Samad berkata, konsep itu amat sesuai sekarang dalam keadaan rakyat berhadapan dengan kerajaan BN yang tidak prihatin pada kebajikan rakyat.

Menurutnya, ekoran sikap tidak prihatin kerajaan itu kini, rakyat dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

"Kerajaan seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dengan apa yang sedang menimpa rakyat," tegasnya ketika ditemui pada tengahari.

Ucapan dasar disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pagi tadi bagi memulakan Muktamar Tahunan PAS ke 57 di sini.

Muktamar berlangsung di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor bertempat di Kolej Universiti Islam Zukifli Mohamad, Taman Melewar.

Ribuan perwakilan dari seluruh negara membanjiri dewan dengan segak bergaya berpakaian Melayu dengan bersampin beraneka warna termasuk pemerhati.

Kalangan Muslimat juga hadir anggun dengan pakaian seragam berwarna yang digalakkan, begitu pula golongan muda yang tampil perkasa.

Iskandar (gambar) adalah Exco Selangor yang menjaga portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor di masa sama sebagai Adun Chempaka dan YDP PAS Kawasan Pandan.

Beliau berkata lagi, melihatkan kepada keperluan memberikan khidmat kepada rakyat, konsep negara berkebajikan itu perlu diperincikan sebaiknya.

"Adakah ia semata-mata di mana segala-galanya percuma? Atau sebuah negara yang menjamin kekayaan negara diagih-agihkan dengan adil dan sama rata? Perkara ini perlu diperjelaskan terlebih dahulu.

"Sebenarnya bukan segala-galanya percuma tetapi lebih kepada memperkasakan rakyat supaya dapat memajukan diri mereka sendiri.

"Berikan joran bukan ikan. Beri ikan mereka dapat makan untuk satu hari. Kalau beri joran mereka dapat makan seumur hidup," tegasnya.

Meski dilihat komen beliau seperti berfalsafah namun berpengalaman melaksanakan idea ini sepanjang tiga tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor selepas menumbangkan BN sejak 8 Mac 2008.

Menurutnya, apa yang berlaku di Selangor pada mulanya ramai yang salah anggap bahawa negara berkebajikan bermakna segala-galanya percuma.

Tetapi sekarang, ujarnya, setelah adanya skim-skim untuk rakyat yang mereka sudah dapat menilai dan menyertainya untuk membantu diri mereka sendiri.

Sebagai contoh skim pinjaman Mimbar dan Skimsel untuk membantu rakyat miskin menjadi usahawan dan keluar dari kepompong kemiskinan yang sudah mendatangkan manfaat, tambahnya.

Kekuatan ucapan dasar bertemakan Membangun Negara Berkebajikan yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pagi tadi terus mendapat perhatian.

Bagi Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Negara Berkebajikan adalah perkara yang amat wajar dititikberatkan kerana ia tanggungjawab dan kebajikan yang sepatutnya kerajaan kembalikan kepada rakyat yang berhak menerimanya.

Beliau berkata, kebajikan antaranya dalam konteks memperbanyakkan hasil negeri dan kemudian kembalikannya kepada rakyat sebagai kebajikan.

Amiruddin yang juga Adun Anak Bukit berkata, dalam negara kebajikan ini juga, rakyat awam secara umumnya turut diberi perhatian dalam perkara-perkara asas hidup.

Katanya, sebagai contoh utiliti seperti tenaga elektrik dan bekalan air, perlu dipastikan ia tidak dan menjadi keuntungan sekelompok rakyat sahaja tetapi membebankan rakyat terbanyak.

Dalam hal ini, tegasnya, jika sudah ada perjanjian, ia wajib dikaji semula supaya ia tidak menjadi sesuatu yang didagangkan dan akhirnya menguntungkan sebelah pihak tetapi yang lainnya teruk terbeban.

Amiruddin (gambar) menyebutkan contoh seperti perjanjian IPP untuk elektrik dan sebagainya yang seharusnya menjadi tanggungjawab kerajaan dalam perkara-perkara sedemikian.

Katanya, di sinilah bezanya PAS atau Pakatan Rakyat perlu melihat isu-isu asas ini supaya ia tidak diperdagangkan oleh golongan kapitalis padahal seharusnya ia menjadi tanggungjawab kerajaan.

"Begitu juga dalam kes tol. Tidak masuk akal semakin tahun ia semakin dinaikkan sedangkan sepatutnya bayaran kepada konsesi semakin berkurangan.

"Apa yang berlaku selalunya lebuhraya dijadikan oleh pihak-pihak tertentu untuk 'buat duit' dalam masa yang sama mereka tidak perlu membayar cukai kepada kerajaan negeri kerana kerajaan negeri tidak beri title untuk tanah yang digunakan kemudahan awam.

"Kerajaan negeri tidak mendapat apa-apa padahal pihak berkaitan memperdagangkan kemudahan awam tersebut," jelasnya.

Beliau menyatakan di Kedah, lebuh raya ini dahulu adalah kawasan bendang yang produktif dan hasilnya dimiliki sendiri oleh rakyat dan mereka juga membayar cukai kepada kerajaan negeri.

Tetapi apabila dijadikan lebuh raya, kerajaan negeri tidak dapat mengutip sebarang cukai daripada Pusat, tiada lagi perkongsian hasil daripada tanah tersebut untuk diagihkan kembali bagi kebajikan rakyat, jelasnya.

Bila ini berlaku slogan Tradisi Membela Rakyat dan Rakyat Diutamakan adalah sekadar retorik semata. tegasnya, perkara ini perlu dilihat kembali supaya apa yang dilakukan akhirnya dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Sebelum itu, beliau menyebut contoh di Kelantan pemberian Kifalah yang mana semua warga emas tidak kira dari bangsa apa sekalipun dalam kategori miskin diberi bantuan kepada keluarganya bila berlaku kematian.

"Kita juga pastikan golongan yang perlu dibela dalam masyarakat, contohnya anak yatim, ibu tunggal, yang mana golongan ini perlu diberi perlindungan dan bantuan," jelasnya.

Bagi Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah pula, beliau melihat dari sudut pentingnya petugas mempertingkatkan usaha memenangi pilihan raya depan.

Katanya, ucapan dasar ini jika dilaksanakan semaksimanya mampu mengubah landskap politik tanah air satu hari nanti.

Sewajarnya, kata beliau, ucapan ini perlu menjadi perhatian istimewa kepada petugas PAS untuk mengerakkan jentera pilihan raya menghadapi PRU13.

"Saya anggap satu lonjakan untuk bergerak bagi pilihan raya yang berupa arahan presiden yang jelas dalam muktamar kali ini.

"Begitu juga dengan beberapa pengarahan lain kepada Pemuda dan Muslimat perlu diberikan perhatian paling wajar," tegasnya yang juga Adun Titi Serong, Perak.

Baginya, ucapan presiden ini menggambarkan hasrat PAS untuk menjadi tulang belakang kepada usaha jelas menuju negara berkebajikan.

Ahli PAS di semua peringkat, tambahnya, tidak perlu lagi menunggu program munaqasyah kerana penegasan di dalam mutamar ini sudah berupa arahan yang perlu disegerakan.

"Bila sudah ada arahan, kita anggap ini penting. Jentera kena bergerak sekarang. Perwakilan sebaik pulang perlu segerakan usaha banykkan program ke arah menghadapi pilihan raya yang bakal tiba," tegasnya.



Suhaimi Taib: Era baru perjuangan PAS
Suhaimi Taib

Satu era baru perjuangan PAS dekad ini ialah menentukan parti memenangi hati rakyat berbilang kaum dan agama, budaya dan taraf ekonomi.

Kecenderungan ini dapat dibaca apabila era pasca revolusi rakyat Asia Barat mencetuskan kesedaran rakyat seluruh dunia betapa mereka perlu kembali kepada hakikat sebenarnya keperluan kehidupan mereka.

Mereka memerlukan undang-undang yang adil untuk melihat segala kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam kehidupan mereka dapat diadili dengan baik. Pembahagian kekayaan di kalangan rakyat diagihkan secara adil tidak hanya kepada kroni pemeritah semata-mata.

Gelombang ini merayap bukan sahaja di Asia Barat tetapi ke dalam masyarakat Malaysia sendiri yang berbilang kaum.

Orang Cina, India, Melayu, Kadazan, Bidayoh dan lain-lain hari ini bercakap tentang ketidakadilan pembahagian kekayaan di kalangan rakyat. Mereka telah terpedaya dengan kepincangan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) terlalu lama lebih lima dekat. Menyifatkan selama ini bagus dan membanggakan. Tetapi hakikatnya tidak.

Perasaan tidak puas hati itu telah membuak-buak di dada mereka, menunggu masa untuk diadaptasikan dalam pilihan raya umum akan datang.

Di sinilah PAS memainkan peranannya untuk bersama mencetuskan perubahan di kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama itu.

Sebagaimana dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya bahawa PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Polisi Bersama Pakatan Rakyat yang sudah dibahas dan diterima oleh PAS.

“Ianya melibatkan suatu paradigma baru pendemokrasian, suatu islah menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urustadbir negara,” jelas Datuk Seri Presiden PAS di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd. Noor di Taman Melewar, Gombak Selangor baru-baru ini.

Suatu perubahan menyeluruh ini khususnya menyentuh soal dasar pemerintahan negara yang banyak memberi ruang kepada aktiviti-aktiviti rasuah telah merosak akauntabiliti kepimpinan negara dan pegawai-pegawai kerajaan semua peringkat.

Bermula dari pemandu kenderaan kerajaan sampai kepada wakil rakyat parti pemerintah khususnya BN. Indeks rasuah yang merudum sebelum ini terbukti benarnya dakwaan ini.

Tidak wujudnya urustadbir yang baik negara berpunca dari tidak wujudnya sistem pentadbiran yang tidak memberi ruang kepada berlakunya rasuah berleluasa di semua peringkat, mengakibat bahana menimpa kepada perancangan kerajaan khususnya pembangunan yang dirancang.

Banyak projek gagal dilaksanakan dengan baik kerana puncanya rasuah. Kos pembiayaan tinggi tetapi kualiti pembangunan tidak berada di tahap memuaskan dan mengikut piawaian yang dibenarkan. Akibatnya banyak bangunan runtuh dan mengorbankan nyawa rakyat tidak berdosa.

Wang rakyat disalahgunakan untuk membiyai parti kerajaan (Umno) secara tidak langsung dengan memasukkan wang dikatakan untuk projek pembangunan dalam akaun syarikat tertentu dan kemudianya disalurkan kepada Umno dalam bentu dana tertentu.

Perkara inilah PAS dan Pakatan Rakyat berusaha membenterasnya supaya bukan sahaja ia menghasilkan pembangunan berkualiti dari semua sudut bahkan telah terbukti menarik ramai pelabur datang untuk membuat pelaburan dalam negara terababit sebagai contoh Singapura dan lain-lain kerana berpunca dari rasuah berada di bawah tahap minima atau pembangunan tanpa rasuah.

Indonesia kini mengorak langkah ke arah membentras rasuah. Tetapi Malaysia gagal melaksanakan tugas menghapuskan rasuah walaupun berlaku penambahbaikan kepada Badan Pencegah Rasuah bertukar menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Yang penting ialah rakyat menerima inpak besar dari jika gerakan Pakatan Rakyat berjaya membuat perubahan tanpa mempedulikan serangan dan fitnah yang ditaburkan BN sepanjang perjalanan mereka melaksanakan tugas untuk rakyat itu.

Justeru gandingan usaha yang tidak pernah putus arus, lambat laung akhirnya akan membuahkan hasilnya. Ini kerana keburukan rasuah dan penyelewengan itu tidak selama-lamanya kekal ditakuti dan disokong apabila ianya dapat kejahatannya dizahirkan di hadapan mata rakyat hari demi hari.

Oleh itu PAS dan Pakatan Rakyat sekali-kali tidak perlu jemu menyatakan kebenaran ini sama ada menang pilihan raya atau kalah.







Hadi: PAS tiada kuasa siasat dakwaan Kickdefella
Salhan K Ahmad
Jun 3, 11
2:36pm

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan bahawa penulis blog Kickdefella telah dibayar sejumlah wang oleh exco kerajaan negeri Kelantan untuk bertanding dalam pemilihan parti.

NONEBagaimanapun, parti itu mengalu-alukan siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas kes berkenaan demi membersihkan parti itu daripada pemimpin yang terlibat rasuah, katanya lagi.

Malah, parti itu juga tidak teragak-agak untuk memecat pemimpin berkenaan sekiranya benar-benar didapati terlibat dalam rasuah, katanya lagi.

"Kita tidak ada kuasa, yang ada kuasa ialah SPRM. Mengikut amalan pentadbiran, orang yang hendak bertindak mesti mendapat green light daripada menteri besar dan juga menteri.

"Sebab itu menteri besar Pakatan Rakyat terbuka untuk SPRM menyiasat semua yang dituduh, yang difitnah, dibuat dengan rasuah kerana kita betul-betul hendak bersih kerajaan kita.

"Walaupun exco walaupun menteri besar sekalipun kalau tidak betul, kita pecat. Dalam sejarah PAS (ada) kita pecat. Kita tidak mahu pelihara orang yang ada penyakit ini," katanya dalam satu sidang media di muktamar parti itu di Gombak hari ini.

syed azidi syed abdul aziz kickdefella police pc 171008 02Penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz semalam mengaku pernah menerima RM350,000 daripada Datuk Husam Musa sebagai pampasan setelah ditamatkan kontraknya dengan Permodalan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dua tahun lalu.

Syed Azidi mendakwa wang tersebut ialah sebagai pampasan selepas kontraknya sebagai pegawai perhubungan awam di PMBK ditamatkan pada 10 November 2009.

Dengan berseloka, Abdul Hadi juga berkata dakwaan itu hanya ditimbulkan tetapi kebenarannya masih belum diketahui.

"(Sekarang) zaman langit terbuka. Langit terbuka ini kita dengar guruh kilat, ada guruh yang tak ada hujan. Ada guruh yang ada hujan. Jadi kita tunggulah," kata Abdul Hadi lagi dengan tersenyum.

Sementara itu, setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali pula berkata, parti itu hanya memberi reaksi kepada isu berkenaan kerana ditanya dalam sidang media berkenaan.

NONE"Maksudnya yang menimbulkannya bukan kita, yang bertanya itu timbul. Kita respon sajalah. Kita tidak timbul sebab tak ada (kes).

"Saya yang buat kenyataan dulu apabila ia berbangkit, dan tak ada. Tak wujud perkara itu," katanya lagi dalam sidang media sama.




Husam sedia SPRM semak akaun
Afiq Hizami, Pelatih UKM

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Datuk Husam Musa (gambar) bersedia pada bila-bila masa sekiranya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menyiasat atau menyemak akaunnya.

Beliau yang ditemui selepas selesai menjalani tanggungjawab sebagai pengundi untuk pemilihan Muktamar Tahunan PAS kali ke 57 petang tadi bagaimana pun menjadikan isu tersebut sebagai sendaan sewaktu ditanya oleh pihak media.

Menurut Husam tidak logik untuk beliau memberikan 350 ribu ringgit terhadap seorang blogger, Kickdefella atau dikenali dengan Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebagai membantunya untuk menang dalam pemilihan muktamar kali ini.

Beliau juga menyifatkan blogger milik Umno dan akhbar Utusan ini semakin lantang dan berani melemparkan fitnah secara terbuka kepadanya dan mungkin juga pada ahli PAS yang lain.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustafa Ali telah menyiasat sendiri pekara ini dan mendapati dakwaan tersebut adalah tidak benar.

"Saya juga berasa hairan terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu," jelas beliau dalam kedaan bersahaja.

Ditanya mengenai tindakan beliau mengenai pekara tersebut, beliau hanya menyifatkan Syed Azidi Syed Abdul Aziz adalah orang yang tidak tahu undang-undang yang boleh dikenakan kepadanya.

Beliau tidak akan membuat apa-apa tindakan buat masa ini yang mungkin sibuk dengan muktamar dan urusan kerajaan negeri selepas pulang dari India.

Serah pada perwakilan

Sementara itu, ditanya mengenai pemilihan muktamar pada kali ini bagi jawatan Naib Presiden PAS beliau hanya tersenyum dan menyerah kepada perwakilan untuk menentukan pemilihan.

"Saya lihat perwakilan yang hadir bijak menentukan pemilihan pada kali ini, justeru itu saya hanya mampu menunggu keputusan pada keesokan harinya.

"Dari dulu lagi, pekara semacam ini yang kita lihat dalam muktamar PAS sebelum ini yang langsung tidak menyerupai Umno yang berebut kuasa dan nama," kata beliau lagi.




PAS terus jarakkan diri dari Umno
JImadie Shah Othman
Jun 3, 11
1:54pm

Untuk tiga tahun berturut-turut, muktamar PAS terus mengulangi penegasan mereka bersama Pakatan Rakyat dan berusaha menjarakkan diri mereka dengan Umno sebagai sebuah lagi parti Melayu-Islam.

pas muktamar 030611 hadi awang"Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) yang diamalkan oleh PAS ini telah menjadi sebahagian daripada fekah politik Islam yang wajib dipelajari oleh pimpinan PAS dan diperkenalkannya kepada masyarakat supaya mereka memahami perbezaan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, dengan kerjasama wala antara Umno dalam BN..." kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ucapan itu dilihat sebagai respons kepada pelawaan berterusan Umno dalam isu kerajaan perpaduan yang mula diperkatakan sejurus selepas berlakunya 'tsunami politik' selepas 8 Mac 2008.

Ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam muktamar PAS ke-57 di Gombak hari ini, Abdul Hadi juga mendakwa kerjasama dengan Umno dan BN hanya menghilangkan jati diri Islam daripada bangsa Melayu.

Katanya perbezaan ideologi antara PAS dengan Umno yang tidak membolehkan kedua-dua parti duduk semeja terutamanya pendirian Umno yang memisahkan politik dengan agama yang menurut beliau sama sekali bertentangan dengan amalan PAS yang berpolitik mengikut panduan Al-Quran.

Menurutnya, sebagai parti yang paling berpengalaman - sama ada sebagai pembangkang atau dalam kerajaan - PAS harus sedar tentang perkara itu.

NONETurut hadir sebagai tetamu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang.

Berucap di hadapan lebih 1,000 perwakilan, Abdul Hadi terus mengkritik Umno yang didakwanya gagal membersihkan politik dalam negara yang memisahkan ajaran agama daripadanya.

"Pemimpin Melayu Islam yang membebalkan majoriti rakyat beragama Islam dan tidak boleh menjadi model Islam yang sebenar kepada rakyat bukan Islam, kerana dijangkiti keruntuhan moral dan zalim, rasuah dan menyalahgunakan kuasa, sehingga tidak menunaikan amanah besar yang diwajibkan oleh Islam kepada penganutnya," katanya.

NONEBeliau terus mengulangi kritikan kerasnya pada Umno yang disifatkannya sebagai "dibarahi penyakit warisan penjajah" serta membutakan dan memekakkan orang Melayu dengan politik wang serta hiburan yang membodohkan.

"Maka menjadi tanggungjawab besar kita untuk terus menerus memperkenalkan ajaran Islam secara ilmu kepada seluruh rakyat dengan mengembalikan umat Islam yang jahil kepada Islam, supaya membebaskan diri daripada khurafat politik Umno bahawa mereka sahaja boleh memerintah," katanya.

Tiada ulasan: