Jumaat, 3 Jun 2011

ADAKAH MEREKA BERMORAL...ADAKAH PERBUATAN BAIK@BERKEBAJIKAN...SIHAT TAK BERPENYAKIT...MEREKA MEMBUAT ISTERI2 SUKA...JANGAN TERSALAH SOKONG..

Peniaga saman Maybank RM3 juta kerana kecuaian
Jun 3, 11 7:33pm

Seorang peniaga menyaman Malayan Banking Berhad (MBB) untuk memohon ganti rugi RM3 juta kerana kecuaian yang mengakibatkan Bank Negara menyenarai hitam beliau sebagai 'pengingkar' sungguhpun beliau sudah menyelesaikan sepenuhnya tunggakan kad kredit.

Musa Bakar Mydinsah, 38, dari Seri Kembangan, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur hari ini menerusi firma guaman Tetuan AS Dhaliwal.

Dalam pernyataan tuntutannya, Musa Bakar menyatakan beliau memperoleh kad kredit MasterCard daripada bank berkenaan pada 2005 dengan had kredit RM4,000. Pada September 2006, beliau menutup akaun itu dengan melunaskan semua baki tertunggak kad berkenaan.

Katanya, bagaimanapun beliau hanya menyedari mengenai senarai hitam itu tiga tahun kemudian, iaitu pada September 2009 apabila permohonannya untuk mendapatkan pinjaman kereta dengan CIMB Bank Berhad ditolak.

Musa Bakar berkata apabila beliau memeriksa sekali lagi dengan bank berkenaan dan Bank Negara, beliau dimaklumkan bahawa namanya telah disenarai hitam berkuat kuasa 1 Julai 2008, dua tahun selepas beliau membuat bayaran penuh.

Katanya apabila beliau menyemak semula dengan defendan (Malayan Banking), bank terbabit menegaskan bahawa bayaran yang tidak tepat dibuat pada 2006 dan sebab itulah bank membuat keputusan untuk menyenarai hitam namanya.

Plaintif mendakwa bank berkenaan cuai dalam tindakannya di mana semua bank mempunyai akses kepada rekodnya, yang mengakibatkan permohonan beliau untuk mendapatkan pinjaman kereta dan perniagaan ditolak.

Beliau turut menegaskan defendan gagal untuk memaklumkan kepada beliau mengenai tindakan itu dan gagal mengambil semua langkah dalam memastikan plaintif bukanlah seorang ''pengingkar''.

Plaintif berkata peguamnya telah menghantar surat menuntut ganti rugi kepada bank itu pada 9 Okt 2009, tetapi sehingga kini defendan hanya mengambil langkah mengeluarkan namanya daripada senarai hitam, dan plaintif mendakwa tindakan itu sama seperti bank mengakui kesilapannya.

Musa Bakar memohon RM1 juta sebagai ganti rugi am dan RM2 juta sebagai ganti rugi teruk serta teladan.

Beliau turut memohon kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

- Bernama









'Pelacur' dirantai, conteng: NGO hak asasi berang
Joseph Sipalan
Jun 3, 11
3:35pm

Operasi mencegah maksiat di Pulau Pinang malam semalam menimbulkan kontroversi apabila beberapa kumpulan hak asasi mempertikaikan cara pihak polis menggari kira-kira 30 wanita asing dengan rantai dan membuat contengan di muka, dada dan tangan mereka.

penang gro raid 030611 chainWanita asing itu ditahan di sebuah kelab malam di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Tikus kerana disyaki melacurkan diri.

Dalam serbuan itu, lapan rakyat tempatan dan 30 wanita asing - 29 dari China dan seorang dari Vietnam ditangkap oleh 19 anggota polis dari Bukit Aman.

Menurut akhbar berbahasa Cina, serbuan dijalankan selepas pihak polis mengintip dan memerhatikan kegiatan kumpulan itu selama seminggu di kelab berkenaan yang dikatakan amat popular di kalangan penduduk tempatan.

Akhbar Cina juga memaparkan gambar-gambar wanita yang dirantai dalam kumpulan itu dan kemudiannya mereka ditandakan dengan pelbagai simbol, termasuk X di dahi seorang daripada wanita itu.

penang gro raid 030611 news clippingPengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Andrew Khoo membidas polis kerana tidak mematuhi piawaian prosedur operasi polis (SOP) dan pada masa yang sama mencabuli hak asasi manusia.

“Kita tidak boleh menandakan mereka secara fizikal... kita boleh tahan mereka tetapi mereka tidak boleh ditanda seperti itu,” katanya ketika dihubungi.

Pengarah Tenaganita Irene Fernandez pula melahirkan rasa terkejut berhubung gambar wanita dirantai dan ditanda.

penang gro raid 030611 marks on chestKatanya tidak adil bagi mengandaikan semua mereka itu bersalah.

“Saya sangsi ini prosedur yang biasa dan jika ia adalah prosedurnya maka polis mesti mendedahkannya. Mesti dijalankan siasatan berhubung perkara ini dan polis mesti jelaskan mengapa mereka bertindak sedemikian.

“Mereka mungkin mangsa pemerdagangan manusia... jika ini benar mereka adalah mangsa,” katanya.

Peguam bagi 'Lawyers for Liberty's Faidah Nadwa Fikri berkata tindakan merantai dan menanda wanita itu sebagai 'luarbiasa dan tidak berperi-kemanusiaan'.

Tegasnya wanita itu cuma adalah suspek dan belum didapati bersalah atas sebarang jenayah lagi.

penang gro raid 030611 chain“Ini masalah budaya kita, masalah kerana kita tidak memahami apa itu peraturan undang-undang.

“Saya lihat apabila seseorang ditangkap dan dibawa ke mahkamah, sesetengah mereka juga tidak memakai selipar... ini menunjukkan betapa buruk pihak berkuasa melayan mereka dan ini adalah isu kemanusiaan,” katanya.





Kelab Isteri Taat dapat pelbagai reaksi
Jimadie Shah Othman & Norsyafinas Ahmad Sukri
Jun 3, 11
5:56pm

Penubuhan Kelab Isteri Taat oleh Global Ikwan - organisasi yang ditubuhkan bekas ahli pertubuhan Al-Arqam - mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam (ABIM) Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni berpendapat kelab sebegitu tidak mempunyai keperluan untuk diwujudkan.

"Saya rasa tidak perlu (tubuh kelab). Saya rasa, pendidikan dan ilmu itu yang lebih penting disampaikan. Macam ada kesepakatan hendak kumpul power pula," katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana masih belum jelas apa sebenarnya tujuan kelab itu ditubuhkan.

"Nampak macam hendak ke arah itu... supaya suami senang hendak kahwin satu lagi," katanya yang sering ketawa sepanjang dihubungi Malaysiakini hari ini.

Kelab yang dianggap sebagai pelengkap kepada Kelab Poligami Malaysia yang ditubuhkannya sebelum ini akan dilancarkan di Rawang esok.

Ia antaranya dilaporkan bertujuan membentuk isteri supaya lebih taat kepada suaminya, sekali gus memainkan peranan mengelakkan penceraian dan keganasan rumahtangga.

Sementara itu, Naib Ketua Muslimat PAS Senator Mumtaz Md Nawi pula berpendapat sebaliknya.

Mumtaz berkata, beliau tidak akan menentang usaha itu kerana ia merupakan sesuatu yang baik.

"Ketaatan mesti seimbang mengikut tatacara seorang Islam secara menyeluruh dan berterusan," katanya ketika ditemui di muktamar PAS selepas membuang undi dalam pemilihan pemimpin pusat parti itu.

"Dalam al-Quran, ada menyebut supaya isteri taat kepada suami seperti Sulaiman kepada Balqis, Yusuf kepada Zulaikha dan Nabi Muhammad kepada isteri-isterinya."

Rantai, conteng pelacur: Polis pertahan tindakannya
Susan Loone
Jun 3, 11
7:03pm

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob mempertahankan tindakan anggotanya yang merantai dan menconteng pelbagai tanda di muka, dada dan tangan beberapa wanita asing yang disyaki pelacur dalam serbuan anti-maksiat di Pulau Pinang malam semalam.

penang crime police lim guan eng event pc 260908 ayub yaakobAyub memberitahu Malaysiakini bahawa serbuan itu adalah prosedur biasa yang lazimnya membabitkan pasukan dari Bukit Aman yang bekerjasama dengan polis tempatan.

“Operasi seperti ini yang melibatkan masalah teknikal biasanya melibatkan Bukit Aman. Banyak operasi seperti ini dilakukan, seperti juga dalam kes culik. IPK (Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang) bergerak bersama Bukit Aman.

“Kita tak mau operasi diberi publisiti, ada kala kita tidak ada expertise (kepakaran) buat operasi seperti ini,” katanya.

Mengenai tindakan polis merantai dan menconteng wanita asing itu, Ayub berkata ia lazimnya bagi mengenalpasti mereka yang ditahan itu kerana jumlah yang ditangkap adalah ramai.

“Ini prosedur biasa, orang ramai di kelab. (Jadi) kena buat seperti itu untuk identify (kenalpasti mereka yang ditahan),” katanya sambil menambah pihak polis mendapat banyak aduan dan rungutan mengenai gejala maksiat di kawasan itu.

penang gro raid 030611 chainKatanya, operasi membanteras maksiat akan terus diadakan khususnya apabila polis menerima aduan daripada orang ramai.

“Kami terpaksa bertindak atas aduan dari isteri-isteri mereka. Biasanya (mereka) buat aduan pada pukul 3 atau 4 pagi, di public phone (telefon awam), tak nak bagi tahu siapa mereka tetapi tidak tahan dengan sikap suami (yang) selalu kunjungi tempat-tempat seperti ini

“Ini bukan jenayah yang kita tumpu tetapi bila ada aduan kami mesti bertindak kalau tidak, (polis) akan dikata bersekongkol dengan pemilik nightclub,” katanya.

penang gro raid 030611 news clippingDalam serbuan di kelab malam di Pulau Tikus itu malam semalam, lapan warga tempatan dan 30 wanita warga asing - 29 rakyat China dan seorang rakyat Vietnam dicekup oleh 19 anggota polis dari Bukit Aman.

Bagaimanapun beberapa NGO berang dan tidak berpuas hati dengan tindakan yang dianggap tidak berkemanusiaan itu selepas didedahkan oleh akhbar berbahasa Cina.

Antaranya, akhbar berkenaan memaparkan wanita itu yang dirantai dan diconteng dengan pelbagai tanda dengan menggunakan pen.

penang gro raid 030611 chain“Mengenai (bantahan) NGO, saya ajak mereka ikut sama dalam oeprasi, tolong fikir pasal orang yang buat complain. Banyak masa dan wang dihabiskan - kadang-kadang sewa apartmen (juga tidak dibayar),

“Bayangkan jika mereka suami awak, anak-anak ditinggalkan, tidak ada masa kualiti bersama bapa. Nanti (timbul) masalah lain pula - masalah sosial

“Jadi tolong ada sikit kesedaran sebelum soal pasal kerja kami,” kata Ayub.




Pemilihan PAS: Keputusan 10 pagi esok
Jun 3, 11 5:46pm

Mungkin bagi mengelakkan 'rumah siap, pahat berbunyi', PAS memperkenalkan peraturan baru dalam pemilihannya kali ini.

Menurut Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman calon-calon jawatan tertinggi kali ini dibenarkan membawa pemerhati ketika proses pengiraan jawatan berlangsung.

Selain itu, tambahnya, sistem Borang 14 seperti yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelakkan penipuan jumlah undi turut diperkenalkan.

Sementara itu, lebih 1,000 orang perwakilan PAS mula membuang undi bagi memilih barisan pemimpin tertinggi di muktamar parti itu di Gombak petang ini.

Abdul Halim mengumumkan, proses pengundian tersebut diadakan bermula jam 4 petang dan berakhir pada jam 6.15 petang tadi.

pas muktamar voting 030611Seramai 1,077 orang pengundi yang layak itu memilih seorang timbalan presiden, tiga orang naib presiden serta 18 orang jawatankuasa pusat.

Jumlah pemilih itu termasuk empat orang pengundi yang dipilih melalui mesyuarat agung di setiap cawangan PAS, kata Abdul Halim lagi.

Jawatan presiden, pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap serta pemeriksa kira-kira telah dimenangi tanpa bertanding ketika senarai calon berkenaan diumumkan pada 26 Mei lalu.

Keputusan bagi pemilihan hari ini akan hanya diumumkan pada jam 10 pagi esok.

Antara yang sengit menjadi rebutan adalah kerusi timbalan presiden di mana penyandangnya Nasharudin Md Isa cuba mempertahankan jawatannya ditentang oleh Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim, seorang tokoh ulama dikatakan calon pilihan untuk mengambil alih jawatan itu manakala pemimpin akar umbi Mohamad pula mengikuti rapat.

pas muktamar voting 030611Juga sengit dipertandingkan adalah tiga jawatan naib presiden yang menjadi rebutan enam calon.

Penyandangnya Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar dicabar oleh ketua penerangan PAS Idris Ahmad, mantan naib presiden Datuk Husam Musa, anggota exco Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Selain itu, 18 jawatan anggota jawatankuasa pusat juga dipertandingkan.



Klip video seks hampir lengkap didedahkan pula
Jun 3, 11 4:08pm

Versi hampir lengkap klip video seks membabitkan seorang lelaki yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan di internet lagi.

Tiga video berkenaan dimuat-naik di sebuah blog bernama anwarcctv hari ini.

anwar four frame video 030611Satu dari tiga video itu adalah sama seperti yang dipertontonkan kepada wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Bagaimanapun klip video itu telah disunting menjadi 15 minit dan 3 saat daripada durasi 22 minit yang ditayangkan oleh kumpulan 'Datuk T'.

Video klip kedua adalah selama 17 minit dan 59 saat manakala klip ketiga adalah selama 13 minit dan 36 saat.

Klip video ketiga ini mempunyai latar suara muzik bermula dengan lagu Hawaii 5-O, diikutu lagu dangdut Kelantanese, lagu It Wasn't Me oleh artis reggae Shaggy, lagu kumpulan tempatan The Fabulous Cats - Papa Jahat dan diakhiri dengan lagu Zee Avi - Kantoi.

Tidak seperti beberapa klip yang didedahkan sebelum ini yang mempunyai sarikata bahasa Thai, ketiga-tiga video hari ini hanya mempunyai catatan masa dan tarikh.

NONEKumpulan 'Datuk T' sebelum ini mendakwa mereka telah menyerahkan klip video yang asal kepada polis pada 24 Mac.

Polis juga telah mengesahkan bahawa klip video itu adalah tulen dan telah mengenalpasti lelaki dalam video berkenaan. Namun mereka belum membuat sebarang pendedahan.

Menariknya, klip video hampir lengkap ini didedahkan ketika muktamar PAS ke-57 yang sedang berlangsung.

Siasatan ke atas Taib masih berterusan, kata SPRM
Jun 3, 11 5:27pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mendedahkan sebarang maklumat berhubung siasatan yang dijalankan ke atas Menteri Besar Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

SPRM hanya mengesahkan hari ini bahawa siasatan sedang berlangsung.

"Seperti yang disebut berulang kali, kita telah memulakan siasatan. Itu sahaja.

"Saya tidak boleh dedahkan kepada awak sebarang butirannya,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed pada sidang akhbar hari ini.

"Siasatan masih berlangsung.”


Scorpene: Najib perlu jawap lawatan Macau
Jun 3, 11 8:47am

Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan mengapa Kementerian Pertahanan yang di bawah pimpinannya didakwa berurusan dengan seorang warga Perancis yang terpalit dengan rasuah ketika menguruskan pembelian kapal selam pada tahun 1994, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua.

NONE Tian berkata Jean-Marie Bovin menubuhkan sebuah syarikat berpangkalan di Malta, bernama Gifen untuk membiayai perjalanan penasihat Najib, Abdul Razak Baginda, warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan seorang lagi yang tidak dikenali.

"Pada tahun 2002, kita tahu ada tiga individu yang dibiayai oleh syarikat Malta (Gifen) dari KL ke Macau. Sekali lagi satu kemusykilan wujud mengapa rundingan membeli kapal selam perlu pergi ke Macau," kata Tian kepada wartawan, semalam.

Bovin didakwa terbabit dalam skandal pembelian kapal selam oleh Pakistan daripada Perancis yang turut melibatkan pembayaran komisyen lumayan kepada pihak tertentu pada sekitar tahun 90an.

Menurut Tian, syarikat Gifen berpangkalan di Malta, dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pertahanan yang ketika itu diketuai oleh Najib mengarahkan pembiayaan perjalanan Abdul Razak, mendiang Altantuya dan individu ketiga yang masih belum dikenalpasti.

NONETian berkata soalan itu perlu dijawab oleh Najib sendiri selaku Menteri Pertahanan ketika itu dan bukannya menteri sekarang, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Zahid sebelum ini menawar diri untuk memberi keterangan kepada badan kehakiman Perancis yang bersetuju untuk menyiasat unsur rasuah dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia.

"Saya tidak rasa (Datuk Seri) Zahid Hamidi mengetahui perkara ini, maka hanya bekas Menteri Pertahanan (Najib) yang boleh jelaskan sebab arahan pembayaran dan identiti (tiga) individu datang daripada Kementerian Pertahanan dan mereka hanya membuat bayaran lawatan tersebut," kata Tian.

razak baginda acquitted 311008 02Skandal kapal selam itu berpaksi kepada pembunuhan warga Mongolia dan kekasih Abdul Razak, Altantuya Shaariibuu serta pembayaran komisyen sejumlah RM534 juta dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Abdul Razak dan isterinya, Mazlinda Makhzan.

Antara ahli lembaga pengarah Perimekar ialah Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

"Isunya sekarang mengapa bayar kepada Perimekar di mana kami dapat tahu tiada sesiapa dalam syarikat itu mempunyai kepakaran dalam undang-udang Eropah," kata Tian.

NGO hak asasai manusia, Suaram melantik dua peguam Perancis untuk menfailkan permohonan supaya kes itu disiasat setelah kerajaan Malaysia dilaporkan cuba melindungi amalan rasuah itu, walaupun setelah Altantuya mati dibom pada tahun 2006.

najib and altantuya murder french liberation newspaper article 110309Tian berkata Najib harus mengarahkan Jabatan Imigresen membuat semakan ke atas identiti individu ketiga yang menyertai Altantuya dan Abdul Razak berhubung lawatan mereka ke Macau pada tahun 2002.

Najib sebelum ini bersumpah beliau tidak mengenali Altantuya sungguhpun dakwaan itu dinafikan oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

"Juga untuk keadilan keluarga Altantuya, kita patut korek kerana perbiacaraan pembunuhan kejam itu, maklumat ini tidak pernah diketengahkan," kata Tian.

Tian juga mendesak agar kerajaan memberikan nilai kontrak sebenar pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu kerana berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi, kos itu melebihi RM1.3 bilion.

Misteri orang ketiga: Najib didesak tunjuk pasport..

KEADILAN mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan rekod perjalanannya bagi membuktikan dirinya bukan individu ketiga yang dikatakan bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibuu dalam penerbangan ke Malta.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, Najib perlu tampil memberi penjelasan, sebelum perbicaraan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene itu dimulakan di Mahkamah Perancis, Julai ini.
“Saya harap Jabatan Imigresen tidak memadamkan rekod itu. Najib bukan sahaja perlu dianggap bersih, tetapi dia perlu dilihat bersih,” kata Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution pada sidang media di ibu pejabat Keadilan
Turut didedahkan ialah individu terbaru yang dipercayai berperanan dalam urusniaga pembelian kapal selam, iaitu pengarah Perimekar Sdn Bhd, Tan Sri Nordin Wok Kamaruddin.
Nordin juga dikatakan seorang pegawai di Kementerian Pertahanan yang turut mewakili kepentingan kerajaan Malaysia melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Saifuddin berkata, maklumat itu dibocorkan oleh kabel diplomatik Wikileaks melalui pendedahan Kedutaan Amerika Syarikat.
“Nordin adalah watak penting sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan ketika urusniaga itu dilakukan pada tahun 2002...


Tiada ulasan: