Jumaat, 3 Jun 2011

ALLAH BOLEH BUKA YG TERSIRAT..SEBAB KUASA ALLAH TIADA TANDING...KUASA KITA TERBATAS...DALAM KUBUR DAN AKHIRAT AKAN DIBALAS SEGALA KEJAHATAN..TUNGGU JE

Biasiswa JPA: MCA tubuh jawatankuasa
Jun 3, 11 9:55am

MCA telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipertanggungjawab mengenal pasti garis panduan yang sesuai dalam menentukan pelajar-pelajar cemerlang yang layak untuk menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

chua soi lek pc mca hq 020611Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan mantan Menteri Sumber Manusia Tan Sri Dr Fong Chan Onn seterusnya akan mengemukakan garis panduan tersebut kepada kerajaan untuk digunapakai oleh JPA.

"(Pemilihan pelajar cemerlang) melalui satu proses yang telus, adil dan saksama dapat mengelakkan pertikaian oleh parti-parti pembangkang, kerana niat yang baik oleh kerajaan telah dipolitikkan oleh parti pembangkang dan dijadikan isu perkauman.

"Kami mahu beri ingatan kepada DAP, janganlah menjadikan isu tajaan kepada pelajar oleh kerajaan sebagai isu politik. Yang penting semua yang mencapai kecemerlangan 8A+ mendapat tajaan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat MCA di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau turut membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mendakwa MCA telah gagal mengotakan janji apabila kerajaan tidak menganugerahkan 86 pelajar cemerlang tambahan biasiswa luar negara JPA, sebaliknya hanya akan ditempatkan di kolej swasta dan universiti tempatan.

Dr Chua berkata kerajaan telahpun menganugerahkan biasiswa JPA kepada 86 pelajar tersebut untuk menyambung pengajian dalam negara yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum Cina dan berharap DAP tidak terus mempolitikkan isu tersebut.

azlan"Ini bermakna bilangan kaum Cina yang menerima tajaan dari kerajaan tahun ini adalah 1,620 iaitu bilangan terbanyak sejak biasiswa tajaan JPA diperkenalkan," katanya.

Katanya, selain mengenal pasti garis panduan untuk membantu JPA, jawatankuasa tersebut juga akan mengenal pasti kursus-kursus kritikal yang dapat menampung permintaan sumber manusia negara dalam 10 tahun akan datang.

"Satu ketika dulu bidang perubatan dan farmasi dikenal pasti sebagai bidang kritikal tapi sekarang pada pendapat kami ia tidak lagi kritikal. Sudah sampai masa kita beralih dan kenal pasti kursus-kursus kritikal lain," katanya.

Katanya, jawatankuasa tersebut juga akan bertanggungjawab mengenal pasti universiti-universiti terkemuka dan terkenal luar negara untuk dihantar pelajar-pelajar tajaan JPA ke sana, seterusnya melahirkan pelajar yang lebih
berkualiti.

- Bernama

Noh Omar: Subsidi nelayan laut dalam ditarik balik
Jun 3, 11 9:42am

Nelayan laut dalam tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

fisherman nelayan 250107 fishermen coming with catchBeliau berkata sehubungan itu, pengusaha bot nelayan laut dalam kategori Zon C2 perlu membeli minyak mengikut harga di stesen minyak iaitu RM1.80 seliter.

"Bukan sahaja nelayan Zon C2 yang kena beli minyak dengan harga RM1.80, lori, trak dan kontena yang berbentuk industri kena beli pada harga berkenaan," katanya selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan di Kuala Terengganu Selatan hari ini.

Noh berkata langkah itu diambil bot nelayan Zon C2 dikategorikan sebagai pengangkutan berbentuk industri kerana mempunyai ramai pekerja.

Bagaimanapun, beliau berkata kadar RM1.80 masih merupakan harga subsidi kerana jika mengikut harga industri, minyak dijual RM2.50 seliter.

fisherman nelayan 250107 caught fish in net"Kita sudah bagi kemudahan ini, dan ini adalah adil kerana mereka syarikat, (ada) pekerja yang ramai berbanding nelayan pantai yang hanya bersampan dengan tangkapan antara 10 kilogram dan 20 kilogram.

"Bagi nelayan laut dalam, dia boleh tangkap sehingga beribu kilogram," katanya.

Noh berkata nelayan laut dalam juga diberi insentif tambahan iaitu 10 sen hingga 20 sen bagi setiap kilogram tangkapan ikan yang didaratkan.

"Ini bermakna kalau mereka boleh tangkap ikan sehingga 40,000 tan metrik, mereka sudah boleh menampung pembelian minyak tadi.

"Kalau mereka nak dapat insentif lebih daripada kerajaan, mereka kena tangkap ikan yang banyak dan dapat insentif yang lebih. Kita buat ini bagi menggalakkan mereka mendaratkan ikan di negara kita sendiri," katanya.

- Bernama

Scorpene: Najib perlu jawap lawatan Macau
Jun 3, 11 8:47am

Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan mengapa Kementerian Pertahanan yang di bawah pimpinannya didakwa berurusan dengan seorang warga Perancis yang terpalit dengan rasuah ketika menguruskan pembelian kapal selam pada tahun 1994, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua.

NONE Tian berkata Jean-Marie Bovin menubuhkan sebuah syarikat berpangkalan di Malta, bernama Gifen untuk membiayai perjalanan penasihat Najib, Abdul Razak Baginda, warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan seorang lagi yang tidak dikenali.

"Pada tahun 2002, kita tahu ada tiga individu yang dibiayai oleh syarikat Malta (Gifen) dari KL ke Macau. Sekali lagi satu kemusykilan wujud mengapa rundingan membeli kapal selam perlu pergi ke Macau," kata Tian kepada wartawan, semalam.

Bovin didakwa terbabit dalam skandal pembelian kapal selam oleh Pakistan daripada Perancis yang turut melibatkan pembayaran komisyen lumayan kepada pihak tertentu pada sekitar tahun 90an.

Menurut Tian, syarikat Gifen berpangkalan di Malta, dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pertahanan yang ketika itu diketuai oleh Najib mengarahkan pembiayaan perjalanan Abdul Razak, mendiang Altantuya dan individu ketiga yang masih belum dikenalpasti.

NONETian berkata soalan itu perlu dijawab oleh Najib sendiri selaku Menteri Pertahanan ketika itu dan bukannya menteri sekarang, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Zahid sebelum ini menawar diri untuk memberi keterangan kepada badan kehakiman Perancis yang bersetuju untuk menyiasat unsur rasuah dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia.

"Saya tidak rasa (Datuk Seri) Zahid Hamidi mengetahui perkara ini, maka hanya bekas Menteri Pertahanan (Najib) yang boleh jelaskan sebab arahan pembayaran dan identiti (tiga) individu datang daripada Kementerian Pertahanan dan mereka hanya membuat bayaran lawatan tersebut," kata Tian.

razak baginda acquitted 311008 02Skandal kapal selam itu berpaksi kepada pembunuhan warga Mongolia dan kekasih Abdul Razak, Altantuya Shaariibuu serta pembayaran komisyen sejumlah RM534 juta dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Abdul Razak dan isterinya, Mazlinda Makhzan.

Antara ahli lembaga pengarah Perimekar ialah Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

"Isunya sekarang mengapa bayar kepada Perimekar di mana kami dapat tahu tiada sesiapa dalam syarikat itu mempunyai kepakaran dalam undang-udang Eropah," kata Tian.

NGO hak asasai manusia, Suaram melantik dua peguam Perancis untuk menfailkan permohonan supaya kes itu disiasat setelah kerajaan Malaysia dilaporkan cuba melindungi amalan rasuah itu, walaupun setelah Altantuya mati dibom pada tahun 2006.

najib and altantuya murder french liberation newspaper article 110309Tian berkata Najib harus mengarahkan Jabatan Imigresen membuat semakan ke atas identiti individu ketiga yang menyertai Altantuya dan Abdul Razak berhubung lawatan mereka ke Macau pada tahun 2002.

Najib sebelum ini bersumpah beliau tidak mengenali Altantuya sungguhpun dakwaan itu dinafikan oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

"Juga untuk keadilan keluarga Altantuya, kita patut korek kerana perbiacaraan pembunuhan kejam itu, maklumat ini tidak pernah diketengahkan," kata Tian.

Tian juga mendesak agar kerajaan memberikan nilai kontrak sebenar pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu kerana berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi, kos itu melebihi RM1.3 bilion.


Peguam Anwar masih belum soal Najib, Rosmah
Kuek Ser Kuang Keng
Jun 3, 11
9:16am

Isnin ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terpkasa membela diri dalam kes liwat kedua yang dihadapinya, namun sehingga hari ini pihak polis masih belum membuat sebarang persiapan agar peguamnnya boleh menyoal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 01Najib dan Rosmah adalah antara 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Anrar membela dirinya atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurut peguam Anwar Sankara Nair, pihaknya telah menyenaraikan 25 daripada 71 saksi yang dicadang dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

"Kita serahkan senarai itu kepada pihak pendakwaan pada 16 Mei (apabila hakim memutuskan terdapat kes prima facie terhadap Anwar). Namun sepanjang tiga minggu lalu, mereka hanya dapat membekalkan lima saksi kepada kita.

"Mereka juga tidak dapat pastikan bila mereka boleh bawa perdana menteri dan isterinya,” kata Sankara kepada Malaysiakini.

azlanLima saksi yang telah disoal oleh peguam pembelaan adalah bekas olahragawati negara, Datuk Mumtaz Jaafar, yang Saiful menceritakan kejadian liwat itu; pegawai khas timbalan perdana menteri, Khairil Annas Jusoh, yang berjumpa dengan Saiful; Dr Mohd Osman Abdul Hamid, doktor pertama yang memeriksa dan merawat Saiful selepas mendakwa diliwat; seorang pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai 'Dr Daniel'; serta kakak Saiful, Saidati.

Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara condominium antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Liwat II: Hakim sudah buat keputusan, kata Karpal
Jun 3, 11 9:31am

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh berkata Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersifat berat sebelah apabila beliau berkata keterangan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa.".

NONESehubungan itu, pihaknya menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk melucutkan Hakim Zabidin daripada terus mendengar perbicaraan itu.

Menurut Karpal, Zabidin seolah-olah sudah membuat keputusan mensabitkan Anwar di atas tuduhan liwat apabila menerima segala keterangan saksi pendakwaraya termasuk pengadu Saiful Bukhari sebagai benar tanpa mendengar pembelaan Anwar.

“Hakim telah salah-arahkan dirinya dalam menafsir perkataan prima facie. Beliau telah pun membuat keputusan penuh menerima keterangan Saiful sebagai sesuatu yang benar tanpa mendengar pembelaan Anwar terlebih dahulu,” kata Karpal.

Rumusan konklusif

Pada 16 Mei lalu, Zabidin mengarahkan Anwar supaya membela diri terhadap tuduhan liwat oleh Saiful itu namun menurut Karpal, Anwar tidak berupaya mendapat perbicaraan adil sebagaimana yang terjamin di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila hakim mengambil pendirian sedemikian, apa lagi ruang yang tinggal untuk pihak yang membela diri?.

NONE"Pada peringkat ini, hakim tidak harus membuat rumusan yang konklusif,” katanya.

Karpal menegaskan tindakan Zabidin bercanggah dengan prinsip keadilan. Justeru pihaknya memohon supaya Zabidin menarik diri dan digantikan dengan hakim yang lain.

Dalam permohonan yang difailkan, Anwar berkata Zabidin tidak boleh membuat rumusan bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaraya termasuk Saiful adalah benar tanpa mendengar daripada pihak pembela.

“Hakim telah membuat satu penemuan konklusif, (malah) memutuskan pendakwaraya telah membuktikan kesnya tanpa keraguan mengenai kesalahan tertuduh. Ini menjadikan seksyen 182A(1) Kanun Acara Jenayah sia-sia,” tambah Anwar.

Peruntukan itu mewajibkan hakim untuk membuat keputusan muktamad hanya setelah mendengar kes pendakwaraya dan pembela,” kata Anwar.

azlan“Sekiranya perbicaraan saya disambung oleh Datuk Zabidin, saya percaya saya tidak akan menerima satu perbicaraan yang adil,” tambah Anwar.

Bulan lalu, hakim memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan ada kes prima facie terhadap Anwar dan mengarahkan tertuduh mempertahankan dirinya.

Hakim Zabidin juga berkata, beliau mendapati bahawa keterangan pengadu Mohd Saiful sebagai boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa."

Minum kopi, makan karipap

Antara lain Saiful member keterangan bahawa beliau secara paksa diliwat tetapi sempat minum kopi dan makan karipap sebelum meninggalkan bangunan kondomium berkenaan.

NONEBeliau juga hadir kerja seperti biasa pada keesokan hari nya dan hanya membuat laporan polis dua hari selepas kejadian itu di dakwa berlaku.

Ini percubaan kali ketiga Anwar untuk melucutkan Zabidin sebagai hakim yang mendengar kes itu.

Permohonan pertama dibuat pada Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah.

Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah.

Kedua-dua permohonan itu ditolak.


Putrajaya: Jangan pinggirkan Melaka, Sarawak dan Sabah
Afiq Hizami, Pelatih UKM

SHAH ALAM, 3 Jun: Pewakilan Dewan Pemuda Negeri Melaka, Sarawak dan Sabah melaungkan kepada Dewan Pemuda PAS Pusat supaya tidak meminggirkan mereka disebabkan dengan kurangnya pengaruh PAS di kawasan tersebut.

Bercakap di Muktamar Dewan Pemuda PAS di Shah Alam semalam, pewakilan pemuda dari Melaka Ustaz Syahbudin Senin menegaskan supaya pihak Pemuda PAS pusat tidak memandang sepi terhadap dewan perwakilan itu.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah menjelaskan sekiranya PAS ingin menawan Putrajaya perlulah bermula dari Melaka terlebih dahulu.

"Buktinya kita akan lihat, apabila PAS dapat menguasai Kelantan dengan majoriti yang tinggi, maka sekiranya PAS dapat menguasai satu Dewan Undangan Negeri di Melaka, pastinya akan dapat menawan Putrajaya," jelas beliau dengan memberi gambaran analoginya sewaktu sesi perbahasan ucapan ketua pemuda.

Bercakap pada sidang dewan yang sama, perwakilan Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak Wan Husni Wan Osman menyokong ucapan daripada perwakilan Melaka.

Beliau juga wakil pemuda PAS kawasan Miri menjelaskan walaupun pilihan raya Sarawak baru sahaja melabuhkan tirainya namun ianya perlulah diteliti dengan munasabah untuk dikaji puncanya.

Beliau juga menyifatkan PAS tidak bersedia dalam pilihan raya Sarawak, walaupun hanya bertanding dengan lima kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi kalah kesemuanya.

"Kami berasa begitu sedih keadaan yang berlaku ini, banyak isu yang perlu kita teliti semula seperti isu kerusi dan calon yang dilihat sangat lemah dalam pengurusan kita.

"Perlu juga dilihat dari segi geografi Sarawak yang berbeza ianya menyukarkan kita untuk mengerakkan kerja sebagai contohnya di Miri yang sebesar negeri Pahang.

"Justeru itu, untuk menawan Putrajaya ini persedian pilihan raya parlimen akan datang kita perlu rampas kerusi parlimen di Sarawak dan perlu mengadakan pelan bertindak khusus untuk negeri Sarawak sempena PRU 13 ini dan satu lajnah perlu ditubuh untuk menjaga Sabah dan Sarawak. Ini perlu dijaga baik agar tidak terputus maklumat dari pusat," katanya

Formula 3M

Sementara itu, Firdaus Fuad setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah turut menyokong ucapan daripada pewakilan Sarawak.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa pada muktamar kali ini kerana Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalam agenda dewan pemuda kali 52 ini.

"Usah bermimpi untuk menawan Putrajaya kerana di Sabah sahaja ada 25 parlimen sekiranya pemuda gagal membuka ruang yang cukup luas di Sabah, mimpi untuk menawan Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan," katanya.

Apa yang lebih malang pada muktamar pemuda kali ini bagi pewakilan dari Sabah apabila sudah dua tahun perwakilan itu memiliki ketua Pemuda yang baru namun tiada disertakan gambar di dalam buku perwakilan tersebut.

Namun begitu, bukan pekara itu yang hendak dibawa oleh beliau dalam muktamar kali ini, hanya sekadar luahan sendaan dalam dewan tersebut.

Dalam membahaskan isu yang sebenar untuk menawan Putrajaya beliau mahu pemuda PAS melancarkan operasi 3M iaitu mengesan, mengumpul dan meraih pemuda-pemuda dari Sabah ini.

"Kita perlu guna 3M ini untuk mencari anak-anak Sarawak dan Sabah yang berada di Semenanjung ini dan diberikan pendekatan tarbiah pendedahan mengenai parti," katanya.

Beliau juga turut berasa sedih dengan isu berkaitan anak muda Sabah yang dilakukan oleh pihak Umno.

"Mereka biarkan anak Sabah dalam kejahilan dengan tidak mengadakan satu pun pusat pengajian Islam dan undang-undang melalui kejahilan inilah banyak tanah-tanah rakyat pribumi Sabah tergadai," tegas beliau.

Justeru itu, beliau mengesa supaya ditubuhkan satu intitusi pengajian awam mengenai agama dan undang-undang di peringkat tertinggi.

Tiada ulasan: