Sabtu, 4 Jun 2011

ALLAH YG CONFIRM TAHU...SAPE GADAI ISLAM...TUKAR PRINSIP...PENGKHIANAT ISLAM...PENGECUT DLL...JANGAN AUTA DENGAN ALLAH...DAN MANUSIA YG CERDIK..LAWAK2

Hadi: Saya gembira dengan kabinet pilihan raya ini
Abdul Rahim Sabri
Jun 4, 11
3:21pm

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan barisan kepimpinan baru termasuk sayap-sayap parti yang dipilih dalam muktamar PAS kali ini adalah kabinet pilihan raya.

NONEKatanya, barisan kepimpinan ini dianggotai barisan pemimpin yang dipilih yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional dan pemimpin masyarakat.

"Saya bergembira dan ahli-ahli bergembira (dengan keputusan ini). Muktamar semakin hari semakin meriah. Ini menunjukkan kematangan ahli-ahli kita.

"Ahli-ahli memilih saf di hadapan untuk pilihan raya. Dengan sebab itu kabinet saya kali ini adalah kabinet pilihan raya," katanya.

Katanya, barisan yang terbaru khususnya bagi jawatan timbalan dan naib yang dianggotai daripada bukan Ulama, adalah bukan satu perkara yang baru.

Jelasnya, dalam kepimpinan baru ini dianggotai lapan tokoh yang dikategorikan sebagai ulama, dua pemimpin bertaraf doktor dan beberapa pemimpin profesional dan pemimpin masyarakat.

"Kita memimpin secara kolektif bukan secara individu," katanya.

Pelbagai latar

NONEAbdul Hadi mengulas barisan kepimpinan baru yang dianggotai dari pelbagai latar belakang bagi mengemudi parti dalam berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.

Dalam pemilihan PAS Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden baru meraih 420 undi dengan mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya Nasharudin Mat Isa.

Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok mendapat 224 Undi manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memperolehi 399 Undi.

Manakala bagi jawatan naib presiden pula ia dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu - Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Salahudin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi sementara exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 660 Undi.

Ibarat tukar perabot rumah

Bercakap dalam sidang media di muktamar PAS di Gombak hari ini, Abdul Hadi menafikan barisan kepimpinan baru parti itu dipengaruhi mana-mana individu, termasuk ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak terikat dengan individu tertentu. Kita kerja bersama-sama.... Bukan pemimpin yang membuat perubahan, perwakilan yang membuat perubahan.

"Strategi kita berubah, tetapi dasar, matlamat dan acuan kita tidak berubah," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Menjawab soalan, Abdul Hadi berkata PAS tidak bersikap diktator dalam urusan pemilihan kepimpinan parti sebaliknya PAS mengamalkan "demokrasi tulen" antaranya dalam kempen yang bersih tanpa budaya fitnah.

"Ini satu perkembangan yang baik dan matang dari perwakilan. Perubahan dalam pucuk pimpinan (parti) perkara biasa. Bila kita hadapi musim baru, maka ada perabot rumah yang kita alih.

"Bila kita alih perabut rumah, orang bunyi bising, orang kata kita bergaduh. Kita tidak bergaduh, kita usung perabot sahaja," katanya.

Ditanya sama ada bukan ulama boleh menjadi presiden parti, Abdul Hadi berkata perlembagaan parti tidak menghalangnya berbuat demikian.

"PAS adalah parti terbuka, tidak eksklusif untuk satu-satu kelompok (sahaja)," celah naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang turut hadir dalam sidang media itu.


Mat Sabu - timbalan presiden PAS yang baru
Jun 4, 11 8:57am

Pemimpin akar umbi dan popular PAS Mohamad Sabu sebentar tadi diumumkan sebagai pemenang jawatan timbalan presiden parti yang sengit dipertandingkan itu.

NONEKeputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Mohamad meraih 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).

Pemilihan Mohamad (kanan) dikatakan yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kali kedua Mohamad Sabu yang popular dan cekap terutama dalam menganjurkan demonstrasi jalanan bertanding jawatan timbalan presiden PAS. Sebelum ini, golongan bukan ulama seringkali gagal dilantik ke jawatan berkenaan.

Naib presiden

Bagi barisan naib presidennya pula, Abdul Halim mengumumkan perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

NONESalahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi.

Bagi melengkapkan pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden.

Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan -- menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi.

AJK Pusat PAS

Bagi jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS pula, Abdul Halim mengumumkan 18 nama berikut:

Mazlan Aliman (884)
Dr Hatta Ramli (765)
Kamarudin Jaffar (739)
Hanipa Maidin (735)
Azizan Abdul Razak (721)
Dzulkefly Ahmad (702)
Mujahid Yusuf Rawa (651)
Khalid Samad (643)
Ghani Shamsuddin (579)
Amiruddin Hamzah (576)
Abdul Wahid Endut (556)
Abu Bakar Chik (527)
Mohd Amar Abdullah (470)
Mahfodz Mohamed (449)
Siti Mariah Mmahmud (445)
Hassan Mohamed Ali (437)
Abdul Ghani Abdul Rahman (430)
Nuridah Salleh (416)


Pemimpin Umno: PAS gadai prinsip negara Islam
Jun 4, 11 6:04pm

Tindakan PAS yang sanggup menukar matlamatnya daripada menubuhkan sebuah negara Islam kepada negara kebajikan membuktikan mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk terus mendapat kepercayaan Pakatan Rakyat.

NONEKetua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kanan) berkata PAS nampak sangat menggadaikan prinsip mereka demi Pakatan Rakyat, malah mereka kini tidak lagi bercakap mengenai hukum hudud sebaliknya bercakap hendak buat negara kebajikan yang sudah lama BN lakukan.

"Saya percaya tidak mustahil satu hari nanti PAS akan kata negara Islam sudah tidak relevan lagi mungkin mereka (PAS) akan kata Malaysia perlu jadi negara sekular dengan mengeluarkan macam-macam fatwa," kata anggota Majlis Tertinggi Umno itu kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Bahagian Segambut di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata PAS kini dilihat akan ikut apa yang diperkatakan DAP.

"Rakyat kini sudah boleh menilai PAS berjuang bukan kerana Allah tetapi PAS berjuang untuk menumbangkan Umno dan BN. PAS akan mengeluarkan fatwa-fatwa baru bagi menyakinkan rakyat untuk menolak BN dan ini apa yang sedang mereka (PAS) lakukan," katanya.

azlanDitanya mengenai taktik pembangkang yang menggunakan isu kenaikan harga barang untuk mempengaruhi rakyat menolak BN, Mohd Ali berkata ini merupakan taktik lapuk dan rakyat sudah dijelaskan oleh kerajaan tentang kenaikan harga barang tersebut.

"Di negeri pembangkang mereka menaikkan cukai pintu dan pelbagai jenis cukai tetapi mengapa mereka tidak kata kerajaan mereka itu (pakatan pembangkang) zalim. Kita (kerajaan) buat rasionalisasi subsidi bagi mengimbangi harga pasaran dunia yang tidak menentu," katanya.

Mengenai kemenangan Mohamad Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS mengalahkan Nasharuddin Mat Isa, penyandang jawatan itu untuk tiga penggal, Mohd Ali berkata kemenangan Mohamad telah mengetepikan pemikiran ulama dalam PAS dan ini akan menguatkan lagi bahawa mereka tidak akan mengguna pakai prinsip kerajaan Islam lagi.

NONE"Mereka kata kita (BN) sekular tapi pemilihan Muktamar (PAS) kali ini jelas menunjukkan mereka telah menolak ulama...demi kekal berkuasa dalam Pakatan Rakyat mungkin PAS akan jadi parti sekular juga," katanya.

Sementara itu di Pasir Mas, Kelantan Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim menyifatkan keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 ini sebagai hilangnya kepimpinan ulama.

"Kita tidak terkejut dengan keputusan pucuk pimpinan tetapi apa pun dalam PAS sudah mula hilangnya taring ulama dalam kepimpinan parti itu dan ini sesuatu yang malang dalam PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pasir Mas.

mohamad hasan negeri sembilan mbDi Seremban, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meramalkan PAS akan ditinggal oleh orang ramai yang menyokong parti itu berikutan keputusannya meninggalkan konsep negara Islam yang menjadi asas perjuangannya selama ini.

Orang ramai tidak akan percaya lagi kepada PAS yang dilihat terlalu mahu menjaga hati rakan pembangkangnya seperti DAP yang pernah menjadi seteru konsep negara Islam, katanya.

"Konsep nak tubuhkan negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus perjuangan parti PAS...saya yakin jika PAS tidak lagi berjuang berlandaskan prinsip menegakkan negara Islam, ramai yang akan keluar dari PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau di Seremban.

NONESementara itu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata pendirian PAS itu jelas menunjukkan bahawa parti itu tidak mempunyai komitmen yang kuat dan jitu dalam perjuangan mereka.

Dasar PAS ini amat berbeza dengan Umno, walaupun Umno bergabung dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional tetapi parti itu tidak pernah mengadai prinsip perjuangan mereka untuk membela Melayu dan Islam, katanya.

Menurutnya PAS dilihat hanya mahu mengejar kuasa dan kerana itu sanggup menukar pendirian mereka hanya kerana mahu mendapatkan sokongan orang bukan Islam.

- Bernama


'Wajah baru yang menakutkan Umno'
Wira Arjuna
Jun 4, 11
5:17pm

Ada yang menyifatkanya sebagai kemenangan untuk kumpulan profesional dan kekalahan untuk golongan ulama.

Tidak kurang pula tafsiran bahawa kemenangan “kumpulan Erdogan” dalam pemilihan PAS semalam sekali gus menempelak cubaan Umno untuk “meminang” PAS, khususnya sejak beberapa bulan lalu.

NONEApa pun, yang jelas ialah PAS sekali lagi telah menunjukkan kematangan untuk memilih pasukan terbaik bagi mengetuai cabaran menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Berlainan dengan Umno, PAS tidak menangguhkan pemilihan parti semata-mata kerana khuatir saingan untuk jawatan akan memecah belahkan parti dan menggugat peluangnya dalam pilihan raya umum.

Sebaliknya pucuk pimpinan PAS begitu yakin terhadap kematangan perwakilan dan calon untuk merapatkan saf dengan selesainya pemilihan yang dijalankan dalam semangat demokrasi dan musyarawah.

NONEKecenderungan untuk menyifatkan PAS sebagai parti yang kini dikuasai oleh golongan professional berpaksi kepada kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dan Husam Musa sebagai Naib Presiden baru.

Mohamad Sabu kini diangkat sebagai orang pertama dari golongan bukan ulama yang menyandang jawatan Timbalan Presiden dalam tempoh 20 tahun.

Nasharuddin Mat Isa tersingkir sebagai orang kedua parti manakala tokoh ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga kecundang kepada Mohamad Sabu.

PAS dalam genggaman profesional

Untuk Naib Presiden, selain Husam, Sallehuddin Ayob dan Mahfuz Omar melengkapkan senarai jawatan itu apabila mengekalkan kerusi mereka.

NONEKemenangan beberapa tokoh lain seperti Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkfli Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar untuk menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat juga disabitkan sebagai bukti PAS dalam genggaman profesional.

Media arus perdana khususnya Utusan Malaysia akan cuba memaparkan PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai golongan ulama. Tentunya modal ini akan diambil oleh Umno untuk dijual pula kepada pengundi.

Namun, walaupun bertukar nakoda (itu pun peringkat Timbalan dan ke bawah sahaja) hala tuju PAS tetap sebagaimana yang terpacak dalam matlamat perjuangannya.

NONEPerwakilan yang memilih golongan “profesional” atau Erdogan yakin calon-calon berkenan mempunyai ketokohan untuk memacu PAS menghadapi PRU-13 tanpa melunturkan azam dan matlamat perjuangan parti.

Semua yang dipilih sebenarnya sebati dengan perjuangan PAS – Mohamad Sabu, Husam dan yang lain-lain adalah orang lama yang bergerak sealliran dengan liku-liku perjuangan PAS.

Mereka adalah veteran dalam parti yang faham sentimen akar umbi PAS dan pada masa sama mempunyai sifat dinamis untuk berkerjasama dalam kerangka Pakatan Rakyat bagi mencapai matlamat PAS membangun negara berkebajikan.

Mengaibkan negara Islam?

Konsep negara berkebajikan ini sudah pun dicanang oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai bukti kononnya PAS sudah mengubah haluan dan kononnya mengabaikan penubuhan sebuah negara Islam, apatah lagi di bawah PAS pimpinan golongan professional.

pas muktamar 030611 hadi awang 02Kedua- dua akhbar itu seharusnya memerinci nilai-nilai yang disebutkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Hadi dalam ucapan dasarnya dan membuktikan bagaimana penubuhan sebuah negara berkebajikan bercanggah dengan syariat Islam.

“Kita mulakan dengan perlaksanaan negara berkebajikan, ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut negara Islam, ia sebut negara berkebajikan,” kata Hadi pada sidang medianya semalam.

Konsep negara berkebajikan didokong dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat, bermakna ia turut dipersetujui oleh DAP.

Kemunculan pemimpin- pemimpin seperti Hadi, Mohamad Sabu, Husam dan yang lain hadir berkongsi pentas dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh untuk menerangkan penubuhan negara berkebajikan kepada umat Islam dan bukan Islam tentunya menjadikan Umno dan akhbar miliknya gusar dan cemas.

NONEJusteru kerana itulah Utusan dan Berita Harian akan menjaja PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai oleh ulama, malah sudah mengubah matlamat perjuangannya.

Sebelum pemilihan PAS semalam, Utusan Malaysia cuba secara licik untuk membawa mesej- mesej tertentu untuk mempengaruhi perwakilan parti dalam memilih calon.

Utusan yang sering menyerang Islam yang dibawa oleh PAS tiba-tiba mengingatkan keperluan parti itu supaya meneruskan perjuangan dan matlamatnya dengan pimpinan ulama.

Agenda sempit Umno

Memang hebat transformasi Utusan walaupun ia hanya untuk memastikan agenda sempit Umno menjalin kerjasama politik dengan PAS tidak kecundang. Namun akhirnya rancangan Utusan-Umno itu nampaknya gagal juga.

NONEPemilihan muka-muka baru termasuk Mohamad Sabu dan Husam bermakna mereka kini memikul tanggungjawab besar untuk membantu Hadi mengemudi PAS dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perwakilan membuat pilihan sedemikian kerana menyifatkan mereka sebagai gandingan terbaik untuk misi berkenaan. Sebuah misi yang mampu mengubah landskap politik Malaysia dan menjanjikan pembaharuan-pembaharuan yang didahagakan oleh rakyat, Islam dan bukan Islam

Mukhriz: DAP, PKR berjaya pengaruhi PAS tukar prinsip
Jun 4, 11 5:44pm

DAP dan PKR berjaya mempengaruhi PAS sehingga prinsip untuk menubuhkan negara Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sejak sekian lama kini ditukar kepada konsep negara berkebajikan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

NONEBeliau berkata, PAS juga dilihat tidak tetap pendirian apabila mengubah prinsip daripada memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan kerana mahu merealisasikan hasrat DAP dan PKR untuk memperjuangkan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

"Tahniah kepada DAP dan PKR kerana berjaya mempengaruhi PAS sehinggakan hanya orang-orang mereka saja (bukan ulama) yang dipilih menjadi Naib Presiden malah Timbalan Presiden dalam PAS.

"Cukup hebat sekali pengaruh DAP dan PKR dalam PAS. Ini tidak menunjukkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang bebas daripada pengaruh yang sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam," katanya selepas melancarkan Program Siswa Siwi Bersama Rakyat di Jerlun, hari ini.

pas muktamar 030611 hadi awang 02Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengulas mengenai keputusan pemilihan PAS hari ini dan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS ke-56 semalam yang mengetengahkan tema Membangunkan Negara Berkebajikan.

Mukhriz juga berkata, keputusan pemilihan PAS itu langsung tidak menggambarkan sokongan ahli atau perwakilan PAS terhadap golongan ulama dalam PAS.

"Pada mulanya saya rasa terharu dan gembira apabila saya mendengar ucapan-ucapan dari Dewan Ulama PAS, tetapi hari ini perasaan gembira itu bertukar menjadi bimbang dan sedih kerana golongan itu (ulama) dipinggirkan dan sekali gus membuang prinsip penubuhan negara Islam," katanya.

Golongan ulama PAS yang diwakili Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man tewas dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden kepada Mohamad Sabu.

NONEJawatan Naib Presiden juga dikuasai golongan bukan ulama apabila Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar menang dalam pertandingan enam penjuru.

Mukhriz berkata, pembentukan negara berkebajikan yang diumumkan Abdul Hadi sebenarnya sudah diperjuangkan Umno dan BN sejak merdeka lagi.

"Kalau tidak perhatian dan kebajikan rakyat, tidak mungkin kita boleh mencapai pada tahap yang begitu membanggakan. Jadi bab kebajikan itu sudah menjadi pegangan dan perjuangan kepimpinan BN dan Umno dari dulu lagi," katanya.

NONEBeliau berkata, walaupun PAS tidak mahu mengadakan kerjasama politik dengan Umno, tetapi usaha untuk perpaduan itu tetap Umno teruskan.

"Itu sudah menjadi tekad kita dan kita tak akan ubah pendirian kerana perpaduan itu adalah satu yang dituntut oleh agama dan kita akan tetap laksanakan," katanya.

- Bernama


Isu p'raya tak lekang di bibir perwakilan
Jun 4, 11 5:54pm

Isu pilihan raya terus mendominasi perbahasan para perwakilan sebaik PAS mengumumkan barisan kabinet pilihan rayanya hari ini.

Malah, perwakilan dengan agresif turut menuntut supaya parti itu mengambil alih kerusi yang sebelum ini ditandingi rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Wakil Terengganu, M Sukriman Samsuddin berkata, nisbah pengagihan kerusi di negeri itu perlu dilihat dengan lebih objektif mengikut kekuatan parti masing-masing.

Katanya, negeri berkenaan mempunyai 32 kerusi DUN dan sebanyak lapan kerusi parlimen.

Namun, jumlah undi yang diraih oleh calon PKR bagi salah satu kerusi parlimen itu lebih rendah daripada jumlah undi yang yang diperolehi PAS di dalam empat DUN yang digabungkan.

M Sukriman berkata, kehilangan pengundi antara 30 hingga 40 peratus itu menunjukkan sentimen di kalangan pengundi atas pagar.

"(Masalahnya) bukan calon PAS tetapi pengundi atas pagar yang tidak tunjukkan sokongan kepada calon yang bukan dari PAS," katanya lagi.

Dana khas RM10 juta

Sementara itu, seorang lagi perwakilan Hu Pang Chaw berkata, parti itu kini perlu mengumpulkan dana khas sebanyak RM10 juta.

Dana berkenaan perlu diwujudkan bagi mengadakan program untuk menarik pengundi, kata Hu yang juga ketua dewan himpunan PAS.

"Kewangan ini untuk tarik the best brain untuk berkhidmat dalam parti... Kereta tak ada minyak tak boleh jalan.

"Kalau dia (pemimpin baru) tak boleh kumpul, kita pilih orang lain," katanya lagi secara berseloroh.

Beliau berkata lagi ketika membahaskan usul ucapan dasat presiden di Muktamar PAS ke-57 hari ini.

Selain itu, parti itu juga perlu mewujudkan satu pusat kajian bagi mendalami sentimen dan pemikiran golongan bukan Melayu untuk lebih memahami masyarakat berkenaan.

"(PAS perlu menjadi) parti yang mampu mendekati masyarakat majmuk di negara ini," katanya.

Langkah berkenaan juga merupakan satu agenda penting yang perlu dijalankan PAS bagi membolehkan ia menerima sokongan lebih luas dalam pilihan raya umum akan datang.



10,000 ahli PAS Kelantan masuk Umno sejak 2008
Jun 4, 11 5:54pm

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin mendakwa kira-kira 10,000 anggota PAS, golongan atas pagar dan kaum belia yang mencapai umur mengundi di Kelantan menyertai Umno selepas pilihan raya umum 2008.

NONEBeliau berkata, mereka berbuat demikian setelah kecewa dengan kegagalan PAS membangunkan Kelantan.

"Ada menyertai Umno (cawangan) secara terbuka dan senyap melalui tokoh-tokoh tertentu untuk mengelak daripada disabotaj anggota PAS di peringkat kampung,” katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk di Kampung Kuau di Bachok, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata Umno sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja untuk menyertainya.

Ketua Umno Bahagian Bachok itu juga yakin BN mampu merampas tampuk pemerintahan Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Oleh itu, katanya semua jentera pilihan raya BN mesti bersiap sedia dari sekarang dan kikiskan perasaan tidak berpuas hati sesama sendiri yang boleh melemahkan persiapan.

- Bernama

Semua naib presiden PAS di tarbiah ulama
Jun 4, 11 3:57pm

Naib presiden PAS yang baru Datuk Husam Musa menolak pengkelasan antara golongan ulama dan profesional dalam parti itu kerana ia hanya wujud di media.

NONESedangkan, katanya, beliau sendiri dan dua penyandang yang mempertahankan jawatan - Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - juga mendapat didikan dan tarbiah daripada golongan itu.

"Tak ada isu sama ada kami menentang ulama dan ulama meminggirkan kami. Kami, saya, Salahudin, Mahfuz dan Mat Sabu dari kecil dibesarkan dengan tarbiah atau didikan ulama," kata Husam.

Menurut Husam, keputusan hari ini juga memberi isyarat bahawa ahli parti itu hendak melihat prestasi parti meningkat dan mahukan wakil rakyat yang boleh fokus untuk pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Tugas saya besar, untuk jaga pokok supaya berbuah," katanya.

Katanya, cabaran PAS dalam politik Malaysia untuk mencari corak politik yang boleh diterima, munasabah dan adil dalam masyarakat majmuk.

"Jadi kami kena yakinkan orang Melayu dan bukan Melayu," kata Husam lagi.

azlanDalam pertembungan enam penjuru, tiga naib presiden itu telah mengetepikan dua calon ulama - Idris Ahmad dan Mohd Amar Nik Abdullah - dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara itu, Seri Nizar Jamaluddin dalam reaksi segeranya berkata tidak sedih dengan kekalahan yang diterimanya kerana perwakilan membuat "pilihan paling baik".

"Kepimpinan yang dipilih hari ini jauh lebih bersepadu dalam membantu presiden dan timbalan presiden.

"Ia menjadi satu signal untuk memperkukuh kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan NGO," katanya.

NONEKatanya, keputusan yang diumumkan oleh ini adalah pilihan terbaik daripada perwakilan dan "bukan soal siapa menang atau kalah".

Sebaliknya mereka memilih calon yang menawarkan tenaga dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya lagi, tidak timbul persoalan profesional menguasai kepimpinan PAS hari ini kerana kedua-dua tersebut "tidak ada perbezaan, sebaliknya mereka dipilih kerana mahu memimpin parti.

Tiada ulasan: