Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendakwa Datuk S Ambiga telah diperalat oleh pemimpin politik dalam BERSIH 2.0 kerana ingin meneruskan perhimpunan pada 9 Julai.
Katanya, ruang untuk mengadakan perbincangan masih terbuka tetapi pengerusi BERSIH 2.0 itu tetap ingin mengadakan perhimpunan bersama pemimpin Pakatan Rakyat.
"Saya rasa Datuk Ambiga dah terikat benar, dia dah tak boleh tarik diri lagi, dia dah diperalatkan.
"BERSIH sekarang bukan BERSIH yang saya kenal dulu. BERSIH sekarang sudah berubah, dah jadi begitu kusut, saya rasa dah tak bersih lagi.
"Kalau perhimpunan NGO dicampur aduk dengan politik - bukan lagi demo BERSIH, ia sudah jadi demo politik," katanya lagi dalam satu program dialog berhubung lapan tuntutan yang dikemukakan BERSIH di Kuala Lumpur hari ini.
Wan Ahmad juga berkata, perhimpunan kali ini, seperti juga perhimpunan pada November 2007, dirancang bagi membolehkan Pakatan Rakyat memperolehi keputusan seperti dalam pilihan raya Mac 2008.
"Kerajaan diramal akan bubar parlimen dan pilihan raya mengejut mungkin diadakan, jadi sejarah dah nak berulang.
"Sekarang dengan penyokong yang lebih kuat mungkin (Pakatan) dapat tawan Putrajaya," katanya lagi.
Tambahnya, polis tidak memberi kebenaran berhimpun memandangkan setiap parti politik ini masing-masing telah bersedia untuk membawa puluhan ribu penyokong pada 9 Julai.
Wan Ahmad juga berkata, BERSIH sebelum ini ingin mengadakan pertemuan tetapi pada masa itu SPR sibuk kerana perlu membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.
Tambahnya, tuntutan yang dikemukakan BERSIH juga tidak semestinya dapat diselesaikan sebelum pilihan raya Sarawak.
Katanya lagi, SPR mungkin berpeluang untuk meminda peraturan tertentu sebelum pilihan raya umum ke-13 dijalankan.
- Mohd Razif Bin Sohimi · Pengulas Tertinggi · Bekerja di PPG Industriesbercakap mcm ketua umno kawasan... datuk..cuba datuk baca 8 tuntutan yg diminta oleh Bersih... kami xminta bnyk..minta lapan tuntutan... xboleh ke SPR wat kajian dulu pada tuntutan ini... bukan susah pun datuk..yg susahnyer.. bila spr nie menjadi alat kepda kerajaan untk kepentingan mereka... so datuk..sila bebas kan pemikiran datuk...SPR kena bebas..FREEDOM...
- Nur HidayahBob... (Nyanyi) tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima...
Timbalan pengerusi suruhanjaya itu, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, suruhanjaya itu juga telah menghubungi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi perkara yang melibatkan RTM.
Namun kementerian itu berpandangan bahawa RTM hanya perlu menjadi saluran untuk menguar-uarkan dasar kerajaan, katanya.
"Siapa saja yang menjadi kerajaan, saya pasti, mereka akan buat perkara sama juga," kata Wan Ahmad kepada wartawan selepas menyertai satu program dialog berhubung tuntutan oleh BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.
Ketika ditanya, Wan Ahmad berkata Malaysia juga tidak boleh dibandingkan dengan negara lain dalam isu berhubung liputan media yang adil ke atas pilihan raya, termasuk media yang dimiliki kerajaan.
Pemberita: Ianya tidak sama di negara lain, Datuk.
Wan Ahmad: Jangan bandingkan dengan negara lain.
Pemberita: Kenapa tidak?
Wan Ahmad: Jika anda bandingkan dengan negara lain, susahlah.
Pemberita: Singapura juga benarkan pembangkang...
Wan Ahmad: Tetapi...
Pemberita: ... Thailand, Indonesia, dan Filipina...
Wan Ahmad: Tidak... Biar saya kata...
Pemberita: Mereka dianggap sebagai negara yang lebih ke belakang, tapi mereka lebih terbuka dalam perkara ini.
Wan Ahmad: Kita sedang berbincang dengan kerajaan. Inilah yang SPR boleh buat. Kita berbincang dengan kerajaan tentang kebimbangan NGO dan masyarakat sivil berhubung perkara ini.
- Badrain Matelsyia · Pengulas TertinggiDah terlambat SPR, Kami tak nak dgr alasan bodah lagi.. org bodoh leh pecaya tp bkn kami
Perdana menteri menegaskan demikian semasa berucap kepada hadirin yang menyambut kunjungan beliau di pekan pesisir pantai ini, kira-kira 150km ke selatan Kota Kinabalu hari ini. Najib berkata kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak mahukan kekerasan kerana menurutnya, "itu bukan cara kita selesaikan masalah di bumi Malaysia ini". Menurutnya pilihan raya sentiasa diadakan di Malaysia apabila tiba waktunya dan semua pihak boleh ambil bahagian semasa kempen. "Kita ada pilihan raya... nak kempen, kempen lah, nak berucap sampai tak larat lagi nak cakap, buatlah, nak bertempek pun, tempeklah," kata Najib yang sebelum itu berkunjung ke daerah pedalaman Tenom, di barat daya Sabah. "Mereka kata bersih... belum tahu dia bersih. Dia (pembangkang) pun ada banyak masalah," kata Najib. Perdana menteri menegaskan Malaysia bukannya seperti negara tertentu di mana pemerintahnya menang 95 peratus undi semasa pilihan raya yang pastinya banyak pihak yang mencurigai keputusan pilihan raya. "Di Malaysia tidak pernah berlaku seperti itu. Kita menang sebab rakyat support (sokong). Saya tak rela jadi perdana menteri atas penipuan. Saya nak jadi perdana menteri kerana rakyat sukakan kita (BN) dan rakyat percaya dan senang dengan BN," katanya. Atas kepercayaan rakyat terhadap BN, kata beliau, kerajaan akan bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk perjuangkan nasib rakyat. Najib berkata Malaysia kini berada di ambang transformasi ke arah menjadi negara yang lebih maju dan sejahtera dengan pelan pembangunan yang jelas dan hanya menunggu masa untuk melaksanakannya. "Tetapi apakah ini harus dikorbankan semata-mata kerana hawa nafsu sesetengah pihak yang nak kejar jawatan perdana menteri, hendak menguasai Putrajaya?" katanya. Najib mengingatkan bahawa demonstrasi jalanan seperti dirancang pada 9 Julai boleh membawa kecelakaan dengan sekelip mata, lebih-lebih lagi apabila pihak tertentu membakar emosi dan perasaan orang ramai. Katanya jika ada pihak yang menjadi "tukang kipas, tukang bakar" emosi semasa perhimpunan haram itu, golongan yang bakal menjadi mangsa adalah juga "rakan kita, keluarga kita". Beliau berkata apabila berlaku "psikologi samseng", orang yang baik akan tiba-tiba bertukar menjadi ganas dan tidak boleh dikawal sehingga tidak kira harta benda atau nyawa orang lain terancam. Perdana menteri seterusnya menegaskan pentingnya gagasan 1Malaysia dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia agar ia bukan sekadar menjadi slogan yang menjadi sebutan atau paparan semata-mata, sebaliknya diterjemahkan sehingga menjadi nilai pegangan, sikap dan cara pemikiran rakyat Malaysia. Katanya, beliau mendapati keharmonian yang wujud di Sabah merupakan contoh terbaik konsep 1Malaysia bagi membolehkan rakyat pelbagai kaum hidup aman damai tanpa sebarang tembok pemisah. Di majlis itu, perdana menteri mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk membina semula Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang dan peruntukan RM2.7 juta untuk memperbaiki bumbung Esplanade Sipitang yang sebelum in sering mengalami kerosakan akibat ditiup angin kencang. Hadir sama ialah ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan beberapa wakil rakyat tempatan parti komponen BN. - Bernama
- Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN InternationalPergh! 3 juta.. termasuk ratusan ribu dari Sabah....perlu ingat majoriti ahli Umno bukannya golongan elit.. jenis no money no talk...tiada wang kerja tak jalan... ini diakui sendiri olkeh Tun M dulu sampaikan lambat sampai nasi bungkus bilik gerakan PRU ditutup dan ditinggalkan begitu saja..seorang paling kurang pun kena belanja : duit poket RM50/, nasi bungkus, air mineral, baju T, cap duit minyak atau bas pengangkutan..jumlah RM100/-.. kali dengan 3,000,000... sudah jadi RM 300 juta.... CAKAP MACAM TAK MASUK AKAL..APA PUNYA CLASSLAH NAJIB SEBAGAI PM..PATUT PUN DIA KENA TURUN SELEPAS PRU 13 NANTI..
- Aku Lelaki · Friends with Maba Budu
- Noor Ratipu nak kempen kempenlah...nak buat ceramah terbuka kat padang kami sendiri pun permit x bagi......mmg penipu besarlah. mmg dia penakut tu sbb pakai baju kuning x tulis apa2 pun kena tangkap...biarlah org pakai baju shj...bukan buat apapun...x guna kekerasan konon...pirahhh cakap mmg x serupa bikin....cakap lah apa yg dia mahu tapi hakikatnya dia dan partinya mmg menzalimi rakyat.
- Nor Hisham Mohd Yunus · umur 32 tahunpe kata nnti masa perhimpunan bersih.. tak pakai baju. Kalo kena tangkap juga memang bodoh punya KERAJAAN MALAYSIA.
- Muzanny Zamri · Pengulas Tertinggi · Damansara, Kuala Lumpur, Malaysiaaku yg umur bru nak masuk 21.... ptt nye aku malas nak lyn politik ni.. tp rakyat mcm aku cpt sedar, org umno biar la umor 100thn pun tk sedar2.. Anwar kalau nak jd PM dulu lg dia bleh jd PM.. tak tahu sejarah kot org2 umno ni? kepala otak nak duit jeee.... dah tu blaja tk pndai kt skolah, lps tu menyesal, tk dpt keje, tk de duit. mula bt aktiviti mkn duit atas angin. aku pun blaja tk pndai, tapi aku tk putus asa.. nak berjaya dri bawah.. skrng aku mula dri bwh.. Insyallah 1 hari nnt aku berjaya.. tp berjaya dgn cara dri bawah. walaupun aku muda sgt, aku tahu cara kerajaan org atas pusing duit mcm mn. fikir2 la... mungkin aku muda korang smua tak heran sgt.. tapi fikir2kan lah.. Salam..
- Izul Ishak · Pengulas Tertinggi · Sungai Petani
- Juan Montoya · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysiakes "PRIMA FACIE".
hoi.....duit peruntukan pun ko nak kapur jugak?
elaun dah dpat pun msih tak cukup ke?
dasar tembolok manusia UMNGOK.
...buang lah songkok tu, buat malu Islam Melayu.
brahim ali, jngan lupe bwak beruk2 ko brdemo dpan rumah MP sabak ni.Lihat seterusnya..- Hati Mahu Bersih · Friends with Maba Budu
- Mohd Arshad Juwaini · Pengulas Tertinggi · Pasir Gudang, Johor, Malaysiamacamana eekkk..mkn duit peruntukan rakyat neee... ada tak mufti berani kata ianye halal...
agak2 dlm utusan kluar muka depan tak? klu dpd pr rasanye 10tahun tak abis cerita hahaha
Beliau berkata Felda telah membuat pelaburan yang menguntungkan dengan memiliki syarikat gula tersebut apabila memiliki dana terkumpul berjumlah RM1.1 bilion selepas hanya dua hari disenaraikan di Bursa Malaysia. "Saya nak maklumkan hari ini MSM ketika menyenaraikan tawaran awam permulaannya adalah RM3.50 dan pada hari pertama meningkat tertinggi kepada RM5.04 dan semalam RM4.98 dan hari ini RM4.80. Jadi peneroka tidak perlu risau dengan pinjaman daripada KWSP ini," tambahnya. Katanya, Felda sebelum ini pernah membuat pinjaman berjumlah RM4.9 bilion pada 70-an atau 80-an daripada kerajaan, Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kuwait dan Tabung Saudi, dan berjaya membuat bayaran balik lebih awal iaitu pada 2000 berbanding tempoh yang diberi iaitu sehingga 2013. "Felda mempunyai rekod yang baik dalam menyelesaikan pinjaman. Pinjaman dengan KWSP RM3.5 bilion ini patut diselesaikan 10 tahun dan kita lihat bagaimana kita boleh melunaskan pinjaman itu," katanya. Ahmad berkata kenyataan KWSP juga menyebut secara keseluruhan syarikat itu menganggap pinjaman tersebut merupakan pelaburan yang dapat menyumbang ke arah pencapaian dividen yang baik kepada pencarumnya memandangkan ia menjana pulangan yang menarik serta berisiko rendah. - Bernama
- Muhammad Nur Hanief · Friends with Yob Tualang SekahKalau tak bankrap kenapa pinjam? http://hanief.blogspot.com
/2011/06/kalau-tak-bankrap -kenapa-pinjam.html - Yb Muhamad Syazwan Shafie · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysiaianya satu penghormatan, hahaha katanya la
"Keputusan tersebut diambil berdasarkan Doktrin Pengasingan Kuasa, maka dewan yang mulia ini perlu berpegang dan berpandukan kepada keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi. "Doktrin tersebut jelas menyatakan dan membezakan peranan tiga cabang demokrasi, pertama eksekutif sebagai kerajaan, kedua perundangan sebagai penggubal undang-undang dan ketiga ialah kehakiman sebagai pihak yang mentafsir undang-undang dan menjatuhkan hukuman," katanya sebelum menyambung semula membahaskan Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Minggu lalu, Pandikar berkata pihaknya telah menghubungi Pejabat Peguam Negara untuk nasihat berhubung implikasi hukuman denda RM2,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Chua kerana menghalang tugas polis ketika menghadiri demonstrasi. Beliau merujuk soalan dari Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang mengemukakan surat menuntut penjelasan status Chua setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan sebelum ini. Menurut Ibrahim, Chua (kanan) sepatutnya dilucutkan haknya sebagai ahli parlimen kerana perlembagaan persekutuan dengan jelas menyatakan mana-mana ahli hilang kelayakkannya jika didenda tidak kurang RM2,000 oleh mahkamah.
Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menegaskan pada penghakiman bertulisnya 17 Jun tahun lalu bahawa denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua dari PKR tidak akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimen Batu.
Pandikar Amin berkata berdasarkan penghakiman Mahkamah Tinggi yang diterimanya, denda sebanyak RM2,000 itu tidak menjadikan perayu (Tian Chua) hilang kelayakannya secara automatik, sebaliknya seseorang ahli parlimen itu hanya akan hilang kelayakannya sekiranya denda adalah RM2,001 ke atas. "Hukuman denda itu tidak akan memberikan suatu implikasi kepada suatu pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Batu," katanya.
- Ryu Serizawa · Friends with Mohd Roszeli MKatak si katak lompat..lompat lah tinggi2...cpt lah katak cpt, cepat katak kena pijak lori...kah3.
- Ck Din · Pengulas Tertinggi · Sabah, Malaysia
- Rashid Ramli · Pengulas Tertinggi · TEKNOLOGI MALAYSIAsahabat PR semua jgn dilayan juak2 umno nie.mereka semua memang dah dikhaskan utk menghentam komen kpd kite semua didlm web alternatif....ini semua strategi mereka utk kuasai media2 di alam maya.SEMUA KOMEN MEREKA KITA JGN BALAS,SEKIRANYA KITA BALAS RATING MEREKA AKAN NAIK................JGN BALAS KOMEN JUAK2 UMNO
- Kopitea My · Pengulas TertinggiLompat sikatak lompat,lompat la tinggi2,memang dia ni melayu haprak. siapa lagi kalau bukan IBRAHIM ALI...lagu popular miggu ini..
Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam membuat laporan polis terhadap setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution yang didakwanya telah memfitnahnya mahu membakar ibupejabat PKR. Dalam laporan tersebut, Lokman juga mendakwa Saifuddin memfitnahnya bahawa beliau mengugut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi BERSIH 2.O, Datuk S Ambiga jika perhimpunan BERSIH diteruskan pada 9 Julai. Lokman tiba dengan diiringi kira-kira 30 ahli Umno dan Kimma menuju ke balai polis Tropicana - yang terletak bersebelahan ibupejabat PKR - pada kira-kira jam 12.50 tengahari. Beliau kemudian bersama ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican masuk membuat laporan. Ketika hendak masuk ke balai, penyokong AMK bersorak dan Reezal kelihatan cuba menghampir mereka. Bagaimanapun, lima anggota polis bertindak menenangkan keadaan tersebut bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. Manakala timbalan ketua AMK, Khairul Annuar Ahmad Zainuddin turut kelihatan menenangkan ahli-ahlinya. Dalam sidang media selepas membuat laporan polis itu, Lokman berkata, dakwaan Saifuddin itu adalah satu fitnah dan beliau menyaman bernilai RM500,000.99 terhadap setiausaha agung PKR itu. Menurut Lokman, nilai saman tersebut ialah RM500,000 kerana 'menyusahkan saya' dan RM0.99 nilai Saifuddin. Beliau menuduhkan Saifuddin sebagai pembohong besar dan Pemuda Umno tahu bangunan bukan milik PKR.
"Bangunan ini milik Datuk Soh Che Wen. Beliau sekarang ini belaga angin dengan Datuk Seri Anwar.
"Takkan kita nak bakar bangunan yang dimiliki musuh Anwar. Musuh Anwar kawan kita," tegasnya lagi. Lokman juga mencabar Saifuddin (kanan) supaya menunjukkan pita video yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan mahu membakar bangunan PKR. Katanya, beliau ada mendengar ucapan, tetapi tiada seorang pun yang berkata hendak bakar pejabat PKR.
Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Reezal menyifatkan tindakan AMK melaungkan perkataan "mamak Marican" merupakan satu penghinaan kepadanya. Sedangkan, katanya, beliau hadir bersama dengan rakan-rakannya untuk membuat laporan polis dengan aman sebagai hak rakyat Malaysia.
- Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN InternationalMenurut Lokman, nilai saman tersebut ialah RM500,000 nilai dirinya dan RM0.99 nilai Saifuddin....
PELIK? YB SAIFUDDIN NASUTION SEORANG AHLI PARLIMEN.. PALING SENGKEK PUN ELAUN DIA SEBULAN RM10,000... YANG SI LOKMAN ADAM NI HABUK PUN TARAK! SIAPA YANG PATUTNYA BERNILAI 0.99 SEN NI...SEPATUTNYA NILAI DIRINYA TAK SAMPAI 1 SEN.....- Rajakamarul Rajaahmad · umur 56 tahun
“Semua anggota akan berkelakuan baik dan teratur seperti pada demonstrasi sebelum ini. Jika tidak, polis boleh bertindak ke atas mereka," katanya.
Menurut Mohamad, polis atau pihak keselamatan boleh menahan dan mengambil tindakan terhadap ahli PAS yang melanggar undang-undang. "Polis boleh ambil tindakan atau menahan ahli PAS yang buat kacau seperti membakar kereta atau melempar batu. Kita tidak akan membela mereka kalau betul ahli PAS bertindak ganas," katanya.
Mohamad yang terkenal sebagai pemidato yang lantang hadir di balai polis daerah Gombak untuk memberi keterangan berhubung apa yang diperkatakannya pada muktamar parti itu yang lalu. Katanya, PAS menyokong BERSIH kerana tuntutannya yang mahu pilihan raya yang bebas dan adil.
Ditanya apa yang akan dilakukan jika BERSIH membatalkan perhimpunan itu, Mohamad berkata terpulang kepada gabungan itu kerana mereka adalah badan yang bebas.“Namun, kita akan tentukan apa yang perlu dilakukan seterusnya (jika ini berlaku),” katanya. Mohamad juga memberi jaminan bahawa ramai akan keluar menyokong perhimpunan 9 Julai itu tetapi tidak dapat memberikan ramalan jumlahnya tetapi mengulangi ia adalah himpunan yang aman. “Saya mahu polis dengan serius menyiasat sebuah pertubuhan yang mendakwa akan berlaku 'pertumpahan darah' jika BERSIH diteruskan. Perkataan seumpama ini berbaur hasutan dan tidak perlu,” katanya.
- Zamzarina Ahmad Bajari · Universiti Sains Malaysiasye dah start pakai baju kuning today..will cont tomorrow, day after 2morrow until 9th july....wahh...so sweet...:D
- Abu Hassan Anis Azura · Pengulas Tertinggi
- Mosid Hassan Hassan · Pengulas Tertinggi · AHLI NUJUM di Pak Belalangpakailah... tapi jangan lupa cuci nanti kotor!