Sabtu, 30 Ogos 2014

YANG DUDUK KEKAL IALAH DIAKHIRAT....DUNIA NI SEMENTARA SAJA...BIJAKSANA ORANG ITU JIKA MENCARI BEKAL UNTUK BEKALAN HIDUP YANG KEKAL IAITU AKHIRAT

Perceraian Akibat Sihir?

Posted on January 12, 2014 under Islam by
Divorce
PERSOALAN:
Assalamualaikum..mdh2an ustaz sihat sejahtera dan sntiasa dlm perlindungan Allah..
tujuan sy email ingin menceritakan permasalahan rumahtangga yg berlaku kpd diri sy..mdh2an dgn harapan dptlah hendaknya ustaz membantu sy..
masalah dan ujian yg terjd pd diri sy ialah begini…
sy dan isteri berkahwin atas dasar cinta..kami tggl berjauhan..isteri di xxxxxxxxx dan sy di xxxxx..
slps bbrapa bln berkahwin, isteri tidak sabar hndk brtukar ketempt kerja di johor utk tggal brsama sy..selepas segala urusan mengenai pertukaran selesai, isteri sy dpt juga berpindah ke sini..Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..kami hidup bhgia bersama..




sampai satu masa, sy diuji dlm rumahtangga sy..
blum stahun pun perkahwinan kami, isteri saya dh mula berubah perangai..dia nmpak berubah bila mula berpindah disini..pada mulanya saya anggap asam garam rumahtangga..sy bersabar je..tapi lama-kelamaan dia makin teruk..tiba2 dia minta cerai dari saya..itu yg buatkn sy panik dan tak tau nk buat apa..bila keinginan dia utk bercerai tak dpt sy ikutkan, dia minta keluar utk tinggal dgn kawan sekerja dia. saya izinkan kerana katanya dia hndak mencari ketenangan dan bila dah ok, dia akan pulang..
tetapi sayangnya tak nmpak pun yg dia berubah..dia semakin desak utk bercerai..jadi pada satu hari, sy diajak oleh kakak saya utk bertemu dgn seorang perawat. katanya org ini boleh tgk2 kan kalau2 hubg kami bleh diselamatkan..apabila sy smpai di rumah perawat tersebut, dia meminta sy tuliskan nama saya dan isteri berbintikan nama emak..kemudian selepas sy lihat dia kira2..dia pn beritahu pada sy yg isteri sy ni seorang yg tidak berguna..dan lebih baik sy menceraikan sahaja..dan berbagai2 lagi perkataan yg tidak enak didengar dia ckpkan ttg isteri saya..kalau ikutkan hati hendak saja sy maki, tapi sy sedar sy datang utk berubat..sy stuju dgn cadangannya supaya menceraikan isteri saya..
maka keesokan harinya sy pergi ke pjbt agama utk melakukan proses perceraian..di pjbt tersebut, sy cuba hubungi perawat tadi utk mengetahui bagaimana sy hendak melakukan proses perceraian tersebut. sebab katanya dia ada kenalan yg ramai di pjbt agama. tetapi bila sy call, layanan endah tak endah jer yg diberikan oleh perawat tersebut. Dia seolah2 malas nk melayan sy..sy rasa mcm tertipu. tetapi sy teruskan juga proses tersebut..cuma prosidur pjbt agama agak lmbt..perlu menunggu surat dan menghadiri kaunseling..
dalam masa sy menunggu (dalam beberapa minggu berlalu) tiba2 abg sy dtk kerumah dan ingin mengajak sy berjumpa dgn seorang perawat. katanya perawat ini byk membantu menyelesaikn permasalahan org. sy katakan pada abg saya yg sy tak ingin jmpe mana2 perawat lg..sy x percaya lgsung. tetapi setelah dipujuk akhirnya sy akur juga kerana mengenangkan rumahtangga sy yg masih mentah lagi.
berjumpa dgn perawat ke2 ni, sy diberitahu bahawa istri sy terkena guna2 org..ada org yg gilakan isteri saya..katanya, setelah dimunajat, ada org yg menabur sesuatu di tempat kerja isteri sy, dan isteri sy slalu melangkah taburan tersebut membuatkn isteri sy lupa akan tanggungjawabnya..dan dia mencadangkan beberapa ikhtiar. bila sy melakukan ikhtiar yg dicadangkan dan memberi air yg ditawar oleh perawat tersebut, sy nmpk perubahan keatas isteri saya..dia pulang kerumah dan kami mesra bersama..sayangnya hal ini berlaku sementara shj. isteri sy tetap meminta cerai dari saya. malah lebih dasyat lagi pergaduhan antara kami.
kali ke 3 perjumpaan dgn perawat ini, sy disuruh mencampurkan garam yg telah dijampi pada air mandian isteri saya..katanya apabila si isteri sudah mandi dgn air garam ini, InsyaAllah dia boleh berubah..dan katanya lagi, jgn diikutkan kemahuan isteri sy utk becerai..takut kalau2 itu bukan lah kehendak isteri yg sebenarnya..mgkin itulah gangguan yg terkena pd isteri sy..takut kalau sy menceraikannya dan apabila dia tersedar rupanya dia tidak mahu pn perceraian..jd masing2 akan menyesal.
perjumpaan ini berakhir hingga lewat malam. (hmpir 1 pg). apabila sy pulang ke rumah, sy lihat isteri sy masih segar lg menonton tv. dia yg slalunya tidur awal seolah2 tau yg sy membawa sesuatu utk mengubatinya..Kami bergaduh besar pagi tu..sy lihat isteri sy seolah2 dirasuk. sy tak pernah pn lihat isteri sy begitu sblm ni..berbagai perkataan maki hamun keluar dari mulutnya yg xpernah pn sy dgr sblm ni..dia meminta cerai dari saya..malah dia ugut utk keluar rumah pada waktu tu juga (jam 3pg). tetapi sy berkeras menghalang isteri keluar waktu itu..kerana kalau dia keluar waktu tu, sudah tentu sy xdpt mencampurkan garam pada air mandiannya..
dipendekkan cerita,dpt juga sy mencampurkan garam pada air mandiannya. Alhamdulillah dia nmpak berubah dan kata2nya nmpak lembut dan bersopan..Tapi sygnya hal ini jd sekejap saja, tiba2 isteri sy tetap dgn pendirian utk keluar dari rumah..isteri sy tetap dgn pendiriannya utk bercerai w’pn sy tidak mahu.. sy tau dimana dan dgn siapa isteri sy tinggal. kerana sy pn kenal akan kawannya itu..dan sy sndri pernah kerumah tersebut..cuma isteri sy tidak mau dia diganggu dan tidak mau sy dtg menjenguknya.
kami kdg2 berhubung melalui telefon..apa yg sy perhatikan, isteri sy ni kadang2 ok, dia tanya saya makan apa, sihat ke tidak, menyuruh sy jg diri baik2..dan minta maaf..tapi kadang2 dia benci pada sy..itu yg sy konfius..
selepas hampir 9bln sy ditinggal isteri, dan isteri sy juga kerap mendesak agar dilepaskan..akhirnya sy telah bersetuju untuk meleraikan ikatan perkahwinan kami ini..walaupun perit, sy beritahu juga kpd isteri sy yg sy setuju utk melepasknnya..
semua urusan perceraian kami berlaku dgn pantas yg mana isteri sy telah mengupah peguam utk segala urusan tersebut..akhir sekali pada hujung bln 5 sy telah melafazkan talaq satu di mhkmah syariah..
utk pengetahuan ustaz, sepnjg sy diduga dgn masalah ini..hati dan perasaan sy selalu menginginkn isteri sy pulang dn inginkn khidupan yg bahagia..sy slalu memikirkan isteri..xpenah walau sesaat pn sy lupakan dia..hari2 rindukan dia. apa saja yg sy buat, sy mst terfikirkn dia..
tetapi ustaz semasa sy berdiri dihadpn hakim utk melafazkn talaq, sy rasa mcm ada sesuatu yg berlaku..
selepas sy melafazkan talaq, segala permasalahan yg sy alami spnjg tempoh 9bln itu, seolah2 telah berpindah kpd isteri sy pd waktu itu juga…di kepala sy terasa kosong..hilang segala bebanan..dia tiada langsung sy igt2 lagi..
tetapi diwaktu itu juga, isteri sy menangis..dia semacam sedar dari tidur..sy tekadkan pd dri sy yg sy tidak mahu berhubung lagi dgn dia..tetapi pada hari itu juga hmpir beratus ‘miss call’ dari dia dan berpuluh2 msg dia hantar kpd sy..

selepas beberapa hari, sy mula rsa simpati..dan akhirnya sy jawab juga panggilannya..dia menyesal, minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, dia asyik teringat saya saja..katanya dia tak boleh lupakan sy dan ingin bersama semula (ruju’)..
skg ini ustaz, sy rasa bersalah..sy juga sygkn dia..tp sy tak tahu sama ada hendak ruju’ kembali atau tidak..
bolehkah ustaz beri pendapat mengenai masalah sy ini..jauh di sudut hati sy ni..sy masih syg lagi bekas isteri sy sbnrnya..berkali2 juga sy solat istikharah dan berkali2 juga sy berdoa agar diberi kekuatan utk melupakannya…
tapi sy selalu juga teringatkan dia dan rumahtangga kami..kami masih berhubung dan pernah juga keluar makan bersama..sy lihat perasaan syg kami makin erat..cuma kami takut utk ruju’ kerana takut masalah sma berulang lagi..

sbnrnya ustaz, hati kecil sy ni berkata yg isteri sy terkena guna2 org..isteri sy pernah bercerita kpd sy mengenai bosnya yg selalu memikatnya..slps tahu isteri sy dh bercerai, bos dia makin ligat memikat bekas isteri sy ni..

sy tak tahu la ustaz..sy benar2 buntu..sy harap dpt lah hendaknya ustaz beri pendapat mengenai masalah sy ini..terima kasih tak terhingga sy ucpkan kpd ustaz..
Assalamualaikum..
* Nama saya dan isteri…-
xxxxxxxxxx bin xxxx
nxxxxxxxxxxx Bt xxxxx
xxx_xxxxxx@yahoo.com

JAWAPAN:
@ Wlksm,
TENTANG PERAWAT PERTAMA
Perawat jenis itu tidak boleh kita pakai. Kemungkinan besar dia menggunakan ilmu tilikan yang sememangnya salah di sisi Islam Ada kemungkinan juga dia menggunakan khidmat jin. Kemuncak kesukaan bagi para syaitan ialah apabila berjaya MERUNTUHKAN SESEBUAH RUMAHTANGGA. Buktinya:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “Saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “Kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga SAYA PISAHKAN ANTARA SUAMI DENGAN ISTERINYA”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul-betul hebat dalam menjalankan tugasmu)”
(Hadis riwayat Imam Muslim)
TENTANG ISTERI TERKENA SIHIR
Berdasarkan maklumat-maklumat dalam cerita anda, memang ada kemungkinan isteri anda terkena sihir. Namun begitu, sama ada terkena sihir ataupun tidak, YANG PENTINGNYA kita kena BINA PERTAHANAN DIRI sendiri. Apabila pertahanan diri sudah kukuh, gangguan jin dan sihir tidak akan berkesan. Jika terkena pun, ia akan jadi tawar. Jika terlangkah sekalipun, tidak memudaratkan. Insyaallah.
Jadi, kita ketepikan soal sihir, dan kita bina ketahanan roh. Antara amalan yang mudah tapi berkesan ialah:
1. Membaca 3 Qul (Surah al-Ikhlaas, surah al-Falaq & surah an-Naas) setiap pagi dan petang. Setiap satu surah dibaca 3 kali.
2. Sebelum tidur baca Al-Fatihah dan Ayat Kursiy.
3. Kemudian baca 3 Qul, hembus ke tapak tangan dan sapukan ke seluruh tubuh. Ulangi perbuatan nombor 3 ini sebanyak 3 kali. Barulah baringkan diri.
4. Isteri tutuplah aurat dengan sempurna (jika belum).
5. Bereskan solat fardhu (jika biasanya kurang beres).
6. Keluar sahaja dari rumah, menuju ke mana sekalipun, bacalah doa keluar rumah : “Bismillaahitawakkaltu wa laahaulawalaa quwwata illaa billahil ‘aliyyil ‘aziim.”
Jika firasat anda kuat mengatakan ini angkara sihir, minta isteri anda cari benda-benda yang mungkin peralatan untuk sihir seperti patung, kain, kertas, botol kecil, duit lama ataupun apa-apa yang nampak ganjil di ruang kerjanya, mejanya, kenderaannya dan lain-lain yang dirasakan mungkin. Jika terjumpa, bawa kepada mana-mana perawat untuk ditawarkan sihirnya.
Boleh juga ditawarkan sendiri sekiranya ada keyakinan. Bacakan 3 qul, setiap satunya 3 kali lalu dihembus kepada barang itu. Lepas itu buangkan saja. Kaedah lain – bacakan 3 Qul (setiap satunya 3 kali) ke air, rendamkan barang itu di dalam air tersebut. Kemudian bolehlah dibuang.
SARANAN SAYA
Ada baiknya anda dan isteri cuba untuk kali kedua hidup bersama. Tapi kali ini cuba bawa berbincang dengan isteri, beransur-ansur PUJUK DIA PERGI DAPATKAN RAWATAN. Contohnya: “Rasa saya… ADA KEMUNGKINAN rumahtangga kita ini bermasalah akibat sihir. Saya cadangkan kita sama-sama pergi dapatkan rawatan Islamik (psikologi – walaupun sebenarnya yang hendak dirawat ialah isteri, tapi saja-saja anda sebut “kita”). Manalah tahu kalau-kalau betul, boleh kita ikhtiarkan penyelesaiannya. Kalau tak betul pun, tak mengapa. Tuhan kan suka hamba-hamba-Nya yang berikhtiar.”
Semoga segala ikhtiar yang dilakukan diberi kemudahan oleh Allah SWT. Doa kita, mohon Allah bahagiakan rumahtangga anda, dan rumahtangga umat Islam seluruhnya.
Wassalam.
Abu Zulfiqar1:00PM - 29 Aug 2014

PAS S'gor nafi kemuka nama calon MB


PAS Selangor menafikan satu laporan Utusan Malaysia yang mendakwa mereka mengemukakan empat nama kepada pemimpin PAS pusat bagi menggesa agar wakil parti itu dicalonkan untuk jawatan menteri besar.

“PAS Selangor tidak pernah mengemukakan apa-apa nama dari PAS untuk dipertimbangkan untuk jawatan menteri besar,” kata Iskandar ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau menegaskan bahawa pemimpin PAS pusat akan membuat keputusan akhir berhubung nama yang akan dihantar kepada istana.

PAS negeri juga akan “menyokong apa juga keputusan” oleh PAS pusat, katanya lagi.

29 August 2014


Rafizi 'Angkuh dan Bongkak'

Beliau juga berkata, tiba masanya untuk Azizah sebagai presiden dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur “cara melampau Rafizi” kerana banyak memberi persepsi yang tidak baik pada Pakatan.



PKR Selangor mempersoalkan gesaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli supaya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka di negeri itu membuat kenyataan terbuka menarik diri daripada sebarang pencalonan sebagai menteri. 



Mengaku terkejut dengan kenyataan itu, ketua penerangannya Shuhaimi Shafiei berkata, gesaan Rafizi (bawah) itu sebenarnya tidak perlu dan hanya “menghina” mereka dan PKR negeri.

“Saya berpandangan tidak perlu saya dan rakan-rakan ADUN diarah tarik diri kerana kami bukanlah orang yang dicalonkan sebagai MB.
“Cabaran beliau dilihat menghina kami, seolah olah kami tidak ada pendirian,” katanya yang juga ADUN Sri Muda.
Shuhaimi juga menegaskan tindakan semua ADUN PKR di Selangor sudah menandatangani akuan berkanun (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar, yang menurutnya sudah cukup untuk membuktikan sokongan.
Malah, katanya, timbalan presiden dan pengerusi PKR Selangor Azmin Ali (bawah), yang dicalonkan PAS sebelum ini, juga secara terbuka mengatakan mengikut keputusan parti dan menandatangani SD menyokong Azizah.
“Justeru itu tidak ada kewajaran cabaran Rafizi dan beliau tidak perlu mempertikaikan kesetiaan saya / kami kepada parti,” katanya lagi.
Rafizi yang baru sahaja dipilih sebagai naib presiden PKR hari ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menarik diri daripada pencalonan sebagai menteri besar yang dibuat Pemuda PAS.
Dalam masa yang sama, Rafizi turut menyeru ADUN PKR lain di Selangor supaya mengambil tindakan itu sebagai menghormati keputusan parti itu dan sebagai lambang kesetiaan.
'Angkuh dan bongkak'
Dalam kenyataannya hari ini, Shuhami juga mempersoalkan tindakan Rafizi sebagai naib presiden “mencabar” mereka di media dalam isu itu.
“Soalannya saya, siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini? Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat untuk kita bincangkan dan membuat keputusan,” katanya.
Justeru, katanya, kenyataan Rafizi, termasuk “sebulan dua ini banyak merosakkan hubungan dalam Pakatan dan kini dia melebarkan lagi retak yang sedia ada dalam PKR”.
“Cara beliau memberikan gambaran bahawa hanya pendapat beliau seorang sahaja yang betul dan beliau sahaja yang layak memberikan pendapat,” kata Shuhaimi.
“Amaran saya kepada Rafizi, hentikan segera sikap tergopoh-gapah beliau. Ia bakal menyerlahkan sikap sebenar seorang anak muda yang gelojoh dan mempunyai agenda peribadi dalam pelantikan menteri besar yang baru ini.
“Ia jelas mempamerkan sikap seorang yang angkuh dan bongkak,” katanya dengan nada keras.
Beliau juga menggesa tindak-tanduk itu dihentikan 'Wayang Langkah Kajang' sudah tamat dan Tan Sri Khalid Ibrahim juga mengalah.
“Berilah ruang kepada pihak istana melakukan tugas terakhir mengikut undang undang tubuh negeri dengan teratur,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

SENARAI NASI KANDAQ PALING BEST DI PENANG:
Pagi
1. Jelutong (Nasi kandaq Ali Amir) - Jln Jelutong off Jln Tan Sri Teh Ewe Lim)
2. Kampung Melayu (Flat kg melayu - pagi & Desa Mawar - petang)
3. Sulaiman (6.00am - kedai cina depan bertentangan Jln Utama)
4. Rahman (4.00pagi - Jln Dato Keramat bertentangan Ivory Times Square)
5. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - kakak) org panggil nasi kandar daud
6. Haniffa (isteri arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)

Tengahari
1. Hotel Merlin (Union St off Penang St)
2. Tajuddin Hussain (10am - Queen St)
3. kedai rendah bertentangan Sikh Gudwara (Jln Gudwara)
4. Rahim @ Haniffa (Rahim, abg arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
5. Taat (Pekan Teluk Kumbar)
Malam
1. Shariff (Glugor depan 7-Eleven)
2. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - adik)
3. Nasi Beratur (10.00 mlm - Liaqat Ali - sebelah Masjid Kapitan Kling)
4. Rahman Berkat (kedai cina Jln Jelutong off Jalan Market Jelutong
5. Tajuddin Hussain (6.30pm - Queen St)
6. Rahman Nasi Dalca (Queen St - ini nasi dalca = mcm nasi kenduri)
7. Nasi Kandar Imigresen (5.30pm - Lorong Pasar -stall sebelah kedai cina)
Restoran Deen 24jam (Jln Jelutong sebelah &-Eleven - yg ni sedap & terkenal di kalangan Penangites)
Line Clear - rasa tak menentu, kekadang rempahnya rasa maung tak ditumis betul
Cargas Cafe (Byn Lepas) - cuma terkenal dikalangan pekerja kilang (katogeri "bole makan")
nasik kandar kpg melayu rasanya lain sikit dr nasi kandar kedai lain..especially daging nye...
Speciality lauk Tiap2 Nasi Kandar
Pagi
1. Jelutong (Nasi kandaq Ali Amir) - Jln Jelutong off Jln Tan Sri Teh Ewe Lim)
- ayam ros, daging, sotong & udang (udang besar dijual pd harga yg agak murah)
2. Kampung Melayu (Flat kg melayu - pagi & Desa Mawar - petang)
- daging tempatan, sotong, ayam kicap madu.
3. Sulaiman (6.00am - kedai cina depan bertentangan Jln Utama)
- daging, gulai ikan.
4. Rahman (4.00pagi - Jln Dato Keramat bertentangan Ivory Times Square)
- daging, ayam goreng bawang (kali terakhir makan ayamnya dah tak sedap)
5. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - kakak)
- daging cincang
6. Haniffa (isteri arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
- daging cincang, ayam goreng bawang
Speciality lauk Tiap2 Nasi Kandar
Tengahhari
1. Hotel Merlin (Union St off Penang St)
- nasi tomato, sambal kelapa, ayam ros, sotong.
2. Tajuddin Hussain (10am - Queen St)
- daging kambing, nasi tomato / beryani, ayam ros (best in town), sambal kelapa, cili kering goreng, gulai anak ikan,
3. kedai rendah bertentangan Sikh Gudwara (Jln Gudwara)
- tak ada yg istimewa tapi masakannya panas2.
4. Rahim @ Haniffa (Rahim, abg arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
- ayam goreng bawang
5. Taat (Pekan Teluk Kumbar)
- gulai ikan
Speciality lauk Tiap2 Nasi Kandar
Malam
1. Shariff (Glugor depan 7-Eleven)
- daging, gulai ikan
2. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - adik)
- gulai ikan talang kering, sotong
3. Nasi Beratur (10.00 mlm - Liaqat Ali - sebelah Masjid Kapitan Kling)
- daging, telur dadar (rasa mcm murtabak), sambal kelapa
4. Rahman Berkat (kedai cina Jln Jelutong off Jalan Market Jelutong
- ayam goreng bawang, daging
5. Tajuddin Hussain (6.30pm - Queen St)
- daging kambing, nasi tomato / beryani, ayam ros (best in town), sambal kelapa, cili kering goreng, gulai anak ikan,
6. Rahman Nasi Dalca (Queen St - ini nasi dalca = mcm nasi kenduri)
- gulai ayam, daging kambing.
7. Nasi Kandar Imigresen (5.30pm - Lorong Pasar -stall sebelah kedai cina)
- nasi dimakan bersama bawang goreng

Kesan perang 2014 kepada Israel

Written By canang on Jumaat, 29 Ogos 2014 | 8/29/2014 09:40:00 PTG

Kesan perang 2014 kepada Israel
Objektif utama serangan rejim Zionis ke atas Gaza selama 51 hari baru-baru ini adalah bertujuan :
1-Melemahkan Hamas
2-Menghapuskan al-Qassam
3-Memusnahkan pusat pelancaran roket
4-Memusnahkan terowong elit al-Qassam

Adakah rejim Zionis berjaya?

Jawapannya adalah TIDAK dan mereka sebenarnya telah gagal dalam mencapai objektif ini meski pun mereka telah membunuh 2,140 orang rakyat Palestin yang tidak berdosa dan menyebabkan kira-kira 500,000 orang yang lain kehilangan tempat tinggal mereka.

Bahkan :

1-Rejim Israel GAGAL untuk melemahkan Hamas
2-Rejim Zionis GAGAL untuk menghapuskan al-Qassam
3-Rejim Israel GAGAL untuk memusnahkan pusat pelancaran roket
4-Rejim Zionis GAGAL untuk memusnahkan terowong elit al-Qassam

Mereka juga :

Kerugian beratus bilion USD daripada operasi ketenteraan, industri pelancongan, industri penerbangan, kos penempatan semula, kos pembangunan semula penempatan pendatang Zionis dan lain-lain.

Trauma psikologi bukan sahaja tinggi di kalangan masyarakat Zionis biasa, bahkan juga di kalangan anggota tentera IDF sehinggakan membunuh diri adalah punca utama kematian di kalangan anggota IDF.

Lebih teruk lagi, Zionis kali ini terpaksa tunduk memenuhi tuntutan Hamas yang tidak diiktirafnya selama ini sebelum boleh membuka tajuk untuk gencatan senjata termasuklah membuka laluan masuk ke Gaza, meluaskan kawasan perikanan di pantai Gaza, pembinaan pelabuhan dan lapangan-terbang yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut, Israel tidak akan mensasarkan pimpinan Hamas di dalam dan di luar negara selain daripada peningkatan pengiktirafan antarabangsa terhadap Hamas.

Bagaimana mungkin ada orang berkata bahawa Zionis adalah kebal dan tidak boleh dikalahkan.

Saya amat meyakini bahawa Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin pasti boleh dibebaskan dalam masa beberapa tahun akan datang dengan izin Allah swt.

Subhanallah, alhamdulillah, allah akbar..sumber9:50PM - 29 Aug 2014

Belum ada bukti 'jihad seksual' wanita 

M'sia


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata setakat ini belum ada bukti yang menunjukkan wanita Malaysia menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Beliau berkata setakat ini berita itu masih dianggap khabar angin dan sedang disiasat.

Wan Junaidi berkata demikian dalam sidang akhbar ketika diminta mengulas laporan portal berita The Malaysian Insider dua hari lepas yang mendakwa terdapat sekurang-kurang tiga wanita dari negara ini yang menyertai Isis untuk menawarkan 'Jihad Al-Nikah' atau jihad seksual.

Menurut portal berkenaan yang memetik kenyataan seorang pegawai perisik, Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

Berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan kumpulan pejuang Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil), Wan Junaidi berkata pihak berkuasa negara sedang mengesan di mana mereka terbabit sedang berada dan siapa mereka.

Ditanya jumlah mereka yang dipercayai terlibat dengan Isil, beliau berkata dalam lingkungan 20 orang.

"Mereka bukan kumpulan yang besar, kecil sahaja tapi pada pendapat saya mereka terbabit adalah kumpulan yang sesat kerana mereka beranggapan kalau mati dalam peperangan ia bermakna mati syahid," katanya.

Wan Junaidi menjelaskan umat Islam di negara yang mahu terlibat dalam perang jihad perlu mendapat persetujuan negara dan diisytiharkan oleh fatwa negara.

"Tetapi dalam kes ISIS dan ISIL, tiada fatwa negara mengisytiharkannya... perjuangan mereka tidak boleh diterima oleh negara kita dan banyak negara Islam lain juga tidak menyokong perjuangan mereka," katanya.

Dalam pada itu, katanya pihak berkuasa negara sedang memantau pergerakan keluar masuk rakyat negara ini ke luar negara bagi mengenal pasti kemungkinan ada antara mereka melibatkan diri dengan pergerakan kumpulan pengganas di luar negara.

"Kita tidak mahu Malaysia menjadi tempat untuk melatih pengganas atau tempat berteduh untuk orang yang mempunyai fahaman sebegini," tegasnya.

Bernama

Friday, 29 August 2014


ADAKAH INI RAHSIA SHAHIDAN KASSIM MASIH 

KEKAL 

SEBAGAI MENTERI DALAM KABINET NAJIB?????


Macam mana tak kekal sebagai menteri kabinet walaupun sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan gred bangang bin bahalol.

Selain kalau bersalam kena cium tangan siot berbunyi .. tetapi bila dikritik hebat oleh mantan Perdana Menteri selama 22 tahun kena bangkit menjadi hulubalang dan keluarkan kenyataan ampu bodek menjulang walaupun kelihatan macam kenyataan gred bangang.

Yang penting mesti bodek melangit .. sama ada rakyat percaya atau muntah mendengar itu belakang kira.

Kepada para menteri kabinet yang lain .. jangan segan jangan malu kalau nak kekal lama jadi menteri ikutlah gaya dan contoh teladan Shahidan Kassim.


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu yang banyak membawa kejayaan kepada negara, namun Malaysia memerlukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang 'kapten' yang kuat dalam pentadbiran kerajaan.

Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, semua pihak sewajarnya menyokong kepimpinan Najib tanpa melaga-lagakan kedua-dua pemimpin tersebut.

"Kita kena sokong Najib, jangan buat 'kerja lebih-lebih' untuk melagakan Tun M dan Najib. Saya tak setuju dan saya menentang siapa yang melaga-lagakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno cawangan Ipoh Timur di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir menarik balik sokongan kepada Najib kerana mendakwa prestasinya lebih buruk daripada perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi..

1 Bodek Malaysia.

Sapa perintah nih? Teruk !
LikeLike · ·
Calon MB: Suhaizan dakwa cadang nama 
Nik Nazmi sebagai 'pelan B'
pada 29-08-2014 01:08 Ditulis Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic
SHAH ALAM: Ketua Penerangan PAS, Suhaizan Kaiat menghormati pendirian Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad yang menolak pencalonannya sebagai Menteri Besar Selangor.
Suhaizan berkata beliau sekadar mencadangkan nama Nik Nazmi sebagai pelan B jika sekiranya Istana Selangor menolak nama yang dikemukakan PKR dan DAP.
 
Nik Nazmi dalam satu kenyataan media ringkasnya awal pagi ini menolak cadangan Suhaizan mencalonan namanya untuk jawatan MB dan sebaliknya menyatakan sokongannya terhadap ketetapan dibuat PKR mengenai calon jawatan itu sebelum ini.
 
PKR dan DAP sebelum ini menetapkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
"Saya menyambut baik keputusan YB Nik Nazmi yang memilih untuk setia dan sokong keputusan parti dia.
 
"Saya hanya mencadangkan nama Nik Nazmi sebagai alternatif jika dua nama yang dikemukakan pada Sultan Selangor ditolak," ujar Shuhaizan ketika dihubungi Antarapos.
 
Cadangan pencalonan nama Nik Nazmi belum disuarakan dalam mesyuarat PAS Pusat, tambahnya.
 
"Nama Nik Nazmi itu hanya cadangan saya dan tidak pernah dibawa masuk ke mesyuarat.
 
"Saya cadangkan Nik Nazmi sebab dia orang ketiga mengikut ranking PKR di Selangor," katanya lagi.
 
Suhaizan memberitahu PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi memuktamadkan nama calon yang akan dikemukakan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 
Baginda sebelum ini menitahkan agar PAS, PKR dan DAP memberikan lebih daripada dua nama untuk dinilai bagi menggantikan Khalid.
 
Sementara itu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menggesa semua ADUN PKR menolak mana-mana pencalonan untuk menjadi Menteri Besar sebaliknya menyokong sepenuhnya Azizah untuk jawatan itu.
 
Beliau dalam pada itu memuji tindakan Nik Nazmi menolak pencalonan yang dibuat Suhaizan.   

Tiada ulasan: