Khamis, 28 Ogos 2014

RAMAI BERIMAN PADA YANG ZAHIR/NAMPAK TIDAK BERIMAN PADA YANG GHAIB...TU RAMAI BODEK MANUSIA DAN TAKUT PADA MANUSIA

 سُوۡرَةُ البَقَرَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

الٓمٓ (١) ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌ۛ فِيهِ‌ۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ (٢) ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ (٤) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَىٰ هُدً۬ى مِّن رَّبِّهِمۡ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٥) إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَآءٌ عَلَيۡهِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (٦) خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ وَعَلَىٰ سَمۡعِهِمۡ‌ۖ وَعَلَىٰٓ أَبۡصَـٰرِهِمۡ غِشَـٰوَةٌ۬‌ۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (٧)
Surah Al-Baqara
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5) Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (6) (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah materaikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (7)



Pengadilan Saudi menjatuhkan hukuman penjara hingga 33 tahun terhadap 17 pria Muslim dengan tuduhan "terorisme"

Rabu, 2 Zulqa'dah 1435 H / 27 Agustus 2014 13:36

Pengadilan Saudi menjatuhkan hukuman penjara hingga 33 tahun terhadap 17 pria Muslim dengan tuduhan "terorisme"
Ilustrasi - Pengadilan Saudi menjatuhkan hukuman penjara hingga 33 tahun terhadap 17 pria Muslim dengan tuduhan "terorisme"
RIYADH (Arrahmah.com) – Sebuah pengadilan di Arab Saudi telah menjatuhkan hukuman penjara kepada 17 pria Muslim hingga 33 tahun dengan tuduhan bergabung dengan kelompok “militan”, termasuk pertempuran di luar negeri dan bergabung dengan sel-sel
“teroris” di dalam kerajaan, ujar laporan SPA pada Senin (25/8/2014).
Kekhawatiran Riyadh terhadap pergerakan pejuang Islam kian tumbuh semakin akut selama dua tahun terakhir karena perang di Suriah dan Irak yang menarik banyak warga negaranya untuk melakukan perjalanan dan bergabung dengan kelompok Jihad di
negara-negara tersebut.
Raja Abdullah pada bulan Februari lalu telah memutuskan hukuman penjara yang cukup lama bagi mereka yang bepergian ke luar negeri untuk bertempur atau memberikan dukungan materi dan moral kepada kelompok yang mereka cap sebagai “ekstrimis”
termasuk Jabhah Nushrah dan Daulah Islam Irak dan Syam, lansir Reuters.
Tuduhan yang dijatuhkan terhadap 17 pria termasuk merangkul ideologi “militan” dan menyebarkan keyakinan mengenai apa yang dilakukan organisasi “teroris” adalah Jihad dalam nama Allah, menurut klaim pengadilan.
Kerajaan yang menjadi sekutu utama dari negara teroris penjajah Amerika Serikat, telah menahan ribuan warga negaranya sendiri dan ratusan dari mereka dikirim ke penjara dengan tuduhan terkait dengan “militan” Islam.
Pekan lalu, pengadilan Saudi juga menjatuhkan hukuman terhadap 18 pria hingga 25 tahun penjara dengan tuduhan serupa. (haninmazaya/arrahmah.com)

26 Ogos 2014


SIAPA KELVIN ONG KINI JADI PEMBANTU KHAS SULTAN SELANGOR

Bekas Pembaca Berita, Kelvin Ong Kini Pembantu Khas Sultan Sgor



Rupanya bekas pembaca berita TV3 yang popular dalam era 90-an, Kelvin Ong kini menjawat peranan sebagai Pembantu Khas kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Selain itu, Kelvin juga dilaporkan sudah memeluk Islam dan bergelar muallaf sejak mendirikan rumah tangga dengan wanita Melayu, Zetty Juyanty A. Rahim.

Kelvin atau nama Islamnya, Zahir Kelvin Ong Abdullah masih lagi kelihatan segak seperti zaman kegemilangannya dahulu.


Pautan kekal imej terbenam

Sebagai pembantu khas kepada Sultan Selangor, sudah pasti Kelvin kini semakin sibuk dengan krisis yang melanda negeri Selangor, melibatkan kemelut dalaman di antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Pakatan Rakyat. ~mns



Awasi Anak Gadis Anda, Remaja Tawar Tubuh Semata2 Nak Pakai Samsung Note 3
Posted on Thursday, August 28 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo




Hari ini dapat dilihat budak-budak sekolah kadang-kadang menggunakan telefon bimbit yang jauh lebih mahal dan terkini daripada golongan bekerjaya.

Kadang-kadang terdetik juga, kalau pun kaya sampai begitu sekali ibu bapa sekarang memanjakan anak.

Fenomena ini mendatangkan pengaruh tidak baik apabila berlaku sikap berlumba-lumba mahu menunjuk siapa punya gadjet paling terkini dalam kalangan remaja.

Bagi yang tidak mampu tapi tak mahu berusaha dan memilih jalan mudah, maka jadilah kes seperti remaja di atas.

Demi sebuah telefon bimbit Samsung Note 3, tubuh sanggup dijadikan cagaran.

Begitu murahnya nilai harga diri budak-budak zaman sekarang, kita yang tengok ni pun naik takut.

Tak hairanlah makin banyak kes buang bayi berlaku manakala rumah pemulihan semakin hari semakin sesak.-mynewshub.my
 

 

Thursday, 28 August 2014


PATUTLAH HASAN MALEK MASIH KEKAL MENJADI MENTERI KABINET?????



Walau pun sudah diketahui umum betapa Hasan Malek adalah antara menteri kabinet Najib Razak yang paling tidak popular dikalangan rakyat kerana kata-kata lawak yang menyakitkan hati rakyat dianggap semacam cuba nak perbodohkan rakyat ... jangan katakan penyokong Pakatan Rakyat meluat dengan beliau malahan para penyokong totok UMNO pun menyampah gila sampai gelar dirinya Menteri Ayam.

Baru-baru ini riuh rendah radio karat akan berlaku rombakan dan pemecatan beberapa menteri kabinet dan nama yang paling atas untuk dipecat ialah Hasan Malek ... Tup tup akhirnya beliau masih kekal kukuh berdiri tegak  sebagai menteri lagi.

Apakah rahsia sehingga Najib begitu sayang kan beliau ... kalau ikut kepada KPI penilaian rakyat dari 10 mata dia sekadar dapat 1.5 sahaja... tetapi mengapa masih dikekalkan???

Adakah disebabkan gambar-gambar diatas dan paling terbaru di Padang Sumatra, Indonesia ketika menyambut Rosmah Mansor untuk menerima darjah tertinggi Minangkabau?????



Thursday, 28 August 2014


INILAH 3 FOTO PEROMPAK BERMISAI PALSU YANG DI TEMBAK MATI OLEH PENGAWAL KESELAMATAN KETIKA CUBA MEROMPAK BANK.



Seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank di Jalan Sungai Dua di sini, hari ini.

Lelaki berusia 30-an itu dipercayai daripada kumpulan sama yang melarikan sejumlah RM60,000 dari bank sama pada 29 Mei lepas, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan.

Dalam kejadian rompakan sebelum ini, pengawal keselamatan yang sama tergelincir dan terjatuh akibat lantai licin ketika mengejar perompak bank itu.

Thaiveegan berkata, dalam kejadian pada 11.17 pagi ini, lelaki terbabit dilihat memasuki premis itu berseorangan dan mencurah petrol di hadapan kaunter sebelum menjerit mahu merompak bank itu.

"Belum sempat lelaki itu berbuat apa-apa, pengawal keselamatan yang berada di belakang kaunter melepaskan dua das tembakan pada badan suspek," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, lelaki itu didapati membawa sebilah parang yang diselit pada pinggang selain memakai misai palsu.

Thaiveegan berkata polis turut menemui sebuah kereta Proton Saga dipercayai digunakan suspek diletakkan di pinggir jalan berhampiran bank itu.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai rakan-rakan lain yang menunggu di luar dan sedang meneliti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) untuk siasatan lanjut," katanya.

Thaiveegan turut memuji pengawal keselamatan berusia 29 tahun itu kerana cekap bertindak tanpa menjejaskan keselamatan enam hingga tujuh pelanggan yang berada dalam bank berkenaan.

Suri rumah diikat, diperkosa anak saudara

diikat dirogolSeorang remaja lelaki berusia 18 tahun tergamak merogol ibu saudaranya di Kinabatangan, Sabah, baru-baru ini. Mangsa yang merupakan seorang surirumah berusia 44 tahun masih lagi terkejut dengan insiden tersebut di mana anak saudaranya berani mengikat dan merogolnya pada jam 11 malam.
Suspek dilaporkan meletakkan sebilah parang di leher mangsa sebelum mengikat dan kemudiannya merogol ibu saudaranya. Menerusi laporan The Star, suspek dikatakan datang ke rumah mangsa ketika mangsa sedang menonton televisyen di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt A Sahak mengesahkan wanita itu kemudiannya membuat laporan polis dan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital daerah.
“Suspek ditahan tidak jauh daripada rumah mangsa dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 atas kesalahan rogol,” katanya, menurut sumber Mynewshub.

Tiada ulasan: