• Siti Hajar Ismail mengemas beg baju miliknya dan dua anaknya yang disimpan di dalam kereta yang digunakan sebagai tempat tidur kerana tidak mampu menyewa rumah, ketika ditemui di Pembela BN Melaka di sini, semalam. Siti Hajar Ismail mengemas beg baju miliknya dan dua anaknya yang disimpan di dalam kereta yang digunakan sebagai tempat tidur kerana tidak mampu menyewa rumah, ketika ditemui di Pembela BN Melaka di sini, semalam.
1 / 1
AYER KEROH – Seorang ibu tunggal terpaksa berumah di dalam kereta selama dua minggu sehingga kelmarin gara-gara tiada duit untuk menyewa.

Siti Hajar Ismail, 35, terpaksa menjadikan kereta jenis Perodua Kancil miliknya sebagai tempat berehat dan tidur bersama dua anak perempuannya selama seminggu sebelum kedua-duanya ditumpangkan di rumah saudara.

Menurutnya, selepas bercerai secara fasakh bersama bekas suaminya Jun lalu, dia bekerja sebagai pembantu kedai makan di Taman Merdeka.

Namun, bagaikan jatuh ditimpa tangga, baru-baru ini, Siti Hajar dibuang kerja tanpa alasan munasabah.

“Sejak itu, saya tiada pendapatan sehingga terpaksa menghantar anak-anak menumpang ke rumah saudara selepas seminggu kami tidur di dalam kereta di hadapan rumah kawan di Taman Merdeka.

“Saya pernah meletak anak-anak di rumah kawan, namun kini saya tidak mahu menyusahkan mereka semua sehingga memilih tinggal di dalam kereta,” katanya.

Akibat kesempitan hidup, anaknya, Siti Zubaidah Zubaidi, 8, pelajar Sekolah Kebangsaan Parit Melana tidak bersekolah sejak dua bulan lalu selain Siti Zulaikha, 6, terpaksa menumpang di rumah saudara-mara.

Siti Hajar berkata, rumah tangganya yang hanya dapat bertahan selama lapan tahun, mula bermasalah pada tahun kedua perkahwinan.

“Saya tidak tahan dipukul, nafkah pun tiada sehingga saya minta fasakh,” dakwanya, yang sebelum ini menyewa di Kampung Parit Melana, Alor Gajah.

Bagaimanapun, dia semakin tertekan apabila bekas suami mengambil dua anaknya di rumah sepupu di Tanjung Minyak, kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN negeri, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya menerusi bantuan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) akan menempatkan ibu tunggal terbabit sementara di asrama Balai Islam di Lorong Pandan bermula semalam.

Menurutnya, Maim turut menghulurkan bantuan makanan secara bulanan selain pihak Pembela mendapatkan kediaman menerusi bantuan Lembaga Perumahan negeri.

“Dalam masa terdekat, mereka boleh pindah. Kereta ibu tunggal itu juga sudah tamat cukai jalan,” katanya turut membantu memperbaharui cukai jalan yang tamat tempoh 11 Ogos lalu.

Siti Hajar turut dibantu untuk menjual kuih pau menerusi Program Pendapatan 1Azam Kerja ‘Peluang Perniagaan Pau Rizqi’.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan ke akaun bank CIMB 01412-0020786-524.11:12AM - 23 Aug 2014

Pakar: Tiada asas kuat untuk bubar DUN


Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata tiada apa boleh dilakukan sekiranya sultan Selangor mengambil keputusan membubarkan DUN Selangor minggu depan.

Pensyarah undang-undang itu berkata, sultan berkuasa untuk berbuat demikian walaupun beliau tidak tepat jika menurut amalan undang-undang sistem Westminster.

"Kalau katakan Isnin ini sultan bubar DUN. (Kita) Tak boleh buat apa-apa," kata beliau dalam Forum Krisis Selangor : Isu Perlembagan dan Demokrasi di Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, sultan sebagai ketua negeri harus melihat amalan di negara Komanwel lain yang menuntut pemerintah memainkan peranan "mengatasi politik" dan tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti politik atau pentadbir.

Ini penting kerana menurut beliau, situasi di Selangor kini tidak memberi asas yang kuat untuk membolehkan DUN dibubarkan.

"Situasi yang membenarkan pembubaran DUN adalah seperti berlakunya parlimen tergantung.

(Krisis) ini tidak bermakma baginda boleh membuat keputusan sesuka hati. Baginda perlu melihat amalan di negara Komanwel lain.

"Sebagai ketua negeri, baginda harus dilihat mengatasi politik," hujah beliau.

Justeru Aziz menganggap sultan sepatutnya memberi kata putus dengan tegas ketika Khalid menghadap baginda pada 11 Ogos lalu, selepas menteri besar itu disingkirkan dari PKR.

"Pada pandangan saya itulah permulaan apa yang berlaku sekarang.

"Keadaan akan menjadi berbeza sekiranya baginda bertindak dengan tegas pada 11 Ogos itu.

"Sekiranya semua mengikut buku (undang-undang) keadaan akan jadi jauh lebih mudah," kata beliau.

Misteri di sebalik 'projek sakit' berpagar zink

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .

MARAN: ‘Projek sakit’ Akademi Usahawan Tani Kampung Awah, dekat sini, yang pernah ditegur oleh PAS Pahang dua tahun lalu, semalam sekali lagi didedahkan misterinya yang berpagar dengan zink setinggi 20 kaki.

Misteri tersebut ialah rupa-rupanya bangunan dalaman yang mendapat kritikan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011, sedang dirobohkan dan akan dibina bangunan baru.

Pusat latihan yang sepatutnya digunakan untuk kursus-kursus keusahawan tani itu mulai dibina pada tahun 2005 dengan menelan kos sekitar RM9 juta, tetapi banyak bahagian di dalamnya tidak boleh digunakan kerana tidak mengikut spesifikasi.

Berdasarkan laporan audit, terdapat beberapa kelemahan dalam perancangan dan pelaksanan projek melibatkan konkrit bangunan asrama dan blok pentadbirannya.

Dalam program Cakna Rakyat PAS Pahang, media diberitahu kerajaan dipercayai telah mengeluarkan tender baru untuk meruntuh bangunan sedia ada dan membina yang baru, berdasarkan pemasangan zink di sekeliling kawasan tersebut.

“Sepatutnya kontraktor terdahululah yang perlu dipertanggungjawabkan, kenapa perlu tender projek lain. Justeru PAS Pahang merasakan berlaku penyelewengan, kedua pembaziran wang rakyat dan yang ketiga menyusahkan bakal usahawan tani yang sepatutnya mendapat manfaat.

“Dalam suasana muram hari ini dengan rakyat disuruh berjimat, di pihak kerajaan pula berlaku pembaziran dengan jutaan ringgit lagi wang rakyat digunakan,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Md Jusoh Darus.

Hadir sama Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad, Bendahari Musaniff Abdul Rahman, Yang Dipertua PAS Maran Hasenan Harun dan Adun Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad.

“Pembaziran terus berlaku, wang rakyat sekali lagi digunakan untuk menampung kecuaian pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Dengan ini PAS menuntut satu siasatan telus demi hak dan kebaikan rakyat,” katanya. - HARAKAHDAILY 23/8/2014

Langgar disiplin: Seorang anggota KEADILAN dipecat, 4 digantung

(Oleh Sunarti Yusoff)
KUALA LUMPUR 23 OGOS: KEADILAN memecat seorang anggota parti yang juga Ketua Angkatan Muda (AMK) Cabang Kuantan, Aidil Haryman Mat Nor kerana beliau secara terbuka memaparkan gambarnya sedang membakar bendera parti melalui laman sosial facebook.
DrTanPengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong berkata, pihaknya telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota serta telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat bertarikh 22 Ogos 2014.
Mesyuarat itu dipengerusikan Presiden Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turut dihadiri anggota-anggota MPP yang lain.
“Dia sendiri mengakui bertindak membakar bendera parti dan mencabar agar dipecat daripada parti.
“Tindakan ini memberikan implikasi buruk kepada imej dan kredibiliti KEADILAN khususnya kepada masyarakat umum,” kata Kee Kwong pada kenyataan hari ini.
Sementara itu, empat lagi anggota diberikan surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan serta-merta sehingga siasatan selesai.
Antara yang digantung, Dr Wan Suhaimi Wan Daud dari Cabang Pasir Mas, Nasiruddin Mohamad dari Cabang Sepang, Abdul Rahim Abdul Wahab dari Cabang Selayang dan Rosmah Suly dari Cabang Batu.
Semua mereka telah didakwa terlibat dalam satu sidang media Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) bersama NGO lain yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 20 Ogos lalu.

 10:00AM - 23 Aug 2014

13 ADUN PAS masih enggan ikrar sokongan


13 ADUN PAS Selangor masih enggan menandatangani sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hal ini merumitkan PKR yang mahu memastikan kesemua 43 ADUN Pakatan di Selangor menyatakan kesetiaan kepada presiden PKR itu.

Malaysiakini dimaklumkan bahawa hal ini merupakan agenda utama mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Perbincangan tersebut bagaimanapun masih belum menemukan sebarang penyelesaian, kata seorang pemimpin PKR yang enggan dinamakan.

Beliau mengakui bahawa PAS dalam mesyuarat semalam tidak bersetuju memberi sokongan pada Wan Azizah melalui melalui pengakuan berkanun.

Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia "bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini."

Oleh yang demikian, satu lagi mesyuarat akan diadakan "dalam masa terdekat" bagi mendapat sokongan tersebut dalam bentuk hitam putih, katanya.

Bukti sokongan

Malaysiakini difahamkan, pengakuan berkanun itu akan dipersembahkan ketika menghadap sultan Selangor bagi membuktikan sokongan majoriti dewan kepada Wan Azizah yang juga ADUN Kajang.

Wan Azizah dalam sidang medianya sebelum ini mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan 30 dari 56 ADUN Selangor termasuk dua dari PAS.

Sementara itu satu sumber rapat dengan PAS Selangor mengesahkan 13 ADUN PAS termasuk empat Exconya tidak muncul untuk menyokong Wan Azizah.

Menurut sumber tersebut, para wakil rakyat tersebut berbuat demikian kerana “tidak mendapat arahan” dari pimpinan PAS Pusat untuk menandatangani sebarang sokongan atau perakuan untuk menyokong Wan Azizah.

Setakat ini, hanya dua orang ADUN PAS yang menandatangani dokumen tersebut, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Hubungan antara PAS dan Pakatan Rakyat sedikit bergolak kerana parti Islam itu tidak menyatakan sokongan secara terbuka ke atas keputusan memecat menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, 9 Ogos lalu.

PAS juga tidak menyatakan sokongan bulat ke atas usaha PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai menteri besar baru.

Sikap yang ditunjukkan PAS itu merumitkan PKR, lebih-lebih lagi apabila parti Islam itu turut mencadangkan Azmin Ali sebagai calon alternatif, walau timbalan presiden PKR itu sendiri menolak cadangan tersebut.


4:00PM - 23 Aug 2014

'ADUN PAS perlukan masa tandatangan SD'


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, ADUN PAS Selangor yang masih belum menandatangani akuan berkanun bagi menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memerlukan masa untuk berbuat demikian.

Katanya, beliau tidak berpendapat bahawa 13 orang ADUN itu tidak mahu menandatangani dokumen tersebut sama sekali.

Rafizi berkata, beliau yakin wakil rakyat PAS itu mahu membincangkan kandungan surat itu di mesyuarat pimpinan pusat parti itu terlebih dahulu.

"Saya fikir tidak tepat untuk mengatakan ADUN PAS tidak mahu menandatangani (surat akuan bersumpah).

“PAS hanya mahu meneliti kandungan surat itu," kata beliau kepada Malaysiakini ketika ditemui semasa persidangan Kongres Nasional PKR ke-10 di Shah Alam tadi.

Katanya, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali sendiri telah menjelaskan bahawa isu tersebut perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa pusat terlebih dahulu.

"Ini bukan keputusan 13 ADUN itu. Setiausaha Agung PAS Mustafa mahu membawa kandungan surat tersebut ke satu lagi mesyuarat untuk penelitian dan persetujuan," kata beliau.

Mesyuarat jawatankuasa pusat PAS dijadualkan berlangsung pada Isnin depan.

Rafizi mengulas kenyataan satu sumber dalam satu laporan Malaysiakini hari ini berhubung tindakan 13 orang ADUN parti Islam berkenaan.

PKR merancang untuk mempersembahkan sokongan tersebut kepada sultan Selangor bagi menunjukkan Wan Azizah mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan untuk dilantik sebagai menteri besar.

Menurut sumber, rancangan tersebut dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat semalam, namun masih belum menemui sebarang penyelesaian

Hanya dua orang wakil rakyat PAS Selangor yang sudahpun menandatangani pengakuan berkanun tersebut – Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).



JANGAN TAKABUR

Friday, 22 August 2014


DUN SELANGOR BUBAR UMNO/BN UMNO AKAN DAPAT SIFAR KERUSI KATA KETUA WANITA KEADILAN ZURAIDA KAMARUDDIN.



Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa rakyat Selangor akan bangkit mempertahankan negeri itu sekiranya DUN dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan.

Malah, ia akan menyebabkan Umno kehilangan semua kerusi, kata Zuraida dalam ucapan penggulungannya di kongres Wanita PKR di Shah Alam hari ini.

Keyakinannya itu berdasarkan bacaannya bahawa pembubaran DUN itu mustahil akan berlaku kerana presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat sokongan majoriti dari 30 orang ADUN.

"Kenapa nak bubar? Isu bubar tidak mungkin (berlaku) dan satu perkara yang mengarut. Dan perkara ini memalukan rakyat negeri Selangor dan meningkatkan kemarahan rakyat Selangor.

“Dan kalau nak pilihan raya negeri, Umno perlu bersedia untuk 56-0 (kerusi DUN).

"Sekiranya terjadi (pilihan raya negeri), rakyat akan memberontak dan Umno akan sifar di Selangor," katanya dalam ucapan tersebut dengan penuh bersemangat.

Beliau juga menasihati para perwajkilan agar tidak menghiraukan sebarang spekulasi berhubung pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar yang baru.

Menurutnya, ada cakap-cakap yang mendakwa sultan Selangor meminta satu lagi nama alternatif untuk dicalonkan sebagai menteri besar.

"Janganlah dengar spekulasi di luar. Ada yang kata sultan tak terima orang perempuan, sultan tak terima Wan Azizah dan nak ada dua nama.

"Kalau sultan betul-betul tolak, kita tolak. Kita ganti dengan nama kedua. Tak jadi isu," katanya lagi.

ULASAN OMAK KAU:-  

Terpulanglah kepada UMNO bagaimana nak terima kenyataan berfakta ini  .. nak anggap amaran pun boleh , nasihat pun boleh dan peringatan pun boleh.

Harap-harap para pemimpin UMNO jangan seronok bila DUN bubar nanti bak kata mantan Ketua AMK Shamsul Iskandar Akin .. Macam Peniaga Buluh Kasap .. Dapat Hujung Pangkal Lesap .. Tapi Yang ini hujung sampai ke pangkal lesap terus.

Teringat Omak suatu ketika dulu .. mantan Menteri Besar Selangor Khir Toyo semasa PRU tahun 2008 pun cakap gitu juga .. pembangkang akan dapat sifar kerusi .. Sifar Pembangkang .. Akhirnya UMNO yang tumbang tunggang langang .. Tapi Ketua Wanita PKR lain ... kalau tidak yakin tidak bersuara punya.

HIDUP ZURAIDA!!!! ... HIDUP WANITA KEADILAN!!!! .... MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ... LAWAN TETAP LAWAN .. BUBAR DUN UMNO SIFAR KERUSI!!!!


BUBAR ELOK GAK...13 DUN BELUM TENTU MENANG....ORANG DAP DAN PKR TAK UNDI MEREKA DAH TINGGAL ORANG PAS LAH....ATAS PAGAR TAK TAHU LAH...KEBANYAKAN MEREKA MENANG UNDI CINA DAN INDIA DAN ATAS PAGAR...INGAT KATA ARWAH UST YAHYA OSMAN....PELACUR PUN 1 UNDI....ORANG TAK SOLAT PUN 1 UNDI....IMAM DAN USTAZ PUN 1 UNDI....JADI SEMUA KENA BAIK....JANGAN SYOK SENDIRI

4:58PM - 21 Aug 2014

Bubar DUN dijangka antara cadangan MB pada sultan


Semakin dekat dengan tarikh kembalinya sultan ke Selangor, semakin kuat kemungkinan rakyat negeri bakal menghadapi pilihan raya negeri.

Sumber yang rapat dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan salah satu pilihan utama untuk menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

"Pembubaran DUN adalah salah satu dari senario yang akan dicadangkan (menteri besar) kepada sultan.

"Ada beberapa lagi senario yang boleh dipilih oleh sultan," kata sumber tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

Antara senario lain yang mungkin terjadi ialah peralihan kuasa yang licin dari Khalid kepada calon pilihan sultan.

Sumber sama turut mengesahkan pertemuan Khalid masih tidak berubah, iaitu 27 Ogos ini walaupun sultan dilaporkan akan pulang lebih awal.

Sementara itu satu sumber kerajaan negeri sebaliknya menyatakan sultan mungkin keberatan untuk membubarkan DUN.

Beliau menyatakan sultan mungkin akan memilih pilihan paling baik dan lancar bagi memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar.

Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut hal berkenaan dan menasihatkan semua pihak menunggu baginda berangkat pulang.

Jumaat lalu, Khalid menyatakan beliau tidak menolak kemungkinan pembubaran DUN.

Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan sultan Selangor.

"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri di Shah Alam Jumaat lalu.

Abdul Khalid sehingga kini enggan mengulas perkara demikian dan hanya tersenyum ketika ditemui pemberita bertanyakan hal itu sejak Isnin lalu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail minggu lalu mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua ADUN PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar baru.


Jangan terpedaya helah ‘duit atas jalan’ perompak 


08:30AM Ogos 23 2014 V Shuman

 KOMEN: Penjenayah kini menggunakan cara-cara baru untuk merompak wang hasil titik peluh orang ramai. Mereka bergerak bersendirian, berpasangan atau secara kumpulan, memerhatikan mereka yang berpotensi untuk dijadikan mangsa. Polis baru-baru ini memberi amaran mengenai taktik "melempar wang di atas tanah sebelum mencuri wang" sebuah sindiket yang mencuri dari pemilik kenderaan. Dalam sebuah posting Facebook, polis berkata sindiket itu mungkin diketuai oleh sebuah pasangan. "Suspek wanita akan mengetuk cermin pintu di bahagian pemandu dan menunjukkan terdapat wang bertaburan di tayar bahagian belakang kenderaan.

 "Suspek lelaki akan keluar dari lokasi persembunyian dan meluru masuk ke dalam kereta untuk mengambil barang berharga semasa mangsa keluar melihat wang yang bertaburan," jelas kenyataan itu. Ini mungkin adalah beg tangan, beg komputer riba atau sampul surat yang mengandungi wang tunai, yang diletakkan secara terbuka. Ya, sesetengah rakyat Malaysia masih menyimpan barang-barang berharga mereka di tempat duduk depan atau belakang ketika memandu, walaupun telah ada pelbagai laporan mengenai peragut yang memecahkan tingkap kaca untuk merampas barang-barang berharga. Sesetengah daripada tindakan ini pernah dirakam dalam video, terima kasih kepada kamera yang dipasang pada papan pemuka kenderaan lain. Polis telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa kepada taktik terbaru ini. "Sekiranya anda diekori oleh mana-mana individu tidak dikenali jangan terus ke kenderaan. Alih perhatian suspek dengan menuju ke tempat yang selamat sehingga suspek hilang minat terhadap anda untuk dijadikan sasaran. "Pastikan kawasan sekeliling berada dalam keadaan selamat sebelum menaiki kenderaan sekiranya anda bersendirian. Jangan meletakkan kenderaan anda di kawasan yang terpencil dan jauh pandangan awam untuk ke sesuatu tempat membuat sebarang urusan.

" Dalam pada itu, mungkin juga ianya membantu jika anda tidak terlalu asyik menggunakan telefon pintar anda. Berapa kali kita bertemu orang yang ralit dengan peranti mereka ketika berjalan, seolah-olah tidak menyedari sekeliling? Mereka tidak menyedari apa yang sedang menuju ke arah mereka, dari mana-mana arah sekalipun. Seorang peragut atau perompak dengan mudah dapat menyelinap berdekatan mereka dan apabila mereka menyedarinya, ia sudah pun terlambat. Kembali kepada taktik rompakan, ada baiknya juga untuk lebih berhati-hati jika anda ingin menjual kereta anda kepada pembeli individu. Akhir-akhir ini, terdapat juga kes di mana orang-orang yang mengiklankan untuk menjual kereta mereka di akhbar-akhbar dan majalah, menjadi mangsa perompak kenderaan. Penyangak-penyangak ini kebiasaannya akan menelefon penjual berpotensi untuk datang ke tempat yang dipilih mereka, untuk memanduuji kenderaan itu pada waktu malam. Apabila tiba, kereta mangsa dan dalam beberapa kes, barang-barang berharga mereka, dirompak dan mereka ditinggalkan di tempat terpencil pada awal pagi.

Kenderaan itu kemudiannya dijual atau dileraikan bagi mendapatkan alat ganti. Pada masa dan zaman ini, kita tidak boleh mempercayai semua yang kita lihat dan dengari. Orang-orang, kadang-kadang yang paling dekat dengan anda, sanggup menjadikan anda mangsa apabila wang dilibatkan. Anda mungkin dipandang buruk kerana sedikit berhati-hati dalam semua perkara, tetapi itu merupakan satu harga yang kecil untuk dibayar bagi bebas daripada ancaman penjenayah.

BEGITU JUGA HELAH POLITIK...MUSUH SURUH BERPECAH BELAH....MUSUH TAHU KELEMAHAN KITA...KITA ALIM ILMU AGAMA MUNGKIN KITA TAK ALIM ILMU POLITIK...HELAH POLITIK....SEPAK TERANJANG POLITIK

KADANG2 YANG MENUMBANGKAN KITA KAWAN KITA SENDIRI DARI PANCINGAN MUSUH...KITA TERMAKAN UMPAN

 3:35PM - 23 Aug 2014

'Parti sahabat PKR curi 'durian' kita'

Bekas calon PKR DUN Pengkalan Kubor Saharun Ibrahim menyalahkan "parti sahabat" PKR di Kelantan yang didakwanya menyebabkan mereka tewas dalam pilihan raya umum Mei tahun lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara langsung kepada PAS, yang merupakan parti Pakatan Rakyat yang dominan di di negeri pantai timur itu.

"Oleh kerana ini dalam majlis rasmi dan saya suka menjaga adab sedikit, bolehlah saya ringkaskan kita tidak menang adalah kerana kesilapan teknik yang berkait dengan hubungan kita dengan parti sahabat kita.

"Apa yang kita rancang rupanya tidak berjalan sebagaimana yang dirancang," katanya selaku perwakilan Kelantan ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Kesepuluh parti itu di Shah Alam, hari ini.

Dalam ucapannya, beliau cuba menggambarkan situasi tersebut dengan mengumpamakan usaha memungut buah durian.

"Ibaratnya memungut buah durian. Kami termasuk saya sudah memungut buah-buah durian yang secukupnya (dan) dibawa ke rumah.

"Saya simpan di dalam bilik. Saya kira buah durian itu dan didapati buah terlebih banyak daripada buah sebelah sana.

'Bilik dipecahkan'

"Tetapi apabila tiba pilihan raya, kita mendapat durian yang kurang.

"Saya buka bilik. Saya lihat rupanya lantai bilik tempat kita simpan durian itu sudah dipecahkan oleh orang di kalangan kita sendiri," katanya.

Pada pilihan raya umum itu, Saharun tewas kepada Datuk Noor Zahidi Omar.

Beliau mendapat 8,438 undi manakala Noor Zahidi memperolehi 10,174 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 65 undi.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas Noor Zahidi meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 5.45 pagi, Rabu lalu.

Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau, Pasir Pekan di Tumpat malam tadi.