19 Ogos 2014
RAHSIA TENTERA ISRAEL BOCOR : “Kami Melawan Pejuang Gaza yang Tidak Terlihat”
Pengakuan Tentera Israel: "Kami Melawan Pejuang Gaza yang Tidak Kelihatan"
Israel
soldiers Pengakuan Tentera Israel: "Kami Melawan Pejuang Gaza yang
Tidak Kelihatan" CERITA ini datang dari Serdadu Zionis dari brigade
Golani saat melakukan pertempuran di Syujaeyah, sebelah timur bandar
Gaza.
Dalam laporan yang disiarkan oleh media Israel Ma'arev, tentera itu mula menghuraikan apa yang mereka alami selama di Syujaeya.
"Mereka melihat semua yang kami lihat di Syujaeyah adalah neraka jahanam," ujarnya.
Dalam peperangan itu, para pejuang Gaza telah menunggu di Syujaeyah.
"Mereka
menembak kami. pertempuran pun terjadi dalam waktu yang cukup lama.
Dalam pertempuran itu, kami kehilangan 16 anggotanya termasuk seorang
komander tempurnya, "tambahnya.
Pada malam pertama operasi, mereka menyerbu sebelah timur Syujaeyah, khususnya wilayah yang sudah ditentukan sebelumnya.
"Namun
mereka mendapat perlawanan dari para pejuang Gaza yang menembak kami
dengan senjata ringan tapi masiv juga ada senjata automatik dan roket
RGB," terangnya.
Sejumlah
perwira Zionis berkata, mereka memerangi pasukan perlawanan yang tidak
kelihatan. Para askar Gaza datang dan pergi dari tempat dan ke tempat
yang mereka tidak tahu. Mereka masuk satu terowong dan keluar dari
terowong yang lain.
Tentera
yang lain mengatakan, "kami beserta teman teman yang lain, suatu
ketika akan menyebu ke salah satu rumah yang kami anggap telah kosong.
Namun ternyata di dalamya dipenuhi kumpulan bersenjata hingga terjadilah
baku tembak dengan mereka.
Akhirnya kami melarikan, sementara yang lainnya mati terbunuh. Pendek cerita kami selamat dari neraka jahanam di Syujaeyah, "ungkapnya seperti dilansir Pusat Maklumat Palestin.
[Pz / Islampos]

KISAH TENTERA BERJUBAH PUTIH..
Written By canang on Selasa, 19 Ogos 2014 | 8/19/2014 10:35:00 PG
KIBARAN kali pertama bendera Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat 30 November
lalu menjadi detik bersejarah buat lebih 4.3 juta rakyatnya.
Kibaran yang menjadi simbolik penyertaan Palestin sebagai sebuah negara
pemerhati bukan anggota badan dunia itu disambut dengan air mata
kegembiraan. Laungan kalimah suci 'Allahuakbar' bukan sahaja bergema di
New York, tetapi lebih gamat di seluruh Palestin.
"Saya anggap pengiktirafan ini adalah bantuan Allah yang sangat besar nilainya kepada kami. Sebelum ini pun, Allah sentiasa membantu kami dalam perjuangan menentang Israel," kata seorang rakyat Palestin, Abu Yazid, 29.
Walaupun bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon pernah bersumpah untuk membakar setiap bayi di Palestin, ia sedikit pun tidak melemahkan semangat rakyat Bumi Anbiya ini daripada berjuang menentang kekejaman rejim Zionis.
"Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan," ucap Sharon ketika melafazkan sumpahnya itu pada tahun 1956.
Sumpah Sharon
Titik tolak daripada lafaz sumpah itu, Israel sehingga hari ini sengaja menyasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Sharon dengan menghapuskan pewaris di bumi Palestin.
Malah, bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Apa tidaknya, pada usia muda sudah ramai kanak-kanak Palestin yang menghafal al-Quran.
Selain kekentalan semangat rakyat Palestin, sebenarnya ada 'kekuatan lain' yang menjadikan para mujahidin mampu menentang rejim Zionis walaupun hanya menggunakan senjata tinggalan perang.
Kisah kemunculan 'pasukan lain' yang turut bertempur, jasad para syuhada yang seharum kasturi dan beberapa peristiwa aneh sepanjang perjuangan menentang Yahudi bukan sekadar menjadi buah mulut para pejuang dan wartawan malah turut disebarkan oleh para khatib dalam khutbah Jumaat mereka.
Laman blog Filisthin Al-Aan pernah menulis pada Januari 2009 bagaimana waris seorang mujahidin Briged Ezzedine al-Qassam dibelasah dengan teruk oleh tentera Israel selepas didakwa berbohong.
"Tentera Israel bertanya kepada anak lelaki kepada seorang pejuang palestin yang ditahan, apakah warna pakaian tentera al-Qassam. Anak itu menjawab, seragam berwarna hitam.
"Selepas tiga hari anak itu memberi jawapan yang sama, tentera itu berang kerana menyangka kanak-kanak itu berbohong, lalu dia dipukul hingga pengsan.
"Jangan berbohong, al-Qassam berseragam putih, bukannya hitam," sergah tentera berkenaan.
Dalam satu kejadian lain, sekumpulan tentera Israel telah menahan sebuah ambulans. Apabila pemandunya ditanya adakah dia daripada kelompok Hamas atau Fatah, pemandu tersebut menjawab, 'saya bukan Hamas atau Fatah. Saya hanya pemandu ambulans'
Tentera tersebut bertanya lagi, 'pasukan yang berpakaian putih di belakang kamu tadi dari kelompok mana?'
Pemandu itu kelihatan bingung sebelum menjawab, 'saya tidak tahu. Tiada siapa di belakang saya sepanjang perjalanan ke mari'.
Cerita tentang tentera berseragam putih seakan-akan menghantui tentera Israel. Mereka tidak tahu dari mana kumpulan ini datang, malah jejaknya juga sukar dikesan.
Malah, seorang bekas tentera Zionis yang pernah ditemu ramah stesen televisyen tempatan Israel kini buta kedua-dua matanya selepas berhadapan dengan tentera berbaju putih.
"Saya merupakan seorang daripada tentera penggempur yang ditugaskan ke Gaza beberapa tahun lalu.
"Semasa bertugas di sana, pada suatu hari saya didatangi oleh seorang tentera berpakaian putih yang menaburkan pasir ke dalam mata saya. Akibat kejadian itu, sehingga saat ini saya menjadi buta," katanya.
Sebelum itu, kumpulannya juga pernah terserempak dengan sekumpulan tentera berseragam putih dan berjanggut panjang. Namun apabila ditembak, tentera berbaju putih itu tidak mati sebaliknya tidak diketahui ke mana menghilangnya.
Dalam situasi lain pula, seorang khatib di Masjid al-Qassam yang terletak di wilayah Nashirat Gaza bercerita dalam khutbahnya tentang 'bantuan Allah' kepada pejuang Palestin.
"Pejuang tersebut telah menanam satu jerangkap samar untuk menyambut kedatangan tentera Zionis di satu kawasan lapang.
"Tidak lama kemudian, dia melihat sebuah helikopter menurunkan tentera Zionis disertai beberapa kereta kebal. Mereka melalui kawasan tempat dia memasang jerangkap samar tersebut.
"Pejuang tersebut memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengandaikan jerangkap yang dipasangnya tidak boleh menghapuskan tentera yang ramai itu.
"Akan tetapi sebelum dia berganjak, terdengar bisikan di telinganya yang bermaksud, 'tetaplah di tempatmu maka Allah akan menguatkanmu'.
Al-Quran penyelamat
"Dia mencari dari mana datangnya suara itu namun tidak ternampak kelibat manusia lain. Akhirnya, dia menunggu di situ.
"Tidak lama kemudian, tanpa disangka-sangka ketika sebuah kereta kebal melalui kawasan jerangkap samar, kejaiban berlaku.
"Jerangkap samar itu meledak dengan dahsyat sehingga menghancurkan kereta kebal tersebut dan membunuh ramai tentera Israel.
"Malah, sebahagian tentera yang terselamat terpaksa diangkut semula ke helikopter sedangkan pejuang itu masih berdiri dalam keadaan selamat," cerita khatib tersebut.
Sementara itu, pakar perubatan yang menjalankan misi kemanusiaan di Hospital As-Syifa, Gaza, Dr. Hisam Az-Zaghah memberitahu, pernah berlaku kejadian aneh ketika dia sedang merawat seorang mangsa perang.
"Mangsa mengalami luka di kaki dan badan akibat terkena serpihan bom dan sisa runtuhan. Namun apa yang menakjubkan ketika mencuci luka tersebut, saya terjumpa sebutir peluru di poket lelaki berkenaan.
"Ajaibnya, kelongsong peluru yang masih panas itu tidak menembusi jantung mangsa kerana terhalang oleh sebuah buku doa dan mushaf al-Quran yang ada di dalam poket mangsa.
"Hanya buku doa itu yang berlubang dan muka depan mushaf itu rosak. Isi al-Quran langsung tidak terjejas sedangkan peluru itu sendiri bentuknya sudah hampir hancur," cerita Hisam.
Selain itu, Pengarah Jabatan Hubungan Sosial, Kementerian Kesihatan Gaza, Hamam Nisman memberitahu, angka kelahiran bayi di Gaza turut meningkat walaupun kematian yang dicatatkan di wilayah itu lebih tinggi berbanding wilayah lain di Palestin.
"Namun di sebalik kematian lebih 1,000 rakyatnya, seramai 5,000 bayi dilahirkan. Ini merupakan peningkatan luar biasa kerana secara puratanya dalam sebulan Gaza hanya mencatatkan kelahiran antara 3,000 hingga 4,000 bayi.
"Pendek kata, dalam tempoh kemuncak konflik Israel-Palestin, kami hilang seribu rakyat tetapi Allah telah gantikan mereka dengan 4,000 pejuang baharu," ujar Nisman.sumber
Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun bernama Muhamad Badran sedang menanti masa untuk memeluk ibu bapanya dan bermain bersama enam saudara lelakinya selama tiga hari cuti Ramadhan lalu. Walaupun serangan penjajah zionis 'Israel' telah menghancurkan harapan yang ada di Gaza, Muhamad tidak memadamkan harapannya untuk berbahagia di hari mulia bulan syawal.
Tetapi sehari selepas itu, dia bersama ibu dan bapa saudara yang berdiri di sebelahnya di Hospital Al-Shifa, Muhamad berkata, "semua mimpiku hancur selepas tembakan dua kereta kebal zionis 'Israel' menggelapkan hidupku dan mencederakan semua saudaraku".
Selepas solat Subuh di Hari Raya Aidilfitri, Muhamad dan keluarganya sedang tidur di rumah mereka. Muhamad menyiapkan baju baru dan mainan yang ibunya belikan untuk dipakai di hari raya tersebut. Dia pergi ke tempat tidur, menantikan ibunya untuk membangunkannya esok hari. Dia tidak tahu pada masa itu dia akan menutup mata untuk selamanya.
Tanpa belas kasihan, dua kereta kebal penjajah melanggar rumahnya, memusnahkan bilik tidurnya lalu mencederakan bersama enam saudaranya yang lain.
"Mereka sedang tidur bagaikan malaikat," ucap bapa saudara Muhamad kepada MEMO.
"Ayah mereka sedang bersiap-siap untuk membawa mereka keluar melawat bapa saudara dan ibu saudara mereka. Akan tetapi, mereka pula dibawa ke hospital."
Seluruh baju Muhamad telah terbakar dan mainan yang baru beli untuk hari raya telah hancur berkecai. Dia tidak dapat melihat kejadian itu. Bahkan, dia tidak akan dapat melihat lagi mimpi-mimpinya, wajah ibu bapanya atau menikmati warna-warni mainan atau baju raya.
Muhamad dan salah satu saudaranya menderita luka parah. Walaupun ia tidak kehilangan penglihatannya, ia kehilangan kedua matanya. Doktor mengatakan ada sedikit kesempatan ia mampu melihat cahaya lagi, melalui mata yang didermakan dari orang lain atau mata buatan.
Selepas lima saudaranya meninggalkan hospital, ibunya merasa hatinya terbelah bahagi untuk tinggal bersama Muhamad atau bersama saudara-saudaranya di tempat yang berbeza di hospital.
Di hari ke-34 perang Gaza, tentera zionis telah membunuh kira-kira 1,900 rakyat Palestin dan dianggarkan 9,000 yang tercedera. Sebahagian besar dari mereka berdasarkan statistik dari PBB adalah orang awam. Sekurang-kurangnya di antara yang meninggal ada 400 orang adalah kanak-kanak.
Cerita Muhamad menjadi terkenal di kalangan rakyat Palestin dan di luar negara.
Ramai doktor dan penyumbang menawarkan rawatan dan bantuan kepadanya, berharap suatu hari nanti Muhamad dapat melihat semula kedua ibu bapanya. Tetapi ketika harapan itu hendak direalisasikan, tentera zionis telah membunuh ayah Muhamad ketika dia sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Al-Qassam iaitu di khemah pelarian Al-Nusairat. Sebuah roket F16 milik zionis yahudi menghentam ketika ayahnya sedang solat.
Kejadian itu menyebabkan lima orang terbunuh dan sepuluh orang lain tercedera. Nidal Badran iaitu ayah kepada Muhamad adalah di antara orang yang meninggal dunia. Kini, Muhamad telah kehilangan harapan untuk melihat wajah ayahnya.
* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Kisah kanak-kanak Gaza dibutakan oleh tentera zionis

Siapa calon Mahathir ganti Najib?
KUALA LUMPUR:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat deklarasi
yang beliau menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak untuk terus memimpin negara ini.
"Sesungguhnya Dr Mahathir sudah terlewat untuk bercakap kerana nasi sudah menjadi bubur. Sekarang kita rakyat biasa makan bubur sahaja kerana bubur tidak boleh dijadikan nasi," tulis Aspan Alias di dalam blognya, semalam.
Tambahnya, Mahathir mengakui yang Najib lebih buruk performancesnya daripada Tun Abdullah Badawi yang beliau pilih untuk menggantikan beliau yang akhirnya beliau kritik dan tumbangkan itu.
Mahathir berkata Najib terlalu tunduk kepada tuntutan musuh-musuh yang hendak mengorbankan Umno dan BN. Najib, katanya sungguh lemah dan tidak dapat mencari formula untuk menjadi PM yang baik.
Bagi Aspan, untuk memilih gantian dengan cadangan Mahathir pun bahaya juga, kerana semua pilihannya tidak pernah betul seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim.
Sesudah itu, katanya Abdullah Badawi menjadi ‘pelapik’ Mahathir dan akhirnya pelapik ini juga menjadi sasaran beliau dan akhirnya pelapiknya itu berhenti dan bersara.
"Selepas Abdullah, beliau gunakan Muhyiddin untuk menaikkan Najib sehinggakan Muhyiddin berani untuk bersikap kurang ajar kepada Abdullah. Maka Najib jadilah Perdana Menteri," tambahnya.
Sekarang, katanya baru Mahathir sedar Najib lagi tidak berguna kepadanya dan juga kepada negara.
"Beliau telah menarik balik sokongan terhadap Najib, tetapi jika kali ini kita mendengar cadangan siapa yang akan beliau mahukan untuk mengganti Najib, rakyat mesti berfikir ratusan kali kerana mengikut apa yang kita alami dengan pilihan Dr Mahathir, siapa yang menjadi pilihan beliau akan menjadi pemimpin yang tidak berguna lagi," ujarnya lagi.
Pendeknya, tambah beliau siapa yang ditunjuk oleh Mahathir sudah pasti pilihan yang salah.
"Itulah formula penting dalam pemilihan siapa yang hendak menggantikan Najib," tulis Aspan selanjutnya. - HARAKAHDAILY 19/8/2014
KEPRIHATINAN rakyat Malaysia terhadap sesuatu isu kemanusian yang berlaku di mana sahaja tidak dapat dinafikan lagi.
Pada awal pagi kira-kira jam 10, saya cuba berdiri dengan memakai t-shirt dengan berhashtag #IsuppportGaza
dan dipadani dengan songkok putih membuatkan orang ramai mempercayai
saya mewakili pertubuhan tabung kemanusian Gaza yang sebenarnya.
Dalam
laporan yang sama, menurut aduan yang seringkali diterima oleh Pengarah
Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun
ada kes yang diterima, pihak tersebut mampu meraih kutipan sehingga RM
10 ribu sehari.
"Sesungguhnya Dr Mahathir sudah terlewat untuk bercakap kerana nasi sudah menjadi bubur. Sekarang kita rakyat biasa makan bubur sahaja kerana bubur tidak boleh dijadikan nasi," tulis Aspan Alias di dalam blognya, semalam.
Tambahnya, Mahathir mengakui yang Najib lebih buruk performancesnya daripada Tun Abdullah Badawi yang beliau pilih untuk menggantikan beliau yang akhirnya beliau kritik dan tumbangkan itu.
Mahathir berkata Najib terlalu tunduk kepada tuntutan musuh-musuh yang hendak mengorbankan Umno dan BN. Najib, katanya sungguh lemah dan tidak dapat mencari formula untuk menjadi PM yang baik.
Bagi Aspan, untuk memilih gantian dengan cadangan Mahathir pun bahaya juga, kerana semua pilihannya tidak pernah betul seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim.
Sesudah itu, katanya Abdullah Badawi menjadi ‘pelapik’ Mahathir dan akhirnya pelapik ini juga menjadi sasaran beliau dan akhirnya pelapiknya itu berhenti dan bersara.
"Selepas Abdullah, beliau gunakan Muhyiddin untuk menaikkan Najib sehinggakan Muhyiddin berani untuk bersikap kurang ajar kepada Abdullah. Maka Najib jadilah Perdana Menteri," tambahnya.
Sekarang, katanya baru Mahathir sedar Najib lagi tidak berguna kepadanya dan juga kepada negara.
"Beliau telah menarik balik sokongan terhadap Najib, tetapi jika kali ini kita mendengar cadangan siapa yang akan beliau mahukan untuk mengganti Najib, rakyat mesti berfikir ratusan kali kerana mengikut apa yang kita alami dengan pilihan Dr Mahathir, siapa yang menjadi pilihan beliau akan menjadi pemimpin yang tidak berguna lagi," ujarnya lagi.
Pendeknya, tambah beliau siapa yang ditunjuk oleh Mahathir sudah pasti pilihan yang salah.
"Itulah formula penting dalam pemilihan siapa yang hendak menggantikan Najib," tulis Aspan selanjutnya. - HARAKAHDAILY 19/8/2014
18 Aug 2014
Sosial
RM150 diperolehi dalam 30 minit, Kisah penyamaran wartawan kutip derma untuk Gaza
Kisah wartawan Malaysian Digest yang menyamar sebagai pengutip derma
untuk Gaza dan sikap rakyat Malaysia yang begitu prihatin tanpa banyak
soal. Wartawan tersebut berjaya memperolehi RM150 setelah setengah jam
menjalankan operasi. Kini ramai yang mencari wang mudah atas nama Gaza
tanpa pantauan pihak berkuasa yang menyebabkan kegiatan tersebut
berleluasa. Ikuti laporan pihak Malaysian Digest;
Kutipan Sebanyak RM150 Dalam Setengah Jam Buat Gaza: Saya Merungkai Segala Penipuan
Ia jelas ditunjukkan apabila mereka
tidak kisah untuk menderma atau menyumbang khidmat bakti mereka kepada
sesiapa sahaja yang memerlukan.
Memetik laporan dari Bernama, ekoran
dari peperangan rejim zionis Israel terhadap penduduk Palestin baru baru
ini; membuka mata semua pihak untuk membantu rakyat di Palestin yang
ditindas sejak 8 Julai lalu.
Bantuan demi bantuan dihulur antaranya pungutan derma bagi “Tabung Kemanusian Gaza” yang mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.
Persoalannya, adakah begitu mudah rakyat
Malaysia mempercayai agen-agen atau apa jua bentuk pertubuhan yang
mewakili kutipan tabung Gaza tersebut?
Justeru, saya mewakili penerbitan berita
Malaysian Digest turun padang bagi menyiasat akan fenomena sebenar
dalam kutipan tabung Gaza.
Pengalaman Wartawan Sendiri
Bagi menyiasat akan isu ini, saya telah
menyamar menjadi peminta derma bagi memperolehi simpati daripada orang
ramai terhadap kesengsaraan masyarakat di Gaza.
Tujuan penyiasatan ini bukanlah untuk
meminta derma tetapi bagi melihat maklum balas orang ramai tehadap
kutipan yang saya jalankan.
Dengan berbekalkan sebuah tabung yang
disaluti poster kanak-kanak palestin, menjadi pendorong orang ramai
bersimpati akan nasib mereka di Semenanjung Gaza itu.
Baru-baru ini, saya memilih lokasi
tumpuan umum iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di sekitar Masjid
Jamek kerana saya percaya lokasi ini merupakan lubuk syurga buat
pengemis dan peminta sedekah.
Namun setelah beberapa minit berlalu,
saya mendapati pihak berkuasa tidak kelihatan bagi memantau akan
aktiviti saya. Saya tidak melihat pihak Polis mahupun pihak Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang cuba mendekati saya mahupun memerhati
penyamaran saya.
Dan ini memudahkan kerja saya dalam
mengutip derma daripada orang ramai. Tahukan anda hanya dalam masa
kurang dari 15 minit sahaja, saya mampu mendapat kutipan sebanyak
RM80.00.
Saya dapat simpulkan bahawa para
penderma yang memberi sumbangan ketika penyiasatan saya terdiri daripada
mereka yang berbilang bangsa dan agama.
Jelas isu di Gaza bukanlah isu keagamaan tetapi isu kemanusian yang menjadi tumpuan seluruh dunia.
Setelah 20 minit berlalu, saya didekati
oleh seorang warga asing yang berwarganaegara British. Saya tertarik
apabila dia menyoal saya mengenai bantuan ini.
Soalannya adalah berbunyi, adakah dana yang dikumpul ini benar-benar sampai ke masyarakat Palestin?
Lantas, saya menyakinkan beliau dengan
mengatakan dana ini akan disalurkan kepada pihak yang sebenarnya iaitu
‘Tabung Aman Palestin’.
Tanpa memikir jauh, beliau menderma
sebanyak RM10.00. Lihat, begitu mudah sesiapa sahaja boleh meminta derma
dan mengambil kesempatan terhadap nasib-nasib mereka yang menderita di
semenanjung Gaza.
Setelah hampir setengah jam saya berdiri
dengan memegang tabung Palestin, saya dihalau oleh seorang warga emas
lelaki yang menjual minyak wangi tiruan.
Ini berikutan kerana, kehadiran saya
tidak disegani beliau apabila orang ramai lebih memilih untuk menderma
dari membeli minyak wangi tiruannya yang bagaikan pewangi dicampur
dengan air kosong.
Tepat 30 minit masa berlalu, saya tidak
dapat apa-apa rintangan mahupun halangan dalam siasatan ini. Akhirnya
saya berjaya mengumpul RM150.00 dalam sekelip mata sahaja.
Anda boleh bayangkan jika saya terus
berdiri sehingga 8 jam lamanya. Mari kita buat sedikit pengiraan akan
pendapatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
Dalam setengah jam, rata-rata mereka
boleh mengumpul dana sebanyak RM150.00. Kita darabkan dengan 8 jam dan
ini membawa kepada RM2400.00 dan sekaligus mereka boleh meraih
pendapatan bersih RM72 ribu hanya dalam masa sebulan.
Ini menyebabkan begitu banyak pihak yang kejam bagaikan ‘cendawan tubuh selepas hujan’ yang menjana pendapatan haram ini di mana-mana sahaja.
Setelah itu, saya pulang selepas
setengah jam penyiasatan saya kerana tujuan asal adalah bagi merungkai
dan membuka mata pengikut setia Malaysian Digest agar berwaspada akan
mereka yang bertopengkan syaitan ini.
Kutipan yang saya perolehi telah saya salurkan (bank-in) ke Tabung Aman Palestin yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Sindiket Penipuan Berleluasa, Di Mana Sahaja
Malaysian Digest sangat prihatin akan
isu di Gaza dan pada masa yang sama kami di unit berita turut kesali
bagi sesetengah pihak yang mengambil kesempatan diatas kesengsaraan
mereka di Gaza.
Baru-baru ini satu pertubuhan badan
bukan kerajaan (NGO) iaitu Amal Palestin menerima aduan bahawa ada
pihak yang menyalahgunakan nama mereka bagi tujuan yang tidak bermoral
ini.
Tabung tersebut biasanya diletakkan di
perkarangan masjid-masjid dan beberapa orang ditugaskan untuk menjaga
tabung itu samada dari dekat mahupun pemerhatian dari jarak jauh.
Laporan demi laporan yang menjadi berita
utama di dada-dada akhbar mengenai penipuan kutipan derma yang bukan
sahaja terhadap Gaza, malah penipuan dari sudut lain.
Antaranya, menurut laporan Harian Metro
pada Februari lalu, polis menahan dua orang wanita yang berumur dalam
lingkungan 36 tahun yang disyaki meminta derma dengan membuat dokumen
palsu untuk membina bangunan surau dan hostel bagi anak-anak yatim di
Simpang Pulai.
Polis menganggarkan jumlah kutipan lebih dari RM500 ribu selama 2 tahun mereka beroperasi.
Ini diikuti pula dengan tren hari ini
apabila, segelintir mereka yang menggunakan kanak-kanak sebagai modus
operandi mereka dalam mencari keuntungan jalan singkat.
Itu apa yang dilaporkan di laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Malaysia baru-baru ini.
‘’Kempen kutipan derma perlu memohon permit polis seperti yang termaktub dalam Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947’’, katanya.
PDRM Pantau Sindiket Kutipan Gaza
Menurut laporan Bernama pada 25 Julai
lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis
sentiasa memantau aktiviti kutipan Gaza.
Polis sentiasa berusaha dalam
membanteras aktiviti haram ini. Ini bukanlah tugas yang mudah kerana
begitu banyak pihak yang menjalankan aktiviti tersebut.
Malah menerusi laporan tersebut,
penganalisis jenayah Kamal Affendi berkata orang ramai dinasihatkan
tidak mudah percaya dalam memberi derma kepada peminta derma haram ini
yang dipercayai bergerak aktif di sekitar Kuala Lumpur.
“Orang ramai boleh meminta untuk melihat permit mereka terlebih dahulu sebelum memberi derma’’, katanya.
Namun, apabila difikirkan kembali, apakah mungkin setiap penderma meminta untuk melihat permit mereka sebelum memberi derma?
Bagi saya, itu sesuatu yang agak rumit
dan mustahil kerana melalui penyiasatan saya, tidak ada seorang pun yang
meminta untuk melihat permit ketika saya menjalankan tugasan saya.
Rata-rata mereka haya memberi derma sahaja tanpa cakap banyak atas dasar simpati dan nilai kemanusian.
Niat yang baik harus diiringi dengan
langkah yang berwaspada agar bantuan yang diberi sampai ke pihak yang
sebenarnya, malah pihak yang tidak bertanggungjawab tidak
sewenang-wenangnya memanfaatkan keadaan diatas keperitan hidup mereka di
Gaza.
Terdahulu, semenanjung Gaza diserang
rejim zionis Israel yang setakat ini mengorbankan lebih 2000 jiwa
antaranya kanak-kanak dan golongan wanita sejak sebulan lebih yang lalu.
Antara Organisasi Kutipan Gaza Yang Berdaftar
Organisasi
|
Nama Bank
|
Nama Akaun
|
Nombor Akaun
|
AMAN PALESTIN
|
Bank Islam
|
12029010047880
|
|
Maybank
|
562263010787
|
||
CIMB
|
8600460353
|
||
Bank Muamalat
|
12070005133717
|
||
RHB Bank
|
21245760004907
|
||
Bank Rakyat
|
220806195922
|
||
AQSA SYARIF
|
Maybank Islamic
|
551575004299
|
|
Bank Islam
|
12092010034904
|
||
MERCY Malaysia
|
Maybank
|
MERCY Humanitarian Fund
|
562179504126
|
CIMB
|
MERCY Malaysia
|
14240006561053
|
|
RHB Bank
|
Malaysian Medical Relief Society
|
21227300009257
|
|
MEDIA PRIMA
|
Maybank
|
Tabung Kemanusiaan Palestin
|
564276510331
|
Viva Palestina Malaysia
|
Maybank
|
Pertubuhan Viva Palestina Malaysia
|
564324601324
|
Gaza, Doa Kami Bersama Kamu
Laporan Eksklusif Ini Hanya Di Malaysian Digest. -mD
http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/514086-adakah-derma-gaza-anda-ke-pihak-yang-benar-ikuti-siasatan-saya-merungkai-segala-penipuan.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan