Ahad, 10 Ogos 2014

HASIL LAWAN TAUKEH...TAK MAHU MUNGKIN ADA SEBAB....SEKARANG TANGGUNG....KESAN/HASIL PEMECATAN KITA TUNGGULAH....MASING2 BIJAK....JIKA LETAK JAWATAN ATAU SERAH JAWATAN DAH LAMA SELESAI...JANGAN KITA BODOH TAK BERTEMPAT

Soalan yang perlu dijawab Khalid Ibrahim – Khalid Samad



Adakah benar:
1. Baki hutang Tan Sri Khalid Ibrahim dengan BIMB hampir RM60 juta pada tahun 2006 setelah sebahagian besar hutang tersebut dibayar melalui penjualan saham yang digunakan sebagai cagaran oleh BIMB?
2. Khalid tidak bayar dan enggan bayar sehingga dibawa ke mahkamah?
3. Pihak Khalid berhujah hutang tidak perlu dibayar kerana kaedah BBA yg digunakan BIMB adalah bercanggah dengan syariat maka BIMB melakukan sesuatu yang bercanggah dengan lesen perniagaannya, oleh itu perjanjian pinjaman itu tidak sah?
4. Apabila sudah sampai ke peringkat Khalid hampir hendak kalah kes, tiba-tiba ‘penyelesaian luar mahkamah’ tercapai pada Februari 2014.
5. Adakah benar ‘penyelesaian luar mahkamah’ ini dilakukan tanpa melibatkan samada peguam Khalid atau peguam BIMB?
Harap Khalid dedahkan butiran penyelesaian luar mahkamah yang tercapai dan rahsia cara ‘melenyapkan hutan RM59.5 juta’ untuk pengetahuan/kegunaan kami bersama.
6. Bahawa penyelesaian luar mahkamah ini dirunding dengan bantuan dari Tan Sri Rashid Manaf?
7. Bahawa Khalid berkata BIMB tarik balik saman atas sebab beliau akan saman PNB dalam masa 3 bulan lagi (pada masa itu) dan akan dapat RM300 juta, dan dengan itu akan bayar balik hutang BIMB?
8. Tempoh 3 bulan ini luput dan saman Khalid terhadap PNB masih tidak kelihatan?
Harap Khalid boleh juga jelaskan bagaimana beliau tahu dia akan menang kes saman PNB dalam 3 bulan lagi dan tahu juga jumlah yang akan ditentukan oleh mahkamah?
9. Tidak sampai sebulan selepas kes ditarik balik oleh BIMB melalui ‘penyelesaian luar mahkamah’ Tropicana Corporation Berhad menjual 308.72 ekar tanahnya kepada Ecoworld Berhad yang mana Tan Sri Rashid mempunyai kepentingan dan saham dalam Ecoworld Berhad.
10. Bahawa 308.72 ekar ini adalah sebahagian dari 1,172 ekar tanah yang dijual oleh PNSB kepada Tropicana dengan harga RM1.3 billion, tetapi melalui satu perjanjian yang amat menguntugkan Tropicana? Iaitu dibayarnya RM50 juta sahaja dahulu diikuti bayaran-bayaran baki melangkaui tempoh 18 tahun?
11. Bahawa jualan ini dari PNSB ke Tropicana dilakukan semasa tempoh caretaker goverment setelah Parlimen dan DUN dibubarkan?
Harap Khalid jelaskan keseluruhan latar belakang penjualan dan pembelian ini supaya semua memahami sebab-sebab Tropicana diberikan layanan istimewa sedemikian rupa dan kenapa jualan Tropicana ke Ecoworld telah tidak dihalang kerajaan negeri?
Ini adalah kerana sambil Tropicana mendapat tempoh bayaran yang begitu baik, mereka mendapat wang segera melalui penjualan kepada Ecoworld Berhad.
12. Bahawa sebulan selepas BIMB tarik balik kes Khalid, maka beliau menandatangani MoU dengan Ecoworld Berhad yang menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik yang dianggarkan bernilai RM591 juta?
13. Bahawa pada asalnya, projek berkenaan ditawarkan melalui open tender pada tahun 2010 dan kerajaan negeri sedang pada ketika itu berunding dengan pihak yang telah disenarai-pendek dan ianya bukan Ecoworld Berhad?
Harap Khalid boleh jelaskan samada tawaran kepada Ecoworld ini melalui proses tender terbuka atau sebaliknya.
Dan sekiranya sebaliknya, maka mengapa dan kenapa ia dilakukan. – 9 Ogos, 2014.
* Penulis ialah MP Shah Alam.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian  Insider.

Menteri Besar Terima Keputusan PKR, Akan Dapatkan Nasihat DYYM Sutan Selangor

Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.

Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap surat tunjuk sebab,  pihak parti itu sendiri keliru dengan maklumat lanjut mengenai tuduhan terhadapn saya. Malah, PKR gagal menjelaskan secara khusus artikel dalam perlembagaan parti yang telah saya cabuli.


Saya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin ditangguhkan kepada 15 Ogos 2014 tetapi tiada jawapan balas diberikan.

Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa mendengat penjelasan daripada saya. Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab tuduhan terhadap saya mengikut proses yang betul. Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti.

Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini,  dan mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.

Sehingga isu ini diselesaikan mengikut  prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar  mengikut kemampuan saya.

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Nik Aziz: PAS tak campur PKR pecat Khalid


Pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada kaitan dengan PAS, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
  
"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini.
  
"PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kota Bharu malam ini.
  
Nik Abdul Aziz juga berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
  
"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama PAS) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar (MB) Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu.
  
-Bernama1:00PM - 9 Aug 2014

Guan Eng kemuka notis saman pada Nasrudin


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meneruskan tindakan undang-undang terhadap anggota Parlimen (MP) Temerloh Nasrudin Hassan kerana gagal memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah.

Lim berkata notis tindakan dihantar semalam kepada anggota Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu berhubung kenyataannya di laman sosial bertajuk 'Apa beza Kidex dan Penang tunnel?", pada 6 Ogos lepas.

Beliau berkata Nasrudin bukan sahaja tidak memohon maaf atas kenyataan tersebut tetapi membuat kenyataan berunsur fitnah menyatakan projek terowong dasar laut dilakukan secara rundingan terus.

"Nasrudin tidak memohon maaf malah membuat kenyataan lain dan ia akan dirujuk kepada peguam saya. Notis yang dihantar semalam adalah berdasarkan kenyataan pertamanya," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Pada 6 Ogos lepas, Nasrudin mempersoal mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikecam berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), tetapi tindakan sama tidak ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.

Menurutnya, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion itu dibiayai sepenuhnya kerajaan DAP Pulau Pinang dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

Sementara itu, exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng menafikan dakwaan Nasrudin bahawa beliau membuat kenyataan pada 15 Mac tahun lepas bahawa projek itu dibuat secara rundingan terus.

"Ini adalah fitnah jahat oleh Nasrudin...saya sedia memberikan bukti dan keterangan di mahkamah bahawa projek itu dijalankan secara tender terbuka mengikut piawaian dan takrifan antarabangsa," katanya.

- Bernama
1:50PM - 9 Aug 2014

DAP: Kenapa Nasrudin tak serang Pahang?


MP DAP Lim Lip Eng mempersoalkan niat Nasrudin Hassan menyerang kerajaan Pulau Pinang sedangkan MP Temerloh itu boleh membangkitkan isu di negeri Pahang.

“Umno dan BN dan pencacai mereka juga tidak mempersoalkan isu ketelusan projek (terowong bawah laut).

“Kenapa MP Temerloh Nasrudin Hassan bersungguh-sungguh menyerang dan mempersoalkan rakan politiknya sendiri?

"Adakah Umno dan BN di Pahang sangat suci dan cemerlang sehingga Nasrudin berasa beliau perlu mengubah serangan ke Pulau Pinang,” kata MP Segambut itu dalam satu kenyataan.

“Kenapa begitu sukar untuk beliau menyemak fakta (isu tersebut) dari rakan Pakatan, terutama rakannya dari PAS di Pulau Pinang?,” soalnya.

Isu tersebut dibangkitkan Nasrudin ketika krisis dalam PKR Selangor dan kedudukan menteri besar negeri itu, Tan Sri Khalid Ibrahim memuncak minggu ini.

Nasrudin mempersoalkan mengapa isu lebuh raya Kidex dibangkitkan untuk mempersoalkan integriti Khalid, tetapi tidak bagi projek terowong di negeri dipimpin Guan Eng.

Beliau turut mempersoalkan kemampuan Pulau Pinang membiaya projek tersebut dengan mengaitkan belanjawan defisit negeri itu.

Nasrudin juga mendakwa projek tersebut dianugerahkan dengan tidak melalui tender terbuka, sedangkan perkara itu sudahpun dinafikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang sejak Mac 2012.

Firma yang mendapat kontrak tersebut Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd juga sudahpun menafikan perkara itu pada 2013.
7:16PM - 9 Aug 2014

Khalid utus peringatan pada Lembaga Disiplin


Peguam mewakili Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menghantar surat peringatan kepada pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar tidak membincangkan kedudukan Menteri Besar Selangor itu dalam mesyuarat petang ini.
  
Surat itu diserahkan oleh peguam Edmund Bon kepada pengerusi badan itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong pagi ini.
  
Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin berkata surat itu menyatakan bahawa perkara tersebut tidak boleh dibincangkan sehingga Lembaga Disiplin selesai menjalankan siasatan terhadap Abdul Khalid.
  
"Ini termasuk selepas mendengar penjelasan daripada beliau pada sesi pendengaran pada 15 Ogos ini seperti yang Abdul Khalid pohon dalam suratnya kepada Tan semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.
  
Faekah berkata Lembaga Disiplin juga tidak boleh membincangkan nasib Abdul Khalid dengan kepemimpinan tertinggi PKR kerana ada antara mereka mempunyai kepentingan dalam usaha untuk menggantikan beliau daripada jawatannya.

Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata kedudukan Abdul Khalid dalam PKR berkemungkinan akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) petang ini.
  
Anwar bagaimanapun berkata beliau sendiri tidak dapat memastikan nasib yang bakal menimpa Abdul Khalid, yang juga ADUN Pelabuhan Klang, dan segalanya terpulang kepada keputusan mesyuarat itu.
  
Abdul Khalid sebelum ini diminta hadir ke sesi pendengaran Lembaga Disiplin parti berhubung dakwaan salah laku di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya semalam.
  
Menteri besar itu bagaimanapun telah menulis surat meminta badan itu menangguhkan sesi pendengaran dan mencadangkan ia diadakan pada 15 Ogos, berikutan tempoh masa yang diberikan kepada beliau untuk memberi penjelasan sangat singkat.
  
Dalam sesi pendengaran itu, Abdul Khalid, antara lain, diminta menjelaskan isu berkenaan penstrukturan semula industri air Selangor, elaun baharu Menteri Besar, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, isu pinjaman Abdul Khalid dengan Bank Islam dan cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).
  
-Bernama

Tuesday, August 5, 2014


Khalid Ibrahim akan bubar DUN dalam masa terdekat...


Kalau aku tak dapat! Biaq hangpa pun tak dapat!!.. itulah ungkapan keramat yang telah kedengaran disebuah negeri di utara semenanjug ketika PRU13 yang lalu..

Hasilnya sebuah negeri yang majoritinya adalah pengundi berbangsa Melayu menyaksikan pentadbiran Kerajaan Negerinya bertukar tangan..

Hari ini Menteri Besar Selangor yang sedia ada iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim telah diberikan surat tunjuk sebab oleh PKR berikutan dari keenggananya menurut kemahuan parti supaya lepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Beliau diberikan tempoh tiga hari untuk menjelaskan kepada parti sebab-sebab yang boleh diterima oleh parti mengapa beliau perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor (sebab apapun dia bagi.. aku jamin akan ditolak..)

Jika gagal memberikan sebab-sebab yang boleh diterima beliau berhadapan dengan tindakan dipecat keahliannya dari PKR.

Implikasinya ialah beliau akan kehilangan kelayakkan sebagai Menteri Besar, kerana beliau berada di kerusi Menteri Besar itu atas kapasiti ADUN dari PKR.

Meskipun beliau mengumumkan akan keluar parti menjadi ADUN Bebas mesra BN beliau tetap kehilangan jawatan Menteri Besar itu.

Kerana di Selangor UMNO/BN adalah kelompok minoriti yang tidak membolehkan beliau kekal sebagai Menteri Besar.

Nampaknya... jika apa yang dilaporkan oleh Malaysia Gazette ini adalah benar (nampak macam benar saja ni...), jelas beliau telah mengambil langkah yang telah digunakan di sebuah negeri di utara Semenajung semasa PRU13 yang lalu...

KALAU AKU TAK DAPAT!!! BIAQ HANGPA PUN TAK DAPAT!!!!! Biaq puas hati perut semua..

Beliau dilaporkan akan membubarkan DUN dalam masa terdekat...

Ini laporannya...

Anwar tak perlu sibuk, Khalid akan bubar DUN 

"Anwar tidak perlu sibuk untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) sebab Khalid sendiri telah bermesyuarat akan membubarkannya pada masa terdekat."

Itulah maklumat terkini yang sampai di meja politik MalaysiaGazette sebentar tadi.

Kata sumber yang turut berada dalam mesyuarat tersebut yang diadakan Ahad lepas, Khalid dilihat sudah bosan dengan desakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mesyuarat tertutup yang berlangsung di sebuah tempat itu turut menyenaraikan nama-nama calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya negeri nanti.

"Khalid sendiri akan bertanding tetapi sebagai calon bebas.

"Jika ini berlaku, puaslah hati Anwar untuk melihat Khalid jatuh tanpa memikirkan buruknya sikap beliau di mata rakyat," katanya.

Jelasnya, pilihan raya negeri jika berlaku adalah sesuatu yang amat jijik dalam sejarah politik negara kerana ia berpunca daripada masalah dalaman parti sendiri.

"Biarlah rakyat menilai dan terserahlah kepada rakyat juga untuk nembuat keputusan memilih siapa," ujarnya lapor Malaysia Gazette


Persoalannya sekarang ialah dengan iklim politik yang tegang dan panas di Selangor.. Anwar Ibrahim ni tak takut kena sabotaj ke?

Saturday, August 9, 2014


Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dari PKR...


Majlis Pimpinan Pusat PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.

Anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan keputusan tersebut berkuatkuasa serta merta.

Beliau mengumumkan demikian dalam sidang media selepas selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu.

KENYATAAN AKHBAR
PRESS RELEASE

PARTI KEADILAN RAKYAT

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor).
Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:

o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;

o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;

• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;

• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.

DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT

9 OGOS 201410:44AM - 9 Aug 2014

Krisis PKR renggangkan lagi puak dalam PAS


Perselisihan dalam PKR berhubung krisis pertukaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kini semakin parah. Dan tempiasnya turut  melanda PAS yang semakin merenggangkan lagi kumpulan dan aktivis dalam parti Islam itu.

Sehinggakan ada yang dikatakan sanggup menghamburkan kata kesat dan luahan emosional mengenai krisis itu. Malah ada yang terlintas untuk mengusulkan supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.

Semua itu mengundang reaksi kesal Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman  terhadap tindakan yang menurutnya "cukup buruk dan jelek"  ketika masing-masing berhujah mengenai isu MB Selangor,  sedangkan krisis itu dimulakan oleh PKR sendiri.

"Mengapa mulut dan jari kita begitu mudah meluahkan bicara dan melakar istilah/perkataan yang adakalanya cukup buruk dan jelik, hanya kerana mahu mempertahankan hujah masing-masing?

"Sedangkan saya perhatikan sebahagiannya berlindung di bawah jamaah Islam yang sama," kata aktivis media itu dalam laman Facebooknya semalam .

Menasihatkan mereka supaya menggunakan bahasa yang lebih sopan dan menjaga sensitiviti rakan, termasuk dalam Pakatan Rakyat, Ahmad Lutfi turut mengingatkan supaya semua pihak tidak "saling melondehkan diri sehingga semuanya terbogel bulat di tengah halaman, ditonton orang awam."

'Hilang manis perjuangan'

Menyentuh usul keluar Pakatan pada saat ini, sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, yang ia dikatakan dibangkitkan oleh seorang ahli Jawatankuasa PAS dari kumpulan pro-Erdogan selepas kecewa dengan isu yang dicanangkan PKR.

Kumpulan pro-Erdogan itu selama ini dilihat dekat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber-sumber turut mendedahkan bahawa cadangan keluar Pakatan itu dibangkitkan ekoran ramai pemimpinnya kini kecewa dengan "pertikaman lidah" yang berlarutan dan telah hilang rasa hormat sesama sendiri dalam PAS berkaitan cadangan PKR itu.

“Baik kalah (bersendirian tidak bersama Pakatan) untuk mendapatkan kemanisan perjuangan daripada menang tetapi berbalah sesama sendiri,” kata sumber dalaman PAS.

"Krisis menteri besar menajamkan lagi perbalahan antara kumpulan pro-ulama dan kumpulan Erdogan. Mereka menunjukkan wajah sebenar mereka," kata sumber itu lagi kepada Malaysiakini.

Ura-uranya pemimpin Dewan Harian itu akan memajukan usul itu dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS pada 17 Ogos ini ekoran buntu dengan strategi Anwar dalam Langkah Kajang.

Bagaimanapun, setakat ini, ia belum dapat dipastikan memandangkan pelbagai perkembangan terbaru yang terurai setiap hari menjelang tarikh itu.

Beri tempoh

PKR memajukan kepada Majlis Pimpinan Pakatan pada 23 Julai lalu nama Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai pengganti Khalid untuk jawatan menteri besar Selangor. DAP dan PAS diberikan tempoh masa untuk merundingkannya sebelum memberi jawapan.

Ini mencetuskan perbezaan pendapat dalam PAS apabila Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan beberapa pihak daripada kumpulan Erdogan secara terbuka menyokongnya tetapi Presiden Datuk Seri Hadi Awang dan kumpulan pro-ulama pula tidak melihat adanya keperluan buat masa ini untuk berbuat demikian.

Sementara itu, beberapa anggota jawatankuasa PAS masih berteka-teki mengenai pendirian mereka dan hanya mengambil sikap "tunggu dan lihat".

Mereka ingin melihat perkembangan menjelang mesyuarat jawatankuasa PAS yang ditangguhkan dari 10 Ogos (Ahad) kepada 13 Ogos (Rabu) dan seterusnya ditangguhkan lagi kepada 17 Ogos.

"Bagi saya, apa pun krisis yang melibatkan PKR hari ini (mengenai) isu menteri besar, saya masih yakin pasti ada formula yang kita akan guna," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, tanpa menghuraikan lanjut maksudnya.

4:58PM - 9 Aug 2014

'Jangan bertolak ansur lagi dengan Khalid'

Naib Presiden PKR N Surendran berkata parti itu tidak boleh bertolak ansur lagi dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihatnya enggan tunduk kepada disiplin parti.

"Malah, nada dan cara jawapannya menunjukkan beliau tidak berniat untuk tunduk kepada proses disiplin parti.

"Tiada parti politik boleh bertolak ansur dengan tindakan sedemikian," kata Surendran dalam kenyataannya.

Abdul Khalid dalam surat terbarunya semalam berkata lembaga jawatankuasa disiplin parti berlaku tidak adil kepada beliau kerana memanggilnya untuk menghadiri sesi pendengaran dalam tempoh yang singkat.

Surat itu dihantar kepada jawatankuasa itu sebelum sesi pendengaran terhadap Khalid yang sepatutnya berlangsung semalam.

Jawatankuasa tersebut menuntut penjelasan daripadanya ke atas lima isu – penstrukturan semula air di Selangor, kenaikan elaun menteri besar, kenaikan yuran lesen perniagaan, lebuh raya Kidex dan penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Islam.

"Beliau menulis surat yang panjang membantah tindakan jawatankuasa disiplin parti dan tidak menjawab tuduhan yang dikemukakan.

"Lebih teruk lagi, beliau membuat tuduhan liar mempersoalkan integriti jawatankuasa disiplin itu dan pengerusinya Dr Tan Kee Kwong.

"Usaha Khalid untuk menonjolkan dirinya sebagai mangsa ketidakadilan adalah tidak masuk akal dan melucukan," katanya.

Surendran berkata tindakan Khalid itu menjejaskan parti dan menyumbang kepada masalah dalam Pakatan.

"Kengganan Khalid untuk patuh kepada kehendak parti dan meninggalkan pejabatnya tidak boleh dipertahankan lagi.

"Beliau wajar dihadapkan ke jawatankuasa disiplin sekarang juga," katanya.

Jawatankuasa disiplin pada 5 Ogos memberikan surat tunjuk sebab kepada Khalid dan menuntut penjelasan darinya berhubung keengganannya untuk meletak jawatan sebagai menteri besar.

Dalam surat balasnya sehari kemudian, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab dari PKR itu cacat dan tidak menyatakan dengan jelas tuduhan ke atasnya.

Tiada ulasan: