JIKA TIDAK AGAK2 SAPE UNTUNG DAN SAPE RUGI
Dewan Muslimat Pas Lumut with Pas Kawasan Lumut and DeeleeMaa MeeRaah
JIKA TIDAK AGAK2 SAPE UNTUNG DAN SAPE RUGI
35 mins ·
Satu pandangan dari sudut pengurusan konflik
DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA | 10 Ogos 2014.
Politik secara berkolusi memang dinamik dan rapuh. Konflik dalam parti politik boleh tercetus dengan pendekatan politik kolusi.
Oleh kerana politik Malaysia adalah 'ideological base' maka ia menjadi semakin sukar. Menjadi semakin sukar dalam suasana ini apabila kepimpinan tidak urus konflik 'intra-party' dan sekali gus membawa kepada 'inter-party'.
DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA | 10 Ogos 2014.
Politik secara berkolusi memang dinamik dan rapuh. Konflik dalam parti politik boleh tercetus dengan pendekatan politik kolusi.
Oleh kerana politik Malaysia adalah 'ideological base' maka ia menjadi semakin sukar. Menjadi semakin sukar dalam suasana ini apabila kepimpinan tidak urus konflik 'intra-party' dan sekali gus membawa kepada 'inter-party'.
Konflik sama
ada 'inter' atau 'intra' bukanlah semuanya buruk tetapi dengan syarat
kita dapat menjanakan konflik menjadi positif.
Ini beberapa langkah awal;
1. Berhenti tuduh menuduh dan serang menyerang 'inter' dan 'intra' parti berkolusi. (Kalau masa pre konflik diperlukan sekarang amat diperlukan).
2. Pimpinan tertinggi parti yang berkolusi wajib bertemu sekarang tanpa lengah.
3. Semua pihak berkolusi perlu melihat objektif besar kolusi untuk membawa perubahan politik baru dan apa sahaja yang menghalang matlamat ini perlu dihentikan segera.
4. Setiap parti dari rakan yang berkolusi wajib mengawal partinya untuk tidak memburukkan keadaan.
5. Jawatankuasa khas mengendalikan krisis mesti diwujudkan untuk memberi cadangan-cadangan kepada meminimumkan kesan krisis politik.
Kesemua lima cadangan di atas tidak akan dapat dilaksanakan apabila salah satu atau kesemua parti berkolusi mempunyai agenda lain yang tersirat walaupun ini bermakna atas kos perpecahan kolusi.
Buat masa ini kejujuran dan amanah kepada mandat rakyat adalah perkiraan yang paling utama dalam menguruskan saat yang sukar ini.
Penulis mempunyai latar belakang dalam bidang pengurusan konflik.
Ini beberapa langkah awal;
1. Berhenti tuduh menuduh dan serang menyerang 'inter' dan 'intra' parti berkolusi. (Kalau masa pre konflik diperlukan sekarang amat diperlukan).
2. Pimpinan tertinggi parti yang berkolusi wajib bertemu sekarang tanpa lengah.
3. Semua pihak berkolusi perlu melihat objektif besar kolusi untuk membawa perubahan politik baru dan apa sahaja yang menghalang matlamat ini perlu dihentikan segera.
4. Setiap parti dari rakan yang berkolusi wajib mengawal partinya untuk tidak memburukkan keadaan.
5. Jawatankuasa khas mengendalikan krisis mesti diwujudkan untuk memberi cadangan-cadangan kepada meminimumkan kesan krisis politik.
Kesemua lima cadangan di atas tidak akan dapat dilaksanakan apabila salah satu atau kesemua parti berkolusi mempunyai agenda lain yang tersirat walaupun ini bermakna atas kos perpecahan kolusi.
Buat masa ini kejujuran dan amanah kepada mandat rakyat adalah perkiraan yang paling utama dalam menguruskan saat yang sukar ini.
Penulis mempunyai latar belakang dalam bidang pengurusan konflik.
LikeLike · · Share11:00AM - 12 Aug 2014
Islam Bangkit added a new photo.
3 hrs ·
Husam laung amaran risiko PAS keluar Pakatan
Jika PAS keluar Pakatan Rakyat, parti itu memerlukan tiga dekad bagi
membetul dan meyakinkan orang terhadap parti itu seperti yang mereka
kecapi ketika ini, tegas Naib Presidennya Datuk Husam Musa.
Menulis dalam laman Facebooknya semalam, Husam berkata ia merupakan pengalaman yang dilaluinya sewaktu beliau muda yang mana ketika itu PAS bersendirian dan keluar daripada BN lewat tahun 1970-an.
"Saya muda masa tu, lihat seolah PAS tak ada masa depan. Bertanding kalah, Kelantan yang kuat pun tinggal dua kerusi. Tapi yakinlah bahawa Syed Qutb pernah sebut; al-Mustaqbal fi hadzad deen (masa depan hanyalah untuk Islam).
"Sekarang dah berbeza, kita jauh lebih baik dari dahulu. Tapi kalau ada yang kata keluar PR (Pakatan Rakyat) lebih baik saya tak tahu la. Saya dah berumur, tak ada masa nak patah ke belakang, dan buat salah dan perbetul balik.
"Tapi jika ada adik-adik atau anak muda yang rasa lebih baik PAS keluar PR, saya tak pasti. Percayalah kita perlu 30 tahun nak betulkan dan yakinkan semula orang ikut PAS. Pada saya situasi sekarang lebih baik," katanya.
Beliau mengulas berhubung spekulasi Pakatan akan pecah dan PAS akan meninggalkan gabungan parti pembangkang itu ekoran krisis menteri besar yang semakin meruncing.
Hanya PAS dan wakil rakyat dalam DUN Selangor yang masih belum membuat keputusan sama ada menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.
Menulis dalam laman Facebooknya semalam, Husam berkata ia merupakan pengalaman yang dilaluinya sewaktu beliau muda yang mana ketika itu PAS bersendirian dan keluar daripada BN lewat tahun 1970-an.
"Saya muda masa tu, lihat seolah PAS tak ada masa depan. Bertanding kalah, Kelantan yang kuat pun tinggal dua kerusi. Tapi yakinlah bahawa Syed Qutb pernah sebut; al-Mustaqbal fi hadzad deen (masa depan hanyalah untuk Islam).
"Sekarang dah berbeza, kita jauh lebih baik dari dahulu. Tapi kalau ada yang kata keluar PR (Pakatan Rakyat) lebih baik saya tak tahu la. Saya dah berumur, tak ada masa nak patah ke belakang, dan buat salah dan perbetul balik.
"Tapi jika ada adik-adik atau anak muda yang rasa lebih baik PAS keluar PR, saya tak pasti. Percayalah kita perlu 30 tahun nak betulkan dan yakinkan semula orang ikut PAS. Pada saya situasi sekarang lebih baik," katanya.
Beliau mengulas berhubung spekulasi Pakatan akan pecah dan PAS akan meninggalkan gabungan parti pembangkang itu ekoran krisis menteri besar yang semakin meruncing.
Hanya PAS dan wakil rakyat dalam DUN Selangor yang masih belum membuat keputusan sama ada menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.
Islam Bangkit added a new photo.
3 hrs ·
Tuesday, 12 August 2014
PAKATAN RAKYAT ... PAKATAN HARAPAN RAKYAT ... MUJAHID YUSUF RAWA.
Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR_ adalah mekanisma perubahan politik terbaik yang pernah dipersembahkan kepada rakyat Malaysia. Sistem parti politik di Malaysia adalah berasaskan ideologi dan ini adalah merupakan ciri utama kebanyakan parti politik di negara sedang membangun.
Berbanding dengan negara Barat dan membangun parti politik lebih berorientasikan ideologi pragmatik walaupun mereka mengekalkan asas utama yang membezakan antara mereka, adapun daripada segi dasar kerajaan, parti politik di negara membangun lebih cenderung kepada sokongan merentasi ideologi politik.
Sebab itu dalam mengamalkan kuasa pemerintahan, negara membangun tidak banyak berdepan dengan usaha menjatuhkan kerajaan yang berkuasa.
Iklim politik kepartian
Apa yang berlaku dalam iklim parti politik Malaysia mengisyaratkan persaingan ideologi yang terdedah kepada obsesi berpolitik negatif walaupun atas kos pudarnya kepercayaan rakyat ke atas mereka asalkan mereka dapat mempertahankan 'ideologi' mereka. Obsesi kepada berpolitik terbawa hingga kepada daerah kuasa memerintah sehingga advokasi dasar yang progresif dan membina kuasa yang diamanahkan pengundi terpaksa diabaikan.
Suasana ini jika berlarutan tidak banyak menguntungkan konsep kerajaan yang berkuasa (government in power) kerana ketua kerajaan daripada parti memerintah dan pasukannya sentiasa dibimbangi oleh usaha politiking untuk menggagalkan dasar diperkenalkan. Perbahasan kepentingan kepartian lebih banyak dari perbahasan dasar dan usaha memperbaikinya untuk kepentingan rakyat.
Sentimen perkauman
Sentimen perkauman turut memainkan peranan menyemarakkan politiking bagi menggagalkan parti yang memerintah. Ahli politik Malaysia terkenal dengan menggunakan kad beracun perkauman apabila segala usaha secara budiman berdepan dengan kegagalan. Isu polarisasi kaum sentiasa didendangkan sehingga wujudnya persekitaran permusuhan dan ugutan. Parti politik terdedah kepada pelabelan perkauman sehingga prejudis menguasai keadaan.
Permainan perkauman ini membawa kepada 'zero-sum game' kerana penguasaan yang lebih akan mengurangkan pesaing masing-masing kadang kala atas risiko menggagalkan kerajaan yang berkuasa.
Bahayanya kad perkauman ialah rakyat diheret kepada perbahasan tidak produktif kerana cuba mempertahankan diri daripada dilabel perkauman daripada berusaha untuk membenteras perkauman yang menjadi barah dalam politik negara hari ini. Ia lebih malang apabila karat perkauman masih ada dalam budaya berkolusi.
Politik kolusi
Politik Malaysia tidak dapat lari daripada pendekatan kolusi yang menghimpunkan pelbagai parti politik atas satu platfom untuk bersaing. Sejak Perikatan/Barisan Nasional terbentuk wajah kolusi merupakan ciri utama mengukuhkan politk pelbagai kaum di Malaysia. Bagi pembangkang pula pendekatan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA) dan akhirnya PR merupakan pesaing terkuat politik kolusi untuk merintis jalan ke persada kuasa.
Politik kolusi ada risikonya dari sudut keberkesanan permuafakatan antara parti-parti. Selain daripada terpaksa mempelajari erti perkongsian mereka juga terpaksa berhadapan isu ideologi yang lazimnya soal keaslian dan keutuhan prinsip dipersoalkan ahli sendiri.
Adalah agak sukar untuk bersetuju atas satu matlamat politik tertentu tanpa terpaksa berkompromi isu yang mungkin dianggap fundamental. Di sinilah kolusi parti berideologi akan menghadapi suasana kerapuhan dan sedikit sahaja kocakan akan mengakibatkan kolusi akan terancam.
Konflik intra-parti
Amalan politik kolusi juga mencabar daerah interaksi intra-parti dari sudut sejauh manakah rakan kolusi boleh campur tangan atas alasan ia membahayakan matlamat kolusi. Ia juga menuntut mekanisma berkesan bagaimana sesuatu masalah itu dibincangkan sesama kepimpinan parti berkolusi dan ini memerlukan persefahaman yang baik dan interaksi positif.
Perundingan dalam semangat kolusi diperlukan dalam semua alat dan wasilah pemerintahan seperti pembahagian jawatan di peringkat negeri, kerajaan tempatan dan akar umbi sebagaimana mereka terpaksa menguruskan ketidakpuasan hati semasa proses pengagihan kuasa berlaku. Semua ini mencabar kewibawaan mengurus dan bukan sekadar berbekalkan semangat kolusi semata-mata. Masalah kecil boleh membawa kepada permasalahan yang lebih besar dan keadaan ini boleh membawa kepada krisis ketidakpercayaan antara parti berkolusi.
Kejujuran dalam berkolusi menuntut perjanjian disepakati dan dipenuhi secara bersama. Perjanjian perlu ditunaikan dan mesti dipertahankan bersama.
Sebarang unsur tikam dari belakang mesti dijauhi samada melalui kenyataan ataupun tindakan. Seburuk kolusi adalah apabila masing-masing ada agenda tersirat dan hanya mementingkan kedudukannya.
Mengambil kesempatan terhadap kelemahan rakan kolusi adalah seburuk teman untuk bersepakat apatah lagi membina ketidakpercayaan terhadap rakan kolusi.
Model PR
PR sebenarnya adalah hasil perkembangan kesedaran politik untuk menyahut atau menyambut ketibaan politik baru di Malaysia. Ia hasil daripada momentum kesedaran kepada perlunya ruang demokrasi yang lebih luas dan tuntutan amalan kerajaan yang telus dan bebas rasuah. Saya maksudkan momentum kerana perjuangan ke arah itu dimulakan sebelum ini cuma ia tidak menjadi satu gerakan rakyat yang diterjemahkan dalam peti undi.
Oleh kerana desakan terlalu besar kepada perlunya satu mekanisma perubahan yang cuba diwakili PR maka fasa pembentukan struktural PR ianya datang kemudian.
Oleh kerana semua parti PR tersentak dengan kedatangan politik baru ini mereka lebih sibuk menguruskan tapak sokongan daripada menguruskan organisasi PR itu sendiri. Hasilnya ialah kedudukan PR dari sudut kebersamaan dan penghayatan parti berkolusi tidak bersepadu. Walaupun demikian pencapaian PR secara berorganisasi berjaya melahirkan sesuatu yang struktural seperti Resolusi Shah Alam 2009 bersetuju atas Kesepakatan Bersama (Common Policy), Resolusi Kepala Batas 2010 menghasilkan Buku Jingga dan Resolusi Alor Setar 2011 melahirkan Manifesto PR.
Kewujudan Majlis Presiden dan Sekretariat PR walaupun agak rapuh tetapi ia adalah usaha mengimbangi sambutan massa dan pengurusan dalaman kolusi. Di peringkat negeri dan akar umbi nasib organisasi PR tidaklah sebaik di peringkat pusat malah lebih buruk tahap keserasian kerjanya. Keadaan bertambah buruk dalam keputusan pembahagian kerusi di mana beberapa kerusi menyaksikan pertindihan dan seterusnya bertembung sesama rakan kolusi. Kesan kegagalan mendapat kata sepakat dasar satu lawan satu melantunkan kesan kepada persepsi rakyat PR gagal menguruskan pertindihan sesama mereka.
Walaupun dalam keadaan serba kekurangan organisasi PR, mereka masih mampu menafikan 2/3 hegemoni BN selama ini dengan mendapat 85 kerusi daripada 222 jumlah kerusi Parlimen. Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan jatuh ke bawah penguasaan PR di sebalik kekurangan aspek pengorganisasian PR.
Idealisma PR
PR adalah satu wasilah yang muncul tepat pada masanya apabila hegemoni BN dilihat mengheret negara ini ke kancah politik rasuah dan pentadbiran yang pincang. Rakyat mahukan perubahan khususnya bukan Melayu yang pada waktu yang sama gerun dengan sikap Umno yang menuai budaya rasis.
DAP merasakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penghubung yang baik di mana PAS boleh bersama dan PAS menerima untuk bergabung atas alasan memerangi rasuah. Walau apapun yang diperkatakan tentang PR dan gabungannya tidak siapa dapat menafikan ia ada idealismanya tersendiri untuk melihat Malaysia bersih daripada rasuah.
Selain itu idealisma PR turut berligar sekitar proses demokrasi pilihan raya yang bersih di mana rakyat negara ini mendapat satu peluang terbaik untuk melihat reformasi pilihan raya dan institusinya berjalan. Walaupun tanggapan buruk dipaparkan oleh media Umno/BN namun hakikatnya idealisma ke arah pilihan raya yang bersih berjaya menjadi gerakan massa yang berpengaruh.
Desakan ruang pendemokrasian yang lain seperti media, hak berhimpun dan bersuara mendaki ke tahap baru di mana ia mencabar status quo yang ada melalui kes di mahkamah tentang kebebasan berhimpun dan bersuara.
Parlimen tidak lagi menjadi tempat memanaskan kerusi tetapi rakyat menyaksikan idealisma ahli Parlimen PR bercakap tentang ketelusan, tanggungjawab dan integriti sang penguasa. Rakyat diberi peluang melihat model Selangor dan Pulau Pinang serta Kelantan tentang pemerintahan yang ideal walaupun sentiasa dimomok lawannya.
Perjuangan menentang perkauman sempit juga dilaungkan idealisma pemimpi. PR dengan menyatakan buat pertama kalinya perjuangan menentang kefasadan politik merentasi semua kaum kerana rakyat mesti bersatu bukan atas bangsa tetapi atas memelihara kedaulatan dan kemuliaan negara daripada perasuah negara tidak kira siapa mereka.
Idealisma cukup baik untuk masa depan negara kerana perkauman mula disanggah lewat pejuangan anti-korupsi. Idealisma menentang perkauman sempit berjaya diterjemahkan apabila calon PR mendapat sokongan merentasi kaum kerana membuka ruang kepada orientasi mengundi atas manifesto dan bukan sentimen perkauman.
Buat pertama kalinya dalam sejarah politik isu perkauman dan laungan kebencian agama ditolak sebahagian besar rakyat ini kerana kajian menunjukkan walaupun isu perkauman dan agama dimainkan Umno/BN dan medianya, PR tetap mendapat undi terbaik daripada orang Melayu dan ini mengisyaratkan orang Melayu bersedia untuk masuk ke pakej baharu politik Malaysia yang menolak nuansa rasis dan kebencian agama.
Idealisma anti perkauman tidak pernah diterjemahkan sebegitu kuat melainkan dengan keberadaan PR di persada politik. PR seolah menjadi pengharapan kepada kemunculan politik Malaysia yang menolak sikap rasis dan kebencian agama.
Kekurangan di mana-mana
Tidak dapat dinafikan wasilah yang baik tidak semestinya diisi oleh orang yang baik, buah busuk ada di mana-mana. Tindakan sesetengah warga PR yang mungkin menjadikan PR sebagai alat kepentingan diri tidak semestinya menggambarkan idealisma yang diperjuangkan. Krisis politik juga adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan berlaku dan dalam proses itu, idealisma PR tidak akan sunyi daripada dicabar dan dipertikaikan.
Parti-parti politik yang berkolusi juga tidak kurang masalah inter-partinya kerana akan ada pihak yang skeptikal dan optimis kepada kejayaan kolusi.
Ahli parti terbelah antara memelihara keberlangsungan pakatan dengan memperkukuhkan parti kerana salah satu masalah dalam parti yang berasaskan ideologi akan merasakan pendekatan kolusi akan menghakiskan keaslian ideologinya kerana terpaksa berkompromi dalam pelbagai perkara.
Keretakan dalam parti khususnya kepada PAS banyak memberi kesan kepada keutuhan PR. PKR pula terlalu banyak bergantung kepada keperibadian Anwar dan sebagai parti baharu yang cuba hidup dalam idealisma keterbukaan pemilihan parti banyak memberi kesan kepada masalah dalaman PKR yang turut menjejaskan keutuhan PR.
DAP masih belum dapat menerobos tembok pengundi Melayu dan sikap sebahagian pemimpinnya yang dilihat tidak sensitif kepada isu Islam dan Melayu turut memberikan impak kepada keutuhan PR.
Namun isu ini cuba dipulihkan oleh pimpinan dari masa ke semasa dengan pelbagai kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Janganlah hendaknya yang kurang itu dianggap sebagai penghalang idealisma PR sepatutunya ia perlu dilihat sebagai keutamaan yang perlu diperbaiki.
Apakah ada pilihan?
Pilihan untuk melihat masa depan PR ditentukan kemunculan politik baharu yang kian mendesak sama ada PR wujud atau tidak. Segala yang dicapai PR tidak mungkin dikompromikan untuk kita kembali ke belakang hanya kerana krisis di Selangor. Ini adalah kerana keluk baharu politik tanah air sedang kuat menonjolkan dirinya, antara lain yang membentuk keluk baru ini ialah:
1. Politik rentas kaum yang mahu menegaskan sikap anti perkauman dengan suara yang lantang serta menentang sebarang bentuk ekstrimisme politik mahupun agama.
2. Kemunculan orientasi sokongan berdasarkan tawaran untuk kepentingan ramai dan bukan politik sentimen dan emosi.
3. Keperibadian ahli politik yang ada integriti dan mempunyai peribadi seorang negarawan.
4. Memberi makna baru kepada asas negara ini melalui pengukuhan semula semangat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
5. Perpaduan yang membenarkan perbezaan pendapat secara konstruktif dan suasana politik mengizinkan kepelbagaian parti politik dalam kerangka demokrasi, media bebas dan bertanggungjawab serta pilihan raya yang bersih.
Jawapan kepada masa depan PR terletak kepada keupayaannya memandu kemunculan keluk baru ini dalam arena politik Malaysia. Setakat ini sikap politik PR dan idealismanya memulakan langkahnya sejak 2008.
Berbanding dengan segala kelemahan yang ada pada PR dan tidak terkecuali isu krisis Selangor yang terkini, langkah PR ke arah pembaharuan dan perubahan politik tidak boleh terhenti di sini dan dicicirkan, dan proses perubahan politik mesti diteruskan.
Ya, ada kelemahan dan ada krisis di Selangor tetapi kekuatan untuk menyambut politik baharu lebih diperlukan dan untuk itu PKR, PAS dan DAP harus rasional sejenak dan bertanya pada diri masing-masing,
"Perlukah kita gadaikan semua ini hanya kerana sedikit kocakan di Selangor?" Amat sukar untuk membentuk pakatan rakyat yang lain kerana inilah satu-satunya Pakatan Rakyat yang kita ada. Pakatan Harapan Rakyat.
Islam Bangkit added a new photo.
3 hrs ·
Tuesday, 12 August 2014
Suatu Surat dari Tamrin Tun Ghafar.
Saya telah menerima suatu warkah rengkas dari Tamrin Tun Ghafar. Saya mengenali saudara Tamrin sejak 3 tahun yang lalu. Sebelum itu saya hanya kenal Tamrin sebagai kenal dada nya- mengetahui akan nya atau dalam bahasa Inggeris- know of him. Reputasi Tamrin mendahului nya. Tamrin pernah menjadi ahli parlimen selama 2 penggal dan pernah juga menjadi ADUN selama sepenggal. Dia ahli UMNO. Seperti yag diketahui ramai, Tamrin adalah anak kepada almarhum Pak Ghafar atau Tun Ghafar Baba, bekas timbalan perdana menteri Malaysia. Tamrin telah menjadi ahli UMNO sejak lama dan mempunyai ramai kenalan dalam UMNO.
Sahabat nya lebih ramai ketika zaman gemilang nya dari zaman susahnya. Ketika zaman gemilangnya, Tamrin seringkali menimbulkan kontroversi. Tamrin seorang yang berani menimbulkan isiu2 dalam parlimen walaupun terhadap partinya sendiri, UMNO. Tamrin pernah melibatkan diri dalam gerakan Arqam suatu masa dahulu. Mungkin ianya berlaku dalam fasa hidup Tamrin mencari keselamatan spiritual. Ketika itu ramai rakan2 mencemuhnya dengan mengatakan- ah- kita tahu siapa Tamrin sebenarnya. Perubahan dan tarnsformasi peribadi yang Tamrin cari diremehkan oleh rakan2. Sejak 3 tahun yang lalu, saya berpeluang bergaul dengan Tamrin secara dekat. Saya pergi berceramah bersama nya, tinggal di hotel atau homestay bersama.
saya nyatakan dengan jujur dan ikhlas bahawa transformasi yang Tamrin cari dan diremehkan oleh rakan2 dalam UMNO dahulu , adalah transformasi yang jujur dan benar. Tamrin telah menjadi Tamrin yang baru. seorang yang taat menjalankan ibadah dan seorang yang selalu melakukan renungan keatas isiu2. Sekarang sudah tidak mengejutkan melihat Tamrin berjemaah Subuh dan bangun Tahajjud.
Sejak 2 tahun yang lalu, Tamrin menjadi ahli Parti Islam seMalaysia- PAS. Dia seorang penceramah yang popular dikalangan orang PAS. Pengalaman dan pandangan nya keatas isiu politik Malaysia sangat dihargai. Berikut adalah suatu pandangan nya mengenai apa yang berlaku ketas PAS dalam isiu Kahlid Ibrahim. Saya perturunkan nya disini secara verbatim. ******************************************************************* Akum Saudara2ku Tak kan lah sebab Khalid seorang tambah pula sekarang tak berparti ,dan kini d sokong kuat pula oleh musoh utama kita, maka kita sanggup membenarkan parti kita retak. Mungkin ALLAH SWT nak tunjokan kita siapa sebenarnya Khalid . Apakah dia ini musang berbulu ayam. Berhati2lah apabila musoh mulai memuji kita. Pada saya Khalid bukan jastifikasi untok sehingga kita boleh berpecah dan berpisah .Kita semua ada kelemahan dan kesilipan. Kita buanglah yg keroh dan ambil lah yg jernih. Semoga rambut yg d tarik tak putus dan dlm masa yg sama tepung tak berselerak. Ini adalah ujian besar kepada kita semua. Sebahagian besar masyarakat telah mula mendampingi kita ; maka jangan sia2kan harapan mereka.
Semoga ALLAH SWT Memberi kita kekuatan dan kewarasan menghadapi cabaran ini. Mohon maaf jika pandangan saya ini tidak bertepatan kepada sesetengah pehak. Tamrin Tun Ghafar
Print Posted by sakmongkol AK47
Islam Bangkit added a new photo.
3 hrs ·
JIKA TIDAK AGAK2 SAPE UNTUNG DAN SAPE RUGI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan