• Sumber gambar Twitter MohdAzdlizam Sumber gambar Twitter MohdAzdlizam
1 / 1
SINGAPURA - Pemandu bas yang membawa pekerja kilang dan pelajar ke Singapura protes di Tambak Johor dengan enggan membayar kadar tol baru masuk ke Singapura, lapor Channel New Asia, hari ini.

Tindakan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas yang begitu teruk di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

Selain itu, pelajar sekolah dan pekerja kilang terpaksa berjalan kaki masuk ke Singapura.

Menurut portal itu lagi, mogok tersebut diadakan berikutan pelaksanaan tol baru yang berkuat kuasa hari ini.

Kadar tol baru kenderaan adalah RM6.8O, RM10.20, 3.40 dan RM5.50 bagi kelas 1 hingga kelas 5.

Namun, keadaan kembali pulih sekitar jam 8 pagi selepas pihak berkuasa berjanji untuk mengkaji kembali kadar tol baru tersebut.

Graduan IPT rogol pelajar sekolah


pelajar-sekolah-kena-rogol

SEREMBAN -  Seorang graduan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah rumah, dalam kejadian Julai lalu.
Tertuduh, Ahmad Hasbullah Hazli, 24, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim N. Kanageswari.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Hasbullah didapati merogol pelajar perempuan berumur 15 tahun berkenaan di sebuah rumah di Taman Alamanda, Senawang.
Kesalahan dilakukan 22 Julai lalu,  antara jam 12.30 tengah malam dan 4 pagi.
Berikutan itu, dia boleh dihukum di bawah Sesyen 376 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah, boleh hukuman penjara tidak kurang dari lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh dikenakan tidak kurang dari 10 sebatan.
Pegawai Pendakwa, E. So Phon kemudiannya mencadangkan wang jaminan RM3,000 ditawarkan.



Terdahulu tertuduh yang diwakili peguam, A.Krishnaveni memohon dikenakan hukuman ringan kerana baru tamat pengajian dalam bidang elektrikal di sebuah IPT.
Malah, bapanya juga tidak bekerja dan mempunyai masalah kesihatan, manakala ibunya pula hanya bekerja sebagai kerani.
Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dan 3 September depan sebagai tarikh pengurusan kes, lapor Sinar Harian.

SIRIUS KEJAM !!! (10 fOTO) Wanita Teruk Dibelasah Di Tempat Awam


Seorang wanita warga China yang didakwa menjadi wanita simpanan teruk dipukul oleh beberapa orang wanita di dalam sebuah kedai.


        Hal ini boleh menyebabkan jatuhnya maruah seorang perempuan kerana bergaduh di  depan khalayak ramai.