Selasa, 19 Ogos 2014

ADAKAH KITA AMAN DENGAN TIADANYA HUKUM JENAYAH ALLAH IAITU HUKUM HUDUD....KITA DAH MASUK 57 TAHUN MERDEKA...SEMUA PENDANA MENTERI BERAGAMA ISLAM TAPI HUDUD MASIH TAK TERLAKSANA...TAKPE AKHIRAT KORANG JAWABLAH....MAU LARI MANA/MANA MAU LARI

"Dia nak rogol...dia nak bunuh saya"
  • Keadaan mangsa selepas dihentak dan dibelasah suspek sebelum ditemui orang awam di tepi jambatan berdekatan Taman Mas. Keadaan mangsa selepas dihentak dan dibelasah suspek sebelum ditemui orang awam di tepi jambatan berdekatan Taman Mas.
1 / 1
PUCHONG - "Kak tolong saya...saya hampir nak dirogol...laki tu nak bunuh saya...tolong saya kak."

Rayu seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah, di tepi jambatan Taman Mas menghubungkan Kampung Seri Aman, Puchong dengan Bandar Saujana Putra di sini, petang semalam.

Wanita Indonesia berusia 32 tahun itu memberitahu kejadian berlaku ketika dia menunggu bas di hentian Taman Putra Perdana untuk pulang ke rumah setelah tamat waktu bekerja jam 3 petang.

Selepas beberapa minit menunggu bas, mangsa yang mahu dikenali sebagai Yusma berkata, tiba-tiba dia didatangi seorang penunggang motosikal yang mempelawa untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Mulanya mangsa enggan menerima pelawaan tersebut namun berubah fikiran selepas melihat wajah lelaki itu yang kelihatan baik dan seperti berniat ikhlas.

Yusma berkata, dia bagaimanapun mula rasa risau apabila motosikal dibonceng bukan menghala ke rumahnya sebaliknya ke laluan tak pernah dilaluinya.

"Masa itu saya cuba untuk turun dari motosikal tapi lelaki itu menunggang dengan laju dan hanya berhenti di tepi jambatan yang sunyi. Saya cakap kat dia kalau nak ambil rantai leher ambillah tapi dia bukan saja menyentap barang kemas dipakai tetapi turut menghentak muka dan tangan saya beberapa kali menggunakan  topi keledar,” katanya.

Menurut Yusma, lelaki itu tidak terus melepaskannya sebaliknya meluru ke arahnya dan beberapa kali mengatakan hendak merogol dan membunuhnya.

Akibat terlalu takut Yusma berlari untuk menyelamatkan diri namun lelaki itu terus mengejarnya.

“Lelaki itu memukul saya lagi beberapa kali dan cuba untuk merogol saya, ketika itu saya gagahkan diri untuk bangun, menendang kemaluannya menyebabkan dia terjatuh sebelum terus bersembunyi di sebalik kawasan semak.

“Dari celah-celah rimbunan rumput, saya nampak lelaki itu cuba mencari saya namun beredar beberapa minit kemudian,” katanya.

Dia yang mengalami kecederaan serius di muka dan tangan kemudian diselamatkan orang awam yang melalui jalan itu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Artikel Berkaitan

Sukarelawan Indonesia kahwini gadis Gaza

HARAKAHDAILY | .

Setelah sempat tertunda, akhirnya seorang sukarelawan Indonesia dari pesantren Al-Fatah yang tergabung dalam Medical Emergency Rescue Committee (MER-C) berhasil melangsungkan akad nikahnya pada Ahad (17/8) di Semenanjung Gaza, di masa perang masih berlangsung sejak awal Julai lalu.

Muhammad Husein Aji Muslim meminang seorang muslimah yang berasal dari Khan Younis, selatan Gaza yang bernama Jinan Ar-Raqb (18)  kurang dari sebulan sebelumnya, di mana pernikahan itu sempat tertunda menyusul perang yang masih berkecamuk di Gaza awal Ogos lalu, lapor Muslimdaily.net.

Majlis akad nikah pada masa gencatan senjata pihak Palestin dan Israel ini berlangsung sederhana di Pejabat Urusan Agama Kota Gaza dan dihadiri oleh ayah pengantin wanita sedangkan Muhammad Husein didampingi para relawan MER-C di antaranya ketua MER-C cabang Gaza, Muqarrabin Al-Fikri, Reza Ardila, Lutfhi, dan Nur Ikhwan Abadi.

Akad langsung dipimpin ayah pengantin wanita Fauzi Ar-Raqb, di mana suasana khidmat dan khusuk nampak terlihat terlepas masih dalam suasana belum berakhirnya peperangan antara pejuang Palestin dan penjajah zionis Israel.

Muhammad Husein sendiri mengaku bahagia dapat melangsungkan pernikahannya dengan muslimah di Gaza.

“Alhamdulillah impian saya menjadi nyata, dan ini merupakan berkat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, saya dapat menikahi muslimah dari Gaza,” katanya, Ahad (17/8). Seperti diberitakan Mi’raj Islamic News Agency (MINA)

“Semoga ini menjadi perekat ukhuwah Islamiyah antara muslimin di Indonesia dan muslimin di Gaza,” kata Husein penuh bahagia.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan mendukung saya, baik dengan moral atau pun material hingga terlaksananya pernikahan ini, serta mohon doa dari semua untuk keberkahan pernikahan kami,” tambahnya mengucap syukur.

Sementara itu, Jinan Ar-Raqb isteri dari Muhammad Husein juga menyatakan kebahagiaanya atas keberlangsungan pernikahan yang sempat tertunda itu.

“Saya sangat bahagia atas pernikahan ini, dan semoga Allah memberkati kami berdua. Semoga pernikahan kami menjadi awal kemenangan Palestin dari penjajahan Israel,” ujar Jinan yang sudah menulis 20 novel karangannya sendiri.

Anak kelima dari keluarga Fauzi Ar-Raqb itu juga mendoakan semoga akan banyak lagi pemuda-pemuda dari Indonesia yang menikahi muslimah di Gaza atau pun sebaliknya agar ukhuwah atau jalinan persaudaraan antara kedua negeri ini boleh terjalin erat.

Muhammad Husein masuk ke jalur yang di blokade itu sejak awal 2011 melalui kafilah Asia Caravan to Gaza. Kemudian mendapatkan beasiswa untuk kuliah di Islamic University of Gaza (IUG) jurusan Syari’ah Islamiyah dan sekarang memasuki tahun terakhir.

Sementara Jinan, muslimah Gaza yang disebut ibunya sebagai “wanita spesial” itu lahir pada 11 Mei 1996. Ia menyelesaikan hafalan al-Quran 30 juz pada program tahfidzul Qur’an rutin di Gaza Taaj al-Waqar pada 2010. Ia juga juara ujian menghafal 300 hadits Nabawi pada 2012.

Perkenalan Husein dengan keluarga pengantin wanita terjadi pada 2011 ketika hendak mendaftar sebagai calon mahasiswa di IUG. Ayah Jinan merupakan seorang staf pentadbran di kampus tersebut. Perkenalan berlanjut hingga Muhammad Husein diundang secara khusus oleh Fauzi ke kediaman mereka di daerah Bany Suhaila Khan Younis.

Terjadilah perkenalan antara Husein dan Jinan dan berselang waktu, keduanya direstui oleh keluarga untuk melangsungkan pernikahan, namun harus menunggu selesainya Jinan di masa sekolah pendidikan menengah atas terlebih dahulu.

Setelah menunggu sekitar 2.5 tahun akhirnya Husein dan Jinan melangsungkan pernikahannya tepat pada hari kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-69. 

Polis trafik parah dirempuh
  • Polis trafik parah dirempuh ketika iring KP Kedah
1 / 1
KULIM - Seorang anggota polis trafik parah apabila motosikal yang ditungganginya dipercayai dirempuh sebuah Proton Wira dari arah hadapan di Kilometer 20, Jalan Kulim-Mahang, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, Lans Koperal Muhd Syazwan Ahmad Safiudin, 31, yang mengiringi Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim dari arah Mahang menuju Kulim selepas melakukan lawatan rasmi di beberapa balai polis dalam daerah berkenaan.

Menurut sumber, Muhd Syazwan mengalami kecederaan parah di mana dua bahagian tangan kanannya kerana patah.

"Kaki kirinya juga dilaporkan patah akibat rempuhan berkenaan.

"Manakala pemandu kereta berkenaan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kulim," katanya.

Katanya, siasatan mendapati terdapat beberapa kesan serpihan akibat rempuhan berada pada laluan kereta itu.

Difahamkan, Muhd Syazwan mengiringi Ahmad dari Balai Polis Sungai Kob yang mengadakan lawatan sempena persaraannya.
Artikel Berkaitan

Bekas Isteri Nedim, Akhirnya “BUKA MULUT” – Isu Nora Danish Merampas Suaminya ?




Bekas Isteri Nedim, Akhirnya “BUKA MULUT” – Isu Nora Danish Rampas Suami | Pelakon Nora Danish dituduh sebagai perampas suami orang. Mungkin masih ada yang tak tahu bahawa kekasih Nora sekarang iaitu Nedim pernah berkahwin dan memilki seorang anak dipanggil Dre.Difahamkan, kontroversi ini bermula apabila Nora memuat naik sekeping gambar bersama Nedim dan anak-anak mereka seperti sebuah keluarga bahagia tempoh hari.


Terbaru, bekas isteri Nedim sendiri yang dikenali sebagai Nabilah Khan memberi penjelasan panjang lebar di Instagram miliknya malam semalam.

Menurut Nabilah atau lebih mesra disapa Bee Khan, dia gembira dengan hubungan Nedim bersama Nora, apatah lagi anak tunggalnya turut bahagia di samping pelakon itu.

Nedim adalah bekas suami saya dan bapa kepada anak saya. Dia menjalin hubungan dengan Nora Danish untuk jangka masa yang agak lama dan mereka kelihatan sangat bahagia bersama.

Dre juga seronok bila bersama bapanya serta Nora dan anak dia. Sebagai seorang ibu, tak ada apa lagi yang boleh saya minta selain melihat anak saya bahagia dan dikelilingi oleh orang yang menyayanginya.

Dalam pada itu, Bee juga berharap penjelasannya itu dapat memberi pencerahan yang sepatutnya dan berharap masyarakat luar berhenti dari terus memberikan komen negatif.



- sumber -
 
UMNO BUKAN PEJUANG - Pejuang Awal Kemerdekaan Tanah Melayu disembunyikan..
Kenangi Para Pejuang Kemerdekaan Yang sebenarnya.
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri. Janganlah kita buta sejarah. Tetapi siapa lagi pejuang-pejuang yang yang gugur serta yang masih di depan mata?
Perjuangan Menentang Penjajahan British dan Jepun
KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)
Ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Presiden : Ibrahim Haji Yaakob Naib : Mustapha Hussein S/Usaha Agung : Hassan Manan S/Usaha : Othman Md Nor Bendahari : Idris Hakim Ahli Jawatankuasa : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) : Onan Siraj : Abdul Karim Rashid : Bahar Abik : Sulong Chik : Abdullah Kamil : Abdul Samad Ahmad : Mohamad Salehuddin : Ahmad Boestamam : Burhanuddin Al Helmy
Ditubuhkan atas asas ideologi dan berlandaskan demokratik-sosialisme. Berjuang melawan penjajah, antifeudal dan antielit birokrat Malaya yang berorientasi Barat. Berjuang untuk penyatuan nasional, berperikemanusian, kemerdekaan nusa dan bangsa, demokrasi, rasa persaudaran atas asas kebenaran dan kesucian.
Semasa perang dunia ke-2,pendudukan Jepun di Malaya pada Disember 1941 KMM bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 KMM diharamkan oleh Jepun kerana mempelopori perjuangan kemerdekaan Malaya. Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) meneruskan perjuangan bersenjata menetang Jepun.
PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM)
Dirasmikan penubuhannya pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA dan benderanya ialah MERAH-PUTIH.Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis dan tidak mendapat sokongan elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.
Yang Dipertua pertama ialah Mokhtarudin Laso yang teralu kekirian. Naib Yang Dipertua pula ialah Dr Burhanuddin Al-Helmy seorang tokoh agama. Setiusaha disandang oleh oleh Dahari Ali. Apabila Mokhtarudin Laso hilang ke Sumatera Barat, bertempat di 'Rumah Merdeka' di Kampung Bahru jawatankuasa baru dilantik:
Yang Dipertua Agung : Dr Burhanuddin Al-Helmy Naib Yang Dipertua Agung : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) Setiusaha Agung : Zulkifli Aoni Ahli Jawatankuasa : Abdullah CD (Cik Dat Abdullah) : Ahmad Boestamam : Musa Ahmad : Khatijah Ali : Abu Bakar Al Baqir
Nota : Selepas PKMM pindah Ke Kuala Lumpur, Khatijah Ali diganti oleh Aishah Ghani atau yang dikenali sebagai 'Mak Inang' iaitu penulis pojok akhbar rasmi PKMM 'PELITA MALAYA'.Kemudian Aishah Ghani meletak jawatan apabila menjadi penjawat jawatan dalam kerajaan British.Beliau diganti oleh Samsiah Fakih dan Zainab Mahmud Baginda.
Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk Merdeka. British menolak perlembagaan dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato Onn menerajuinya.
Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar.
PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya :
1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.
2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang.
Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor -Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar -Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.
4. Jabatan Kerja Melayu (JKM).
Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.
5.Hizbul Muslimin.
Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.
6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.
7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.
8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU).
Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.
8.Kesatuan Opera Melayu.
9.Persatuan Pemandu Teksi.
10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya(MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
LikeLike · ·

ULAMA DAN GERAKAN ISLAM DALAM SOROTAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN


"Sejarah ditulis oleh pemenang" ujar sang filosof, tetapi saya beranggapan tugas sarjana muslim ialah meluruskan sejarah, kerana sejarah itu tidak pernah berbohong di langit yang paling sakral. Siapa pun tak mampu memadam sejarah ulama dalam perjuangan membebaskan tanah leluhur ini.

Perjuangan kemerdekaan di setiap inci bumi umat islam adalah dipelopori oleh alim ulama walaupun sejarah ini cuba di padamkan oleh kelompok sekular pragmatis yang memerintah umat islam. Dalam negara tercinta ini juga, sejarah perjuangan ulama dalam menentang penjajahan tidak didokumentasikan dengan baik sehingga pernah dituduh bahawa ulama tidak memperjuangkan kemerdekaan.

Di tanahair kita yang tercinta ini, denai sejarah telah merakamkan perjuangan suci para ulama membentengi aqidah ummat Islam semenjak kita menerima pengaruh Islam pada abad ke-13. Ulama kita yang berkubu di pusat-pusat pengajian Islam telah memancarkan kekuatan kepada ummat Islam bagi berdepan dengan "ghazwatul fikri" penjajah barat. Dalam cerminan sejarah ini, tersuluh kehebatan Tuan Guru Hj Hassan bin Munas (Tok Janggut) yang bangkit bermandi darah di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1915. Di Terengganu pula, ulama tersohor Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong telah memimpin kebangkitan ummah, menentang kemaraan penjajah British yang cuba memijak kemulian Syariat Islam.

Haji Abdul Rahman Limbong atau nama lengkapnya Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid, beliaulah yang banyak memberi corak agama dalam pemberontakkan agama Terengganu ini. Sejak dari kebangkitan 1922, lalu kebangkitan 1925 dan seterusnya pemberontakan 1928, penglibatan jelas sekali apabila tokoh-tokoh tempatan dari Kuala Berang datang menemuinya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana sepatutnya diambil tindakan. Malah namanya turut tercatat dalam surat-surat kerahan agar berkumpul di Kuala Berang dan Telemong sebelum tercetusnya pemberontakan ini. Sebab itulah sebagai hukumannya, beliau dibuang negeri ke Mekah, dengan harapan agar penentangan terhadap British tidak lagi wujud di Terengganu.

Abdul Rahman Limbong telah berguru kepada banyak tokoh agama tetapi paling istimewa sekali ialah daripada Tok Ku Paloh, di mana beliau turut menjadi khadam di rumah tuan gurunya itu. Kemudiannya beliau mengajar di suraunya di Jonggok Tong, Beladau, dan dengan kematian Tok Ku Paloh, beliau meengajar di surau Sayyid Saggaf. Di samping itu beliau juga mengajar di tempa-tempat lain, iaitu di mana sahaja beliau singgah dalam pengembaraannya. Dalam pengajaran ini, di antara teks-teks yang digunakan ialah kitab-kitab tasawwuf karangan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, seperti Siyar al-Salikin dan Hikayat al-Salikin serta karya Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari iaitu al-Durr al-Nafis. Dan sebagaimana gurunya Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman juga merupakan tokoh pendukung tariqat Naqshabandiyah. (Abdul Rahman HajiAbdullah, 1994)

Pada dekad 1920'an pula berlaku 'revolusi mental' yang digerakkan oleh ulama-ulama muda yang mendapat pendidikan tinggi di Universiti Al-Azhar di Mesir. Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Abas Mohd Taha, adalah sebaris nama-nama yang berjasa besar meniupkan api perjuangan untuk pengislahan diri bangsa Melayu yang serba terperuk akibat penjajahan dan kesalahfahaman terhadap Islamyang syumul.

Mereka mendapat tentangan sengit daripada penjajah British yang cuba menunggangi istana (melalui pihak berkuasa agama negeri-negeri) untuk menyekat arus kesedaran yang digerakkan oleh ulama-ulama muda yang progresif ini. Perjuangan menuntut kemerdekaa juga bertambah rancak dengan kepulanagan Dr Burhanurddin Al Helmi dari pengajiannya di India. Beliau merupakan tokoh tersohor yang mendapat pengalaman antarabangsa dalam perjuangan menentangq imperialisme.

Sejarah juga tidak dapat memadamkan jasa gerakan Hizbul Muslimin dalam perjuangan kemerdekaan. Ditubuhkan pada Mac 1948 di Gunung Semanggol, Perak dan dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al Baqir. Gerakan ini dengan jelas menyatakan matlamatnya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan asing dan menegakkan darul islam. Hizbul Muslimin telah diberi perhatian ketat oleh pihak risikan British kerana potensi mereka mampu menggugah kesedaran rakyat untuk memperjuangkan kemerdekaan :

"The development of this movement should be very closely watched, for its preachs nationalism as the religious duty of all the believers, and Islam has always been a militant creed. There can be no doubt that its propanganda is made to appeal to the young Malay intellectuals and progressives, since it strives to give scriptual authority to their efforts to modernize their society and economy and to their undoubtedly aspirations towards national independent. In the present relatively lethargic state of UMNO, it may well draw away of the younger and more progressive minds. Its promoters have had bad political record, and it may well be that in the current crisis any extension of its activities will force goverment to consider the question of outlawing the party. Wheather Hizbul Muslimin moves to the right or to the left in step with its true paent, the Masjoemi (MASYUMI-penulis), it remains a menace to the British authority."

PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 oleh para alim ulama dan guru-guru agama juga dengan tegas memperjuangkan kemerdekaan namun cuba dipadamkan sejarah citra dan nuansa ini dalam catatan sejarah. Sebahagian daripada pimpinannya telah mendekam dalam penjara British seperti Dr Burhanuddin Al Helmy, Khatijah Sidek(pernah menjadi calon PAS di Dungun) dan lain-lainnya. Perjuangan kemerdekaan oleh PAS dilihat sebagai tanggungjawab aqidah seperti yang diungkapkan oleh Prof.

Dr. Zulkifli Mohamad :
"Salah besar hukumnya bagi orang Islam duduk dibawah penjajahan asing oleh orang yang tidak seagama dengaannya. Sebab itu ummat Islam adalah diwajibkan oleh Tuhan-nya memperjuangkan kemerdekaan bagi melepaskan dirinya dari ikatan penjajahan oleh orang-orang yang tidak seyakinan dengannya. Dan bagi PAS sebagai parti politik Islam bukan sahaja merupakan kewajipan politik semata-mata tetapi lebih dari itu merupakan perintah agama, perintah Tuhan yang mesti dijunjung dan dilaksanakan."

PAS memainkan peranan yang besar menyedarkan masyarakat untuk menuntut kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan tanah leluhur ini berpandukan Syariat Islam. Ramai tokoh- tokoh besarnya mendekam di penjara kolonial seperti Dr Burhanuddin al Helmi, juga alumni Hizbul Muslimin demi melihat deenul Islam tertegak di atas Tanah Melayu ini.

( Penulis ialah AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah Pusat)

Bukankah Najib pernah mengaku jumpa Saiful?

http://greenboc.blogspot.com | .
 

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Khalid Ibrahim gagal hadir dua majlis rasmi hari ini
pada 18-08-2014 06:08 Ditulis Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
SHAH ALAM: Pihak media yang ingin mendapatkan maklum balas daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung krisis jawatan Menteri Besar Selangor hampa apabila pemimpin itu tidak hadir dalam dua majlis yang sepatutnya dihadirinya hari ini.
Pagi tadi Khalid yang sepatutnya menghadiri perjumpaan bulanan dengan penjawat awam anjuran Yayasan Selangor, di Auditorium Jubli Perak, membatalkan kehadirannya di saat-saat akhir.
Majlis tersebut hanya dihadiri oleh Exco PAS, Sallehen Mukhyi, Dr Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali.
"Program Perhimpunan Bulanan yang dijadualkan pada pagi Isnin 18 Ogos anjuran Yayasan Selangor dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
"Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan," kata sekretariat akhbar dalam satu kenyataan pagi tadi.
Pada petang ini, Khalid yang sepatutnya menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Selangor di Kelab Shah Alam pada jam 5.30 petang, tetapi tidak muncul.
Kehadiran beliau digantikan dengan Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi.
"Tan Sri tidak hadir.. Saya menggantikan beliau," katanya Yunus.
Malah beliau yang diajukan soalan berhubung ura-ura pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya memberikan reaksi terkejut.
"Tunggu Sultan pulang pada 27 Ogos. Teruskan tugas macam biasa," katanya lagi.
Tindakan Khalid yang seperti mengelak untuk bertemu media berkemungkinan ada kaitan dengan titah Sultan Selangor yang melarang beliau memberikan sebarang kenyataan atau keputusan berhubung krisis politik di Selangor, sehingga baginda pulang ke tanah air pada 27 Ogos depan.
Kegagalan Khalid muncul di khalayak ramai dipercayai ada kaitan dengan keputusan mesyuarat PAS Pusat pagi semalam yang menarik balik sokongan terhadapnya sekali gus bersetuju dengan ketetapan PKR sebelum ini yang mahukan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.
Khalid sebelum ini mendapat sokongan PAS dan Umno untuk terus menerajui Selangor.
Sentiasalah muhasabah niat kita...
Pejuang agama Allah pun boleh ke neraka!

Memang sentap kalau dapat kek hari jadi macam ni

http://naimnikmat.blogspot.com | .

“Jadilah batu bata yang mengukuhkan”


Segala puji-pujian hanya kepada Allah, Dewan Muslimat PAS Malaysia bersyukur berakhirnya kemelut yang melanda apabila Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat telah membuat keputusan mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat yang bersejarah itu sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon iaitu Dato'Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Yb Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, sekaligus menamatkan spekulasi dan menjawab segala persoalan rakyat di semua peringkat. Jentera muslimat berdiri teguh serta wala' dan taat menerima setiap keputusan yang kami yakin berasaskan kebijaksanaan, musyawarah dan istikharah kepimpinan.

Tuan Guru Presiden pernah menyebutkan, islam ini besar dan luas. Masing-masing ada penjuru, pastikan islam itu menang dipenjuru masing-masing. Bahtera kita besar dan pelbagai penumpang yang ada. Uruskan perbezaan dengan hikmah. Banyakkan muhasabah diri dan teruskan bergerak kehadapan mengajak masyarakat kembali kepada Allah s.w.t.

Kepada semua pimpinan PAS, PKR dan DAP disemua peringkat renungilah kata-kata Dato'Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

"Bila disebut Kelantan bukan negerinya tapi rakyatnya. Tumpuan utama pentadbiran ialah qalbu (hati) manusia. Kita mesti jaga qalbu (hati) manusia, kerana qalbu (hati) ini sengaja Allah s.w.t. ciptakan untuk diisi dengan yang buruk dan baik. Dengan kita jaga qalbu (hati) manusia, automatik terjaga habis, ekonomi manusia, sosial manusia, budaya manuia dan aqidah manusia...."

Semoga kita istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebajikan dalam platform demokrasi ini dan menjadi batu bata yang saling mengukuhkan.

Mesej khas kepada masyarakat, marilah kita sama- sama melihat konflik ini dari pandangan yang positif. Ianya berlaku untuk memilih kepimpinan berintegriti dan mampu memberi khidmat yang terbaik. Alhamdulillah, setakat ini Kerajaan Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah banyak membawa manfaat yang besar kepada rakyat.

YB Hajjah Siti Zailah bte Mohd Yusof
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Ahli Parlimen Rantau Panjang
Kelantan.
Osman Aziz was tagged in Ramli Joned's photo.
Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI SELASA 19 OGOS 2014:
AMAL IBADAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH ORANG PENCEN (OP)
SEKIRANYA TIDAK MENGALAMI SAKIT YANG BERAT, OP mampu melakukan amal ibadah kepada Allah SWT, sebagai ‘qada’ atau menggantikan segala amal ibadah yang diabaikannya, atau ditinggalkannya, semasa bekerja dahulu…. INILAH CARA TERBAIK bagi OP menghabiskan masa lapangnya, yang dikurniakan Allah kepadanya, iaitu MENYEDIAKAN BEKALAN UNTUK DIBAWA BERTEMU ALLAH SWT… Apatah lagi jangka-hayat dan umur sudah semakin pendek, dan tubuh-badan dan kesihatan semakin merosot….
1] IKHLASKAN NIAT, BERAZAM DAN BERTEKAD untuk menjadi Hamba Allah yang baik, yang dekat dengan-Nya, yang taat dan patuh kepada perintah dan suruhan-Nya, dan menjauhi larangan-Nya….
2] HADIRI SOLAT BERJAMAAH semampu mungkin di masjid atau di surau… Berulang-alik ke masjid setiap waktu solat… Besar ganjaran disisi Allah bagi orang yang berulang-alik ke Masjid… MASJID ADALAH TEMPAT YANG PALING ALLAH SUKAI DI MUKA BUMI…
3] HADIRI KULIAH2 AGAMA DI MASJID - Biasanya diadakan diantara waktu Maghrib dan Isyak… Sedikit sebanyak dapat perbetulkan kefahaman terhadap Islam... Jangan cepat rasa jemu... Berazamlah....
4] BERSEDEKAH SETIAP PAGI di Tabung Masjid – Lakukan secara berterusan… Sabda Nabi SAW: “Amal yang paling disukai Allah ialah yang berterusan, walaupun sedikit..”…
5] MEMBACA AL QURAN pada setiap pagi, atau petang, atau malam…. Walaupun satu muka surat sehari… Sambil itu PERHATIKAN MAKNA AYAT2 tersebut… Cuba fahami dan hayati….
6] CUBA LATIH DIRI LAKUKAN SOLAT2 SUNAT seperti SOLAT SUNAT MENGIRINGI WAKTU – Iaitu solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu; SOLAT SUNAT DHUHA (Antara jam 8.00pg. – 12.00 tengahari); SOLAT SUNAT TAHAJJUD pada setiap malam… (Antara jam 4.00pg – waktu subuh), dan lain2….
7] BANYAKKAN BERDOA KEPADA ALLAH… BANYAKKAN MEMOHON AMPUN KEPADANYA, atas segala dosa dan kesalahan yang lalu, secara sengaja atau tidak sengaja, samada disedari atau tidak disedari… BERDOA’ juga KESIHATAN tubuh badan, agar dapat beribadah kepada-Nya dengan sempurna..
CUBALAH LAKUKAN 7 PERKARA di atas sedaya upaya mungkin… Walaupun ada ON AND OFF, jangan risau…. Anda sedang BERJUANG MELAWAN SYAITAN dan kehendak hawa nafsu… ANDA PASTI MENANG… Selepas beberapa bulan, ANDA AKAN RASAI KESAN daripada amalan2 yang anda lakukan, Insya Allah... *GAMBAR HIASAN SAHAJA*.....
LikeLike · ·

Siapa calon Mahathir ganti Najib?

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat deklarasi yang beliau menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk terus memimpin negara ini.

"Sesungguhnya Dr Mahathir sudah terlewat untuk bercakap kerana nasi sudah menjadi bubur. Sekarang kita rakyat biasa makan bubur sahaja kerana bubur tidak boleh dijadikan nasi," tulis Aspan Alias di dalam blognya, semalam.

Tambahnya, Mahathir mengakui yang Najib lebih buruk performancesnya daripada Tun Abdullah Badawi yang beliau pilih untuk menggantikan beliau yang akhirnya beliau kritik dan tumbangkan itu.

Mahathir berkata Najib terlalu tunduk kepada tuntutan musuh-musuh yang hendak mengorbankan Umno dan BN. Najib, katanya sungguh lemah dan tidak dapat mencari formula untuk menjadi PM yang baik.

Bagi Aspan, untuk memilih gantian dengan cadangan Mahathir pun bahaya juga, kerana semua pilihannya tidak pernah betul seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim.
Sesudah itu, katanya Abdullah Badawi menjadi ‘pelapik’ Mahathir dan akhirnya pelapik ini juga menjadi sasaran beliau dan akhirnya pelapiknya itu berhenti dan bersara.

"Selepas Abdullah, beliau gunakan Muhyiddin untuk menaikkan Najib sehinggakan Muhyiddin berani untuk bersikap kurang ajar kepada Abdullah. Maka Najib jadilah Perdana Menteri," tambahnya.

Sekarang, katanya baru Mahathir sedar Najib lagi tidak berguna kepadanya dan juga kepada negara.

"Beliau telah menarik balik sokongan terhadap Najib, tetapi jika kali ini kita mendengar cadangan siapa yang akan beliau mahukan untuk mengganti Najib, rakyat mesti berfikir ratusan kali kerana mengikut apa yang kita alami dengan pilihan Dr Mahathir, siapa yang menjadi pilihan beliau akan menjadi pemimpin yang tidak berguna lagi," ujarnya lagi.

Pendeknya, tambah beliau siapa yang ditunjuk oleh Mahathir sudah pasti pilihan yang salah.

"Itulah formula penting dalam pemilihan siapa yang hendak menggantikan Najib," tulis Aspan selanjutnya. - HARAKAHDAILY 19/8/2014

Tiada ulasan: