Khamis, 14 Ogos 2014

JANGAN RASA HEBAT/BERLAGAK DENGAN 15 KERUSI....ORANG UNDI PAKATAN BUKAN UNDI PAS...KALAU PAS SAJA KERUSI MACAM DULU2LAH KALAU TAK MASUK PAKATAN...SAPE LANGGAR BA'IAH ANTARA PARTI/PAKATAN RAKYAT....JANGAN KELUAR DAH TERLAMBAT...TSKI DAH KUKUH DENGAN BANTUAN SEMUA KEMUDAHAN2/KELEBIHAN2 KERAJAAN PUSAT YANG ADA

MB KHALID DAN KRISIS SELANGOR

KENALI KHALID IBRAHIM - SIAPA DIA SEBENARNYA !!


Izham Hashim Dipercayai YDP PAS Kelana Jaya Dedah Perbuatan Khalid Ibrahim.

Saya terima nota ini melalui whatsapp. Saya dimaklum penulis ialah YDP PAS Kelana Jaya. Selepas membacanya, saya yakin bacaan dan aturan kronologi peristiwa yang saya fikir berdasarkan pengalaman bekerja sebagai Pegawai kepada Dato' Menteri Besar Selangor (2010-2012) adalah cocok dengan keterangan ini.
Mungkin ramai tidak tahu beberapa langkah dalaman yang telah diambil oleh Keadilan sendiri berdasarkan aduan wakil-wakil rakyat dan aktivis setiap parti (bukan semua, tapi banyak).
Tapi perkongsian tulisan ini saya percaya dapat membantu mendudukkan perkara sebenar di sebalik keinginan menukar TSKI.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) Tidak Menghormati PKR dan PR.
Keputusan PKR untuk menggantikan TSKI bukanlah baru. Ketika PR menang dalam PRU-13, PKR telah meminta PAS dan DAP untuk memberi pertimbangan calon baru sebagai MB baru Selangor.
PAS dan DAP Selangor telah berbincang dan bersetuju supaya TSKI disambung semula sebagai MB Selangor atas beberapa sebab:
Di bawah kepimpinan TSKI, PR Selangor telah berjaya mencapai kejayaan sangat cemerlang dalam PRU-13 dan kelihatan amat buruk di mata rakyat jika beliau ditamatkan serta merta walaupun PAS dan DAP Selangor memandang serius beberapa tindak tanduknya yang tidak selari dengan kehendak PR.
Ketika itu PAS dan DAP Selangor berkeyakinan TSKI masih boleh diperbetulkan.
Tidak begitu selesa dengan calon pengganti MB iaitu Azmin Ali kerana walaupun Azmin adalah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor, beliau jarang berinteraksi dengan PAS dan DAP Selangor. PR Selangor boleh dilihat seolah-olah ‘berpengerusikan’ TSKI kerana saban minggu bermesyuarat bersama beliau terutama setahun menjelang PRU-13.
Masih yakin bahawa TSKI boleh diperbaiki sikapnya. PAS dan DAP bersetuju walaupun TSKI disambung, prestasi beliau akan dikaji semula setahun selepas khidmatnya disambung.
PKR yang agak keberatan pada mulanya untuk menyambung khidmat TSKI sebagai MB Selangor akhirnya bersetuju dengan desakan PAS dan DAP dengan syarat akan dikaji semula prestasi beliau selepas 1 tahun.
PAS Selangor juga telah mengingatkan TSKI berkali-kali supaya mesyuarat mingguan PR Selangor dijadikan forum untuk memperkukuhkan PR Selangor dan mencapai kata sepakat dalam merangka dasar-dasar kerajaan negeri.
Kita juga telah mengingatkan beliau berkali-kali bahawa sokongan kepadanya adalah bersyarat dan jika tiada perubahan drastik kepada sikapnya yang suka m embelakangi arahan parti, PKR dan PR, maka sokongan terhadapnya akan ditarik balik.
Sikap TSKI yang membelakangi parti, PKR dan PR, bukanlah baru dan banyak berlaku ketika beliau menjadi MB di penggal pertama lagi. Sememangnya hal ini dimaklumi semua parti komponen PR.
Beliau boleh dikatakan langsung tidak menghadiri mesyuarat MPN Selangor sejak Azmin Ali dilantik menjadi pengerusinya menggantikan beliau. Kadang-kadang dihantar Faekah (SETPOL MB) sebagai wakil ke mesyuarat. Arahan daripada MPN PKR Selangor tidak langsung diendahkannya. Malah arahan daripada PKR Pusat pun bukan semua dituruti.
Antaranya berhubung status SETPOLnya, Faekah yang diarahkan supaya diberhentikan perkhidmatannya kerana membawa banyak masalah kepada parti telah tidak dipedulikannya untuk sekian lama.
Faekah ini seolah-olah diberi pula lampu hijau oleh MB untuk terus membuat kenyataan-kenyataan terbuka menghentam kepimpinan tertinggi PKR hingga menyebabkan tercalar kredibiliti PKR termasuk Datuk Seri Anwar (DSAI) sendiri.
Akhirnya Faekah bukan diberhentikan daripada jawatan SETPOL MB, malah ia dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pegawai Eksekuti Menteri Besar Incorporated (MBI), satu jawatan yang jauh lebih penting daripada SETPOL MB.
Tindakan sebegini tentu amat memalukan PKR kerana Faekah ini telah dikenakan tindakan tatatertib oleh PKR.
Arahan supaya Saifuddin Nasution dilantik sebagai ‘Ketua Staf’ pejabat MB yang bertujuan untuk menasihati MB atas perkara-perkara melibatkan parti dan politik juga telah tidak dipatuhi dan sebaliknya beliau diberikan jawatan sebagai Pegawai Liason pejabat MB sahaja dan kemudiannya dituruntaraf ke Pegawai Pembangunan Desa.
Itu pun terbengkalai begitu saja kerana tiada peruntukan dan kerangka kerja yang bersesuaian.
Beberapa arahan penting PR juga tidak patuhi oleh TSKI. Antaranya isu jawatankuasa yang dibentuk untuk menasihati beliau dalam menanggani aspek penstrukturan industri air Selangor.
Majlis tertinggi PR telah mengarahkan TSKI supaya memastikan JK berkaitan yang terdiri daripada Rafizi, Dr Dzulkefly dan Tony Pua dilibatkan dalam sebarang urusan berkaitan penstrukturan industri air Selangor.
TSKI tidak mempedulikan perkara ini walaupun dia berjanji di hadapan pemimpin tertinggi PR untuk mematuhinya menyebabkan urusan berkaitan penstrukturan industri air Selangor berlaku dalam keadaan kelam kabut dan penuh tanda tanya di kalangan pemimpin PR.
Satu lagi contoh ialah berhubung status JK tender PBT Selangor. Selama ini beberapa orang ahli majlis merupakan ajk tetap JK Tender dan Sebutharga di semua PBT Selangor dan merupakan langkah wajar sebagai ‘check and balance’ kepada sebarang keputusan pegawai-pegawai kerajaan.
Apabila keluar arahan daripada MB bahawa status ahli majlis telah dituruntaraf kepada pemerhati sahaja dalam JK berkenaan maka ia telah dibantah oleh semua parti kerana alasan yang beliau berikan ialah tidak mahu membebankan ahli-ahli majlis. Beberapa siri perbincangan panas berlaku dalam mesyuarat PR negeri.
Malah PAS Selangor telah menghantar surat rasmi kepada MB Selangor meminta beliau supaya mengembalikan status asal ahli majlis dalam JK berkaitan tetapi telah tidak dipedulikannya.
Banyak lagi isu-isu lain yang diarahkan oleh parti, samada PKR dan PR, yang membawa kesan besar dalam pentadbiran negeri telah dibelakangi oleh TSKI. Antaranya isu pertukaran Datuk Bandar Shah Alam, penyusunan semula GLC Selangor yang masih ramai dijawat oleh suku-sakat UMNO, masalah besar ahli-ahli majlis MPKj dan YDP mereka, dan sebagainya.

Apa yang hendak ditekankan di sini bahawa...

TSKI telah seringkali membakulsampahkan arahan parti (PKR dan PR) dan ini amat tidak wajar sebagai seorang yang diberi mandat oleh parti.
Sebenarnya ketaatan ahli (lebih-lebih lagi pemimpin) ke atas keputusan parti adalah syarat penting kepada keutuhan dan integriti parti dan keenganan mematuhi arahan parti dalam perkara yang jelas disepakati adalah merupakan satu kesalahan berat.
Sokongan PAS ke atas seorang pemimpin parti rakan yang jelas bukan saja sentiasa membelakangi arahan partinya tetapi juga parti rakan komponen adalah tidak wajar dan akan menjadi ‘precedent’ kepada pemimpin akan datang. Budaya tidak sihat ini akan menular membarah jika tiada tindakan segera dibuat.

Persetujuan Asas Pakatan Rakyat

Persetujuan di peringkat tertinggi PR bahawa jawatan MB untuk Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah hak PAS, Pulau Pinang hak DAP dan Selangor hak PKR. Perkara ini dipertegaskan lagi oleh Setiausaha Agung PAS dan DAP baru-baru ini bahawa mereka tidak akan menuntut kerusi MB Selangor dan PKR berhak menamakan MB daripada PKR.
TSKI, asalnya adalah calon PKR untuk MB, maka sewajarnya mereka berhak memberi pandangan berhubung prestasi dan kedudukan MB dari masa ke semasa. Dalam masa yang sama kita tidak menolak peranan PAS dan DAP dalam hal ini.
Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas, TSKI telah berulangkali membelakangkan keputusan parti berhubung aspek pentadbiran negeri dan telah berterusan buat sekian lama. Ini menjadi hujah kukuh PKR untuk menggantikan MB. DAP dan PAS, sebagai rakan dalam PR, perlu beri perhatian serius kepada permintaan PKR mengikut kerangka kerjasama PR yang dipersetujui.
Apabila PKR memohon digantikan TSKI sebagai MB, sewajarnya DAP dan PAS memberi perhatian atas alasan dan sebab. Dan jika didapati munasabah maka perlu bersama mengambil tindakan perlu.
Ini semangat setiakawan yang perlu ada jika kita ingin melihat PR makin kukuh dan kuat. Kesepaduan dalam PR ini juga akan menghalang daripada berlaku natijah yang tidak elok jika TSKI enggan melepaskan jawatan MB secara sukarela.
Keadaan menjadi lebih mendesak apabila DAP turut memberi sokongan penuh kepada PKR supaya MB ditukar. PAS ketiadaan hujah untuk menolak permintaan 2 rakan kita dalam PR jika kita mahu PR terus bersatu.
Apa hujah yang kita ada untuk mengekalkan TSKI sedangkan calon ini adalah calon daripada PKR? Malah PAS Selangor sendiri dalam Mesyuarat Khas BPPNS ketika menjelang PRK Kajang telah menggundi atas 3 pilihan;
i. Anwar sebagai MB Selangor (ketika itu belum diputuskan bersalah oleh mahkamah)
ii. TSKI kekal sebagai MB
iii. Menggantikan TSKI dengan calon PAS sebagai MB
BPPNS telah memilih (iii.) sebulat suara mewakili semua 22 kawasan di Selangor. Walaupun kita nak calon PAS sebagai MB tetapi yang pentingnya semua mahukan TSKI digantikan. Isu di sini ialah TSKI digantikan kerana beliau membawa masalah kepada PR. Samada calon PAS dapat jadi MB atau tidak itu soal kedua.
Kita cuba bayangkan jika perkara yang sama berlaku kepada PAS yakni MB daripada PAS kemudian menghadapi masalah dengan parti seperti TSKI sekarang, kemudian dalam masa yang sama MB berkenaan disokong pula oleh PKR.
Tentu kita rasa terluka dengan tindakan rakan kita itu. Ini sebenarnya apa yang sedang dirasai oleh PKR.
Sebagaimana yang telah diterangkan di atas, PAS Selangor bersetuju dengan DAP selepas menang PRU-13 bahawa kita ada ‘reservation’ tentang sikap TSKI.
Tetapi memandangkan PR telah menang besar di bawah pimpinannya serta ada prospek untuk kita desak beliau supaya berubah kepada stail pengurusan yang lebih ‘sesuai’, dan kebimbangan PAS dan DAP kemungkinan Azmin Ali pula jadi MB, maka kita bersetuju untuk menyokong lanjutan khidmat TSKI sebagai MB Selangor DENGAN SYARAT KITA ‘REVIEW’ PRESTASINYA SELEPAS SETAHUN. Kini sudah.
Banyak isu hanya dibincang dalam mesyuarat EXCO disebabkan ketiadaan lagi mesyuarat PR negeri. Masalahnya hubungan MB dengan EXCO-EXCO adalah hubungan umpama majikan dan kakitangan menyebabkan keputusan perlu cocok dengan citarasa MB.
Kebanyakkan EXCO hanya menjadi pak turut kepada kehendak MB. Malah diakui oleh EXCO-EXCO bahawa MB seringkali memberi kataputus dalam mesyuarat jika perbincangan tidak selari dengan kehendaknya. Tanpa mesyuarat PR sukar untuk kita mempengaruhi keputusan MB.
Keputusan meluluskan projek lebuhraya KIDEX (dan 5 lagi konsessi lebuhraya di Selangor) walaupun secara prinsip, tanpa merujuk kepada pimpinan PR, juga merupakan pelanggaran kepada janji PR kepada rakyat untuk mengkaji semula sebarang permohonan lebuhraya bertol.
Walaupun ditegur berkali-kali oleh pimpinan PR, TSKI tetap berdegil dengan keputusannya untuk terus membenarkan projek be rkenaan dilaksanakan tanpa sebarang kajian semula. Malah beliau pada awalnya tidak sudi untuk bertemu rakyat yang membantah pelaksanaan projek berkenaan.
Pengurusan tapak pasar malam yang selama ini diuruskan dengan baik oleh JKKK atau Persatuan Penduduk di mana hasil kutipan digunakan untuk pelaksanaan projek kemasyarakatan setempat telah diserahkan kepada PBT semata-mata kerana satu atau dua JKKK atau Persatuan Penduduk yang bermasalah menyebabkan kemarahan ramai. Ini kerana selain daripada hasil kepada penduduk untuk program kemasyarakatan, ia juga membantu mengurangkan beban PBT dalam mengendalikan pasar-pasar malam ini.
Keputusan TSKI ini amat merugikan dari semua aspek termasuk politik dan belaiu tetap berdegil dengan keputusannya walaupun protes daripada semua pihak.

Tiada Perancangan Strategik

Antara ciri utama seorang pemimpin korporat yang baik ialah keupayaan membuat perancangan strategik yang berkesan. Sehingga kini Selangor tidak mempunyai perancangan strategik yang lengkap untuk dijadikan panduan. Pengurusan kewangan yang baik hanyalah sebahagian daripada pentadbiran yang baik dan tidak memadai untuk menjadikan Selangor hebat.
Masalah besar yang timbul hari ini berpunca daripada kegagalan merancang dengan baik terutama perancangan jangka panjang (strategik) termasuk isu air, pelupusan sampah, menara telekomunikasi haram, dsbnya. Isu ditanggani secara ad-hoc, ‘memadamkan api apabila berlaku kebakaran’.
Kebanyakan daripada program strategik negeri (terutama yang melibatkan infrastruktur dan kemudahan awam) memerlukan masa yang panjang untuk merancang dan melaksanakannya.
Kegagalan dalam perancangan ini dapat dilihat apabila langkah-langkah sementara terpaksa dibuat. Ini dapat dilihat dalam krisis bekalan air Selangor dan masalah pelupusan sampah yang berlaku baru-baru ini.
Tidak Percayakan Orang-Orang Politik
Pemerhatian selama ini mendapati bahawa TSKI tidak percayakan orang-orang politik atau aktivis parti. Setiap orang politik yang menemui beliau untuk mengadu masalah rakyat dianggap ‘ada ke pentingan peribadi’.
Ini diakui oleh SETPOLnya yang baru, Azman. Banyak kes yang diadukan kepada beliau seperti isu premium tanah, pampasan yang tidak dibayar oleh kerajaan negeri, dsbnya tidak dilayan sehingga hari ini. Ini juga antara sebab kenapa ramai nama-nama ahli atau penyokong parti ditolak daripada menjadi ahli-ahli lembaga pengarah GLC Selangor walaupun mereka layak.
Ketidakpercayaan beliau kepada orang-orang politik bermakna beliau meletakkan lebih kepercayaan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Itu sebabnya pegawai-pegawai kerajaan sangat berkuasa dan mereka hanya ‘takut’ kepada MB sahaja.
EXCO dan wakil rakyat boleh dipermain-mainkan oleh mereka. Sebagai contoh isu bajet Pembangunan Desa yang dikawal oleh UPEN dan EXCO tak ada kuasa langsung. Ini diakui oleh EXCO berkaitan, Ustaz Sallehin Mokyi.
Malah di peringkat PBT pun keadaan agak teruk dengan Datuk Bandar dan YDP berkuasa penuh. Bukan setakat memperkotak-katikkan ahli-ahli majlis seperti di Majlis Perbandaran Kajang, malah ahli parlimen dan adun di Shah Alam tidak dilayan sewajarnya oleh Datuk Bandar Shah Alam.
Fenomena ini amat merbahaya dan jika tak dibendung akan menghakis keyakinan pegawai kerajaan dan rakyat ke atas kemampuan pimpinan parti bekerja sebagai satu kumpulan.
Mungkin ada lagi perkara-parkara yang boleh diperincikan lagi berhubung kegagalan TSKI dalam menguruskan pentadbiran Selangor dengan baik. Dengan pendedahan ini pun sudah memadai untuk Majlis Pimpinan PR mengambil langkah-langkah untuk menamatkan khidmat beliau sebagai MB Selangor jika kita masih mahu mempertahankan Selangor dan memburu juga Putrajaya.

Izham Hashim
 

Thursday, 14 August 2014


DEMI SOKONG DATUK SERI WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR YANG BARU .. DUA ADUN PAS SELANGOR BERSEDIA KELUAR PARTI JIKA PAS KEKAL MENYOKONG TSKI SEBAGAI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR!!!!



ADUN PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib bersedia untuk keluar parti jika PAS kekal menyokong Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan wartawan selepas sidang media tengah hari tadi.

"Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia," katanya.

Beliau ditanya jika beliau sanggup berbuat demikian jika PAS kekal dengan pendirian mereka sekarang dalam krisis menteri besar Selangor.

Saari dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin hari ini menyatakan sokogan terhadap  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.

Saari berkata, mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.
"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama," katanya selepas sidang media Wan Azizah di Subang tengah hari ini.

Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.

"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.

"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya.

Hasnul pula berpendapat pentadbiran Khalid sekarang tidak lagi menjunjung semangat Pakatan selepas beliau mengumumkan kerajaan Pakatan tidak wujud lagi di Selangor.

"Saya sebagai YB Morib mengambil langkah yang sama dengan YB Hulu Kelang untuk menyokong kerajaan Pakatan di Selangor.

"Semangat dan roh Pakatan itu tak ada pada menteri besar dan saya bersama Pakatan untuk memerintah negeri Selangor sebenar-benarnya," katanya.

30 Adun Selangor sokong Wan Azizah MB, Khalid digesa letak jawatan






Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama barisan Adun Pakatan Rakyat yang hadir dalam sidang media bagi mengumumkan pendirian hilang rasa percaya mereka kepada Datuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar di sebuah hotel di Subang Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 14 Ogos, 2014.Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama barisan Adun Pakatan Rakyat yang hadir dalam sidang media bagi mengumumkan pendirian hilang rasa percaya mereka kepada Datuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar di sebuah hotel di Subang Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 14 Ogos, 2014.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan mempunyai sokongan 30 Adun Selangor dan menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.
Selain sokongan daripada 15 Adun DAP dan 13 PKR, dua Adun PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) hadir memberikan sokongan kepada presiden PKR itu.
Jumlah Jumlah itu menjadikan Pakatan Rakyat (PR) kini mempunyai 30 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang Adun PR termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar," katanya pada sidang media di Hotel Empire, Subang Jaya hari ini.
"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.
Ini bermakna menteri besar dua penggal itu kehilangan sokongan majoriti di DUN yang mempunyai 56 kerusi itu.
"Dengan perkembangan terbaru ini, kami mengesahkan kami mempunyai majoriti di DUN dengan sekurang-kurangnya empat orang," kata Dr Wan Azizah pada sidang media yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PR serta Adun Selangor yang menyokongnya.
Khalid kini mendapat sokongan 12 Adun Umno dan merupakan Adun bebas di Pelabuhan Klang selepas PKR memecatnya.
PAS mempunyai 15 Adun akan tetapi 13 lagi masih belum menyatakan pendirian mereka sama ada menyokong atau menolak Khalid.
Dengan perkembangan terbaru ini Dr Wan Azizah mengatakan beliau sudah menghantar surat pada 11.30 pagi tadi untuk bertemu dengan Sultan Selangor.
Dikepilkan sekali dalam surat tersebut adalah pengakuan bersumpah 30 Adun yang menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid.
"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.
Sultan Selangor pada ketika ini bercuti dan dijangka akan pulang selepas dua minggu.
Dr Wan Azizah juga menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan.
"Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan beliau sebagai menteri besar.
"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.
"Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.
"Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri," kata Dr Wan Azizah. – 14 Ogos, 2014.1:43PM - 14 Aug 2014

ADUN keluar parti jika PAS terus sokong MB

ADUN PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib bersedia untuk keluar parti jika PAS kekal menyokong Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan wartawan selepas sidang media tengah hari tadi.

"Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia," katanya.

Beliau ditanya jika beliau sanggup berbuat demikian jika PAS kekal dengan pendirian mereka sekarang dalam krisis menteri besar Selangor.

Saari dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin hari ini menyatakan sokogan terhadap  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.

Saari berkata, mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.

"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama," katanya selepas sidang media Wan Azizah di Subang tengah hari ini.

Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.

"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.

"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya.

Hasnul pula berpendapat pentadbiran Khalid sekarang tidak lagi menjunjung semangat Pakatan selepas beliau mengumumkan kerajaan Pakatan tidak wujud lagi di Selangor.

"Saya sebagai YB Morib mengambil langkah yang sama dengan YB Hulu Kelang untuk menyokong kerajaan Pakatan di Selangor.

"Semangat dan roh Pakatan itu tak ada pada menteri besar dan saya bersama Pakatan untuk memerintah negeri Selangor sebenar-benarnya," katanya.

Beliau turut mengkritik Khalid yang menurutnya "merosakkan Selangor jam demi jam".

"Kerosakan yang dilakukan Khalid kepada Selangor bukan setakat minggu ke minggu tetapi on an hourly basis (jam demi jam)," katanya.

Cilakakanlah mereka yang khianat kepada Gerakan Islam
PEJUANGAN YANG IKHLAS TANPA MENHARAPKAN ANAK DAN MENANTU MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI PENGERUSI DALAM GLC SELANGOR
YB RODZIAH SALLEH..
Exco Selangor daripada PKR Rodziah Ismail hari ini berkata beliau akan meletakkan jawatan daripada kabinet Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun masih dialu-alukan oleh Menteri Besar Selangor itu.
" Saya mempunyai Maruah dan maruah saya itu tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit dan jawatan. Biarkan mereka yang gila kuasa duduk di sana bersama sang pembelot dan rakannya yang lain "
Note :
Din Ayam dan Tantawi Vellfire tak terasa apa2 ker..??
Dapat Jawatan dalam GLC Selangor Din Ayam dapat gaji puluh ribu terus beli motor besar dan Tantawi beli Vellfire... Kenapa gaji kalian tidak diinfakkan dalam perjuangan Parti..??
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
LikeLike · ·
PEJUANGAN YANG IKHLAS TANPA MENHARAPKAN ANAK DAN MENANTU MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI PENGERUSI DALAM GLC SELANGOR
YB RODZIAH SALLEH..
Exco Selangor daripada PKR Rodziah Ismail hari ini berkata beliau akan meletakkan jawatan daripada kabinet Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun masih dialu-alukan oleh Menteri Besar Selangor itu.
" Saya mempunyai Maruah dan maruah saya itu tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit dan jawatan. Biarkan mereka yang gila kuasa duduk di sana bersama sang pembelot dan rakannya yang lain "
Note :
Din Ayam dan Tantawi Vellfire tak terasa apa2 ker..??
Dapat Jawatan dalam GLC Selangor Din Ayam dapat gaji puluh ribu terus beli motor besar dan Tantawi beli Vellfire... Kenapa gaji kalian tidak diinfakkan dalam perjuangan Parti..??
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
  • 17 people like this.

    hursday, 14 August 2014


    HANYA MB SAHAJA YANG BERHAK MOHON PERKENAN SULTAN PANGGIL SIDANG TERGEMPAR KATA PENGERUSI SPR.



    SHAH ALAM, 14 OGOS: Hanya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempunyai kuasa untuk mengadap DYMM Sultan Selangor bagi menasihat dan memohon perkenan Baginda Sultan bagi mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor.

    Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hal ini termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang menyatakan perkara ini dengan jelas.

    “Menteri Besar sahaja yang boleh menasihatkan Sultan untuk memanggil sidang khas Dewan Undangan Negeri.

    “Speaker tidak ada kuasa sama sekali tetapi cuma menjalankan prosiding persidangan DNS dan sekiranya ada usul undi tidak percaya, speaker juga tidak boleh mengundi,” kata Abdul Aziz ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

    Abdul Aziz yang merupakan anak jati Selangor sebelum ini pernah bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor daripada 2001 hingga 2004 dan sebelum itu pernah dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor daripada 1995 hingga 2000.

    “Saya anak Selangor yang pernah bertugas sebagai SUK sebelum ini. Jadi selok-belok Perlembagaan Selangor saya memang tahu,” kata Abdul Aziz lagi.

    Jelas beliau sekiranya undi tidak percaya yang dijalankan terhadap Abdul Khalid didapati keputusan seri, maka membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merupakan satu-satunya jalan penyelesaian yang ada.

    Beliau bagaimanapun berharap Pilihan Raya Negeri tidak perlu dijalankan memandangkan kerajaan yang ada sekarang hanya baru berusia 15 bulan daripada tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

    Selain itu, penarikan sokongan empat exco PAS terhadap Abdul Khalid juga boleh menyebabkan kerajaan sedia ada tidak dapat berfungsi yang juga boleh menyebabkan DUN Selangor dibubarkan lebih awal.

    “Ini hak Tuanku Sultan. Kalau Baginda singkir hingga enam orang exco pun hak Baginda juga.

    “Sekiranya empat Exco PAS meletak jawatan juga akan menyebabkan DUN Selangor boleh dibubarkan tapi kalau boleh tak perlulah bubar walaupun dibenarkan undang-undang,” kata Abdul Aziz lagi.
    Demi kuasa mereka sanggup tinggalkan Pas.Stopa Ali pula dalam lakonan terbaru berkata mahu menyiasat tindakan kedua-dua Adun tersebut.
    LikeLike · · · 1479018
    PAS SEBUAH PARTI YANG MEMPUNYAI MARUAH DAN PENDIRIAN WALAU DIRAGUI.
    PAS TIDAK MENGHIANATI WALAU PERNAH DIHIANATI.
    Exco PAS Sallehen Mukhyi berkata, PAS akan keluar daripada barisan exco sekiranya kerajaan Selangor memilih ADUN daripada Umno untuk menjadi exco.
    Beliau turut menambah, soal sama ada untuk memilih exco daripada Umno tidak timbul memandangkan parti itu merupakan pembangkang di Selangor.
    "Soal Umno tak timbul. Tidak akan ada dalam kerajaan. Tak ada Umno. Tidak akan jadi kalau Umno ada dalam exco. PAS akan keluar.
    "Umno tidak ada dalam senarai ini. Dia bukan kerajaan dan dia ada pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

    LFL: Khalid hilang sokongan majoriti, mesti letak jawatan

    Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini bersama-sama dengan 29 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor telah menyatakan bahawa mereka tidak lagi mempunyai kepercayaan kepada Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
    khalidKhalid Ibrahim dalam jawapannya menyatakan bahawa dia akan terus berkhidmat sebagai MB Selangor sehingga satu undi tidak percaya dilakukan ke atasnya di dalam Dewan Undangan Negeri.
    Perkara 51 dan 53(2)(a), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor menyatakan bahawa Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri yang pada pendapatnya mendapat sokongan majoriti ADUN dan merupakan seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
    Berdasarkan perkara 53(6), seorang Menteri Besar hendaklah kekal memegang jawatannya melainkan majoriti ADUN telah hilang kepercayaan kepadanya. Walaubagaimanapun Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tidak memperuntukan secara spesifik bagaimana kepercayaan ADUN terhadap MB ditentukan.
    Adakah melalui satu usul undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri atau cukup sekadar ADUN-ADUN yang telah hilang kepercayaan memaklumkan kepada Sultan bahawa mereka tidak lagi mempunyai kepercayaan kepada MB?
    Antara persoalan yang ditimbulkan di dalam kes Dato’ Seri IR Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin v Dato’ Seri Dr Zambry Bin Abdul Kadir, cara untuk menentukan keyakinan ADUN kepada MB hanyalah melalui satu usul undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri. Dan sekiranya satu undi tidak percaya telah diperolehi terhadap MB di dalam Dewan Undangan Negeri, MB mempunyai dua pilihan, iaitu menghadap Sultan dan mendapatkan perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi diadakan satu pilihanraya negeri atau meletakkan jawatannya.
    Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa tidak ada satu pun peruntukan di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang mengkehendaki satu undi tidak percaya dijalankan di dalam Dewan Undangan Negeri bagi menentukan keyakinan ADUN terhadap MB. Bukti bahawa ADUN telah kehilangan keyakinan kepada MB boleh ditentukan di dalam pelbagai cara  termasuk pengakuan dari MB atau ADUN walaupun di luar Dewan Undangan Negeri adalah memadai.
    Cukuplah saya katakan penghakiman Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri IR Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin v

    Thursday, 14 August 2014


    DATUK SERI WAN AZIZAH UMUMKAN DUA ADUN PAS MENYOKONG DIRINYA SEBAGAI MB SELANGOR YANG BARU SELAIN 15 ADUN DAP DAN 13 ADUN PKR.


    Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

    Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

    "Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

    "Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.

    Menurut Wan Azizah, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.

    "Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

    "Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

    "Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.

    Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.

    "Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.
    "Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.
    "Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.
    "Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri," tegas Wan Azizah.Dato’ Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir mengikat (binding).
    Sultan Selangor selepas menerima menghadap kesemua 30 orang ADUN boleh memanggil MB dan memaklumkan bahawa beliau sudah kehilangan sokongan majoriti oleh ADUN dan hendaklah meletakkan jawatan.
    Afiq M Noor
    Lawyers For Liberty (LFL)

Tiada ulasan: