Ahad, 3 Ogos 2014

KENA TAHU TENDANG TERAJANG POLITIK...KENA TAHU MANA GILA PANGKAT DAN KUASA....KENA TAHU YANG JAHAT DAN YANG BAIK...KENA TAHU SAHABAT DAN MUSUH...YANG BAHAYA BERFIKIR DIA SAJA BETUL

Selepas PKR dan DAP, giliran PAS Selangor tolak Khalid Ibrahim






Sikap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada penggal kedua itu yang seringkali membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam keputusan menyebabkan parti Islam negeri yang selama ini setia bersamanya, beralih arah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Jun, 2014. Sikap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada penggal kedua itu yang seringkali membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam keputusan menyebabkan parti Islam negeri yang selama ini setia bersamanya, beralih arah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Jun, 2014. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal berdepan dengan masalah baru untuk terus memimpin Selangor apabila PAS negeri yang selama ini menyokongnya untuk terus kekal sebagai menteri besar kini bersama PKR dan DAP untuk menolaknya ekoran tindakan beliau yang selalu membuat keputusan bersendirian di negeri kaya itu.
Sikap menteri besar Selangor pada penggal kedua itu yang seringkali membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam keputusan menyebabkan parti Islam negeri yang selama ini setia bersamanya, beralih arah, kata beberapa pemimpin PAS negeri.
"Pada dasarnya, inilah yang disuarakan oleh satu mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor sebelum ini, kesemua 22 Yang di-Pertua PAS kawasan di seluruh Selangor bersetuju agar Khalid ditukar kerana beliau dianggap membawa masalah," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Sulaiman kepada The Malaysian Insider.
Menurut Jaafar, pelbagai isu yang berlaku di Selangor kini berpunca daripada kelemahan pimpinan Khalid yang membelakangkan parti-parti dalam PR walaupun mereka yang meletakkan beliau di kedudukan itu.
Jaafar turut mendesak PAS Pusat dan PR agar menukar Khalid dengan calon yang lebih layak dan sentiasa bersama gabungan itu.
PKR sebelum ini memulakan Langkah Kajang untuk menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Namun langkah itu terbantut selepas Mahkamah Rayuan menerima rayuan Putrajaya, dan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Keputusan mahkamah itu menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.
Bagi Jaafar, kelemahan Khalid semakin ketara dalam menggendalikan beberapa isu penting, termasuk pengambilalihan syarikat pengurusan air, rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan pembinaan Lebuhraya Kidex yang mendapat bantahan ramai.
Menurut Jaafar, rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada PBM dan serbuan ke atas majlis perkahwinan di sebuah kuil Hindu, selari dengan Agenda Rampas Selangor (ARS) yang dibentuk Umno negeri untuk menjauhkan sokongan bukan Islam daripada PR.
Beliau berkata kuasa berlebihan yang diberikan oleh Khalid kepada pegawai kerajaan di pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang membelakangkan ahli-ahli majlis dilantik oleh parti-parti PR, turut menimbulkan kemarahan.
"Misalnya, pengambilan kuasa pengurusan ke atas pasar-pasar malam daripada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang dikuasai parti Pakatan kepada pegawai di PBT. Apabila kita bertanya kepada pegawai PBT, mereka katakan ini kehendak menteri besar," katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad turut bersetuju dengan Jaafar.
"Kita sudah membuat keputusan sebelum ini, Khalid perlu ditukar dengan pemimpin lain yang bagi saya perlu diterima oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat.
"Saya tidak nampak bagaimana seorang menteri besar boleh kekal jika partinya sendiri menolak beliau," kata Khalid ketika kepada The Malaysian Insider.
Ketika ditanya mengapa isu ini bergema kembali, Khalid berkata, ia senyap seketika kerana pemilihan PKR sedang berjalan dan bukan kerana sudah selesai.
"Ramai senyap kerana bimbang jika serangan ke atas Khalid diteruskan, ia ditafsirkan sebagai kempen negatif ke atas beliau yang bertanding timbalan presiden PKR," katanya yang sebelum ini adalah penyokong utama Khalid Ibrahim di Selangor.
Sementara itu, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman berkata, masalah besar Khalid adalah beliau tidak mendengar dan mendapatkan nasihat daripada rakan-rakannya dalam PR.
"Ketika hangat isu ini dibincangkan sebelum ini, saya pernah menyebut kepada beliau bahawa kita tidak bercadang untuk menukar beliau, tetapi kita mahu beliau berubah," kata Dr Rani yang juga merupakan Adun Meru.
Menurut Dr Rani, beliau pernah membisikkan kepada Khalid dan meminta beliau agar mendekati dan mengambil pandangan sahabat-sahabat dalam PR.
"Isu yang saya sebut kepada beliau, antaranya adalah PBT. Nampaknya isu ini boleh menjatuhkan Pakatan selepas ini," katanya.
Sementara Adun Hulu Klang dari PAS, Shaari Sungib mengatakan DAP pernah menimbulkan agar Khalid digantikan, tetapi perbincangan masih belum dilakukan di peringkat PR.
"Tetapi jika dikekalkan keadaan dasar yang ada, ini akan menyebabkan kekalahan PR dalam PRU14, kita kena bersemukalah, 'put our facts together'," katanya.
PKR Selangor pimpinan Mohamed Azmin Ali sememangnya tidak sebulu dengan pentadbiran Khalid. DAP pula secara terbuka menyerangnya melalui pemimpin seperti Gobind Singh Deo.
Ahli Parlimen Raub dari DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz baru-baru ini menulis di blognya Sakmongkol AK47, mengatakan jika Khalid tidak digantikan, BN akan berjaya merampas Selangor dalam PRU14.
Bagaimanapun, apabila diminta mengulas kenyataan ahli Parlimen DAP itu, Khalid berkata: "Tidak, itu perlu bertanya pada Raub. Dia bukan wakil daripada negeri Selangor." – 20 Jun, 2014.

 







7:51PM - 2 Aug 2014

Hamas nafi jalani latihan tentera dengan M'sia

Hamas menafi sekeras-kerasnya laporan media Israel bahawa anggotanya mendapat latihan mengenai cara melakukan serangan melalui payung terjun di Malaysia.

Katanya tuduhan tidak berasas itu direka perisik Israel untuk menjejaskan perpaduan dan sokongan masyarakat antarabangsa yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin yang sedang menghadapi jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai oleh regim Zionis.

"Israel mencipta tuduhan itu sebagai cubaan untuk mengalih perhatian daripada penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tenteranya terhadap orang awam, kanak-kanak, wanita dan golongan tua di Palestin," kata Hamas melalui kenyataan yang tersiar dalam laman web rasminya.

Kenyataan dalam bahasa Arab itu diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM).

Ketika mengulas laporan berita itu semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia tidak pernah menjalin sebarang kerjasama ketenteraan dengan Hamas atau pihak lain di Palestin.

Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau berkata Malaysia dan Palestin hanya menjalin hubungan dan kerjasama dalam bidang diplomatik, perdagangan dan kebudayaan.

"Malaysia juga memberi sokongan besar kepada rakyat Palestin dari segi moral dan melalui bantuan kemanusiaan. Rakyat Malaysia memberi sokongan padu berikutan hubungan yang terjalin sejak sekian lama antara pemimpin Malaysia dan Palestin.

"Inilah yang mungkin menyebabkan Israel tidak berpuas hati," katanya.

Akhbar dalam talian The Jerusalem Post baru-baru ini memetik seorang anggota Hamas yang ditahan sebagai berkata Malaysia menjadi tempat latihan bagi anggota pasukan itu untuk melakukan penyeludupan dan serangan dari sempadan dengan menggunakan payung terjun.

Laporan itu juga memetik tahanan yang didakwa sebagai anggota Hamas itu memberitahu Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) bahawa mereka juga mengikuti latihan tentang cara menculik anggota tentera sebagai persiapan untuk menentang Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Gaza.

- Bernama



 Post by Sukan Star TV.




 8:00PM - 2 Aug 2014

Beri insentif untuk petugas hari cuti umum


Majikan swasta disaran memberi insentif yang lebih lumayan dan menarik kepada para pekerja yang bekerja pada hari cuti umum seperti Hari Raya Aidilfitri termasuk hari cuti umum khas lain.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata langkah itu perlu kerana para pekerja memberi perkhidmatan terbaik kepada majikan walaupun mereka berkorban untuk bertugas pada masa cuti umum.

"Kementerian ada menerima aduan daripada pekerja bahawa mereka hanya dibayar gaji seperti hari biasa sedangkan bertugas pada hari cuti umum. Mereka (pekerja) ini bukan bekerja lebih masa atau over time (OT) tetapi, bekerja pada hari kelepasan am ketika orang lain menikmatinya.

"Pengorbanan seperti ini wajar diiktiraf oleh majikan kerana mereka terpaksa mengorbankan masa istimewa dan penting bersama keluarga tersayang demi tugas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada para majikan untuk menentukan bentuk insentif yang ingin diberikan kepada pekerja yang terlibat berdasarkan pengorbanan yang dilakukan demi syarikat.

Dalam pada itu Ismail memberi amaran tidakan tegas di bawah Akta Pekerjaan 1987 boleh diambil ke atas majikan yang tidak mencarum pekerja dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

"Menjadi kewajipan kepada setiap majikan mencarum pekerja mereka walaupun hanya pekerja sambilan.

"Tindakan mencarum adalah untuk menjamin masa depan pekerja itu sendiri kerana jika mereka ditimpa kemalangan dan musibah semasa bekerja atau sebaliknya, nasib mereka akan terbela sekali gus menjamin masa depan apatah lagi jika ia membabitkan kecederaan kekal," katanya.

- Bernama
 


















5:53PM - 2 Aug 2014

MP: S'gor jangan cari alasan isu sabotaj air


MP Klang Charles Santiago menyelar pentadbiran Selangor yang menurutnya bersikap seperti “orang awam yang tidak berupaya” dalam menangani aduan sabotaj ke atas projek mengepam air.

Katanya, kerajaan negeri berkuasa untuk menugaskan pasukan keselamatan sendiri dan bukannya menggunakan isu tersebut sebagai alasan kepada masalah air di Selangor.

"Kenapa anda mengadu... Anda bersikap seperti orang awam, tapi anda jadi kerajaan.

"Anda boleh tugaskan pegawai dari majlis perbandaran Kuala Selangor di sana, 24 jam sehari. Jangan cari alasan lagi,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Charles ditanya mengenai laporan mengenai usaha sabotaj ke atas projek mengepam air di Bestari Jaya awal pagi ini.

Usaha mengepam air di Sungai Selangor itu merupakan langkah berjaga-jaga sebagai tambahan kepada bekalan air dari hulu sungai yang susut ekoran musim panas sejak beberapa bulan lalu.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan di Facebook hari ini meminta polis menyiasat dakwaan sabotaj ke atas bekalan air tersebut, yang merupakan kejadian kedua sejak Ahad lalu.

Terkini | Gaza -Seorang penganalisis perang Zionis, David Ben Alon berkata:

Written By canang on Sabtu, 2 Ogos 2014 | 8/02/2014 10:40:00 PTG

Seorang penganalisis perang Zionis, David Ben Alon berkata:

Sesungguhnya Briged Al-Qassam telah mencapai kejayaan yang besar dari segi strategi dan taktik peperangan ketika mereka berhadapan dengan medan peperangan melawan tentera Zionis. Mereka telah memperlihatkan kepakaran mereka dalam perang darat (ground battle) sepertimana mereka telah tunjukkan sekarang serangan-serangan mereka yang berterusan untuk melemahkan Zionis.
 



 Post by Fahris Ananda.


Orang Tanya Aku Jawab: Ustaz Fadhil Kata Kita Tak Betul Kalau Akhbar Sokong Kita (3)
Posted on Friday, August 01 @ 19:09:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Ada yang bertanya aku pasal ucapan Ustaz Fadhil Mohd Noor yang mengatakan kita boleh tahu kita betul atau salah dengan melihat reaksi akhbar kepada kita. Dia cakap Saifudin Nasution kata Geng Ulama dalam PAS tak betul pasal akhbar menyokongnya. Dia ambil petikan daripada fb Wfauzdin Ns sebagai hujah.

Dia juga cakap, Blog www.kedahlanie.info pun kata macam tu sebab itu Utusan sokong tulisan Sanusi bekas setpol Ustaz Azizan Razak.


Jawapan Aku:

Pertama aku nak cakap dia orang tak faham maksud sebenar Ustaz Fadhil sebut perkara itu. Kenyataan Ustaz Fadhil ada sebabnya dan mengikut realiti yang berlaku pada masa itu.

Aku pelik bagaimana Saifudin Nasution Perancang Strategik PKR boleh berhujah macam ini.

Kalau itu ukuran kebenaran, aku nak tanya dia orang mengenai perkara ini pula.



Sumber : http://www.jpost.com/International/Anwar-Ibrahim-Malaysias-Future-Prime-Minister

Adakah Anwar Ibrahim agen Isreal yang ganyang penduduk Palestine itu. Pasal Surat Khabar Isreal puji Anwar dan menjadi tajuk utama. Utusan ambil artikel daripada Facebook Sanusi kau kata Sanusi tak betul pasal Utusan sokong.

Habis Surat Khabar Isreal yang siar dan ulas pasal Anwar tanpa rujuk mana-mana sumber adakah Anwar tak betul? Tolong jawab!

Tak payah jadi cybersnipper nak pengaruh orang untuk membenci orang lain.

Aku bagi satu lagi contoh.

Kalau Najib berperang dengan Muhyidin. Agaknya Suara Keadilan nak sokong mana? Harakah nak sokong siapa? Sudah tentu kita akan sokong Muhyidin bagi hentam Najib dengan tujuan nak pecah belahkan mereka. Itu logiknya.

Jangan Jadi BANGANG dan BODOH dengan berhujah kalau Utusan sokong itu menunjukkan kumpulan itu salah. 
 50,000 berhimpun bawah terik matahari bantah kekejaman Israel di Dataran Merdeka
Posted on Saturday, August 02 @ 23:49:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Kira-kira 50,000 hadirin membanjiri Dataran Merdeka pada petang ini bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman Zionis di bawah bahang terik matahari.

Pengerusi Viva Palestina Malaysia Datuk Dr Musa Mohd Nordin yang membuat ucapan pembukaan pada perhimpunan itu mengutuk kekejaman Zionis yang menyerang tanpa peri kemanusiaan.

"Sejak 66 tahun lalu warga Palestin berjuang mendapatkan semula apa yang dicuri ‎daripada mereka. Tanah, rumah, kampung dan apa yang penting kebebasan dan maruah diri mereka.

"Palestin dilabel oleh Nelson Mandela sebagai krisis moden terburuk dunia dan beliau menambah dunia tidak akan bebas selagi Palestin tidak dibebaskan‎," katanya berucap di majlis itu.

Semalam, Raja Abdullah dari Arab Saudi mengkritik tindakan berdiam diri masyarakat antarabangsa ekoran serangan agresif Israel, lapor Reuters.

Beliau turut menyelar tentera yang dikatakan membunuh orang awam tidak berdosa.

Pelakon dan pengarah filem tempatan, Afdlin Shauki yang turut hadir pada perhimpunan itu berkata produk Israel pada hari ini sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat Malaysia dan ia perlu dihentikan segera.

Katanya, rakyat Malaysia perlu mencari alternatif agar tidak terus menyumbang dengan melakukan pembelian untuk disalurkan kepada Israel.

‎"Puasa kita menahan diri daripada lapar dan dahaga. Lepas Ramadan, kita boikot menahan diri daripada barangan yang menyokong Israel.

"Orang yang tak mencuba dan cakap benda tu tak berkesan adalah salah kerana kita dah nampak CNN sendiri lapor saham McDonald's dan Coca-Cola jatuh oleh sebab orang tak beli.

"Yusuf Al-Qaradawi sendiri berkata boikot itu penting untuk menewaskan Israel. Ia kewajipan kita," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider.

Ratu rock Malaysia, Ella pula berpandangan rakyat Malaysia perlu berasa malu sekiranya tidak menyatakan tentangan terhadap kekejaman Israel kerana banyak negara asing dengan lantang menunjukkan kebencian mereka.

"Jika kita terus menyatakan tentangan, kita akan mendapat hasil yang bermanfaat kerana jika dibandingkan negara lain, mereka sangat agresif memberi sokongan padu. Jadi jika kita tak buat apa-apa, kita akan malu.

"Tanggungjawab kita mengambil berat dan mem‎beri sokongan," katanya.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad pula menggesa persaudaraan sesama Islam dieratkan agar suara ukhwah semakin erat.

Beliau turut menggesa rakyat Malaysia memulakan usaha memboikot barangan Israel walaupun sedikit demi sedikit.

"Apa yang menyedihkan jiran mereka Arab Saudi dan Mesir tidak menyumbang apa-apa bantuan. Kita yang jauh ini lebih dari terasa, apa lagi yang dekat.

"Jika kita tidak menghidupkan kembali semangat persaudaraan Islam‎, orang Islam di mana sahaja akan mengalami malang yang tidak terhingga.

"Kita mampu boikot walau sedikit pun. Ia perlu tumpuan menyeluruh dan harus dimulakan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Penyanyi dan usahawan, Heliza Helmi berkata peperangan yang berlaku di Gaza bukan sahaja ujian kepada mereka malah turut menguji keimanan umat Islam di negara ini.

"Kita tidak tahu keadaan kita aman sampai bila dan kita tidak tahu bagaimana pengakhiran kita.

"Mereka di Gaza, Insya-Allah pengakhiran di syurga tetapi pengakhiran kita, kita tidak tahu," katanya.

Seorang orang kelainan upaya (OKU) Isaiah Jacob menggesa kerajaan Malaysia dengan lantang menyatakan usaha memboikot produk Amerika Syarikat dan sekutu mereka ‎agar kekejaman Israel dapat dihentikan.‎

"Saya sebagai warga OKU akan menyumbang sebanyak mana yang saya boleh untuk mengutip dana RM2 juta untuk rakyat Palestin khas kepada OKU di Palestin.

"Satu permintaan saya kepada kerajaan Malaysia, mereka sepatutnya sudah mengumumkan secara rasmi boikot sekutu Amerika yang sokong Israel. Kita boikot barang mereka," katanya. – 2 Ogos, 2014.



Krisis MB - Pandangan Rakyat Yang Pimpinan PR Perlu Tahu.
Posted on Saturday, August 02 @ 23:40:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Semakin lama semakin teruk kalangan pemimpin2 PR bergaduh sesama sendiri.

- Bergaduh secara terbuka menggunakan pelbagai jenis media, satu hal.

- Membuka kesalahan masing2 satu hal lagi.

- Lepas tue tiada tindakan dari mana2 penguatkuasa satu hal lagi.

Jika SPRM, PDRM dan semua agensi2 penguatkuasa tak ambil tindakan seperti menyiasat akan pendedahan2 yang dibuat maka ini telah menjadi satu skandal yang mana semua pihak bersama2 BERSUBAHAT apabila memilih untuk hanya dengar dan tutup mata. Tanpa mengambil apa2 tindakan meskipun sedar bahawa apa yang berlaku adalah SALAH.

Maaf. Aku nak berminat nak membenarkan tindakan2 salah pemimpin2 atau mana2 wakil rakyat di negara neh. Korang pandai2 songlap dan tak amanah, korang pandai2 tanggung. Dunia dan akhirat. Jangan heret rakyat yang tak berdosa macam aku.

Sudah kita dengar banyak kali.

Sudah juga kita baca banyak penulisan.

Sudah kita dipaksa faham untuk terima tindakan2 pemimpin.

Sudah juga kita dilayan bagai manusia yang tak punya hak untuk berbeza pendapat.

Apakah sebagai manusia yang akalnya waras, mindanya sihat, akan merelakan maruah dirinya dipjak2 untuk mengangkat pemimpin secara berlebih-lebihan? Apakah ini 'ciri2' rakyat yang perlu ditonjolkan oleh kita? I don't think so.

Sekarang. Perlu kita tahu. Proksi Khalid dan proksi Anwar terpecah kepada 3 jenis entiti.

Entiti pertama = mereka yang berkepentingan atas jawatan/peranan yang dipegang oleh Khalid dan Anwar. Mereka2 ini mendapat manfaat langsung dari kedua2 pimpinan tersebut. Jatuh dan bangunnya kedua2 pemimpin2 itu mempengaruhi kedudukan  atau kepentingan mereka.

Entiti kedua = mereka2 yang dibayar atau diarah (tanpa bayaran) untuk memberikan sokongan kepada kedua2 pemimpin tersebut. Boleh jadi sementara. Boleh jadi sepanjang masa. Boleh jadi ikut keperluan atau jenis tugas. Atau apa sahaja. Yang penting mereka juga terkesan jika kedua2 pemimpin itu jatuh mahupun bangun.

Entiti ketiga = mereka2 yang tatau apa2 secara menyeluruh. Hanya baca2 apa yang tersebar. Entiti rakyat. Yang terdiri dari ahli biasa. Penyokong mungkin. Dan non partisan. Yang tak faham duduk letak perkara sebenar. Rasa terjejas melihat pergaduhan dalaman kerana ia memberikan millage kepada BN untuk masuk jarum. Kumpulan2 ini juga bercelaru dan bergaduh sesama sendiri sebab terpengaruh dengan pelbagai elemen. Mungkin persekitaran. Dia tatau kawan2 dia dibayar untuk naikkan martabat pemimpin A. Dia ingat kawan dia salurkan info yang betul. Tapi dia dipergunakan. Dia pun bertekak dengan kawan2 lain mempertahankan pemimpin tersebut. Akhirnya sesama ahli, penyokong bertekak kat bawah macam hapa. Semua berpecah, bergaduh, berpuak demi mengikut pemimpin masing2.

Ini yang sedang berlaku.

Kita akan tinggalkan entiti pertama dan kedua. Kita biarkan sahaja mereka bertekak sampai bila2 jika itu yang mereka mahu. Mereka terjejas atau mereka tak terjejas ia sebenarnya takde kena mengena dengan hidup kita. Ini kerana ketika mereka menerima manfaat secara langsung dari kedua2 pemimpin tersebut, ada mereka hairan dengan kewujudan kita. Tak kan? Jadi takde sebab kita perlu peduli dengan kedudukan mereka sepertimana mereka tak pernah peduli dengan diri kita.

Entiti pertama dan kedua tue terdiri daripada pemimpin2 pelbagai parti, wakil2 rakyat pelbagai negeri, mereka2 yang berjawatan, kakitangan pelbagai parti dan kerajaan negeri serta yang berkepentingan dan juga blogger tertentu.

Kita tinggalkan mereka. Dan kita ialah rakyat yang akan bersuara bagi pihak rakyat.

Apa yang pimpinan di Selangor khususnya perlu faham. Apa sebenarnya rakyat macam kita fikirkan.

Pertama. Kita tak pernah peduli siapa pun yang parti mahu lantik jadi MB. Jantina ataupun dari parti mana. Itu bagi kebanyakkan orang. Tapi bagi aku pula sejujurnya. Aku langsung tak peduli agama dan bangsa apa sekalipun. Aku takde masalah MB cina ataupun india. Mahupun MB yang atheis. Aku tak pernah peduli bab agama dan bangsanya. Jika dia boleh jalankan tugas dengan baik, amanah dan cekap maka itulah sahaja la penilaian yang aku akan pilih.

Kedua. Kita tak pernah peduli jika Khalid perlu diturunkan dan digantikan dengan sesiapa sahaja yang PR rasa lebih baik di kalangan mereka. Katakan. Khalid gagal menjalankan tugas dia dengan baik. Maka PR perlu gantikan dia. Maka, tukarla. Khalid juga perlu turun dari jawatan tersebut tanpa membuat apa2 masalah berbangkit. Jangan degil. Jangan buat onar. Jangan buat hal. Jangan berpropaganda. Jika terbukti kita gagal, maka berundurla.

Ketiga. Tetapi situasi yang berlaku adalah Khalid enggan berundur dan PAS mempertahankan kedudukan Khalid.

Keempat. PKR dan DAP telah sepakat mahu mengantikan Khalid dengan Wan Azizah.

Kelima. Ketika PRU ke 13 dulu sebelum dan selepas, kemain lagi PKR dan PR memainkan kempen memuji kepimpinan Khalid kaw2. Ada banyak. Yang UP secara berlebihan2 pun ada. Sampai aku sendiri pun meluat baca. Bila aku meluat takde la aku sebarkan. Aku sebarkan yang aku tak meluat je la.

Keenam. Oleh kerana rakyat dibiasakan, diserapkan dengan persepsi bahawa kepimpinan Khalid itu BAGUS oleh PKR dan PR itu sendiri dan tiba2 PKR mahu menukarkan Khalid bukan kah ianya diperlihatkan contradiks dengan kempen2 kamu sendiri?

Ketujuh. Sudahla situasinya seperti memaksa Khalid berambos segera dari jawatan tersebut. Kemudiannya, banyak kelemahan2 Khalid didedahkan. Dimainkan secara berulangan2. Menggunakan media baru dan media massa. Khalid diserang oleh geng2 sendiri. Masalah2 rakyat di Selangor banyak neh. Daripada rakyat Selangor mengharapkan pimpinan yang diundi dalam PRU lepas untuk menyelesaikan masalah mereka, bertukar kepada mereka la yang perlu menyelesaikan konflik dalaman PR di Selangor. Apahalnya tue? Mak bapak korang bayar kami gaji ka untuk selesaikan masalah parti korang? Tak kan. Jadi, berpada2 la sikit kalau nak membuli rakyat pun.

Kelapan. Kelemahan2 seperti KIDEX dibangkitkan. Air. Masalah pengurusan sampah. Tiba2 semua dimainkan secara serentak dan berganti2. Ada beberapa isunya darinya aku dah pernah protes sorang2. Masa tue tak nampak pun pimpinan2 PR melalak kritik Khalid. Kalau kau ikhlas sangat demi rakyat, ketika masalah itu tercetus, ketika itulah ko patut kritik Khalid. Kenapa ko tunggu, simpan dan mainkan ikut timing dalam propaganda menjatuhkan kepimpinan Khalid? Nampak tak bagaimana rakyat memikirkan korang semua neh sedang mempermainkan hak kami?

Kesembilan. Ini bukan kali pertama Anwar mempermainkan hak rakyat bagi mencapai tujuan tertentu. Di Permatang Pauh, Wan Azizah blah, Anwar ganti. Di Kajang, sapa tah yang blah tue, Wan Azizah ganti. Lebih dari sekali. Dah boleh buat orang rasa benci dan meluat. Jika tujuannya tidak dapat dijelaskan dengan baik, tidak mampu menyakinkan rakyat, tahu tak impaknya apa?

Kesepuluh. Yang paling teruk terkesan ialah PAKATAN RAKYAT. Pemimpin2 PR yang akan kehilangan kuasa kalau korang bermain2 dengan amanah rakyat. Rakyat tidak bergantung harap pada kewujudan kamu. Kamu hanya jambatan untuk rakyat membalon BN yang rakus. Bilamana kamu pun rakus macam BN maka takde sebab kami nak simpan kamu. Pencuri dan perompak mungkin berbeza nama tetapi tugas mereka masih sama. Iaitu mengambil hak orang lain. Antara iblis dan setan. Takde sebab kita nak pilih antara duanya. Katakan setan kurang jahat berbanding iblis tetapi jahat masih jahat. Apakah ada sebab untuk rakyat berpihak kepada kumpulan pencuri hanya semata2 membenci kumpulan perompak? Kita tidak hidup dengan dua pilihan semata2. Ia digambarkan begitu oleh ahli2 partisan yang mahu memaksa kita memilih. Mereka mahu memaksa kita bersubahat. Kat dunia neh beria2 menggunakan macam2 hujah bagi menghalalkan tindakan mereka, esok lusa depan Allah nanti kita juga yang kena jawab sorang2. Sapa datang nak bela kau? Anwar? Khalid? Haram ada. Mampos la kau disitu sorang2. Sedarla hakikatnya wei.

Kesebelas. Oleh itu, adalah amat baik jika PR boleh menyelesaikan konflik yang berbangkit mengikut proses yang betul.

Keduabelas. Kumpulan Anwar kata kepimpinan Khalid teruk. Ada skandal tanah la apa la. Baik. SPRM ada kan? PDRM ada kan? Maka, lapor polis, minta SPRM siasat dakwaan2 tersebut. Jika Khalid tidak amanah, Khalid perlu dihukum.

Ketigabelas. Kumpulan pro Khalid pula kata Anwar and geng2 tamakkan duit kan? Nak kan habuan SPLASH kan? Terlibat dalam beberapa skandal yang melibatkan duit kan? Baik. Lapor pada PDRM dan SPRM. Minta la agensi2 tersebut siasat. Ini setakat geng2 Anwar dan Khalid pongpang2 di media sosial. A corrupted. B corrupted. Baik tak payah. Dua2 kumpulan macam L*NC*U aje aku tengok. Bagi orang confused saja. A mengata B. B mengata A. Yang BN dok tengok. Tunggu. Sebab nak amek peluang. Dah masing2 pandai menuduh masing2 tak amanah kan. Hah, tunggu apa lagi. P report la oi BANGANG.

Keempatbelas. Geng2 PAS pun sama. Sanusi ke tak Sanusi ke. Zuhdi ke tak Zuhdi ke. Masing2 mula mendedahkan kepincangan parti sendiri dan parti kawan secara terbuka. Ada penulisan2 yang tersebar dan terbukti. PDRM dan SPRM tunggu apa lagi? Korang dah nampak orang buat pengakuan. Ko dah nampak yang PAS sanggup khianat amanah rakyat demi membela PKR tue, korang jalankan la siasatan. Amek keterangan. Ini melibatkan amanah rakyat. Penyelewengan. Salah laku. Gagal urus tadbir. Tak amanah kot. Apsal semua diam aje?

Kelimabelas. Oleh kerana kita telah melihat. Kita nampak. Dan kita faham. Ada banyak perkara2 yang PR sanggup sapu bawa karpet, apakah PR ialah parti relevant untuk kita pertahankan diri dari serangan kejam BN ke atas kita? Apakah kita patut reformat PR? Tukar semua pimpinan2 yang bermasalah? Adakah berbalik kepada BN? Memang tak la kan. BN tue mulut buaya. Kerosakan dalaman BN lebih sadis dari PR sungguhpun BN diperlihatkan ada usaha untuk memperbaiki kelemahan TAPI belum cukup menyakinkan lagi perubahan yang mereka tunjukkan. Ibarat dari mati (PR) kepada mati (BN). Memang sampai mati kalau undi BN maka mati je la pilihan kita. Atau mula sandarkan kepercayaan dan harapan kita kepada parti lain? Adakah PSM ialah pilihan kita? Boleh la kah rakyat kita bebas dari sentimen agama dan bangsa yang melampau2 di negara ini jika PSM ialah pilihan kita? Atau, patutkah kita kuatkan kesatuan rakyat supaya sesama kita bersatu untuk melawan semua jenis kezaliman sehingga parti2 politik di negara ini tunduk kepada kesatuan rakyat? Ini semua pilihan2 yang kita ada jika kita mahu melihat ia secara bersungguh2. Pilihan kita bukan di antara PR dan BN. Bukan di antara SYAITAN dan IBLIS. Bukan di antara PENCURI dan PEROMPAK. Tetapi pilihan kita ialah apa yang kita mampu ubah untuk memastikan pilihan2 yang tersedia pada masa akan datang lebih baik dari apa yang kita miliki pada masa sekarang.

Keenambelas. Suka tak suka krisis MB di Selangor tetap perlu ada penamatnya. Takan nak bergaduh sampai 5 tahun isu MB kot? Alasan2 yang digunakan untuk jatuhkan Khalid sebenarnya adalah untuk memujuk rakyat bagi menerima penukaran Khalid kepada Wan Azizah. Ini rakyat semua tahu. Sebab itu PR patut berhenti bagi alasan2 tersebut lagi. Ini kerana orang dah mula banding membanding. LGE pun teruk juga pentadbirannya di Penang. Isu terowong tue dah makan dah tahun orang lawan. Tak dengar pula geng2 PR desak LGE turun. Gila tak gila la juga bila orang sibuk kes gelandangan dia pula boleh bangang2 p bergambar menangis membantu gelandangan padahal gelandangan bersepah2 kot di Penang tue selama neh sikit pun dia tak heran apatah lagi nagis. Ini kalau pimpinan BN yang buat mahu kena kutuk kaw2. Tapi sebab LGE dibuat maka geng2 PR terpaksa la jilat selagi mampu. Kalau dah tak mampu p bilik air muntah saja la. HAHAHA.

Ketujubelas. Wan Azizah bukan calon yang BAGUS untuk menerajui Selangor. Bukan ada kaitan dengan kenegerian ataupun kerana aku proksi kepada mana2 pihak. Tetapi aku tahu sangat dia tak BAGUS apabila hanya menganalisa cara dia menguruskan parti dia sendiri. Dah boleh nampak betapa lemah dan lembiknya dia menguruskan orang2 bawahan dia.

Kelapanbelas. Wan Azizah juga bukan calon yang JUJUR bila menafikan dia BONEKA. Aku tak suruh dia mengaku terangp2 pun.. yela yela Ameno. AKu boneka. PUAS ahti kau sekarang. Tak. Jangan salah faham. Just aku minta dia diam aje la. Tak payah nafikan yang dia bukan BONEKA. Dia memang BONEKA pun. Terima sudah apa yang rakyat nyatakan kerana ini adalah FAKTA. Susah sangat ke kita nak hidup dengan menerima FAKTA?

Kesembilanbelas. Hentikan la serangan2 yang dok mengaitkan PAS dengan UG hanya semata2 Hadi sokong Khalid. Tak habis2 dengan UG korang neh. BANGANG. Makin kelaut sudah.

- Isu UG satu hal.

- Isu Hadi sokong Khalid satu hal.

- Isu kepimpinan Hadi satu hal.

- Isu Hadi dan menantunya satu hal.

PUAK2 MEROYAN dalam PKR dan PR ini telah mencampuradukkan kesemua isu2 tersebut dan membuatkan satu kesimpulan sapa sokong Hadi dia UG. Babi kepala bana kau. Kau ingat kau tengah buat kek nak main campur semua bahan2? Tengokla pada isunya.

Bab Hadi sokong Khalid satu isu. Dan sapa2 yang sokong Hadi sebab dia sokong Khalid tak bermaksud dia UG ataupun pro Hadi. Kita tengok kepada isu aje. TGNA sokong Hadi. So, TGNA, UG?

Lagi satu. Puak2 meroyan dalam PKR neh dok siap sindir2 TGNA lagi. Pergh. Mulut kemain lagi ek sekarang. Menjadi2.

Keduapuluh. Sapa pun jadi MB lepas neh tolong selesaikan masalah2 rakyat yang korang tak pernah selesaikan sejak sekian lama. Sejak Khalid jadi MB pun masalah2 tue tak pernah selesai. Macam2 masalah. Dari zaman Khalid. Aku harap zaman Wan Azizah ada perubahan. Kalau takde memang makan maki je la jawabnya.

Keduapuluhsatu. Yang akhir. Last.

Dalam isu MB Selangor neh. Rakyat dah nampak betapa tak amanahnya PR dalam mentadbir negeri. Dan rakyat juga telah nampak. Telah difahamkan. Bahawa demi kuasa dan
pangkat ;

PAS, PKR dan DAP sanggup membelakangkan amanah rakyat.

PAS belakangkan perjuangan atas nama agama dia lagi. Ini memang melampau. Pongpang2 citer pasal agama tapi demi PKR dorang langgar agama yang dorang perjuangkan. Ini bullshit beb.

PKR belakangkan amanah rakyat. Pongpang2 kutuk BN rasuah la, tak bersih la, gila kuasa la apa la itu la ini la macam2 la alih2 dorang punya perangai pun macam bullshit.

DAP pun sama. Kemain lagi aku tak racist. PAS dan UMNO sekufu dengan hudud itu UG. OOOoOo.. MCA dan DAP sekufu dalam banyak HAL tak UG pula ek? Takde masalah untuk DAP dan MCA sependirian dalam hal2 berkaitan bangsa cina tapi bila UMNO dan PAS sepakat dalam isu agama itu dah jadi bahaya kepada penyatuan PR? BULLSHIT nak mampos kau neh DAP.

Aku perhati aje perangai puak2 dalam PR neh. Aku perhati kan aje. Dan aku yakin ramai lagi di luar sana sedang perhatikan perangai korang. Statement korang. Tindakan2 korang.

Oleh kerana semuanya sudah terdedah, terbongkar, tersebar dan dimainkan secara berleluasa, maka lepas neh pandai2 la korang nak hidup macam BN hidup. Sepertimana kami maki BN bila dia gagal terjemahkan amanah rakyat seperti sepatutnya seperti itulah juga kami akan maki PR kerana mempermainkan kepercayaan kami.

Sehingga semua korupsi yang didedahkan disiasat dan dihukum mengikut ruang keadilan yang tersedia baru la PR boleh digelar sebagai PAKATAN RAKYAT. Barulah korang boleh dianggap berkredibliti jika pongpang2 bab keadilan dan sebagainya. Jika tidak, jadi bahan ejekan je la. Yang mana2 bagus untuk kami lawan BN, sudah tentu kami petik untuk zahirkan kebencian. Tapi tidak la beranggapan perjuangan PR itu untuk rakyat lagi dah macam dulu2. Pakatan rakyat konon. Baik tukar sahaja nama korang kepada PAKATAN ROSAK.

Kerosakkan dalaman korang demi kuasa, pangkat, jawatan dan harta, jangan babitkan atas nama RAKYAT la setannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..

KBAI.

.........
AMENO WORLD
http://www.amenoworld.net



  
Kenapa ada yang cuba gagalkan projek air Selangor??
Posted on Saturday, August 02 @ 23:38:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Sabotaj air: Sistem pendawaian pam dipotong

BESTARI JAYA: Kerajaan Negeri Selangor akan meminta bantuan daripada polis dan Rela untuk ditempatkan di kawasan kolam Hang Tuah di Bestari Jaya ekoran terdapat cubaan sabotaj pengeluaran bekalan air.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Yunus Hairi berkata langkah itu akan diambil kira ekoran sudah dua kali berlaku sabotaj itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi, sekumpulan pihak tidak bertanggungjawab bertindak memotong sistem pendawaian di enam pam di kolam Hang Tuah itu.

Bagaimanapun, Dr Yunus berkata pemotongan itu tidak menggugat pengaliran air kepada penduduk ekoran pendawaian yang dipotong itu adalah dari sungai ke kolam.

“Tiada barang bernilai selain sistem pendawaian dan tidak memberi kesan kepada pengepaman ekoran paip yang dipotong adalah dari sungai ke kolam.

“Jadi ia tidak mengganggu. Bagaimanapun kita melihat perkara ini secara serius kerana operasi ini sangat penting kepada penduduk,” katanya ketika ditemui di kolam terbabit.

Dr Yunus berkata dalam pengurusan negeri menuju ke kelas pertama, namun disebabkan pemikiran pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan pengurusan negeri terjejas.

“Pengeluaran air ini sangat penting terutama musim kering bagi sesebuah empangan.

“Namun terdapat segelintir pemikiran kelas ketiga menyebabkan ia berlaku,” katanya.

Beliau berharap semua pihak dan masyarakat yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu kerajaan negeri.

“Saya akan arahkan pihak Lembaga Urus Air Selangor untuk membuat laporan polis seterusnya memperbaiki kerosakan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau akan membawa masalah itu ke dalam mesyuarat jawatankuasa air bagi mencari penyelesaian.

“Kita akan menambah anggota keselamatan supaya mengawal di semua pam-pam ini.

“Malah, kebajikan petugas juga akan diambil kira bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Sebelum ini, sekitar jam 3 pagi, pasukan yang bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya telah diugut oleh sekumpulan samseng bersenjata supaya meninggalkan kawasan itu.

 

Tiada ulasan: