Rabu, 20 Ogos 2014

BAHASA KIAS PUN TAK FAHAM...MASUK SYURGA KERANA RAHMAT ALLAH SWT...R & R TAKDE TAPI A'RAF ADALAH UNTUK SEMENTARA

MB Kelantan ucap takziah kepada keluarga Noor Zahidi
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengucapkan takziah kepada keluarga Adun PengkaLan Kubur, Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia pagi ini.


Beliau merakamkan ucapan takziah itu menerusi facebook.
"Awal pagi tadi saya diberitahu tentang berita kematian Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, Adun Pengkalan Kubor di Guangzhou China.
"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan bersabarlah dengan berita pemergian ini. Saya mendoakan agar Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas beliau."
Pada PRU13 lepas, Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Tumpat mendapat 10,174 undi menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438) dan Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (65).

3:38PM - 20 Aug 2014

MP PAS: Tak masuk akal bubar DUN sekarang


MP Sepang, Hanipa Maidin menolak sebarang usaha untuk membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan di negeri itu.

Katanya, cadangan seperti itu “sangat tidak masuk akal” memandangkan majoriti rakyat kini menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar baru.

Menurutnya, dalam senario sekarang, pihak istana Selangor tidak mempunyai pilihan selain merestui presiden PKR itu bagi menggantikan menteri besar sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Jika benar laporan yang menyatakan Tan Sri Khalid berhasrat ingin berjumpa Sultan hatta berjumpa Sultan di luar negara bagi meminta dibubarkan DUN bagi saya tindakan itu tidak sah dan tidak bertanggungjawab.

"Malah, ia sesuatu yang sangat tidak masuk akal di sisi undang-undang dan sistem demokrasi berparlimen ala-Westminster yang diamalkan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Hanipa, keadaannya berbeza jika Khalid memohon izin menghadap daripada sultan untuk membubarkan DUN sebelum dua ADUN PAS membuat keputusan menyokong Wan Azizah.

2 ADUN mungkin dinobat wira

Jelas Hanipa, pada masa itu keadaan tidak menentu dan perkenan sultan untuk membubarkan DUN adalah sah di sisi undang-undang.

"Meskipun tidak digemari oleh orang orang PAS sendiri dan malahan ada yang melabelkan mereka sebagai pengkhianat, sedikit sebanyak (tindakan itu) membantu Pakatan keluar dari keadaan tidak menentu yang mewajarkan sultan untuk membubarkan DUN.

"Mungkin dua ADUN PAS itu (kanan) yang mungkin dihakimi sebagai pengkhianat parti pada masa ini tidak mustahil akan pula dinobatkan sebagai hero atau wira oleh generasi akan datang," katanya.

Spekulasi pembubaran DUN tersebar meluas apabila Khalid memohon untuk mengadap Sultan Selangor di Budapest.

Permohonan itu bagaimana pun tidak diperkenan oleh baginda.

Menurut Hanipa, satu-satunya pilihan yang ada buat sultan sekarang adalah melantik Wan Azizah sebagai menteri besar.

Berkongsi pendapat sama dengan Hanipa adalah pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari.

"Pembubaran tidak perlu kerana dalam dewan negeri sekarang sudah sedia wujud sebuah kerajaan.

"Maka, tak perlu bubar kerajaan untuk pilihan raya negeri," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Bandar Purba Dalam Tasik Di China



Tasik Qiandao di Zhejiang, China mempunyai rahsia tersembunyi yaitu sebuah bandar purba bawah air yang terletak di dalamnya.

Ditemui pada tahun 2001, ahli arkeologi menemui runtuhan kota dengan bentuk seperti kuil. Bandar ini kira-kira berukuran kira-kira 62 padang sepak bola dengan seni bina purba. Digelar "Bandar Singa", atau "Shicheng" dalam bahasa Mandarin, bandar ini dibina pada dinasti Han pada tahun 208 Masehi.

Bandar ini mendapatkan namanya dari "Lima Singa Gunung" ("Five Lion Mountains") yang didakwa temui berada di bandar purba tersbut. Bangunan megah itu terletak 26-40 meter di bawah permukaan air, dan sekarang menjadi tapak menyelam bagi mereka yang ingin melihat lebih dekat.











MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~
Jangan lupa tekan Share !!

Wednesday, 20 August 2014

JANJI BN MENANG DIKEDAH RAKYAT SENANG TETAPI AKHIRNYA PEMIMPIN UMNO/BN JUGA YANG SENANG LENANG DAN PENYOKONG UMNO ASYIK PANDANG.



Dulu semasa PRU 13 lalu UMNO/BN mencanangkan satu negara betapa jika UMNO/BN ambil alih pemerintahan Kedah dari tangan PAS/PR hidup rakyat Kedah akan menjadi senang.

REALITINYA????? .. Bila dah menang antara tugas dan amanah yang pertama dan ulung diberikan perhatian ialah ubah suai kediaman rasmi Menteri Besar yang menelan belanja RM1.4 juta.

Sebenarnya BN menang rakyat senang kena temberang.

Tiada ulasan: