Selasa, 12 Ogos 2014

KITA TENGOK KESUDAHAN DRAMA POLITIK NI....SAPE YANG TENGGELAM ....SAPE PULA YANG TIMBUL....SEKARANG SEMUA/MASING2 TENGAH BERSILAT

5:46PM - 12 Aug 2014

'Ada usaha pujuk ADUN berpaling tadah'


Penasihat DAP Lim Kit Siang mendakwa pemimpin BN dan Umno kini berusaha memujuk para ADUN Pakatan Rakyat untuk berpaling tadah dan menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Lim mendakwa demikian berdasarkan bacaannya ke atas tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tangkas membuat kenyataan mewakili 12 ADUN BN untuk menyokong Khalid.

Beliau turut memberi amaran bahawa terdapat golongan tertentu yang menyokong agar PAS dan Umno menubuhkan “kerajaan perpaduan”.

“Apa yang berlaku dalam tempoh 24 jam dalam krisis MB Selangor mungkin akan mengatasi mesyuarat (Jawatankuasa PAS Pusat) pada 17 Ogos dan menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah belah hingga tidak dapat dibaiki lagi.

“Umno/BN bekerja keras untuk mengeksploitasi krisis menteri besar Selangor, dalam senario (untuk mewujudkan gabungan) 12 (ADUN) Umno, 15 dari PAS dan Khalid dan juga satu kempen peringkat tinggi untuk menjejaskan kesetiaan ADUN DAP dan PKR untuk mengkhianati pengundi Selangor dan parti masing-masing."

“Kempen ini semakin mendapat tempat dengan sokongan terbuka dari pihak tertentu untuk mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-PAS walau disadur dengan istilah lain seperti 'konsensus nasional',” katanya.

Istilah 'konsensus nasional' itu disebut oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Zuhdi Marzuki, yang menggesa Pakatan Rakyat mengambil jalan tengah dengan menubuhkan kerajaan campuran dengan BN hari ini.

Zuhdi berpendapat bahawa langkah itu boleh dilaksanakan dengan mengekalkan menteri besar sebagai ADUN bebas dan memberi tanggungjawab bersama kepada pembangkang di negeri itu.

Mengulas perkembangan itu, Lim berkata Pakatan perlu bertindak tangkas demi kelangsungan Pakatan.

ADUN DAP dan PKR yang berjumlah 28 orang sudahpun bersetuju untuk menggantikan Khalid namun PAS bertegas dengan pendirian menyokong menteri besar itu.



Sehingga 17 Ogos, Selangor diperintah Khalid, PAS dan BN, kata Mat Sabu











Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu mengatakan Selangor kini akan diperintah oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, P‎AS dan Barisan Nasional (BN) sehingga parti Islam itu bermesyuarat pada 17 Ogos ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2014. Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu mengatakan Selangor kini akan diperintah oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, P‎AS dan Barisan Nasional (BN) sehingga parti Islam itu bermesyuarat pada 17 Ogos ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2014. Mohamad Sabu mengatakan Selangor kini diperintah oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, P‎AS dan Barisan Nasional (BN) sehingga parti Islam itu bermesyuarat pada 17 Ogos ini.
Timbalan presiden PAS itu mengatakan, situasi ini berlaku kerana rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) seperti PKR dan DAP sudah menyatakan pendirian mereka untuk menolak kepimpinan Khalid sebagai menteri besar Selangor.
"Sekurang-kurangnya selama seminggu Selangor akan diperintah Khalid (Ahli Dewan Undangan Negeri Bebas), PAS dan BN sehinggalah PAS membuat keputusan pada 17 Ogos ini," kata Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu kepada The Malaysian Insider.
"PKR dan DAP sudah membuat pendirian jelas menolak Khalid, PAS sahaja yang belum," kata Mohamad dengan nada sedih.
Hari ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengatakan partinya akan tetap menunggu sehingga 17 Ogos untuk bermesyuarat walaupun timbul desakan daripada rakan komponen PR agar mesyuarat itu dipercepatkan.
"Kena tunggu mesyuarat 17 Ogos baru kita boleh buat pendirian," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum itu menggesa PAS segera menyatakan pendirian sama ada mereka menyokong atau menolak Khalid yang sudah menerima sokongan BN di Selangor.
Jika PAS berkata mereka tidak bersama Umno, ini akan membantu menjelaskan PAS menyokong menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor, tetapi berhasrat menunggu hingga 17 Ogos bagi memutuskan sama ada menyokong calon pengganti pilihan PKR," katanya.
"Jika PAS gagal menjelaskan hal ini, ia hanya akan menghakis sokongan popular untuk Pakatan Rakyat dan merosakkan keyakinan pengundi bukan sahaja di Selangor, tetapi seluruh negara," kata Lim.
Semalam Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ‎ke Kuala Terengganu untuk bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memecahkan kebuntuan kemelut menteri besar Selangor selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan Khalid agar terus kekal sebagai menteri besar.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, pertemuan Anwar dan Hadi gagal mencapai persetujuan kerana presiden PAS itu kekal dengan pendirian menyokong Khalid walaupun menteri besar penggal kedua itu dipecat PKR dan mendapat sokongan terbuka BN.
PKR menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk menggantikan Khalid, tetapi Hadi dan Majlis Syura Ulama PAS menolaknya.
Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki mencadangkan agar parti Islam tu menubuhkan kerajaan campuran bersama Khalid dan Umno di Selangor.
"Melihat kepada kemelut politik negeri Selangor yang berlarutan lebih setahun sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, saya secara peribadi mencadangkan sebuah kerajaan berkonsepkan Konsensus Nasional dibentuk di Selangor," kata Zuhdi melalui akaun Facebooknya.
Sebelum ini, nama Zuhdi terkenal apabila perbincangan dalam aplikasi Whatsapp kumpulan ahli jawatankuasa PAS Pusat bocor.
Dalam jangkaan senario itu, Zuhdi membayangkan wujud gabungan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan Barisan Nasional (BN) bagi menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.
Kali ini Zuhdi secara terbuka mencadangkan konsensus nasional dengan BN untuk penyelesaian isu di Selangor.
Zuhdi berkata, bagi menjayakan 'Konsensus Nasional' peringkat Selangor, pembangkang BN boleh diberi tanggungjawab bersama dalam pentadbiran negeri, khususnya menjadi kuasa semak dan imbang yang diiktiraf, sebagai contoh seorang Adun BN dilantik mengetuai jawatankuasa Selcat.
"Konsensus ini diperkukuhkan dengan pembentukan Majlis Pemuafakatan Selangor yang melibatkan parti daripada PR, BN dan Adun bebas.
"Dalam konteks ini, Anwar boleh dilantik sebagai pengerusi atau penasihat sebagai pengiktirafan kepada usaha Konsensus Nasional yang diusahakannya sebelum ini," katanya. – 12 Ogos, 2014.
Malaysiakini (BM Version) shared KiniTV BM's photo.
4 hrs ·
Rani ingatkan bukan PAS, DAP atau PKR menang di S'gor
http://www.kinitv.com/video/9544O74
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman mengingatkan semua pihak bahawa bahawa bukan parti PAS, DAP mahupun PKR yang memenangi pilihan raya umum ke-13 lalu.
Sebaliknya, kata beliau kemenangan besar itu adalah hasil kejayaan Pakatan Rakyat dan oleh kerana itu,secara peribadi beliau tidak mahu Pakatan Rakyat berpecah.
Mengulas dakwaan bahawa PAS tidak menyokong Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar kerana parti itu tidak menyokong wanita, beliau berkata tuduhan itu tidak benar.
LikeLike · · · 36764

Siapa kata Adun PAS tidak mahu Azizah, soal Adun Meru

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Abdul Rani Osman (gambar) menafikan wakil rakyat PAS menolak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor baharu.
"Siapa kata PAS tidak mahu wanita jadi pemimpin?
"Kalau kita tidak mahu, kenapa kita letak (exco) Dr Halimah dan (Ahli Parlimen Kota Raja) Dr Mariah? Itu bukan masalah," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan SUK di Shah Alam, hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menolak Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu dan mahu PKR menamakan calon lain.
Pertemuan Hadi dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Terengganu semalam juga dikatakan menemui jalan buntu apabila enggan berganjak dengan pendiriannya sebelum ini yang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar.
Sementara itu, Rani yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor mengingatkan kejayaan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Selangor bukan hasil usaha PAS saja, tetapi bersama-sama dengan DAP dan PKR di bawah Pakatan Rakyat (PR).
"Secara peribadinya saya tidak mahu PAS keluar Pakatan. Kita akan ikut keputusan (PAS Pusat) tapi tidak mahu berpecah," katanya.
Ditanya pendiriannya mengenai krisis kedudukan menteri besar Selangor, Rani enggan memberikan sebarang komen.
"Saya bukan pesuruhjaya lagi tetapi ada dapat surat 'gag order' tunggu sehingga 17 Ogos nanti," katanya. – 12 Ogos, 2014.



TG Haji Hadi tetap tolak DS Wan Azizah sebagai calon MB!
Sumber dalaman PKR Terengganu memberitahu, dalam pertemuan bersama Anwar dan Hadi di sebuah hotel di Marang petang semalam, Presiden PAS itu bertegas menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Hadi, yang sebelum ini dilaporkan bertegas mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor, mahu PKR menamakan calon lain selain Wan Azizah...
Siapa nama yang disebut-sebut oleh PAS sebagai calon yang sesuai sila baca disini.. http://bit.ly/1A9ldbZ


‪#‎krisisMB‬
ULASAN TERBAIK DARI MP PAS PARIT BUNTAR !
Amaran jangan pecah menjelang mesyuarat PAS
Menjelang mesyuarat jawatankuasa PAS bagi memutuskan pendirian mereka berhubung isu menteri besar Selangor, parti itu didesak kekal bersama Pakatan Rakyat yang dibentuk sejak 2008.
Anggota jawatankuasa pusat parti itu Datuk Mujahid Yusof berkata walaupun terdapat kelemahan dalam Pakatan, gabungan itu tidak harus berpecah hanya kerana seorang lelaki, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khalid semalam berkata telah mendapat perkenan sultan untuk kekal sebagai menteri besar walaupun telah dipecat daripada PKR sebelum itu.
Beliau mendakwa masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) – kenyataan yang dianggap meragukan oleh PKR dan DAP.
“Semangat dan idealisme Pakatan terlalu baik untuk diketepikan hanya kerana seorang individu,” kata Mujahid yang juga anggota parlimen Parit Buntar dan ketua biro perpaduan PAS kepada Malaysiakini.
Sambil menegaskan pertukaran menteri besar sebagai perkara biasa, Mujahid berkata ia sebahagian kuasa parti yang sebenarnya tidak memerlukan alasan pun untuk melakukannya.
“Siapa Khalid? Kenapa dia begitu istimewa? Kita lihat menteri besar datang dan pergi. Ia tidak patut ditangani sebagai sesuatu yang istimewa atau mengejutkan,” tegasnya.
Admin : terbaik ustaz ! Ulasan yang bijak membuka minda penjumud kewalaan segelintir dalam pas. Seperti ketua kewalaan ustak MP Temerloh totokwi no egg. Kah3
‪#‎LikeJeneralYakuzaOgawaFBpages‬
-AP-

 3:57PM - 12 Aug 2014

DAP terus tekan PAS isytihar pendirian


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata, PAS tidak boleh lagi menangguhkan keputusannya dan harus mengisytiharkan sama ada mereka dalam satu barisan bersama Umno untuk mendukung Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, dengan terus menangguhkan menyatakan pendiriannya, ia seolah-olah tidak mengambil kira tanggungjawab terhadap mandat rakyat Selangor yang memberikan PAS 15 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum lalu.

Lim berkata jika PAS menyebelahi Khalid dan bukannya Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, tindakan itu akan mendorong ke arah perpecahan Pakatan.

“Jika PAS enggan merestui pertukaran menteri besar Selangor, dengan menggantikan Khalid dengan pilihan PKR Wan Azizah, ia akan segera memecahkan dan menamatkan Pakatan, di Selangor dan di peringkat nasional,” katanya.

Khamis lalu, Majlis Syura PAS, badan tertinggi dalam parti itu, memutuskan menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, sebuah lagi keputusan penting bakal dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya pada 17 Ogos ini, yang sebelum ini telah dua kali ditangguhkan.

 8:32PM - 12 Aug 2014

'Hati-hati bila musuh puji kita, PAS'


Aktivis PAS semakin resah memikirkan kemungkinan berlaku keretakan dalam parti itu ekoran krisis menteri besar Selangor, terutama selepas pemecatan semua exco PKR dan DAP oleh Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Datuk Tamrin Ghafar, anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, juga mengingatkan parti itu supaya berhati-hati, lebih-lebih lagi apabila pihak “musuh” mula memuji parti itu.

“Berhati-hatilah apabila musuh mulai memuji kita.

"Pada saya Khalid bukan justifikasi sehingga kita boleh berpecah dan berpisah,” katanya yang juga bekas anggota parlimen Batu Berendam.

Umno kini mengambil pendirian menyokong Khalid kekal sebagai menteri besar manakala PAS masih belum membuat pendirian dan hanya akan memutuskannya pada 17 Ogos ini.

Pentadbiran Khalid kini hanya berfungsi dengan empat exco daripada PAS selepas penyingkiran wakil DAP dan PKR yang kuat mengkritiknya.

Dalam kenyataannya hari ini, Tamrin berkata, keretakan tidak harus berlalu memandangkan Khalid yang mahu dikeluarkan tidak pun mempunyai parti lagi selepas dipecat PKR.

“Mungkin Allah SWT nak tunjukkan kita siapa sebenarnya Khalid. Apakah dia ini musang berbulu ayam,” katanya lagi.

Mengingatkan krisis yang berlaku sebagai ujian besar, beliau mengingatkan supaya semua pihak mengakui kesilapan masing-masing dan “membuang yang keruh dan mengambil yang jernih”. 
Tan Sri Khalid sengaja memecat Exco DAP dan PKR....
Ramai menyangka ia hanya mensasarkan DAP dan PKR...
Sementara itu dengan cara berhalus ia menekan PAS.
Group UG pula melancarkan Gerak 2...secara halus pada ahli PAS...
Sama ada PAS bergabung dengan UMNO.... Atau PAS akan menerima akibat paling rugi... Inilah perancangan besar UG.

UMNO pula bagi perancangannya adalah di peringkat pusat.... Ada sesuatu yang besar yang akan diubahnya....bagi kekuatannya untuk PRU 14 akan datang.
UMNO hanya mahu Khalid kekal MB... Sementara merancang untuk menghapuskan semua parti PR.
Sama ada PAS jalan sendiri atau bersama UMNO....
PAS tetap juga akan dihancurkan perlahan-lahan.
Menurut perisikan Group UG.... Telah mendapat mempengaruhi 2 per 3 ahli.


TERBUKTI TAN SRI KHALID BERBOHONG KEPADA SULTAN SELANGOR ?

Written By canang on Selasa, 12 Ogos 2014 | 8/12/2014 09:03:00 PTG


TERBUKTI TAN SRI KHALID BERBOHONG KEPADA SULTAN SELANGOR ?
Khalid Ibrahim Kantoi - 32 ADUN Selangor Termasuk 4 ADUN PAS Sokong Wan Azizah Jadi MB.
Sekurang-kurangnya 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) sudah menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyatakan hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor.
Semua 15 Adun DAP, 13 PKR dan 4 Adun PAS menandatangani SD tersebut, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap Khalid yang mengatakan memiliki sokongan majoriti selepas menghadap Sultan Selangor semalam.
Sumber daripada DAP dan PAS memberitahu The Malaysian Insider dengan kenyataan bersumpah itu, sangat tidak logik apabila Khalid mengatakan dirinya masih memiliki sokongan.
Terdapat 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Pemimpin DAP mengesahkan semua Adun Selangor mereka sudah menandatangani SD pada Ahad tetapi buat masa sekarang tidak merancang menggunakannya secara terbuka untuk mendesak Khalid meletakkan jawatan.
Sementara Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak mengesah atau menafikan kewujudan SD tersebut apabila dihubungi The Malaysian Insider.
"Kami akan keluar kenyataan selepas ini dan pemimpin parti perlu dirujuk," kata Saifuddin apabila ditanya mengenai SD tersebut.
Saifuddin berkata, perbincangan perlu dilakukan secara teliti sebelum mengeluarkan sebarang pendirian selepas perkembangan terkini krisis di Selangor.
Adun Kampung Tunku daripada DAP Lau Weng San yang dihubungi The Malaysian Insider berkata mekanisma tersebut ada dibincangkan tetapi perlu menunggu arahan daripada pusat.
Sumber dalaman PAS juga mendedahkan empat Adun mereka sudah menandatangani SD tersebut.
Khalid semalam berkata beliau memberikan penjelasan kepada Majlis Dewan Diraja Selangor dan Sultan Selangor mengenai kedudukannya sebagai menteri besar.
"Saya jelaskan di sebalik pemecatan sebagai ahli PKR saya masih memperoleh kepercayaaan majoriti ahli Dewan," kata Adun Pelabuhan Klang itu dan menambah Sultan berpuas hati dengan penjelasannya dan memberi perkenan agar beliau terus menjadi menteri besar Selangor.
"Sehingga ada perkembangan terbaru, saya akan terus jalankan tugas,” katanya.
Khalid dipecat daripada PKR kerana enggan memberikan laluan kepada Dr Wan Azizah untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.
PR kini mempunyai 43 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor.
PKR kini hanya tinggal 13 kerusi, PAS dan DAP 15 sementara Umno mempunyai 12 kerusi DUN.
Khalid kini merupakan Adun bebas tetapi masih belum diketahui sama ada beliau akan menyertai parti lain dalam tempoh terdekat.
Semalam PKR dan DAP mendesak Khalid membuktikan sokongan yang dimilikinya seperti dipersembahkan kepada Sultan Selangor dengan mengadakan sidang DUN tergempar.
Kedua-dua parti PR itu berkata, kenyataan Khalid mengatakan mendapat sokongan majoriti Adun Selangor meragukan.
"Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak istana, beliau mempunyai sokongan majoriti di DUN itu meragukan," kata kenyataan bersama yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Saifuddin dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua. – 12 Ogos, 2014.



 
Siapa Dalam Sidang Khalid Ibrahim?
Posted on Tuesday, August 12 @ 17:46:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Siapa dia ini dan kenapa dia ada dalam sidang TSKI?

Pembaca boleh siasat...



 Pemecatan serta-merta Exco Selangor tidak sah, kata pensyarah
Posted on Tuesday, August 12 @ 20:52:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Tindakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat 6 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor tidak sah dan terbatal, menurut pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Profesor Gurdial S Nijar. – Gambar The Malaysian Insider oleh 12 Ogos, 2014.

Pemecatan serta merta 6 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak sah dan terbatal, kata pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Prof Gurdial S Nijar.

Dalam satu kenyataan, Gurdial berkata pemecatan serta-merta itu tidak sah dari segi undang-undang.

"Hanya Sultan yang boleh memecat anggota Exco, menteri besar boleh mencadangkan, namun ia boleh diterima atau ditolak," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider petang ini.

"Pemecatan serta-merta tidak sah dari segi undang-undang," kata Gurdial.

Pakatan Rakyat (PR) hari ini kehilangan kerajaan Selangor apabila Khalid memecat kesemua anggota Exco PKR dan DAP.

Lima daripada Exco yang terlibat menerima surat pemecatan mereka, sementara Exco PKR Rodziah Ismail berada di luar negara.

Tindakan Khalid ini meninggalkan beliau dengan 4 Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Gurdial berkata, pemecatan itu tidak sah apabila anggota Exco yang dipecat tidak diberi peluang bersuara.

"Hujah Khalid memecat kesemua 6 anggota Exco juga tidak berasas dan ada kelompangan dari aspek perundangan," katanya.

Khalid berkata, kesemua 6 Exco dari DAP dan PKR itu membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok yang bertujuan mengurangkan keberkesanan Exco.

"Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya Exco ini tidak meneruskan kerjanya kerajaan negeri Selangor," kata Khalid kepada pemberita.

Gurdial berkata, kesemua anggota Exco itu dalam kenyataan yang dipecat hari ini berkata, Khalid tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian, kata 6 Exco berkenaan.

Mereka menghormati keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengekalkan Khalid sebagai menteri besar, tetapi "ia hanyalah dalam kapasiti peralihan."

"Sebarang keputusan Exco perlulah diundi supaya fungsi Khalid dihadkan kepada kapasiti peralihan.

"Kami, ahli Exco dari PKR dan DAP tidak akan berjumpa dengan Khalid, kecuali di mesyuarat mingguan Exco untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing," katanya.

Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini, mereka berkata mereka akan meneruskan tugas harian sehinggalah menteri besar baru dilantik menggantikan Khalid.

Ahli Exco yang dipecat Khalid adalah Datuk Teng Chang Kim (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan), Rodziah Ismail (Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita), Ean Yong Hian Wah (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram), Elizabeth Wong (Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Dr Daroyah Alwi (Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Ganabatirau Veraman (Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin).

"Exco hanya mengeluarkan kenyataan menurut titah sultan dan akan bertindak berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri," kata Gurdial. – 12 Ogos, 2014.-themalaysianinsider


 Antara Khalid Al-Walid dengan Khalid Ibrahim
Posted on Tuesday, August 12 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Isu pertukaran MB Selangor semakin kusut dan mengusutkan seperti segulung benang yang terlepas dark pada gulungannya, tentu rumit untuk mengulung kembali.

Boleh tapi sedikit rumit dan makan masa, perlu orang yang Benar-Benar berkemahiran. Selain orangnya mesti memiliki kesabaran, Tabah, Amanah, jujur dan ikhlas.

Penulis ingin mengambil iktibar Kisah Saidina Khalid Al-Walid radhiayallahu anhu seorang Panglima Tentera Islam yang tersohor sejak zaman Rasulullah SAW, kemudian zaman Khalifah Saidina Abu Bakar RA dan juga Saidina Umar Al-Khattab RA.

Kehebatan Khalid Al-Walid RA amat dikenali dalam melawan dan berdepan musuh Islam antara peperangan besar Beliau menjadi Panglima Islam ialah Perang Mu'tah, Yarmouk, Qadisiyah dan lain-lain.

Bagaimanapun di zaman Khalifah Umar Al-Khattab RA, Khalid Al-Walid RA yang hebat dan tersohor telah ditukar Oleh Khalifah Umar RA dengan Panglima Abu Ubaidah Al-Jarrah RA dalam waktu Perang sedang berkecamuk.

Hebatnya dan jiwa besar seorang Panglima tersohor, Saidina Khalid Al-Walid RA, Beliau Akur dengan keputusan pertukaran itu, Tanpa bantahan.

Malah Beliau Terus Ikut berperang dibawah Panglima baru yang menggantikan Beliau, iaitu Saidina Abu Ubaidah Al-Jarrah RA. Kemenangan kepada tentera Islam diberikan Oleh ALLAH Ta'ala.

Itulah kehebatan Khalid Al-Walid RA yang mesti menjadi teladan kepada semua pemimpin umat Islam Hari ini. Apa pun Jabatan, kedudukan dan pangkat yang kita duduk.

Pengajaran untuk semua


Khusus yang bergelar pemimpin, Sama Ada Kecil atau besar, belajar jiwa Tawaduk dan jiwa besar serta ikhlas Khalid AL-Walid RA. Jawatan, pangkat dan kedudukan bukan Harta warisan, bukan juga hak mutlak seseorang dan tidak mungkin untuk dibawa hingga ke kubur.

Habis tempoh masanya, berakhirlah ia...

Kepada semua yang bergelar KETUA atau pemimpin, sedarlah bahawa jawatan dan pangkat hanyalah jambatan untuk kita beramal, melaksana AMANAH dan berbakti Demi Mencari redha ALLAH Ta'ala.

Jika isyarat kawan kita dah sampai, Bijak-bijaklah kita menilainya...jangan sekali-kali kita rasa besar diri, ego dan angkuh, apatah lagi merasakan kitalah yang hebat dan terbaik.

Beringat-ingatlah, Sesungguhnya pandangan Ramai atau jemaah itu lebih baik dan banyak barakahnya, berbanding pandangan kita seorang. Hormatilah jemaah, patuhi dan taatlah pemimpin, selagi pemimpin itu taatlah ALLAH Ta'ala dan taatlah Rasul-Nya.

Kesimpulan penulis


1. Penulis cuma seorang insan dan Rakyat Kerdil dan marhaen, tapi amat terasa dan terbuka dengan situasi politik tidak Bijak para pemimpin besar yang diharapkan membawa politik baru yang terbaik lebih baik daripada BN/Umno/Mac/mic dan rakan lain mereka di Sabah dan Sarawak.

2. Sepatutnya para pemimpin PR berjiwa besar, bijaksana dan IKHLAS dalam menangani apa jua perbezaan. Jangan kita dilihat musuh, musuh ketawa melihat kita seperti Kucing dengan anjing.

3. Penulis sebagai Rakyat marhaen yang mendambakan pemerintahan yang barakah, amat terluka dengan PR di Perak dulu, dan di Kedah, sehingga menyebabkan kedua-dua Negeri PR itu terlepas. Kerana kita tidak Bijak mengurus konflik dan perbezaan. Pada Hal PR Sama Ada PAS, PKR dan DAP memiliki pemimpin yang terbaik, berbanding BN.

4. Jangan ulangi kesilapan Sama dalam perkara Sama.

5. Sultan adalah penaung Rakyat dan negeri, kenapa semua ADUN PR seramai 15 PAS, 15 DAP dan 13 PKR tolak TS Khalid Ibrahim, mengadap kebawah Duli Sultan Selangor untuk mengemukakan Cadangan MB baru, bersama justifikasi penukaran MB Selangor.

6. Atau semua presiden ketiga-tiga Parti PR sendiri memohon mengadap Kebawah Duli Sultan Selangor bersama 43 ADUN Pakatan Rakyat.

7. Jauhi sikap jatuh menjatuhkan sesama kawan, kalaupun kita tak suka lagi dengan TS Khalid Ibrahim jadi MB, janganlah hina dia. Ingatlah juga Segala masanya Selama menjadi MB Selangor dan pemimpin parti.

Sekian, dahulu sekadaq melontarkan idea Demi Mencari redha ALLAH Ta'ala."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
IbnuSabah
Posted on Tuesday, August 12 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo




 7:27PM - 12 Aug 2014

Nik Amar: 15 ADUN PAS S'gor perlu sokong Khalid


Kesemua 15 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor perlu memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kekal menerajui Selangor sebagai menteri besar.
  
Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sokongan berkenaan selari dengan pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

"Apabila Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan menyokong Abdul Khalid dan selagi parti masih belum membuat apa-apa keputusan (lain) mengenainya, dari segi kewajipan wakil rakyat PAS Selangor akan (terus) bersama-sama beliau (Abdul Khalid).
  
"Arahan juga sudah dikeluarkan kepada Exco PAS Selangor supaya kekal dengan jawatan yang ada sekarang," kata Nik Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.
  
Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat keanggotaannya daripada PKR, Sabtu lalu.

Perkenan baginda itu diumumkan sendiri oleh Abdul Khalid dalam sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan selepas menghadap Sultan Selangor berkaitan kedudukan jawatan menteri besar.
  
Pada 7 Ogos lalu, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan bahawa Abdul Khalid tidak boleh digugurkan daripada jawatan menteri besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah sebagai menteri besar yang mewajarkannya disingkirkan.
  
Mohd Amar  berkata Majlis Syura Ulama merupakan badan tertinggi dalam parti dan segala yang diputuskan majlis itu selalunya tidak akan disanggah oleh anggota mahupun kepimpinan.

- Bernama



 

Selasa, 12 Ogos 2014


4 ADUN PAS sokong Wan Azizah sebagai MB baru, Khalid hilang sokongan.....

Sekurang-kurangnya 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) sudah menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyatakan hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor.
Semua 15 Adun DAP, 13 PKR dan 4 Adun PAS menandatangani SD tersebut, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap Khalid yang mengatakan memiliki sokongan majoriti selepas menghadap Sultan Selangor semalam.
Sumber daripada DAP dan PAS memberitahu The Malaysian Insider dengan kenyataan bersumpah itu, sangat tidak logik apabila Khalid mengatakan dirinya masih memiliki sokongan.
Terdapat 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Pemimpin DAP mengesahkan semua Adun Selangor mereka sudah menandatangani SD pada Ahad tetapi buat masa sekarang tidak merancang menggunakannya secara terbuka untuk mendesak Khalid meletakkan jawatan.
Sementara Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak mengesah atau menafikan kewujudan SD tersebut apabila dihubungi The Malaysian Insider.
“Kami akan keluar kenyataan selepas ini dan pemimpin parti perlu dirujuk,” kata Saifuddin apabila ditanya mengenai SD tersebut.
Saifuddin berkata, perbincangan perlu dilakukan secara teliti sebelum mengeluarkan sebarang pendirian selepas perkembangan terkini krisis di Selangor.
Adun Kampung Tunku daripada DAP Lau Weng San yang dihubungi The Malaysian Insider berkata mekanisma tersebut ada dibincangkan tetapi perlu menunggu arahan daripada pusat.
Sumber dalaman PAS juga mendedahkan empat Adun mereka sudah menandatangani SD tersebut.
Khalid semalam berkata beliau memberikan penjelasan kepada Majlis Dewan Diraja Selangor dan Sultan Selangor mengenai kedudukannya sebagai menteri besar.

“Saya jelaskan di sebalik pemecatan sebagai ahli PKR saya masih memperoleh kepercayaaan majoriti ahli Dewan,” kata Adun Pelabuhan Klang itu dan menambah Sultan berpuas hati dengan penjelasannya dan memberi perkenan agar beliau terus menjadi menteri besar Selangor.
“Sehingga ada perkembangan terbaru, saya akan terus jalankan tugas,” katanya.
Khalid dipecat daripada PKR kerana enggan memberikan laluan kepada Dr Wan Azizah untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.
PR kini mempunyai 43 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor.
PKR kini hanya tinggal 13 kerusi, PAS dan DAP 15 sementara Umno mempunyai 12 kerusi DUN.
Khalid kini merupakan Adun bebas tetapi masih belum diketahui sama ada beliau akan menyertai parti lain dalam tempoh terdekat.
Semalam PKR dan DAP mendesak Khalid membuktikan sokongan yang dimilikinya seperti dipersembahkan kepada Sultan Selangor dengan mengadakan sidang DUN tergempar.
Kedua-dua parti PR itu berkata, kenyataan Khalid mengatakan mendapat sokongan majoriti Adun Selangor meragukan.
“Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak istana, beliau mempunyai sokongan majoriti di DUN itu meragukan,” kata kenyataan bersama yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Saifuddin dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua.
 

PAS perlukan Pakatan, tidak boleh bersendirian, kata naib presiden‎















Bergabung dalam Pakatan Rakyat dengan dua parti bersekutu adalah masa terbaik untuk PAS, kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa. Gambar fail The Malaysian Insider.Bergabung dalam Pakatan Rakyat dengan dua parti bersekutu adalah masa terbaik untuk PAS, kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa. Gambar fail The Malaysian Insider.Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa membidas pandangan sesetengah pemimpin yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan berjuang bersendirian atau menyertai Umno dalam Barisan Nasional (BN).
Husam berkata, berjuang bersendirian umpama PAS kembali ke zaman 1980-an di mana parti itu bersendirian tanpa bersekutu dengan mana-mana pihak selepas ditendang keluar daripada BN.
"Saya masuk PAS ketika PAS sendirian, keluar daripada BN. Saya masih muda ketika itu, lihat seolah-olah PAS tiada masa depan.
"Bertanding kalah, Kelantan yang kuat pun tinggal dua kerusi," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, hujung minggu lalu.
Husam berkata, masa terbaik bagi PAS adalah bekerjasama dengan PR kerana ia memberikan peluang sama rata kepada setiap parti.
"Jika kita ikut Umno kita umpama gerabak pada Umno bukan lokomotifnya. Sampai bila pun kita tidak dapat memintas Umno sebab kita satu landasan.
"Tapi dalam PR landasan kita parallel sebab kita punya landasan berbeza dan persaingan sihat untuk masa depan politik lebih baik. Kalau baik PAS, maka PAS akan mengetuai, jika PKR yang baik maka ia akan jadi ketua. Kita perlu yakin politik Melayu akan berlaku rekonstruksi.
“Tetapi jika adik-adik atau anak muda yang rasa lebih baik PAS keluar PR, saya tidak pasti. Percayalah kita perlu 30 tahun membetulkan dan meyakinkan semula orang ikut PAS. Pada saya situasi sekarang lebih baik," katanya.
Kenyataan Husam itu dibuat ketika sesetengah pihak dalam PAS kelihatan mahu keluar PR selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR.
Ini kerana, pimpinan Ulama dalam PAS termasuk Majlis Syura Ulama membuat keputusan menyokong Khalid sebagai menteri besar Selangor berbanding cadangan PKR mahu menukarnya dengan  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Malah ada juga ahli PAS gembira apabila ada laporan menyatakan pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yakub berkata, parti itu sedia membuat tawaran kepada Khalid menjadi ahli. Bagaimanapun, Ahmad menafikan berita itu semalam.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi sebelum ini melancarkan Gerak II sebagai simbolik menubuhkan gerakan menyokong Khalid selepas Gerak yang pertama dilancarkan bekas presiden parti allahyarham Datuk Fadzil Mohd Nor untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat Umno pada 1998.
Pada masa sama, melalui media sosial khasnya Facebook diedarkan gambar pertemuan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dengan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum.
Namun pertemuan pada satu majlis hari raya itu tidak dapat disahkan tarikhnya.
Tafsiran nakal tentang penubuhan kerajaan perpaduan dibuat kerana Haron adalah pihak yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura Ulama selepas pengerusinya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau hanya mempengerusikan mesyuarat di Kota Baru selama setengah jam yang pertama saja sebelum keputusan dicapai. – 12 Ogos, 2014.
 8:47AM - 12 Aug 2014

Khalid saman portal berita Malaysian Insider


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memfailkan saman terhadap portal berita Malaysian Insider semalam kerana didakwa menyiarkan satu siri artikel dan ulasan terhadap beliau, seolah-olah ia menjalankan kempen "anti-Khalid".

Antara lain, mereka mempersoalkan penyelesaian RM70 juta pinjaman Khalid dengan Bank Islam di mana beliau telah memfailkan tuntutan balas terhadap bank itu, dan juga dalam menangani isu lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Abdul Khalid memfailkan saman itu melalui peguamnya New Sin Yew dari firma guaman Bon Advocates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau menamakan Ketua Pegawai Eksekutif dan editornya, Jahabar Sadiq dan editor Bahasa Malaysia, Amin Shah Iskandar, sebagai defendan.

Saman itu merujuk pada tujuh laporan dalam bahasa Inggeris yang disiarkan portal tersebut:


  • ‘Going by Selangor ruler's criteria, Khalid should quit as MB’ (July 24)
     
  • ‘Let Pakatan Rakyat decide Selangor MB post, not Umno’ (July 17), where the article questioned Khalid's settlement regarding the Bank Islam's loan;
     
  • ‘Selangor MB must clear the air over loan deal’ (June 9)
     
  • ‘Won't Selcat look into Khalid's deals?’ (July 4)
     
  • ‘Will Kidex be Khalid's highway to hell’ (June 20)
     
  • ‘Is the government running scared of religious authorities?’ (June 15)
     
  • ‘When a tasteless and misogynist remark shows up Umno's fear’ (July 15)                

Turut dinamakan ialah The Edge Communications Sdn Bhd, yang megambilalih portal berita itu enam bulan lepas.

Beliau juga memohon ganti rugi teruk dan teladan dan penarikan balik artikel berkenaan.

Jahabar yang juga ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan berkata, mereka masih belum menerima tuntutan saman tersebut pada hari ini.

"TMI juga menjawab kepada surat tuntutan peguam Khalid dan akan mempertahankan apa-apa saman dengan sedaya mungkin sekiranya difailkan.

"TMI, pemiliknya dan para editor tertanya-tanya kerana terdapat laporan mengenai saman fintah kerana tiada notis yangditerima.

"Kami juga hairan kerana TMI dilihat 'seolah-olah menjalankan kempen anti-Khalid', seperti dilaporkan portal bertia Malahysiakini sedangkan kami berusaha meliputi segenap segi dalam isu menteri besar Selangor," kenyataan itu dipetik.
 3:00PM - 11 Aug 2014

Isu MB: Di mana silap langkah PKR?

Memecat Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai anggota PKR tidak cukup untuk menyingkirkannya daripada kerusi menteri besar Selangor, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Aziz memberitahu Malaysiakini, PKR “silap” apabila tidak membuktikan bahawa Khalid hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu sebelum memecat anggota DUN Pelabuhan Klang itu.

“PKR buat silap apabila tidak teruskan usaha menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 29 daripada 43 anggota Pakatan dalam dewan menentang Khalid,” katanya.

“Pemecatan mungkin menggambarkan penarikan sokongan tetapi tidak cukup untuk menyingkirkan Khalid daripada jawatannya,” katanya.
4:20PM - 12 Aug 2014

Bolehkan speaker undi tolak MB S'gor?


Usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibraim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kemungkinan besar akan berlaku apabila masing-masing Khalid dan PKR-DAP membuat dakwaan bertentangan.

Khalid mempersembahkan kepada sultan semalam bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti dalam DUN tetapi PKR dan DAP meragukannya.

Bagaimanapun, mata kini tertumpu kepada speaker DUN Hannah Yeoh, yang juga wakil rakyat DAP, sama ada beliau boleh mengundi atau tidak jika usul itu dikemukakan dalam dewan.

DAP dan PKR, termasuk speaker, mempunyai 28 ADUN, cukup-cukup separuh dewan.

Manakala PAS mempunyai 15 kerusi, Umno (12) dan bebas (Khalid) dengan satu kerusi. Jika mereka membentuk gabungan baru, ini bermakna kelompok kedua juga mempunyai kekuatan sama dengan 28 kerusi.

Justeru, undi speaker, jika dibenarnya, hanya mampu membuatkan kedua-dua pihak seri dan memastikan PAS dan DAP tidak hilang majoriti di Selangor.

Dalam beberapa sistem Westminister, seperti Australia, speaker tidak dibenarkan mengundi walaupun beliau juga seorang ADUN, kecuali jika keadaan seri.

Dalam kes Selangor, bolehkah seorang speaker mengundi ketika mempengerusikan dewan?

Tuesday, 12 August 2014


KENYATAAN MEDIA KEDUDUKAN ANGGOTA-ANGGOTA EXCO SELANGOR DIBAWAH DATO' MENTERI BESAR SELANGOR YAB TAN SRI DATO' SERI KHALID IBRAHIM .. SOKONG TERUS BERKHIDMAT TETAPI MELETAKKAN BEBERAPA SYARAT.



KENYATAAN MEDIA

PARTI KEADILAN RAKYAT & PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK
SEMUA KEPUTUSAN MELALUI PROSES UNDIAN DALAM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (MMKN)


Kami ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau EXCO) dari KEADILAN dan DAP menghormati perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor bahawa YAB Tan Sri Khalid Ibrahim meneruskan tugas sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor dalam suasana sekarang.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, KEADILAN dan DAP akan menggunakan kaedah yang menepati Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Sebagai menghormati kehendak rakyat dan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor tersebut, kami akan terus menjalankan tugas harian sehinggalah seorang Menteri Besar baru dari Pakatan Rakyat dilantik untuk menggantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam tempoh peralihan ini, urusan yang melibatkan kami, anggota EXCO dari KEADILAN dan DAP adalah mengikut mandat yang telah ditetapkan oleh parti seperti berikut:

1. Kedudukan dan fungsi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat dilantik;

2. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian. Sebarang keputusan MMKN perlulah diundi supaya fungsi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dihadkan kepada kapasiti peralihan; dan

3. Kami, ahli EXCO dari KEADILAN dan DAP tidak akan berjumpa dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (kecuali di mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing

Perkara-perkara diatas akan dilaksanakan serta merta.

Kami akan terus menjalankan tugas mengikut mandat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat sementara perkara ini diselesaikan secara baik dan seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat mengambil alih dalam masa terdekat.

DATO’ TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

SAUDARA EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

PUAN WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

SAUDARA GANABATIRAU A/L VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

12 Ogos 2014
4:34PM - 12 Aug 2014

PKR, DAP ingin exconya kekal


Exco-exco kerajaan negeri Selangor dari DAP dan PKR menegaskan bahawa mereka akan meneruskan tugas masing-masing namun enggan bertemu dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kami akan terus menjalankan tugas harian sehinggalah seorang menteri besar baru dari Pakatan Rakyat dilantik untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kami tidak akan berjumpa dengan Tan Sri Khalid Ibrahim (kecuali di mesyuarat mingguan exco) untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing," kata enam exco tersebut dalam satu kenyataan.

Menurut mereka, tindakan itu selaras dengan Undang-undang Tubuh Negeri serta menghormati kehendak rakyat dan titah Sultan Selangor.

Pada masa sama, ia diambil atas anggapan Khalid hanya menjalankan tugas sebagai MB "dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang MB dari Pakatan Rakyat dilantik".

Mereka juga menggesa Khalid dan anggota exco lain agar tidak membuat sebarang keputusan tanpa proses mengundi.

"Sebarang keputusan exco perlulah diundi supaya fungsi Tan Sri Khalid Ibrahim dihadkan kepada kapasiti peralihan," kata mereka.

'Pertahan kepentingan rakyat'

Selangor mempunyai sepuluh orang exco dengan komposisi tiga orang dari PKR, tiga orang dari DAP serta empat orang dari DAP.

Khalid dalam kenyataannya semalam menggesa agar mana-mana exco yang tidak dapat bekerjasama dengan beliau agar berundur.

Menurutnya, daripada segi perundangan, kerajaan Selangor boleh berfungsi dengan hanya empat orang exco.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyatakan kehadiran exco mereka adalah untuk memeriksa dan menimbang (check and balance) pentadbiran Khalid.

"Mereka diarahkan terus jalankan tugas sebagai exco untuk pertahankan kepentigan rakyat.

"Mereka perlu pertahankan kepentigan rakyat, bukan kepentingan individu (Khalid)," kata beliau ketika ditemui di Shah Alam hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini kesemua exco daripada PKR dan DAP dipecat serta-merta oleh Khalid petang ini. 


 Istana tolak Wan Azizah mengadap, PKR bincang nama lain malam ini - Sumber
Posted on Tuesday, August 12 @ 17:04:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





KUALA LUMPUR: Pimpinan PKR dijangka membincangkan satu lagi nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada malam Selasa selepas pihak Istana Selangor difahamkan menolak pemohonan mengadap oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada pagi hari yang sama untuk membincangkan isu berkenaan.



Ia juga disifatkan perjumpaan susulan PKR Selangor selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Terengganu pada Isnin.

Menurut sumber dalaman PKR, mesyuarat Biro Politik Pusat PKR itu akan melihat kembali keputusan pencalonan Wan Azizah selain penolakan PAS sendiri yang tidak mahu isteri Anwar menjadi menteri besar.

"Hadi yang telah menyampaikan persetujuan PAS untuk menurunkan Abdul Khalid juga meminta nama lain selain Wan Azizah.

"Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Selangor juga sudah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat berkenaan," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.

Menurut laporan Malay Mail yang memetik sumber memberitahu, Istana Selangor menolak permohonan PKR mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membincangkan isu pemecatan Abdul Khalid dari parti.

Sumber itu turut memaklumkan, difahamkan Anwar sendiri menulis surat permohonan mengadap bagi pihak Wan Azizah yang menjadi calon untuk menggantikan Abdul Khalid.

Bagaimanapun, penolakan surat itu dilihat kerana tindakan tidak wajar PKR dalam proses bertemu pihak istana sendiri.

Dalam pada itu sumber memaklumkan, ADUN Selangor yang dipanggil malam ini akan diminta memberi nama lain untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Semua diminta beri nama lain, boleh calonkan sesiapa yang dirasakan wajar namun akan diputuskan kembali dalam mesyuarat Biro Politik malam ini," ujarnya

Pada Isnin, Sultan Selangor memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan pada hari yang sama pula menjelaskan, sehingga ada perkembangan baharu, dia kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Sebelum ini, Sultan Selangor pernah menolak permohonan mengadap Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad untuk memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai penghapusan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).- Astro

SEGERA: MB Selangor Pecat Semua Exco PKR Dan DAP


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) PKR dan DAP kerana cuba untuk mengehadkan kuasa beliau sebagai Menteri Besar Selangor.
Abdul Khalid berkata, surat itu yang juga dihantar kepada semua EXCO berkenaan, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini, berkuatkuasa serta-merta.
Bagaimanapun, Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau belum menulis surat kepada EXCO Kebajikan dan Hal ehwal Wanita, Dr Rodziah Ismail kerana berada di luar negaera.
“EXCO terbabit telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya untuk mengurangkan keberkesanan EXCO.
“Oleh itu, saya menulis surat kepada Sultan meminta supaya EXCO ini tidak meneruskan kerjanya dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini, sebentar tadi.
Senarai exco dipecat
DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan
RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita
EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram
ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar
DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi


VIDEO: KiniTV BM Exco kerajaan negeri Selangor dari parti PKR - Dr Daroyah Alwi dan Elizabeth Wong - masing-masing akur dengan keputusan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memecat mereka.
Bagi mereka, keputusan Khalid itu agak terburu-buru dan berikrar akan tetap setia bersama perjuangan Pakatan Rakyat.

Islam Bangkit's photo.

Islam Bangkit added a new photo.


Ku Azlinda Ku Jaafar feeling disappointed
5 hrs ·
Jika benar PAS keluar dr Pakatan Rakyat, PAS sebenarnya mengambil langkah kebelakang 30thn yg lepas. Usaha utk membenamkan ubn akan tersia begitu saja. Jika benar ini keputusan yg PAS ambil, saya rela menjadi pembangkang di dlm parti.
::A.B.U::

1 ulasan:

opisboi berkata...
klau btullah pas akan bergabung dgn umno maka segala usaha titik peluh, undi aku tidak aku halal bagi adun pas yg aku pangkah dan aku akan pastikan pru 14 akan hilang kerusi di selangor dan aku nak lihat pas akan ditendang keluar macam anjing kurap spt thn 78..nak dengar kelentong ustaz2 di masjid dan surau ttg gabungan umpas

Tiada ulasan: