Ahad, 17 Ogos 2014

TUTUP BUKU....YANG SUDAH BIAR BERLALU....BERTAUT BALIK...YANG PENTING DAPAT MENYELAMAT NEGERI...JADI PENGAJARAN SANGAT BERGUNA KEPADA SEMUA....ANGGAPLAH SERI....MENANG-MENANG

Abdul Khalid Terima Keputusan Pas Berhubung Status Jawatan MB Selangor


Pic: malaysianreview.comPic: malaysianreview.comSHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menerima dengan hati terbuka keputusan terbaharu PAS berhubung status jawatan menteri besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN).
Namun, beliau memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memberi nasihat tentang langkah seterusnya yang perlu dilakukan.
"Sehingga Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bersama empat anggota MMKN (Exco) daripada PAS.
"Ini adalah bagi meneruskan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri dan memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini," katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Khalid, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, dalam pada itu melahirkan ucapan terima kasih atas sokongan semua pihak dalam usahanya menjayakan agenda reformasi di Selangor.
Abdul Khalid turut menghargai kesungguhan dan kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berlandaskan undang-undang.
Pimpinan tertinggi PAS dalam satu mesyuarat khas hari ini membuat pendirian mengelirukan apabila mengumumkan tidak menyokong lagi kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Namun, dalam masa sama, PAS mengarahkan empat anggota Exco daripada parti itu untuk kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid.
PAS mencalonkan dua nama iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamad Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.
Keputusan sebulat suara itu dibuat selepas mesyuarat khas jawatankuasa kerja pusat PAS, sekali gus menggugurkan sokongan parti itu sebelum ini terhadap Abdul Khalid.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/po/newspolitics.php?id=1061038

FAEKAH HUSIN DAN MBInc PULA TUNJUK TARING, ADUN-ADUN PAKATAN HILANG PERUNTUKAN!!!

Thursday, August 14, 2014
Betullah seperti yang dikatakan oleh puak-puak pecacai Pakatan...

Faekah Husin memang kejam. Lebih kejam lagi ialah apabila dia menjadi dalang kepada tindakan-tindakan Khalid Ibrahim menzalimi Anwar Ibrahim serta Pakatan Rakyat Selangor. Selepas sahaja dia mengumumkan keluar dari PKR, Faekah sudah menjadi seorang PERMAISURI DOWAGER yang bukan sahaja mahu mengajar puak-puak Pakatan, tetapi juga wakil-wakil rakyat Pakatan yang selama ini sangat berlagak kerana tidak pernah putus bekalan kewangan.

Berita terbaru yang diterima ialah, ADUN-ADUN Pakatan bakal berhadapan dengan kesulitan kewangan apabila Menteri Besar Selangor memotong kesemua peruntukan mereka, kecuali ADUN-ADUN PAS yang menyokongnya sebagai Menteri Besar Selangor.

Paling terjejas ialah ADUN-ADUN PKR serta ADUN-ADUN DAP apabila selain peruntukan, 'pembersihan' GLC turut dijalankan dengan tindakan pertama adalah terhadap CEO Permodalan Negeri Selangor yang sangat kuat menyokong PKR.

Tidak sahaja peruntukan dipotong, bahkan fail-fail sulit mereka juga, khabarnya telah diserahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut, terutama pembabitan mereka dalam beberapa skandal kewangan dan penyelewengan kuasa yang sebelum ini cuba ditutup oleh Menteri Besar Selangor sebelum krisis kepimpinan.

Ahli-Ahli Majlis PBT juga tidak terkecuali bakal dikenakan tindakan oleh pentadbiran baru Kerajaan Negeri Selangor yang bebas daripada PKR dan DAP. Beberapa tindakan 'tergantung' termasuklah menguatkuasakan larangan arak dan maksiat di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti sebagai kawasan bermajoriti Melayu, akan dikuatkuasakan selain larangan pembesaran atau pembinaan kuil-kuil haram di tanah milik kerajaan yang berleluasa sepanjang Pakatan Rakyat berkuasa.

Semuanya kerana Anwar Ibrahim yang gila kuasa, menyebabkan Khalid tidak ada banyak pilihan selain terpaksa 'membetulkan' semula kepincangan yang telah berlaku di Selangor. Tindakan Anwar yang mahukan isterinya menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim bagi mendapatkan wang RM3 bilion rezab tunai negeri Selangor, tidak sahaja menjejaskan penguasaan PKR dan DAP, bahkan sikap bermaharajalela Ahli-Ahli Majlis PBT.

Yang sahihnya, SPRM sudah mula membuka kertas siasatan, bermula dengan Khalid Ibrahim sendiri sebagaimana yang dipintanya untuk tujuan membersihkan namanya daripada segala tohmahan dan fitnah keji Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Abdullah Sani, Mak Lampir Zuraida dan Anwar Ibrahim.

Dan selebihnya, kita boleh menjangkakan apa yang akan berlaku sehinggalah pada November apabila Sidang DUN dibuka semula!!!!





Muhyiddin Akui PR Lebih Baik Dari BN

Written By canang on Ahad, 17 Ogos 2014 | 8/17/2014 09:34:00 PTG

Muhyiddin Akui PR Lebih Baik Dari BN
Krisis politik Selangor pengajaran buat BN jadi parti lebih baik, kata Muhyiddin
Krisis politik di Selangor boleh dijadikan pengajaran buat Barisan Nasional (BN) untuk menjadi parti yang lebih baik, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata apa yang penting ialah BN sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan berterusan dalam menyelesaikan isu rakyat khususnya krisis air di negeri itu.
"Mereka tidak boleh selesaikan masalah sehingga berlarutan, tetapi kita tak mahu mengata mereka, mungkin ia satu pengajaran buat kita," katanya.
Beliau berucap merasmikan persidangan Perhimpunan Agung ke-38 Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) yang turut dihadiri Presiden Kimma Datuk Seri Syed Ibrahim Kader di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini. Muhyiddin mengibaratkan krisis perebutan kerusi menteri besar di Selangor tidak ubah seperti "drama yang panjang".
Krisis yang dilihat berpunca daripada apa yang dipanggil "Langkah Kajang" itu mencapai kemuncak apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR kerana enggan akur pada arahan parti supaya berundur.
Bagaimanapun, Khalid mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar dan memecat beberapa anggota exco DAP dan PKR yang tidak lagi menyokong pentadbiran beliau. Hari ini, pimpinan tertinggi PAS dalam satu mesyuarat khas mencalonkan dua nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamad Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Khalid.
Pendirian PAS itu dilihat mengelirukan kerana parti itu sebelum ini menyatakan sokongan kepada Khalid dan mengarahkan empat anggota exco daripada parti itu kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Khalid. – Bernama,



Tahaluf siyasi dengan PKR, bukan Abdul Khalid - Pemuda PAS

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menegaskan tahaluf siyasi parti itu adalah dengan PKR, bukannya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata PAS pernah menyokong Abdul Khalid sebelum ini berdasarkan pendirian PAS dalam berhadapan 'Langkah Kajang'.
"Pada ketika itu, pandangan PAS kedudukan Menteri Besar tidak berbangkit. Namun sokongan itu bertukar setelah Tan Sri Khalid digugurkan sebagai ahli PKR dan tidak lagi menjadi ahli PR.
"Tahaluf syiasi PAS adalah dengan PKR bukannya dengan Tan Sri Khalid. Bahkan PAS menegaskan komitmennya terhadap PR dengan tidak menuntut jawatan menteri besar kerana menghormati semangat setia kawan bersama PKR dan DAP," katanya dalam satu kenyataan
petang ini.
Kenyataan itu sebagai menyokong keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pagi tadi yang menarik balik sokongan terhadap Abdul Khalid dan menamakan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta Timbalannya, Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Suhaizan juga mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana berjaya mengemudi mesyuarat itu ini sehingga membuahkan keputusan yang dinamik.
"Keputusan berjaya dicapai dengan persetujuan semua ahli mesyuarat tanpa sebarang bangkangan.," katanya.

31 Januari, 2014


Patutlah Anwar Bersungguh-Sungguh Nak Bertanding Di DUN Kajang.. Ini Penjelasan Dari YB Khalid Samad

Ancaman berterusan Umno untuk menawan kembali Selangor menjadi punca PKR meletakkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata ahli Parlimen PAS.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, ancaman dan sabotaj Umno untuk memastikan Selangor tidak berada di bawah kuasa Pakatan Rakyat (PR) bagi penggal ketiga semakin jelas, sekaligus memerlukan campur tangan Ketua Umum PKR itu dalam pentadbiran kerajaan Selangor.


"Ancaman Umno tahap maksimum. Beliau tidak boleh benarkan Selangor dimenangi PR untuk sesi penggal ketiga," kata Khalid ketika sidang media di ibu pejabat beliau di Shah Alam, petang tadi.

"Anwar boleh campur tangan pentadbiran negeri jika jadi Adun. Boleh jumpa pegawai kerajaan untuk elakkan sabotaj," katanya.

Beliau turut berkata, Umno kini dipercayai sedang mengukuhkan usaha mereka dalam cubaan merampas Selangor melalui usaha sabotaj.

"Sangat kuat ancaman Umno di Selangor. Usahanya satu usaha yang akan dan sedang dipertingkatkan," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.

Anwar pada Selasa telah mengesahkan akan bertanding di kerusi DUN Kajang selepas Lee Chin Cheh melepaskan kerusi berkenaan untuk membolehkan beliau bertanding di kawasan itu.

Kawasan DUN Kajang membentuk populasi sejumlah 48% berbangsa Melayu, 40% Cina, 10% India, dan bakinya lain-lain kaum.

Barisan Nasional (BN) jelas Khalid berupaya merampas Selangor melalui kemarahan rakyat dengan berlakunya beberapa peristiwa, termasuk menggagalkan beberapa projek negeri.

Malah, krisis dalaman PKR juga jelasnya akan dapat dikekang dengan meletakkan Anwar dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Krisis Mohamed Azmin dan Abdul Khalid, ini menjejaskan operasi. Dengan adanya Anwar dalam kerajaan mungkin masalah ini akan dikurangkan dan ditambah baik perjalanan kerajaan termasuk mengatasi usaha sabotaj yang kita nampak sedang berlaku.

"Ada projek kerajaan negeri yang tak bergerak. Ada projek tergendala," katanya.

Khalid turut memuji tindakan Lee yang sanggup melepaskan kerusinya bagi memberi laluan kepada Anwar, meskipun tindakan berkenaan menerima kecaman banyak pihak.

"Ini berbeza dengan melompat parti ataupun khianat. Beliau telah berkorban. Kalau orang Umno, berebut nak kerusi jadi Adun...sogoklah, rasuah nak jadi Adun. Ini dah jadi Adun dia berkorban atas arahan parti.

"Rayuan saya kepada pengundi di Kajang, setelah Lee buat pengorbanan sedemikian rupa, janganlah mempersia-siakan pengorbanan beliau," katanya lagi, dan menambah Lee turut berkorban dengan memberikannya kepada calon yang dianggap lebih baik daripada dirinya. ~tmi
Isu MB Selangor: Nik Aziz tunggu penjelasan Hadi
pada 17-08-2014 06:08 
Post Pic
KOTA BHARU:  Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapatkan penjelasan daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai keputusan yang dibuat parti itu berhubung krisis politik Menteri Besar Selangor.
Beliau berkata, Presiden Pas itu akan datang ke negeri itu esok dan mengadakan pertemuan dengannya untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut.
"Dia (Abdul Hadi) akan jumpa (saya) di pejabat, esok saya baru boleh buat kenyataan, saya perlu dengar daripada dia," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Pas hari ini mengemukakan nama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Tindakan tersebut bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diketuai oleh Nik Abdul Aziz yang memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor. - utusan online
 

Khalid terima keputusan PAS dengan hati terbuka

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima dengan hati terbuka keputusan PAS berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

"Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

"Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Beliau juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

"Insya Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT," ujarnya lagi.

Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan Presiden PKR dan timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat turut memutuskan bahawa empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor daripada PAS akan terus berada dalam kerajaan negeri Selangor, untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas.

Manakala satu lagi keputusan adalah penegasan bahawa PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi. - HARAKAHDAILY 17/8/2014
Khalid tidak lagi boleh jadi MB sebab dipecat PKR, kata PAS
pada 17-08-2014 01:08 Ditulis Oleh Shawaliah Hadir, Shuhaniza Said dan Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic

KUALA LUMPUR: PAS hari ini menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur sebagai Menteri Besar Selangor susulan keputusan parti itu mahukan sama ada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ataupun Azimin Ali menggantikan beliau. 
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Khalid tidak lagi boleh menjadi Menteri Besar kerana beliau telah dipecat daripada PKR dan bukan lagi merupakan wakil Pakatan Rakyat menerajui Selangor. 
"Ini keputusan muktamad, tidak lagi... dia sudah tidak relevan. Khalid sudah dipecat dari PKR jadi sebagai komponen dalam PR kita perlu sebulat suara," tegasnya kepada wartawan.
PKR sebelum ini memecat Khalid sebagai ahli parti itu berikutan keengganannya mengosongkan kerusi Menteri Besar sekaligus memberi laluan kepada Azizah.
Beliau kemudiannya memecat enam exco PKR dan DAP kecuali empat exco PAS.
Ini berikutan beliau ketika itu mendapat sokongan padu PAS untuk terus menerajui Selangor meskipun sebagai Menteri Besar bebas.
Sokongan PAS itu berpaksikan kepada perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Khalid untuk terus menjadi Menteri Besar sehingga ada perkembangan terbaru berhubung kemelut itu.
Keputusan yang dicapai PAS Pusat pagi tadi dilihat sebagai penamat kepada kerjaya Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Khalid sebelum ini berkali-kali menegaskan akan terus menjalankan tugasnya sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2018.
Selain perihal masa depan Khalid, PAS turut sepakat untuk membawa dua nama pengganti Khalid ke mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat, petang ini.
"Bila kita adakan mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) petang ini kita akan suarakan dua nama itu dan kita akan putuskan siapa calon baru Menteri Besar yang layak untuk menggantikan Khalid.
"Sama ada Wan Azizah atau Azmin Ali PAS tidak ada masalah," kata Salahuddin.
Dalam masa yang sama katanya keputusan untuk memilih salah satu nama yang dipilih PAS akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) ini.
"Tapi setelah PAS menetapkan keputusan bermakna ini pendirian kita.
"Keputusan siapa yang akan layak jadi MB terpulang kepada PR petang ini PAS akan hantar dua nama itu," katanya.

 7:28PM - 17 Aug 2014

Pakatan akhirnya terima Azizah calon tunggal


Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor sebentar tadi.

"Majlis Pimpinan (Pakatan) juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan Wan Azizah dan Azmin Ali untuk jawatan senteri besar.

"Bagaimanapun Azmin menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar baru Selangor," kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sebentar tadi.

Mesyuarat PKR sebelum itu telah memutuskan untuk tetap menyokong Wan Azizah seperti yang diputuskan parti 21 Julai lalu.

PAS pada tengah hari telah meminta satu lagi nama iaitu Azmin untuk dicalonkan sebagai menteri besar bersama Wan Azizah.

Justeru Anwar berkata PKR akan meneruskan proses memohon menghadap sultan Selangor untuk mempersembahkan keputusan itu kepada baginda secepat mungkin.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS akur dengan keputusan itu selepas Azmin bersetuju mengikut keputusan parti.

"Dua calon dah ada di sini dan selepas mesyuarat tadi Azmin hormati keputusan partinya," kata Mohamad ringkas.

Azmin: Parti lebih penting

Sementara itu, Azmin ketika ditemui media menegaskan partinya dan Pakatan lebih penting berbanding siapa yang menjadi menteri besar.

"Bagi saya, parti diutamakan. Saya beritahu rakan sejawat saya (dalam mesyuarat) kita mesti bekerja sedaya upaya untuk Pakatan.

"Saya amat percaya selepas krisis ini Pakatan dan PKR akan bertambah kuat," kata beliau.

Azmin (atas) turut menafikan khabar angin beliau bertegas mahukan jawatan itu. 
 

Tiada ulasan: