Isnin, 4 Ogos 2014

DAH LAH TU...DIAKHIRAT BOLEH LAGI CARI KEBENARAN

10:59AM - 4 Aug 2014

Israel isytihar gencatan senjata 7 jam


Israel berkata akan menghentikan serangan pada kebanyakan tempat di Semenanjung Gaza hari ini bagi memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan dan membenarkan ratusan rakyat Palestin yang menghadapi perang empat minggu itu kembali ke rumah masing-masing.
Pengumuman yang dibuat pertama kali kepada media Palestin itu disambut meragukan oleh Hamas kerana dibuat selepas bantahan keras Washington terhadap serangan Israel di tempat perlindungan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam yang mengorbankan 10 nyawa.
“Jika gencatan senjata ini dicabul, tentera akan membalas tembakan semasa tempoh gencatan senjata ini,” kata seorang pegawainya, seperti dilaporkan Reuters.
Menurutnya lagi, timur Rafah kini satu-satunya kawasan bandar yang masih kekal dengan kehadiran tentera dan kereta kebal, yang ditarik balik atau dipindahkan ke sempadan Gaza pada hujung minggu.
Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri berkata, mereka tidak percaya dengan pengisytiharan sebelah pihak itu dan mendakwa ia hanya bertujuan mengalihkan pandangan daripada pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan.
Israel melancarkan serangan bermula 8 Julai. Ia disasarkan daripada udara, laut dan serangan darat hingga ke bandar-bandar yang padat penduduk.
Pihak berkuasa Gaza berkata, sehingga kini, 1,788 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awan, terbunuh dan kira-kira 3,000 rumah mereka hancur.
 

Kebijaksanaan Menteri Besar adalah tuah rakyat Selangor - Kolar Putih


Pencapaian Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar wajar diiktiraf oleh semua pihak, hatta musuh politik apatah lagi rakan politik beliau sendiri.
Apabila pengundi di Selangor sekali lagi memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk terus menerajui negeri Selangor dengan kerusi yang lebih besar, pastinya majoriti rakyat dan penduduk Selangor termasuk golongan atas pagar berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Negeri pada penggal pertama walaupun setiap malam didendangkan lagu “Sayangi Selangor Yakini BN” sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Seperti semua sedia maklum, antara manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor ketika PRU13 adalah meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu yang diilhamkan sendiri oleh Abdul Khalid pada tahun 2008.
Walhal rakyat semua sedia maklum, diawal dasar air percuma untuk rakyat Selangor ini dilaksanakan, BN dengan bantuan running dog (terjemahan yang tepat adalah pengikut terutamanya dalam sistem politik) ulung mereka iaitu Utusan Malaysia pelbagai dakyah songsang disajikan kepada rakyat.
Kononnya, dasar air percuma ini akan menjadikan Kerajaan Negeri Selangor muflis, akan menggalakkan rakyat membazir dan berbagai-bagai lagi kecaman lain.
Namun, seperti biasa fiksyen tidak pernah mengatasi fakta apabila bajet negeri Selangor mencatatkan bajet yang berimbang dan lebihan walhal dalam masa yang sama semua Kerajaan Negeri BN dan juga Kerajaan Persekutuan mecatatkan bajet defisit, yakni perbelanjaan melebihi pendapatan.
Abdul Khalid pastinya tersenyum lebar apabila Selangor BN secara tidak langsung mengiktiraf dasar yang diilhamkan beliau sendiri dengan menyenaraikan dasar air percuma ini dalam manifesto mereka, akhirnya.
Dasar air percuma ini sekadar salah satu contoh daripada pelbagai lagi dasar dan program bijak lagi tuntas Kerajaan Negeri Selangor di bawah gagasan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang kini menjangkau 17 program untuk dinikmati oleh rakyat dan penduduk di negeri Selangor.
Walaupun Kerajaan Persekutuan sering sekali bersikap tidak gentleman dengan Kerajaan Negeri Selangor, tetapi Abdul Khalid tetap menjadi gentleman kepada BN dengan memberikan elaun sebanyak RM8620 sebulan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor yang disandang oleh ADUN BN.
Perkara ini jelas menunjukkan Abdul Khalid mendaulatkan sistem demokrasi yang bertunjangkan doktrin pengasingan kuasa antara cabang Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman.
Dengan memperuntukkan elaun dan keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, jelas Abdul Khalid bukan sahaja memperkasa cabang Eksekutif yang dinaunginya, malah turut memperkasakan cabang Legislatif bagi memastikan proses “check-and-balance” di Selangor berjalan dengan lancar dan telus.
Selain daripada pendekatan dan dasar yang positif oleh Kerajaan Negeri Selangor, rakyat dan penduduk Selangor juga bertuah kerana mempunyai seorang Menteri Besar yang berkeperibadian yang baik. Ketika beliau dilantik sebagai Menteri Besar pada 2008, beliau sememangnya pada ketika itu sudah dikategorikan sebagai golongan berada hasil daripada penglibatan beliau dalam dunia perniagaan dan korporat, dan bukannya mengumpul harta dan menjadi kaya-raya hasil berpolitik selepas menjadi Menteri Besar.
Menambah harta dan wang ringgit tidak pernah menjadi motivasi kepada Abdul Khalid untuk terus kekal memerintah Selangor bagi penggal kedua, tetapi motivasi dan wawasan beliau adalah menambah harta, wang ringgit dan hasil negeri untuk dinikmati oleh segenap rakyat dan penduduk Selangor bertepatan dengan slogan “Hasil Negeri untuk Rakyat”.
Ramai yang mengatakan bahawa beliau tidak pandai berpolitik. Bagi penulis perkara ini harus dilihat dari perspektif yang positif yang mana rakyat sudah bosan dengan politikus-politikus picisan yang hanya tahu berpolitik, mempolitikkan setiap isu, dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang hanya berpaksikan dan bersentimen politik.
Sikap beliau yang no-nonsense approach inilah sebenarnya menjadi kunci kejayaan Kerajaan Negeri Selangor sejak 2008 sehingga sekarang dan insyaAllah untuk masa akan datang.
Tidak dilupakan jasa setiap barisan Exco Negeri Selangor yang terdahulu dan sekarang yang telah melengkapkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Begitu juga dengan keringat setiap penjawat awam di negeri Selangor yang berkerjak keras yang turut menyumbang kepada kejayaan Kerajaan Negeri. Pastinya bonus yang diterima oleh penjawat awam negeri Selangor (yakni lebih daripada yang diterima oleh penjawat awam Persekutuan) baru-baru ini amat berbaloi dengan segenap usaha yang telah diberikan dalam mendokong aspirasi pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Selangor. – 22 Oktober, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Eid from Moscow (Russia), ma'sha'Allah!
Allahu Akbar!
‪#‎Eid2014‬
Antara 10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata;
1- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.
2- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).
3- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.
4- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.
5- Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.
6- Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.
7- Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.
8- Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta membenarkan mereka dari Gaza untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.
9- Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.
10- Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.
Sumber;
Jabatan Media Hamas
Terjemahan oleh;
Aman Palestin5:20PM - 4 Aug 2014

MB cabar PKR lapor isu integritinya pada SPRM


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dakwaan "keraguan integriti" terhadapnya itu benar.

Dalam kenyataannya petang ini, Khalid menafikan tuduhan 'salah laku' yang dilemparkan terhadapnya sekaligus memandang serius dakwaan Saifuddin berhubung isu penyelesaian hutang beliau dengan sebuah bank.

"Sekiranya Datuk Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam KEADILAN sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia selain mendedahkan sekiranya ada bukti-bukti bagi mengukuhkan dakwaan salah laku itu," katanya.

Khalid mengulas pendedahan Saifuddin antara lain mendakwa beberapa urusan perniagaan melibatkan kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju bernilai ratusan juta ringgit yang berlaku selepas penyelesaian hutang itu sehingga kini tidak dijelaskan secara memuaskan oleh Khalid.

Selain itu Saifuddin turut mendakwa Khalid turut memberi projek rumah mampu milik Selangor bernilai RM591 juta kepada syarikat sama.

Dalam kenyataan yang sama, Khalid turut menegaskan kegagalan kepimpinan PKR memberikan bukti menyokong dakwaan terhadapnya hanya mengundang spekulasi bahawa tuduhan itu "berniat jahat dan bermotifkan politik".

Malah, beliau juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan untuk memberikan sepenuh komitmen dan kerja sama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya.

"Pada masa yang sama, saya akan meneruskan keupayaan memberi khidmat  terbaik kepada  rakyat Selangor dengan mentadbir negeri ini secara telus, bertanggungjawab dan pentadbiran yang baik," katanya.
12:53PM - 4 Aug 2014

PKR: Tukar MB S'gor kerana isu integriti

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu ditukar kerana masalah "keraguan integriti" susulan isu penyelesaian hutang beliau dengan sebuah bank.
 
Saifuddin mendakwa beberapa urusan perniagaan melibatkan kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju bernilai ratusan juta ringgit yang berlaku selepas penyelesaian hutang itu sehingga kini tidak dijelaskan secara memuaskan oleh Khalid (kanan).
 
Selain itu Saifuddin mendakwa, Khalid turut memberi projek rumah mampu milik Selangor bernilai RM591 juta kepada syarikat sama.
 
Perkara itu antara kandungan dokumen penjelasan bertulis PKR yang akan diberikan kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat esok bagi mewajarkan cadangan penukaran Khalid daripada menerajui pentadbiran Selangor.

Tak anggap korup
 
Saifuddin turut menyatakan dokumen mahkamah berkenaan penyelesaian hutang itu turut dilampirkan bersama penjelasan tersebut.
 
Beliau menyatakan keputusan menyampaikan dokumen bertulis itu adalah hasil pertemuan beliau dengan pimpinan tertinggi PAS iaitu Mursyidul Amnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden Mohammad Sabu serta Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man minggu lalu.
 
Saifuddin bagaimanapun menegaskan beliau dan parti tidak menganggap Khalid sebagai pemimpin korup tetapi menyatakan integritinya sebagai menteri besar "bermasalah."
 
"Selain masalah keraguan integriti asa beberapa isu lain.
 
"Kami telah memanggil beliau (Khalid) untuk menjelaskan tetapi tidak menerima jawapan yang memuaskan," katanya.
 
Isu air dimuatkan
 
Selain itu Saifuddin mendedahkan isu penstrukturan semula industri air turut menjadi dimuatkan dalam dokumen setebal kira-kira 40 muka surat itu.
 
Beliau menyatakan Khalid telah mengabaikan jawatankuasa air Pakatan yang dipersetujui sendiri oleh menteri besar itu dan menandatangani perjanjian persetujuan dengan Putrajaya Jumaat lalu tanpa membincangkannya.
 
"Ada satu jawatankuasa yang kita minta secara tertib supaya bantu Khalid untuk penstrukturan air dianggotai Tony Pua, Dr Dzulkifly (Ahmad) dan Rafizi (Ramli)
 
"Sekalipun dia setuju dengan keputusan pimpinan pakatan ini, beliau anggap jawatankuasa ini seolah-olah tak wujud," kata beliau.

72 keluarga dikesan hidap virus Aids di Melaka

BERNAMA | .
ALOR GAJAH: Sebanyak 72 keluarga terdiri daripada penagih dadah dan anggota keluarga mereka dikesan menghidapi virus Aids di Melaka.
  
Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata daripada jumlah itu, 299 orang adalah Orang Kena Pengawasan (OKP) yang mendaftarkan diri secara sukarela dengan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Melaka.
  
"Mengikut rekod kira-kira 75 peratus daripadanya merupakan penagih dadah tegar manakala 15 peratus pula adalah mangsa terdiri daripada anak serta isteri yang dijangkiti melalui penagih dadah berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbukanya sempena Aidifitri di sini, semalam.
  
Beliau berkata angka tersebut dikhuatiri lebih berikutan bilangan sebenar pembawa virus Aids dalam kalangan penagih dadah serta anggota keluarga mereka sukar dikesan.
  
Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri bersama Pemadam Melaka sedang berusaha mengesan bilangan sebenar penghidap virus berkenaan untuk diberi bantuan dan sokongan.
  
Latipah berkata antara usaha yang dilaksanakan termasuk pendekatan turun padang dengan memberi kesedaran kepada penagih dan bekas penagih mengawal pengambilan dadah melalui pelaksanaan rawatan methadone.
  
Beliau berkata Pemadam dan Agensi Antidadah Kebangsaan Melaka juga sedang mengumpul maklumat dan data sebenar penghidap HIV/AIDS yang lain daripada kumpulan OKP yang berdaftar.
  
Katanya, sehingga hari ini sebanyak 2,992 OKP berdaftar dengan Pemadam Melaka dan kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat mengenai anggota keluarga mereka yang berkemungkinan dijangkiti virus tersebut.
  
"Kerajaan negeri sentiasa bersikap terbuka menerima golongan penghidap virus tersebut dan tidak pernah menyisihkan mereka kerana sebahagian daripadanya adalah mangsa," katanya.
  
Sehubungan itu, katanya penghidap HIV/AIDS dalam kalangan penagih dadah dan anggota keluarga mereka dinasihat menghubungi pihaknya bagi mendapatkan rawatan serta bantuan lain. - Bernama

Kisah Tawanan Perang Badar al-Kubra

Sudah menjadi kebiasaan bagi Nabi, apabila hendak membuat keputusan penting beliau akan bermesyuarat dengan para sahabat sekiranya masih belum menerima wahyu. Beliau memanggil sahabat-sahabat  yang mempunyai pengetahuan dan pengaruh dalam masyarakat bagi berbincang tanpa mengira usia.
Antara sahabat yang sangat beliau percayai adalah Abu Bakar dan Umar al-Khattab. Selain mereka termasuklah juga Sa’ad bin Mu’adz yang dihormati dalam golongan sahabat Ansar. Nabi bermesyuarat bagi membuat keputusan hukuman apa yang hendak dijatuhkan kepada tawanan perang.
Abu Bakar menyatakan, “Ya Rasulallah, sesungguhnya mereka masih mempunyai ikatan kekeluargaan dengan kita. Sesetengahnya adalah bapa-bapa kita, bapa saudara kita, anak-anak daripada bapa saudara kita dan saudara-saudara kita sendiri. Pada pendapat saya, mereka patut dikasihi dan disayangi sebagaimana Allah menyayangi dan mengasihi tuan. Adalah lebih baik mereka dibebaskan ataupun kita meminta tebusan daripada keluarga mereka dan tebusan itu berguna bagi kaum Muslimin. Dengan cara itu, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk yang benar daripada Allah.”
Mendengar pandangan Abu Bakar, nabi terdiam dan tersenyum.
Umar pula bersuara, “Ya Rasulullah, saya tidak bersetuju dengan pandangan Abu Bakar. Tawanan perang itu adalah musuh Allah dan musuh tuan yang nyata. Mereka pernah menganiaya tuan dan memerangi tuan. Tidakkah lebih baik mereka dibunuh dan dan dipotong lehernya? Walaupun mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kita tetapi mereka adalah ketua-ketua yang kafir dan musyriq. Mereka tidak layak dibiarkan hidup. Pada pendapat saya, biarlah orang yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan mereka yang membunuh mereka. Contohnya Ali membunuh Aqil, Hamzah membunuh ‘Abbas dan sebagainya. Semua ini dilakukan supaya mereka sedar walaupun kita sedikit, kita tidak suka kepada orang yang menyekutukan Allah, Tuhan sekalian alam.”
Mendengar pandangan Umar yang tegas itu, Nabi diam dan senyum. Seterusnya beliau meminta pendapat Sa’ad bin Mu’adz.
Sa’ad berkata, “Ya Rasulullah, saya bersetuju dengan pendapat Umar kerana tiada gunanya kita mengasihi mereka.”
Nabi lalu meminta pandangan ‘Abdullah bin Rawah, seorang ketua kepada kaum Ansar.
Kata ‘Abdullah, “Ya Rasulallah, pada pendapat saya lebih baik mereka itu dikumpulkan, diikat dan dibakar.”
Nabi bertanya kembali Abu Bakar dan Umar tentang pendapat mereka, namun jawapan mereka masih sama seperti sebelumnya. Lalu Nabi bertanya kepada orang-orang yang hadir dalam majlis itu. Sebahagiaannya bersetuju dengan pandangan Abu Bakar dan sebahagiannya bersetuju dengan pandangan Umar.
Para sahabat yang bersetuju dengan Abu Bakar berbaris di belakang Abu Bakar dan yang bersetuju dengan Umar berbaris di belakang Umar.
Kedua-dua pendapat mendapat sokongan dan alasan yang sama kuat. Nabi seterusnya menghentikan mesyuarat itu buat sementara waktu dan masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian Nabi keluar dan memberikan keputusan. Beliau memuji dan menghormati pendapat Abu Bakar dan Umar.
Beliau berkata kepada Abu Bakar, “Hai Abu Bakar, sekiranya kamu ini hendak disamakan dengan malaikat, kamu sama dengan malaikat Mikail. Mikail turun dengan membawa keredhaan dan keampunan untuk hamba-Nya.”
“Sekiranya kamu ini disamakan dengan Nabi, kamu seperti Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim datang kepada kaumnya dalam keadaan lebih manis daripada madu, lebih halus daripada air susu. Ia datang kepada kaumnya tetepi ditolak dengan kekerasan, ditangkap, dianiaya dan dilemparkan ke dalam api. Namun Nabi Ibrahim berkata kaumnya, ‘Mengapakah kamu menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak bermanfa’at sedikit pun dan tidak mendatangkan mudharat kepada kamu? Celakalah kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami?”
“Kamu jua seperti Nabi Musa semasa dia berkata, “Barang siapa yang mengikuti aku, sesungguhnya orang itu termasuk dalam golongan aku dan barang siapa yang menderhakai aku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Seperti juga Nabi Isa ketika berkata, “Sekiranya Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau mengampuni sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Kepada Umar pula Nabi bersabda, “Hai Umar, sekiranya diumpamakan malaikat kamu seperti malaikat Jibril. Ia turun dengan membawa kemarahan daripada Allah dan seksaan kepada musuh-musuh-Nya.”
“Sekiranya kamu diumpamakan seperti Nabi, kamu seperti Nabi Nuh. Semasa dia tidak lagi dipercayai oleh kaumnya dia berkata,’Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorang pun dalam kalangan orang-orang kafir itu tinggal di bumi. Sesungguhnya apabila Engkau biarkan mereka tinggal dalam nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu dan mereka akan melahirkan anak-anak yang berbuat ma’siat dan kafir.’ Dia juga berkata, ‘Ya Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka dan kuncilah hati mereka, mereka tidak beriman sehingga mereka melihat seksaan yang pedih.”
Seterusnya Nabi berkata, “Sesungguhnya Allah melembutkan hati beberapa kaum sehingga lebih lembut daripada air susu dan Allah juga mengeraskan hati beberapa kamu sehingga lebih keras daripada batu. Sesungguhnya kamu semua mempunyai kewajiban. Janganlah kamu melambatkan mereka daripada membayar tebusan  dengan harta benda atau pun penggal leher mereka.”
Dengan itu, nabi membuat keputusan yang setiap tawanan perang perlu membayar tebusan dengan harta. Sekiranya tidak, mereka hendaklah dibunuh atau pun dipenggal kepalanya. Keputusan nabi itu berdasarkan kedua-dua pendapat yang mempunyai tujuan yang sama iaitu menjunjung agama dan menjatuhkan kemusyrikan.
Akhirnya diputuskan, setiap tawaran perang yang mampu menebus diri mereka dengan nilai 4,000 dirham. Bagi yang tidak mampu, hendaklah membayar sebanyak 1,000 dirham. Mereka yang tidak mahu membayar, hendaklah dibunuh.
Keputusan Nabi itu menyelesaikan perselisihan pendapat antara Abu Bakar dan Umar. Kedua-duanya bersetuju dengan keputusan Nabi.
Selang beberapa hari sesudah Nabi membuat keputusan dan sebahagian tawanan sudah dibebaskan, Nabi menerima wahyu daripada Allah.
Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum dia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia sedangkan Allah menghendaki akhirat untuk kamu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sekiranya sudah ada ketetapan terlebih dahulu daripada Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil. Maka makanlah sebahagian daripada harta rampasan perang yang sudah kamu ambil itu sebagai makanan yang halal lagi baik dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
                                                                                                 (Surah al-Anfal:67-68)
Allah menegur nabi bahawa Nabi tidak sepatutnya membebaskan tawaran perang sesudah membayar tabusan sebaliknya mereka perlu diperangi habis-habisan. Sesungguhnya para sahabat Nabi kebanyakannya hanya mahukan harta benda dunia sedangkan Allah ingin mereka memperoleh pahala di akhirat. Allah menegur sekiranya sudah ada ketetapan sebelum itu, tentulah Allah menurunkan ‘azab yang besar kepada Nabi  dan pengikutnya kerana mengambil tebusan. Tetapi Allah memberi keampunan kerana perkara itu sudah berlaku dan Allah Maha Pengampun.
Apabila menerima ayat itu, Nabi dan Abu bakar menangis kerana ayat itu menegur Nabi dan kaum Muslimin yang tidak bersrtuju dengan Umar.
Nabi lalu bersabda, “Kita hampir terkena ‘azab yang besar kerana tidak bersetuju dengan pendapat Umar. Sekiranya turun ‘azab, nescaya kita semua tidak terlepas daripada masalah itu kecuali Umar.”
Kemudian Allah menurunkan pula wahyu kepada Nabi:
                Wahai Nabi, katakanlah kepada orang tawanan yang ada dalam tangan kamu: Sekiranya Allah mengetahui ada kebaikan (iman) dalam hati kamu, nescaya Dia akan memberitahu yang lebih baik daripada apa yang diambil darimu, dan Dia akan mengampuni dosamu; dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Dan sekiranya mereka bertujuan mengkhianati kamu, maka sesungguhnya mereka telah pun melakukan khianat kepada Allah sebelum itu, lalu Allah menjadikan (engkau) mengalahkan dan menundukkan mereka; kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
                                                                                                 (surah al-Anfal:70-71)
Melalui ayat itu Allah menyuruh Nabi memberi peringatan kepada para tawanan yang masih ada di bawah kuasa beliau supaya menganut agama Islam dan berbuat kebaikan. Dengan demikian, Allah akan mengganti kerugian mereka semasa peperanagn dan Allah akan mengampuni mereka. Sebaliknya sekiranya mereka bersikap khianat sesudah dibebaskan, sesungguhnya Allah akan menundukkan mereka.
Sesungguhnya Nabi tidak melakukan kesalahan kerana waktu itu belum ada hukum daripada Allah berkenaan dengan tawanan perang. Ayat itu hanya peringatan daripada Allah kepada Nabi dan kaum Muslimin. Kesilapan Nabi hanya kerana mereka memutuskan perkara berdasarkan pendapat Abu Bakar dan sebahagian sahabat. Nabi tidak tahu pandangan itu didasari oleh kepentingan harta dunia dan Abu Bakar sendiri tidak mengehendaki ganjaran dunia.
Peringatan Allah adalah peringatan kepada kaum Muslimin di mana berjuang membela agama janganlah mengahrapkan keuntungan dunia. Sesungguhnya Allah ingin mencari pahala bagi akhirat.
Pendapat ‘Umar dan Sa’ad dipandang lebih besar kerana mereka tidak mempunyai tujuan duniawi sedikit pun.
Pendapat ‘Umar bertujuan bagi kepentingan agama kerana ‘Umar pernah menyatakan, “Permusuhan mereka kepada Islam berlanjutan selama 15 tahun. Mereka tidak menunujukkan tanda-tanda mahu berubah. Sekiranya mereka dibenarkan menebus diri, kita mendapat sedikit harta tetapi mereka akan kembali menentang kita. Apa arti harta yang sedikit  dibandingkan dengan tentangan mereka itu? Sekiranya kita bunuh dan kita penggal leher mereka, separuh daripada tenaga kaum Musyrikin berjaya kita lumpuhkan.”
Menurut kisah ini, dapatlah kita memahami dan mempelajari beberapa perkara. Antaranya adalah perlu kepada kita untuk bermesyurat dalam mendapatkan keputusan lebih-lebih lagi apabila berada dalam sebuah kumpulan, agar keputusan yang diambil dapat memuaskan hati sebahgian besar pihak. Tambahan, dalam kita ingin menegur siapa jua sama ada dalam erti sebuah hubungan kekeluargaan, persahabatan mahu pun organisasi pekerjaan, berbahasalah dengan manis seperti yang ditunjuk oleh Nabi kerana bahasa yang indah bukan sahaja dapat membuka kelapangan di dada malahan akan menambahkan kasih-sayang dalam ukhuwwah. Dalam kisah ini, bahawa Allah jua menunjukkan Nabi adalah manusia yang biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, bukan bermaksud Nabi itu lemah, tetapi amat bersesuaian dan bertepatan dengan sifat harus bagi Nabi iaitu mempunyai sifat yang sama seperti manusia biasa. Terakhirnya adalah dalam perjuangan Islam lebih-lebih lagi janganlah kita mudah tertarik kepada harta kekayaan dunia, kerana dunia ini umpama air lautan, semakin ditelan semakin haus.

Monday, 4 August 2014

HEBOH DIKATAKAN INILAH WAJAH PASANGAN "BRUTAL" YANG DITANGKAP POLIS KERANA DISYAKI MEMBUNUH SEORANG REMAJA YANG MAYATNYA DIJUMPAI TERTIARAP DALAM LUBANG.



Seremban: Polis sudah menahan sepasang kekasih berusia 21 tahun dan 19 tahun disyaki terbabit pembunuhan seorang kakitangan Kompleks Sukan Nilai, Amir Fazli Suhaimi, 18, yang ditemui tertiarap di sebuah lubang di tapak pembinaan Batu 3, Jalan Labu di sini, semalam.

Sumber polis berkata, pihaknya menahan suspek lelaki berusia 21 tahun yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bersama kekasihnya berusia 19 tahun di Ampangan di sini, kira-kira jam 6 petang semalam.

Katanya, kedua dua suspek bersama tiga yang masih bebas disyaki menyebabkan kematian Amir Fazli yang dihimpit menggunakan motosikal sebelum mangsa terjatuh dan dipercayai dipukul hingga terbunuh di lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya akan memohon reman kedua dua suspek jam 2 petang ini di Mahkamah Seremban selain memburu tiga lagi suspek yang masih menghilangkan diri.

"Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang sebelum dia dikejar hingga ke Jalan Labu.

"Akhirnya mangsa terjatuh daripada motosikal dan dipercayai dipukul hingga terbunuh," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

04 Ogos 2014

REJIM ZOINIS BERUNDUR....ADAKAH MEREKA DIAMBANG KEKALAHAN





Beberapa kereta kebal turut berundur dari sebahagian kawasan di Genting Gaza.

TEL AVIV - ISRAEL. Sebahagian pasukan tentera darat Israel termasuk kereta kebal mula berundur dari beberapa kawasan di Genting Gaza sehari selepas rejim Zionis melancarkan gelombang kedua keganasan yang telah meragut lebih seratus nyawa di wilayah itu.

Menteri Pertahanan Israel, memaklumkan mereka hanya akan meneruskan operasi untuk memusnahkan baki lebih 30 terowong rahsia milik Hamas.

Saksi di utara Gaza mengesahkan anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilihat meninggalkan kawasan terbabit secara serentak.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu kononnya mereka bersedia untuk melancarkan semula operasi tersebut jika ia mengancam keselamatan Tel Aviv.

Netanyahu dengan angkuh berkata operasi ketenteraan ke atas Genting Gaza akan diteruskan walaupun ia mungkin mengambil masa lama dan terpaksa menggunakan kekuatan tentera lebih besar.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menyifatkan Netanyahu sebenarnya keliru dengan krisis yang dicipta sendiri olehnya.

Pengunduran Israel itu membuktikan dakwaan beberapa pihak bahawa rejim Zionis kini kehabisan aset ketenteraan dan tindakan tersebut sebenarnya hanya untuk menutup kelemahan mereka, laporan dipetik dari AFP.




Mereka menyembunyikan apa sebenarnya yang telah berlaku terhadap tentera mereka. Mujahideen telah membantai satu batalion tentera zionis di sempadan.

Moga kemenangan milik mujahideen. Takbir!..ALLAHUKAHBAR!!!

This is what they are trying to hide it.
هذا ما يحاولون اخفائه

SOURCE : ابو كريم كريم


Rejim Zionis di ambang kekalahan

Kerugian Israel dalam peperangan ini telah dibincangkan dalam Perlimen Israel baru-baru ini. Kerugian yang besar tersebut adalah daripada sudut operasi ketenteraan udara dan darat, perekonomian, industri pelancongan, industri penerbangan, penempatan komuniti Israel dan sebagainya.

Bahkan jumlah kematian di kalangan tentera IDF dan polis jauh melebihi jumlah anggota al Qassam yang terkorban syahid.

Tentera IDF terbunuh : 497 orang
Polis Israel terbunuh : 113 orang

Tentera yang cedera parah & sederhana : 879
Polis Israel yang cedera : 362

Jumlah ini jelas jauh lebih tinggi (10 kali ganda menurut sumber al Qassam) jika dibandingkan dengan jumlah anggota al Qassam yang terkorban syahid.

Majoriti yang terkorban di Gaza adalah di kalangan kanak-kanak, wanita dan orang awam.

Israel tidak punya banyak pilihan melainkan terpaksa mencipta alasan sebelum mengundurkan tenteranya daripada sempadan Gaza dan akan menggunakan apa jua cara agar PBB dan masyarakat dunia terus memberikan imej yang buruk kepada Hamas.






Aman Palestin

Terkini | Gaza 2.42 am | Perang Hari ke-28

Seorang wartawan Zionis, Ben Caspit menulis dalam sebuah akhbar Zionis, Maariv : Sebenarnya Israel tidak mampu untuk mengalahkan Hamas, tidak mampu untuk memujuk Hamas, dan tidak mampu untuk memaksa Hamas mengehentikan serangan.

Media Zionis (Haaretz Hebrew) : Israel telah dikalahkan oleh rakyat Gaza dalam operasi "Protective Edge" mereka dengan satu kekalahan yang tak pernah dialami sepanjang 40 tahun.Sumber : شبكة قدس الإخبارية
Terkini | Gaza 9.02 pm | Perang Hari ke-24
Penganalisis Israel : Pejuang- pejuang Al-Qassam tidak mahukan orang- orang awam tetapi sasaran mereka adalah tentera- tentera yang hidup oleh sebab itu mereka menyerbu kem- kem tentera, dan operasi Nahal Oz mirip operasi penculikan Shalit.
Info tambahan : Gilad Shalit merupakan bekas tentera Zionis yang pernah ditawan oleh Briged Al-Qassam pada 25 Jun 2006. Kemudian selepas 5 tahun dia dibebaskan sebagai tukar ganti kepada pembebasan 1027 orang tahanan Palestin di Israel.
Sumber : شبكة قدس الإخبارية
‪#‎weareallqassam‬
‪#‎gazaunderattack‬
‪#‎dedaunhancur‬
‫#‏البنيان_المرصوص‬
‫#‏العصف_المأكول‬
Derma :
http://on.fb.me/1zoCkpO
Keno pakat ambik tahu belako,jge ikut sedap hti jah xse pkai tudung..
LikeLike · · 1:15PM - 4 Aug 2014

Pecat Khalid dibincang dalam mesyuarat PKR


Tan Sri Khalid Ibrahim mungkin akan dipecat sebagai ahli PKR sekiranya beliau masih enggan melepaskan jawatannya sebagai menteri besar Selangor.

Menurut sumber parti, kemungkinan untuk memecat Khalid telah dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya malam tadi.

"Walaupun kami melihat perkara ini salah satu cara untuk membuatkan Khalid mengosongkan jawatan itu, tetapi ia akan memburukkan imej parti," kata sumber yang enggan namanya disebut kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, ketika ditanya berhubung perkara itu, Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Malaysiakini bahawa tiada perkataan "pecat" disebut dalam minit mesyuarat biro itu malam tadi.

"Saya setiausaha agung tak ada perkataan sack (pecat) pun semalam," katanya.


Ditanya tentang  tindakan disiplin yang mungkin dikenakan, beliau hanya menjawab: "Kita bincang pelbagai perkara menyentuh tentang isu ini”.
Terus diasak sama ada terdapat perbincangan berhubung tindakan disiplin selepas sidang media,  Saifuddin berkata: 
"Kita bincang semua senario. Khalid pakai dua jaket, iaitu ahli parti dan menteri besar yang mendapat mandat dari parti."

Keengganan Khalid untuk memenuhi permintaan PKR supaya berundur daripada jawatan menteri besar mengecewakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kelihatan bingung dengan situasi itu.

Ini kerana, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sokongan terhadap Khalid dan meminta beliau mengekalkan jawatannya.

Pendirian pemimpin PAS itu turut memungkinkan berlakunya 'perpecahan' Pakatan Rakyat walaupun Anwar sebelum ini telah menolak dakwaan itu bahawa tidak ada tanda-tanda perpecahan dan semua pihak komited terhadap semangat kerjasama Pakatan.

Puak2 celaka ni selagi bukti boleh disembunyikan selagi tu tak ngaku..rakyat dah tahu lama permainnan umno..
Sukan Star TV with Buger Bond
Nak harapkan pejabat zakat nak tolong ????
cheh.... yg depa tau nak kutip ... kutip.. kutip... letak counter merata rata...
Bila sampai time nak bagi ... depa letak macam macam syarat.... last last si miskin dan fakir dah meluat nak pi minta....
... See More
OFFTOPIC:
Assalamu'alaikum. Sangat memerlukan PERHATIAN anda..!! Kalau tak mampu menyumbang, tolong SHARE kan seluas-luasnya.
Lelaki di atas bersama anaknya, ialah seorang Cina yang baru 5-6 tahun memeluk Islam. Namanya ialah Ibrahim Yap Abdullah. Saya pernah kongsikan tentang mereka berdua setahun yang lepas. Hidupnya bukanlah susah seperti fakir miskin yang tiada duit untuk makan, namun pendapatannya yang tidak seberapa, menyebabkan beliau tidak mampu untuk menanggung kos perubatan anaknya.
Anaknya, Muhammad Isa Yap, berbaju merah mengidap 3 penyakit yang dikira kronik bagi pengidap kanak-kanak, iaitu jangkitan saluran darah (VDRL), athopic eczema, dan bronchial asthma. Kos untuk perubatannya di MMC dan hospital PPUM menjangkau RM480 SEMINGGU (tidak termasuk pengangkutan dan kos perubatan lain).
Penyakit VDRL dihidapi sejak dalam kandungan ibunya, tiada penawar. Hanya terpaksa menerima suntikan pengawal virus seminggu sekali.
Ibrahim Yap pula, apabila masuk Islam, isterinya meninggalkannya dengan bebanan hutang kad kredit berjumlah RM20,000 lebih atas namanya, menyebabkannya terpaksa membayar hutang tersebut setiap bulan sedangkan ia dibelanjakan tanpa relanya, menambahkan lagi bebanan hidup beliau. Sebelum ini beliau bekerja sebagai designer di syarikat GIVI, beliau diberhentikan kerja tanpa diketahui sebabnya (dipercayai perbuatan khianat bekas isterinya)
Buat masa sekarang, beliau bekerja sebagai salesman jual motosikal dengan komisyen tidak seberapa, dan sedang apply buka syarikat enterprise di SSM untuk mendapatkan tender potong rumput daripada Majlis-majlis perbandaran di Selangor. Dan beliau baru sahaja selesai mendapatkan lesen teksi, dan sedang mencari teksi untuk disewa beli, namun tidak cukup duit down payment (sedang apply bantuan dari pusat zakat).
Sempena Syawal yang mulia ini, tanda meraikan kemenangan kita berpuasa sebulan dan kelansungan tarbiyah bulan Ramadhan yang kita dah lalui, marilah sama-sama kita hulurkan bantuan samada dalam bentuk kewangan, material mahupun sebarkan artikel ini.
Panduan gambar: kiri atas ialah bukti laporan doktor tentang penyakit Muhammad Isa Yap. Kanan atas ialah kad pengenalan Ibrahim Yap, kad memeluk Islamnya, lesen GDL yang baru dimilikinya, dan kad MMC atas perubatan anaknya. Kiri bawah ialah gambar Isa Yap.
Untuk membantu, anda boleh salurkan sumbangan terus ke akaun bank beliau:
Bank islam: 12092022865277
Maybank: 114209458576
Dan untuk berhubung dengan beliau sendiri, boleh contact di nombor 0172487006.
Jasamu dikenang.
Dari facebook: Syapik Hassan
Reem Saleh Rayasa seorang perempuan Palestina yang meledakkan dirinya di Jalur Gaza. Empat orang tentera Israel tewas. Reem seorang ibu dua anak
semoga allah menempat roh nya di kalangan org yang beriman
amin
6:42PM - 3 Aug 2014

'Semua ketua cabang PKR setuju Wan Azizah MB'


Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Yahya Sahri menegaskan bahawa kesemua ketua cabang PKR di Selangor telah menerima keputusan parti untuk meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar  yang baru.

Ini turut termasuk Azizi Ayob yang membuat kenyataan nama beliau dipergunakan dalam satu kenyataan media meminta menteri besar sekarang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikenakan tindakan displin kerana mengingkari arahan parti.

"Itu hal 'peribadi' dia (Azizi). Mungkin malam itu dia ditakutkan atau diminta menyokong orang lain.

"Tetapi apa yang saya tahu beliau bersetuju menyokong keputusan parti ketika (kenyataan media) itu dibuat," katanya kepada Malaysiakini.

Khamis lalu, Yahya yang juga ketua cabang PKR  Tanjong Karang mengeluarkan kenyataan menggesa parti itu supaya mengenakan tindakan disiplin terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran tindakannya sejak akhir ini yang membelakangkan pendirian dan ketetapan kepimpinan tertinggi PKR.

Yahya bersama ketua cabang PKR Sabak Bernam Abu Talip Bujang, Mohamad Fauzi Ahmad (Sungai Besar), Burhan Aman Shah (Sepang), dan Azizi Ayob (Kapar)  turut menyeru agar semua ahli PKR termasuk ADUN dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini mengenepikan perbezaan pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21hb Julai lalu.

Azizi ketika dihubungi  sekali lagi menafikan beliau bersetuju dengan kenyataan media tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lanjut dan menutup telefonnya.

"Saya dengan ini menafikan kenyataan akhbar tersebut dan menegaskan bahawa saya tidak pernah bersetuju dengan kenyataan tersebut," kata beliau menerusi SMS kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Yahya berkata tiada satupun suara yang membantah nama Wan Azizah dicalonkan sebagai menteri besar baru ketika mesyuarat peringkat negeri dan pusat parti itu sebelum ini.

Beliau menegaskan PKR sebelum ini telah memberi peluang kepada ahlinya di peringkat negeri dan pusat untuk menyuarakan pendapat mereka dan memberi pandangan ketika perbincangan diadakan.

Ini, menurut beliau termasuk ketua cabang yang berdiam diri sehingga pihak lain mengeluarkan kenyataan bagi pihak mereka.

"Dalam keputusan MPP sebelum ini, dan perjumpaan dengan ketua cabang, semua menyokong sebulat suara. Ketika nak dibuat pengundian keputusan, ia tak perlu kerana semua sokong sebulat suara.

"Sepatutnya ahli hanya bawa keluar keputusan parti sahaja," kata beliau.

PARA ULAMA PERLU SEPAKAT MENGENAI ISIL

Written by Dr Raja Ahmad Al-Hiss.

Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LA PPM) mengikuti perkembangan terkini maklumat di Iraq dan Syria dengan Kumpulan jihad Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) mengisytiharkan pembentukan sistem khalifah baharu di Iraq dan Syria. Kumpulan tersebut turut melantik ketua mereka, Syeikh Abu Bakar Al Baghdadi sebagai Amirul Mukminin dan Khalifah meliputi Diyala di Iraq sehingga Aleppo di Syria serta semua muslim di dunia. Mereka mengisytiharkan pergerakan mereka sebagai Negara Islam dengan membuang perkataan Iraq dan Levant pada pergerakan mereka.
LA PPM meminta negara-negara umat Islam serta para ulama’ sedunia duduk berbincang mengenai kedudukan ISIL atau Negara Islam ini. Apakah ISIL sebuah pergerakan yang diterima oleh para ulama’, jihad yang mereka dokongi sebagai sah dan diiktiraf manakala semua ahli kumpulan tersebut sebagai golongan mujahid yang benar di sisi Islam. LA PPM tidak mahu kekeliruan berlaku kerana telah banyak kumpulan jihad muncul dengan bertopengkan Islam dan dengan alasan memperjuangkan Islam, namun membawa mesej yang salah dengan tindakan yang bertentangan dengan syariat Islam.

Dalam hal ini, LA PPM berpendapat, jika apa yang di bawa oleh ISIL (Negara Islam) baik untuk umat Islam seluruh dunia, maka adalah lebih baik seluruh dunia Islam bersatu di bawah satu pemerintahan Islam. Soal siapa yang akan menjadi pemimpin serta dasar yang akan di bawa boleh dibincangkan bersama. Perpecahan negara umat Islam akan melemahkan umat Islam yang akhirnya di perkotak katikkan oleh musuh Islam seperti Israel serta dipimpin oleh pemimpin boneka di negara-negara umat Islam.

Jika apa yang di bawa oleh ISIL (Negara Islam) tidak baik dan bertentangan dengan Islam, para ulama’ perlu bersepakat dengan mengeluarkan fatwa supaya umat Islam tidak menyertainya. Umat Islam perlu jelas kelompok manakah yang benar-benar memperjuangkan Islam dan kumpulan manakah yang salah dan songsang, muncul kerana sesuatu yang sebab yang diragukan dan mungkin ditaja oleh Barat bagi mengucar kacirkan perpaduan dan imej Islam.

DR RAJA AHMAD AL HISS
Pengerusi Lajnah Antarabangsa
Pemuda PAS Malaysia


Tiada ulasan: