Selasa, 19 Ogos 2014

KITA KENA TAHU PERANAN MUSUH....MELAGA2KAN...DAN SEGALA PERANG URAT SARAF MUSUH

Lelaki Nampak Biasa Tetapi Luar Biasa, Sanggup Buat Hubungan Seks Dengan Mayat Dan Mengakui Lebih 100 Mayat Ditidurinya.. Tengok Gambarnya.


Lelaki Akui Adakan Hubungan Seks Dengan Lebih 100 Mayat


SEORANG pekerja rumah mayat di Ohio mengakui yang dia sudah mengadakan hubungan seks dengan lebih 100 mayat wanita.

Kenneth Douglas mendedahkan perkara itu sewaktu perbicaraan yang berlangsung di mahkamah, baru-baru ini.

Perbuatannya terbongkar pada tahun 2008 apabila air maninya ditemui pada salah seorang wanita yang menjadi mangsa bunuh.

Menerusi laporan WCPO, isteri Douglas pernah melaporkan perbuatan keji tertuduh kepada pengurus rumah mayat itu, namun tidak diendahkan.




Perkara itu diketahuinya sewaktu dia mahu menjemput suaminya pulang kerja.

Setakat ini, tiga keluarga wanita yang menjadi mangsa nafsu jijik Douglas sudah memfailkan saman ke atas rumah mayat itu.







Oleh: ELZA

Sultan Selangor minta Khalid menghadap selepas baginda tiba di tanah air
pada 18-08-2014 03:08 Ditulis Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
SHAH ALAM: Istana Selangor mengesahkan menerima surat permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengadap Sultan bagi menjelaskan situasi politik dan kedudukannya kini.
"Permohonan beliau telah saya sembah maklum kepada DYMM Tuanku. Bagaimanapun baginda menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu sehingga baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani.
Bagaimanapun, Munir tidak pula memberitahu status surat permohonan yang dihantar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menghadap Baginda Sultan.
Azizah baru-baru ini memberitahu beliau menghantar surat memohon mengadap Sultan Selangor kali kedua, bagi memaklumkan dirinya mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.
Terdahulu Sultan Selangor menolak permohonan menghadapWan Azizah.
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) Ahad sebulat suara bersetuju untuk hanya nama Wan Azizah dicalonkan sebagai pengganti Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Keputusan itu dibuat selepas PAS bermesyuarat dan menarik balik sokongan kepada Khalid.
Khalid sebelum ini enggan meletakkan jawatan beliau kerana mendakwa mendapat sokongan majoriti daripada ADUN, serta telah menghadap Sultan minggu lalu bagi menjelaskan perkembangan tersebut.
Bagaimanapun, beberapa hari kemudian Wan Azizah dalam satu sidang medianya mempersembahkan sokongan daripada 30 ADUN, sekali gus menidakkan dakwaan Khalid.

Isnin, 18 Ogos 2014


Ridhuan Tee bimbang S'gor jadi 'darul babi'..!!

Penceramah agama dan kolumnis kontroversi Ridhuan Tee mengaitkan kemarahan terhadap pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan sebuah projek penternakan babi RM100 juta.

Tindakan Khalid yang masih belum melaksanakan projek bersepadu itu menjadi faktor utama kemarahan daripada pihak yang digelarnya “ultra kiasu”, tulisnya di Sinar Harian.

“Ultra kiasu sudah tidak kenal halal haram. Misalnya, projek penternakan babi bersepadu, bernilai RM100 juta yang masih belum dilaksanakan, juga antara faktor utama mereka begitu marah kepada Khalid.

“Saya bimbang, jika projek ini dibenarkan, Selangor akan dikenali sebagai darul babi. Terlalu banyak ladang babi di Selangor, selain Seberang Prai, Perak, Melaka dan Johor, yang telah menimbulkan ketidakselesaan penduduk, terutamanya berhampiran kawasan orang Islam,” katanya.

Dalam tulisan itu, Ridhuan juga mengingatkan pembacanya dengan virus nipah (JE) yang pernah mengorbankan nyawa manusia di negara ini.

“Ultra kiasu ternak, yang kena bahaya dan tempiasnya orang Islam,” tulisnya lagi.

Mengulas krisis pentadbiran semasa Selangor, Ridhuan juga berkata, beliau bersetuju dengan hujah Khalid bahawa kerajaan negeri boleh terus ditadbir walaupun hanya dengan empat exco PAS.

Malah, katanya, kerajaan Selangor boleh berjimat dengan pengurangan exco itu.

“Sudah tentu beban PAS bertambah. Baru buat kerja namanya,” tulisnya lagi.

Beliau juga percaya PAS selepas pilihan raya umum lalu bersetuju anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR menjadi menteri besar Selangor dahulu disebabkan Khalid menjadi pilihan.

“Justeru, berkhidmatlah di bawah Khalid demi Selangor tercinta. Tidak perlu menyalahkan Umno lagi,” kata Ridhuan.

Tidak timbul lagi soal sokong Khalid - Presiden PAS

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Presiden PAS menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan ketika itu Menteri Besar Selangor masih lagi sebagai ahli PKR.

“Maka masalah itu sekarang tidak timbul lagi,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ditanya tuduhan penyelewengan terhadap Khalid belum lagi dapat dibuktikan kata beliau itu adalah perkara lain.

Jawatankuasa PAS Pusat semalam memutuskan PAS menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.

Selain itu mesyuarat itu juga menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengisi jawatan tersebut.

Bercakap pada sidang media bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini katanya, ketika keputusan Majlis Syura menyokong Khalid masih lagi sebagai ahli PKR, namun sekarang tidak lagi. Hadir sama pada sidang media itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. (Foto atas oleh UKMB)

“Malah Khalid dilaporkan menghargai keputusan dibuat PAS semalam,” ujarnya.

Ditanya apa nasihat PAS kepada Khalid, katanya beliau hanya menyatakan pandangannya apabila dapat berjumpa dengan Menteri Besar nanti dan bukan kenyataan melalui media.

Mengenai cadangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hanya mencadang nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kata Presiden PAS, Majlis Presiden Pakatan menghargai pencalonan dibuat PAS menggantikan Khalid.

“Majlis Pimpinan mengambil maklum Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali diputuskan sebagai cadangan mengisi jawatan menteri besar.

“Sebaliknya Azmin menghormati keputusan partinya, ini maknanya kita serah kepada Sultan untuk putuskan dengan satu nama nama yang diangkat,”  ujarnya.

Oleh itu kata beliau tidak ada percanggahan dengan keputusan sebelum ini, dan terpulang kepada Sultan menamakan sesiapa sahaja termasuk Wan Azizah.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat turut menghargai pendirian PAS kekal bersama Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Ditanya kemungkinan Khalid membubarkan Dun, katanya itu terpulang kepada rakyat kerana kuasa membubar Dun hak sultan.

“Kita tidak boleh campur tangan. Kalau tuanku bubar maka kita terima realiti. Namun kita harap tidak berlaku begitu,” katanya.

Presiden PAS juga menolak persepsi nepotisme berlaku bagi mengisi jawatan Meneri Besar Selangor.

Manakala, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak dakwaan PAS sering berubah pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.

“Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat (Jawatankuasa PAS Pusat) dengan bilangan yang ramai,” katanya.

Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuah Jawatnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai seorang beragama Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.

“Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah saw hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi.

“Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat semalam kekal dengan Pakatan. Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat, siapa jadi menteri besar itu soal lain,” tambahnya.  - HARAKAHDAILY 18/8/2014

Sunday, August 17, 2014


Krisis MB Selangor: Kenapa RM200 Juta Sedangkan PAS Boleh Dapat RM 3 billion?

Menurut maklumat dalaman, Jawatankuasa PAS Pusat yang bakal bermesyuarat sebentar nanti, sedang berada dalam dilema - sama ada menerima tawaran RM 200 juta untuk kekal dalam Pakatan Rakyat atau mengawal rizab Selangor berjumlah RM 3 billion sekiranya menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
Ini setelah Khalid dikatakan berjanji untuk menyerahkan semua jawatan Exco kerajaan negeri Selangor kepada PAS sekiranya parti itu berjanji untuk menyokong kedudukannya sebagai Menteri Besar.
Selain dari itu, Selangor juga akan menjadi negeri jajahan tadbir PAS kedua selepas Kelantan.  Ironinya, Kelantan adalah antara negeri termiskin di Malaysia sementara Selangor adalah antara negeri terkaya.

Wang RM 200 juta itu pula adalah sumbangan politik yang dijanjikan kepada PAS sekiranya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berjaya menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.
Aku sebetulnya tak percaya langsung PAS dalam dilema, sebab kalau ikut jumlah duit, aku yakin PAS sanggup korbankan Pakatan Rakyat.  Lebih-lebih lagi kalau Khalid serahkan portfolio kewangan kepada PAS.
Sebelum ini, PAS sanggup korbankan prinsip perjuangan pun (Islam dan Tuhan) untuk bekerjasama dengan DAP, apa sangat Pakatan Rakyat ni dibandingkan dengan wang RM 3 billion dalam bentuk rizab Selangor yang akan berada dalam kawalannya selepas ini.

Lagipun Majlis Syura Ulama (badan tertinggi PAS0 buat keputusan dah sokong Khalid, apa Jawatankuasa PAS Pusat boleh buat hari ini?
Aku dah lama kempen, kerjasama dengan PAS adalah satu kesilapan.  Serban, jubah dan agama hanyalah perhiasan, yang lebih utama ialah wang dan kemewahan.
Cuma persoalannnya selepas ini, dari mana Khalid Ibrahim nak mendapat baki sokongan yang cukup untuk mengelakkannya kalah dalam proses undi tidak percaya di DUN Selangor pada bulan November nanti.

PAS tolak Azizah sebagai calon MB Selangor 'kerja' media, kata Suhaizan
pada 18-08-2014 02:08 Ditulis Oleh Shawaliah Hadir
Post Pic

KUALA LUMPUR: PAS tidak pernah menyatakan penolakan terhadap calon pengganti Menteri Besar Selangor yang dikemukakan PKR, sebaliknya ia digembar-gemburkan media tempatan, kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat.
"Yang sebelum ini kita sebut menolak Datuk Seri Wan Azizah itu bukan satu keputusan saya fikir media memainkan perkara tersebut.
"Tidak ada keputusan yang menyatakan kita menolak," katanya kepada wartawan sebelum Forum "Krisis Selangor: Mengapa PAS Terasing" berlangsung semalam. 
Bagaimanapun kenyataan Suhaizan itu nyata bercanggah dengan Exco Selangor, Sallehen Mukhyi.
Menurut Sallehen PAS tidak menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, kerana Presiden PKR itu tidak diperkenan Sultan Selangor.
"Kami dah memperjelaskan dalam kenyataan sebelum itu, memang kita tak setuju Wan Azizah bukan kerana dia perempuan, tapi kerana kita dimaklumkan (oleh) Istana bahawa Istana tidak memperkenan Wan Azizah," kata Sallehen kepada pemberita hari ini.
PAS semalam akur pada ketetapan Pakatan Rakyat yang hanya akan mengemukakan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang baharu, biarpun parti itu mensyaratkan nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali perlu turut diletakkan dalam senarai.
Keputusan itu dibuat setelah PAS hampir dua minggu berdolak dalik berhubungan pendiriannya sama ada mahu menyokong Azizah ataupun tidak.
Bagaimanapun Azmin menolak pencalonan PAS kerana kononnya patuh pada akuan bersumpah yang ditandatanganinya untuk menyokongan Azizah menerajui Selangor.
Mengulas penolakan Azmin itu, Suhaizan berkata PAS menghormati pendirian Pengerusi PKR Selangor berkenaan.
Ujarnya tindakan Azmin cukup untuk mencerminkan kesetiaan dan kejujurannya pada partinya.
"Itu hak dia (Azmin Ali) untuk menolak jawatan yang dicadangkan PAS ada presiden dia tidak akan lah dia sebagai Timbalan mungkin mahu jawatan itu
"Apa yang dibuat oleh Azmin itu suatu yang perlu dihormatilah. Itu menepati budaya berorganisasi bagi saya.
"Pada PAS letak nama dia sebab itu nama yang sesuai sebab itu kita hantar dua-dua nama sekali. Terpulanglah kepada PR kan," ujarnya. 
Semua pihak kini sedang menunggu keberangkatan pulang Sultan Selangor dari luar negara, 27 Ogos ini bagi menentukan adakah Azizah layak untuk diperkenan mentadbir Selangor - negeri terkaya di Malaysia ini.


 "Mendewakan" TS Khalid Ibrahim Bagus. Egonya Besar
Posted on Monday, August 18 @ 15:49:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Mungkin isu menteri besar Selangor "tamat sekitika" namun perjalanan untuk menzahirkan DS Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri Selangor dan wanita pertama bakal menjadi menteri besar masih berliku dan beronakkan duri.

Semuanya bergantung pehak istana, jika istana bersetuju Wan Azizah , isu menteri besar Selangor tamat, Namun yang menerima padah humbatan ialah pari PAS komponen dari pakatan rakyat.

Dari pandangan kerdil kami nampaknya Wan Azizah sukar dijadikan atau dinobatkan wanita pertamamenteri besar. Hujahnya, Khalid Ibrahim pernah berkata pehak istana "tidak berkenan" dicalunkan sebagai menteri besar Selangor. Pehak istana pernah menolak permintaan Wan Azizah untuk mengadap Al- Sultan.
Namun PAS sendiri ada kesilapan dalam mempertahankan Khalid Ibrahim dan membiarkan Khalid Ibrahim sehingga dipecat dari PKR. Khalid Ibrahim memang pandai simpan wang, Namun rakyat Selangor mahu satu perubahan dalam pembangunan infrastruktur pinggir bandar dan desa. Keadaan jalan desa dan kampung tidak dibaiki dan di selenggara.
Malah projek kecil dan besar harganya diberi kepada kontraktor parti UMNO. Kerja kerja membersih tapak pasar malam pun diberi kepada kumpulan UMNO. Disini PAS tidak membaca kelemahan KHalid Ibrahim atai tidak menyelami kesusahan penyokong PR ntuk mencari "makan" selepas mendapat dan mengubah kuasa menteri besar UMNO kepada menteri besar PR.
Kita bangga atau pehak PAS terlalu berbangga Khalid Ibrahim pandai simpan wang berbillion. Ini kesilapan PAS,agak tidak cerdik dalam membuat dan mengadakan hujah. 
Khalid Ibrahim penggal pertama telah menunjukkan cara yang kurang baik dalam mentadbir dan mengguruskan kerajaan paktan rakyat, PAS hanya pandai berbangga bermegah Khalid Ibrahim pandai simpan wang, Begitu juga sehingga penggal kedua, PAS mencanangkan Khalid Ibrahim pandai mentadbir sehingga pandai simpan wang sampai RM3 billoin. Hakikatnya Khalid Ibrahim cukup gagal dalam menjanakan dengan wang yang ada untuk kesejahteraan rakyat Selanor terutama dipinggir bandar dan desa. Khalid sukar dinasihat oleh pehak parti komponennya.
Kesilapan Khalid terlalu bersendirian dalam membuat keputusan dan ego, dalam masa yang sama banyak bertolak ansur dengan kerajaan BN/UMNO . Malah kesilapaan PR yang paling utama mencalunkam semula Khald Ibrahim sebagai menteri besar Selangor . Ibarat nasi sudah menjadi bubur.
Nampak jelas DUN Selangor perlu dibubarkan. Jika rakyat Selangor masih suka PR peluang PR memerintah Selangor rakyat beri undi, Jika rakyat selangor sudah benci kepada PR, rakyat Selangor beri undi kepada BN/UMNO .
Keputusan berada ditangan rakyat Selangor. Pastikan Wan Azizah tidak menjadi menteri besar Selangor. Itu yang penting.  Cukup mengharap agar Sultan Selangor berkenan untuk membuburkan DUN dengan apa jua alasan yang diberi juak juak yang mahukan Wan Azizah  dijadikan menteri besar Selangor.
biar mati wan azizah dan juak juaknya jangan matikan kebaikan atau semangat khalid dalam mentadbir Selangor. Walaupun Khalid ada kesilapan dengan ego dan sombong almaklunlah tokoh koprat dikatakannya. 
Kita bimbang lari dari mulut singa, jumpa mulut harimau lari dari mulut harimau jumpa mulut buaya ini yang paling parah dan derita dibuatnya.  
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
mohdnoorawang
Posted on Monday, August 18 @ 15:49:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Krisis MB Selangor dedah siapa Pas sebenarnya
Posted on Monday, August 18 @ 23:52:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Oleh Timmy Say
WALAUPUN Pakatan Rakyat (PR) hampir berpecah di Selangor, tapi Umno Selangor masih tidak dapat mengambil kesempatan.

Ini tidak lain, tidak bukan kerana Umno terlalu lemah di Selangor.

Yang menarik ialah kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang krisis MB Selangor boleh menjadi pengajaran kepada BN sejurus pendirian Pas diketahui semalam.

Meskipun diapi-api Utusan sejak seminggu yang lepas, Pas dan presidennya Abdul Hadi Awang membuat pendirian memberikan pilihan kepada PR dan Sultan Selangor untuk memilih antara Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pendirian bijak itu tersebut mengejutkan lawan Pas iaitu Umno, dan juga mengkagumkan rakannya DAP dan PKR.

Dakwaaan Pas menolak Dr Wan Azizah kerana beliau seorang wanita seperti yang didakwa pelbagai pihak termasuk PKR terbukti fitnah semata-mata dengan pendirian Pas semalam.

Dakwaan bahawa Pas berniat bekerjasama dengan Umno juga jauh meleset.

Geng yang menuduh Pas tidak pandai berpolitik dan tidak tahu bertahaluf juga tak benar.

Meskipun dihentam kiri kanan oleh rakan-rakan di Pakatan kerana hanya ingin bermesyuarat pada 17 Ogos, Pas tetap dengan komitmen bersama PR.

Pas tidak bersikap seperti pihak-pihak lain yang suka “force the issue” (memaksa sesuatu isu) apabila ada perbezaan pendapat.

Kerana ingin mencapai konsensus atas terma sendiri, mereka suka menggunakan frasa-frasa seperti “24 jam yang kritikal”, “peluang terakhir”, “tindakan segera” dan “buktikan sekarang” untuk memaksa rakan-rakan untuk membuat keputusan. Tindakan-tindakan sedemikian langsung tidak membantu dalam menguatkan talian persahabatan.

Ada pula yang suka “buat dulu”, lepas itu maklum. Mereka tidak berminat bertanya sama ada rakan lain suka makan nasi mahupun bubur, yang mereka nak sampaikan ialah “dah jadi bubur, kau telanlah sahaja.” Mereka bukan sahaja bersikap begitu pada rakan, malah pada pihak istana.

Terdapat juga golongan yang amat gopoh sehingga sanggup melangkau ke hadapan dahulu dalam keputusan mereka tanpa memikirkan perasaan dan perkiraan pemimpin sendiri. Ini menunjukkan mereka sudah kurang berkeyakinan atau termakan fitnah bahawa parti mereka sendiri tidak berupaya menyelesaikan kemelut ini dengan baik.

Pas menjaga perasaan semua pihak – rakan-rakannya dan juga pihak istana. Pas pastikan hati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terguris dengan memastikan nama Dr Wan Azizah adalah antara calon yang disokong Pas, meskipun istana menolak permintaan pertama beliau untuk mengadap.

Pas menjaga hati istana dengan membiarkan lebih satu pilihan untuk dipilih menggantikan Khalid. Pas tidak mahu istana terasa Pakatan ada sikap “forcing the issue” – di mana kena mati-mati terima calon yang dicadang Pakatan. Bagi Pas, istana ialah satu institusi yang perlu dihormati dalam kerangka demokrasi negara.

Akan tetapi, selepas mesyuarat di sebuah hotel di Subang Jaya semalam, PR tetap memutuskan untuk menghantar nama Dr Wan Azizah seorang sahaja untuk diperkenan istana. Jika istana menolak, Pas bolehlah bagi tahu nanti – “I have told you so.” Kalau terjadi pembubaran Dun pada masa itu, ingatlah ia bukan salah Pas lagi.

Pengerusi Umno Selangor Noh Omar menyifatkan apa yang berlaku di Selangor sebagai ‘luar tabie’. Bahasa melambangkan watak, jadi penulis tidak perlu mengulas lanjut mengenai perwatakan beliau.

Tapi Noh Omar sedar tak, yang lebih luar biasa di Selangor ialah ketidakmampuan Umno Selangor untuk melakukan apa-apa untuk mengocak situasi dan mengambil kesempatan politik yang begitu meruncing di antara parti-parti komponen PR.

Dengan berbekalkan 12 kerusi Dun, yang Umno boleh buat hanyalah bermain batu api. Tapi itu pun tidak menjadi, apabila exco Selangor daripada Pas Sallehin Mukhyi membuat pendirian tegas akan keluar daripada kerajaan Khalid jika ada Adun Umno yang dilantik menjadi exco.

Kenyataan Sallehin adalah satu langkah cermat menutup segala lubang untuk Umno melakukan sabotaj. Ia adalah langkah “checkmate” kepada Umno Selangor, cuma rakan-rakan Pakatan tidak faham kerana dibutai oleh kemarahan kepada Khalid yang baru memecat exco-exco daripada DAP dan PKR.

Perkara yang paling besar untuk disedari Umno-BN di dalam episod di Selangor ini ialah jangan pandang lemah pada kredibiliti dan komitmen Pas, dan jangan lagi cuba menangguk di air keruh setiap kali berlaku perbezaan pendapat di kalangan pemimpin Pas.

Barangkali itulah pengajaran yang dimaksudkan oleh Muhyiddin – bagaimana tertekan sekalipun, jangan harap Pas mengkhianati sahabat mereka. Sejarah membuktikannya. Dan pada 17 Ogos 2014, Pas membuktikannya sekali lagi. 


 Lebih Banyak PAS Bercakap Lebih Banyak Keburukan PR Terserlah
Posted on Monday, August 18 @ 20:31:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Terima kasih kerana memberikan pencerahan serba sedikit. Bukan untuk aku. Tapi untuk peng-anti2 aku. Aku dah tahu serba sedikitnya. Atau hampir tahu secara keseluruhan kemelut di Selangor. Kalau boleh aku huraikan begini.

3 parti yang bersepakat berusaha menjaga kepentingan masing2. Kemudian parti yang terkenal dengan panggilan keadilan ada krisis peribadi dengan MB dari parti mereka. Dia mencari jalan, dan membentuk strategi terbaik untuk menyingkirkan individu tersebut. Bacaan politik ;

- Kerana individu tersebut ada pengaruh dari sokongan rakyat.
- Kerana individu tersebut penghalang kepada bargain power.
- Kerana individu tersebut kunci kepada rizab Selangor.

Rizab Selangor bukan dalam bentuk liquid semata2 ye. Tapi pemilikan aset, hartanah, pelaburan, bon dan wang tunai.

Dari pihak istana pula, lue fikirlah sendiri. Aku nampak selain dari kegiatan belakang tabir sesetengah parti (yang boleh dijadikan isu untuk musnahkan kredibliti parti tersebut) ia juga merupakan satu strategi yang boleh digunakan oleh BN untuk mendapatkan kembali Selangor melalui peranan pihak2 tertentu. Tapi kan, ia memerlukan musuh kau untuk melakukan kesalahan sebelum kau boleh berpropaganda melalui kelemahan2 mereka. Politik itu bukan jalan lurus dan bukan juga jalan bengkok yang berhad. Ia tanpa had, tande sempadan, kau tak boleh baca sebab kau tak nampak penghadang mereka dengan jelas. Semuanya transparent. 

Haha.

Tadi. Khalid Samad telah membuktikan sesuatu.

Katanya ;


PKR tidak mahu meletakkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun mempunyai rekod yang cemerlang, kata pemimpin PAS Khalid Samad. (1)

Ahli Parlimen Shah itu berkata, PAS tidak bersetuju kerana khuatir kesan keputusan itu terhadap pilihan raya. (2)

"Ketika PRU13, PKR memaklumkan kepada PAS mereka tidak lagi mahu Khalid bertanding," katanya pada satu forum malam tadi.

"Pemimpin PAS bagaimanapun tidak bersetuju dengan PKR kerana tanpa Khalid, rakyat Selangor akan mula membuat spekulasi siapa bakal menteri besar. (3)

"Itu mungkin mengakibatkan Pakatan Rakyat kehilangan negeri terkaya di Malayasia kerana pengundi khuatir PAS dan DAP mungkin mengetuai Selangor,” katanya. (4)

Khalid berkata, derdasarkan faktor itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju meletakkan Khalid Ibrahim sebagai calon pilihan raya.  (5)

1. Mengaku TSKI cemerlang dalam pentadbirannya ek?

Harga yang dibayar TSKI kerana menjadi cemerlang.

Pengajaran yang pertama : Jangan mempunyai rekod yang cemerlang. Lebih baik jika anda kerja biasa2 aje ataupun berniat nak jadi duta. Next PRU kita boleh menjadi calon PRU semula.

Pengajaran yang kedua : Jangan menyerlahkan kecemerlangan anda sehingga menenggelamkan boss anda yang pernah menjadi menteri kewangan yang paling berwibawa di seluruh dunia. Kalau dia buat satu2 usul, mesti idea dia sorang aje, takde kerjasama dan analisa dari orang lain, so hanya dia je yang layak dapat pujian dan kredit. Tapi bila terkait akan sesuatu usul yang merugikan rakyat, dia tak salah, mesti orang lain yang salah.

Pengajaran yang ketiga : Jika anda tak mampu ubah sistem / cara partisan berfikir, maka sertai la pemikiran bangang mereka.

Pengajara yang keempat : Jangan bebaskan diri dari rasuah. Family rasuah duduk bersama, jika ada yang bersih, anda bukan family tapi musuh.'

2. Menggunakan pengaruh Khalid untuk memenangi PRU ke 13 ek?

3. PAS yang bagi harapan dan sokongan pada Khalid ek? Dah tue kenapa Husam bantai TSKI bukan bantai PAS?

4. Sebab takut hilang Selangor jadi sanggup gunakan Khalid ek?

5. Habis sepah madu dibuang ek? Jap, TSKI masih lagi diperlihatkan seperti madu. Yang nampak macam sepah tue sapa? Rasanya rakyat kot. Habis terjerit bergaduh dan memusuhi sesama rakyat miskin, ada yang sanggup putus sedara, ada yang sanggup bergaduh, ada yang sanggup tak bertegur, ada yang sanggup tak p kenduri, ada yang sanggup putus kawan, dan akhirnya kita dipergunakan oleh mereka sebagai alat mencapai kuasa ek?

Tahniah.

Teruskan bergaduh sesama sendiri wahai rakyat tertindas. Ahli politik PR dan BN tengah tepuk tangan melihat kebodohan rakyat mudah dipergunakan dalam apa2 jua isu.

HA HA HA

Kredit gambar dan point : sini.
Berita rujukan : sini.

AMENO WORLD
http://www.amenoworld.net

Tiada ulasan: