Jumaat, 22 Ogos 2014

BERKABUNG DALAM ISLAM



***ISU AKIDAH***

Apakah hukum berkabung?

Jwpn dr ustaz muhadir haji jol:
Hukumnya HARAM jika smpai tahap tasyabbuh (menyerupai agama lain).. Cnth tasyabbuh ialah memakai pakaian hitam.. Dlm islam x ada istilah memakai pakaian hitam atau gelap jika ada kematian.. X tiada istilah bertafakur.. Gntikan bertafakur dgn bcaan alfatihah..

Pesanan ustaz.. Jgn jdkan bnda yg harus mnjdi haram..

Take note smua.. Xplu lah pakaian htm or gelap.. N gntikan alfatihah dr bertafakur.. Jgn jd tasyabbuh .

Copy paste ⇨ "JUMAAT - 22.08.2014
Di minta semua rakyat seluruh MALAYSIA memakai baju HITAM @ PUTIH (kita bekabung) untuk menghormati mangsa MH17 yang akan tiba hari JUMAAT ini.
#MohonSebar #PrayForMH17 "

Maaf semua sekadar berkongsi.. Dari segi islam tiada dianjurkan untuk pakai baju hitam atau putih atas penghormatan,atas kematian atau sesuatu musibah. Pemakaian baju hitam jika atas niat untuk perkara tersebut tidak dibolehkan kerana mengikut amalan orang kristian. Apa yg terbaik amalan di dalam syariat islam hanya berdoa memohon keampunan dan kerahmatan dari Allah. Jika sekadar pakai tidak mengapa.

Benar... itu semua amalan orang2 kafir....

jawapan:
Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja, sebagaimana difahami dalam hadis di bawah:

Maksudnya: Tidak halal bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung atas kematian seseorang, kecuali ke atas suami selama empat bulan sepuluh malam.
Direkod oleh Bukhari (no: 5334), dan Muslim (no: 1487).

Manakala kaum lelaki, tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Perkara ini disepakati oleh ulama. Kita boleh lihat dalam kitab-kitab feqah klasik dan moden yang membahaskan hukum berkabung, ulama hanya membahaskan tentang perkabungan wanita.

Cuma, ada segelintir ulama yang mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari sahaja. Contohnya dalam kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924.

Itupun, hanya bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya sahaja.

Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salaf. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini.

Ini menunjukkan ia tidak syar'ie. Dan lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam. Sedangkan kita dilarang meniru adat mereka.

Next, Fatwa Shaikh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah:

Soalan :
Apakah boleh memakai pakaian hitam untuk berkabung di atas kematian seseorang khususnya apabila orang tersebut suami ?

Jawapan :
Memakai pakaian hitam ketika terjadi musibah merupakan syi’ar yang bathil yang tidak ada asalnya dalam Islam. Seseorang ketika terjadi musibah hendaklah melakukan apa yang disyariatkan. Dia boleh mengucapkan :

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun. Allahuma jurnii fii musiibatii wakhluflii khairan minha..

Ertinya : “Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan benar-benar kepada-Nya kami akan kembali. Ya, ALLAH berilah aku balasan (pahala) di dalam musibahku dan berilah aku ganti yang lebih baik dari musibah tersebut. ”

Bila dia mengucapkan kalimat itu dengan rasa iman dan mengharapkan pahala maka ALLAH Ta’ala akan memberinya balasan atas musibah yang menimpa dan akan mengganti musibah tersebut dengan hal yang lebih baik darinya.

#Istighfar.Istighfar.Istighfar.
Sebarkan pd saudara2mu akan kebenaran hukum yg tiada kena mengena dgn ajaran Islam ini.

Friday, 22 August 2014

MEMO TIMBALAN MUFTI PERLIS KEPADA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS PROGRAM TAFAKUR MH17 YANG DICADANGKAN KERAJAAN PUSAT TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN DI PERLIS.


Yang Berhormat Tuan,

HUKUM BERTAFAKUR

Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman YB Tuan, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis, Dato' Murshid DiRaja Dr Juanda Bin Jaya pada 21 Ogos 2014 di dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bil 15/2014 telah mengambil maklum dan menjelaskan bahawa program tafakur yang di cadangkan oleh Kerajaan Pusat tidak boleh di laksanakan di Negeri ini kerana bertentangan dengan Fatwa Kebangsaan Tahun 1987 dan Fatwa Negeri Perlis Tahun 1974.

Bersama ini di lampirkan salinan Fatwa dari JAKIM untuk makluman Yang Berhormat Tuan.

Sekian. Wassalam

Tanda Tangan

ROSLAN BIN ESA
Timbalan Mufti
Kerajaan Negeri Perlis.

Tarikh:  22 Ogos 2014
AMALAN BERKABUNG 40 HARI BUKAN AJARAN ISLAM
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Perkara ini perlu diingatkan. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang ‘berlebihan’ dalam memuja pembesar mereka. Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang larang atau pakaian tertentu sempena kematian pembesar negara atau kerabat diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara-perkara berikut perlu dijelaskan;

1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)
“Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, sepuluh hari..”.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai hikmat dan latar sejarah yang tersendiri. Walaupun asalnya amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam, namun Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik yang dapat menjaga dan memelihara nama baik seorang isteri.
berkabung2.jpg
- Gambar Hiasan
2. Hadis Nabi s.a.w:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
menunjukkan bahawa selain isteri, tidak dibolehkan berkabung melainkan keizinan atau kelonggaran kepada wanita yang kematian keluarga, dengan syarat tidak lebih dari tiga hari. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,
“Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi s.a.w ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: “Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.aw. : “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari”.
3. Telah wafat Rasulullah s.a.w sedangkan para sahabah baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabah Nabi s.a.w yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.
Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita. Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi’in, para imam hadis dan fekah, tidak pula umat Islam berkabung. Apakah ada sesiapa yang lebih mulia dari mereka semua untuk kita berkabung?!
4. Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah s.a.w dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah s.a.w, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka?! Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan!


 


TIADA UCAPAN TAKZIAH JUGA INNALILLAH DARI KERAJAAN MALAYSIA
Alhamdulillah.. tiada bendera separuh tiang.. tiada ritual berkabung.. tiada bunga ditabur mengiringi jenazah.. tiada juga Al-Fatihah setiap setengah jam di kaca tv.. tiada diberitakan dimana2 media kerajaan selama berbulan bulan.. kerana Rasulullah x pernah ajar pun buat begitu..
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.... Kamu mungkin tidak bernilai pada pandangan negara tapi bukan begitu pada pandangan Allah..Bergembiralah kamu wahai tentera Allah walaupun tiada rakaman takziah juga innalillah buatmu para syuhada insha Allah.. Allahu Akhbar!!! Allahu Akhbar!! Allahu Akhbar!!!
"Katakanlah Wahai Muhammad: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." (At-Taubah:24)

12 Apr 2011


Hukum Berkabung Menurut Islam

Soal Jawab Agama

Berkabung ataupun ihdad menurut Imam An-Nawawi Rahimahullah ialah: Meninggalkan berhias-hias samada dengan pakaian, barang kemas dan bau-bauan yang harum. (Raudhah Al-Thalibin, 8 / 405)
Ini bermaksud perempuan yang berihdad ialah perempuan yang meninggalkan perkara yang berkaitan dangan berhias dan apa-apa yang boleh merangsang umpamanya memakai minyak wangi serta bersolek. Tuntutan berkabung ini pada lazimnya hanyalah ditujukan kepada perempuan yang kematian suami selama iddahnya. Sementara lelaki tidak berkaitan dengan tuntutan berkabung ini.

Manakala perempuan yang beriddah kerana talak, para ulama’ sepakat bahawa perempuan ini tidak diwajibkan ke atasnya berkabung, kerana dia masih boleh dirujuk oleh suami. Malah ada ulama yang mengatakan adalah lebih utama baginya berhias-hias untuk menarik perhatian bekas suaminya supaya merujuknya kembali. Tetapi Abu Thaur pula meriwayatkan daripada salah satu pendapat Imam As-Syafi‘ie Rahimahullah bahawa sunat  ke atasnya berkabung.


1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)
“Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, sepuluh hari..”.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai hikmat dan latar sejarah yang tersendiri. Walaupun asalnya amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam, namun Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik yang dapat menjaga dan memelihara nama baik seorang isteri.

2. Hadis Nabi s.a.w:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Baca lagi di blog Dr.Maza

-ijoks2009-
Apa yang saya nampak pelik sikit situasi melayu islam di malaysia kita ni,bila ada kematian raja-raja atau pembesar barulah nak hentikan rancangan hiburan kat tv,konsert dan sebagainya,yang pembaca berita pula barulah nak pakai tudung .macamlah malaikat pencatat amalan hanya ada pada hari orang mati saja .
Lepas 2-3 hari lepas tu hiburan rancak semula.kalau tak ada orang mati dia ingat Allah tak nampak ke gamaknya..








 


Ulama umno sudah bersuara..
Adakah mereka dengar?????
Tupai Lincah
sabar bbanyak ya kak..
3 hrs ·
Pesanan ustaz...

Tiada ulasan: