• Suhaizan Kaiat Suhaizan Kaiat
1 / 1
SHAH ALAM – Berita Adun Hulu Kelang, Saari Sungib yang dikatakan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akibat sakit dada disangkal oleh Pemuda Pas hari ini.

Ditanya tentang penyebaran berita tersebut, ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, berita yang tersebar melalui aplikasi dan laman sosial tersebut tidak benar sama sekali.

“Tak betul... palsu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Saari didakwa dikejarkan ke IJN petang semalam selepas mengadu sakit dada kepada isterinya, Alizs Jaafar di rumah mereka di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang.

Beliau dikatakan berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di unit kecemasan institut kesihatan itu.

Saari merupakan seorang daripada dua Adun Pas yang menyokong pelantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Ia sekaligus melanggar pendirian Majlis Syura Ulama Pas baru-baru ini dan mendahului Mesyuarat Jawatankuasa Pusat.

Sehingga kini  beliau masih enggan menarik balik surat sokongan beliau sebagaimana diarahkan Setiausaha Pas Selangor.

Menurut Suhaizan lagi, pihaknya telah pun menghubungi anak Saari untuk mengesahkan berita tersebut dan bertanyakan status Adun Hulu Kelang itu.
Kata Suhaizan, anaknya turut menafikan penyebaran berita tersebut.

“Saya sahkan dengan anak dia. Ayah dia okay. Sihat sahaja,” jelasnya lagi.

Sementara itu, sumber IJN turut menafikan Saari ditahan di wad bagi mendapatkan rawatan akibat sakit dada.
Saya dimaklumkan bahawa selepas mesyuarat di antara Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dengan 13 ADUN PAS dari Selangor semalam, beberapa maklumat yang kurang tepat telah disebarkan melalui whatsapp dan media sosial.
Di antara maklumat yang disebarkan ini termasuklah:
1. Keputusan PAS menolak pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail kononnya adalah atas titah ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor;
2. Dato’ Seri Anwar Ibrahim terbang ke Kuala Terengganu pada hari Isnin, 11 Ogos 2014 yang lalu untuk mendapatkan surat sokongan melantik Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail yang kemudiannya ditolak oleh Presiden PAS itu
Saya hadir mewakili KEADILAN bersama-sama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Dato’ Mustapha Ali itu. Keputusan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk terbang ke Kuala Terengganu berjumpa Dato’ Seri Abdul Hadi Awang bukanlah untuk mendapatkan tandatangan kepada apa-apa surat sokongan tetapi mengambil kira perlunya membawa proses membuat keputusan kembali ke kerangka Pakatan Rakyat.
Pada hari Sabtu 9 Ogos 2014, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Dato’ Mustapha Ali telah terbang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan pimpinan tertinggi DAP tanpa dimaklumkan kepada pimpinan KEADILAN. Di dalam mesyuarat itu, pimpinan PAS itu membentangkan pendapat mereka mengenai pendirian mereka yang menolak pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan harapan DAP akan bersetuju dengan pendirian mereka.
Setelah dimaklumkan oleh pimpinan DAP mengenai perkembangan ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk berjumpa sendiri dengan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan jalan memperbaiki hubungan baik di antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.
Oleh yang demikian, maklumat yang disebarkan kononnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim membawa surat sokongan di dalam pertemuan itu adalah palsu dan pembohongan yang tidak membantu merungkai kemelut perlantikan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang baru.
Sebagai sebuah kerajaan yang memenangi mandat dua pertiga dalam PRU13 yang lalu, sewajarnya keputusan melantik seorang Menteri Besar dari kalangan ADUN Pakatan Rakyat itu dapat dibuat secara muafakat bersama. Tuanku lebih arif dengan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh negeri Selangor. Setakat ini KeADILan difahamkan Tuanku Sultan Selangor terbuka dalam perkara tersebut dan akan membuat keputusan berlandaskan prinsip undang-undang.
Proses mengikut Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Selangor untuk melantik seorang Menteri Besar adalah jelas dan ia bermula dengan pencalonan seorang ADUN dari parti-parti yang mempunyai majoriti di dalam dewan. Sewajarnya KEADILAN, DAP dan PAS harus berupaya mempersetujui seorang calon dari kalangan ADUN Pakatan Rakyat untuk dibawa pencalonan bagi perkenan ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Kami sedar bahawa penolakan terhadap pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah sebenarnya telah berlaku lama sebelum pun berita kononnya titah ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor ini mula disebarkan. Umum mengetahui bahawa penolakan tersebut oleh sebahagian pimpinan PAS dibuat kerana beliau adalah seorang wanita. Sehingga kini, pimpinan tertinggi PAS masih lagi belum memberi alasan yang jelas kenapa beberapa pimpinan PAS terus membuat kenyataan terbuka menolak pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail walaupun JK PAS Pusat belum bersidang.
Persoalan Menteri Besar Selangor ini seharusnya telah lama diselesaikan berdasarkan prinsip muafakat dan saling menghormati dalam Pakatan Rakyat. Seharusnya kesepakatan dapat dicapai pada mesyuarat Majlis Pimpinan 23 Julai 2014 yang lalu malangnya ia terpaksa ditangguhkan.
Pakatan Rakyat semenjak 2008 belum pernah melanggar prinsip menghormati hak parti masing-masing untuk mengemukakan nama calon Menteri Besar dan Ketua Menteri mereka. Tidak timbul soal parti lain mengusulkan nama lain yang pasti ditafsir melanggar etika ini dan mungkin melaga-lagakan pimpinan dlm parti sekutu.
(Bhg 1/2)
Proses membuat keputusan di dalam kerangka Pakatan Rakyat perlu dipertahankan. Adalah tidak adil sekiranya isu ini dijadikan pertembungan di antara KEADILAN dan PAS semata-mata sedangkan keseluruhan kepimpinan DAP dan 15 ADUNnya juga menyokong pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Oleh yang demikian, saya berharap supaya PAS mengambil kira majoriti 30 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor telah membuat keputusan yang jelas.
DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong KEADILAN
LikeLike · ·

Saturday, 16 August 2014

SURAT PEGUAM TSKI MEMFAILKAN LAPORAN KEPADA JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN (RoS) BERHUBUNG PEMECATANNYA DARI KEADILAN KINI SUDAH TERSEBAR.



Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, telah memfailkan laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) secara rasmi melalui peguamnya berhubung pemecatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Peguamnya, New Sin Yew, yang mengesahkan perkara itu berkata, notis berkenaan difailkan firma guaman Bon Advocates atas dakwaan Lembaga Disiplin parti itu dan Majlis Pimpinan Pusatnya melanggar perlembagaan parti dalam pemecatan Abdul Khalid.

Menurut New, ROS telah menerima notis tersebut dan akan menjawabnya tidak lama lagi.

Difahamkan, PKR berdepan risiko dibatalkan pendaftarannya, sekiranya parti itu didapati bersalah melanggar perlembagaannya.

Pada 10 Ogos lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan Abdul Khalid dipecat daripada parti itu, berkuat kuasa serta-merta, kerana didakwa mengingkari arahan pucuk pimpinan.

Abdul Khalid didakwa berbuat demikian, setelah enggan menerima cadangan parti untuk menggantikannya dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.