• Najib Tun Razak
1 / 1
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk membatalkan saman yang difailkan keluarga penyiasat persendirian, mendiang P Balasubramaniam, yang menuntut ganti rugi mendakwa mereka terpaksa hidup dalam buangan di India.
Permohonan itu dikemukakan melalui peguamnya di mahkamah tinggi di sini, semalam di hadapan pendaftar Morfauzani Mohd Nordin.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 Ogos ini untuk pengurusan kes.
Dalam permohonan itu, perdana menteri dan isteri memohon tuntutan terpinda yang dikemukakan plaintif-plaintif bertarikh 23 Jun dibatalkan.

Najib dan Rosmah menyatakan kesemua plaintif tidak ada kuasa tindakan terhadap mereka, selain tuntutan itu mengaibkan, remeh atau menyusahkan, dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Najib turut memohon kebenaran agar mahkamah memberikan kebenaran kepada Rosmah untuk memfailkan pembelaan, sementara menunggu pendengaran permohonan diputuskan.

Turut dituntut, kos permohonan dan kos berbangkit serta lain-lain relif yang ditetapkan mahkamah.

Najib dan Rosmah mengemukakan permohonan itu atas alasan plaintif tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memulakan atau meneruskan tuntutan.

Pada 23 Jun lalu, Santamil Selvi dan tiga anaknya memfailkan saman dan pernyataan tuntutan terpinda terhadap Najib, Rosmah dan lapan yang lain dengan mendakwa mereka berkonspirasi menyebabkan keluarga itu berpindah ke negara lain.

Mereka memfailkan saman sebanyak RM1 juta sebagai ganti rugi kehilangan pendapatan dengan mendakwa mereka terpaksa hidup dalam buangan di India akibat penarikan balik akuan berkanun.

Ketua setiausaha sulit MB buat aduan siasat dakwaan rasuah

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadiri pelancaran projek jambatan ketiga di Klang, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Ogos, 2014. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadiri pelancaran projek jambatan ketiga di Klang, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Ogos, 2014. Ketua setiausaha sulit kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini terhadap dakwaan perlakuan rasuah yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR.
Mohamad Yasid Bidin tiba di pejabat SPRM Shah Alam sekitar jam 3 petang tadi sambil dilihat membawa dokumen yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Turut kelihatan ialah kedua-dua setiausaha politik Khalid, Mustapha Mohd Talib dan Azman Abidin, Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin serta beberapa lagi ahli PKR.
"Hari ini saya membuat laporan kepada SPRM berkenaan surat aduan dakwaan salah laku yang dilakukan menteri besar.
"Sebagai kakitangan di pejabat menteri besar, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk serahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," kata Yasid kepada pemberita di Shah Alam.
Katanya, Khalid yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan seperti didakwa Saifuddin. Justeru, perkara itu perlu dibawa kepada SPRM bagi membolehkan kertas siasatan dibuka.
Beliau berkata, pihak yang mengemukakan dakwaan sehingga hari ini gagal menyerahkan sebarang laporan kepada SPRM. Oleh itu, atas inisiatif sendiri, pihak pejabat Khalid mengemukakan laporan berkenaan.
Saifuddin sebelum ini dilaporkan berkata akan mendedahkan sebab di sebalik usaha PKR menyingkirkan Khalid sebagai menteri besar dan menggantikannya dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Saifuddin berkata antara kandungan laporan tersebut termasuk kes-kes mahkamah yang boleh dipertikai mengenai integriti Khalid sebagai seorang penjawat awam.
Antara yang didakwa Saifuddin adalah sebuah kes yang diselesaikan di luar mahkamah membabitkan saham Kumpulan Guthrie Berhad bernilai RM66.67 juta semasa Khalid memegang jawatan ketua pegawai eksekutif syarikat itu.
Khalid dalam bagaimanapun menafikan dakwaan beliau terlibat dalam salah laku dan mencabar PKR melaporkan perkara tersebut kepada SPRM.
"Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan Saifuddin. Saya menafikan dakwaan ini kerana ia tidak benar sama sekali," kata Khalid.
"Sekiranya Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam PKR sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada SPRM dan Bank Negara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasminya.
Khalid dalam kenyataannya turut menyatakan kesediaan bekerjasama jika disiasat pihak berkuasa.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya," katanya. – 6 Ogos, 2014.

  2:30PM - 7 Aug 2014

Rafizi: Khalid patut saman, bukan bawa pada SPRM

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, Tan Sri Khalid Ibrahim patut mendedahkan terma penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam yang ditimbulkan parti atau menyaman pihak berkaitan.

Rafizi berkata, tindakan membawa isu itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hanya meningkatkan keraguan terhadapnya kerana badan itu sukar bertindak seperti dalam isu NFC sebelum ini.

“Oleh sebab itulah, saya tidak hairan beliau menghantar laporan PKR kepada SPRM kerana beliau sendiri tahu sukar untuk SPRM mengambil sebarang tindakan terhadap beliau,” katanya.

Semalam setiausaha sulit Khalid, Mohamad Yazid Bidin (kanan), membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat dakwaan “isu integritinya” seperti didakwa PKR.

Difahamkan, ia bertujuan untuk membersihkan nama Khalid daripada dakwaan salahlaku tersebut.

Kelmarin, PKR mengeluarkan dokumen 91 halaman kepada PAS dengan salinan kepada DAP, yang membongkar "keraguan munasabah" terhadap Khalid, terutamanya dalam itu penyelesaian hutang itu.

Pemimpin kanan PAS dan Majlis Syura – badan tertinggi dalam parti Islam itu – sekarang berpendirian Khalid patut dikekalkan, berbeza dengan pandangan PKR dan DAP.

'Enggan bersumpah di mahkamah?'

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata, cara terbaik untuk membersihkan nama Khalid boleh dibuat dengan mendedahkan perjanjian dengan Bank Islam yang membolehkan beliau tidak perlu membayar hutang RM70 juta secara tiba-tiba.

Rafizi juga menggesa Khalid menjelaskan kenapa syarikat orang tengah dalam rundingan itu – seorang peguam yang dikaitkan dengan Umno – mendapat manfaat beratus juta ringgit daripada kerajaan negeri.

Dan perkara itu, katanya lagi, berlaku dalam tempoh sebulan selepas hutang beliau diselesaikan dengan Bank Islam dengan rundingan melalui orang tengah.

“Jika pun beliau tidak bersedia untuk mendedahkan terma-terma perjanjian dengan Bank Islam, sepatutnya beliau failkan saman fitnah terhadap saya di dalam mahkamah sebelum membuat laporan kepada SPRM,” katanya.

Rafizi mendakwa, Khalid tidak mengambil tindakan mahkamah terhadap beliau atau Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (atas) kerana tidak mahu memberi keterangan bersumpah di mahkamah mengenai perjanjian rahsia itu.

“Jika beliau tidak ada apa-apa yang disembunyikan, maka beliau sewajarnya mendedahkannya atau menyaman saya di mahkamah sebelum berakhirnya hari Jumaat esok,” cabarnya lagi. 

BILA TAK MAHU IKUT ARAHAN PARTI/BOS/KETUA ....AGAK2 MOLEK KE SIKAPNYA

Wan Azizah seru Pakatan bersatu, cari jalan penyelesaian

KUALA LUMPUR 7 OGOS: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru parti dalam Pakatan Rakyat bersatu dan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Menurutnya dalam sebuah kenyataan hari ini, rakyat kini menuntut politik yang lebih matang dan progresif dari kesemua pemimpin Pakatan.
Wan Azizah“Saya mengikuti perkembangan isu-isu politik terkini. Nada dan ritma perbincangan di kalangan ahli-ahli keluarga PR pada kala ini seakan menampakkan emosi yang tidak begitu positif.
“Namun saya percaya, kita semua mahukan yang terbaik bukan sahaja buat rakyat di Selangor malah yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang.
Katanya, kemenangan Pakatan Rakyat  sejak 2008 adalah manifestasi harapan rakyat sehinggakan gabungan parti itu meraih 52 peratus undi popular pada Pilihan Raya Umum ke 13.
“Oleh itu, saya menggesa semua ahli keluarga Pakatan Rakyat dari semua parti – bersatulah kita, rapatkan saf kita, dan marilah bersama mencari jalan penyelesaian yang terbaik bukan sahaja untuk sebuah negeri yang kita tadbir, tetapi untuk masa depan Malaysia yang lebih baik,” ujarnya.
Krisis pertukaran menteri besar Selangor dilihat masih berlarutan ekoran keenganan Khalid Ibrahim berundur daripada jawatan itu, meskipun diminta berbuat demikian oleh partinya sendiri.
KEADILAN sebelum ini menggariskan beberapa sebab mengapa Khalid perlu meletakkan jawatan.
Antaranya isu penyelesaian hutang beliau sebanyak RM70 juta dengan Bank Islam dan beberapa urusniaga tanah yang meragukan dan menjejaskan kredibilitnya sebagai MB Selangor.

Khamis, 7 Ogos 2014

Pas Pusat tak akan pakai keputusan Majlis Syura Ulama ..!!

Walau apapun keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama iaitu badan kedua tertinggi Pas di Kota Bharu malam tadi, ia tidak akan digunapakai oleh Jawatankuasa Pas Pusat yang akan bersidang pada Ahad ini.
Ini berikutan mesyuarat Majlis Syura Ulama itu dikatakan tidak sah kerana diadakan sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, iaitu suara rasmi parti dalam menentukan setiap langkah organisasi politik itu, terutama berkaitan kemelut di Selangor.
Sumber Pas Pusat memberitahu, pihaknya sehingga hari ini tidak dimaklumkan mengenai keputusan yang dicapai dalam mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Tetapi desas desus mengatakan Majlis Syura Ulama Pas tidak bersetuju dengan sebarang keputusan pakatan pembangkang hendak menggantikan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Keputusan ini tidak akan dapat mempengaruhi ahli korum yang bermesyuarat pada 10 Ogos ini di Kuala Lumpur kerana Pas Pusat perlu akur dengan syarat dan perjanjian yang dimeterai dengan dua rakan gabungannya dalam pakatan pembangkang,” kata sumber itu kepada MalaysiaGazette.

Turut hadir pada mesyuarat yang tamat kira-kira jam 12 tengah malam itu ialah Timbalan Majlis Syura Ulama, Datuk Harun Din; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Salleh.
Mesyuarat bermula jam 9.30 malam itu juga turut dihadiri ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Datuk Ahmad Yakub, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Datuk Muhammed Daud, Nasrudin Hassan, Zaharudin Muhammad, Wardah Tahir, Nadzirah Mohamad dan Hashim Jasin.
Difahamkan, mesyuarat Majlis Syura Ulama diadakan lebih awal bagi mempengaruhi korum Jawatankuasa Pas Pusat supaya menolak cadangan PKR melantik Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Namun keputusan itu, walaupun dari suara Presiden, Naib Presiden, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulama, tidak akan dapat mempengaruhi kehendak korum dalam Jawatankuasa Pas Pusat kerana majoriti daripada jawatankuasa itu pada dasarnya bersetuju berlaku pertukaran Menteri Besar di Selangor.
Ini telah dinyatakan dari awal oleh Ahli Parlimen Pas Sepang, Mohamed Hanipa Maidin bahawa segala keputusan berkaitan parti, hanya parti yang menentukan, bukan individu.
Sebelum ini, Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz telah menyatakan pendiriannya mahu Abdul Khalid dikekalkan kerana tidak ada sebab Menteri Besar itu ditukar berikutan prestasi membanggakan sepanjang enam tahun menerajui Selangor.
Walaupun Majlis Syura Ulama tidak mendedahkan keputusan yang dicapai malam tadi, tetapi pendirian kedua-dua pemimpin tertinggi Pas terhadap Abdul Khalid itu sudah cukup dijadikan alasan oleh Pas Pusat untuk tidak akan menggunapakaikannya pada mesyuarat Ahad ini.

Beberapa orang AJK Pas Pusat tak setuju dengan keputusan Majlis Syura PAS Pusat!
Posted on Thursday, August 07 @ 14:37:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Sumber MW dan link

Note: Apa nak jadi dengan AJK PAS Pusat ni?? Tahu tak mana parti yang dia jadi AJK? - PK
 
Makin PANAS nampaknya pertempuran di Selangor.
Masing-masing nak rebut kuasa. Yang si laki nak bagi bini jadi MB. Yang si MB tak nak lepas jawatan. Yang si 'HIJAU' sokong MB. Yang si 'SEPET' diam membisu.
Yang nak tukar MB geng PR...
Yang nak londeh skandal geng PR...
Yang nak rebut kuasa pun geng PR...
LAST sekali masih jugak salahkan UMNO.

Penyokong MEREKA ni memang sah jadi MACAI (Mempercayai Apa Cakap Anwar Ibrahim).
Bila Anwar kata Jijah jadi Adun Kajang. Semua sokong!!!
Bila Anwar kata tukar MB. lagi bersorak menyokong!!!
APA... Ingat dengan tukar Jijah jadi MB Selangor, korang dapat perintah Malaysia ke?????
LAWAK betul korang ni......
Ajaro Razak PR terbaik janji bukan BN.