10:00AM - 29 Aug 2014
MAS: Kerugian sebelum cukai suku ke-2 RM302.62j
Kerugian sebelum cukai Malaysia Airlines (MAS) untuk suku kedua berakhir
30 Jun 2014 meningkat kepada RM302.62 juta berbanding RM165.89 juta
pada suku yang sama tahun lepas.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam, MAS berkata, pendapatannya merosot lima peratus kepada RM3.59 bilion berbanding RM3.78 bilion sebelum ini berikutan faktor hasil dan tempat duduk yang lebih rendah selepas tragedi MH370.
Pada separuh pertama berakhir 30 Jun 2014, kerugian sebelum cukainya meningkat kepada RM741.77 juta berbanding RM444.34 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Pendapatannya susut kepada RM7.19 bilion daripada RM7.32 bilion sebelum ini.
Dalam satu kenyataan semalam, MAS berkata, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac 2014 terus menjejaskan keputusan kewangan suku keduanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Jauhari Yahya, berkata pasukan MAS telah bekerja keras bagi mengembalikan keyakinan pasaran serta meningkatkan semula jualan.
"Malangnya ketika kami mula melihat petunjuk pemulihan di semua rantau, kami ditimpa pula nahas MH17," katanya.
Menurutnya, dalam suku berkenaan, faktor tempat duduk susut 9.5 peratus pada Mei kepada 68.9 peratus.
Kapasiti bertambah sembilan peratus tahun ke tahun berdasarkan penggunaan pesawat lebih tinggi, tetapi trafik kekal tidak berubah tahun ke tahun, katanya.
Ahmad Jauhari berkata, perbelanjaan bahan api melonjak 10 peratus kepada RM1.53 bilion berikutan peningkatan harga bahan api dan kelemahan ringgit berbanding dolar US.
Kelemahan keputusan kewangan itu membuatkan syarikat penerbangan itu sedar mengenai keperluan menstruktur semula operasi, malah sebelum tragedi MH370 dan MH17, katanya.
"Kami beroperasi dalam persekitaran perniagaan yang sukar dengan saingan sengit daripada syarikat penerbangan serantau serta global di samping kos operasi yang tinggi.
"Ditambah dengan kesan daripada kedua-dua tragedi yang telah merosakkan jenama kami, keperluan menstruktur syarikat telah dipercepat.
"Kesan kewangan penuh daripada tragedi berkembar MH370 dan MH17 dijangka menjejaskan MAS dalam separuh kedua tahun ini," kata Ahmad Jauhari.
Beliau berkata, syarikat perlu melalui pemeriksaan dan penilaian semula lengkap dalam usaha mengukuhkan kedudukan agar lebih mampan pada masa depan.
Pada 8 Ogos, Khazanah Nasional Bhd mengumumkan rancangannya memiliki MAS sepenuhnya dan menyahsenarai syarikat itu daripada Bursa Malaysia.
Jika diluluskan, ia akan melaksanakan pelan menstruktur semula kumpulan itu ke arah mengembalikannya kepada keuntungan.
- Bernama
KUALA TERENGGANU – Malang berganda! Seorang remaja berusia 15 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung aib apabila disahkan mengandung tujuh bulan, malah lebih malang apabila mengetahui ‘ayah’ kepada anak di dalam kandungannya itu sudah meninggal dunia April lalu akibat kemalangan.
Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Besut itu disahkan mengandung selepas dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka, Selasa lalu, selepas mengadu sakit perut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, mangsa sudah mengetahui yang dirinya mengandung, namun mendiamkan diri kerana takut.
Menurutnya, mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui telefon sebelum membuat keputusan berani untuk bertemu di pantai Air Tawar.
“Mangsa mengakui melakukan hubungan seks dengan suspek pada pertemuan pertama iaitu awal tahun ini.
“Bagaimanapun, selepas mengetahui teman lelakinya itu meninggal dunia akibat kemalangan berhampiran Kampung Raja, Besut, April lalu, mangsa bertindak membeli alat ujian mengandung sebulan selepas itu iaitu Mei lalu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.
Wan Abd Aziz berkata, hasil ujian menunjukkan mangsa positif mengandung, namun bertindak mendiamkan diri kerana bimbang perkara itu diketahui keluarga.
Bagaimanapun katanya, pada pagi Selasa lalu, mangsa yang mengalami sakit perut telah dihantar ke klinik kesihatan oleh kedua orang tuanya sebelum dikejutkan dengan pengesahan doktor memaklumkan mangsa mengandung tujuh bulan.
“Sejurus menerima maklumat itu, pegawai kesihatan bertugas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 2.30 petang.
“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, namun kita akan membuat beberapa penilaian memandangkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya, lapor Sinar Harian.

Perang belum tamat
RSS Sinar Harian / 2 hours ago
Briged Al-Qassam masih meningkatkan kawalan di beberapa kawasan panas terutama di sempadan Gaza-Rafah. Foto: AFP
GAZA - PALESTIN. Pejuang Hamas dan kumpulan sayapnya menyifatkan peperangan antara Palestin dan Israel yang tercetus 50 hari itu sesuatu yang tidak boleh dilupakan atau dimaafkan.

Menurut Agensi, Pemimpin Jihad Islam Ramadan Shallah berkata,
peperangan itu terpaksa dibalas bagi melindungi penduduk Palestin
selepas diserang rejim Zionis bertali arus.
"Penduduk dunia selama ini menyangka kami hanya mampu bertahan sejam sahaja. Kini, kami buktikan bahawa kami mampu bertahan kira-kira dua bulan sebelum Israel tunduk kepada kami,“ katanya.
Menurutnya, peperangan ini belum berakhir dan sehingga kini pejuang Palestin kekal bertahan dan waspada.
Sementara itu, Briged Al-Qassam mendedahkan, tiga hari sebelum gencatan senjata dikuatkuasakan, kumpulan pejuang terbabit menyasarkan serangan ke atas pemimpin kanan tentera, Benny Gantz yang dipercayai mahu memasuki Gaza.
Jurucakap Al-Qassam Abu-Khalil berkata, serangan itu mengenai sasaran namun media Israel menyangkal dakwaan tersebut.
Dalam perkembangan berasingan, tentera Israel semalam menyerbu sebuah sekolah menengah di bandar Nablus, Tebing Barat,
Aktivis Palestin melaporkan, puluhan askar Israel menyerbu Sekolah Buren di selatan Nablus dan cuba menahan beberapa pelajar kerana mendakwa mereka dibaling batu.
Susulan tuduhan itu, tentera Israel bertindak melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan ke sekolah berkenaan.
Insiden itu berakhir selepas berlaku campur tangan guru dan ibu bapa.

Malang berganda pelajar tingkatan 3
KUALA TERENGGANU – Malang berganda! Seorang remaja berusia 15 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung aib apabila disahkan mengandung tujuh bulan, malah lebih malang apabila mengetahui ‘ayah’ kepada anak di dalam kandungannya itu sudah meninggal dunia April lalu akibat kemalangan.
Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Besut itu disahkan mengandung selepas dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka, Selasa lalu, selepas mengadu sakit perut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, mangsa sudah mengetahui yang dirinya mengandung, namun mendiamkan diri kerana takut.
Menurutnya, mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui telefon sebelum membuat keputusan berani untuk bertemu di pantai Air Tawar.
“Mangsa mengakui melakukan hubungan seks dengan suspek pada pertemuan pertama iaitu awal tahun ini.
“Bagaimanapun, selepas mengetahui teman lelakinya itu meninggal dunia akibat kemalangan berhampiran Kampung Raja, Besut, April lalu, mangsa bertindak membeli alat ujian mengandung sebulan selepas itu iaitu Mei lalu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.
Wan Abd Aziz berkata, hasil ujian menunjukkan mangsa positif mengandung, namun bertindak mendiamkan diri kerana bimbang perkara itu diketahui keluarga.
Bagaimanapun katanya, pada pagi Selasa lalu, mangsa yang mengalami sakit perut telah dihantar ke klinik kesihatan oleh kedua orang tuanya sebelum dikejutkan dengan pengesahan doktor memaklumkan mangsa mengandung tujuh bulan.
“Sejurus menerima maklumat itu, pegawai kesihatan bertugas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 2.30 petang.
“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, namun kita akan membuat beberapa penilaian memandangkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya, lapor Sinar Harian.
Palestina
Ketika Perdana Menteri Berjihad Tanpa Ingin Diketahui Rakyatnya
Jumat 3 Zulkaedah 1435 / 29 Agustus 2014 09:41MUQAWAMAH (Perlawanan) Palestina lintas faksi pada hari Selasa (26/8) telah dengan izin Allah berhasil mendesakkan kesepakatan kepada penjajah Zionis Israel, gencatan senjata permanen di Jalur Gaza.
Media-media Israel menyebut gencatan senjata yang dilakukan Israel adalah bentuk kekalahan zionis melawan mujahidin Palestina.
Di antara keberhasilan itu nama mantan Perdana Menteri Palestina, Ismail Haniya disebut-disebut sebagai sosok kunci keberhasilan Hamas.
Ismail Haniya dikenal sebagai pemimpin yang sangat dicintai rakyat Palestina ketika menjadi Perdana Menteri: Hafidz 30 Juz Qur’an, pemimpin dengan perut lapar karena mendahulukan rakyatnya, tidur hanya berasal tikar dan setiap malam patroli untuk memastikan keamanan rakyatnya.
Di tengah aksi blokade finansial dan ekonomi Israel atas Gaza, Haniya menyarankan agar semua anggota Hamas, terutama pejabat teras, untuk menggunakan damar untuk menerangi ruang-ruang rapat. Dia sendiri juga sudah memakai damar di rumahnya dan menunggangi keledai menuju kantornya.
Yang membuat rakyat Gaza terharu adalah Perdana Menteri itu rela turut berjihad demi kebebasan Palestina tanpa ingin diketahui rakyatnya.
Kisah ini terjadi ketika seluruh pasukan Brigade Izzuddin Al Qassam, sayap militer Hamas dikumpulkan didalam terowongan. Mereka diminta membuka penutup wajahnya masing-masing. Pasukan Brigade Izzuddin Al Qassam memang selalu memakai penutup wajah ketika bertempur, ini sesuai instruksi As Syahid Syaikh Ahmad Yasin agar mereka terhindar dari riya’ dan menjaga kerahasiaan.
Ketika diminta membuka penutup wajah itu, ada satu orang yang terus keras menolak membukanya. Sehingga semua anggota pasukan memaksa untuk membuka penutup wajahnya. Dan orang terpaksa membukanya.
Setelah penutup wajah itu dibuka, semua pasukan yang begitu terkejut mengetahui siapa orang yang pada awalnya tidak mau membuka penutup wajahnya.
Orang itu ternyata adalah Perdana Menteri Palestina, Pemimpin Hamas, Ismail Haniya. Beliau turut ikut bertempur melawan Israel di medan jihad. Bahkan, beliau berada di garda terdepan pertempuran di Gaza, Palestina.
Kisah inipun diamini oleh Pimpinan Arrahmah Qur’an Learning Islamic Centre, Bachtiar Nasir. Dalam konferensi pers Kemenangan Gaza, Kamis (28/8), Sekjen MIUMI tersebut menilai hanya di Gaza, rakyat dan militer dapat bersatu.
“Dulu semua orang mengatakan di dunia hanya Gaza yang dijajah. Ternyata sekarang faktanya semua negara Arab terjajah, kecuali Gaza!” ujarnya yang pernah bertemu Ismail Haniya di Gaza. [nt/Islampos]
'Kehidupan peribadi, hak mutlak kami'
CERITA cinta antara penyanyi terkenal, Alyah dan
komposer ternama, Datuk Ramli MS, bukanlah kisah baharu kerana sejak
2012, pasangan ini dilaporkan mempunyai hubungan istimewa.
Namun, pada pertengahan tahun lalu, timbul desas-desus mengatakan mereka berkahwin secara rahsia. Difahamkan, perkara ini didedahkan sendiri oleh rakan terdekat komposer berkenaan.
Ketika itu, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan, 33, baharu sahaja pulang dari mengerjakan umrah dan turut mengenakan imej Muslimah selepas itu.
Pun begitu, Ramli bermati-matian menafikan perkara ini sehingga menimbulkan ketegangan antara penyanyi terkenal, Alyah dan pengamal media.
Setelah sedaya upaya cuba menyembunyikan status mereka, akhirnya serbuan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di kediaman komposer ternama ini pada Rabu lalu, menamatkan teka-teki selama ini.
'Kehidupan peribadi, hak mutlak kami'
Serbuan Jais di kediaman Ramli yang terletak di Bandar Kinrara, itu sekali gus menamatkan spekulasi yang terus menjadi tanda tanya lebih setahun.
Jika diteliti desas-desus yang timbul sebelum ini, terselit kebenaran yang selama ini dinafikan.
Namun, berita perkahwinan itu membuatkan komposer ini 'mengamuk' dan menegaskan bahawa tiada sebarang majlis perkahwinan yang berlangsung antara mereka.
Menyelak kembali kenyataan Ramli, dia sekerasnya menyangkal spekulasi itu dan menganggap jodoh adalah ketentuan Tuhan.
"Ada sesiapa yang tahu bila tarikh kami bernikah? Jika benar sekalipun, mengapa perlu kami buat secara senyap-senyap dan sembunyikan dari keluarga masing-masing?
"Ingin saya tegaskan, kehidupan peribadi kami adalah hak mutlak kami. Saya kasihankan Alyah, dia ada ibu bapa dan saya tidak tahu apa agaknya jawapan beliau kepada mereka untuk menepis gosip ini,” kata pemilik nama Ramli Mohamed Salleh, sebelum ini.
Pun begitu, Alyah pernah mengeluarkan kenyataan untuk mendedahkan status hubungannya bersama Ramli selepas Aidilfitri.
"Saya tak pernah secara spesifik cakap akan umumkan semua ini selepas raya. Ia boleh jadi hujung tahun atau awal tahun.
"Orang meletakkan fokus pada saya sedangkan orang tak berani nak tanya pihak satu lagi. Nampak macam saya yang terhegeh-hegeh," jelas Alyah.
Jais terima aduan awam
Dalam pada itu, menerusi kenyataan media, Jais turut mengesahkan siasatan perkahwinan ke atas pasangan ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Ahmad Zaharin Mohd Saad, Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan siasatan ke kediaman komposer berkenaan di Puchong, berdasarkan aduan awam yang dibuat.
"Bahagian Penguatkuasaan Jais berjaya diyakinkan bahawa pernikahan Ramli dan pasangan telah dilakukan di Batam, Indonesia.
"Dokumen asal perkahwinan yang didakwa mereka akan diserahkan kepada Jais pada 2 September ini (Selasa), untuk penelitian, semakan dan siasatan lanjut dari sudut undang-undang dan hukum syarak, " katanya.
Difahamkan, ketika siasatan dijalankan, Alyah juga turut berada di kediaman berkenaan.

MESTI BACA!!! Akhirnya Ramli MS Buka Mulut SEBAB Rahsiakan Perkhawinannya Selama Setahun

- Datuk Ramli MS berkata dia ada sebab beliau merahsiakan pernikahannya
dengan penyanyi Alyah namun beliau tidak berhasrat berkongsi sebab
kenapa dia berbuat demikian.
Katanya lagi kepada media, "Dah setahun kami kahwin, tentu ada
sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini
adalah hak mutlak asasi saya,".
Terdahulu, Jais menyerbu rumah Ramli di Bandar Kinrara, Puchong Selangor
khamis lalu bagi menyiasat status hubungannya dengan Alyah -
Raisyyahrania.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan