Rabu, 27 Ogos 2014

BAGAIMANA KEDIAMAN KITA DIAKHIRAT....ADAKAH KITA DICIPTA UNTUK MELUPAI SANG PENCIPTA IAITU ALLAH SWT

Andan Nadriasta, ST

Bagaimana Membuat Rumah Agar Aurat Keluarga Tidak Nampak?

Rubrik: Konsultasi Arsitektur | Oleh: Andan Nadriasta, ST - 25/08/14 | 12:12 | 29 Shawwal 1435 H
PATRIA CIPUTAT view 1dakwatuna.com - 

Pertanyaan:
Assalaamu’alaikum wrwb
Pak Andan di dakwatuna.com , saya ingin merenovasi rumah lama kami. Denah awal kami lampirkan di email. Dengan kondisi 3 kamar tidur di bawah dan 1 gudang + cuci jemur di atas.
Rencananya kami ingin ada 2 ruang tidur di lantai dasar. 2 kamar tidur di lantai atas. Carport mobil yang selama ini terpisah ingin kami satukan. Lalu kami ingin membuat privacy yang baik bagi keluarga. Hingga jika tamu berkunjung ke rumah, aurat keluarga tidak nampak.
Lalu kami juga ingin membuat dapur yang lega dan lapang. Hingga ruang makan dan ruang keluarga yang selama ini sempit menjadi nampak luas.
Demikian pertanyaan kami. Terima kasih atas perhatian Pak Andan. Semoga dakwatuna dapat tetap istiqamah memberikan jawaban-jawaban yang bermanfaat.
Wassalaamu’alaikum wrwb
Patria-Ciputat

Jawaban:
Wa’alaikum salam wrwb
Pak Patria di Ciputat, terima kasih atas aksesnya kepada kami. Semoga silaturahim ini dapat berlanjut. Hingga kelak rumah yang dibangun dapat terlaksana sesuai dengan keinginan dan sesuai pula dengan kaidah arsitektur yang baik.
Netters dakwatuna sekalian, carport rumah Pak Patria yang terbelah 2 saya satukan di sisi kiri bangunan. Karena dapur ada di area ini. Hingga pola service areanya tidak berubah. Langsung tegak lurus dan tidak saling silang yang membuat boros sirkulasi.
Pintu dapur saya buat dari samping. Hingga jika pintu dibuka aurat tidak nampak langsung dari muka jalan atau rumah tetangga depan. Pola ini juga menjadikan pintu utama masuk ke dalam rumah menjadi tegas. Karena pintu dapur menjadi tersamar.
Aurat keluarga dapat juga dijaga dengan membuat teras tamu. Bagian muka rumah yang biasa disebut teras sering kita abaikan. Padahal jika dibuat lega dan nyaman, ruang ini bisa menjadi teras tamu. Biasa kita sebut juga dengan istilah beranda.
Konsep ini sebenarnya menghilangkan ruang tamu. Karena tamu cukup diterima di beranda saja. Atau teras tamu. Namun jika masih ingin tetap membuat ruang tamu, maka kita bisa membuatnya kecil saja. Dengan partisi pembatas ke ruang makan dan keluarga. Hingga masing-masing area memiliki privacynya sendiri-sendiri.
Netters sekalian, tembok lama kamar tidur di sisi kiri saya bongkar. Hingga kesan ruang keluarga dan ruang makan menjadi lapang dan lega. Area ini menjadi hall besar yang cukup menampung orang banyak jika sedang ada hajatan.
Pola ini juga membuat saya mudah meletakkan tangga ke lantai 2. Area samping kamar mandi yang agak berbelok saya manfaatkan untuk peletakan tangga. Hingga sirkulasi menjadi mudah dan tidak makan tempat.
Untuk lantai 2 saya dapat memanfaatkan bangunan lama yang ada. Gudang saya ubah menjadi ruang tidur. Lalu ruang cuci jemur saya jadikan ruang duduk hingga memiliki void ke bawah. Pola ini menjadikan peletakan tangga hemat, karena tinggal disambung ke cor dak beton lama.
Bangunan baru di atas hanyalah kamar tidur yang ada di belakang, lalu ruang cuci jemur dan kamar mandi yang tepat berada di atas kamar mandi bawah.
Alhamdulillah, selesai sudah desain kita kali ini. Semoga bisa bermanfaat bagi kita semua. Semoga Pak Patria diberi kelapangan harta yang berkah, hingga rumah idaman ini dapat segera terwujud.
Akhirul kalam,
Wassalaamu’alaikum wrwb
Andan Nadriasta, ST
Kirimkan email pertanyaan/order desain dan pelaksanaan ke: andanarsitek@gmail.com (0817-496-5742)
PATRIA CIPUTAT denah renov detailPATRIA CIPUTAT denah renovPATRIA CIPUTAT DETAIL ATAPPATRIA CIPUTAT view 1PATRIA CIPUTAT view 8PATRIA CIPUTAT view 9PATRIA CIPUTAT view 11
Andan Nadriasta, ST

Tentang Andan Nadriasta, ST

Lulusan Teknik Arsitektur angkatan 90 Univ. Pancasila. Bisa dihubungi di 0817-496-5742. Aktif menulis di media tahun 99. Sebagai pengisi rubrik griya di koran Republika. Sebelumnya sempat aktif di Tabloid Nova.… [Profil Selengkapnya]

Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok

 
 
 
 
 
 
19 Votes

cutaway.jpgSesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.10000bc_mammoth-pyramid.jpg
10000bc-mammoth-pyramids.jpg
10000BC-1.png
Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.
Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.
cutaway.jpgNabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
ark-1b.gifMasih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.
mohenjo-daro-nuclear-effect.jpg
Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif
Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.
Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.
baghdad_battery.jpg
Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.
Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini
http://www.ancientmysteries.eu/gallery%20pictures%20UK.html
Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.
cakera-purba.jpg
Carkera padat purba yang ditemui di China
Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.
Oklo+africa+ancient+nuke+reactor.jpg
Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.
Atlantis-ancient.jpg
Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An’am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
noah_ark2.jpg
bahan-besi-bahtera-nabi-nuh2.jpg
Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.
ingin tahu lebih lanjut mengenai teknologi zaman dulu.
Krisis MB Selangor sebab orang politik gagal menjiwai Perlembagaan Negeri
pada 27-08-2014 09:08 Ditulis Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
[ULASAN] Sudah terang lagi bersuluh. PKR seharusnya maklum bahawa isyarat daripada Istana Selangor ialah parti itu tidak seharusnya “memaksakan” hasrat dan kemahuan politiknya terhadap Duli Sultan.
Dengan penuh hemah Sultan Selangor semalam menitahkan supaya ketiga-tiga parti yang membentuk majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor – PAS, DAP  dan PKR

supaya mengemukakan lebih dua calon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. 
 
Ini amat bersilang dengan tekad PKR yang mahu hanya satu nama, iaitu presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mengisi kerusi yang akan ditinggalkan Khalid. 
 
Tindakan PKR ini dipertegaskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat 17 Julai lalu bahawa majlis itu akan mengemukakan hanya nama Wan Azizah seorang sahaja kepada Sultan. 
 
Keadaan ini agak membingungkan kerana pada sebelah paginya. Mesyuarat Dewan Pusat PAS memutuskan supaya Majlis Presiden Pakatan menambah nama seorang lagi calon, iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk jawatan berkenaan. 
 
Namun tidak jelas sama ada diarahkan atau perkara itu datang dari lubuk sanubarinya sendiri, Azmin memberitahu Majlis Presiden Pakatan bahawa demi mengutamakan kepentingan parti (PKR), beliau menarik diri daripada dicalonkan. 
 
PKR tetap berpatah arang berkerat rotan mahu jadikan Azizah MB
 
Maka tercapailah hasrat PKR keseluruhannya untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal kepada Sultan Sharifuddin. 
 
Bagaimanapun hemah Sultan menggerhanakan sikap PKR yang boleh dianggap cuba “memaksa” baginda untuk hanya menjadi “pengabsah” sahaja kepada kemahuan parti itu akan pelantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar.
 
Sultan Sharafuddin cukup mengerti amanah yang baginda pikul. Sebab itu, baginda tidak mahu “diacukan” dengan nama seorang calon sahaja. 
 
Selepas berkenan menerima menghadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid petang Selasa, 26 Ogos 2014 dan menerima peletakan jawatan beliau, Sultan menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon pengganti. 
 
Adalah jelas baginda tidak mahu fokus dalam membuat keputusan yang amat penting bagi rakyat dan negeri Selangor dipusatkan hanya pada Wan Azizah seorang. 
 
Sementara itu demi kesinambungan pemerintahan, baginda menitahkan Tan Sri Khalid untuk terus memangku jawatan berkenaan sehingga keputusan muktamad dibuat mengenai siapa pengganti beliau.
 
Kini baginda Sultan benar-benar menggunakan hak dan tanggungjawab baginda supaya tidak terikat pada politik berkepentingan mana-mana parti. 
 
Sekaligus mesejnya ialah hak mutlak menentukan siapakah yang layak memimpin Selangor ialah kuasa Sultan.
 
Hemah baginda ini juga memecahkan mitos politik bahawa kedudukan Menteri Besar boleh difaraid atau diswastakan di kalangan parti-parti politik yang berkepentingan.
 
Pakatan sedang 'paksa' Sultan Selangor terima Azizah
 
Pakatan Rakyat boleh sahaja menyatakan bahawa atas nama konsensus ia boleh memberi kuasa kepada PKR untuk menentukan siapakah yang akan dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar. 
 
Sebab itu, PKR begitu teruja untuk “memaksakan” hanya satu nama diterima oleh baginda Sultan. Sebenarnya itu bukan semangat Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. 
 
Yang dimaktubkan oleh Perlembagaan Negeri ialah sesiapa sahaja yang mendapat sokongan majoriti dalam DUN boleh dicalonkan mengisi jawatan berkenaan jika diperkenankan Sultan. 
 
Memang benar gabungan kerjasama politik di antara PAS, DAP dan PKR mengumpul majoriti 44 (kini 43 apabila PKR pecat Khalid) daripada 56 kerusi Dewan. 
 
Namun Sultan berkenan parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat ini mengemukakan lebih daripada dua calon. Baginda memilih opsyen ini kerana adalah jelas bahawa tiada konsensus hakiki dicapai dalam Pakatan Rakyat. 
 
Pakatan perlu ingat mereka bukan parti berdaftar
 
PAS mahu nama dua calon dipersembahkan kepada Sultan. Namun PKR hanya mahu seorang sahaja. Sementara DAP pula tidak kisah berapa nama asalkan ia dari PKR.
 
Pakatan Rakyat harus ingat bahawa ia bukan sebuah pertubuhan politik yang berdaftar secara sah. Maka ia tidak berhak dan tidak wajar berkomplot “memaksakan” hanya satu calon yang harus dipertimbangkan oleh Sultan. 
 
Yang jelas Sultan Sharafuddin lebih memahami keadaan ini. Tiga parti yang bekerjasama dalam aktiviti politik seharusnya bertanggungjawab mempersembahkan nama calon yang masing-masing fikir layak dan sesuai kepada Sultan. 
 
Sekurang-kurangnya masukkanlah dalam neraca pertimbangan masing-masing bahawa Sultan perlu membandingkan nama, kebolehan, wawasan  dan pengalaman Wan Azizah dengan beberapa calon lain menurut hemah baginda dan bukan kecenderungan sebuah parti politik sahaja. 
 
Inilah bahananya jika peneraju-peneraju parti politik kurang faham atau terlalu yakin dan kagum dengan keupayaan berpolitik mereka hingga tercabut daripada menghayati semangat dan roh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. 

Wednesday, 27 August 2014

BUDAK UMNO MENYAMAR AHLI PAS, DESAK KEPUTUSAN SYURA DIBATALKAN



Kira-kira 30 pemuda yang mendakwa diri mereka sebagai ahli Pas Negeri Kedah mengadakan  bantahan di tempat letak kereta Masjid Sultan Muzaffar Shah kira-kira jam 3 petang, semalam.

Bantahan disuarakan melalui kenyataan kain rentang yang jelas tidak bersetuju dengan keputusan Pas Pusat yang bermesyuarat pada 17 Ogos lalu.

Antara yang disuarakan melalui kain rentang termasuk ‘Tolong batalkan keputusan Pas Pusat’, ‘Ahli Pas tidak mahu puak Anwarinas dalam Pas’ dan ‘Ahli Pas dikhianati puak Anwarinas’.

Yuslin Yusof yang mendakwa sebagai Ahli Pas Merbok menjelaskan, dia terpanggil bagi mewakili rakan dari Merbok, Pendang, Sungai Petani, Alor Setar dan Jerai yang juga bersetuju dengan pendapat itu.

Beliau mendakwa, ahli akar umbi Pas membantah sekeras-kerasnya kenyataan terbaru apabila tidak menyokong Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kami desak agar keputusan itu dibatalkan demi maruah Pas sendiri. Kami juga beranggapan keputusan tersebut dimonopoli atau disabotaj oleh beberapa AJK Pas Pusat yang jelas tidak mencerminkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini menyokong Tan Sri Khalid.

“Keputusan ini jelas menggembirakan kumpulan Anwarinas yang kini bermaharajalela di pucuk pimpinan Pas Pusat.

“Keahlian Khalid dipertikaikan adalah alasan tidak masuk akal memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah ahli pembangkang sebelum 1998.

"Untuk itu, kami mendesak keputusan mesyuarat 17 Ogos lalu dibatalkan ,” dakwanya.

Bagaimanapun, ketika Sinar Harian ingin menemu ramah beberapa pemuda lain  yang mendakwa mereka adalah ahli Pas, masing-masing keberatan.

Pemuda yang mendakwa diri mereka ahli Pas itu, pada mulanya sibuk berkumpul, bagaimanapun enggan ditemu ramah dan masing-masing cuba meninggalkan kawasan itu dengan segera apabila didekati wartawan.

Wednesday, 27 August 2014

"PENGANTIN" SEPARUH BOGEL MENGAKU BERSALAH KETIKA DITUDUH DI MAHKAMAH ATAS KESALAHAN MENIMBULKAN KEGUSARAN AWAM.



Dua model yang berpakaian menjolok mata ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof di sini kelmarin, mengaku salah di Mahkamah Majistret sebentar tadi.

Model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan model wanita, How Jo Yee, 21 didakwa secara bersama menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat berkenaan yang juga di depan sebuah bank pada jam 9 pagi, 25 Ogos lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yag sama, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM400.

Majistret Haslinda A Raof kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM400 setiap seorang atau penjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Andrew Soong.

Sementara itu, peguam tertuduh memberitahu kedua-dua anak guamnya akan membayar secara tunai denda berkenaan.

Mengikut fakta kes, Kah Wai hanya memakai seluar panjang hitam dan berkasut manakala Jo Yee memakai coli dan seluar dalam putih.

Wednesday, 27 August 2014

INILAH DIA ISTANA NAIB PRESIDEN KESATUAN ULAMA SEDUNIA YANG BARU DILANTIK.

Tiada ulasan: