Rabu, 20 Ogos 2014

ADAKAH SELAMA INI MEREKA IKUT ISLAM...FIKIR2KAN...ATAU MENERUSKAN SISTEM PENJAJAH YANG ADA...UBAH SIKIT2 BIAR NAMPAK ADA ISLAM...AKHIRAT KORANG AKAN DAPAT PENGADILAN




Dah lama wa nak lontarkan pandangan ini,tapi wa takut ramai yang akan berkecil hati dan salah faham.Ini cuma pandangan peribadi,tidak berasaskan mana-mana fakta.Kita kenal Anwar sejak dia belum masuk umno lagi,sejak dari ABIM lagi.Sehingga dia difitnah dan dibuang oleh umno,perjuangan membersihkan namanya dari fitnah liwat oleh umno adalah perjuangan peribadi(bukan isu yg melibatkan pentadbiran rakyat).Namun rakyat bersamanya,dan itu yang membuat dia kuat teruskan perjuangan melawan FITNAH itu dan juga korupsi pentadbiran rakyat oleh umno.Ini hanya boleh dibuktikan bila dia jadi Perdana Menteri.Difitnah,dikeji,dicaci,dimaki adalah makanannya setiap hari.Kamu tidak berada ditempatnya.Mungkin dalam sejarah Malaysia ni,tiada siapa pun ahli politik yang pernah menerima nasib seperti Anwar.Dalam dunia politik,hari ini kawan,esok boleh jadi lawan.Khalid telah membuktikannya.Di usia Anwar sekarang,dia sudah sampai satu tahap,DON'T TRUST ANYONE..dan dia cuma ada Kak Wan,yang tiada kaitan lansung pun dalam dunia politik pada mulanya.Bukan semua isteri yang sanggup melaluinya bersama,dan Allah menganugerahkannya seorang isteri yang setia.Perjuangan demokrasi di Malaysia ini bukanlah mudah,kerana demokrasi itu sendiri sudah lama mati.Mana ada kawan,kiri dan kanan.Zahir dan batin,cuma ada Kak Wan..Datuk Seri Wan Azizah bukan Datin..namun semuanya kini kita serahkan dan terpulang pada baginda Sultan.
‪#‎PerpaduanPakatanRakyat‬
LikeLike · ·
KELUARGA BAHAGIA..
KAMU TETAP TABAH WALAUPUN PELBAGAI HINAAN DILEMPARKAN .
KAMU TETAP KUAT MELAWAN DUGAAN YG SERING DI UJI..
KAMU TETAP SABAR DENGAN SEGALA FITNAH....
ALLAH AKAN MENGUJI HAMBANYA YG SABAR...

Wednesday, August 20, 2014


KANTOI - Cerita DARUL BABI untuk tatapan RIDHUAN TEE

Utk makluman, Umno Baru & BN yg meluluskan Projek Ternakan Babi Moden di Selangor pada 30 Januari 2008 tetapi telah dirancang secara rapi sejak Oktober 2007 akibat laporan penduduk di sekitar DUN Tanjong Sepat mengenai masalah pencemaran air di Sungai Sepang Kecil dan bau yang terlalu busuk akibat penternakan babi di Tumbuk, Sepang.

Bekas MB Selangor, Khir Toyo mengarahkan melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang bagi atasi masalah tersebut dan dibawakan menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Dalam banyak cadangan semuanya "Memerlukan Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri" kecuali satu syarikat yang bersedia membiayai sendiri.

Ketua biro pertanian tradisi MCA Dato' Dr Lee Chong Meng telah mendedahkan di media pada tahun 2008 bahawa syarikat "Bumiputera" itu berhasrat membawa masuk teknologi dari Jerman untuk projek ternakan babi di Selangor yg di kelolai oleh syarikat itu sendiri secara penuh.

Akhbar The Sun mengutip laporan The Oriental Daily menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor yg lantang membantah projek ternakan babi di sekitar Selangor & ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke Jerman untuk melihat teknologi ternakan babi utk dibawa ke Malaysia.

Pejabat Tanah Kuala Langat telah diberi tanggungjawab mengenal pasti kawasan yang dicadangkan oleh penternak babi. Kerajaan negeri yg ditadbir oleh Khir Toyo ketika itu mengarahkan kawasan dikecilkan dari 1100 ekar kepada 337 ekar sahaja.

Akhirnya pada 30 Januari 2008, Khir Toyo telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi yg berselerak di sekitar Selangor ke dalam satu kawasan saja yg dikenali "Modern Pig Farming" bernilai RM100 juta menerusi syarikat "KRONI" Umno. Utk makluman kalian, RM100 juta tersebut datangnya dari sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Lebih menarik lagi, kelulusan tersebut adalah sebulan sebelum pengundian PRU12 yg bermula pada 8 Mac 2008.

Kini seorang pak ostad & Ibrahim Ali cuba mengitar isu babi ini demi menampakkan PKR pula yg meluluskan. Siapakah syarikat kroni Bumiputera yg bawa teknologi dari Jerman & mengelola projek RM100 juta Ternakan Babi Moden di Selangor tersebut ?

GM bongkarkan, anda tentukan...!!!
Yang berkarya: Gin Marvel

Dan jika mr Ridhuan Tee Nak tengok gambar orang melayu yang melawat ladang babi di luar negara berkemungkinan untuk membawa teknologinya ke Malaysia sila ke SINI


Ibrahim Ali sambut 'konspirasi' projek babi
Selepas Ridhuan Tee, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali pula mengaitkan pertukaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan sebuah projek penternakan babi di Sepang.
Ibrahim berkata, DAP berjaya menggunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam percaturan jawatan menteri besar kerana ketua umum PKR itu didakwa akan mengiyakan apa sahaja kehendak mereka.
“DAP sedikit sukar dengan TSKI (Kahlid), ie (contohnya) ladang babi di Sepang,” katanya dalam kenyataan melalui SMS hari ini.
Ridhuan, penceramah agama dan kolumnis kontroversi semalam mengaitkan kemarahan terhadap pentadbiran Khalid dengan projek penternakan babi bersepadu bernilai RM100 juta yang belum dilaksanakannya.
Ridhuan juga bimbang jika projek itu dibenarkan, Selangor akan dikenali sebagai “darul babi” dan menimbulkan ketidakselesaan penduduk, terutamanya berhampiran kawasan orang Islam.
Ibrahim juga berkata, dengan itu lengkaplah 'manapulasi' Anwar apabila berjaya “menambat” PAS melalui dua anggota Dewan Undangan Negerinya “yang taat pada Anwar dan tidak kepada presiden PAS”.
“PAS dan Umno takut bersatu kerana digertak oleh bangsa lain. PAS mangsa manipulasi Anwar dan Anwar alat DAP.
PAS pula dakwanya hanya mengikut sahaja kehendak DAP.
Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) sebelum ini memberi sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor sebelum jawatankuasa pusat PAS memutuskan perkara itu.
Aku tau hati korang macai umgok semua tengah panas.. pasal tak dapat Selangor. Ini aku bagi korang tengok gambar ni supaya mata dan hati korang sejuk sikit. Aku tau... kat Umno payah nak jumpa muslimah macam ni.
Wahai penyokong umno apa kamu dapat bila sokong umno?
Adakah kamu di kecualikan dr GST?
Adakah kamu di kecualikan dr bayar cukai?
Adakah kamu bebas dari bayar tol?
Adakah kamu di kecuallikan dari kenaikan barang keperluan.....???

Apa yg kamu dapat hanyalah BRIM....
Umno dapat BRIM
PR pun dapat jg....kikiki
Jadi apa bezanya....kikikiki
Tio Billy shared his photo.
Like & share.

Isteri Mazidul Akmal kecewa

mazidul akmal
Isteri kepada personaliti TV3, Mazidul Akmal Sidek iaitu yang dikenali sebagai Fazlin kecewa terhadap beberapa laporan portal dan blog yang memberi gambaran serta persepsi salah terhadap keadaan kesihatan suaminya yang dikatakan tenat akibat serangan strok dan berada dalam keadaan ‘induced coma’ atau koma sementara.
“Apa yang dilaporkan semuanya tidak benar dan minta maaf saya tidak dapat menjawab apa-apa soalan mengenai Mazidul kerana mahukan privasi,” uja Fazlin seperti yang dilaporkan mStar online hari ini.

Sementara itu, menurut sumber terdekat Mazidul, bekas pengacara 999 itu masih dirawat di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai keadaan kesihatannya secara terperinci. Beliau dilaporkan kini beransur pulih dipercayai akibat serangan strok pada Julai lalu.
“Apa yang boleh saya beritahu dia semakin sihat dan doakan untuk kesihatannya,” kata ahli keluarga terdekat personaliti itu
Dalam perkembangan sama, pihak TV3 memaklumkan Mazidul masih diberi cuti dan sedang menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan, lapor Malaysian Digest.

Wednesday, 20 August 2014


POLIS TRAFIK BUAT LALUAN AIR DENGAN MENGGUNAKAN CANGKUL DEMI ELAK SESAK.


Demi memastikan kelancaran lalu lintas, seorang anggota polis trafik yang dikenali sebagai Konst 177168 Sim Geok Heng dari Balai Polis Trafik Kuala Lumpur menggunakan cangkul bagi membuat laluan untuk mengalirkan air yang menjadi punca banjir kilat di Jalan Kinabalu dekat susur ke Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur petang semalam.

Sebelum ini Konstable Sim telah dikerahkan ke lokasi bagi mengawal lalu lintas yang sesak akibat banjir kilat sebelum mengambil inisiatif membuat laluan air terbabit selepas mendapati ianya punca kesesakan.

Usaha dan keikhlasan menjalankan tugas oleh Konstable Sim amat dihargai.

Tahniah kepada Konst 177168 Sim Geok Heng.

ALLAHU AKBAR.................!!!
Kalau sudah ditolak, Khalid perlu undur
Prof Dr Jayum Jawan
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu melepaskan jawatannya selepas ditolak majoriti Adun negeri itu.
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, Abdul Khalid sepatutnya telah lama melepaskan jawatannya.
"Sepatutnya lama sudah dia menghadap Sultan untuk minta dua perkara. Sama ada beliau letak jawatan atau meminta agar Dun dibubarkan.
"Ini yang menunjukkan kematangan berpolitik. Apabila kita sudah tidak ada kepercayaan, kita harus turun," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Namun, menurutnya sekiranya Abdul Khalid enggan, tiada siapa yang boleh memaksa.
"Jadi, pilihan itu ada. Tapi kalau beliau tetap enggan, kita tak boleh buat apa," katanya.
Jelasnya, sekiranya Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi memohon membubarkan Dun, baginda boleh bersetuju ataupun sebaliknya.
"Kalau beliau minta Dun itu dibubarkan, baginda boleh bersetuju atau tidak bersetuju.
"Ataupun, baginda juga boleh minta orang lain yang mendapat kepercayaan majoriti untuk diangkat sebagai menteri besar. Itu budi bicara Sultan," katanya.






LikeLike · ·
EDISI BANI MELAYU JANGAN MUDAH KENA TIPU DAN MUDAH LUPA.
http://omakkau.blogspot.com/2014/08/edisi-bani-melayu-jangan-mudah-kena.html
LikeLike · ·

Wednesday, 20 August 2014


EDISI BANI MELAYU JANGAN MUDAH KENA TIPU DAN MUDAH LUPA.


Kalau masih tidak faham dan terima kenyataan tentang apa yang dipaparkan diatas .... lebih baik berhenti dari jadi manusia.

Sejarah tidak pernah menipu yang menipu ialah yang tukang buat cerita sejarah ikut acuan nafsu serakahnya demi mempertahankan kuasa.

Video-KILANG MEMBUAT ROKET AL QASAM

Written By canang on Rabu, 20 Ogos 2014 | 8/20/2014 01:45:00 PTG


Air Spritzer diragui kesuciannya

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku tertarik dengan jemputan daripada syarikat Spritzer kerana dah lama sangat dengar isu tentang air minuman Spritzer yang dikatakan “air mineral mayat” kerana lokasi kilangnya yang berdekatan dengan jirat cina (kubur cina). Cerita dah tersebar luas melalui khabar angin dan desas desus di sosial media antaranya Facebook, Twitter, SMS dan sebagainya. Tapi tak ada bukti kukuh setakat ni yang mengatakan air minuman Spritzer mengandungi mineral mayat.
Baru-baru ni team Denaihati Network join sekaki trip lawatan ke kilang Spritzer yang terletak di Air Kuning, Taiping, Perak bersama beberapa orang rakan blogger. Dengan peluang yang diberi tu boleh pergi tengok sendiri keadaan kilang Spritzer dan dapatkan info sebenar berkaitan isu sumber air yang dikatakan.
Blogger melawat kilang Spritzer
Kilang Spritzer ni boleh tahan juga besarnya. Kawasan kilang dikelilingi hutan tropika di tanah seluas 330 ekar (bersamaan luas 330 padang bola sepak). Masa kami pergi hari tu pihak Spritzer bawa kami tengok sendiri dari mana punca air yang menjadi sumber air minuman Spritzer. Lokasinya di atas bukit dan sumber air yang digunakan adalah air bawah tanah.
Air bawah tanah tu disalurkan ke kilang melalui paip khas yang dari sumber air bawah tanah sedalam lebih 400 kaki di bawah tanah. Paip tu ditempatkan dalam sebuah rumah pam dan dijaga dengan baik. Jumlah rumah pam untuk penyaluran air bawah tanah ada 9 buah dan terletak di 9 lokasi berbeza di atas bukit. Dari atas bukit tu boleh nampak kawasan empangan Lembaga Air Perak (LAP).
Blogger tengok sumber air Spritzer
Ada juga terdengar cerita air keluaran Spritzer menggunakan air dari empangan LAP. Pihak Spritzer beritahu mereka tak gunakan air dari empangan LAP tu sebab Spritzer hanya menggunakan air dari rumah pam mereka iaitu air yang disedut dari bawah tanah. Air bawah tanah yang diproses menjadi air minuman Spritzer kaya dengan kandungan Asid Ortosilisik (OSA).
Mengikut kajian yang dibuat, OSA mampu mengurangkan kandungan aluminium dalam badan yang menjadi punca kepada penyakit alzheimer (kurang daya ingatan). Selain dari tu, OSA juga dapat bantu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit.
Rumah pam air Spritzer
Pam air Spritzer
Tentang isu “air mineral mayat” tu kami dah pun tengok sendiri jirat cina yang dikatakan dekat dengan kilang Spritzer. Betul, memang dekat. Tapi tak lah dekat sangat. Jarak antara kilang dan jirat cina tu lebih kurang 5 kilometer. Dekat ke jauh? Kita pun kena faham cara orang Cina kebumi mayat tak sama dengan cara orang Islam, biasanya di jirat yang dikebumikan hanya abu mayat yang telah dibakar di tempat lain.
Rasanya tak perlu timbul isu tentang ni sebab yang dekat dengan jirat cina tu hanya kilangnya, tapi sumber airnya jauh di atas bukit dan memang jauh dari lokasi jirat cina. Boleh tengok sendiri lokasi kilang Spritzer, sumber air Spritzer dan lokasi jirat cina dalam peta di bawah. Peta diambil dari Google Map (Kredit kepada HafizRahim.com)
Kilang Spritzer berhampiran kubur cina
Terpulang pada diri masing-masing sama ada nak percaya ataupun tidak. Rasanya pihak berkaitan mesti dah fikir sebaik-baiknya tentang lokasi kilang, lokasi empangan dan lain-lain sebelum ianya mula beroperasi. Takkan lah mereka nak bagi kita minum air mayat.
Gambar di bawah ni menunjukkan lokasi sumber air Spritzer yang terletak di atas bukit. Memang sangat jauh dari lokasi jirat cina.
Kilang Spritzer berhampiran jirat cina
Kami juga dibawa meninjau kawasan dalam kilang Spritzer dan dapat tengok sendiri macam mana produk-produk air minuman Spritzer diproses. Bahagian dalam kilang penuh dengan mesin canggih yang sentiasa dipantau oleh pekerja mereka sepanjang proses penyediaan air minuman.
Proses penyediaan air dalam kilang dibuat dengan penuh teliti, dikawal dengan rapi dan terjaga kebersihannya. Sebelum kami masuk ke dalam kilang pun kena patuh beberapa prosedur yang telah ditetapkan untuk tujuan keselamatan dan juga bagi menjaga kualiti air yang diproses.
Blogger trip melawat kilang Spritzer
Sepanjang lawatan kami di kilang Spritzer mereka beri penerangan ringkas tentang sejarah kilang Spritzer, bagaimana air Spritzer diproses, penerangan kandungan mineral dalam air, kebaikan air mineral Spritzer dan lain-lain lagi.
Kat situ baru aku tahu rupanya Spritzer bukan saja keluarkan air mineral tapi ada banyak lagi produk-produk lain keluaran mereka seperti Spritzer + FIBRE, Spritzer Sparkling, Summer Mini Cola, Spritzer Pop dan Spritzer Tinge.
Selain tu, kilang Spritzer juga memproses air mineral untuk air minuman jenama lain antaranya air mineral Mesra, air mineral Cactus, dan banyak lagi.
Produk air minuman keluaran Spritzer
Produk keluaran Spritzer Taiping
Untuk pengetahuan semua, Spritzer disahkan HALAL oleh JAKIM dan lulus piawaian SIRIM, HACCP dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk yang disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia takkan lah ada air mayat, betul tak? Untuk mengesahkan lagi rakan blogger Shakiddo.com telah bertanya dengan pihak JAKIM tentang status sumber air Spritzer.
Spritzer status halal JAKIM
Oleh sebab cerita tentang air Spritzer air mineral mayat dah lama tersebar, ramai yang was-was dan mempersoalkan status halal haram air keluaran Spritzer. Dengan jawapan yang diberi oleh JAKIM ni diharap dapat memuaskan hati semua pihak. Boleh juga semak status halal produk Spritzer di Halal Directory.
“Salam.. Sumber air yang diambil adalah terjamin selamat dan suci. Mendapat pengesahan Kem Kesihatan Malaysia dan mepunyai status halal yang sah” – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
Kepada rakan-rakan yang ada perasaan was-was kena tanya pada diri sendiri adakah perasaan was-was masih ada walaupun produk sudah mempunyai status halal Jakim. Seandainya meragui status halal Jakim maka anda seperti meragui Jakim sebagai badan yang memberi status halal. Was-was dengan kehalalan makanan dan minuman sangat penting kerana mempengaruhi sumber makanan yang kita ambil. Kalau was-was dengan makanan atau minuman tertentu cara terbaik jangan ambil makanan atau minuman tersebut tetapi kalau was-was dengan badan yang memberi status halal itu bahaya sebab mungkin kita tak boleh makan semua makanan yang mendapat status halal dari bandan tersebut. Paling baik rujuk dengan ustaz jangan buat andaian sendiri soal haram haram.
Spritzer juga telah menerima banyak anugerah antaranya Readers’ Digest Trusted Brand Platinum Award selama 12 tahun berturut-turut, anugerah Frost & Sullivan Asia Pacific Bottles Water Company of The Year (botol yang tak membahayakan pengguna) dan anugerah Best Brands Signature Award oleh The Brandlaureate.
Anugerah yang diterima oleh Spritzer
Blogger trip lawat kilang Spritzer di Taiping
Selama ni aku pun hampir-hampir percaya dengan khabar angin berkaitan air Spritzer ni. Bila dah tengok sendiri depan mata sumber air yang digunakan oleh Spritzer dan macam mana air bawah tanah tu dipam dan diproses barulah rasa yakin sikit.
Air Spritzer memang bersih dan selamat untuk diminum. Isu tentang “air mineral mayat” tu ternyata salah! Diharap cerita palsu tu dapat dihentikan lah.
Untuk maklumat lanjut tentang Spritzer boleh layari laman web rasmi Spritzer di www.spritzer.com.my atau Facebook Spritzer dan juga @SpritzerWater di Twitter.

 

Tiada ulasan: