Jumaat, 8 Ogos 2014

JANGAN KITA CARI...JANGAN KITA HIMPUNKAN KEMURKAAN ALLAH...ALLAH BOLEH BINASA SATU NEGERI ATAU NEGARA....MALAH BOLEH HANCURKAN DUNIA/KIAMATKAN

Friday, 8 August 2014

WAJAH-WAJAH SUSPEK YANG BUNUH DUA PENUNTUT PERUBATAN WARGA BRITAIN YANG BERJAYA DI TANGKAP POLIS.



Dua penuntut perubatan warga Britain tidak sempat mencapai impian mereka untuk bergelar doktor apabila maut ditikam oleh sekumpulan empat lelaki tempatan dalam pergaduhan di Jalan Abell, Padungan di sini awal pagi ini.

Difahamkan, kedua-duanya yang merupakan penuntut dari Newcastle University, United Kingdom dan sedang menjalani latihan amali di sebuah hospital tempatan di sini, sejak Jun lalu, bakal menamatkan latihannya itu hari ini.

Mangsa yang dibunuh ialah Neil Gareth Dalton, 23, dan Aidan Brunger, 22, yang mati di tempat kejadian akibat cedera parah selepas ditikam di bahagian dada dan belakang badan dengan senjata tajam.

Polis berjaya menangkap keempat-empat suspek dalam serbuan berasingan di kediaman masing-masing pada pukul 6 pagi dan 4.45 petang ini serta merampas sebuah kereta Perodua Viva, sebilah pisau, tiga telefon bimbit dan pakaian mangsa serta suspek, sebagai bahan bukti.

Kesemua suspek berusia 19 hingga 35 tahun termasuk dua orang yang masing-masing mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan pecah rumah, direman sehingga 13 Ogos ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
11 mins ·
Do you use Gas for cooking? Please read this and take note. Let this not happen to you. This could be a common mistake in any household.
This shocking accident happened recently. A housewife died due to burns sustained in the kitchen. Her husband too was hospitalized for injuries due to burns while trying to rescue his wife.
How it happened:
The gas cooker was on and cooking in progress. The lady observed some cockroaches near the sink and grabbed a can of insect killer and sprayed it near the gas stove, which was on. There was an explosion and in no time the poor woman was covered in flames, sustaining 65% burns. Her husband rushed in, tried to put out the flames and his clothes too caught fire. The husband is still in hospital, in the burns ward, still unaware that his wife was declared dead on arrival.
Let us understand that:
All insect killer sprays such as "Raid","Baygon", Nuvan etc have highly volatile and inflammable solvents. The atomized nano spray particles spread very rapidly and one spark is enough to ignite this explosive mixture with oxygen present in air.
Please educate your family & Friends about this and spread the word around....Please share this post, who knows you might save more than a life..
LikeLike · ·

Kantoi dengan ibu berpesta seks di rumah rakan

bakauKuala Lumpur – Seorang ibu sanggup bersembunyi di sebalik sebatang pokok kira-kira 50 meter dari rumah rakan anak perempuannya di Kajang, di sini, selama sejam sebelum ‘menangkap’ anaknya yang baru selesai ‘berpesta’ seks di premis berkenaan.
Dalam kejadian bermula kira-kira jam 5.45 petang itu, wanita terbabit dilaporkan terpaksa berbuat demikian selepas rakan perempuan anaknya itu mendakwa remaja berkenaan tiada di rumah terbabit, ketika dia mencarinya.
Menurut sumber, wanita berusia 35 tahun itu mengambil keputusan bersembunyi di kawasan berhampiran kerana yakin anaknya berada di dalam rumah berkenaan selepas menemui kasut remaja terbabit ditinggalkan di pintu masuk.

Menceritakan semula kejadian, sumber itu berkata, wanita terbabit curiga dengan tingkah laku anaknya mengambil keputusan pergi ke rumah rakan remaja berkenaan kira-kira jam 5.45 petang untuk menyiasat.
“Ketika berada di hadapan rumah itu, wanita berkenaan berulang kali memanggil nama anaknya, namun tiada jawapan biarpun melihat kasut digunakan remaja itu berada di hadapan pintu.
“Tidak lama kemudian, rakan perempuan anak mangsa keluar sebelum memberitahu remaja berkenaan tiada di situ,” katanya.

Sumber itu berkata, meragui kenyataan rakan anaknya itu, wanita terbabit berpura-pura beredar sebelum bersembunyi di sebalik sebatang pokok kira-kira 50 meter dari rumah berkenaan.
“Sejam kemudian, anak mangsa keluar daripada rumah itu bersama tiga remaja lelaki dan seorang perempuan,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit segera bergegas mendapatkan anaknya menyebabkan kumpulan remaja itu mula panik.
“Selepas didesak, anak wanita terbabit mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang daripada tiga remaja lelaki itu,” katanya sambil memberitahu, rakan anaknya yang lain turut melakukan hubungan seks, menurut sumber Hmetro.
Berikutan itu, wanita terbabit membawa anaknya ke Balai Polis Kajang, di sini, untuk membuat laporan polis.
Remaja terbabit juga dirujukkan ke hospital berhampiran sebelum disahkan ada melakukan hubungan seks. Disebabkan remaja perempuan terbabit masih di bawah umur, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai rogol dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Nur Fatin added a new photo.
5 hrs ·
LikeLike · ·
Serangan Balas !
Briged Saraaya Al-Quds berjaya melancarkan 2 buah roket serangan balas ke arah Ber Sheeva dan 3 roket jenis 107 lagi ke arah Kem tentera Raeim, dan 5 buah roket jenis Grad ke arah kem tentera Nabhan.
Serangan Balas !
Briged Saraaya Al-Quds berjaya melancarkan 2 buah roket serangan balas ke arah Ber Sheeva dan 3 roket jenis 107 lagi ke arah Kem tentera Raeim, dan 5 buah roket jenis Grad ke arah kem tentera Nabhan.
LikeLike · ·

Remaja Genius Gaza Mencipta Alat Menghasilkan Gas Memasak dan Elektrik dari Sumber Air.

Peperangan Gaza ketiga yang berlarutan sejak 8 Julai yang lalu sudah meragut lebih dari 1800 nyawa dan mencederakan ribuan warga Gaza. Selain daripada masalah nyawa yang boleh melayang dengan tiba – tiba, penduduk Gaza juga berhadapan dengan masalah mendapatkan kemudahan asas untuk terus hidup. Lebih kurang seminggu lalu satu – satunya stesen janakuasa di Gaza di bom regin Zionis mengakibatkan penduduk Gaza kini terpaksa bergelap. Penggunaan janakuasa untuk mendapatkan bekalan elektrik kini menjadi kebiasaan tetapi bekalan petrol pula sukar didapati kerana sekatan Israel serta terowong menyeludup yang sudah dimusnahkan.
Di tengah – tengah kesengsaraan dan kemusnahan ini seorang anak muda Gaza muncul dengan ciptaan yang mampu menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan elektrik. Ibrahim Saad (18)mencipta alat yang mampu menghasilkan gas memasak dan elektrik dari sumber air. Alat ini dicipta dan dibina sendiri oleh Ibrahim di bengkel rumah beliau. Ianya mampu menghasilkan bekalan hidrogen dari air yang kemudiannya digunakan sebagai gas memasak dan bahan bakar untuk menggerakkan generator elektrik. Ibrahim mendapat idea untuk mencipta alat ini kerana tidak tahan dengan sekatan terhadap penggunaan bahan api yang  dikenakan regim Zionis sejak 2006. Bahan api yang diimport ke Gaza dihadkan jumlahnya dan dijual pada harga yang terlalu mahal. Dengan terciptanya alat mensintesis hidrogen ini Ibrahim dapat mengurangkan pergantungan kepada bahan api konvensional keluarga beliau.
006
Pepatah Inggeris ada berkata keperluan ialah ibu kepada penciptaan. Di dalam kes Ibrahim Saad keperluan untuk mendapatkan bekalan bahan api dengan lebih mudah memaksa beliau menghasilkan ciptaan buatan sendiri ini. Tahniah terhadap remaja ini. Kami berharap beliau terselamat dari sebarang kecelakaan sepanjang perang Gaza ketiga ini. Adalah merugikan sekiranya remaja bijak seperti beliau terkorban kerana kami yakin dengan kepandaian beliau banyak lagi ciptaan yang mampu membatu komuniti tertindas Gaza dapat dihasilkan. Insya Allah.
004
002

Thursday, August 7, 2014

Israel Tambah 30,000 Lagi Tentera 

Simpanan


israel-tentaraAkhbar Haaretz Israel pada hari Rabu (06/08) menyatakan bahawa pemerintah Tel Avi telah mengerahkan 30 ribu tentera simpanan untuk terlibat dalam perang di Gaza.

Menurut akhbar Haaretz, langkah ini dilakukan pemerintah Israel sebagai persiapan menjelang berakhirnya massa gencatan 72 jam di Jalur Gaza yang dilmulai pada Selasa (05/08) pukul 08.00 pagi semalam.

Perlu diketahui bahwa pemerintah Israel telah mengerahkan 55 ribu tentera simpanan sejak dimulainya agresi militer Israel ke Gaza pada 7 Julai lalu.

Hingga kini delegasi pemerintah Israel dan Hamas terus melakukan pembicaraan intesif di kota Kaherah mengenai usaha gencatan senjata tetap di Jalur Gaza. (Almasryalyoum/Ram) sumber

Thursday, August 7, 2014

CHINA Terus Memusuhi Islam di XINJIANG

Larangan berimej  Islam di Karamay  Polis memegang sepanduk ketika majlis penganugerahan untuk mereka yang menyertai aktiviti untuk membanteras jenayah dan keganasan di Hotan, Xinjiang. - Foto Reuters
 
Tak boleh pakai hijab, berjanggut, guna lambang bulan sabit, bintang naik bas


Beijing: Bandar raya di wilayah Xinjiang melarang penduduk bertudung, memakai hijab dan menyimpan janggut panjang menaiki bas, ketika kerajaan berdepan ketegangan dengan dasar yang dikatakan pengkritik mendiskriminasi penduduk Islam. Xinjiang, yang diduduki penduduk Muslim Uighur yang bercakap bahasa Turkestan, berdepan keganasan sejak bertahun-tahun yang dipersalahkan kerajaan ke atas pemisah.


Pihak berkuasa melarang lima golongan penumpang, iaitu mereka yang memakai hijab, tudung, jubah, pakaian dengan lambang bulan sabit dan bintang serta yang menyimpan janggut panjang, daripada menaiki bas di bandar raya Karamay, lapor media.


Mahu negara bebas

Simbol bulan sabit dan bintang yang melambangkan Islam tertera pada banyak bendera negara, selain yang digunakan beberapa kumpulan di China yang berkata mahu menubuhkan negara bebas, Turkestan Timur.
Peraturan bertujuan membantu mengukuhkan keselamatan sepanjang 20 Ogos ini ketika satu acara sukan dan akan dikuatkuasakan pasukan keselamatan, menurut akhbar Karamay Daily Isnin lalu.

“Sesiapa yang tidak mematuhi arahan, terutama lima golongan itu, laporan polis akan dibuat,” menurut akhbar itu.

Julai lalu, pihak berkuasa di ibu negeri Xinjiang, Urumqi melarang penumpang bas membawa barangan daripada pemetik api kepada dadih dan air, dalam usaha menghalang serangan ganas.

Kumpulan Uighur dalam buangan dan aktivis hak kemanusiaan berkata dasar menindas kerajaan di Xinjiang, termasuk mengawal Islam, mencetuskan ketegangan, dakwaan yang dinafikan Beijing.


Dasar perkauman

“Pegawai di bandar raya Karamay meluluskan dasar perkauman dan diskriminasi terbuka yang disasarkan kepada penduduk biasa Uighur,” kata Presiden Persatuan Uighur Amerika, Alim Seytoff, dalam kenyataan melalui e-mel.

Walaupun ramai wanita Uighur memakai gaya kasual sama seperti di tempat lain di China, sebahagiannya mula memakai hijab, pakaian yang biasa di Pakistan atau Afghanistan berbanding Xinjiang.

Polis menawarkan ganjaran wang bagi maklumat mengenai semua perkara daripada latihan keganasan kepada penduduk yang berjanggut panjang.

Beratus-ratus penduduk maut dalam ketegangan di Xinjiang sejak 18 bulan lalu tetapi keselamatan ketat menjadikan sukar untuk wartawan membuat penilaian bebas mengenai keganasan itu.

Kira-kira 100 maut apabila penyerang bersenjatakan pisau melancarkan serangan di dua bandar di selatan wilayah itu Julai lalu, lapor media, termasuk 59 yang ditembak mati oleh polis.

Pengebom bunuh diri mengorbankan 39 orang di pasar di Urumqi Mei lalu.

Reuters sumber8:00PM - 8 Aug 2014

Gencatan berakhir, Gaza kembali diserang

Israel menyerang tebing Gaza dengan peluru berpandu dan meriam buat pertama kalinya dalam masa tiga hari, lapor agensi berita Aljazeera.

Pada masa sama, pejuang Palestin melancarkan serangan demi serangan roket ke arah Israel.

Serangan tersebut berlaku beberapa jam selepas gencatan senjata selama tiga hari berakhir.

Satu serangan udara Israel dilaporkan membunuh seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di bandar Gaza - kematian pertama selepas gencatan senjata selama 72 jam, lapor seorang kakitangan perubatan Palestin.

Pada masa sama sekurang-kurangnya enam orang lagi tercedera, lapor agensi berita yang sama.

Sementara itu, BBC pula melaporkan Israel mendakwa serangan ke atas tebing Gaza disambung semula selepas pihak Palestin melancarkan serangan roket terlebih dahulu.

Askar Israel dipetik menyifatkan serangan roket baharu itu sebagai "tidak boleh diterima, tidak boleh ditolak ansur, dan pendek akal".

Agensi Aljazeera melaporkan lebih 30 roket dilancarkan ke selatan Israel selepas gencatan berakhir.

Tiga daripada roket-roket itu berjaya dipintas oleh sistem pertahanan roket Iron Dome.

Tiga askar Israel dilapor tercedera, agensi tersebut memetik kenyataan tentera.

Tiada ulasan: