Isnin, 11 Ogos 2014

PALING BODOH LANTIK DIKALANGAN EXCO JADI MB ATAU PEMANGKU MB...TAK KAN TSKI JADI MB YANG TAK DE PARTI...JIKA IA NAK MEMPERTAHANKAN JUGA JAWATANYA....AGAK2 SAPE YANG SANGAT NAK KUASA/GILA KUASA

Nilai Khalid di mata ahli Dewan dan Sultan

Nasional
1 of 1
Dr. Shamrahayu Abd Aziz
Dr. Shamrahayu Abd Aziz
Adakah dipecat dari parti politik menjadikan menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri secara automatik hilang kelayakan dan wajib melepaskan jawatan? 
Adakah keadaan ini dikira sebagai suatu "keadaan mendesak" (extraneous circumstance) yang memaksa menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri meletak jawatan atau meminta Sultan atau Yang di-Pertuan Agong membubar Dewan.
Dalam konteks undang-undang perlembagaan negara kita, seorang menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri layak dilantik dan kekal dalam jawatan sekiranya dia adalah seorang ahli Dewan dan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan, bukan parti politik yang dia mendapat tiket atau menang pilihan raya.
Hakikat undang-undang di Malaysia, menteri besar, ketua menteri atau perdana  akan kekal memegang jawatannya sehinggalah hilang kepercayaan majoriti AHLI DEWAN. 
Hilang kepercayaan setakat keputusan mahkamah di Malaysia ini boleh berlaku dalam dua keadaan. 
Pertama, sekiranya ada undi tidak percaya secara formal dalam Dewan (Kes Stephen Kalong Ningkan) dan kedua, bila "keadaan mendesak" (extraneous circumstace) (Kes Datu Amir Kahar). 
Ada beberapa keadaan lain dalam konvensyen atau amalan perlembagaan, iaitu, kerajaan gagal mendapat sokongan meluluskan rang undang-undang penting; kerajaan gagal melaksana polisi penting dan menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri gagal mendapat kepercayaan ahli dewan setelah meminta ahli Dewan menunjukkan kepercayaan mereka. 
Dalam kemelut Selangor, sekiranya dipecat parti politiknya adakah menteri besar masih kekal sebagai menteri besar?
Hakikat peruntukan undang-undang ialah, menteri besar akan hilang kelayakan sekiranya hilang kepercayaan ahli Dewan. Adakah dipecat parti politik MB menunjukkan hilang kepercayaan ahli Dewan? Jawapannya tidak. Sebab peruntukan undang-undangnya jelas, ahli Dewan dan bukan parti politiknya. 
Persoalan seterusnya, adakah keadaan ini menunjukkan "keadaan mendesak" seperti dalam kes Datu Amir Kahar? Ini memerlukan tafsiran undang-undang. 
Setakat mana dalam kes Datu Amir Kahar, Mahkamah mengambil maklum bahawa ahli dewan yang "lompat parti" dan mengurangkan jumlah kepercayaan kepada ketua menteri adalah keadaan mendesak. 
Oleh itu dalam kemelut di Selangor, saya lebih cenderung untuk menyatakan ia tidak termasuk dalam erti "keadaan mendesak" kerana tiada ADUN yang membuka mulut. Dalam keadaan di Selangor ini, menteri besar hilang sokongan parti politiknya, bukan hilang kepercayaan ahli Dewan.
Apakah tindakan seterusnya atau pilihan yang boleh dilakukan. 
Adakah menteri besar patut meletak jawatan? Adakah menteri besar patut meminta Sultan membubar Dewan? Adakah Sultan boleh mamanggil semua Ahli Dewan untuk menentukaan sama ada ahli Dewan masih ada kepercayaan kepada MB? Patutkah MB memanggil sidang Dewan dan meminta ahli Dewan menyatakan kepercayaan kepadanya? 
Atau adakah menteri besar boleh berdiam diri sehingga mendengar ahli Dewan membuka mulut atau mengambil tindakan menunjukkan kepercayaan kepada MB atau sebaliknya? 
Hakikat undang-undang, rakyat tidak mempunyai suara dalam lantikan atau kepercayaan kepada menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri. Lantikan dan kelayakan ditentukan melalui kepercayaan ahli Dewan yang dipilih rakyat. Pada awal lantikan Sultan yang menentukan kepercayaan dengan hemat baginda.
Oleh itu, hakikatnya sekarang, kerajaan pakatan rakyat di Selangor telah runtuh. Diruntuhkan PKR dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah menteri besar bebas yang tiada halangan dalam Perlembagaan selagi dia mendapat kepercayaan majoriti.
Selagi tiada undi tidak percaya selagi itulah Abdul Khalid boleh jadi menteri besar. Sultan tidak boleh pecat menteri besar selagi tiada undi tidak percaya. Dan Sultan tidak boleh bubar Dewan selagi tiada permintaan.
PROF MADYA DR SHAMRAHAYU AB AZIZ adalah Felo Utama, Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

LAPORAN PORTAL ONLINE MSTAR 'PAS PELAWA ABDUL KHALID KEAHLIAN PARTI' ADALAH TIDAK BENAR


Laporan berita yang berkait dengan YAB Menteri Besar Kelantan merangkap Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) dibawah tajuk 'PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian PAS' sebagaimana yang dilaporkan oleh portal online mstar adalah tidak tepat sama sekali. Laporan akhbar tersebut boleh dirujuk di: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/08/10/pas-terima-khalid/

Perenggan kedua laporan mstar yang menyatakan 'Menteri Besar Kelantan memberitahu pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk Abdul Khalid yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari sabtu kerana masalah disiplin' dengan disebut sedutan ucapan beliau yang berbunyi " terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana telah dipecat PKR" adalah tidak benar sama-sekali.

Sebaliknya YAB Pemangku Ketua DUPP hanya menyatakan " itu kita tidak boleh nak komen, itu hak dia" apabila ditanya tentang masa depan politik Tan Sri Khalid selepas ini. Dalam menjawab soalan kepada wartawan pada tengahari tadi di Perdana Resort ketika menghadiri majlis hari raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) beliau hanya menekankan agar masyarakat dan ahli PAS bertenang supaya dapat mewujudkan suasana terbaik dalam kemelut yang melanda Selangor dan ujarnya " DUPP sendiri kembali kepada tarikh mesyuarat PAS Pusat yang akan berlangsung pada 17 ogos 2014 nanti dan kita tunggu apa yang diputuskan nanti" ujar beliau lagi "apa yang berlaku di Selangor kini adalah satu 'exercise' bagi membina kematangan berpolitik".

Beliau yang juga anggota Majlis Syura Ulamak PAS (MSU) menegaskan bahawa ahli PAS perlu menghormati MSU yang merupakan badan tertinggi parti dan sentiasa memantau perjalanan PAS agar seiring dengan dasar dan prinsip PAS.

Beliau juga menyatakan bahawa Dewan Ulamak PAS Pusat tidak pernah membincangkan tentang urusan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagaimana yang tersiar dalam berita headline TV3 pada jam 8 malam tadi. Apa yang dinyatakan ialah perbincangan tentang hal tersebut akan dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat dan MSU telah membincangkan hal ini, boleh jadi mereka yang melaporkan tersebut keliru antara Dewan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak.

Disediakan:
Mohd Asri Mat Daud
~Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Merangkap Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat
~Bertarikh 14 Syawal 1435/ 10 Ogos 2014
Maaf Ya, saudariku. Bukan bermaksud menggurui, tapi kata-kata Ustad asli Papua ini patut direnungkan.
"Kasihan wanita-wanita modern di kota-kota besar, baru mulai belajar 'telanjang' dengan pakaian yang minim. Kami (di papua), sudah berpengalaman bertahun-tahun (telanjang) dan baru mulai belajar memakai pakaian yang bermartabat". (Ustad Fadlan Garamatan - Da'i asal Papua)
See Translation

Monday, August 11, 2014

GEMPAR!! 3 ADUN BN Ditawar Jawatan Exco Oleh Khalid Ibrahim?

Sumber SUK Selangor sebentar tadi mengesahkan bahawa dalam usaha terakhir untuk menyelamatkan kariernya sebagai Menteri Besar,  Khalid telah menawarkan 3 jawatan Exco kepada ADUN BN sebagai timbal balas sokongan jika undi tidak percaya diadakan di DUN Selangor untuk menyingkirkannya nanti.
Tidak dapat dipastikan siapakah 3 ADUN tersebut tapi Pakatan Rakyat percaya mereka adalah ADUN Sungai Burung, Datuk Shamsudin Lias, ADUN Sungai Panjang, Budiman Zohdi dan ADUN Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz.

Ini setelah 15 ADUN PAS dikatakan sebulat suara mamatuhi arahan Majlis Syura Ulama yang mengarahkan Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor sehingga dibuktikan di Mahkamah sebarang kes jenayah yang membabitkannya.
Selain itu, seorang ADUN PKR yang juga Exco sedia ada akan turut menyertai Khalid membentuk kerajaan campuran paling pelik dalam sejarah Selangor.
Dengan sokongan BN, PAS dan seorang ADUN PKR, Khalid sudah mempunyai sokongan 29 kerusi dalam DUN Selangor seterusnya menyelamatkan kedudukkannya sebagai Menteri Besar bebas pertama di Malaysia jika undi tidak percaya diadakan kelak.
Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
 12:26PM - 10 Aug 2014

Dewan diraja S'gor bincang isu MB esok


Majlis Dewan Diraja Selangor akan membincangkan kedudukan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim esok.

Khalid berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan oleh badan itu di Istana Kayangan esok bagi membincangkan perkara itu ekoran pemecatan Khalid oleh PKR semalam.

Khalid juga berkata beliau “dinasihatkan” peguamnya untuk tidak membuat kenyataan lanjut berhubung perkara itu.

Khalid hari ini bertemu dengan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di masjid negeri di Shah Alam untuk merasmikan kursus haji peringkat negeri.

Selepas acara itu beliau memberitahu pemberita akan mengadap sultan esok selepas majlis berbincang bagi menentukan pendirian istana dalam isu itu.

Khalid tidak menunjukkan tanda-tanda akan merayu terhadap keputusan PKR.

Katanya, keutamaannya sekarang untuk berkhidmat kepada negeri sebagai menteri besar.

Sementara itu, Khalid dalam kenyataannya hari ini mengulangi pendiriannya yang menerima keputusan PKR itu “walaupun tindakan itu salah dan tidak menurut undang-undang serta bertentangan dengan perlembagaan parti”.

“Saya juga akan meneruskan tugasan sebagai menteri besar seperti biasa dan dinasihati untuk tidak membuat apa-apa kenyataan sehingga satu mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang telah ditetapkan pada hari Isnin, 11 Ogos 2014,” katanya.

Ahli dewan diraja mempunyai 20 anggota, termasuk Tengku Bendahara Selangor Tengku Azman Shah, Khalid sendiri sebagai menteri besar, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor dan Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Ia turut dianggota empat ahli waris, lima Orang-Orang Besar dan tujuh Orang Tua-Tua turut.

Menteri besar Kelantan menafikan laporan berita yang beliau mempelawa Khalid Ibrahim sertai PAS.
LikeLike · · · 23
LikeLike · · · 24

NAK TANYA SIKIT....JANGAN MARAH....KENAPA TSKI SUKA PAKAI SONGKOK SENGET
11 hrs ·
Saya harap Khalid Ibrahim merayu, kata Khalid Samad
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadiri majlis 'Kursus Perdana Haji' di Masjid Negara, Shah Alam hari ini. Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad menyatakan beliau masih punya ruang untuk membuat rayuan selepas dipecat serta merta daripada PKR semalam. Beliau – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Ogos, 2014.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadiri majlis 'Kursus Perdana Haji' di Masjid Negara, Shah Alam hari ini. Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad menyatakan beliau masih punya ruang untuk membuat rayuan selepas dipecat serta merta daripada PKR semalam.
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad menunjukkan simpati terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menasihatinya membuat rayuan kepada PKR supaya keahlian dalam parti dikekalkan.
Menyifatkan keputusan PKR itu sebagai mendadak, beliau berkata Khalid masih punya ruang untuk membuat rayuan selepas dipecat serta merta semalam.
"Saya pun masih terkejut dengan pemecatan Khalid daripada parti. Keputusan tersebut mendadak.
"Saya harap beliau merayu kepada PKR dalam tempoh 14 hari ini," kata ahli Parlimen Shah Alam itu kepada pemberita di Taman Melewar, Gombak, hari ini. Khalid berkata, pihaknya bagaimanapun tidak akan masuk campur isu dalaman PKR dan akan menunggu keputusan rasmi mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini.
"Kita tunggu sampai 17 Ogos ini, tambahan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah dipecat daripada parti sebab sebelum ini Majlis Syura tidak mendapat keputusan atau laporan penuh berhubung isu ini," katanya.

Sunday, 10 August 2014


7 CONTOH ISTERI YANG SERING DICERAIKAN


Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu’ alaihi Wasallam bersabda, ” Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. ” (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .

Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H

SATU LAGI TAK DENGAR CAKAP....PANDAI2 SENDIRI....KADANG2 MENGUTAMAKAN ORANG LAIN DARI SUAMI....

SATU LAGI UMNO SANGAT BENCI ANWAR...ANWAR BANYAK SUSAHKAN UMNO....ANWAR BANYAK TAHU RAHSIA TIPU MUSLIHAT UMNO/PEMIMPIN2 UMNO....JADI BAGI UMNO POLITIK ANWAR KENA KASI ABIS....
Ucapan YB Husam....

Kit Siang: Jangan benarkan Khalid sertai PAS
pada 11-08-2014 12:08 
Post Pic
SHAH ALAM: Penasihat DAP Lim Kit Siang memberi amaran kredibiliti Pakatan Rakyat akan hancur jika PAS menerima masuk Tan Sri Khalid Ibrahim dalam parti itu semata-mata untuk mendapatkan kerusi menteri besar Selangor.
"Adalah amat menjengkelkan bagi  sesiapa cuba menangguk di air keruh dengan melayan kemungkinan Khalid menyertai PAS atau DAP supaya PAS atau DAP boleh menuntut kerusi MB Selangor,” kata beliau.
Lim berkata keutamaan parti komponen tidak harus menjurus siapa mempunyai kerusi paling banyak  dalam DUN Selangor tetapi bagaimana untuk memulihkan imej PR yang tercalar teruk.
Beliau bersyukur bahawa PAS, PKR dan DAP sebulat suara bersetuju untuk kekal dalam Pakatan Rakyat dan mencari penyelesaian terhadap isu Khalid.
"Ini masa untuk menyelamatkan Pakatan, masa untuk pemimpin PAS, PKR and DAP menunjukkan komitmen untuk mempamerkan nilai-nilai yang selari dengan prinsip dan perjuangan Pakatan,” kata Kit Siang.
Kenyataan itu dibuat setelah Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yaakob berkata parti itu terbuka kepada sebarang niat Khalid untuk menyertai PAS  setelah beliau dipecat oleh PKR.
PKR memecat Khalid untuk memaksanya berundur sebagai MB Selangor dan digantikan dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
DAP memberi sokongan bulat kepada tindakan PKR itu namun pimpinan tertinggi PAS mahu Khalid dikekalkan sebagai MB malah terbuka kepada cadangan untuk beliau menyertai PAS.
Jawatankuasa Pusat PAS akan bermesyuarat Ahad depan untuk membuat keputusan muktamad mengenai Khalid.
AWAS IA TAK ENDAH ARAHAN KETUA...RASA2 NAK AMBIK KE...KALAU TAK SETUJU AWAL2 KELUAR PARTI...SEBAB NAK TAAT NI SUSAH...MANUSIA ISLAM PUN SUSAH NAK TAAT PADA ALLAH SWT....FIKIR2KAN

2 Foto: Lagi Gambar Awek Bertudung Tapi Telan jang!


Astagafirullah... Fesyen apakah semua ini???


2 Foto: Lagi Gambar Awek Bertudung Tapi Telanjang! - Tidak pasti gambar ini dirakam di mana tapi nampak gaya orang ni macam melayu je... bertudung tapi telanjang! baik tak perlu pakai tudung langsung. betul-betul memalukan kaum wanita yang bertudung. Jika benarlah dia nak bertudung, kenapa tak tutup aurat tu, nampak sangat sengaja nak memperbodohkan diri sendiri... saksikan foto selanjutnya...


Wajah Sebenar Nuratikah Binti Ishak, 23, Mangsa Rogol Beramai-Ramai Sedang Dicari

Wajah Sebenar Nuratikah Binti Ishak, 23, Mangsa Rogol Beramai-Ramai Sedang Dicari - Sekeping gambar yang dikongsikan oleh Mad Sufizz  pop-up di news feed penulis sebentar tadi dimana seorang gadis yang berusia 23 tahun sedang dicari dipercayai sudah hilang sejak hari raya ke empat hingga kini.
Gadis tersebut yang dikenali sebagai Nuratikah Binti Ishak yang berasal dari Sik, Kedah dirogol beramai-ramai oleh mat rempir sebelum dijual kepada tokan dadah.
Difahamkan mangsa tersebut dipercayai masih berada di kawasan Sungai Petani, Kedah. Lelaki berkenaan juga menyeru kepada orang ramai supaya menghubungi nombor abang mangsa ini 019-5066095 (Shukri)
Penulis cuba menghubungi nombor yang tertera diatas namun nombor berkenaan hanya boleh dihubungi melalui pesanan suara.
Penulis tidak pasti kesahihan status ini sama ada betul atau sebaliknya, jika ianya benar, sama-samalah kita membantu beliau untuk menjejaki gadis ini dan berdoa semoga mangsa dapat dikembalikan kepada keluarga. 
Namun jika ianya satu fitnah, maka berat hukuman bagi seseorang yang menyebarkan berita sebegini.
Gambar diatas adalah lelaki yang dikenali sebagai Mad Sufizz

Tiada ulasan: