Isnin, 11 Ogos 2014

NI DILUAR JANGKAAN PKR DAN UMNO SERTA YANG TAK SUKA TSKI...MUNGKIN YANG MENYOKONG TSKI BERBODONG2 MASUK PAS...MASUKLAH PAS KERANA MENGUTUHKAN/MENJITUKAN AKIDAH...TAPI BIAR KERJA UNTUK ALLAH BUKAN KERJA UNTUK PAS...ATAU KERJA UNTUK PAS KERANA ALLAH...TAK BOLEH JUGA...KERANA ALLAH TAK BOLEH DISYER2KAN....KALAU MEREKA KELUAR PKR MASUK UMNO...TAK DAPEK ADEN MENOLONGNYA

Monday, 11 August 2014


SURAT FAEKAH HUSIN KELUAR KEADILAN SERTA MERTA TERSEBAR DIALAM MAYA DENGAN LIGATNYA.



Faekah Husin, bekas setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau keluar PKR hari ini kerana membantah cara parti itu memecat bekas bosnya.

Faekah yang juga ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) menunjukkan surat yang dihantar beliau dan menyatakan ia telah dihantar kepada ibupejabat PKR hari ini.

Faekah yang juga bekas setiausaha politik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ditugaskan dengan Khalid pada 2009, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut selain menyatakan beliau "hilang kepercayaan terhadap parti."

Surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail itu berkata PKR tidak mengamalkan cara berhemah dan terpesong dari prinsip parti dalam pemecatan Khalid Sabtu lalu.


"Saya penama dan nombor keahlian seperti di atas mengisytiharkan keluar daripada menjadi ahli PKR serta merta.

"Tindakan ini saya ambil kerana sudah hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu berbangkit daripada kedudukan jawatan menteri besar Selangor secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur.

"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Khalid jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh parti ini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999,"
katanya dalam surat tersebut.



5:15PM - 11 Aug 2014

TPM: Umno S'gor sokong Khalid tanpa syarat


BN menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar Selangor, tanpa syarat dan ikhlas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  
Muhyiddin, yang juga timbalan pengerusi BN, berkata beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN bagi mendapatkan hala tuju berhubung kemelut kepimpinan di Selangor.

"Jadi atas beberapa dasar, sebab dan prinsip, BN menyokong MB Selangor (Abdul Khalid).
  
"Kita juga tidak mengambil kira fahaman politik dan sebagainya, kita juga lihat tiada kewajaran perubahan pimpinan sebagaimana yang hendak dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negeri itu ," katanya ketika diminta mengulas situasi terkini di Selangor selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan kali ke-11 di Putrajaya hari ini.
  
Muhyiddin berkata sokongan itu juga adalah tidak bersyarat dan ikhlas kerana apa yang ingin dilihat ialah keadaan yang stabil di negeri itu.
  
"Kalau anda tanya apa yang kita akan dapat dengan menyokong beliau (Abdul Khalid) kita pun tak tahu apa yang kita akan dapat," katanya.

Muhyiddin berkata yang penting ialah soal kesinambungan kepimpinan dan nasib rakyat di negeri itu.
  
Beliau berkata semua ADUN BN Selangor juga akan menyatakan sokongan sekiranya usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Abdul Khalid.
  
"Selangor sebuah negeri yang penting dan atas sebab itu kita berpendapat kalau tiada perubahan kepimpinan, walau pun Khalid bukan daripada parti BN tetapi itu lebih baik untuk keadaan yang ada sekarang," katanya.

Khalid beri sokongan
  
Beliau berkata dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, Abdul Khalid juga memberikan sokongan dan kerjasama berhubung masalah air dan penstrukturan semula air di Selangor serta projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).
  
"Jadi projek itu pada peringkat ini masih boleh diteruskan, itu perkara utama untuk mengelakkan krisis air bagi kami kerajaan persekutuan dan semangat kerjasama yang sudah sedia terjalin itu perlu diteruskan," katanya.

Muhyiddin berkata, apa yang dibimbangkan ialah jika berlaku perubahan kepimpinan sudah tentu persefahaman dan perjanjian yang ditandatangani berhubung masalah air mungkin akan terjejas.
  
"Bagi kami dalam keadaan itu siapa yang elok kita sokong...bagi Kerajaan Pusat ialah menentukan nasib rakyat baik di Selangor dan persekutuan tidak terjejas dan terus dibela dengan perjanjian yang telah disepakati.
  
"Ikut bacaan saya kalau ada perubahan maka ada yang akan pinda itu...ini...dan ia akan bawa kesan besar kepada masalah air serta soal-soal berkaitan kebajikan rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan," katanya.
  
Ditanya sama ada boleh berlaku perubahan dalam perjanjian yang telah ditangani sebelum ini jika berlaku perubahan pentadbiran, Muhyiddin berharap perjanjian yang ditandatangani itu dihormati.
  
"Tetapi jika ada perubahan kerajaan saya juga tidak boleh jangkakan apa akan berlaku dan itu turut menjadi kebimbangan kita juga," katanya.
  
Mengenai sama ada akan berlaku pembubaran DUN di Selangor, Muhyiddin berkata perkara itu sukar diramal dan tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Sokongan majoriti

Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat pula berkata dengan penolakan terbuka PKR dan DAP, ini bermakna Abdul Khalid hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan daripada 12 ADUN Umno.

Oleh itu, dalam satu kenyataan bersama hari, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua Saifuddin dan Pua berkata dengan penolakan terbuka PKR dan DAP, ini bermakna Abdul Khalid hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan daripada 12 Adun Umno.

Sehubungan itu, mereka turut mendesak Umno menyatakan secara terbuka bahawa 12 ADUN parti itu menyokong Abdul Khalid seperti mana yang didakwa oleh beliau.
  
"Jika 12 ADUN Umno tidak menyokong Abdul Khalid, maka jelaslah beliau telah mempersembahkan maklumat palsu kepada Sultan Selangor," kata mereka.

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini berkata Sultan Selangor memberi perkenan supaya beliau kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat daripada PKR.

Sebelum itu, Khalid berkata beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan menteri besar Selangor sehingga ada perkembangan terbaru.
  
Abdul Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan oleh beliau berhubung kedudukannya sebagai menteri besar.
  
Katanya, beliau telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatannya sebagai ahli PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.
  
Justeru, katanya, baginda Sultan berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya perkenan beliau kekal memegang jawatanmenteri besar Selangor.

- Bernama
5:00PM - 11 Aug 2014

Khalid: Buktikan saya tiada sokongan majoriti


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sesiapa yang mendakwa beliau tidak mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) haruslah membuktikannya atau membuat laporan kepada Sultan.

"Itu untuk pihak lain cuba (buktikan). Cuba (buktikan) sama ada menteri besar dapat sokongan penuh atau sokongan majoriti.

"Dia boleh buat begitu (berkata saya hilang sokongan) dengan buat laporan kepada Sultan. Buat masa sekarang Sultan tak terima laporan saya tiada sokongan majoriti," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Dalam sidang akhbar tersebut, Khalid berkata Sultan Selangor perkenan beliau kekal sebagai menteri besar walaupun telah dipecat sebagai ahli PKR.

Khalid dipecat oleh parti itu Sabtu lalu kerana tidak mengikut arahan parti untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa masih mendapat sokongan majoriti dari ADUN Selangor dan layak menjadi menteri besar.

Beliau berkata Sultan Selangor telah bersetuju dengan penjelasan beliau dan memperkenankan beliau meneruskan tugas sebagai menteri besar ketika ditanya mengenainya.

"Lanjutan daripada pemakluman saya, DYMM Tuanku telah bertanyakan sama ada saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

"Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

"Justeru, DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor," katanya.

Khalid juga mengatakan keperluan mengikut tatacara seperti membiar usul undi tidan percaya dalam dewan undangan negeri.

Bagaimanapun beliau menyatakan tidak akan memanggil sidang khas dewan membincangkan perkara itu.

"Tidak perlu sidang dewan khas sebab tuanku tanya saya adakah saya inginkan sidang dewan khas. Yang nak sidang khas bukan saya," kata beliau sambil tersenyum

Sementara itu Khalid mengatakan beliau tidak akan mempertimbangkan menyertai mana-mana parti termasuk PAS selagi tidak membersihkan namanya.

Beliau turut menyatakan masih tidak mempertimbangkan untuk membuat rayuan kepada PKR agar diterima semula selepas dipecat Sabtu lalu.

"Sebelum saya pertimbangkan,  saya perlu bersihkan diri saya dari tohmahan- tohmahan yang saya hadapi," kata beliau.
5:20PM - 11 Aug 2014

Faekah Husin umum keluar PKR hari ini



Faekah Husin, bekas setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau keluar PKR hari ini kerana membantah cara parti itu memecat bekas bosnya.

Faekah yang juga ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) menunjukkan surat yang dihantar beliau kepada Malaysiakini dan menyatakan ia telah dihantar kepada ibupejabat PKR hari ini.

Faekah yang juga bekas setiausaha politik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ditugaskan dengan Khalid pada 2009, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut selain menyatakan beliau "hilang kepercayaan terhadap parti."
Surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail itu berkata PKR tidak mengamalkan cara berhemah dan terpesong dari prinsip parti dalam pemecatan Khalid Sabtu lalu.
"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini yang diperjuangkan oleh partinini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," petik surat itu.





 



Exco tidak suka saya boleh letak jawatan, kata Khalid Ibrahim
3 EXCO PAS dan 3 DAP tak letak jawatan.
3 EXCO PKR akan isytihar keluar PKR dan jadi ADUN BEBAS
Oleh itu ada 9 EXCO kekal dalam MKN Majlis Kerajaan Negeri) yang akan kendali kerajaan Negeri Selangor.
Dalam kalangan ADUN PAS pula, ada 3 orang yang sokong TSKI ditukar. Mungkin selepas ini mereka letak jawatan atau bertaubat serta patuh dan wala kepada Presiden PAS bukan kepada Anwar lagi atau Anwariyun dalam PAS seperti Khalid Samad, Dr Dzul, Izham yang vokal dalam PAS Selangor
Dalam kalangan ADUN DAP pula, selain 3 EXCO, semua 11 orang DAP akan ikut arahan DAP Pusat yang sudah buat akan buat ATB (air turning back) semalam setelah berbincang dengan Presiden PAS. 1 lagi DAP iaitu Speaker kerajaan negeri kekal sebagai Speaker.
Dalam kalangan ADUN PKR yang 13 orang sekarang, 3 akan isytihar keluar PKR (dan kekal sebagai ADUN), akan jadi kucar kacair kerana tindakan mereka sendiri. 5 orang ADUN PKR tidak setuju tukar MB. Tapi belum bersuara. Azmin pula sudah senyum melihat Anwar dan isteri jadi kalut padahal dialah punca kepada usaha untuk menurunkan TSKI dari MB agar TSKI tidak menang dalam pertandingan jawatan Tim. Presiden PKR.
Azmin banyak pilihan, dia boleh masuk UMNO dan boleh terus tinggal dalam PKR dan kekal sebagai ADUN. Dia tunggu signal dari Tun Mahathir. Kalau Tun M kata keluar, Azmin akan keluar. Nampak gaya tak cukup korum utk Azmin tumbangkan Selangor kalau dia masuk UMNO baru ada 13 orang.....kalau dia nak beli ADUN PKR lain pun tak cukup juga untuk buat undi tak percaya.
Dalam kalangan ADUN UMNO 12 orang sekarang, tidak berubah, nak menangguk di saluran air jamban yang keruh, tak jadi nampaknya sebab Noh taukeh udang sedang menjala udang siang malam.
Akhirnya Kerajaan Selangor kekal.
See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/exco-tak-suka-saya-boleh-letak-jawatan-kata-khalid-ibrahim#sthash.5nUkKVkr.dpuf
LikeLike · · · 1

Monday, August 11, 2014


TERKINI!! 12 ADUN BN Umum Sokong Khalid Kekal MB

Misteri dari mana Khalid Ibrahim mendapat sokongan ADUN Selangor untuk mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar mula terjawab satu persatu bila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan 12 ADUN Selangor akan menyokong Khalid jika undi tak percaya dikenakan ke atasnya.
Situasi ini memang sudah dijangka berikutan tawaran Khalid untuk 3 jawatan Exco Selangor kepada ADUN BN seperti yang disiarkan blog ini pagi tadi.
Baki sokongan ke atas Khalid dijangka datang dari 15 ADUN PAS berikutan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang membuat keputusan untuk memberi sokongan kepada Khalid sehingga dibuktikan penyelewengan yang dilakukannya di Mahkamah.

Tapi, dikatakan separuh daripada mereka telah membuat keputusan untuk mengikut arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim. bakinya terikat kepada keputusan Majlis Syura.
Hitam putih persetujuan tersebut sedang diusahakan sekarang, harapannya menjelang esok pagi, masalah ini dapat diselesaikan dan Menteri Besar Selangor yang baru dapat diputuskan siapa.
PAS mempunyai tanggungjawab besar dalam krisis politik Selangor
Posted on Monday, August 11 @ 16:46:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Mengikut ‘insider’ DAP Anwar Ibrahim akan berjumpa dengan TGHA untuk menyelesaikan masalah yang sudah berpanjangan di Selangor. Di Selangor sekarang Menteri Besarnya ada tapi tidak berparti hasil dari pemecatannya tiga hari yang lepas. Ini bermakna kerajaan Pakatan Rakyat secara automatik gugur di Selangor bersama dengan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) dari Pakatan Rakyat sendiri.

Sekarang ini kerajaan Selangor ialah kerajaan Khalid Ibrahim. Sementara Khalid di ketepikan, Khalid boleh membentuk dan memilih Exconya sendiri dan tidak dapat kita ketahui samada memecat Khalid sebagai ahli PKR itu adalah jalan penyelesaian yang betul.


Oleh kerana Khalid tidak berparti lagi maka pada lojiknya Khalid boleh menyertai PAS atau DAP. Tetapi jika pun Khalid memilih  mana-mana parti, PAS adalah parti yang paling hampir untuk di sertai Khalid. Tindakan Anwar mahu berjumpa TGHA itu pastinya merupakan perjumpaan yang sangat penting kerana pada Anwar dan kita semua, penyelesaian sangat perlu didapati bagi menentukan untung nasib Pakatan Rakyat dan Kerajaan Selangor.

Pakatan Rakyat sudah retak seribu dan apa caranya untuk menghilangkan keretakan ini terpulang kepada 'wisdom' kepimpinan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekarang ini. Sebagai sebuah ‘coalition’ yang longgar diantara parti-parti dalam Pakatan tanggungjawab setiap parti terhadap rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat itu tidak lah permuafatan yang kukuh. Ia merupakan setakat persefahaman diantara ketiga-tiga parti itu sahaja dan tidak ada perjanjian yang kukuh dan muktamad diantara mereka.

Buat masa ini, perhubungan diantara PAS dan PKR sudah sampai ketahap perpisahan kerana itu sahaja yang boleh menyelesaikan perselisihan kedua-dua parti ini. Sekarang ini lestari kehidupan rakyat Selangor adalah isu terpenting sekali. Kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan bagi menguruskan kerajaan bagi rakyat Selangor ini.

Jika demi kepentingan rakyat berbilang kaum di Selangor ini terlindung dari bahang pergaduhan diantara pemimpin dalam PKR ini, maka adalah tanggungjawab parti seperti PAS untuk melakukan tindakan yang drastik dan jangan di biarkan rakyat Selangor terjejas kehidupan mereka.

Nampaknya PAS merupakan parti yang berkebolehan untuk memainkan peranan untuk menyelesaikan dengan mengutamakan rakyat Selangor dahulu dan lupakan untuk menyelesaikan masalah peribadi seseorang yang rakus untuk mendapatkan kuasa.

Apa pun orang kata, PAS perlu bertindak dan mengambil alih kerajaan negeri Selangor agar kesulitan ini tidak sampai dirasai oleh rakyat biasa negeri Selangor. Tidak ada masa lagi bagi PAS untuk berunding semata-mata untuk kepentingan peribadi seseorang yang tidak mendahulukan kepentingan mandat yang di berikan oleh rakyat Selangor dalam pilihanraya yang lalu.

Selangor tidak ada masa untuk diberikan kepada Wan Azizah untuk menyesuaikan dirinya sebagai Menteri Besar. Bila masa hendak menyesuaikan diri lagi dan bila pula masa nya untuk merancang pemulihan semangat rakyat Selangor yang kini semakin lemah sekarang ini. Jangan di biarkan nasi yang kini sudah menjadi bubur bertambah teruk dan tidak dapat di perbetulkan lagi.

Semoga keberanian PAS dalam membela rakyat Selangor akan memberikan keberkatan kepada parti ini sambil memperbaiki keadaan dalam sistem rapuh yang di amalkan oleh BN sejak beberapa lama dahulu.

Anwar sepatutnya di beritahu yang rakyat tidak boleh di jadikan alat permainan kanak-kanak kerana mereka juga mempunyai perasaan seperti Anwar sendiri. Cukup-cukuplah permainan politik yang menyimpang jauh dari adat dan budaya kita orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Anwar sepatutnya mengawal perasaan rakusnya kerana ia hanya memberikan kegelisahan rakyat yang ramai. Seorang pemimpin yang baik ialah pemimpin yang tidak mencetuskan keresahan rakyat. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang memberikan kesejukan terhadap rakyat yang ramai apatah lagi setelah rakyat memberikan keputusan muktamad dalam pilihanraya yang lalu.

Anwar patut akur terhadap kehendak ramai dikalangan rakyat yang ramai.


ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Abu Hashim Jalal added 2 new photos.
1 hr ·
sape lagi yg mahu keluar....

Tiada ulasan: