Jumaat, 8 Ogos 2014

WALLAHU'ALAM....SEBAB DIK SORANG KELAP-KABUT...BERUNDUR ABIS CITER...DAH RASA JADI MB...DAH LAH


Thursday, August 7, 2014


(BUKTI RAKAMAN) Tok Guru Nik Aziz Tidak Campur Urusan Perlantikan MB Selangor

Hentikan menjaja cerita kononnya Tok Guru Nik Aziz menyokong Tan Sri Khalid.

Ini kenyataan terbaru Tok Guru berkenaan perlantikan MB Selangor.

Tok Guru tidak mahu masuk campur.

"“Politik Selangor tu, saya sebut dah hari tu, Kelantan lagi saya beri pada orang lain usahkan nak ganggu Selangor pulak. Kelantan yang saya buat macam anak negeri Kelantan saya jaga macam jaga anak pun saya beri pada orang lain. Ni nak jaga Selangor buat apa. Orang Selangor pandai la nak jaga Selangor”

Selamat mendengar
Anda mungkin juga meminati:
  • Lawatan Muhyiddin ke Tok Guru Nik Aziz Petanda UMNO Sedang Parah!!!!
  • PAS Selangor Telah Pun Menolak Tan Sri Khalid Sebagai MB
  • Projek UG Bermula Dari Ulama PAS (Bukti Rakaman)
  • Presiden PAS Berkepentingan Dalam Isu MB Selangor
  • Bukti Rakaman - Peranan Harun Din Dalam Memecah Belahkan PAS
    POLIMIK ISU MB SELANGOR SIRI KE - 14
    AKHIRNYA TERBONGKAR JUGA MAINAN PUAK2 UG
    Hentikan menjaja cerita kononnya Tok Guru Nik Aziz menyokong Tan Sri Khalid.
    Ini kenyataan terbaru Tok Guru berkenaan perlantikan MB Selangor.
    Tok Guru tidak mahu masuk campur.Selamat mendengar.....

    malaysiawaves@rocketmail.com Blog yang diilhamkan oleh Allah SWT kepada...
    malaysiawaves.net
    Henti kenyataan sanggah Presiden PAS – Majlis Syura
    HARAKAHDAILY | 07 Ogos 2014.
    KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak memandang serius beberapa kenyataan terbuka sebahagian pimpinan parti yang dilihat menyanggahi kenyataan Presiden sebagai ketua parti.
    Maka Majlis Syura Ulamak memberi peringatan tegas kepada seluruh pimpinan dan ahli parti agar kenyataan-kenyataan ini dihentikan serta merta.
    Keputusan itu dibuat pada Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu, Kelantan.
    Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan Majlis Syura yang ditandatangani Mursyidul Am PAS dan timbalannya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.
    LikeLike · · 11:16PM - 7 Aug 2014

    Noh: Saya sebut lama dah isu Khalid


    Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar membidas PKR yang menurutnya hanya menyerlahkan kelemahan pentadbiran menteri besar sekarang apabila ingin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Sedangkan katanya, beliau sejak sekian lama telah membangkitkan isu-isu yang didakwa oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (bawah) terhadap menteri besar.

    "Kita baca pendedahan yang dibuat oleh setiausaha agung PKR tentang 20 isu sebanyak 50 muka surat berkenaan kelemahan MB.

    "Isu-isu ini adalah yang kita sudah bangkitkan. Tapi ketika saya bercakap, mereka pertahankan MB,” kata Noh.

    Beliau berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan ulang tahun perkahwinannya di Shah Alam, malam tadi.

    PKR pada 5 Ogos membangkitkan isu penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Islam sebagai alasan utama meyakinkan rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk menukar menteri besar Selangor itu.

    Dalam penjelasan 91 halaman kepada PAS dengan salinan kepada DAP, PKR antaranya memaklumkan terdapat "keraguan munasabah" dalam isu penyelesaian hutang RM59.5 juta itu.

    'Mereka tak ikhlas'

    Menurut Noh, masa yang dipilih PKR membongkar Khalid (bawah) menyebabkan keikhlasan mereka berbuat demikian diragui.

    "Itu menunjukkan mereka tak ikhlas.

    "Kalau kepentingan tak tergugat mereka akan pertahankan (menteri besar)," katanya lagi.

    Secara keseluruhannya, beliau melihat episod pertelingkahan PKR sehingga mengganggu pentadbiran negeri ini sebagai satu pengajaran buat rakyat Selangor.

    "Umno melihat ini sebagai satu iktibar, satu pengajaran, kita kena pilih kerajaan yang betul-betul kuat," katanya.








     6:48AM - 8 Aug 2014

    'Bilik perang' Umno sedia untuk p'raya baru


    Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata jentera akar umbi Umno negeri bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri berlangsung bagi menyelesaikan kemelut jawatan menteri besar Selangor.

    "Kita Umno memang sudah bersedia, tetapi persediaan kita sebenarnya untuk pilihan raya umum ke-14.

    "Tetapi kalau ditakdir pilihan raya Selangor berlangsung, persediaan yang kita dah ada akan kita gunakan," katanya.

    Menurutnya, di peringkat bahagian juga Umno sudah memberi isyarat agar strategi setempat dirangka.

    "Kita minta Umno bahagian bersedia dan kita memang dah ada war room kita pun," katanya lagi.

    Beliau berkata demikian sewaktu ditemui wartawan pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan ulang tahun perkahwinannya di Shah Alam, malam tadi.




     'Khalid, berundurlah secara terhormat'
    • Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Cabang PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin mengadakan sidang media berkenaan isu politik Selangor di Ibu Pejabat Keadilan, di Petaling Jaya hari ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Cabang PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin mengadakan sidang media berkenaan isu politik Selangor di Ibu Pejabat Keadilan, di Petaling Jaya hari ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
    1 / 1
    PETALING JAYA - PKR Selangor menasihatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dari jawatan tersebut secara baik.

    Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya menyokong penuh tindakan Lembaga Disiplin PKR yang telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid.

    Beliau turut menyatakan harapan agar pimpinan baharu di bawah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dapat menyelesaikan krisis kepimpinan yang berlarutan itu.

    "Kita amat berharap Abdul Khalid faham, dalam kedudukan politik beliau yang diletak oleh parti sebagai menteri besar dan kita minta beliau dengan cara terhormat untuk mengundurkan diri ," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

    Jelasnya keputusan menyokong penamaan itu dicapai melalui beberapa siri mesyuarat parti yang dijalankan sebelum ini.

    Menurutnya, 18 ketua cabang, enam ahli Parlimen dan 10 Adun menyokong keputusan itu dengan Mohamed Azmin Ali yang juga Ketua Cabang Gombak dikecualikan.

    Tambahnya, selain isu-isu besar termasuk penstrukturan air dan Kidex, Abdul Khalid juga dilihat tidak efektif dalam mengendalikan pengurusan pada tahap pihak berkuasa tempatan (PBT).




    PELIK ....BILA MUSUH MENYOKONG SETERUNYA...US FAHDIL NOR...PESAN TO BE HATI2...TENTU MEREKA ADA KEPENTINGAN
    kelemahan khalid..
    petikan dari akbar keadilan..
    1.tidak dinafikan khalid ibrahim banyak membuat perkara yang betul dalam penggal pertama beliau..
    2.dalam penggal kedua sepatutnya beliau meneunjuk kejagohan kepimpinan selangor menewaskan dasar dasar pentadbiran umno..
    3.sebalinya khalid menghadkan kesan pentadbiran nya tidak mahu mengikut arahan parti agar selangor dijadikan model pemerentahan terbaik pakatan bagi meyakinkan rakyat menukar pemerentahan negara..
    4,memorandum persefahaman air bersama kerajaan pusat ditandatangani olih khalid tanpa merujuk kepimpinan pakatan dap pas keadilan..
    5,setelah sepenggal berjuang khalid khirnya bersetuju dengan bn untuk menyerahkan aset air selangor kepada kerajaan persekutuan.
    beliau juaga menerima pakej pembinaan loji 2 langat bennilai rm 9 bilion..
    6,mou tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada exco negeri dan tidak diketahu isi kandungan olih pemipin tertinggi.....
    7,pakatan mempromosi pendidikan percuma maka sewajarnya kerajaan selangor meminum yuran dan sewa kediaman gagal mengurangkan yuran kolej universiti milik kerajaan negeri..
    semua ini akan dibaiki dan dibetulkan semula bila mb selangor wan azizah...
    he he he tersilap mb selangor dato sri anwar ibrahim..
    biarkan mb negeri bn berkulat dikerusi mereka walau pun tadbir negeri berbagai salah guna kuasa.


    SETUJU RASUAH DILARANG....SALAH GUNA KUASA PUN DILARANG JUGA

    DAP mahu Abdul Khalid diganti kerana dia 

    sukar dirasuah - Zainuddin Maidin

    DAP mahu Abdul Khalid diganti kerana dia sukar dirasuah - Zainuddin Maidin
    ZAINUDDIN: Bangsa Melayu tidak mempunyai wang yang banyak untuk merasuah - Gambar Fail
    KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata punca sebenar parti DAP menggelarkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ‘pengkhianat’ adalah kerana Abdul Khalid sukar dirasuah dan tidak akan meletakkan jawatan secara sukarela.

    Dalam artikel terbaharu dari blog beliau, Zainuddin berkata krisis politik di Selangor yang berpunca dari perebutan jawatan menteri besar ketika ini adalah kerana Abdul Khalid dilihat sebagai seorang yang tidak pandai berpolitik dan beliau telah mengecewakan pihak–pihak yang mahukan kuasa pentadbiran terutamanya berkaitan sumber kewangan negeri.

    “Jawapannya mudah sahaja dan tidak perlu analisis mendalam. Pemberi rasuah yang paling besar di negara ini ialah orang Cina. Budaya mereka baik dalam MCA atau DAP,” katanya dalam zamkata.blogspot.com.

    Katanya lagi bangsa Melayu tidak mempunyai wang yang banyak untuk merasuah dan mereka terlalu malu untuk melakukannya sesama sebangsa.

    Selain itu ahli perniagaan dikalangan parti DAP mengharapkan peluang untuk membuat keuntungan dari Abdul Khalid namun telah terbukti beliau bukan seseorang yang mudah dibeli.

    “Khalid Ibrahim seorang profesional yang sukar untuk dirasuah dan dipergunakan telah amat mengecewakan mereka,” tulisnya lagi.

    Abdul Khalid juga menurutnya tidak pandai bermain politik dan kerana itu beliau tidak popular ketika bersama UMNO.

    Zainuddin juga mendakwa tindakan DAP menyokong presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar kerana DAP berpendapat Khalid tidak dapat memberikan sumbangan kepada parti itu.

    “Inilah sebab utama Khalid dianggap tidak berguna oleh DAP dan menyokong Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim yang dikira  mudah untuk dipergunakan bagi mengalirkan sumber kewangan negeri bagi kepentingan politik,”

    “Maka itu PAS yang mimpikan sebuah kerajaan yang bersih tidak faham kenapa Anwar mahu Khalid Ibrahim digantikan dengan isterinya sedangkan beliau yang paling lantang bercakap menentang rasuah,kroni dan sebagainya,” tambahnya lagi.

    Sebelum ini, pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan yang Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat telah menerima cadangan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai pengganti Abdul Khalid dan mengisi jawatan itu.

    Namun presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melahirkan sokongan untuk Abdul Khalid terus menjawat jawatan itu sehingga tamat penggal.

    Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my


    Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/dap-mahu-abdul-khalid-diganti-kerana-dia-sukar-dirasuah-zainuddin-maidin-41216?cpass="fb-post" data-href="https://www.facebook.com/photo.php?v=713615118705906" data-width="466">
    Post by Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
    POLIMIK ISU MB SELANGOR SIRI KE - 15
    PAS mohon dilanjutkan Mesyuarat Pemilihan MB Selangor dari 10/8 kepada 13/8 kerana bagi menyelesaikan pergolakkan dalam kepimpinan PAS yang mana sebahagianya meyokong TSKI diganti dgn Wan Azizah dan sebahagian yg lainnya menyokong TSKI dikekalkan.
    Apakah PAS akan berpecah lagi buat kesekian kalinya?
    HAKIKATNYA ;
    Selepas PRK 13 memang PR mahu ganti MB Selangor. Setelah berbincang maka PAS, DAP dan PKR bagi tempoh setahun utk TSKI berubah perangainya yang membelakangkan Parti dalam urus tadbir negeri dan bila tempohnya telah tamat, TSKI tetap tidak juga berubah maka tindakkan sewajarnya perlu diambil segera.
    Apakah PAS sudah lupa tentang perjanjian bagi menggantikan Khalid jika beliau masih membelakangkan Kerajaan Negeri - buktinya Langat2 dan Kidex dilakukan tanpa merujuk kepada Exco Kerajaan Negeri ( PAS. DAP dan PKR ) ?
    Apakah disebabkan keangkuhan Pucuk Pimpinan PAS akan menyebabkan PAS berpecah buat kesekian kalinya. Mengapa mereka tidak mahu belajar dari sejarah lampau?
    PAS MUDAH LUPA
    PAS berpecah 50/50 sekarang ni..
    Teuku Zacharyah Iskandar
    Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO



    TAK SAMPAI LAH JAHAT KOD....TETAPI MEREKA ADA
    KEPENTINGAN LAH....TIDAK BUAT PE SOKONG SAKAN

    Kalau TV3, Utusan, RTM sokong Khalid,

     bermakna Khalid jahat

     | August 6, 2014
    Menurut Hishamuddin, Khalid tidak lagi mewakili sesiapa dan PKR juga tidak lagi menyokongnya. Hanya tinggal Hadi dan 'Din Ayam' yang setia menyokong Khalid.
    PETALING JAYA: Pemerhati politik, saka hishamuddin raisHishamuddin Rais menjelaskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya meletakkan jawatannya bukan hari ini, tetapi semalam.
    “Khalid tidak lagi mewakili sesiapa, dan partinya juga tidak lagi menyokongnya dan kini yang menyokongnya hanyalah Hadi dan ‘Din Ayam’,” katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi.
    Beliau yang juga merupakan seorang aktivis politik difahamkan bahawa PKR telah bermesyuarat dan Presiden PKR meminta untuk bertemu dengan Khalid yang pada awalnya telah bersetuju namun kemudiannya dibatalkan.
    “Kalau parti tidak lagi menyokong kamu, kamu mewakili beruk mana?”soalnya.
    Dalam majlis yang sama, Hishamuddin turut menyatakan bahawa beliau sering mendapat surat yang mempersoalkan kenapa masalah rasuah dan sebagainya tidak disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Respon beliau berkenaan hal tersebut adalah kerana SPRM hanya senjata dari BN untuk membunuh musuh politiknya dan bukan untuk menyelesaikan masalah rasuah.
    “Kenapa tuan-tuan semua tidak faham, kalau SPRM menjalankan tugasnya untuk menyelesaikan masalah rasuah, Najib, Hishamuddin, Muhyiddin semuanya kini duduk di Kajang,” ujarnya.
    Sementara itu, bercakap mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin yang mengancam untuk membubarkan DUN, Hishamuddin dengan tegas mengutarakan pandangannya.
    “Teruskan dan kita tidak takut kerana orang kampung suka. Kalau dibubarkan DUN, inilah masanya untuk PKR tidak melantik lagi Xavier dan Amir Shaari, kita buang mereka.”
    Beliau turut menjelaskan bahawa mungkin PKR kalah pada kali ini, tetapi PKR tidak mahu hilang kredibiliti.
    “Di Malaysia, politiknya mudah sahaja, tidak perlu belajar tinggi-tinggi, siapa yang disokong oleh Utusan Malaysia dan TV3, itu bermakna orang itu adalah orang jahat.
    “Takkan kamu semua tidak faham-faham lagi, kalau musuh kita memuji kita, ada maknanya tu,”ujarnya.
    Jelasnya, jika pihak RTM, TV3 memuji Khalid, bermakna Khalid itu orang jahat.
    “Kalau RTM puji Tony Pua, itu bermakna Tony Pua telah memegang kerajaan,” katanya.

     TENGOK...KALAU TIDAK CEPAT SAKAN

    SPRM dakwa tuduhan Saifuddin Nasution 

    tidak benar, berniat jahat




    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membidas kenyataan Setiausaha Agong PKR Datuk Saifuddin Nasution bahawa ia mengamalkan siasatan selektif. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Ogos, 2014.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membidas kenyataan Setiausaha Agong PKR Datuk Saifuddin Nasution bahawa ia mengamalkan siasatan selektif. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Ogos, 2014.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan tuduhan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution bahawa ia akan bersikap "selektif" terhadap sebarang siasatan ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai tidak benar dan berniat jahat.
    Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata badan itu sama sekali tidak pernah mengamalkan siasatan yang memihak kepada mana-mana pihak.
    "Sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional, SPRM menganggap dakwaan Saifuddin bahawa SPRM melakukan siasatan selektif dan bahawa 'pasti SPRM' akan mengumumkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak ada kes kelak, adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap SPRM.
    "SPRM ingin mengingatkan supaya pihak berkenaan jangan cuba mengaitkan SPRM dalam isu pergolakan politik PKR tanpa asas yang kukuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
    Mohd Shukri mengulas kenyataan Saifuddin seperti dilaporkan portal berita berbahasa Inggeris The Malay Mail Online, yang mendakwa Khalid berani membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Selangor kerana badan itu tidak akan mengambil sebarang tindakan susulan.
    Dalam artikel itu, Saifuddin turut mendakwa Khalid berani membuat laporan berkenaan kerana beliau sudah menjadi anggota politik "mesra-Barisan Nasional".
    "For sure SPRM will clear him. You know the words ‘selective investigation?' They will apply that to Khalid," kata Saifuddin seperti dipetik dalam laporan berita itu.
    Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata tugas dan tanggungjawab SPRM hanyalah menyiasat setiap kes yang ada unsur rasuah mengikut peruntukan Akta SPRM 2009.
    "Akta SPRM 2009 dengan jelas memperuntukkan tugas SPRM hanyalah menjalankan siasatan manakala sama ada terdapat merit untuk mendakwa atau sebaliknya, ia merupakan tugas Pendakwa Raya berdasarkan keterangan dan bukti yang diperoleh.
    "Kenyataan Saifuddin bahawa SPRM mengamalkan siasatan selektif adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali," katanya.
    Beliau turut menegaskan mana-mana aduan atau maklumat yang mempunyai asas akan disiasat tanpa mengira latar belakang politik, bangsa, agama, pangkat, jawatan dan sebagainya. – Bernama, 7 Ogos 2014.

    Thursday, 7 August 2014

    JPJ Naik Taraf Kenderaan Rasmi, Ubah Imej


    Hari ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melancarkan satu kenderaan rasminya yang baharu, dengan imej baru.

    Kenderaan yang dipamerkan dengan warna biru dan putih itu menggunakan model terbaru MPV keluaran Toaya, Fortuner 2014.

    Pelancaran itu telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri. Liow Tiong Lai.



    JPJ telah berkongsi gambar majlis perasmian itu di laman Facebooknya dan ada juga reaksi negetif yang diterima oleh pengunjung laman Facebook mereka.







    Ada antara pengunjung memberikan pandangan kononnya imej baru kenderaan tidak setimpal dengan imej pegawai JPJ yang selalu dikaitkan dengan korupsi.

    Tapi, ada juga yang memberi pandangan positif terhadap pembaharuan itu.

    Harapan agar seiring dengan peningkatan baru terhadap kenderaan rasmi JPJ itu, mutu kerja pun turut sama meningkat supaya pandangan serong terhadap kakitangan kerajaan dapat dibersihkan - SiakapKeli.com






Terkini !
Al-Qasam kepada Al-Jazeera;
"Kami akan menyambung semula serangan sebaik sahaja tempoh perdamaian tamat pada pagi Jumaat esok jam 8 AM(2PM waktu Malaysia) .."
Gaza 6:32 PM
Perang Hari ke-32
Sumber;
Al-jazeera
‪#‎weareallqassam‬
‪#‎gazaunderattack‬
‪#‎dedaunhancur‬
‫#‏البنيان_المرصوص‬
‫#‏غزة_تقاوم‬
Mendermalah di sini;
http://on.fb.me/1zoCkpO
SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITANI
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL
HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali
Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah
segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)
Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah
diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.
SHARE
KEMPEN 24 JAM SEHARI TANPA MCD.
LikeLike · ·
Ramai yang tidak menyedari bahawa esok 8 Ogos 2014, HAMAS dan Israel mungkin akan kembali bertempur sekiranya Israel terus berdegil untuk tidak memenuhi semua tuntutan HAMAS selepas berakhir genjatan senjata 72 jam.Biarpun Israel telah mengundurkan tentera mereka dari sempadan Gaza namun HAMAS mahukan Israel menghentikan kepungan tidak sah ke atas Gaza yang dilakukan secara haram sejak 2006 dengan jaminan. Tiada gunanya HAMAS meneruskan genjatan senjata sekiranya rakyat Gaza terus terkepung seperti sebelum ini.
Pemimpin Israel memberi amaran, sekiranya HAMAS tidak menggugurkan tuntutan mereka maka Gaza akan diserang dengan lebih hebat. Namun HAMAS membalas dengan mengingatkan Israel bahawa mereka belum menggunakan sepenuhnya kekuatan, kecuali 10% dari apa yang dimiliki, dan HAMAS bersedia untuk perang jangka panjang. Hamas memberi amaran kepada Israel pertempuran yang bakal berlaku selepas "perdamaian sementara" ini tidak akan sama dengan pertempuran sebelum ini.Hamas menegaskan bahawa mereka di pihak yang menang dan Israel perlu menunaikan tuntutan mereka.
Pemimpin HAMAS, Mushir Al Masri mengatakan, "Nasihat kami kepada beratus - ratus ribu Zionis yang tinggal bersebelahan Gaza bahawa mereka tidak akan dapat kembali ke rumah - rumah mereka sekiranya Netanyahu tidak memenuhi syarat - syarat yang telah kami tetapkan."

Tiada ulasan: